kemahiran asas permainan hoki almmi

Upload: billeo2

Post on 02-Jun-2018

613 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    1/34

    SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

    Rekod sejarah menunjukkan Permainan hoki telah mula dimainkan pada abad

    ke-15. Orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah bermain

    satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk memukul

    bola. Asal perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada perkataan

    Anglo-Saxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet.

    Hoki moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun

    ke-19. Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British

    pada akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan

    pada tahun 1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada

    tahun 1908 di Sukan Olimpik London bagi kategori lelaki. Hoki menjadi sukan

    wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan

    Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai

    Federation Internationale de Hockey (FIH). Kini, ibu pejabat FIH di Brussels merupakan

    pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

    Di benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia diTokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara

    lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China dan

    Malaysia. Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah antara

    negara yang setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa seperti

    Jerman, Australia dan Belanda.

    Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular

    pada awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris.

    Pertandingan liga yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925.

    Persatuan Hoki Negeri yang pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun

    1927. Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua

    aktiviti sukan hoki di Malaysia. Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    2/34

    dengan Persekutuan Hoki Malaysia. Dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul

    Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Malaysia

    sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri

    dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia.

    Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan,

    persatuan - persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan

    kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun

    1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik

    tersebut.

    PADANG PERMAINAN HOKI

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    3/34

    KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

    1. Kemahiran asas memukul

    - Memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan ststik dan dinamik.

    2. Kemahiran asas menolak

    - Menolak secara tolakan biasa dan tolakan kilas

    3. Kemahiran asas menahan

    - Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara

    bergantung pada pergerakan bola.

    4. Kemahiran asas mengelecek

    - Mengelecek rapat dan mengelecek longgar

    5. Kemahiran asas flik

    - Kemahiran flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki

    kanan ke kaki kiri dengan pentas.

    Kemahiran asas 2 dan 3 adalah asas dan memadai bagi para pelajar yang baru

    mempelajari permainan hoki.Hanya dengan kedua-dua kemahiran ini, para pelajar

    boleh mengadakan permainan hoki.Ini bererti pengajaran kemahiran seperti memukul ,

    mengelecek dan flik bolah ditangguhkan sehingga pelajar lebih bersedia dari segi

    kemampuan jasmani, walau bagaimanapun, jika pelajar bersedia dari segi jasmani,

    ketiga - tiga kemahiran itu bolah diajarkan di sekolah rendah.

    PROGRAM LATIHAN PERMAINAN HOKI

    Program latihan 6 minggu ini dirancang bagi membentuk satu pasukan hoki

    bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Pulau Sumandi ,Semporna.Pasukan ini akan

    menyertai Kejohanan Hoki peringkat daerah Semporna yang akan diadakan pada

    bulan mac 2013.Oleh itu satu program periodisasi latihan disusun untuk melatih para

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    4/34

    pemain.Adalah diharapkan program yang dirancang ini mencapai target sasaran untuk

    memenangi pertandingan hoki peringkat daerah Semporna.

    Jurulatih merupakan agen penting dalam mengendalikan bentuk-bentuk latihan kepada

    para pemain.Jurulatih sebagai perancang dan fasilitator yang akan mengendalikan

    aspek fisiologi,sosiologi dan psikologi kepada pemainnya.Program latihan yang

    dirancang mengambil kira beberapa faktor seperti prinsip-prinsip latihan,jenis latihan

    yang sesuai,kaedah latihan,tempoh latihan,periodisasi dan jangka masa latihan.

    OBJEKTIF LATIHAN

    Program latihan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kecergasan para pemain dari

    pelbagai aspek seperti daya tahan kardiovaskular,daya tahan otot,kepantasan dan

    kekuatan pemain.Objektif latihan ini adalah untuk menyediakan pemain dari segi

    persediaan fizikal,teknikal,taktikal dan psikologi semasa pertandingan nanti.Antara

    objektif lain ialah;

    Menyediakan pasukan bawah 12 tahun Hoki SK Pulau Sumandi untuk

    kejohanan peringkat daearah Semporna.

    Meningkatkan kemahiran pemain melalui program yang lebih spesifik dan

    sistematik.

    Meningkatkan potensi serta memperkembangkan keupayaan biomotor

    pemain.

    Mengaplikasi strategik yang dirancang semasa kejohanan.

    Menyediakan pemain dari segi psikologi bagi meningkat prestasi mereka.

    KUMPULAN SASARAN

    18 orang murid-murid tahun 4,5 dan 6 ( lelaki )

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    5/34

    JANGKA MASA LATIHAN

    Latihan ini dijalankan selama 6 minggu dan Jangka masa setiap sesi latihan ialah

    2 jam.Ini bermakna setiap hari ada 2 sesi latihan yang mengambil masa 4 jam.

    PERANCANGAN PROGRAM LATIHAN

    Periodisasi latihan

    Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa

    fasa latihan dan bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :-

    Memudahkan penyediaan program latihan

    Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat

    Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking)

    yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama.

    Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan

    bersistematik

    Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan

    dibahagikan kepada;

    Fasa-fasa latihan

    Latihan mingguan

    Latihan harian

    Sesi latihan dan fasa-fasa latihan

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    6/34

    Fasa-fasa Latihan

    Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa

    persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri

    tertentu dan dibahagikan kepada sub fasa.

    1. Fasa Persediaan

    2. Fasa Pertandingan

    3. Fasa Transisi

    1) Fasa Persediaan

    Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhanprogram latihan yang dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan

    persediaan fasa-fasa berikutnya, terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan

    dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:

    1.1 Persediaan Umum

    Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal

    menyeluruh terutamanya dalam aspek daya tahan kardiovaskular,daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlit menjalani latihan

    pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan oleh

    sesuatu jenis sukan yang diceburi.

    Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensiti latihan

    adalah sederhana antara 40% hingga 70%.

    Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah

    antara enam hingga 14 minggu.

    Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek,

    latihan jeda jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatornical dan

    hipertropi otot dicadangkan.

    Ujian pra-kecergasan diperlukan

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    7/34

    1.2) Persediaan Khusus

    Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik,

    yang lebih dominan dalam sesuatu sukan.

    Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya

    tahan seperti acara 5000 meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan

    renang jarak jauh, sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%.

    Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi

    sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang

    sistem tenaga anaerobik adalah lebih dominan seperti bola sepak, hoki,bola baling serta acara-acara pecut dalam olahraga sementara intensiti

    latihan boleh ditingkaikan sehingga 95%.

    Bergantung kepada masa yang diperunrukkan, jangka masa bagi fasa ini

    adalah antara 6 hingga 10 minggu.

    Bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan, kaedah-kaedah latihan

    seperti latihan LSD, latihan fart!ek, latihan jeda jarak jauh diteruskan

    disamping latihan bebanan yang memberi tumpuan kepada daya tahan

    otot perlu diaplikasikan. Bagi sukan-sukan yang berasaskan kelajuan dan

    kekuatan, kaedah-kaedah latihan seperti latihan jeda jarak sederhana,

    latihan jeda jarak dekat, latihan pecutan berulang, latihan litar dan latihan

    bebanan bagi meningkatkan kekuatan dicadangkan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    8/34

    2. Fasa Pertandingan

    Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua sub fasa iaitu:-

    2.1 Prapertandingan

    Fasa ini memberikan penekanan khusus kepada komponen fizikal yang

    terdapat dalam sesuatu sukan yang dilatih. Latihan bagi meningkatkan

    atau mengekalkan tahap kecergasan dilakukan dalam situasi permainan

    kecil atau melalui simulasi permainan.

    Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan,

    sementara intensiti bergantung kcpada keperluan sebenar sukan. Bagi

    sukan yang berasaskan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan adalah

    sederhana antara 60% hingga 70%, sementara intensiti latihan boleh

    ditingkatkan sehingga 100%.

    Selain daripada latihan khusus seperti dinyatakan, kaedah-kaedah seperti

    latihan pecutan berulang, latihan jeda jarak dekat, latihan tekanan dan

    latihan pliometrik masih boleh diteruskan bagi sukan yang berasaskan

    kelajuan dan kekuatan.

    Bergantung kepada masa yang diperuntukkan jangka masa bagi fasa ini

    adalah antara 6 hingga lapan minggu

    Ujian pasca-kecergasan diperlukan.

    2.2 Pertandingan

    Fasa ini memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang

    diperlukan oleh sukan yang diceburi. 'Tapering off ubahsuai isipadu dan

    intensiti lazimnya penurunan isipadu dan intensiti amat diperlukan pada

    fasa ini bagi memastikan atlit berada pada prestasi puncak terutamanya

    pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai

    melalui permainan sebenar atau melalui ujiai masa/jarak/ketinggian.

    Bagi semua sukan isipadu dan intensiti latihan adalah sekurang-

    kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan tersebut.

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    9/34

    Kaedah-kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk mengekalkan daya

    tahan otot bagi sukan berasaskan daya tahan dan latihan bebanan untuk

    pengekalan kuasa bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh

    diteruskan.

    Jangkamasa fasa ini bergantung kepada format pertandingan.

    3. Fasa Transisi

    Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk

    pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da

    mengatasi kebosanan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung

    kepada format pertandingan.

    Rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan

    pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal

    perlu dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60

    kemampuan maksimum.

    Bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program

    seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.

    Persediaan untuk pertandingan

    Perancangan yang sistematik dan saintifik dapat membantu atlit bersedia dari

    aspek fizikal. mental, teknikal dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan

    oleh jurulatih untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi atlit ke

    tahap optimum. Komponen-komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan

    kerana komponen ini saling berkait antara satu sama lain.

    i. Persediaan Fizikal

    Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk

    meningkatkan potensi atlit serta memperkembangkan keupayaan biomotor

    atlit ke tahap optimum.

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    10/34

    ii. Persediaan Teknikal

    Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran

    iii. Persediaan Taktikal

    Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan.

    Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu

    perancangan atau strategi (taktikal).

    iv. Persediaan Psikologi

    Persediaan atlit dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan

    matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan

    simulasi. Persediaan mental atlit untuk pertandingan adalah satu prosedur

    saintifik dan sistematik yang membolehkan atlit membawa bersamanya

    persediaan fizikal, teknikal dan taktikal apabila menghadapi sesuatu

    pertandingan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    11/34

    1. JADUAL FASA LATIHAN PERSEDIAAN

    1.1 LATIHAN FASA PERSEDIAAN UMUM

    Bulan Febuari

    Minggu 1Tarikh 11 17 Febuari 2013

    Fasa Persediaan Umum

    Sesi AM PM

    Bilangan minggu 1 Minggu

    Faktor-faktor

    Latihan 100%

    Isipadu 80%

    Intensiti 70%

    Prestasi 40%

    20%

    Jenis-jenis latihan

    a. LSD X

    b. Latihan Fartlek Xc. Latihan Jeda Jarak Jauh X

    d. Latihan beban X

    e. Latihan litar

    f. Latihan tekanan

    g. Latihan rintangan

    h. Latihan Fizikal 70% X X

    i. Latihan teknikal 30% X X

    j. Latihan Taktikal

    k. Latihan Psikologi

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    12/34

    1.2 LATIHAN FASA PERSEDIAAN KHUSUS

    Bulan Febuari

    Minggu 2

    Tarikh 1824 Febuari 2013

    Fasa Persediaan khusus

    Sesi AM PM

    Bilangan minggu 1 Minggu

    Faktor-faktor

    Latihan 100%

    Isipadu 80%

    Intensiti 60%

    Prestasi 40%

    20%

    Jenis-jenis latihan

    l. LSD

    m. Latihan Fartlek

    n. Latihan Jeda Xo. Latihan beban

    p. Latihan litar X

    q. Latihan tekanan

    r. Latihan rintangan

    s. Latihan kemahiran 60% X X

    t. Latihan teknikal 25% X X

    u. Latihan Taktikal 10% X X

    v. Latihan Psikologi 5% X X

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    13/34

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    14/34

    2.2 LATIHAN PERTANDINGAN

    Bulan Mac

    Minggu 5Tarikh 11 17 Mac 2013

    Fasa Pertandingan

    Sesi AM PM

    Bilangan minggu 1 Minggu

    Faktor-faktor

    Latihan 100%

    Isipadu 80%

    Intensiti 60%

    Prestasi 40%

    20%

    Jenis-jenis latihan

    a. LSD

    b. Latihan Fartlek

    c. Latihan Jeda Xd. Latihan beban

    e. Latihan litar X

    f. Latihan tekanan

    g. Latihan rintangan

    h. Latihan Fizikal 20% X X

    i. Latihan teknikal 20% X X

    j. Latihan Taktikal 40% X X

    k. Latihan Psikologi 20% X X

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    15/34

    3. JADUAL LATIHAN FASA TRANSISI

    Bulan MacMinggu 6

    Tarikh 1824 Mac 2013

    Fasa Persediaan khusus

    Sesi AM PM

    Bilangan minggu 1 Minggu

    Faktor-faktor

    Latihan 100%

    Isipadu 80%

    Intensiti 60%

    Prestasi 40%

    20%

    Jenis-jenis latihan

    a. LSD

    b. Latihan Fartlekc. Latihan Jeda

    d. Latihan beban

    e. Latihan litar

    f. Latihan tekanan

    g. Latihan rintangan

    h. Latihan Fizikal 50% X X

    i. Latihan Pemulihan 50% X X

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    16/34

    PROGRAM LATIHAN SATU KITARAN 6 MINGGU ( MAKRO )

    MINGGU PERTAMA ( 11 17 Feb 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Isnin

    11/02/2013

    07:3010:30 Pagi

    Latihan Tekanan

    1. Larian 1500m/4:30.0s ( 2 ulangan 1 x Set )

    2. Larian 800/2:0.0s ( 2 ulangan x 1 set )

    Rendah

    Selasa

    12/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    8 stesen x 2 set1. Skipping

    2. Tekan Tubi

    3. Naik Turun Bangku

    4. Selang kaki

    5. Angkat kaki

    6. Burpee

    7. Lari jangkau

    8. Bangkit tubi

    Rendah

    Rabu

    13/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Jeda

    Larian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Sedarhana

    Khamis

    14/02/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    17/34

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Jumaat

    15/02/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    16/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari naik

    dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    17/02/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    18/34

    MINGGU KEDUA ( 18- 24 Feb 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Isnin

    18/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan JedaLarian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Rendah

    Selasa

    19/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    Litar umum 8 stesen x 3 set

    Masa aktiviti setiap setsen = 20 saat

    Masa rehat antara rehat

    Sedarhana

    Rabu20/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Tekanan

    Kemahiran Memukul - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menolak - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menahan - 20 kali120 saat

    Kemahiran Mengelecek - 20 kali120 saat

    Kemahiran Flik - 20 kali120 saat

    Bilangan Set1 set

    Masa Rehat Antara Aktiviti = 120 saat

    Tinggi

    Khamis

    21/02/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    19/34

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Jumaat

    22/02/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    23/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari naik

    dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    24/02/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    20/34

    MINGGU KETIGA ( 25 Feb 03 Mac 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Isnin

    25/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan JedaLarian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Rendah

    Selasa

    26/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    Litar umum 8 stesen x 3 set

    Masa aktiviti setiap setsen = 20 saat

    Masa rehat antara rehat

    Sedarhana

    Rabu

    27/02/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Tekanan

    Latihan Tekanan

    Kemahiran Memukul - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menolak - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menahan - 20 kali120 saat

    Kemahiran Mengelecek - 20 kali120 saat

    Kemahiran Flik - 20 kali120 saat

    Bilangan Set1 set

    Masa Rehat Antara Aktiviti = 120 saat

    Tinggi

    Khamis

    28/02/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    21/34

    Hari/Tarikh Kaedah LatihanIntensiti

    Latihan

    Jumaat

    01/03/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    02/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari

    naik dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    03/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    22/34

    MINGGU KEEMPAT ( 04 10 Mac 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah LatihanIntensiti

    Latihan

    Isnin

    04/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Jeda

    Larian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Rendah

    Selasa

    05/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    Litar umum 8 stesen x 3 set

    Masa aktiviti setiap setsen = 20 saat

    Masa rehat antara rehat = 120 saat

    Sedarhana

    Rabu

    06/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Tekanan

    Kemahiran Memukul - 20 kali120 saatKemahiran Menolak - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menahan - 20 kali120 saat

    Kemahiran Mengelecek - 20 kali120 saat

    Kemahiran Flik - 20 kali120 saat

    Bilangan Set - 1 set

    Masa Rehat Antara Aktiviti = 120 saat

    Tinggi

    Khamis

    07/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    23/34

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Jumaat

    08/03/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    09/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari naik

    dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    10/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    24/34

    MINGGU KELIMA ( 11 - 17 MAC 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Isnin

    11/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan JedaLarian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Rendah

    Selasa

    12/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    Litar umum 8 stesen x 3 set

    Masa aktiviti setiap setsen = 20 saat

    Masa rehat antara rehat = 120 saat

    Sedarhana

    Rabu13/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Tekanan

    Kemahiran Memukul - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menolak - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menahan - 20 kali120 saat

    Kemahiran Mengelecek - 20 kali120 saat

    Kemahiran Flik - 20 kali120 saat

    Bilangan Set1 set

    Masa Rehat Antara Aktiviti = 120 saat

    Tinggi

    Khamis

    14/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    25/34

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Jumaat

    15/03/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    16/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari naik

    dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    17/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    26/34

    MINGGU KEENAM ( 18 - 24 Mac 2013 )

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Isnin

    18/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan JedaLarian 200 meter

    4 ulangan X 2 set

    Jeda Kerja = 150 saat

    Jeda Rehat = 300 saat

    Aktiviti Jeda Kerja = Jalan cepat

    Rendah

    Selasa

    19/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Litar

    Litar umum 8 stesen x 3 set

    Masa aktiviti setiap setsen = 20 saat

    Masa rehat antara rehat = 120 saat

    Sedarhana

    Rabu20/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Tekanan

    Kemahiran Memukul - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menolak - 20 kali120 saat

    Kemahiran Menahan - 20 kali120 saat

    Kemahiran Mengelecek - 20 kali120 saat

    Kemahiran Flik - 20 kali120 saat

    Bilangan Set 1 set

    Masa Rehat Antara Aktiviti = 120 saat

    Tinggi

    Khamis

    21/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    27/34

    Hari/Tarikh Kaedah Latihan Intensiti Latihan

    Jumaat

    22/03/2013

    07:3010:30 pagi

    LatihanBebanan

    1. Fornt squat ( 10 ulangan x 2 set )

    2. Leg curl ( 10 ulangan x 2 set )

    3. Pull over ( 10 ulangan x 2 set )

    4. Lateral pull down ( 10 ulangan x 2 set )

    5. Triceps push down ( 10 ulangan x 2 set )

    6. Two hands curl ( 10 ulangan x 2 set )

    Rendah

    Sabtu

    23/03/2013

    07:3010:30 pagi

    Latihan Fatlek

    1. Berjalan, berlari anak, strudubg, berlari

    pantas, lari pecut, larian setempat, lari

    naik dan turun bukit

    Sedarhana

    Ahad

    24/03/2013 pagi

    Rehat

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    28/34

    GAMBAR GAMBAR KAEDAH LATIHAN MENGIKUT FASA-FASA LATIHAN

    1. Latihan LDS

    2. Latihan Litar

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    29/34

    3. Latihan Fartlek

    4. Latihan Jeda

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    30/34

    GAMBARGAMBAR LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN HOKI

    Kemahiran memukul

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    31/34

    Kemahiran Menolak

    Kemahiran Menahan

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    32/34

    Kemahiran Mengelecek

    Kemahiran Flik

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    33/34

    Pertandingan Hoki

  • 8/11/2019 Kemahiran Asas Permainan Hoki Almmi

    34/34

    REFLIKSI

    Assalammualaikum warahmatullalhi wabarakatuh.

    Alhamdulillah, terlebih dahulu syukur kehadarat Ilahi kerana akhirnya saya dapat

    menyiapkan tugasan Program latihan 6 minggu ini. Setinggi - tinggi penghargaan dan

    terima kasih kepada pensyarah pembimbing En. Irwan bin Isdup yang banyak

    membantu dalam memastikan tugasan ini dapat disiapkan mengikut kehendak soalan

    yang diberikan. Bimbingan dan panduan yang diberi mampu memastikan hasil tugasan

    yang disiapkan selaras dengan panduan tugasan yang diberi.

    Secara keseluruhan program latihan 6 minggu untuk permainan hoki banyak

    menyumbang ke arah peningkatan prestasi setiap pemain.Setiap fasa-fasa latihan dan

    teknik bermain hoki yang disampaikan oleh jurulatih telah mengubah gaya kecergasan

    dan kemahiran para pemain untuk menyertai pertandingan.

    Oleh itu adalah diharapkan dengan adanya program latihan yang disusun

    dengan teratur akan dapat mencapai objektif yang disasarkan.