kkp bmm3134 new

15
1.0 Pengenalan Kemenjadian murid merupakan satu gagasan Kementerian Pelajaran yang menuntut para guru untuk memberi nilai tambah kosa ilmu ,kemahiran dan daya usaha sedia ada dalam rangka pemikiran ‘ di luar kotak ‘ secara optimum.Justeru, sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Di sini bertepatan pemilihan cerita rakyat Melayu Sarawak yang bertajuk Dayang Isah Tandang Sari untuk melihat sejauh mana bidang sosial ini wujud dalam sesebuah masyarakat. Cerita Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu mitos dan cerita turun temurun bagi penduduk dari kawasan Batang Saribas Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 29-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanKemenjadian murid merupakan satu gagasan Kementerian Pelajaran yang menuntut para guru untuk memberi nilai tambah kosa ilmu ,kemahiran dan daya usaha sedia ada dalam rangka pemikiran di luar kotak secara optimum.Justeru, sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputisetiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Di sini bertepatan pemilihan cerita rakyat Melayu Sarawak yang bertajuk Dayang Isah Tandang Sari untuk melihat sejauh mana bidang sosial ini wujud dalam sesebuah masyarakat. Cerita Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu mitos dan cerita turun temurun bagi penduduk dari kawasan Batang Saribas Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

2.0 Tugasan 1 : Esei Akademik2.1 Kajian Bidang Sosial Masyarakat Melayu Sarawak dalam cerita Dayang Isah Tandang Sari

Cerita Dayang Isah Tandang Sari merupakan salah satu mitos dan cerita turun temurun bagi penduduk dari kawasan Batang Saribas . Cerita Dayang Isah Tandang Sari merupakan sebuah cerita rakyat yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman sebelum kedatangan penjajah barat. Aspek sosial masyarakat Melayu Sarawak yang terpancar di dalam cerita Dayang Isah amat jelas dan mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu lain di Semenanjung Malaysia. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu Sarawak ini meliputi nilai murni, struktur sosial dan undang-undang, adat resam dan kepercayaan..2.1.1 Amalan Nilai MurniMasyarakatMelayu umumnya mempunyai banyaknilai yang menjadikan bangsa Melayu inipenuhdengan tatasusiladanterkenaldengansopan santunnya. Nilaimerupakan salah satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. MelaluiCerita Dayang Isah nilai kemasyaraktan banyak diamalkan dalam kehidupan harian .Inibermakna,nilai adalahukurankepadasesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakatNilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota masyarakat seperti yang tergambar dalam kehidupan pendudukan di bawah pemerintahan Temenggong Kadir adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam memperkukuhkan ikatan sosisal dalam kelompok.Orang-orang muda sentiasa menghormati orang tua. Dan orang tua itu pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang muda.Ikatan sosial itu terjalin melalui perlakuan-perlakuan yang menyatakan kasih sayang antara seorang dengan seorang yang lain.Nilai tanggungjawab turut terpancar dalam cerita Dayang Isah semasa menentukan pasangan perkahwinan .Dalam memilih pasangan perkahwinan, orang-orang Melayu mempunyai ukuran nilai sendiri. Dalam perkara ini, bukan sahaja melibatkan nilai-nilai yang diberikan dalam ajaran Islam, tetapi didapati pengaruh tradisi budaya itu sangat jelas.Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jodoh atau pasangan anak mereka. Perkara itu mempunyai nilai-nilai tertentu yang menjadi pertimbangan mereka. Misalnya, Datuk Temenggong yang ingin mengahwinkan Dayang Esah dengan Abang Bunut iaitu seorang pemuda yang gagah perkasa dan baik tingkah lakunya.2.1.2 Struktur sosial dan Undang-udang Struktur sosial merupakan komponen atau set sosial di mana setiap komponen berfungsi sehingga membolehkan masyarakat tersebut terus wujud. Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi yang mempunyai struktur sosialnya sendiri. Lapisan masyarakatnya terdiri daripada golongan raja atau sultan , bangsawan atau pembesar dan rakyat biasa . Di dalam cerita Dayang Isah jelas menggambarkan kewujudan bentuk tersebut. Datuk Temenggong yang di hantar oleh Sultan Brunei untuk memerintah kawasan Saribas dengan autoriti dan kuasa yang mutlak. Di bawahnya adalah golongan pembesar . Mereka umumnya terdiri daripada pembesar yang menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Datuk Temenggong. Ia diikuti dengan golongan rakyat biasa.Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu tempat. Memandangkan sesuatu undang-undang tidak dibuat secara nyata dalam Sejarah Melayu, jadi perlaksanaan undang-undang harus didasarkan kepada sesuatu hukuman yang dipraktikkan. Hukuman yang dikira paling berat ialah bunuh. Hukuman ini boleh dijatuhkan kepada orang yang menderhaka, membuat fitnah, membunuh dan mengambil isteri orang. Dalam cerita Dayang Isah ada diceritakan mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Dayang Isah yang mengaku telah membunuh Abang Bunut. 2.1.3. Adatdan KepercayaanAdat merupakan kebiasaan carahidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kiraapa bangsa sekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian.Adat perkahwinan jelas diamalkan di dalam cerita Dayang Isah. Nakhoda Khar telah pergi ke rumah Datuk Temenggong untuk meminang Dayang Isah. Setelah pinangan dipersetujui oleh pihak perempuan adat bertunang dilakukan dan dan seterusnya majlis perkahwinan. Adat istiadat Melayu khususnya adat perkahwinan banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.Selain adat, aspek agama dan kepercayaan turut sinonim dengan kebudayaan orang Melayu.Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut.Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awal adalah berbentuk animisme yang mempercayai kuasa ghaib. Contohnya kepercayaan kepada mimpi amat jelas terpapar di dalam cerita Dayang Isah. Datuk Temenggong yang amat mempercayai mimpi berlaku dalam dua situasi iaitu ketika bermimpi mendengar suara menyuruhnya pergi ke hulu sungai untuk menemukan seorang bayi di rumpun buluh. Mimpi kedua yang dialami oleh Datuk Temenggong ketika hendak mengahwinkan Dayang Isah di mana menurut suara yang didengar di dalam mimpinya , Dayang Isah harus dikahwinkan dengan sesiapa yang dapat menyediakan sepuluh kati emas. Keyakinan Datuk Temenggong kepada mimpinya ternyata bercanggah dengan lunas-lunas ajaran agama Islam.

2.2 Huraian Tasawwur Masyarakat Dalam Cerita Dayang Isah dengan Masyarakat arus perdana. Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu, Buddha, Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut seperti yang tergambar dalam kepercayaan masyarakat dalam cerita Dayang Isah yang taksub dengan mimpi untuk menentukan sesuatu keputusan berbeza dengan pemikiran masyarakat arus perdana yang bersandarkan kepada reality. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak dapat dipisahkan. Berkisarkan cerita Dayang Isah , tergambar sosial kehidupan masyarakat Melayu yang terkongkong dalam kehidupan tradisi yang hanya mementingkan ketaatan kepada pemerintah, kekayaan harta dan kekuatan fizikal dengan meminggirkan ilmu pengetahuan . Kini, Masyarakat Melayu dalam bidang ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, seperti zaman Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren. Jelas sekali peranannya yang amat penting dalam proses pembangunan negara, yang sepatutnya menjadi jiwa dan pembentuk keperibadian sesebuah negara itu sendiri. Sudah tentu juga dalam realiti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Lantaran itu perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara Amalan nilai murni amat dititikberatkan di dalam kehidupan masyarakat seperti yang tergambar di dalam cerita Dayang Isah.Antara nilai murni yang tergambar adalah seperti mentaati pemimpin, berbudi bahasa, saling menghormati dan keadilan. Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Nilai inilah yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang yang berdisiplin.Namun, Generasi muda yang melalui sistem pendidikan arus perdana ternyata semakin terhakis nilai budaya dan akar adat resam bangsanya sendiri.Bukan sahaja persoalan tulisan dan bahasa Melayu semakin tersisih malah kandungan pendidikan yang tidak memberi perhatian kepada soal unsur sejarah bangsa dan budaya bangsa itu sendiri.Buku teks yang menjadi tatapan guru dan pelajar dari peringkat rendah sehingga tiggi hampir gersang dari pendidikan budaya bangsa. Akibatnya citarasa dan aspirasi bukan sahaja pelajar malah pendidik itu sendiri tidak mengambilkira soal kebudayaan bangsa.Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan orang yang tua adalah satu nilai yang jelaskan sekali berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang-orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu Menghormati dan mendengar nasihat orang tua, orang muda tidak akan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua harus dipupuk untuk menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.Kebudayaan kebangsaan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan ternyata juga semakin menipis. Struktur sosial berkisarkan cerita Dayang Isah memberi gambaran Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi yang mempunyai struktur sosialnya sendiri. Lapisan masyarakatnya terdiri daripada golongan raja atau sultan , bangsawan atau pembesar dan rakyat biasa . Golongan yang memiliki kekayaan dan kekuasaan akan dipilih sebagai pemerintah manakala rakyat biasa dari golongan yang miskin dan lemah. Sebaliknya, dalam masyarakat Melayu moden, yang lebih terbuka dan dipengaruhi berbagai-bagai nilai sosial yang dibawa dari luar, maka faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang itu dalam ruang sosial turut mengalami perubahan. Faktor keturunan tidak lagi begitu dominan. Orang biasa juga turut berpeluang untuk memperbaiki kedudukan sosial. Mobiliti dalam ruang sosial itu didapati lebih terbuka. Antara faktor-faktor penting dalam menentukan kedudukan sosial dalam masyarakat Melayu kini adalah Pendidikan,Kebolehan dan keahlian,Kekayaan,Pekerjaan, Keagamaan ,Peribadi atau perlakuan.

3.0 Tugasan 2: Produk Buku Skrap Cerita Dayang Isah Tandang Sari Buku skrap dilampirkan bersama dalam tugasan penulisan esei.

4.0 Penulisan RefleksiBidang sosial yang digambarkan dalam cerita Dayang Isah berkisarkan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang meliputi sistem sosial, agama, kepercayaan, adat resam , sikap dan nilai. Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi bidang sosial masyarakat Melayu khususnya masyarakat Melayu di daerah Saribas. Melalui kajian terhadap cerita Dayang Isah ini, saya dapat membuat penilaian tentang kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam cerita rakyat tersebut. Antara kekuatan yang wujud melalui cerita Dayang Isah ialah masyarakat Melayu tradisional sangat menekankan ikatan atau hubungan yang erat di kalangan anggota-anggota kelompok. Mereka membina dan tinggal di kampung. Konsep kampung itu membawa pengertian yang mendalam tentang kepentingan hubungan sosial, berkampung.Mereka memupuk nilai-nilai sosial, berasaskan kepada kelompok orang kita. Ikatan kekitaan itu dapat diteliti kepada berbagai tindakan yang mereka lakukan. Mereka menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka menyedari bahawa sebagai anggota kelompok yang erat hubungan sosial, mereka dapat membina kepentingan bersama.

Selain itu nilai kekeluargaan juga wujud seperti yang digambarkan dalan institusi keluarga Datuk Temenggong yang mengamalkan saling menghormati antara suami isteri dan anak yang memberikan taatsetia kepada ibu bapa. Ajaran Islam sangat menekankan anak-anak sentiasa menghormati atau tidak boleh membelakangkan ibu. Nilai-nilai yang dipupuk dalam hubungan di kalangan anggota-anggota keluarga itu, adalah selaras dengan nilai-nilai yang dipupuk dalam memperkukuhkan ikatan sosisal dalam kelompok.Orang-orang muda sentiasa menghormati orang tua. Dan orang tua itu pula hendaklah sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang muda. Dalam perkembangan itu, Islam merupakan benteng utama kepada orang-orang Melayu bagi mempertahankan nilai-nilai tradisi. Di samping pesatnya proses globalisasi, kesedaran untuk mempertahankan tradisi budaya tidak dinafikan.Kekuatan aspek sosial masyarakat Melayu berdasarkan cerita Dayang Isah juga wujud dalam sistem pemerintahan .Pemerintah yang adil seperti Datuk Temenggong amat disenangi oleh masyarakat. Pemimpin ialah orang yang dapat memainkan peranan dalam memberikan kepimpinan, seperti memberikan nasihat, bimbingan, dan membawa pengikut-pengikut atau anak buahnya kepada kehidupan yang lebih baik. Kepimpinan itu bermula dalam keluarga dan kemudian di kalangan kekerabatan, sebelum terlibat kepimpinan di kalangan anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat. Walaupun dalam cerita Dayang Isah banyak memperlihatkan kekuatan, namun beberapa kelemahan juga wujud dalam aspek sosial masyarakat Melayu pada ketika itu. Antara kelemahan yang jelas wujud ialah pemikiran masyarakat yang masih menerima pengaruh animism dan Hindu walaupun mereka menganut agama Islam. Pengaruh-pengaruh luar ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya ialah pengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding dan sebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu dengan terlalu taksub dengan mimpi sebagai panduan hidup mereka.Sedangkan mimpi cuma satu fantasi bukan realiti yang boleh dijadikan pegangan dalam kehidupan.Kelemahan aspek sosial masyarakat dalam Cerita Dayang Isah juga didapati wujud dalam sistem undang-undang yang diamalkan. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu tempat. Memandangkan sesuatu undang-undang tidak dibuat secara nyata dalam Sejarah Melayu, jadi perlaksanaan undang-undang harus didasarkan kepada sesuatu hukuman yang dipraktikkan. Sesuatu hukuman yang dilaksanakan dijatuhkan tanpa bukti yang kukuh.Tindakan yang melulu tanpa melakukan penyiasatan akan meruntuhkan ikatan kemasyakatan .Kehidupan yang hanya mementingkan matrialistik juga wujud di dalam masyarakat Melayu . Senario ini terpancar dalam cerita Dayang Isah dan ini merupakan gambaran kelemahan yang wujud dalam institusi masyarakat . Dalam memilih pasangan hidup anak-anak , si bapa lebih memilih sesiapa yang memiliki harta yang banyak. Contonya Datuk Temenggong yang menerima pinangan Nakhota Khar yang sanggup memberikan sepuluh kati emas kepadanya dan terpaksa mengetepikan Abang Bunut yang tidak mempunyai harta. Makalah ini akan meneliti transformasi dalam budaya Melayu, iaitu dari budaya desa ke budaya bandaran. Transformasi ini terhasil daripada perkembangan politik local dan pusat yang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan sosial yang berlangsung. Selain itu, faktor kelas sosial dan lokasi geografi turut mempengaruhi transformasi ini. Dalam masyarakat Melayu tradisional, cerita rakyat dan konsep penglipura begitu dominan dalam masyarakat. Disinilah segala mitos, legenda, didaktik disampaikan oleh pengarang karya lisan. Modenisasi dalam masyarakat bandaran Melayu khususnya di Kuching Sarawak telah mengubah konsep cerita rakyat tradisional kepada bentuk cerita rakyat moden. Bentuk cerita rakyat moden ini dapat dianalisis dalam pilihanraya 2008 baru-baru ini. Cerita rakyat tradisional bertukar medium dan bentuk yang lebih canggih sesuai dengan konteks zaman. Kajian ini akan meneroka dampak fin de siecle medium dan bentuk cerita rakyat traditional dalam masyarakat Melayu bandaran Kuching, Sarawak. Justeru timbullah pelbagai bentuk cerita rakyat moden dan baru dalam konteks ini apabila menjelang pilihanraya. Bentuk genre baru ini mempunyai cirri-ciri bentuk khusus, bentuk didaktif, unsur mitos dan legenda moden. Antara aspek yang dikenalpasti adalah dengan memanfaatkan unsur seks bagi menarik audiens dan meluaskan penyebarannya. Dalam hal ini unsur naungan dan ideology pencipta cerita rakyat tersebut akan dikategorikan. Bentuk cerita rakyat ini juga tidak lagi disampaikan dari mulut ke mulut, sebaliknya disampaikan melalui teknologi moden khususnya sistem pesanan ringkas (sms). Unsur-unsur nasional dan daerah saling berinteraksi antara satu sama lain yang membawa kepada asimilasi dalam cerita rakyat moden. Ternyata, terdapat transformasi budaya melayu bandaran hasil daripada perkembangan ekonomi, politik dan sosial dari konteks pusat (Kuala Lumpur) ke Bandar raya di Kuching, Borneo.

Kekuatan dan kelemahan aspek sosial yang terpancar di dalam cerita Dayang Isah dapat dijadikan garis panduan terpenting untuk menjana acuan Negara bangsa yang berintergriti , berdaya saing dan bersatu padu. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu.Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini menilai dan menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi asas dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dan pelbagai bidang. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.