modul pembelajaran hafazan

Download Modul Pembelajaran Hafazan

Post on 26-Jul-2015

101 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI

Mata Pelajaran Kelas Tajuk Sub. Tajuk

: Pendidikan Agama Islam : Tahun 4 : Tilawah Al-Quran : Surah Al-Qariah (Hafazan)

Objektif

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat : a) Menyebut dengan betul potongan 1-4 ayat daripada surah Al-Qariah. b) Menghafaz potongan ayat 1-4 surah al-Qariah dengan bacaan yang tepat.

Strategi

: Permainan

Bahan Bantu Mengajar

:

1. Kertas gulungan yang mempunyai ayat 1-4 surah al-Qariah untuk diletakkan dalam kotak beracun.

2. Kotak Kecil dijadikan sebagai kotak beracun.

3. Radio sebagai pemain muzik berbentuk nasyid ketika permainan kotak beracun dijalankan.

4. Keratan puzzle (setiap pelajar diberikan satu puzzle)

ISI PELAJARAN Ayat 1-4 surah Al-Qariah.

PELAKSANAAN Langkah Pertama (Kotak beracun) 1. Pelajar diagihkan kepada lima kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan satu kotak kecil yang dinamakan kotak ajaib. 3. Di dalam kotak itu terdapat kertas-kertas ajaib yang mempunyai potongan ayat daripada surah al-Qariah.

4. Dengan membentuk bulatan bagi setiap kumpulan, kotak ajaib itu hendaklah dipegang oleh ketua dan dijadikan sebagai permulaan sebelum bergerak kepada pelajar yang lain dan seterusnya berpindah pula kepada orang sebelah. 5. Ia bermula serentak dengan alunan nasyid yang dimainkan oleh guru. 6. Apabila nasyid diberhentikan, pelajar yang memegang kotak tersebut hendaklah mengambil satu kertas di dalam kotak tersebut. 7. Kemudian, hendaklah membaca potongan ayat yang dicabut itu kepada semua pelajar di dalam kelas. 8. Nasyid dimainkan semula sehinggalah semua pelajar dapat mencabut kertas daripada kotak ajaib itu dan membacanya. 9. Seterusnya, pelajar membaca secara beramai-ramai potongan ayat tersebut daripada kotak ajaib mengikut turutan ayat 1-4 surah al-Qariah.

Langkah Kedua Sahabat Sejati untuk menghafal 1. Murid menghafaz secara berpasangan bersama-sama rakan bersebelahan. 2. Murid diberi masa selama 10 minit menghafaz bersama rakannya. 3. Murid menggunakan cara Sahabat Sejati iaitu dengan seorang menghafaz manakala seorang lagi mendengar. Kemudian, bertukar pula murid yang mendengar tadi menghafaz dan murid yang menghafaz tadi mendengar pula.

Langkah 3 Tahap pencapaian hafazan surah 1. Murid duduk secara berkumpulan dan diberikan puzzle. 2. Puzzle tersebut mengandungi potongan ayat 1-4 surah al-Qariah. 3. Setiap seorang pelajar hendaklah memiliki satu bentuk puzzle tersebut. 4. Mereka hendaklah menyelesaikannya dengan mencamtumkan kesemua puzzle tersebut sehingga terbentuk empat ayat daripada surah al-Qariah.

Langkah 4 Latih Tubi / Penilaian Individu 1. Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan ayat 1-4 surah alQariah. 2. Murid diminta supaya : a. Mengisi tempat kosong dengan kalimah yang betul di dalam latihan lembaran kerja yang diberikan. b. Menyusun ayat 1-4 daripada surah al-Qariah dengan mengikut turutan yang betul. 3. Lembaran kerja (rujuk lampiran 1)

.

. ______ . __________ . _________ . __________

. . _____________________

.______________________

.______________________

. _____________________

.

. . .

.

.

. .