kajian tindakan hafazan

21
JANGAN LUPA AYAT! FADHLI BIN MOHD YUSOF ZAINATOL NATAIM BINTI AZZAHRI SEK. MEN. KEB. SRI GADING, BATU PAHAT JOHOR Abstrak Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi yang tinggi bagi pelajar-pelajar menguasainya dengan berkesan. Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dam Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah Al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Bidang ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh para pelajar. Mereka menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan bahagian tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu, kajian ini dijalankan

Upload: fadhli-mohd-yusof

Post on 14-Aug-2015

1.238 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tindakan hafazan

JANGAN LUPA AYAT!

FADHLI BIN MOHD YUSOF

ZAINATOL NATAIM BINTI AZZAHRI

SEK. MEN. KEB. SRI GADING, BATU PAHAT JOHOR

Abstrak

Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi yang tinggi bagi pelajar-pelajar menguasainya dengan berkesan. Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dam Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah Al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Bidang ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh para pelajar. Mereka menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan bahagian tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan. Kajian ini akan dilakukan ke atas 33 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi SMK Sri Gading. Pengkaji telah memilih kaedah dalam kajian ini iaitu Program 10-01, Program Sahabat Hafaz dan Program Dekat Dengan Pelajar.

Page 2: kajian tindakan hafazan

1.0 Refleksi

Sek. Men. Keb. Sri Gading merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori

sekolah luar bandar. Mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang

sebagai mata pelajaran mudah lulus oleh pelajar kerana mereka beragama Islam. Mereka juga

menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana

mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, hadis, akhlak,

jawi dan amali.

Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu

dipelajari seperti bacaan ayat, hafazan dan pengertian ayat. Bidang hafazan misalnya, amat

memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan

ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan

memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

2.0 Fokus Kajian

Hasil daripada ujian pra, pengkaji mendapati seramai 20 orang pelajar tingkatan Empat

Dedikasi gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan pengkaji. Terdapat juga

sebilangan pelajar yang Cuma dapat menghafaz separuh dan majoriti pelajar menghadapi

masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan

sebagainya. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang

kurang menarik minat pelajar, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan

dan juga sikap pelajar itu sendiri.

Sekiranya masalah in itidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, pelajar-pelajar

ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz ayat-ayat hafazan ini, dikhuatiri akan

mempengaruhi keputusan pelajar terutamanya ketika menjawab bahagian tilawah Al-Quran

dan pemarkahan semasa amali PAFA.

Page 3: kajian tindakan hafazan

3.0 Objektif Kajian

3.1ObjektifUmum

Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayat-

ayat Al-Quran dalam mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan Empat

Dedikasi Sek. Men. Keb Sri Gading mengikut kaedah yang bersesuaian dengan diri

masing-masing.

3.2 Objektif Khusus

i. Pelajar dapat membaca surah Al- Luqman Ayat 1 -5 dengan baik, fasih, lancar

dan

bertajwid

ii. Pelajar dapat menghafaz surah Al-Luqman Ayat 1-5 dengan baik, fasih, lancar dan

bertajwid

4.0 Kumpulan Sasaran

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Dedikasi

Sek. Men. Keb. Sri Gading sesi 2012. Kumpulan ini seramai 33 orang yang terdiri dari 11

orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar dalam tingkatan Empat

Dedikasi mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data ujian pra,

didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat homogeneous, maka guru

menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P.

Page 4: kajian tindakan hafazan

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Awal Masalah

Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan

mudah merupakan cabaran utama yang perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu

mereka meningkatkan keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan

pelajar-pelajar ini dapat pengkaji perincikan kepada aspek-aspek berikut:

a) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran

b) Sejauh mana pelajar terdedah dengan bacaan dan hafazan al-quran

c) Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan

d) Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang diguna pakai

oleh pengkaji ialah ujian pra, ujian pos dan pemerhatian.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Menurut Mohd. Majid konting (1990) kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan

maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul

maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif

penyelidikan yang telah dinyatakan. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang

menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra.

Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006), Reka bentuk kajian ialah rancangan

bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan yang

akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini

dikutip.

Page 5: kajian tindakan hafazan

5.2.1 Pemerhatian

i Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.

ii Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan hafazan ayat Al-Quran.

(melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut).

iii Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan. ( cara

bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan diri dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini, aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama.

Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun

tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Melalui kaedah ini, pelajar dinilai secara terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk

menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. Melalui pemerhatian

juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri pelajar semasa proses

pembelajaran. Dari sini dapat dilihat sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secar aktif atau

sebaliknya. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri

pelajar ialah:

a) Adakah pelajar mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh

pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas, berkumpulan, berdua atau

individu berjaya diikuti oleh pelajar.

b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti

yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya

berdiam diri.

c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan, sama ada aktif bersama ahli

kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung.

d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika terdapat permasalahan

atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.

Page 6: kajian tindakan hafazan

e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada pengkaji dengan

menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan

bertepatan dengan suasana semasa. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang

menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam

pembelajaran.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang dipamerkan oleh

pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan.

5.2.2 Ujian Pra

a) Ujian pra akan dijalankan secara tasmi’ dimana pelajar secara bergilir gilir akan

memperdengarkan bacaan hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan

menilai mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan..

b) Ayat hafazan yang di uji untuk tasmi’bagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah al-

Mulk. Ujian tasmi’ ini dijalankan terhadap 33 orang pelajar di dalam tingkatan 4

dedikasi. Daripada ujian pra yang dijalankan, sekiranya peratus kegagalan pelajar

melebihi 50% kajian tindakan ini harus dijalankan.

5.2.3 Ujian Pos

Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan

dalam kajian ini. Ujian pos yang akan dijalankan adalah sama seperti yang telah

dilakukan oleh pengkaji pada ujian pra. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang

signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai.

Page 7: kajian tindakan hafazan

5.3 Analisis Data

5.3.1 Pemerhatian

Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur.

Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas

dijalankan:

1 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di beri

2 Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakr kertas

3 Berangan-angan

4 Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

5 Membuat kerja lain

6 Menggangu pelajar lain secara fizikal

7 Mencuba untuk menarik perhatian

8 Mengasah pensel

9 Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam bentuk jadual di bawah

apabila pemerhatian dijalankan. Sebanyak 10 pemerhatian dijalankan dan nombor di

catat pada petak di mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti

yang dimaksudkan.

    Pemerhatian

Bil NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10Peratus

%1 ADILAH                      2 AHMAD WAIZ                      3 AINUR AFIQAH                      4 AIZA FAZIANA                      5 INTAN SHAHIRAH                      6 IZNI NURFATIN                      7 KHAIRUL ASYRAF                      8 KHAIRUNNISA IZATY                      9 MOHD FARRIZ                      10 MUHD ZULHANIF                      11 MOHAMAD ARIF                      12 MOHAMAD HAZRUL                      

Page 8: kajian tindakan hafazan

13 MOHAMMAD HAIZIZI                      14 MOHAINI                      15 MUHAMAD HUSAINI                      16 MOHD DANIAL                      17 MOHD EZZUL HAZIQ                      18 MOHAMMAD FARHAN                      19 MOHAMMAD FAUZI                      20 MUHAMMAD HASYAM                      21 MUHD HIHAM                      22 MUHD SADIY                      23 NASHRIQ HAIQAL                      24 NOR INSYIRAH                      25 NARASNA TASNIM                      26 NURHAZIQAH                      27 NUR NATASHA                      28 NURSYAMIRA                      29 NURUL AFIDAH                      30 NURUL SYAKILLA                      31 NORHANISAH                      32 RAHAYU                      33 ROSNITA                      

Daripada jadual di atas, didapati hampir 18 orang pelajar telah menjalankan paling

banyak aktiviti dan diantara aktiviti tersebut adalah merangkumi berfikiran di tempat

lain, berangan-angan, berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

5.3.2 Ujian Pra

Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan, pengkaji mennggunakan

kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini dijalankan seminggu selepas kaedah

pemerhatian digunakan. Dalam ujian ini, setiap pelajar Tingkatan Empat Dedikasi

dikehendaki membaca surah Al-Luqman 1 hingga 5 di hadapan pengkaji seorang demi

seorang.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada pelajar

Tingkatan Empat Dedikasi;

Page 9: kajian tindakan hafazan

Markah Tahap Bilangan Pelajar13-20 Baik 137-12 Kurang Baik  101-6 Lemah  10

Daripada keputusan ujian ini, didapati, tiga belas orang pelajar berada pada tahap baik

iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan baik. Manakala sepuluh orang

pelajar berada pada kurang baik dan sepuluh orang pelajar pada tahap lemah. Tahap

kurang baik adalah pelajar tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat menghafaz dengan

lancar, hanya menghafaz sebahagian dari ayat hafazan dan kurang bertajwid. Pelajar

yang lemah pula adalah pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya

masih kurang fasih membaca. Untuk mengatasi kedua-dua tahap ini, pengkaji telah

mencadangkan tiga jenis aktiviti yang akan dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar ini.

5.4 Tindakan Penyelesaian Yang Dicadangkan

Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan pelajar adalah pada

tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah

dengan lancar, sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin

disebabkan oleh amalan pengajaran yang kurang berkesan.

Setelah pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul, maka pengkaji akan

melaksanakan tiga teknik menghafaz surah-surah pilihan seperti berikut:

Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari)

Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi

surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali.

2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka.

3. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10

kali dalam sehari.

4. Pengkaji menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.

Page 10: kajian tindakan hafazan

Program “Sahabat Hafaz”

1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz.

2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua

3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang pertama.

4. Saling menegur ayat antara satu sama lain.

5. Pelajar kemudiannya akan membaca di hadapan pengkaji.

Program ‘Dekat Dengan Pelajar’

1. Program ini melibatkan penggunaan ICT seperti klip video, slideshow, gambar,

mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

2. Setiap kali proses P&P berlangsung, murid-murid dikehendaki untuk berada di

tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan memandang ke hadapan

kelas terutama kepada guru yang mengajar. Pengkaji sering menasihati murid-

murid agar tidak melakukan perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus

kepada guru yang mengajar.

3. Kajian menunjukkan bahawa,murid-murid sekolah hanya mampu memberikan

tumpuan yang berfokus dalam masa kurang daripada 10 minit.Maka,pada setiap

selang masa 10-15 minit pengkaji akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid

terlibat sepenuhnya didalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran

di dalam aktiviti tersebut.Tujuannya adalah untuk memastikan murid memberikan

tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.

4. Kaedah pengajaran yang telah dipilih adalah kaedah pembelajaran menggunakan

bahan bantu mengajar atau sumber pengajaran yang berkesan sewaktu proses

pembelajaran. Bahan sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan

di dalam kelas manakala daripada bahan sumber tersebut pengkaji akan

menjalankan aktiviti yang menarik.Tujuannya adalah untuk memastikan murid

terlibat secara langsung di dalam pengajaran.

Page 11: kajian tindakan hafazan

5. Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P TilawahAl-Quran.

Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait di mana setiap sumber

pengajaran yang digunakan mempunyai aktiviti yang menarik dan bersesuaian

supaya murid tidak bosan dengan sumber pengajaran semata-mata. Dengan

adanya aktiviti seperti ini, mampu merangsang minat murid seterusnya dapat

mengekalkan tumpuan semasa belajar.

6. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran digital, carta,kad

imbasan,”PUZZLE’, bahan maujud,gambar,video,dan sebagainya.

7. Manakala aktiviti yang dijalankan ialah seperti, “bola hikmah”,”roda

impian”,”kuiz”,”gerabak keretapi”,”dadu aladdin”,”jambatan roboh”,klu james

bond, perbincangan kumpulan dan soal jawab.

Ketiga-tiga teknik ini telah diguna pakai oleh Hasnida Ibrahim dalam kajiannya iaitu

Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan

Pelajar Semester Satu (Jun 2011). Tindakan yang dijalankan ini bukan sahaja

melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran

aktif para pelajar dalam menguasai ilmu.

Page 12: kajian tindakan hafazan

5.5 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis. Stephen

Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi

kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk

membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

proses dan mutu pengajaran

pemahaman dan penguasaan pengajaran

situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun

biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama

orang luar.

Lingkaran pertama (Program 10-01)

Page 13: kajian tindakan hafazan

1. Merancang

Memilih ayat hafazan, menyediakan jadual bagi bacaan ayat hafazan.

2. Bertindak

Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar mengikutinya beramai-

ramai sebanyak 5 kali.

Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 10 kali secara individu.

3. Memerhati

Memerhati keadaan kelas, merekod soalan pencapaian pelajar. Catat jangkaan.

4. Merefleksi

Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan aktiviti hafazan secara

individu. Penambahbaikan perlu dibuat.

Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz)

1. Mengubah rancangan

Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan secara individu

2. Bertindak

Pelajar dipasangkan dengan seorang memperdengarkan bacaan dan seorang

mendengar dan menilai hafazan.

3. Memerhati

Suasana kelas diperhatikan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada

tingkahlaku pelajar. Kesan kaedah direkodkan keatas hafazan pelajar.

Page 14: kajian tindakan hafazan

4.

5. Merefleksi

Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada pelajar yang gagal. Apa yang

perlu pengkaji lakukan?

Lingkaran ketiga (Program Dekat Dengan Pelajar)

1. Mengubah rancangan

Mengubah cara teknik hafazan dengan menggunakan teknologi iaitu dengan

menggunakan ABBM yang menarik untuk menarik perhatian pelajar dan

meningkatkan minat untuk menghafaz.

2. Bertindak

Paparan video ayat hafazan dengan cara bacaan atau tarannum yang menarik

Menggunakan kad imbasan ayat hafazan kepada pelajar. Pelajar membaca dengan

tarannum yang diperdengarkan tadi

Pelajar menyelesaikan “puzzle” ayat hafazan yang diberikan oleh guru

3. Memerhati

Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

4. Merefleksi

Perasaan ingin tahu pelajar berkembang. Kawalan kelas baik. Pelajar menunjukkan

minat yang tinggi.

Page 15: kajian tindakan hafazan

5.6 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tempoh

Perlaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu

2 Menulis proposal kajian 2 minggu

3 Menjalankan Kajian Awal- permasalahan yang wujud

dalam hafazan diperincikan dari setiap aspek

2 minggu

4 Analisis kajian awal – untuk mengetahui bilangan pelajar

yang perlu dikaji

1 minggu

5 Merancang tindakan

- Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan

kajian yang akan dilaksanakan. Dilakukan secara

individu dan juga berkumpulan

1 minggu

6 Melakasanakan tindakan

i. Aktiviti 1 (Program 10-01)

1 minggu

7 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 2 minggu

8 Melaksanankan tindakan

ii. Aktiviti 2 (Program Sahabat Hafaz)

1 minggu

9 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 2 minggu

10 Melaksanakan tindakan

i. Akitiviti 3 (Program Dekat Dengan Pelajar)

1 minggu

11 Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 3 2 minggu

Page 16: kajian tindakan hafazan

12 Ujian untuk mengesan permasalahan pelajar 1 minggu

13 Refleksi kajian 1 minggu

14 Menulis laporan kajian 2 minggu

15 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu

5.6 Jadual Peruntukan Kewangan

Bahan Yang Digunakan Jumlah

Program 10-01

Program Sahabat Hafaz

Program Dekat Dengan Pelajar