kkp abg arip

11
1.0 PENGENALAN Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bentuk prosedur penjagaan yang rapi meliputi aspek mental, emosi dan sosial yang diajar melalui garis panduan sebelum melibatkan dalam bidang kerjaya yang memiliki risiko besar. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selalunya menekankan aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah pembentukan budaya pekerjaan yang sihat khususnya melibatkan sektor-sektor pembinaan. Fenomena pembangunan ini sejajar dengan operasi pembinaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang telah mengalami kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perkembangan dan peningkatan dalam aktiviti pembangunannya secara tidak langsung boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam secara amnya. Tapak pembinaan mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar tapak atau mereka yang tinggal berdekatan tapak pembinaan. Berdasarkan kepada artikel "Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri Pembinaan Malaysia" cabaran kepada berlakunya risiko kemalangan di tempat kerja sering kali berlaku dan saban tahun kejadian ini menjadi pokok persoalan di setiap dada-dada akhbar di Malaysia. Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan serta pengabaian program-program kesedaran dan latihan. Kecuaian ini juga sering kali dikaitkan dengan sikap individu itu sendiri yang tidak memiliki displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Ekoran faktor-faktor tersebut yang kemungkinan besar mendorong kepada kecelakaan di tempat kerja, langkah inisiatif perlu dilaksanakan bagi membendung gejala tersebut agar tidak berterusan sehingga menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Mengambil kira situasi ekonomi dalam industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian. Antara dapatan yang perlu diselesaikan dalam sektor pembinaan seperti kualiti yang keberhasilan

Upload: halusan-maybe

Post on 15-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu bentuk prosedur penjagaan yang rapi meliputi aspek mental, emosi dan sosial yang diajar melalui garis panduan sebelum melibatkan dalam bidang kerjaya yang memiliki risiko besar. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selalunya menekankan aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah pembentukan budaya pekerjaan yang sihat khususnya melibatkan sektor-sektor pembinaan. Fenomena pembangunan ini sejajar dengan operasi pembinaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang telah mengalami kemajuan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Perkembangan dan peningkatan dalam aktiviti pembangunannya secara tidak langsung boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang awam secara amnya. Tapak pembinaan mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pekerja pembinaan, tetapi juga kepada orang awam yang bergerak di sekitar tapak atau mereka yang tinggal berdekatan tapak pembinaan.

Berdasarkan kepada artikel "Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri Pembinaan Malaysia" cabaran kepada berlakunya risiko kemalangan di tempat kerja sering kali berlaku dan saban tahun kejadian ini menjadi pokok persoalan di setiap dada-dada akhbar di Malaysia. Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan serta pengabaian program-program kesedaran dan latihan. Kecuaian ini juga sering kali dikaitkan dengan sikap individu itu sendiri yang tidak memiliki displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Ekoran faktor-faktor tersebut yang kemungkinan besar mendorong kepada kecelakaan di tempat kerja, langkah inisiatif perlu dilaksanakan bagi membendung gejala tersebut agar tidak berterusan sehingga menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Mengambil kira situasi ekonomi dalam industri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isu yang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian. Antara dapatan yang perlu diselesaikan dalam sektor pembinaan seperti kualiti yang keberhasilan sektor pembinaan yang rendah, imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi.

2.0KRITIKAN TERHADAP ARTIKEL MENGENAI KEMALANGAN DI TAPAKPEMBINAAN.

Berdasarkan kepada artikel "Isu-Isu Semasa Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Industri Pembinaan Malaysia", aspek kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah merangka garis panduan kepada syarikat-syarikat pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor menepati piawaian yang ditetapkan. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, aspek keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Hal ini sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan agensi kerajaan lain yang turut mempunyai peraturan yang menetapkan keperluan undang-undang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan bukan sahaja pekerja di tempat kerja tetapi juga orang awam. Garis panduan ini terpakai di semua tempat kerja dalam aktiviti kendalian bangunan dan kerja-kerja binaan kejuruteraan di Malaysia yang dilindungi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), dan semua peraturan yang dibuat di bawahnya.

Menurut Low, et. al 2000 menjelaskan bahawa, revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan agar dapat diuruskan secara berkesan. Perubahan ini tidak sejajar di negara kita ekoran industri pembinaan di Malaysia pada masa kini masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive) berdasarkan tred-tred kerja basah (wet trades). Pengamalan menggunakan sumber tenaga buruh mengakibatkan penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah ekoran sumber buruh yang diguna pakai dalam melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan kurang terlatih. Selain itu, faktor penarik yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan di sektor pembinaan terjadi akibat kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).

Senario syarikat-syarikat pembinaan pada masa kini yang kurang peka ke atas perubahan atau penambah baikan dasar pembinaan membawa kepada titik tolak mendorong pertambahan kes kemalangan di sektor-sektor pembinaan. Setiap majikan hendaklah seberapa kerap menyediakan dan mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya yang sesuai berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja. Kegagalan ini akan membawa kepada rentetan kegagalan penyediaan prosedur keselamatan di kawasan pembinaan. Hal ini dapat dilihat apabila setiap majikan hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi tujuan penambah baikan dan penyelengaraan laporan keselamatan dan kesihatan sepanjang masa. Laporan itu hendaklah mematuhi keperluan Piawaian Malaysia yang berkaitan atau apa-apa sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain yang setara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Amalan Keselamatan Di Tapak Binaan

Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalan keselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 1984 bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di dalam industri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagai kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi menjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan (Mac Collum, 1993).

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996). Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerja kejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaran projek akan diketahui.

Kemalangan Kemalangan menurut Laney (1982a) merupakan keadaan atau situasi yang berlaku tanpa kawalan yang mengakibatkan kecederaan dan kerosakan. Dalam industri binaan kemalangan mengakibatkan kecederaan, kematian, kerosakan jentera, bahan binaan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini. Ridley (1983) menyatakan definisi terawal yang telah dikemukakan oleh Lord Mac Naughton di dalam kes Fenton v. Thorley & Co. Ltd (1903) AC 443 yang berpendapat bahawa suatu perkara yang menghalang atau ditonjolkan ketika tidak diingini ke atas sesuatu pekerjaan normal dan di dalam erti kata harian, ia merupakan kemalangan yang tidak dapat dijangka atau disedari oleh mangsa. Definisi yang didapati daripada 40 penyelidikan yang dibuat oleh Ridley (1983) dari aspek umum, undang-undang, perubatan, saintifik dan literatur keselamatan telah mengemukakan definisi kemalangan yang tepat.

Peyton dan Rubio (1991), menyatakan kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta benda. Ia juga boleh dikatakan sebagai suatu kejadian yang boleh dan telah menyebabkan penurunan kecekapan firma dan operasi perniagaan. Maksud risiko dan bahaya merujuk kepada kemalangan yang boleh mengganggu kesihatan dan mewujudkan suasana kerja yang tidak sihat (Davies dan Tomasin, 1990). Brazier (1994) dan Covan (1995) bersetuju bahawa kemalangan merupakan suatu keadaan yang tidak diingini yang menyebabkan kecedaraan atau kerosakan. Jadual 1 menunjukkan jumlah kemalangan industri di Malaysia yang dilaporkan mengikut sektor dan antara 2000-2004.

SEBAB UTAMA KEMALANGANPERATUS (%)

1. Faulty attitude (kesalahan sikap)142. Failure to recognize potential hazards12 (gagal mengenalpasti hazad)3. Faulty judgement of speed or distance 12 (kesilapan menyelaras kelajuan atau jarak) 4. Impulsiveness (desakkan) 105. Irresponsibility (tidak bertanggungjawab) 86. Failing to keep attention constant 8 (kegagalan mengekalkan perhatian)7. Nervousness and fear (gementar dan takut) 68. Defective vision (penglihatan tidak sempurna) 49. Organic diseases (penyakit organik) 410. Slow reaction (tindakbalas pelahan) 411. High blood pressure (tekanan darah tinggi) 212. Senility (lemah/tua) 213. Worry & depression (bimbang & muram) 214. Fatigability (Mengantuk) 215. Improper distribution of attention 2 (pengedaran perhatian yang tidak sempurna)16. Inexperience (tiada/kurang pengalaman) 217. Miscellaneous (lain-lain /pelbagai) 6

Jumlah Kemalangan Industri yang dilaporkan Mengikut Sektor dari tahun 2000-2004

PERUSAHAAN/TAHUN JUMLAH KEMALANGAN YANG DILAPOR

20002001 2002 2003 2004

1. Pertanian, Perhutanan & Perikanan 11,893 12,424 9,456 6,947 5,677

2. Perlombongan & Kuari 626 573 545 536 533

3. Pengilangan 41,331 35,642 33,523 29,780 26,690

4. Elektrik, Gas, Air & Kebersihan 537 442 516 510 496

5. Pembinaan 4,873 4,593 5,015 4,654 4,445

6. Perdagangan 15,452 13,774 13,685 13,395 12,948

7. Pengangkutan 4,778 4,382 4,439 4,104 4,151

8. Institusi Kewangan & Insurans 687 602 567 572 605

9. Perkhidmatan 6,581 5,950 5,924 5,617 5,295

10. Perkhidmatan Awam 8,248 7,487 8,140 7,743 8,325

JUMLAH95,006 85,869 81,810 73,858 69,132

Jadual 1Masalah Kemalangan Dalam Industri Binaan

Kepesatan pembangunan ekonomi yang sedang pesat ini sememangnya telah memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Namun demikian, kita juga akui bahawa bersamanya kesan-kesan sampingan yang perlu diatasi. Salah satu daripadanya ialah peningkatan bahaya atau risiko di tempat kerja akibat daripada penggunaan bahan, peralatan dan proses kerja yang canggih dan berbagai-bagai pada masa ini. Semestinya risiko-risiko tersebut dikawal dengan berkesan bagi memastikan produktiviti dan kualiti kerja dalam industri binaan sentiasa dapat dikekalkan pada tahap yang tinggi (Ludin Embong, 1995). Kemalangan yang tinggi dalam sektor binaan boleh menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja dan kerugian harta benda yang bernilai beribu juta ringgit pada setiap tahun. Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung tidak diberi latihan (Grossman, 1996). Jadual 2. menunjukkan jumlah kemalangan (maut) mengikut tahun di Malaysia antara 2000-2004. Jumlah Kemalangan (Maut) Mengikut TahunPERUSAHAAN/TAHUN JUMLAH KEMALANGAN (MAUT)

2000 2001 2002 2003 2004

1. Pertanian, Perhutanan & Perikanan 115 75 69 40 62

2. Perlombongan & Kuari 11 7 12 8 8

3. Pengilangan 282 243 214 213 195

4. Elektrik, Gas, Air & Kebersihan 8 13 14 8 10

5. Pembinaan 159 89 88 95 77

6. Perdagangan 151 192 134 151 143

7. Pengangkutan 98 91 90 108 73

8. Institusi Kewangan & Insurans 11 6 9 7 5

9. Perkhidmatan 72 106 87 84 65

10. Perkhidmatan Awam 97 136 141 108 131

JUMLAH 1,004 958 858 822 846

Jadual 2

Langkah-Langkah Mencegah Kemalangan Langkah-langkah untuk mencegah dari berlaku kemalangan boleh dilaksanakan oleh kontraktor dengan menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan yang sesuai dengan keperluan kerja dalam kadar yang mencukupi (Peyton dan Rubio, 1991). Pihak kontraktor terlebih dahulu perlu mengenalpasti risiko-risiko bahaya di tapak bina dan mengenalpasti peralatan yang sesuai untuk mewujudkan sistem kerja yang selamat. Di antara peralatan keselamatan yang perlu disediakan oleh kontraktor adalah topi keselamatan, jaket keselamatan dan kasut keselamatan.

Contoh bahaya yang dihasilkan ialah:

perubahan paras permukaan tanah;

pengorekan, lubang and peparit;

bahan dan puing yang jatuh;

loji dan kelengkapan;

debu, wap atau bahan berbahaya lain;

bunyi bising;

getaran; dan

pergerakan lalu lintas kenderaan.

Orang awam hendaklah dilindungi daripada hazad yang berkaitan dengan kerja binaan yang mungkin dilaksanakan di kawasan awam atau bersebelahan kawasan awam.Pendidikan Kesihatan mengenai Reproduktif dan Sosial adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata, bahkan mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.