kkbi edu

17
1.0 PENGENALAN Perkataan integrity sering meniti di bibir masyarakat atau paling tidak , kita akan menemuinya setiap kali membaca akhbr, majalah, buku atau bahan ilmiah lain. Apakah yang dimaksudkan dengan integiriti? Adakah integiriti itu menjadi cerminan sifat diri atau berkait rapat dengan keperibadian sesorang? Memetik maksud integiriti daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas, integriti sebenarnya berasal dati perkataan Inggeris ‘integrity’ yang bermaksud keutuhan daripada semua segi yang baik. Dalam Bahasa Melayu, ia menjurus kepada keperibadian seseorang. Manakala kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan maksud integiriti sebagai kejujuran dan keikhlasan, keikhlasan dan keutuhan. Berdasarkan definisi itu, integiriti dapat dirumuskan sebagai sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,benar, berpegang teguh kepada prinsip, boleh dipercayai, tidak mudah dipengaruhi , boleh dipegang kata-katanya dan sifat-sifat lain yang menunjukkan keutuhan jiwa individu. Melihat kepada perlunya keintegritian, Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat 1

Upload: norrashidahmusuroh

Post on 30-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Perkataan integrity sering meniti di bibir masyarakat atau paling tidak , kita akan menemuinya setiap kali membaca akhbr, majalah, buku atau bahan ilmiah lain. Apakah yang dimaksudkan dengan integiriti? Adakah integiriti itu menjadi cerminan sifat diri atau berkait rapat dengan keperibadian sesorang?

Memetik maksud integiriti daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas, integriti sebenarnya berasal dati perkataan Inggeris integrity yang bermaksud keutuhan daripada semua segi yang baik. Dalam Bahasa Melayu, ia menjurus kepada keperibadian seseorang. Manakala kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan maksud integiriti sebagai kejujuran dan keikhlasan, keikhlasan dan keutuhan. Berdasarkan definisi itu, integiriti dapat dirumuskan sebagai sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah,benar, berpegang teguh kepada prinsip, boleh dipercayai, tidak mudah dipengaruhi , boleh dipegang kata-katanya dan sifat-sifat lain yang menunjukkan keutuhan jiwa individu.

Melihat kepada perlunya keintegritian, Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). Justeru Tekad 2008 dikemukakan iaitu:1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan4. Memantapkan institusi keluarga5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Dalam pofesion keguruan, perkataanintegritimenjadi salah satu istilah yang paling kerap digunakan sebaik sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa beberapa kertas soalan UPSR 2014 didapati telah bocordan calon-calon diarahkan mengambil semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini memberi impak yang amat berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah ini.Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang usaha dan kesungguhan akan membuahkan hasil yang membanggakan, namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan realiti sebenar dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan. Ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepadamaksud integriti dan para pendidik kini harus berusaha mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti wujud dalam masyarakat dansetiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga.

Dalam kata-kata aluan pada buku Jejak Guru Berintegriti , Tan Sri Sidek Hassan , Pengerusi Institut Integriti Malaysia menyatakan bahawa golongan pendidik merupakan golongan terpenting dalam usaha untuk memartabatkan integiriti di dalam Negara. Ini kerana golongan pendidik mempunyai peranan yang besar dalam membentuk generasi masa depan melalui pendidikan formal dan tidak formal yang dilaksanakan di sekolah. Bagi menanam nilai-nilai murni dan itengriti dalam kalangan murid, golongan pendidik itu sendiri perlu mempunyai nilai-nilai murni tersebut serta mampu mempamerkan tahap integriti yang tinggi dalam melaksanakan proses pendidikan terhadap anak murid mereka .

2.0 ANALISIS BUKU JEJAK GURU BERINTEGRITI

Jejak Guru Berintegriti menghimpunkan koleksi pengalaman beberapa orang tokoh pendidik yang memberi perkhidmatan cemerlang sepanjang perkhidmatan sebagai warga pendidik. Di dalam buku setebal 105 muka surat itu dicatatkan waja diri citra seorang guru yang mempunyai integriti yang tinggi.

2.1 ANALISIS TOKOH

2.1.1 DATUK HAJI SAARI BIN HJ HASSAN

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1967 dan ditempatkan di sebuah sekolah menengah di Dungun, Terengganu yang jauh dari kampong halamannya . Berikut adalah ciri-ciri keintegritian beliau .

a) Berani menghadapi cabaran

Dalam usia yang masih muda pada tahun 1967, beliau menerima surat penempatan pertamanya sebaik tamat pengajian di Universiti Malaya di sebuah sekolah pedalaman, jauh pula dari negeri kelahirannya. Ketika itu kawasan pantai timurr masih jauh tertinggal dari arus pembangunan tidak seeprti di pantai barat, tempat asalnya. Semangat juang yang tinggi menjadikan beliau tabah untuk berada jauh dari keluarga terutama ibu dan ayah kerana keyakinan bahawa usia yang muda perlu dimanfaatkan untuk menabur bakti walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga. Malah , meskipun ditawarkan utnuk dibantu supaya dapat berpindah postingdi kawasan yang lebih baik di pantai barat, beliau menolak dan menerima tanggungjawab itu dengan berani. Keberanian menghadapi cabaran juga diperlihatkan ketika beliau menerima lantikan sebagai Guru Kanan meskipun baru sahaja berkhidmat di sekolah itu. Jawatan Guru Kanan itu adalah jawatan yang tidak disenangi kebanyakan guru yang menganggap status itu adalah untuk si tukang kipas. Jawatan itu diterima dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab meskipun tanpa pengalaman. Keberaniannya juga terserlah ketika ditawarkan dan kemudian menerima jawatan sebagai pengetua pada usia 27 tahun, pengetua termuda ketika itu.b) Sentiasa bersedia menimba ilmu baharu.

Ekoran pelantikan sebagai Guru Kanan dan kemudiannya sebagai Pengetua pada usia baru 27 tahun, beliau sentiasa berusaha mempertingkat pengetahuan dan kemahiran pengurusannya dengan membaca buku-buku tentang kempimpinan, pengurusan, kecekapan komunikasi , pengurusan bilik darjah dan pengurusan kurikulum. Malah , beliau tidak segan meminjam buku-buku rujukan dari Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan ilmu pengurusan terkini. Sungguhpun bergelar Pengetua, beliau juga tidak kekok dan tidak segan menyusur akar dengan sentiasa merujuk dan belajar daripada Guru Kanan sekolahnya yang lebih berpengalaman dalam pentadbiran selain sentiasa mengadakan perbincangan dengan pengetua-pengetua berpengalaman dan berwibawa untuk berkongsi ilmu.c) Pemangkin kepada orang lain untuk mengubah dan memajukan diri.

Ketika mula ditempatkan di Dungun, beliau satu-satunya guru berijazah di sekolah itu. Kedudukannya yang lebih baik dari segi gred dan perjawatan itu tidak menjadikannya somboh angkuh malah beliau menjadi pendorong kepada rakan-rakan guru lepasan maktab peguruan yang tinggal serumah dengannya untuk memajukan diri dalam karier dengan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Beliau mendorong mereka untuk memulakan langkah pertaa menjadi guru siswazah dengan mengambil STPM dan belajar di kelas-kelas malam ataupun secara gaya pos. Tidak cukup dengan itu, beliau memberikan bantuan moral dari segi meminjamkan buku-buku dan nota-nota rujukan. Hasilnya , rakan-rakannya Berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dan seterusnya bergerak maju dalam kerjaya masing-masing.

d) Berusaha mengatasi masalah kekurangan fasiliti di sekolah

Memandangkan beliau ditempatkan di pantai timur yang agak mundur dari segi pembangunan, fasiliti di sekolah juga terhad. Keadaan itu tidak membantutkan semangat beliau. Malah, beliau menyusun pelbagai strategi mengatasinya kerana beranggapan bahawa sesuatu kekuarangan itu akan menjadi masalah jika dilihat secara negative tetapi jika dilihat secara positif, ia akan menjadi peluang.

e) Bersikap empati kepada pelajar.Sebagai Pengetua di Marang, yang rata-ratanya berpenduduk miskin, beliau mengakui bahawa kemiskinan dan kekurangan infrasturuktur memberi kesan negative terhadap minat murid terhadap pelajaran dan menimbulkan masalah disiplin. Justeru, beliau melakukan lawatan sosial ke rumah-rumah pelajar miskin, Langkah membina hubungan baik dengan keluarga pelajar itu berkesan dalam mengatasi masalah disiplin pelajar. . Beliau sanggup membeli telur ayam kampong dari pelajar-pelajar mikin supaya mereka ada wang saku ke sekolah. Malah, beliau dan isteri sanggup menyediakan minuman teh dan biskut di kawasan rumahnya yang terletak berhampiran sekolah setelah mendapati ada pelajar yang tidak ke kantin kerana tidak mempunyai wang saku. f) Sentiasa muhasabah dan belajar dari pengalaman

Beliau memanfaatkan pengalaman sebagai penanda kertas Ujian Lisan SPM dengan mengadakan interaksi dengan pengetua-pengetua sekolah yang dilawatinya. Selain itu, beliau melihat cara pengetua-pengetua terbabit menceriakan sekolah masinh-masing dan dapatan itu dijadikan dapatan untuk menambah baik dan mengadaptasi perancangan yang dilakukan di sekolah beliau. Selain itu, beliau juga banyak membaca kerana yakin bahawa ilmu adalah bahan dan perkakasan profesion keguruan.2.2 HAJAH KHUZAIMAH SULAIMAN

Berasal dari Negeri Sembilan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru Pendidikan Islam pada 1976 . Pernah dilantik sebagai GPK Hal Ehwal Murid di dua buah sekolah di Seremban sebelum menjadi GPK Pentadbiran di Kuala Lumpur pada 1994. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengetua DG54 pada tahun 2002. Berikut adalah cirri keintegritian beliau.:-

a) Amanah dan bertanggungjawab

Beliau sentiasa berusaha menjadi guru yang 100% berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan beliau rasa bersalah jika ada anara pelajarnya yang tidak menguasai apa yang diajar. Untuk mendalami diri pelajar semasa pdp belangsung, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam situasi pelajar. Justeru, beliau sentiasa berusaha menggunakan teknik dan strategi termudah untuk difahami oleh muridnya.

b) Ikhlas, sedia berkhidmat dan sentiasa positif

Tahun pertama perkhidmatannya, beliau sudah dipertanggungjawabkan untuk mengajar kelas peperiksaan. Meskipun tanpa pengalaman, beliau tidak menolak tanggungjawab itu dan tidak pula memberikan pelbagai alas an. Sebaliknya, beliau menerimanya sebagai satu tanggungjawab dan kepercayaan yang perlu dilunaskan dengan baik. Beliau juga tidak merungut. Beliau sentiasa merujuk kepada Guru Penolong Kanan dan guru-guru senior untuk mendapatkan informasi memandangkan ketika itu, penggunaan teknolgi maklumat belum lagi terdedah dan bahan rujukan pula tidak ada di pasaran.c) Menjaga ketepatan masa

Beliau sentiasa hadir awal ke sekolah. Ini memblehkan beliau berasa tenang dan ada masa untuk bersedia sebelum sesi persekolahan bermula. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menjaga ketepatan masa untuk masuk ke kelas kerana yakin ketepatan masa guru dapat mengelak salah laku disiplin pelajar di samping dapat mengelak berlakunya kecederaan pelajar.

d) Tidak menggunakan cuti sakit sewenang-wenangnya

Meskipun jatuh sakit, jika masih mampu ke sekolah, beliau tetap ke sekolah. Beliau berpegang pada pesanan ibunya iaitu .murid kamu akan terbiar sekiranya tiada guru ganti. Bekerja sebagai guru berbeza dengan bekerja sebagai pegawai di pejabat, mereka menghadap fail , kamu menghadap murid Dengan itu, beliau dapat memastikan bahawa pdp nya tetap berjalan mengikut perancangan dan muridnya mendapat impak maksimum daripadanya.

e) Kasih kepada murid

Beliau sentiasa mempamerkan kepada murid bahawa mereka adalah sangat penting kepada beliau. Untuk itu, beliau berusaha mengingat nama setiap muridnya supaya mereka rasa dihargai dan penting. Dengan itu, beliau dapat merapatkan hubungan dengan muridnya kerana hubungan dua hala yang positif sangat penting dalam menjamin kecemerlangan murid.

f) Berusaha membina sahsiah dan keimanan muridBeliau berpendapat bahawa meskipun sebagai guru biasa, jika ada idea yang baik untuk murid dan sekolah, idea itu harus diutarakan tanpa perlu menunggu mesyuarat guru. Ketika mula berkhidmat pada tahun-tahun 70an dan 80an, kebanyakan sekolah belum mempunyai surau bagi membolehkan murid solat. Justeru beliau berasa terpanggil untuk mengutarakan idea pembinaan surau kerana rasa bersalahnya dengan fenomena murid Islam tidak bersolat Zuhur dan Asar ketika di sekolah akibat tiada surau. Idenya itu diterima baik dan hasilnya terbinalah surau kecil di sekolahnya bagi membolehkan murid-murid menunaikan kewajipan mereka.

3.0 BAGAIMANA MENGAMALKAN INTEGRITI DI SEKOLAH

Sebagai seorang guru, saya mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu menyampaikan pelajaran dengan berkesan saya perlu menjadi contoh kepada muris-murid saya. Tugas mendidik anak bangsa supaya menjadi masyarakat yang berguna di kemudian hari memerlukan tenaga yang berkemahiran dan berkebolehan. Tugas ini bukan suatu yang mudah dan boleh dikerjakan oleh semua orang, justeru itu nadi penggerak ke arah tujuan suci itu adalah saya selaku guru dan pendidik. Justeru ,amalan integriti dapat saya tampilkan dengan menjadikan diri saya sebagai 6M :- Mudarris, Murabbi, Mualim, Muaddib, dan Mursyid. Ciri-ciri unggul pada 6M ini secara tidak langsung memperteguh integriti saya sebagai guru di sekolah.

3.1 Mudarris

Mudaris berasal dari perkataan Arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Sebagai pendidik, saya perlu menjalankan tanggungjawab mengajar dan menyampaikan ilmu dengan sebaik-baiknya kepada pelajar saya. Di dalam bilik darjah, hanya saya dan murid yang tahu apa yang berlaku. Di situlah ruang yang perlu dititikberatkan tentang integriti . Saya perlu amanah dan jujur dalam tugasan saya. Menjadi guru di sebuah sekolah kecil di pedalaman tidak menjanjikan saya untuk hidup kaya raya kerana kelas tambahan di sini memang tidak berbayar. Saya melakukannya secara sukarela tanpa bayaran. Di situlah, kejujuran dan keikhlasan saya dituntut. Sebagai penyampai ilmu, tanggungjawab menyampaikan ilmu itu perlu saya lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak bersifat melepaskan batuk di tangga.Penandaan buku latihan harus saya lakukan dengan teliti dan bukar sekadar menanda sahaja. Kesilapan dan kesalahan murid dalam latihan haruslah saya perbaik dan bantu mereka membaikinya. Saya perlu berfungsi sebagai Change Master Leader yang menurut Rosabeth Moss Kanter, aspek tersebut dapat menggenggam masa depan. Justeru,saya perlu berfikiran jauh dan positif, kreatif dan inovatif dalam proses penyampaian ilmu. Saya harus mempelbagaikan dan memperkemas strategi, teknik dan keadah pengajaran saya agar bersesuaian dengan tuntutan semasa malah sentiasa terbuka pula kepada ilmu-ilmu baharu , menjunjung aspirasi pendidikan dan paling penting, saya tidak harus memperlekeh aspirasi pendidikan yang saya dukungi itu.

3.2 Mualim

Tugas saya sebagai pendidik yang mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Sebagai mualim saya harus mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar. Dalam konteks ini, saya perlu bertindak bukan sekadar sebagai penyampai ilmu malah sentiasa perlu menambah dan menimba ilmu baharu. Saya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang saya. Saya percaya bahawa murid saya akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya saya benar-benar menguasai ilmu tersebut . Di samping itu, sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah semestinya saya harus beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang saya miliki. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih bertakwa kepada Allah . Tidak sepatutnya saya melakukan perkara yang berlawanan dengan ilmu yang saya miliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:- Adakah patut kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal. 3.3 Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Sebagai pendidik,saya perlulah bersikap ikhlas,empati dan penyayang. Saya perlu sentiasa menyayangi , menasihati dan membimbing murid saya dalam pembentukan sahsiah mereka. Tidak dapat dinafikan, dalam kerjaya sebagai guru, saya akan brhadapan dengan masalah disiplin murid. Di sinilah, saya perlu bukan sekadar mengetahui masalah murid malah empati dengan memahami punca mereka berdepan dengan masalah disiplin kerana ada di atara mereka mungkin berhadapan dengan masalah keruntuhan institsui keluarga yang memberik kesan kepada emosi mereka. Saya juga perlu bertindak sebagai kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar. Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yang perIu dilaksanakan oleh para pendidik dan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang berat untuk dipikul. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memimpin murid saya menjadi insan yang harmonis dan seimbang seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini amat selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menyatakan Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

3.4 Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Saya perlu menjadi guru yang muaddib yang merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Saya juga harus mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Saya harus mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja . Ini kerana sebagai guru di sekolah rendah, saya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak dan adab murid saya. Abdul Raop Dalip dalam kajian yang dilakukan oleh Zaharah Hussin menyatakan bahawa pengaruh guru terhadap murid sama besar dengan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anaknya. Justeru dengan adanya guru yang ikhlas, akan dapat memperbaik alam pembelajaran murid-murid. Di sinilah, saya harus sentiasa mengamalkan sikap ikhlas mendidik anak murid saya seumpama mendidik anak saya sendiri. Murid saya merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian. Oleh itu, saya mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati saya dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra antara kami dan seterusnya akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia .

3.5 Mursyid

Saya juga perlu menjadi pendidik yang mursyid. Mursyid bermaksud menjadi penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya di muka bumi. Di sinilah saya harus menjadi suri teladan atau role-model kepada pelajar saya. Saya harus bertingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Ini selaras dengan Teori Bandura tentang peniruan. Justeru, penampilan saya yang kemas, sentiasa positif , berilmu dan berkahlak akan menjadi contoh panduan dan ikutan pelajar apatah lagi saya mengajar di sekolah rendah ; murid saya adalah anak-anak kecil yang menjadikan tingkah laku orang dewasa sebagai ikutan. Saya perlu melepasi syarat untuk menjadi pendidik yang mursyid iaitu alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar. Saya harus boleh bukan sahaja menjadi role model atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menampilkan contoh sifat-sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru , bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan peribadi mulia, saya harus kembali kepada tarbiah Islam yang mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah Tohaa ayat 43 yang bermaksud:- Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan.RUMUSAN

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya di mata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibu bapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Maruah dan harga diri seorang guru itu terletak pada kemampuannya tekal dengan nilai integriti yang tinggi dalam dunia yang penuh cabaran ini.

Integriti guru menjadi kayu ukur kepada kedudukan guru pada mata masyarakat dan dalam sistem pendidikan di negara ini yang akan sentiasa bergerak maju ke hadapan di mana ibu bapa meletakkan pencapaian akademik anak-anak sebagai kayu ukur prestasi guru, keintegritian semakin tercabar. Sesungguhnya, perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) , dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.Ketinggian martabat profesion keguruan itu menuntut pula guru untuk sentiasa berintegriti. Maka , jadilah martabat profesion keguruan dan integiriti itu dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. !CIRI INTEGRITI GURU DALAM BUKU JEJAK GURU BERINTEGRITI

JUJUR DAN AMANAH

BERANI MENGHADAPI CABARAN

TIDAK MENOLAK TUGAS

SENTIASA BERSEDIA MENIMBA ILMU BAHARU

PEMANGKIN KEPADA ORANG LAIN UNTUK MEMAJUKAN DIRI

TIDAK MENGAMBIL CUTI SAKIT SESUKA HATI

BERSIKAP EMPATI KEPADA PELAJAR

SENTIASA BERMUHASABAH DIRI

IKHLAS

MENEPATI MASA

2