kkbi lb

28
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU, JOHOR Seminar Bahan Bantu Mengajar Pendidikan itera!i Pemangkin Gaga!an Satu Ma"a#!ia $%&' Tarikh 7 April 2014 Anjuran 2 PISMP PML/BC Ambilan Jun 2013 Tem(at Dewan Sri Temenggng! IP" #ampu$ Temenggng Ibra%im! Jalan Da&in 'alima%! (03)0 J%r Ba%ru! J%r*

Upload: liew-hui-hui

Post on 04-Oct-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRU, JOHOR

Seminar Bahan Bantu MengajarPendidikan Literasi Pemangkin Gagasan Satu Malaysia 2014

Tarikh7 April 2014

Anjuran2 PISMP PML/BCAmbilan Jun 2013

TempatDewan Sri Temenggong, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

1.0PENDAHULUANSeminar Bahan Bantu Mengajar yang bertema Pendidikan Literasi Pemangkin Gagasan Satu Malaysia merupakan satu program di bawah kursus Literasi Bahasa yang bertujuan memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang kepentingan dan kegunaan bahan bentu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Melalui program ini, para guru pelatih berpeluang memperolehi ilmu baru tentang penghasilan bahan bantu mengajar di samping berpeluang mempersembah hasil kerja amali yang dibuat oleh mereka sepanjang semester ini. Selain itu, program ini juga membolehkan para guru pelatih mempamerkan hasil titik peluh mereka yang penuh dengan kreativiti dan gaya persembahan yang tersendiri.

2.0RASIONALProgram ini merupakan satu usaha untuk menggalakkan semua guru pelatih supaya berfikir secara kreatif dan inovatif serta berdaya maju untuk melahirkan suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Selain itu, program ini akan melatih bakal guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang bernilai tinggi, berestetika dan mempunyai impak kepada murid di sekolah rendah.Selain itu,para guru pelatih dapat mengumpulkan idea untuk membuat bahan bantu mengajar selepas pameran bahan mengajar yang kreatif.

3.0MATLAMATProgram ini bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan pelajar yang cekap serta mahir dalam membina bahan bantu mengajar. Progran ini juga bermatlamat untuk melatih para guru pelatih supaya berfikir secara kreatif demi meningkatkan motivasi kerja perguruan.

4.0OBJEKTIFMelalui program ini, guru pelatih akan dapat:-4.1Menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik, bernilai tinggi, berestetika serta dapat merangsang minat pelajar untuk mengikuti aktivititi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.4.2Berfikir secara kreatif dan inovatif serta berdaya maju untuk melahirkan suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan.4.3Membina semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing semasa menghasilkan bahan bantu mengajar. 4.4Mempamerkan alat bantu mengajar yang telah dihasilkan oleh pelajar.4.5Menghargai hasil usaha sendiri serta meminta tunjuk ajar daripada orang lain supaya sentiasa mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

5.0TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAANTarikh: 7 April 2014 Hari: IsninMasa: 7.30 pagi hingga 4.30 petang

6.0TEMPATDewan Sri Temenggong, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

7.0KUMPULAN SASARANBilangan guru pelatih yang terlibat adalah seramai 90 orang dari lima opsyen yang berlainan di bawah program PISMP Ambilan Jun 2013 (rujuk Lampiran 1).OPSYENJUMLAH (ORANG)

Pemulihan19

Bimbingan Dan Kaunseling20

Bahasa Melayu17

Matematik19

Reka Bentuk Teknologi15

Jumlah90

8.0ANGGARAN PERBELANJAAN8.1Sumber kewangan untuk menjalankan program seminar ini diperoleh daripada peruntukan daripada pihak IPGKTI. 8.2Anggaran perbelanjaan keseluruhan adalah seperti berikut:Bil.PerkaraKos SeunitKuantitiJumlahCatatan

1Makanan

RM 10.00(Minum pagi dan makan tengah hari)orang RM 10.00 x 90= RM 900Peruntukan daripada pihak IPGKTI.

2Cenderamata-2 buahMemohon daripada pihak stor IPGKTI.Cenderamata diberikan kepada penceramah program.

3Kertas Warna- rimMemohon daripada pihak stor IPGKTI.Kertas warna dan kad manila digunakan sebagai perhiasan.

8Kad Manila-12 keping

Jumlah BesarRM 900

Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan,

(Cop Pegawai Kewangan)

9.0STRUKTUR ORGANISASI9.1Jawatankuasa IndukPenasihat: Tuan Haji Mohd. Said bin Hasran Pengarah IPG Kampus Temenggong IbrahimPengerusi 1: Puan Rubiah binti AhmadTimbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan IPG Kampus Temenggong IbrahimSetiausaha: Encik Abdul Jalil Bin Md Yunos Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Temenggong IbrahimBendahari: Puan Norhayati Binti Ibrahim Pegawai Eksekutif Kanan IPG Kampus Temenggong Ibrahim

9.2Jawatankuasa PelaksanaanPenasihat: Encik Abdul Jalil Bin Md Yunos Encik Jafri Bin HussinPengerusi: Ang AngelineSetiausaha: Liew Hui HuiBendahari: Teo Xue TingAJK Makanan: Lee Bee Lee(K) Ng Kim YokeAJK Dokumentasi: Chan Pau Mei(K) Cheok Yee JinAJK Pameran: Lim Chui Ting (K) Lee Sook TengAJK Teknikal: Tai Thien WeeAJK Peralatan: Oo Swee BengAJK Kebersihan: Tey Yan LeAJK Pendaftaran: Low Kah YeeAJK Cenderahati: Teo Yi Wen

10.0Tentatif ProgramMasaProgram

7.30 a.m. 8.00 a.m.Pendaftaran guru pelatih

8.00 a.m. 8.30 a.m.Majlis Perasmian Seminar Bahan Bantu Mengajar

8.30 a.m. 10.30 a.m.Ceramah Kepentingan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10.30 a.m. 11.00 a.m.Minum Pagi & Rehat

11.00 a.m. 1.00 p.m.Ceramah Bahan Bantu Mengajar Kreatif

1.00 p.m. 2.00 p.m.Makan Tengah Hari

2.00 p.m. 4.00 p.m.Pameran Bahan Bantu Mengajar dari enam opsyen

4.00 p.m. 4.30 p.m.Penutupan Majlis dan Penyampaian Cenderamata

4.30 p.m.Bersurai

11.0PenutupPenganjuran program ini adalah diharapkan para guru pelatih mempunyai kesedaran tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Semoga segala ilmu dan pengajaran yang disampaikan melalui seminar ini dapat dipraktikkan pada masa yang akan datang untuk melahirkan insan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, ___________________________________________(LIEW HUI HUI)(EN. ABDUL JALIL BIN MD YUNOS)Setiausaha Program, Pensyarah Penasihat,2 PISMP PML/BC IPG Kampus Temenggong Ibrahim

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

TUGASAN 2:PENULISAN ESEI JOHOR BAHRU, JOHOR.

NAMA (NO. KP) : LIEW HUI HUI (890912-07-5820) ANGKA GILIRAN : 2013122340044 KUMPULAN : 2 PISMP PML AMBILAN : JUN / 2013 NAMA KURSUS : LITERASI BAHASA KOD : WAJ 3104 NAMA PENSYARAH : EN. ABD JALIL BIN MD YUNOSEN. JAFRI BIN HUSSINTARIKH HANTAR : 20 MAC 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR .BIODATA PELAJAR

NAMA: LIEW HUI HUITARIKH LAHIR: 12-09-1989NO KAD PENGENALAN: 890912-07-5820OPSYEN: 2 PISMP PEMULIHANAMBILAN : JUN / 2013NO.TELEFON: 017-9523180ALAMAT TETAP:122,TAMAN SRI RAUB, 27600 RAUB,PAHANG.

.iiiHALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: __________________________Nama penulis: LIEW HUI HUITarikh: 20 MAC 2014

iiHalaman Judul

LITERASI BAHASA

Jabatan BahasaInstitut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru.i

PENGHARGAANSekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sehingga tugasanLiterasi Bahasa ini dapat dihasilkan dengan sempurna.Terlebih dahulu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah bimbingan kami iaituEn.Abd.Jalil Bin Md. Yusof dan En. Jafri Bin Hussin yang begitu gigih memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan ini. Beliau telah banyak memberikan penerangan, panduan, dorongan dan juga cadangan-cadangan yang amat konstruktif kepada kami sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang bersama-sama mengembleng tenaga menyiapkan kerja kursus ini. Dengan usaha dan komitmen setiap ahli kumpulan, kami telah berjaya menyiapkan BBM ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa kami yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan memberi sokongan moral yang amat bernilai kepada kami. Begitu juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan menghasilkan kerja kumpulan kami.Semoga ilmu yang kita terokai ini dapat dinikmati oleh semua pihak. Sekian terima kasih.

iv

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUSKERTAS SOALANHALAMAN JUDUL iHALAMAN PENGAKUAN iiBIODATA iiiPENGHARGAAN ivSENARAI KANDUNGAN vKERTAS KERJA BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

v

KERTAS SOALAN

JABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

LAMPIRAN

JABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

KERTAS KERJA SEMINAR BAHAN BANTU MENGAJAR PENDIDIKAN LITERASI PEMANGKIN GAGASAN SATU MALAYSIA

JABATAN PENGAJIAN MELAYUINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMLampiran 1

Senarai Nama Guru Pelatih

RUJUKAN

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tutor. (2013). Kartun bantu pengajaran di bilik darjah.http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=0705&pub=DuniaPendidikan&sec=Kertas_Kerja&pg=kk_02.htm. Diakses pada 03 March 2014.

E-print. (2013). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM). http://eprints.utm.my/10879/1/Penggunaan_Alat_Bantu_Mengajar.pdf.Diakses pada 03 March 2014.

LAMPIRAN

Liew Hui HuiSetiausaha,Seminar Bahan Bantu Mengajar,IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

Tuan Haji Mohd. Said bin HasranNo. rujukan: IPGKTI/03/PSB/2013(01)Pengarah,IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru,Johor. 10 March 2014Tuan,Memohon Kebenaran Mengadakan Seminar Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Literasi Pemangkin Gagasan Satu MalaysiaSukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan seminar tersebut pada ketetapan berikut:2.1Tarikh:7 April 20142.2Masa:7.30 pagi 4.30 petang2.3Tempat:Dewan Sri Temenggong, IPGKTI

3.Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program seminar tersebut untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( Liew Hui Hui )Setiausaha,Seminar Bahan Bantu Mengajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.Atur Cara Program:

Seminar Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Literasi Pemangkin Gagasan Satu Malaysia

MasaProgram

7.30 a.m. 8.00 a.m.Pendaftaran guru pelatih

8.00 a.m. 8.30 a.m.Majlis Perasmian Seminar Bahan Bantu Mengajar

8.30 a.m. 10.30 a.m.Ceramah Kepentingan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10.30 a.m. 11.00 a.m.Minum Pagi & Rehat

11.00 a.m. 1.00 p.m.Ceramah Bahan Bantu Mengajar Kreatif

1.00 p.m. 2.00 p.m.Makan Tengah Hari

2.00 p.m. 4.00 p.m.Pameran Bahan Bantu Mengajar dari lima opsyen

4.00 p.m. 4.30 p.m.Penutupan Majlis dan Penyampaian Cenderamata

4.30 p.m.Bersurai

Liew Hui HuiSetiausaha,Seminar Bahan Bantu Mengajar,IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

En Ismail Bin SaliyanNo. rujukan: IPGKTI/03/PSB/2013(02)Pensyarah Jabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru,Johor. 10 March 2014Tuan,Menjemput Sebagai Penceramah Dalam Ceramah Kepentingan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sehubungan itu dipohon tuan sebagai penceramah untuk kami mengadakan seminar tersebut pada ketetapan berikut:2.1Tarikh:7 April 20142.2Masa:7.30 pagi 4.30 petang2.3Tempat:Dewan Sri Temenggong, IPGKTI

3.Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program seminar tersebut untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,

( Liew Hui Hui )Setiausaha,Seminar Bahan Bantu Mengajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Atur Cara Program:

Seminar Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Literasi Pemangkin Gagasan Satu Malaysia

MasaProgram

7.30 a.m. 8.00 a.m.Pendaftaran guru pelatih

8.00 a.m. 8.30 a.m.Majlis Perasmian Seminar Bahan Bantu Mengajar

8.30 a.m. 10.30 a.m.Ceramah Kepentingan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10.30 a.m. 11.00 a.m.Minum Pagi & Rehat

11.00 a.m. 1.00 p.m.Ceramah Bahan Bantu Mengajar Kreatif

1.00 p.m. 2.00 p.m.Makan Tengah Hari

2.00 p.m. 4.00 p.m.Pameran Bahan Bantu Mengajar dari lima opsyen

4.00 p.m. 4.30 p.m.Penutupan Majlis dan Penyampaian Cenderamata

4.30 p.m.Bersurai

KESIMPULANNovesan Baharom et al.(2005) menjelaskan penyerapan sebagai proses atau perbuatan menyerap. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia mengatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata pelajaran lain.Pengajaran literasi Bahasa Melayu sebenarnya tidak dilaksanakan secara terpisah terutama yang melibatkan penguasaan mata pelajaran lain termasuk penyerapan mata pelajaran Pendidikan Muzik. Hakikatnya proses penyerapan mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada kaedah mengajar literasi Bahasa Melayu menggunakan pendidikan Muzik supaya pembelajaran dalam bilik darjah menjadi seronok ,ceria, gembira, tidak stress, tidak membosankan serta dapat menggalakkan penglibatan yang ramai murid dalam sesuatu aktiviti yang dirancang.Dalam masa yang sama penggunaan bahasa dan idea penyerapan mata pelajaran Pendidikan Muzik dapat menjadikan pengajaran lebih dinamik dan berinspirasi. Penyerapan mata pelajaran Pendidikan Muzik dapat membantu meningkatkan penguasaan pelbagai ilmu dalam literasi Bahasa Melayu.

PengenalanLiterasi bahasa ialah kemampuan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa, iaitu mendengar, bertutur (kecuali bagi mereka yang mempunyai kecacatan kekal pendengaran dan pertuturan), membaca,menulis,dan berfikir. Kemahiran-kemahiran tersebut perlu berlaku serentak dan bukan terpisah-pisah. Kemahiran berfikir mendampingi keempat-empat kemahiran asas bahasa tersebut. Oleh hal yang demikian, bagi membantu murid-murid membina dan menguasai literasi bahasa, guru perlu mengambil kira bahawa setiap komponen kemahiran yang dinyatakan tidak diabaikan. Setiap kemahiran seharusnya tidak diajarkan secara berasingan atau diajarkan dalam tajuk yang terpisah-pisah kerana kesemua aspek kemahiran tersebut terbina secara bersepadu dan saling bantu-membantu antara satu sama yang lain. Kekurangan pada satu aspek akan menyebabkan berlakunya kekurangan pada aspek yang lain.Pada masa yang lalu, penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat awal persekolahan lagi. Kanak-kanak diajarkan menghafal huruf A hingga Z dan dilatih tubi dengan membaca carta huruf dan kad imbas supaya dapat menguasai bacaan berdasarkan suku kata yang terkandung dalam bahasa Melayu. Penekanan kemahiran bacaan secara ini tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata, sehingga kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan menerusi carta atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi yang lebih bermakna. Perkembangan pendidikan bahasa Melayu di sekolah pada masa yang sama juga percaya bahawa kanak-kanak perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajarkan kemahiran menulis. Pengajaran penulisan secara bermakna hanya berlaku setelah pelajar memasuki tahun kedua persekolahan. Penulisan karangan hanya diperkenalkan kepada pelajar pada tahun tiga atau empat. Kelewatan mendedahkan pelajar pada pengalaman membaca dan menulis dalam situasi yang sebenar menyebabkan menguasai kedua-dua kemahiran tersebut terbantut. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa sekiranya pelajar lambat didedahkan kepada kemahiran membaca dan menulis yang sebenar, dan tidak dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut pada akhir tahun ketiga persekolahan, mereka bukan sahaja akan terus ketinggalan dalam kemahiran membaca dan menulis tetapi juga dalam semua aspek akademik pada peringkat yang lebih tinggi.