kkbi edu

24
1.0 Pengenalan Setiap murid yang dilahirkan mewarisi kecerdasan yang membolehkanya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi dengan menggunakan pancaindera membolehkan mereka mula menanggap dan memproses rangsangan dari alam sekeliling dan beransur untuk mula menyususn dan mengatur rangsangan yang diterima. Dengan erti kata lain, jika seseorang murid ingin mencapai matlamat yang lebih kompleks, murid tersebut memerlukan pembelajaran persekitaran atau alam sekeliling yang mempengaruhi pembelajaran atau perubahan tingkah laku murid yang merangkumi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan juga pengalaman bersama rakan-rakan termasuk pengalaman yang dilalui secara langsung dalam pelbagai perkara. Richards dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesmalar Samuel (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya input pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pernyataan tersebut dikukuhkan lagi oleh Alberto dan Troutman (1986) yang menyatakan pengurusan bilik darjah boleh didfinisikan sebagai kemahiran guru dalam menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan satu iklim yang sesuai untuk tahap pengajarn dan pembelajaran murid. Malah, pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai satu bidang yang lebih luas dan 1

Upload: afeena-yusof

Post on 12-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


49 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSetiap murid yang dilahirkan mewarisi kecerdasan yang membolehkanya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi dengan menggunakan pancaindera membolehkan mereka mula menanggap dan memproses rangsangan dari alam sekeliling dan beransur untuk mula menyususn dan mengatur rangsangan yang diterima. Dengan erti kata lain, jika seseorang murid ingin mencapai matlamat yang lebih kompleks, murid tersebut memerlukan pembelajaran persekitaran atau alam sekeliling yang mempengaruhi pembelajaran atau perubahan tingkah laku murid yang merangkumi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan juga pengalaman bersama rakan-rakan termasuk pengalaman yang dilalui secara langsung dalam pelbagai perkara. Richards dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesmalar Samuel (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya input pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pernyataan tersebut dikukuhkan lagi oleh Alberto dan Troutman (1986) yang menyatakan pengurusan bilik darjah boleh didfinisikan sebagai kemahiran guru dalam menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan satu iklim yang sesuai untuk tahap pengajarn dan pembelajaran murid. Malah, pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai satu bidang yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu kepada kawalan bilik darjah dan peraturan sahaja. Hal ini termasuklah semua perkara yang dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan juga kerjasama dalam aktiviti bilik darjah yang serta menbentu persekitaran yang produktif. Untuk mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif, guru perlulah meningkatkan serta mengembangkan kompetensi diri disamping menitikberatkan pelbagai tahap, kebolehan dan kecerdasan murid terutamanya murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.Oleh itu, guru perlulah membuat perancangan yang rapi dan juga perlu mengelolakannya agar dapat dilaksanakan dengan sistematik. Pada masa yang sama juga, guru perlulah memberikan perhatian kepada hubungannya dengan murid. Pengrtahuan ini akan membantu guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan murid dalam membentuk tingkah laku yang positif.2.0 Sejauh Manakah Peraturan Bilik Darjah Boleh Digunakan Untuk Mengurus Sebuah Bilik Darjah InklusifPendidikan inklusif bukanlah sesuatu yang baru dalam pendidikan. Pendidikan Inklusif pada dasarnya menyentuh mengenai perkembangan dan perhubungan manusia antara manusia di mana institusi pendidikan adalah saluran bagi membina perhubungan yang sihat dan adil. Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2006), menerangkan di akhir-akhir tahun 80-an, berpandukan kajian Bowman (1986) dan UNESCO (1988), tiga keutamaan dikenal pasti dalam mendidik kanak-kanak istimewa iaitu pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak, integrasi murid-murid dengan kecacatan ke sekolah-sekolah biasa, dan latihan guru ditingkatkan demi mencapai matlamat perkara diatas. Pihak UNESCO mengadakan beberapa bengkel di peringkat antarabangsa bagi menggalakkan Negara-negara anggota menilai keberkesanan pendidikan berdasarkan ketiga-tiga keutamaan. Bagi memudahkan integrasi kanak-kanak dengan kecacatan dan konsep pendidikan untuk semua, satu daripada saranan pihak UNESCO adalah mengambil kira keperluan populasi tersorok iaitu murid-murid yang mengalami keperluan khas. Kanak-kanak ini tidak mempunyai kecacatan yang nyata tetapi mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran. Pendekatan pendidikan inklusif melibatkan usaha mendidik murid-murid dengan kecacatan di sekolah-sekolah dan kelas-kelas biasa oleh guru-guru biasa. Bilik darjah yang inklusif memerlukan seorang guru yang sentiasa boleh memantau serta mengawal pergerakan setiap muridnya. Di sekolah, biasanya murid yang berkeperluan khas merupakan golongan minoriti namun memerlukan perhatian lebih berbanding murid biasa. Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang bekeperluan khas. Inklusif secara umumnya merupakan satu program mengintegrasikan murid-murid bekeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Mereka adalah dalam kategori fizikal cacat anggota, emosi dan tingkah laku (autisme dan ADHD), pembelajaran khusus disleksia (dyslexia), palsi serebrum, sindrom down dan hiperaktif ataupun gangguan penumpuan.Justeru, peranan seorang guru merupakan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan pendidikan inklusif ini. Terutamanya dalam pengurusan bilik darjah tersebut yang mempunyai pelbagai ragam anak murid. Oleh itu, peraturan bilik darjah boleh digunakan untuk mengurus sebuah bilik darjah inklusif tersebut. Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2006), sebuah bilik darjah yang baik merupakan sebuah bilik darjah yang dapat diurus secara konsisten sepanjang tahun. Guru boleh memastikan murid-muridnya berdisplin dan bertanggungjawab dalam proses pembelajaran dengan mewujudkan rutin bilik darjah melalui pembinaan peraturan dan prosedur. Banyak kajian menunjukkan peraturan dan prosedur yang diperkenalkan kepada murid-murid sebagai rutin bilik darjah pada hari pertama persekolahan, telah banyak membantu perjalanan proses pembelajaran yang lancar. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal juga dapat membentuk murid untuk lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi. Para guru, khususnya guru kelas, perlu memastikan bahawa peraturan dan prosedur yang diperkenalkan pada hari pertama persekolahan, perlu sentiasa diulang dan dilatih kepatuhannya sehingga murid terbiasa sekaligus mengaplikasikannya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contoh peraturan yang ditetapkan ialah , menepati waktu, bersopan santun, diam semasa guru bercakap, menjaga kebersihan kelas, menghormati antara satu sama lain, saling membantu, menjaga harta benda yang terdapat di dalam kelas dan sebagainya. Untuk membentuk peraturan tersebut, beberapa perkara perlu dipatuhi iaitu menggunakan ayat yang ringkas, jelas, dan tepat, serta pastikan peraturan yang dibentuk bersifat adil bagi guru dan murid. Murid pula akan merasakan bahawa peraturan tersebut adalah hak bersama dan peraturan tersebut tidak terlalu banyak serta membebankan khususnya pada peringkat murid tahap satu sekolah rendah serta peraturan yang dibentuk tidak berlaku percanggahan dengan peraturan sekolah. Antara peraturan yang boleh diwujudkan bagi bilik darjah inklusif ialah mengamalkan sikap saling membantu antara satu sama lain. Sikap membantu ini melibatkan murid yang normal dengan murid bekeperluan khas serta murid yang normal dengan guru di dalam bilik darjah. Bantuan yang boleh diberikan oleh murid yang normal dengan murid bekeperluan khas ialah dari segi pelajaran. Seperti yang sedia maklum, murid bekeperluan khas memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu berbanding murid yang normal. Oleh sebab itu, sikap saling bantu-membantu ini diamalkan bagi memberi sokongan kepada murid bekeperluan khas. Semua murid di dalam bilik darjah digalakkan supaya membantu rakan yang berada dalam kerumitan atau kesusahan. Sebagai contoh terdapat rakan yang mengalami masalah dalam menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru. Sebagai rakan sekelas, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan rakan yang lain berjaya melaksanakan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan tidak membiarkan mereka terus ketinggalan dalam pelajaran. Guru juga bolehlah menggalakkan murid di dalam kelas untuk saling berbincang ataupun menggalakkan pembelajaran koperatif dan di sini akan wujudnya perasaan ingin membantu diantara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, murid yang pandai disuruh untuk berbincang dengan murid yang kurang pandai. Ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru bagi memupuk sikap saling membantu dalam diri para murid.Di samping itu juga, untuk bilik darjah inklusif, murid dilarang melawan guru. Peraturan ini diwujudkan demi membentuk sahsiah diri murid yang baik. Dari sekolah rendah lagi murid-murid telah dididik untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan guru berasa kecil hati atau terasa. Pernah berlaku kes guru menangis keluar dari kelas kerana sikap anak muridnya yang tidak menyenangkan hati. Ini menunjukkan guru memerlukan anak murid yang sering mendengar cakap dan nasihat yang diberikan dan bukan melawan. Semua guru inginkan yang terbaik untuk anak didiknya. Oleh itu, peraturan ini bolehlah ditetapkan dalam bilik darjah inklusif bagi membantu murid-murid untuk sentiasa mendengar apa yang guru cakap. Kadang-kadang bilik darjah sukar dikawal apabila murid tidak mendengar kata dan sering menyampuk semasa guru sedang menyampaikan isi pelajaran. Apabila ditegur, murid mudah untuk melawan balik dengan melakukan kelakuan yang kurang baik sehingga membuatkan guru marah. Namun demikian, guru jarang menggunakan ketegasan apabila murid melawan kerana beberapa faktor yang boleh menyebabkan guru itu salah di sisi undang-undang. Lee dan Marlene Canter telah megenalpasti 3 gaya merespons iaitu tidak tegas, permusuhan (agresif) dan ketegasan atau asertif. Oleh itu, dalam melaksanakan peraturan kita sebagai guru perlulah mengelakkan daripada menjadi guru yang tidak tegas atau bersikap agresif. Guru yang mengamalkan sikap permusuhan atau agresif menggunakan pendekatan yang tidak disukai oleh murid misalnya menjerit, mengancam serta menyindir tajam dan akan melanggar hak-hak murid. Gaya ini perlu dibuang dan tidak seharusnya diamalkan. Lee dan Marlene Canter yang telah mencadangkan cara untuk menggunakan Disiplin Asertif di dalam bilik darjah.Model disiplin asertif ini tidak membenarkan guru melaksanakan hukuman sekiranya kata-kata guru masih boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan. Kesimpulannya, model Disiplin Asertif Canter menunjukkan bagaimana peraturan dan pengurusan disiplin dalam model ini dapat diaplikasikan semasa di kelas.Seterusnya, Setiap bilik darjah telah disediakan satu jadual bertugas yang lengkap dan merangkumi nama semua murid. Contoh tugas yang diberi ialah menyapu, mengelap tingkap, membuang sampah, memadam papan hitam dan menyusun meja. Namun begitu, bagi bilik darjah inklusif, jadual bertugasnya tidak sama seperti bilik darjah yang biasa. Ini kerana bilik darjah biasa terdiri daripada semua murid yang normal manakala bilik darjah inklusif terdiri daripada murid yang bercampur. Oleh itu, guru haruslah memastikan segala tugas yang diberikan kepada kanak-kanak yang inklusif mestilah bersesuaian dengan kemampuannya seperti memadam papan hitam. Segala tugas yang berat diserahkan kepada murid yang normal kerana kemampuan mereka tidak terbatas. Peraturan ini dapat mengajar murid supaya melakukan segala kerja yang diberikan dengan amanah dan jujur walaupun tanpa pengawasan dari guru pada awal pagi semasa tugasan dijalankan. Ini juga dapat melatih murid supaya sentiasa bertanggungjawab akan bilik darjah dan persekitaran semasa belajar. Bilik darjah yang bersih mempengaruhi emosi murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual waktu bertugas ini bukan hanya dipatuhi untuk bulan pertama sekolah tetapi untuk sepanjang tahun. Guru bolehlah memastikan sama ada jadual itu dijalankan atau tidak dengan membuat pemantauan sekali sekala dan sering bertanya dengan ketua kelas berkaitan dengan keberkesanan jadual waktu bertugas ini. Menurut Glasser (1978) mempercayai secara tegas bahawa guru-guru memainkan peranan utama untuk membentuk disiplin bilik darjah. Meskipun beliau tidak menafikan peranan murid, Glasser beranggapan bahawa guru bertanggungjawab untuk membentuk dan mengekalkan disiplin bilik darjah. Antara tanggungjawab guru yang ditekankan oleh Glasser salah satunya ialah membentuk peraturan yang mengarah kepada kejayaan. Glasser beranggapan bahawa peraturan bilik darjah adalah penting terutamanya untuk murid yang rendah pencapaiannya. Murid tidak seharusnya dibiarkan gagal. Kebenaran berbuat demikian akan melahirkan watak antagonis, mengada-ngada dan kurang menghormati guru dan orang lain. Peraturan perlu dibina oleh guru dan murid secara bersama dan seharusnya dapat memudahkan pencapaian kejayaan individu dan kumpulan. Peraturan perlu diselaraskan mengikut umur, kebolehan dan realiti murid. Peraturan perlu dibina untuk menyokong idea asas bahawa murid hadir ke sekolah adalah untuk belajar. Akhir sekali, peraturan perlu dibuat penilaian semula untuk memastikan ia masih boleh digunakan atau memerlukan sebahagiannya ditukar kepada yang baharu dan dikuatkuasakan.Bukan itu sahaja, peraturan lain yang boleh digunakan ialah bersama menjaga keamanan dan keharmonian kelas. Sebenarnya peraturan ini biasa didapati di setiap sekolah di Malaysia. Untuk bilik darjah inklusif peraturan ini penting bagi mengawal pergerakan murid normal terhadap murid bekeperluan khas. Oleh sebab itu, peraturan ini bolehlah diwujudkan bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang selamat dan kondusif. Pergaduhan adalah dilarang sama sekali kerana ia boleh membawa kepada benda yang memudaratkan diri sama ada dari aspek fizikal mahupun emosi seseorang. Oleh itu, semua murid di dalam bilik darjah masing-masing menjaga perasaan rakan yang lain. Biasanya pergaduhan ini berlaku hanya dengan bertikam lidah sahaja sehingga membawa kepada pergaduhan yang besar dan timbul perasaan dendam antara satu dengan yang lain. Perkara yang ditakutkan adalah murid yang normal bergaduh dengan murid bekeperluan khas. Perasaan saling sayang-menyayangi itu haruslah disemai antara satu dengan yang lain. Menjadi kebiasaan bagi budak-budak bergaduh di dalam kelas tetapi bagi bilik darjah inklusif peraturan ini haruslah ditetapkan bagi memastikan budak bekeperluan khas berasa selamat belajar di dalam bilik darjah inklusif. Setiap murid yang normal mestilah menunjukkan sikap yang tidak garang dan kasar kerana ia akan mempengaruhi emosi murid khas. Oleh itu, terdapat beberapa langkah ke arah disiplin asertif antara ialah akui dan buangkan segala bentuk halangan ke arah disiplin asertif. Kebanyakan halangan lebih merupakan jangkaan-jangkaan negatif mengenai murid; mereka alami masalah kesihatan iaitu dari segi keupayaan dan masalah kecacatan, masalah di rumah, gen, personaliti dan persekitaran sehingga berbuat nakal dengan melanggar peraturan disiplin. Sama ada bermasalah atau tidak, seorang kanak-kanak tidak seharusnya dibenarkan untuk berbuat nakal atau jahat hingga boleh merosakkan diri sendiri atau melanggar hak-hak rakan serta guru. Akuilah bahawa guru mampu untuk mempengaruhi secara positif ke atas semua murid di dalam bilik darjah meski apa pun juga bentuk masalahnya. Untuk melakukannya, guru perlu ingat bahawa guru tidak boleh melayan semua murid benar-benar dengan cara yang serupa. Sesetengah murid memerlukan layanan istimewa seperti mengikuti program insentif yang khusus atau program modifikasi tingkah laku sebelum mereka dapat mematuhi piawai yang dijangkakan. Maka, akan wujudlah suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, selesa dan kondusif.Kesimpulannya dalam mengurus bilik darjah inklusif ini bukanlah suatu yang mudah, namun dengan strategi dan langkah yang betul semasa membentuk peraturan di dalam kelas sudah pasti seorang guru dapat mengawal kelasnya yang pelbagai jenis ragam murid-muridnya. Justeru itu, dalam membentuk murid yang berdisiplin seseorang guru memerlukan peraturan-peraturan. Hal ini kerana pengajaran menjadi lebih sukar tanpa disiplin dan seperti yang sedia maklum, disiplin bilik darjah merujuk kepada peraturan yang digunakan untuk mengawal keadaan dalam bilik darjah supaya murid berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar dan sistematik. Sebagai seorang guru, harus menyedari bahawa peraturan yang dibina dapat mendisiplinkan murid serta menghasilkan murid yang lebih produktif. Dalam pada itu juga, keselamatan murid lebih terjamin kerana setiap murid dapat mengikut peraturan-peraturan sekolah, dan akhirnya suasana bilik darjah adalah lebih tenang dan mesra. Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah menarik dan menyeronokkan.3.0Menganalisis Kemahiran Kompetensi Untuk Menguruskan Bilik DarjahSuhardiman Mohd Lazim (1998) memetik daripada Nordhaugh dan Grouhaug (1994),mendefinisikan perkataan kompetensi berasal dari Bahasa Latin iaitu competere yang bermaksud sesuatu yang sesuai. Selain itu terdapat banyak maksud kompetensi telah diberi seperti Hooghiemstra (1992) dan Llyod & Cook (1993), menjelaskan bahawa kompetensi adalah ciri-ciri asas yang mempunyai kaitan dengan keberkesanan atau kebolehan menjalankan sesuatu tugas. Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan makna kompetensi, antaranya Boyatsis (1982), dan Hornby & Thomas (1989), mengatakan bahawa kompetensi adalah kebolehan atau kemampuan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang diingini. Dengan demikian kemahiran kompetensi guru-guru di alaf baru ini perlulah serba boleh dengan memiliki kemahiran, kecekapan dan kebolehan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Daripada definisi-definisi yang lain, juga menjelaskan kompetensi juga dianggap sebagai motivasi, sikap kendiri, tingkah laku, pengetahuan atau pemikiran. Matlamat utama kompetensi ialah untuk membolehkan seseorang itu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Bagi memastikan setiap tugas dilaksanakan dengan penuh berkesan, seseorang pendidik hendaklan mempunyai kompetensi. Hal ini kerana, kompetensi mempunyai kesan yang tinggi terhadap murid. Guru yang mempunyai kompetensi yang berkualiti sudah pasti melahirkan murid yang berkualiti.Suhardiman Mohd Lazim (1998) juga menerangkan kepentingan kompetensi dalam penulisan tesisnya, beliau menerangkan abad ke 21 akan membentuk suatu dimensi baru dan perubahan yang menyeluruh. Perubahan dan perkembangan teknologi akan membentuk satu dunia serba canggih tetapi penuh kompleks. Natijahnya sesebuah Negara itu pasti memerlukan tenaga kerja dan sumber manusia yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan mampu membangunkan negara serta berdaya saing. Oleh kerana hanya melalui pendidikan sahaja cara paling sesuai untuk mendidik dan melatih tenaga mahir, maka kompetensi pendidik adalah amat penting. Ia terutamanya kompetensi dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menerangkan untuk menghadapi alaf baru, kompetensi dalam amalan profesion perguruan haruslah dipertingkatkan. Ini kerana dunia yang semakin maju dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa terutama dalam bidang pendidikan. Jika guru tidak bersedia menerima perubahan, bidang pendidikan akan menjadikan mundur dan tidak mampu melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran alaf baru. Justeru, guru hendaklah mempunyai kompetensi yang benar-benar mantap agar objektif dan matlamat pendidikan negara tidak tersasar. Selaras dengan kehendak Standard Guru Malaysia (SGM) yang telah menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai kompetensi yang ditetapkan. SGM merupakan satu usaha dalam melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Tiga SGM iaitu standard yang pertama Amalan Nilai Profesional Perguruan, standard kedua Pengetahuan dan Kefahaman, dan standard yang ketiga kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kemahiran kompetensi yang dimiliki oleh seorang guru haruslah sentiasa dipertingkatkan selari dengan perubahan arus pendidikan di alaf baru ini. Terdapat beberapa kemahiran kompetensi yang perlu dikembangkan untuk menguruskan sebuah bilik darjah yang berkesan. Kemahiran kompetensi yang pertama ialah seorang guru perlulah mempunyai dan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas, mendalam dan terkini. Hal ini kerana, sebelum seseorang guru boleh mengajar, ia seharusnya mempunyai dan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan mata pelajaran yang akan diajar. Seorang guru efektif bukan sahaja mengetahui kandungan mata pelajaran pada tahap yang hendak diajar tetapi juga mengetahui dengan lebih mendalam untuk membolehkannya menghurai dan mengaitkan dengan masalah kehidupan dunia sebenar serta mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berkaitan isi kandungan pelajaran. Murid akan berminat untuk belajar kepada guru yang menguasai isi kandungan pelajaran dan boleh diharapkan untuk membimbing mereka ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran. Murid dapat mengesan guru yang tidak menguasai kandungan mata pelajaran melalui jawapan kepada soalan-soalan meminta penjelasan yang dikemukan oleh murid. Guru efektif ialah guru yang melihat pembelajaran sebagai proses sepanjang hayat. Justeru itu dia akan terus belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan melanjutkan pengajian atau mengikuti seminar, bengkel, pembacaan, perkongsian dan diskusi ilmiah, konvension dan sebagainya. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baharu, guru akan dapat berkongsi dengan murid, mengaplikasi di dalam bilik darjah dan menjadikan pembelajaran lebih menarik.Kemahiran kompetensi yang kedua iaitu kemahiran komunikasi ataupun kecekapan dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, sudah menjadi kewajipan seorang guru berkomunikasi dengan baik kerana kita sedia maklum suara merupakan aset yang penting bagi seorang guru untuk berkomunikasi dengan murid-murid serta orang-orang disekeliling. Justeru, guru perlu mempunyai kecekapan dalam berkomunikasi. Pernyataan ini ditegaskan lagi oleh Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) memetik daripada Highet (1964), yang menyatakan komunikasi ialah pemindahan pemikiran dari minda seseorang kepada orang lain. Di samping itu, terdapat dua bentuk komunikasi iaitu secara lisan dan tanpa lisan. Komunikasi lisan ialah proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain secara lisan. Guru berkomunikasi secara lisan untuk membantu penguasaan dan pemahaman, kemahiran, prosedur dan sikap dalam bilik darjah. Suara guru haruslah lantang supaya murid dapat mendengar dengan jelas. Manakala komunikasi tanpa lisan pula dimana guru menggunakan pelbagai gerak isyarat seperti senyuman, genggaman tangan dan anggukan kepala untuk menegaskan sesuatu perkara. Ini dinamakan komunikasi tanpa lisan. Senyuman guru mampu memberi peneguhan terhadap jawapan pelajar yang betul, anggukan kepala menunjukkan guru setuju terhadap pandangan atau jawapan pelajar yang betul. Terdapat juga model-model komunikasi seperti Model Komunikasi Shannon, Model Wilbur Schramm, dan Model Komunikasi Kemanusian. Model-model ini menerangkan bagaimana berlakunya komunikasi dan cara berkomunikasi dengan berkesan dianata guru dengan murid. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) juga memetik daripada Noran Fauziah dan Ahmad Mahzam (1990) telah menyenaraikan tingkah laku guru yang perlu untuk mengadakan komunikasi berkesan iaitu menggalakkan pelajar menyoal di dalam kelas, sering menyelitkan humor atau unsur kecindan semasa mengajar dan membenarkan pelajar melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas. Sebagai guru hendaklah bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritikan yang tidak beralasan dan harus mengenali latar belakang pelajar serta mengkaji kebolehan dan minat mereka. Dengan ini pelajaran yang disampaikan sejajar dengan kebolehan dan minat, sekaligus mewujudkan yang berkesan. Kesimpulannya, guru yang efektif akan berkomunikasi dengan murid menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut tahap umur murid, peringkat perkembangan, jantina, bangsa, bahasa ibunda, tahap sosio-ekonomi murid termasuk keperluan serta gaya pembelajaran mereka ketika menjelas, menerangkan atau menghurai sesuatu konsep yang dipelajari. Guru yang bafektif juga akan berupaya untuk berinteraksi dengan murid, ibubapa mereka serta rakan sekerja. Komunikasi yang berlaku akan meninggalkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, kemahiran kompetensi yang ketiga iaitu kemahiran membuat penilaian untuk membolehkan guru mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah untuk mereka bentuk dan menggunakan pelbagai alat dan prosedur penilaian formatif dan sumatif untuk mengukur serta mentaksir pembelajaran murid. Guru efektif juga akan membuat analisis, refleksi dan menilai pengajaran sendiri dengan menggunakan maklumat dan data-data penilaian yang diperoleh untuk menambah baik pembelajaran murid. Selain itu, kemahiran seterusnya ialah kemahiran mengurus stress. Seorang guru pada alaf ini harus bijak dalam mengurus stress. Hal ini kerana kita sedia maklum bahawa tugas guru hari ini adalah sangat mencabar . Oleh itu, dalam hal ini seorang guru harus bijak mengurus stress dan juga emosi. Contohnya, jika tertekan dengan hal-hal dirumah, seharusnya seorang guru tidak terbawa-bawa hingga ke dalam kelas. Oleh itu, guru harus bijak mengawal emosi mereka apabila berhadapan dengan masalah supaya tidak mendatangkan impak negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Kompetensi guru alaf baru juga perlulah mempunyai kecekapan menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. Justeru, kepimpinan guru perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan bagi mendapatkan maklumat, melakukan analisis, kemahiran dalam perancangan dan mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi haruslah sejajar dengan isi pelajaran yang diajar. Penggunaan TMK sebagai satu kaedah dalam proses pembelajaran membolehkan murid menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap isi penyampaian guru. Malah, penggunaan TMK yang menyediakan konsep tanpa sempadan dengan membolehkan akses maklumat secara mobil perlu dijadikan pemangkin kepada kaedah pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru seharusnya mengambil peluang ini bagi memanfaatkan dirinya supaya cekap menggunakan kemahiran TMK yang disediakan.Kemahiran yang terakhir iaitu seperti yang terdapat pada Standard Guru Malaysia iaitu mengamalkan profesionalisme keguruan. Guru yang efektif dan cekap akan mengamalkan profesionalisme keguruan semasa menjalankan tugas sebagai pengajar, pembimbing, pemudahcara atau pengurus dalam bilik darjah. Disamping itu, guru juga memahami tanggungjawab moral dan perundangan berkaitan kerjayanya. Ia juga akan belajar melalui pengalaman, pentadbiran dan pengurusan pentadbir sekolah termasuk Guru Besar dan ketua panitia mata pelajaran. Segala amalan nilai murni diterapkan dalam diri guru bagi membolehkannya menyemai jiwa keguruan dalam mendidik anak murid. Selain itu juga, guru akan sedaya upaya untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan menerapkan unsur moral dan nilai yang positif.Kesimpulannya, guru yang efektif bukan saja mahir dalam menyusun atur bilik darjah, bahkan berkebolehan dalam pelbagai aspek dari dalam bilik darjah hingga luar bilik darjah. Namun, apabila seorang guru mencintai apa yang dilakukannya serta ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, sudah pasti segala tugasan akan dijalankan dengan penuh kesungguhan. Justeru itu, akan mendatangkan impak yang besar bagi menguruskan sebuah bilik darjah yang berkesan serta murid membentuk murid yang berdisiplin tinggi.4.0Temubual Dan Menulis Artikel Tentang Salah satu Strategi Penilaian Alternatif (Dapatan Kajian) Soalan kajian yang telah ditetapkan iaitu apakah cabaran seorang guru pelatih yang sedang menjalani latihan mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi atau Sekolah Khas yang menghadapi cabaran dalam mengendalikan prosedur penilaian. Seterusnya berdasarkan temubual dengan guru pelatih tersebut menulis artikel mengenai salah satu strategi penilaian alternatif yang boleh digunakan di dalam sebuah bilik darjah yang terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan. Responden yang telah terlibat, ataupun yang telah di temubual merupakan seorang guru pelatih Pendidikan Khas Semester Lapan Ambilan Januari 2011. Menurut Shahabuddin Hashim et.al (2008), menerangkan pendidikan khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang secara khusus untuk pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak istimewa, yang dimaksudkan dengan kanak-kanak istimewa atau pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah mereka yang cacat misalnya kerencatan akal, pendengaran, penglihatan, spastik, bermasalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku dan pintar cerdar serta berbakat besar. Perancangan ini melibatkan strategi pendekatan dan kaedah pengajaran yang berbeza daripada pelajarbiasa kerana keadaan mereka bagi memaksimumkan kebolehan mereka. Dari segi tujuan pengajaran, pendidikan khas bertujuan mencapai matlamat individu dalam konteks latar dan aktiviti pendidikan umum. Falsafah tujuannya tidak sama dengan pelajar yang normal iaitu mencapai dan mengekalkan gred pencapaian. Pendidikan Khas adalah sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa. Perkembangan optimum seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan serta boleh menyedari potensi sendiri bagi seorang individu dan seorang masyarakat. Justeru, menurut responden, cabaran semasa melaksanakan penilaian adalah amat sukar dan agak rumit kerana banyak aspek yang perlu di ambil perhatian disebabkan murid-muridnya terdiri daripada berbagai jenis kanak-kanak istimewa misalnya kanak-kanak sindrom down, disleksia dan ada juga yang bermasalah penglihatan. Menurutnya lagi, dengan kaedah dan strategi penilaian yang betul akan memudahkan untuk melakukan penilaian terhadap murid-murid yang istimewa. Hal ini disebabkan disebabkan murid-murid yang berada di dalam kelas mempunyai pelbagai kecerdasan dan berbeza tahap cara pemikiran dan tingkah laku. Terdapat murid yang cepat dan mudah faham apa yang dipelajari semasa guru mengajar, namun terdapat juga pelajar lambat ataupun slow learner. menurut responden lagi, sebelum membuat peperiksaan pertengahan guru-guru akan membuat ujian diagnostik kepada murid-muridnya untuk mengesan kelemahan murid. Kemudian, mereka akan membuat ujian mengikut tahap-tahap murid-muridnya dan strategi penilaian yang digunakan. Malah, responden juga menggunakan senarai semak melalui pemerhatian terhadap anak murid mereka.Selain itu juga, guru pendidikan khas juga turut mengalami masalah di mana keadaan kelas khas amat sempit. Hal ini demikian kerana, kelas tersebut hanya dipisahkan oleh dinding sahaja. Malah, responden juga memberitahu bahawa suara guru di kelas sebelah dapat didengar oleh murid yang berada di kelas lain. Situasi ini akan menyebabkan murid berkeperluan khas hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam masa yang sama, responden juga memberitahu bahawa terdapat segelintar murid pendidikan khas tersebut gemar mencabut dan merosakkan bahan bantu mengajar yang ditampal oleh guru. Hasilnya, kelas tersebut berada dalam keadaan yang tidak kondusif kerana terdapat di antara mereka yang merosakkan harta benda yang terdapat di dalam bilik darjah. Namun demikian, responden juga menghadapi masalah dalam mengajar murid autisma. Hal ini disebabkan oleh sifat mereka yang suka berkhayal dan berada di dalam dunia mereka sendiri. Mereka tidak akan mengambil endah apa yang diajar oleh guru. Justeru, guru perlu meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Selain menghadapi masalah dengan murid berkeperluan khas, responden juga turut mengalami masalah dengan guru kelas perdana dimana mereka tidak memahami sepenuhnya tingkah laku dan keupayaan murid pendidikan khas. Misalnya, guru besar mensasarkan target yang tinggi kepada murid pendidikan khas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas ini akan mengalami tekanan kerana sedia maklum bahawa tahap keupayaan murid pendidikan khas adalah terbatas. Berdasarkan temubual yang dilaksanakan bersama guru pelatih pendidikan khas, menggunakan kaedah pemerhatian sebagai strategi penilaian alternatif. Permerhatian dibuat berdasarkan pengurusan diri, tingkah laku, kemahiran manipulatif dan 3M. Sebelum penilaian dibuat, ujian diagnostik akan diberi kepada para murid pendidikan khas kerana ia dapat menjadi pengukur kepada kelemahan yang dihadapi. Guru akan membuat senarai semak berdasarkan kepada kebolehan murid tersebut. Ini kerana murid pendidikan khas juga mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang tersendiri. Oleh sebab itu, strategi penilaian seperti pemerhatian sesuai digunakan bagi menilai murid bagi kelas pendidikan khas. Guru perlulah melaksanakan pemerhatian dari semasa ke samasa bagi memastikan tahap perkembangan murid. Disamping itu juga, guru wajarlah peka terhadap segala perubahan yang berlaku terhadap murid tersebut. Hal ini akan membolehkan guru menilai sejauh mana tahap perkembangan mereka. Aktiviti pemerhatian tingkah laku pelajar harus dibuat berdasarkan perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah. jenis alat pemerhatian yang sering digunakan unutk merekod prestasi pelajar melalui aktiviti permerhatian ialah senarai semak dan skala radar. Menurut responden, alat pemerhatian yang mereka gunakan ialah senarai semak iaitu senarai semak ini digunakan untuk mengenal ciri-ciri tingkah laku pelajar perlulah dinyatakan dengan mudah dan jelas serta disusun mengikut tertib. 5.0RumusanDalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memainkan peranan yang sangat penting. Tugas gru bukan sahaja mengajar namun guru juga bertindak sebagai fasilitator, pemudah cara serta pembimbing bagi murid-murid. Suasa pembelajaran bilik darjah yang aman, tenang dan kondusif wajar dibentuk bagi memastikan murid selesa dan bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Dalam pada masa yang sama, guru juga perlulah mengambil kira factor keupayaan dan kebolehan murid. Layanan sama rata amat penting bagi merapatkan jurang antara murid terutamanya dalam mengurus sebuah bilik darjah inklusif. Perhatian guru terhadap murid yang mengalami masalah kesukaran dalam belajar tidak seharusnya diabaikan malah perlu dititikberatkan.Seterusnya, guru juga perlulah meningkatkan kemahiran kompetensi mereka bagi menangani masalah dalam isu pendidikan di alaf baru. Segala kemahiran pelu dikuasai bagi membolehkan guru menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan sempurna. Malah, guru yang berpengetahuan dan berperibadi mulia akan menjadi pendorong bagi murid untuk berjaya. Justeru itu, setiap halangan dan cabaran yang ditempuhi dalam mendidik murid-murid perlu ditangani dengan sebaik mungkin menggunakan akal fikiran bukannya dipengaruhi oleh emosi.

16