kkbi sjh

36
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin Marzah 1 1.0 PENGENALAN Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan

Upload: fairos

Post on 16-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KKBI SJH

TRANSCRIPT

KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin Marzah

1.0 PENGENALANSejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan. Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan dua hala (Child Centered ), melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah.Melalui pendekatan ini, pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH3063E) / Fairos Azmi bin Marzah25

Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita untuk mendedahkan pemahaman dan konflik SERTA cara watak untuk membuat keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH (PETA I-THINK PENGAJARAN SEJARAH)Peta Jujukan ( Flow Map) : 5.4.2 Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamanaMengetuai angkatan tenteraKetua Angkatan LautMenjaga Ketenteraman LautMengawal Keselamatan SultanPengawal Peribadi sultanKetua dutaMengetuai utusan diraja ke seberang lautPeranan Hang Tuah sebagai Laksamana

Peta Multi-jujukan ( multi flow Map) - 5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah.Raja Tun jebat Menderhaka raja melaka

Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun Tuah supaya membunuh Paduka Raja Tun Jebat.

Laksamana Tun Tuah memohon keris Taming Sarinya

Raja Melaka pun menganugerahkan keris Parung Sari

Laksamana Tun Tuah mencabar Paduka Raja Tun Jebat turun dari istana dan bertikam dengannya.Peristiwa pertarungan Hang Tuah dengan hang jebat

888888

Laksamana Tun Tuah telah berjaya mendapatkan semula keris taming sari dari tangan Raja Peduka Tun JebatTipu helah oleh Tun tuah

Laksamana Tun Tuah akhirnya berjaya menikam dada Paduka Raja Tun Jebat

Laksamana Tun Tuah dan Paduka Raja Tun Jebat meneruskan pertikaman, lalu keris Paduka Raja Tun Jebat terpacak dan terlekat di talam

Peta Dakap ( Part of Whole Map) : 6.1.1 Menyatakan maksud raja dan kerajaan.

Mentadbir, mengurus ,melaksana, menyelaras, mengawasMaksud Rajadan KerajaanOrganisasi Yang melaksana kuasa dan undang-undangInstitusi pentadbiran dalam negara

Pembangunan fizikal dan sosio-ekonomiPemerintahan , perundangan, kehakimanJentera yang melaksana fungsi-fungsi sebuah negaraKerajaanRajaMengikut keturunanPeranan TradisionalKetua EksekutifBerkuasa selama 5 tahunKetua Negara & DemokratikMentadbir dan Mengurus

Peta Buih Berganda (Double bubble map) : 6.1.2 Menyatakan konsep daulat dan derhaka.Kedudukan Daulat dan Derhaka

Janji tetap ditunaikanDerhakaDaulatKonsep daulat - baginda tidak boleh ditegur / dicelaHukuman langsung-raja mengarah orang membunuhTujuan - Memberi kuasa tertinggi kepada rajaRaja berdaulat - Kuasa dan berwibawa untuk memerintah

Satu sifat kekuasaan atau hak tertinggi / khas kepada golongan rajaMelanggar/ ingkar kepada perintah /arahan rajaRakyat tidak akan menderhaka

Ingkari arahan-akibat tulah-hukuman bunuh

Berjanji memberi taat setia kepada raja

Menjaga kebajikan , tidak menzalimi

Hukuman tidak langsung-hukuman dalam bentuk bala tulah/sumpahanAsas penting dalam kehidupan masyarakat melayu

Wujud kesetiaan yang mutlak daripada rakyat kepada raja

Peta Pokok (Tree Map) : 6.1.3 Menyatakan kedudukan raja pada masa kini.Kedudukan Raja

AgamaKetenteraanPerundanganPerlembagaanEkonomi

Ketua pertahananTerselamatYang Di-Pertuan Agong - Ketua utamaBerkuasa MutlakKetua Agama

Ambil bahagian dalam perniagaanMenjaga & melindungi agamaMengetuai angkatan tenteraKapasiti kedudukan umumPemerintah tertinggi

Keputusan mutlamat bagi mempertahankan negaraUndang-undang jenayah Negara- menjaga kedudukanMenyebar agama islamPengisytiharan daruratBerkuasa dalam soal perburuan, cukai

Kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteriSimbol perpaduanHak mendapat hasil pungutan cukai

Menjaga dan memelihara kedudukanMenentukan hubungan diplomatikMenjaga kebudayaan dan adat

Peta Jambatan ( Bridge Map) : 6.1.4 Menyenaraikan negara-negara lain di Asia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja pada masa kini.

BruneiThailandIndonesiaVietnamAsia Tenggara

Beraja BerajaBeraja Beraja

ChinaJepun

Asia Timur

Beraja Beraja

India

Asia selatan

BerajaSistem Beraja Di Asia

Peta Buih (Bubble Map) : 6.2.1 Menyatakan Islam sebagai warisan negara.Unsur tradisi yang terpenting

Asas kepada fikiran orang lain

Agama persekutuan

Islam Warisan Negara

Menerima dan mengamalkan ajaran islam

Agama anutan orang melayu

Peta Bulatan ( Circle Map) : 6.2.2 Menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan.Islam Agama PersekutuanBuku Rujukan Internet

Jurnal ` Surat Khabar

Agama Rasmi Kedudukan agama islam selepas merdeka

Agama lain boleh diamalkan Perkara 3(1) Perlembagaan persekutuan

Hak menganuti agama sendiri Peruntukan perbelanjaan

Membantu pertubuhan islamDipertahankan oleh orang melayu Sekolah dan institusi pendidikan

Kerajaan pusat dan negeri Membelanja wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan undang-undang

3.0 SEJAUH MANAKAH PEMBELAJARAN KOPERATIF MENJADIKAN PEMBELAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN MURID MENYERONOKAN?Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilahinilebih awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah diMalaysiamenekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus utamanya. Hal ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah berdasarkan kenyataannya seperti berikut:

Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang dapat memenuhi matlamat dan aspirasinegara, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Sejarah perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid di samping nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu. Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan proses P&P sejarah.Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.Oleh hal yang demikian, penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa, mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-teknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian masalah secara formal kepada mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar perlu menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing pelajar mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para pelajar akan lebih faham dan berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu, pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainanPOKER dalam proses pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar hendaklah berkongsi laporan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan dilanjutkan dengan penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan bukti dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik darjah.Koperatif bermaksud bekerja bersama-sama bagi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan bersama. Di dalam pembelajaran koperatif, pelajar berinteraksi dansalingbantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Kaedah kolaboratif ialah melibatkan sekumpulan pelajar yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi dan matlamat yang sama. Dengan kata lain, pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structuralapproach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksisosialdalam bilik darjah.

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif,aktivitipembelajaran dikatakan wujud apabilastrukturkoperatif yang disesuaikan denganisi kandunganseperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.

Strukturpembelajaran +Isikandungan =Aktiviti.

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.

Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu TEAM BUILDING(kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.Jesteru itu ingin saya menjelaskan dahulu mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut : Pencapaian akademik Kepekaan positif kepada kepelbagaian Pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah.

K Keep with the group(Sentiasa dalam pasukan)IInclude everyone (libatkan semua ahli elakkanpassenger)SShareideasand feelings(sedia berkongsi idea dan perasaan)S Stay on task(Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)EEncourage others(Memberi galakan kepada rakan sebaya)SSix inch Voices( perbincangan mesra kumpulan berberdua / berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)

Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Ganjaran kumpulan:Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Tanggungjawab individu:Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Peluang yang sama untuk berjaya:Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.Matlamat kumpulan:Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.Secara amnya pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian. Oleh hal yang demikian pembelajaran sejarah akan menjadi lebih menyeronokan murid dan menambah minat murid untuk mengetahu lebih banyak mengenai fakta-fakta sejarah.Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

4.0 RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Mata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4

Tema/TajukMari Belajar Sejarah

Masa8.40 9.10 pagi (30 minit)

Standard Kandungan: 1.1 Mari belajar sejarah

Standard Pembelajaran:

1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah dan sumber sejarah1.1.2 Mengenal pasti konsep masa silam dan ruang berdasarkan garis masa dan kronologi.

K1.1.7 menyatakan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan harian.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;0. Menyatakan pengertian sejarah berdasarkan kamus DBP dan kamus atas talian seperti wikipedia.com.0. Menyatakan 3 sumber sejarah.0. Melakar jalur masa yang menunjukkan konsep masa silam dan kronologi.

Aktiviti1. Memberikan contoh-contoh masa silam dengan menyebut tahun. Contohnya, 1990, 1890 dan sebagainya.2. Menyenaraikan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.3. Membuat lakaran mengenai jalur masa.Sekarang

EMKNilai Murni menghargai masaTMK belajar melalui TMK mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan suasana masa silam, contohnya suasana zaman pra-sejarah

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD,DVD, buku teks, buku latihan, alat tulis, kad arahan

Tahap Penguasaan2. Murid mengetahui tentang pengertian dan kemahiran sejarah.2. Murid memahami pengertian dan kemahiran sejarah

RefleksiAkan diisi kelak...

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMK/PEDAGOGICATATAN

Permulaan (3 minit)Menonton tayangan video 1. Murid menonton tayangan video Merong Mahawangsa.

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan:

a) Siapa tahu tajuk cerita ini?Murid menjawab soalan guru secara lisanb) Pada zaman bilakah cerita ini berlaku? Murid menjawab secara lisanc) Apakah kerajaan awal Tanah Melayu yang disebut dalam filem tersebut? Murid menjawab soalan guru

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni-bersyukur- kerjasama

TKPTMKKB-Menjana IdeaBBM-Komputer riba, LCD, DVD- Langkasuka

Aktiviti 1 (10 minit)1. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk menyenaraikan kerajaan-kerajaan Melayu awal yang wujud di Tanah Melayu . 2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing menyenaraikan hasil dapatan mereka dalam kertas kosong.3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.5. Guru merumuskan pembentangan murid dan menyatakan senarai penuh kerajaan awal di Tanah Melayu. NilaikerjasamaKBmenjana idea

Buku Teks(Tajuk 4 )Kerajaan-kerajaan Melayu Awal

*DSKP Tahap Penguasaan

Aktiviti 2 (10 minit)1. Guru menunjukkan layar peta di hadapan kelas.

2. Murid di minta menjawab peta apakah ini.

3. Guru juga merumuskan jawapan murid. 4. Guru meminta murid memikirkan kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta.

5. Murid berbincang dalam kumpulan

6. Guru meminta murid tampil kehadapan melabelkan nama kerajaan Melayu awal mengikut kedudukan pada peta.

7. Murid tampil kehadapan dan melabelkan peta.

8. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang kerajaan-kerajaan Melayu awal yang di labelkan.

KBMenghubungkait

BBMPeta

Kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta.Cth: Kedah Tua Patani

*DSKP

Aktiviti 3 (5 minit)1. Guru menerangkan kedudukan semua kerajaan-kerajaan Melayu awal yang terletak di pesisir pantai.

2. Murid mendengar dengan teliti penerangan guru.

3. Guru menyoal murid apakah keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal?

4. Murid menjawab soalan guru.

5. Guru merumuskan jawapan murid. ICT

KBmenjana idea

BBMPeta

*DSKP

Penutup (2 minit)1. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.Nilaibersyukur

5.0 REFLEKSIAlhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek SJH 3063E - Kaedah pengajaran Sejarah ini. Walaubagaimanapun terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek SJH063E, Puan Warti binti Kimi kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Melalui pelaksanaan kerja kursus projek ini, saya mula menyedari betapa pentingnya penerapan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid. Apatah lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang boleh mendorong murid mencipta, mengaplikasi dan membuat penilaian terhadap apa yang dipelajari. Jesteru itu melalui penggunaan pendekatan pengajaran yang berkesan yang memerlukan penglibatan murid melalui strategi berkumpulan, pelbagai kaedah boleh disalurkan kepada murid-murid dengan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang betul dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun, murid-murid seronok untuk belajar sambil berfikir lalu menghasilkan satu corak pembelajaran yang berkesan dalam kelas yang kondusif, aman dan tenteram.Kemunculan pelbagai gajet dan kemudahan ict pada masa kini, memudahkan kita menerapkan KBAT kepada murid-murid. Melalui pembelajaran interaktif, pelbagai soalan boleh dikemukakan untuk menggalakkan murid-murid berfikir. Aktiviti penyelesaian masalah menjadi lebih menarik melalui penggunaan computer di samping kemahiran berfikir boleh diterapkan.

Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet. Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut seringkali digunakan ketika membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah, namun saya masih belum mengetahui banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu setelah melihat beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap tertentu. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja kursus ini disempurnakan dalam masa yang lebih singkat. Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah membina satu laman sesawang secara individu. Laman sesawang yang dihasilkan adalah salah satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain memuat naik segala bahan yang telah diperoleh sepanjang pembelajaran minggu pertama hingga minggu kelima ke dalam laman sesawang masing-masing. Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan dalam diri sendiri. Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi.Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih. FAIROS AZMI BIN MARZAH810809145533PPG 6.07

BIBLIOGRAFIHafizah Hussain, Dzuraidah Abdul Wahab, Aini Hussain, Salina Abdul Samad, Che Husna Azhari, Azah Mohamed dan Noritawati Md Tahir. Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Teknik Jigsaw di Kalangan Pelajar Kejuruteraan, UKM Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2006. ukm. 44-53.

Isahak Haron & Koh Boh Boon.1992. Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Ehwan Supangat, Sistem Pengajaran Kendiri Sejarah Berasaskan Modul Teras Cabang Shahrom. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia.

http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2006/6~kesan%20pembelajaran%20teknik%20jigsaw-Prof%20Aini.pdf

Idrus A. Rore. Metode Poker Suatu Alternatif Pengembangan Daya Tarik Pelajaran Sejarah. Diperoleh pada Februari 3, 2008 daripada http://www.geocities.com/konferensinasionalsejarah/idrus_a_rore_s_pd.pdf.

LAMPIRAN