bahan hafazan 1
Post on 13-Jan-2016
97 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sokonganTRANSCRIPT
HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NOR SURIANITA BT HJ IBRAHIM - 821026045134001 Page 1
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER MEI / 2012
HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 (SMP)
NO. MATRIKULASI : 821026045134001
NO. KAD PENGNEALAN : 821026-04-5134
NO. TELEFON : 013-6533880
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT.
HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NOR SURIANITA BT HJ IBRAHIM - 821026045134001 Page 2
ISI KANDUNGAN
PERKARA Muka Surat
Isi kandungan .............................................................. 1
1.0 Pengenalan 3
2.0 Institut Tahfiz Al-Quran As-Solihin
2.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran .. 4
2.2 Sistem Pengajian ........................................................... 6
2.2.1 Kelas Tasmi . 6
2.2.2 Kelas Iadah 7
2.2.3 Sistem Hafazan 7
2.2.4 Kaedah Mendengar Kaset-kaset Rakaman .. . 8
2.3 Sesi Pengajian . 9
3.0 Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, Batu Pahat
3.1 Sejarah Penubuhan 9
3.2 Sistem Pengajaran
3.2.1 Kaedah Tasmi 11
3.2.2 Kaedah Tikrar atau Ulangan 13
3.3 Sesi Pengajian di Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz .. 14
4.0 Kesimpulan 15
5.0 Rujukan . 16
6.0 Lampiran Gambar Institut Tahfiz Al-Quran As-Solihin .. 17
7.0 Lampiran Gambar Sekolah Rendah Islam At-Tahfiz, Batu Pahat 22
8.0 Lampiran
8.1 Lampiran A 26
8.2 Lampiran B 31
8.3 Lampiran C ... 38
8.4 Lampiran D 41
8.5 Lampiran E 43
HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NOR SURIANITA BT HJ IBRAHIM - 821026045134001 Page 3
1.0 Pengenalan
Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT untuk seluruh umat
manusia. Segala apa yang terkandung di dalamnya merangkumi semua aspek kehidupan yang
diperlukan oleh manusia secara fitrahnya. Ia juga merupakan perundangan dan sandaran umat
islam sepanjang zaman. Oleh sebab itu, Al-Quran perlu dibaca, difahami,dihayati seterusnya
diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan serta dijadikan rujukan bagi memastikan
perjalanan kehidupan manusia di muka ini berada di atas landasan yang betul dan lurus lagi
diredhai ALLAH SWT.
Sebagaimana yang diketahui umum, masyarakat islam kini menghadapi dilema
keruntuhan akhlak dan kehilangan identiti sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian,
hanya pendidikan yang berteraskan al-Quran sahaja yang mampu memulihkan segala
masalah ini.
Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama
dari al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas
bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca.
Dalam keadaan yang ummi itulah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-Quran dari
Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan.
Proses turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan
Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya
menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru
Dengan permasalahan yang dibentangkan diharap kajian dapat menganalisis keberkesanan
kaedah hafazan di negara ini dan mencadangkan modul terbaik cara penghafazan untuk
dimanfaatkan dalam usaha melahirkan lebih ramai hufaz al-Quran.
Pendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa,
masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat
yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak
sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd.
Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya
mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T.
Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara
hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal
melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat
pendidikan al-Quran. Dalam tugasan ini diminta untuk menyediakan satu kajian terhadap dua buah
institusi tahfiz al-Quran, dan diminta membuat satu perbandingan tentang kekuatan dan
HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NOR SURIANITA BT HJ IBRAHIM - 821026045134001 Page 4
keberkesanan kaedah-kaedah ini dan cara yang boleh anda lakukan untuk menyerap beberapa
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengertian Hafazan
Pengertian hafazan diambil dari perkataan hafaz yang bererti sudah masuk betul
ingatan, dapat mengucapkan pelajaran ( ayat al-Quran dan lain-lain ) dengan ingatan semata-
mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan
untuk menyimpan pengetahuan. Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-
ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain
yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.
Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara. Justeru, orang yang
menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang. Ia
menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 9: Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini
menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin
yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar. Selain daripada itu,
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca satu huruf
daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan
dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif
satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ibnu Masud ).
2.0 Institut Tahfiz Al-Quran As-Solihin
2.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran
Pusat tahfiz Al-Quran As-Solihin telah ditubuhkan pada Januari 2002 yang
dikelolakan oleh Badan Kebajikan dan Pendidikan As-Solihin. Ianya tidak dinaungi oleh
mana-mana pihak yang ada kaitannya dengan mana-mana badan siasah Negara.
Matlamat utama penubuhan Badan Kebajikan dan Pendidikan As-Solihin ini
bukanlah bertujuan untuk menyaingi mana-mana pihak atau mana-mana pertubuhan yang lain
tetapi lebih kepada Amar Makruf Nahi Mungkar atau mengajak kepada kebaikan menegah
daripada melakukan kemungkaran yang mana penubuhannya adalah atas dasar Iman dan
Taqwa. Dengan itu ianya menetapkan bahawa Maahad Tahfiz ini bukanlah milik individu
HBIS1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1
NOR SURIANITA BT HJ IBRAHIM - 821026045134001 Page 5
tertentu atau pertubuhan tertentu tetapi lebih kepada kepentingan masyarakat muslim
setempat sebagai perlaksanaan fardhu kifayah.
Disamping itu penubuhan Maahad Tahfiz ini dapat mengimarahkan masjid dan surau
surau di sekitarnya dengan pengisian program pembacaan dan hafazan Al-Quran berhalaqah
setiap hari terutama dalam bulanbulan Ramadhan. Dengan ini orang tempatan akan dapat
mengambil faedah kerohanian apabila mereka bersama-sama mengambil bahagian bersama
pelajar tersebut. Pusat Tahfiz Al-Quran ini juga beroperasi sepenuh masa untuk pelajar lelaki
sahaja.
Lokasi Pusat Tahfiz Al-Quran ini terletak bersebelahan dengan Taman Seri Merlimau,
Melaka dimana tanah seluas 1 ekar ini telah diwakafkan oleh Puan Miah bte Jani. Ianya juga
telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Yusof bin Mat Yatim iaitu bekas Ketua Jabatan Institut
Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM). Dari segi pengajian, selain dari pembelajaran
tahfiz, fardu ain dan bahasa, Pusat tahfiz ini juga ada menyediakan kemudahan asrama untuk
pelajar seperti surau (musalla), kantin dan padang untuk beriadah. Ianya adalah bertujuan
untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Di samping itu juga dapat menjalankan aktiviti-
aktiviti yang sihat seperti bersukan. Di pusat Tahfiz ini terdapat 12 orang tenaga pengajar
lelaki dan 2 orang guru wanita.
Objektif pusat Tahfiz Al-Quran ini termasuklah meningkatkan usaha untuk
melahirkan para huffaz yang menguasai hafalan Al-Quran dalam usia yang masih muda dan
menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan sepanjang pengajian mereka. Di samping
dapat menyediakan tokoh ilmuan yang berwibawa dan mempunyai asas ilmu yang
berteraskan Al-Quran bagi menerajui kepimpinan masyarakat dan negara, mengukuhkan
keperibadian remaja islam dengan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup agar
mereka mampu membendung keruntuhan akhlak dikalangan remaja yang kian parah akhir-
akhir ini se