kkp kemahiran permainan

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2013 HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN) NO. MATRIKULASI : 700822125759001 NO. KAD PENGENALAN : 700822125759 NO. TELEFON : 0168472152

Upload: suziela91

Post on 28-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: KKP kemahiran permainan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER / 2013

HBPE3103

KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

NO. MATRIKULASI : 700822125759001

NO. KAD PENGENALAN : 700822125759

NO. TELEFON : 0168472152

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Page 2: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

3

2 1.0 KERTAS CADANGAN PERMAINAN MINI

BOLA BALING 4-12

3 RUMUSAN

13

4 BIBLIOGRAFI 14

2

Page 3: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Kegiatan

Profesional -Permainan (HBPE3103) ini dalam masa yang telah diberikan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing atas bantuan dan tunjuk

ajar tentang ilmu ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan fakulti saya iaitu Fakulti Pendidikan dan

Bahasa kerana telah bersama-sama memerah otak dalam melaksanakan kerja kursus ini, terima

kasih saya ucapkan.

Kepada rakan-rakan lain, terima kasih atas bantuan, idea, dan dorongan yang telah anda

berikan.Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung

ataupun tidak.

Sekian, terima kasih

3

Page 4: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

SEKOLAH KEBANGSAAN ROSOK KOTA BELUD

PETI SURAT 105, 

89158 KOTA BELUD, SABAH

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PERTANDINGA MINI BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

TEMPAT

Sk.Rosok Kota Belud

(a) Pengenalan

4

Page 5: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

Bola baling merupakan gabungan daripada berberapa kemahiran asas bola jaring, bola

keranjang dan bola sepak, kini mulai mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan

bertaraf antarabangsa yang diminati. Bola baling sudah menjadi permainan yang setanding

dengan permainan-permainan lain dari segi popularitinya.

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun  1976, oleh Encik Lim Hock Han

(Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan  ini kepada satu

kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.  Selepas itu sebuah

jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah dibentuk untuk tujuan menjadi

badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan ini khusus dikalangan pelajar sekolah,

maktab dan universiti.  Kementerian Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Malaysia (MSSM) mengadakan pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan,

pengadilan dan kejurulatihan bola baling kepada guru-guru.

Mini bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang

diperlukan adalah seperti bola dan tiang gol. Mini bola baling ini memerlukan 14 orang

pemain dalam satu masa sahaja.

(b) Tujuan

Mini bola baling ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid sekolah

rendah tentang peraturan asas bola baling yang sebenar. Selain itu, mini bola baling ini dapat

membantu murid dalam mengenalpasti kepentingan kemahiran yang terdapat dalam

permainan bola baling ini.

(c) Objektif

5

Page 6: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

Murid dapat menguasai kemahiran asas mini bola baling seperti :

i. Melompat.

ii. Berlari.

iii. Menghantar bola.

iv. Menyambut bola.

v. Mengelecek bola dengan tangan.

vi. Menghadang.

vii. Menjaring

viii. Menjaga gol.

Murid mendapat keseronokkan semasa bermain mini bola baling.

(d) Tarikh, Tempat, Masa

Tarikh : 25 Oktober 2013

Tempat : Padang S.K Rosok Kota Belud

Masa : 07.00 pagi-11.30 pagi

(e) Bilangan pasukan

5 pasukan

Terdiri daripada 35 orang murid dan setiap kumpulan mempunyai 7 orang pemain:

Tahun 4 – Pasukan Merah

Tahun 5 – Pasukan Hijau

Tahun 5 – Pasukan Biru

Tahun 6 – Pasukan Hitam

Tahun 6 – Pasukan Oren

(f) Bilangan pegawai

6

Page 7: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

3 orang pegawai

i. Encik Jaidin Sintam

ii. Encik Maarof Rajiun

iii. Puan Hayati Adam

(g) Peralatan sistem pertandingan

Bola

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak

terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :

- Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun)

Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Tiang Gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua

batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini

disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol

diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama

dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.  

Pemain Dan Pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau

panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang

hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna

pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.

Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak

dibenarkan.

(h) Peraturan

7

Page 8: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

Pengadil

Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka

adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan

seorang pencatat.

Tempoh Permainan

5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan

atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.

Memulakan Permainan

Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang

dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam

kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang

memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan

tiupan wisel pengadil gelanggang.

Jaringan Gol

Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol

boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

Memainkan Bola

a. Pemain dibenarkan :

- Mengambil 3 langkah dengan bola.

- Memegang bola maksimum 3 saat.

- Menggelecek.

- Menjunam untuk mendapatkan bola.

b.Pemain tidak dibenarkan :

8

Page 9: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

- Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.

- Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.

- Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

Menghadang Pihak Lawan

Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau

tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas,

memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak

dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.

Keselamatan

Jika seorang pemain berdarah atau terdapat darah pada badannya, atau pakaiannya, pemain

itu mesti meninggalkan gelanggang dengan serta merta dan digantikan supaya luka dan

badannya dapat dirawat dan pakaiannya dapat dibersihkan sebelum masuk semula ke dalam

gelanggang. Jika seorang pemain itu tidak mematuhi syarat di atas, dia dianggap sebagai

tidak mempunyai semangat kesukanan dan akan diberi amaran.

Pencatat dan Penjaga Masa

Penjaga masa akan mengawal:

a) Masa

b) Pemain-pemain pengganti yang masuk dan keluar dari kawasan permainan.

c) Masa penggantungan

d) Bersama-sama dengan pencatat, kemasukan pemain-pemain.

(i) Bajet

9

Page 10: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

BI

L

PERKARA KUANTITI HARGA

SEUNIT

(RM)

KOS

(RM)

01. Air Mineral (500ml) 100 Botol 0.30 30.00

02. Hadiah/Medal/Piala 40 unit 7.00 280.00

03. Makanan murid 35 4.00 140.00

04. Makanan guru 5 5.00 25.00

05. Lain-lain Ais (untuk kecederaan)

Alat Kecemasan (First Aid Kit) 30.00

JUMLAH 505.00

(j) Penutup

Diharapkan agar Pertandingan Mini Bola Baling bagi tahun 2013 ini dapat dijalankan dengan

lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah

digariskan.

Disediakan oleh,

10

Page 11: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

...................................................

(EN.JAIDIN BIN SINTAM)

Setiausaha Program,

Pertandingan Mini Bola Baling

S.K Rosok Kota Belud.

SEMAKAN DAN KELULUSAN

Dokumen ini disediakan oleh:

En.Jaidin bin Sintam Setiausaha Program Pertandingan Mini Bola Baling

SEKOLAH KEBANGSAAN ROSOK KOTA BELUD SABAH

DISEMAK OLEH: DILULUSKAN OLEH:

EN. MAARUF RAJIUN

Penolong Kanan Kokurikulum

SK. Rosok

Kota Belud

Tarikh: Oktober 2013

EN. MOHD. TAUFIK ABDULLAH

Guru Besar

SK. Rosok

Kota Belud

Tarikh: Oktober 2013

(k) Lain-lain yang berkaitan

11

Page 12: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR

BIL. PERALATAN JUMLAH

1 Bola Baling 4 Biji

2 Tiang Gol 2

3 Jersi Warna Warni 35 Helai

Rumusan

12

Page 13: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

Secara tuntasnya, penghasilan kertas cadangan pertandingan permainan mini bola baling ini

memberi banyak manfaat serta penambahan ilmu baru sekaligus mengimbas kembali ingatan

mengenai permainan bola baling ini.

Permainan mini bola baling perlu diadakan bagi memperluaskan lagi pengetahuan guru

mahu pun murid sekaligus menghasilkan pemain bola baling yang berjaya di peringkat yang

lebih tinggi selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Bibliografi

13

Page 14: KKP kemahiran permainan

HBPE 3103

Chek Mat (2005). Kursus Pengurusan Program.

Kuala Lumpur : Utusan Publication&Distributors Sdn.Bhd

Mohd. Sofian Omar Fauzee (2010). Permainan Sukaneka Acara Kanak-Kanak

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Nani Menon (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak.

Kuala Lumpur : PTS Professional Sdn. Bhd

Ooi Eng Hooi (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Kuala Lumpur: Pan Malayan Publishing.

 

Wee Eng Hoe (2011). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.

14