kissm assignment

Upload: ratnavell-muniandy

Post on 07-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    1/9

    0

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

    08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN

    Nama: RATNAVELL A/L MUNIANDY

    Kumpulan: KPLI-SR (Sains) Ambilan Jun 2010

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    2/9

    1

    ISI KANDUNGAN

    No. Tajuk Muka

    surat

    1 Isi Kandungan 1

    2 Tugasan 1: Soalan 2 (Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam) 2

    3 Tugasan 2: Soalan 2 (Dasar-Dasar Kerajaan) 5

    4 Rujukan 8

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    3/9

    2

    Bahagian A: Tugasan 1

    Soalan 2 (Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam)

    Sebagai guru baru yang ditempatkan di sekolah luar bandar, anda perlu memahami,

    menghayati dan melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam.

    i. Nyatakan empat sebab Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan.

    Malaysia ialah sebuah Negara membangun yang telah mencapai kejayaan besar

    dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah Negara maju menurut

    acuan sendiri menjelang tahun 2020. Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan

    instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan

    pembangunan Negara. Maka Kerajaan telah mewujudkan Nilai dan Etika Perkhidmatan

    Awam atas sebab-sebab tertentu yang menentukan arah dan memberi makna kepada

    pemikiran, tindakan dan tingkahlaku bagi memenuhi tanggungjawab atau amanah.

    Antara faktor utama Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan adalah untuk

    mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam. Kalau kita meneliti pada zaman sekarang

    permintaan terhadap sektor awam terutamanya dalam bidang kesihatan, pendidikan, dan

    pertahanan dan keselamatan telah meningkat. Seringkali kita mendengar aduan daripada

    pelbagai pihak yang menyatakan wujud kelewatan untuk melayani pelanggan-pelanggan di

    kaunter, tidak bersopan santun, nada suara yang kasar, rasuah dan sebagainya. Maka

    kerajaan berazam untuk mengubah persekitaran di sektor awam yang tidak disenangi ini.

    Di samping itu, masih wujud rasa curiga dan syak wasangka tentang kemampuan

    perkhidmatan awam. Misalnya, dalam bidang kesihatan rakyat lebih gemar untuk

    mengunjungi hospital swasta kerana layanan yang diberi adalah serta merta dan merasai

    doktor-doktor di hospital swasta lebih berkaliber. Kerajaan berhasrat untuk menjadikansektor awam untuk semua lapisan masyarakat sama ada golongan berada atau golongan

    miskin.

    Selain daripada itu, pihak kerajaan juga berhasrat untuk meninggikan kecekapan,

    imej dan mutu perkhidmatan awam. Pegawai atau staf perkhidmatan awam perlu bekerja

    dengan penuh bertanggungjawab dan muhibah. Mereka perlulah berfikiran kreatif dalam

    melaksana segala tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Mereka harus mengambil

    initiatif sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran-kemahiran diri supaya berdaya saing dan

    dapat mempertingkatkan kualiti kerja. Misalnya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    4/9

    3

    pada era pembangunan zaman kini menjadi elemen utama dalam menggerak dan

    meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, semua staf haruslah celik

    computer.

    Seterusnya, wujud juga faktor-faktor luaran yang telah mendorong pihak kerajaan

    untuk mewujudkan Etika Perkhidmatan Awam. Antara faktor-faktor luaran adalah

    persaingan globalisasi, ancaman keselamatan, kemerosotan ekonomi, gejala sosial

    dan lain-lain. Rasuah, penyelewengan dan penyalagunaan kuasa yang wujud dalam

    kalangan penjawat awam merupakan faktor utama yang mengancam kedudukan Negara

    kita dan perlu dikikis.

    Kesimpulannya, diharap Etika Dalam Perkhidmatan Awam yang telah diwujudkan

    dapat membantu penjawat awam menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni bagi

    memperkukuhkan tahap integriti. Di samping itu, orang ramai perlu ditawarkan perkhidmatan

    yang cemerlang.

    ii. Huraikan lima amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi kerajaan

    bagi merealisasikan etika tersebut.

    Azam kerajaan untuk mewujudkan Etika Perkhidmatan Awam dapat dikecapi dengan

    amalan-amalan yang munasabah. Pelbagai anugerah, kursus, latihan dan program jalinan

    muhibah telah menjadi amalan dalam perkhidmatan awam supaya semua penjawat awam

    berasa diri mereka dihargai dan seterusnya akan memberi dorongan untuk menghayati nilai-

    nilai murni. Ini akan menggalakkan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih dan lebih

    bertanggungjawab. Pelbagai amalan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan kita akan

    membincangkan lima daripada amalan tersebut.

    Pertama, kerajaan telah memperkenalkan anugerah penghargaan dalam bentukpengesyoran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata,

    pertimbangan untuk kursus-kursus dan lain-lain bagi mereka yang telah memberi

    perkhidmatan yang cemerlang. Selain itu, Anugerah penghargaan ini perlu dibuat setiap

    tahun bagi merangsang penjawat awam untuk meningkatkan lagi mutu prestasi mereka.

    Tambahan pula, kursus atau latihan yang sesuai diberikan kepada pegawai-

    pegawai yang sedang berkhidmat atau yang dilantik supaya mereka dapat mengasah

    kemahiran-kemahiran dan meningkatkan kecekapan mereka menjalankan tugas.

    Pembelajaran sepanjang hayat wajar diterapkan dalam sanubari setiap penjawat awam

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    5/9

    4

    supaya mereka terus memperbaharuhi kemahiran-kemahiran diri dalam mengendalikan

    pelbagai peralatan dan sistem yang canggih dan sterusnya memperbaiki kompetensi.

    Seterusnya, kerajaan menggalakkan penubuhan Jawatankuasa Kelab Sukan,

    Kebajikan dan Sosial dan mengadakan aktiviti yang mengasah bakat dan mendapat

    penyertaan ahli. Penubuhan Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di

    kalangan kakitangan serta menjaga kebajikan.

    Di samping itu, majlis jamuan teh atau makan turut diadakan pada hari yang

    ditetapkan untuk memberi kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul

    mesra antara satu sama lain dan menanamkan semangat kekitaan.

    Kerajaan juga turut menganjurkan majlis syarahan atau ceramah agama pada satu

    hari yang telah ditetapkan dalam tiap-tiap minggu atau dua minggu atau bulan kepada

    kakitangan yang beragama Islam. Dalam Islam, menimba ilmu pengetahuan adalah wajib

    bagi setiap lelaki dan perempuan.

    Amalan-amalan untuk Perkhidmatan cemerlang yang perlu diwujudkan harus

    bergantung bukan kepada aktiviti di atas tetapi juga kepada tiga faktor lain iaitu

    penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, pengwujudan institusi pelaksanaan tertentu

    dan pemilihan nilai dan budi yang baik oleh setiap kakitangan kerajaan. Etika Perkhidmatan

    Awam lahir daripada kesedaran bahawa profesionalisme Perkhidmatan Awam perlu

    dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan

    penuh dedikasi dan bertangungjawab. Ini adalah amat penting kerana Perkhidmatan Awam

    sedang memikul beban untuk melaksanakan pembangunan yang pesat di dalam konteks

    sebuah negara yang sedang membangun dan maju seperti di negara ini.

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    6/9

    5

    Bahagian B: Tugasan 2

    Soalan 2 (Dasar-dasar kerajaan)

    Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan vernakular yang telah dilaksanakan

    telah menimbulkan pelbagai masalah, khasnya masalah perpaduan negara. Oleh itu,

    perjuangan ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan telah dimulakan

    sejak merdeka melalui Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961), agar

    matlamat perpaduan negara dapat dicapai.

    i. Huraikan strategi-strategi pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat

    mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu.

    Sistem pendidikan pada zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira

    keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem

    Pendidikan berkenaan yang terkenal dengan sistem pendidikan vernakular telah

    memecahbelahkan rakyat pelbagai kaum mengikut status ekonomi dan pekerjaan. Sistem

    ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu

    sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi

    menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka

    dengan strategi-strategi pelaksanaan supaya dapat mewujudkan rakyat yang bersatupadu.

    Bahasa memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan komunikasi

    yang berkesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Suatu

    bahasa yang umum dan dapat difahami oleh semua kaum harus wujud untuk mewujudkan

    kefahaman, interaksi yang positif, toleransi, kerjasama dan perpaduan. Oleh yang demikian,

    kerajaan berhasrat untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar

    yang utama dalam sistem pendidikan di Malaysia yang merupakan akar tunjang bagi

    menyatupadukan rakyat Malaysia. Kemudian, Bahasa Malaysia dijadikan subjek yang wajiblulus di semua peringkat persekolahan.

    Seterusnya, rakyat Malaysia wajar mengetahui dan memahami keadaan di Malaysia

    supaya semangat patriotik dan cintakan Negara wujud dalam sanubari setiap rakyat

    Malaysia. Maka kerajaan telah menyeragamkan kurikulum yang sama dan

    berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, sama ada sekolah kebangsaan

    mahupun jenis kebangsaan. Pendidikan vernakular yang berasaskan Negara asal kaum

    Cina dan India perlu dihapuskan dan digantikan dengan pendidikan Malaysia.

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    7/9

    6

    Kerajaan juga merancang strategi untuk mendemokrasikan pendidikan dari segi

    peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian

    khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau

    pendalaman. Dengan itu, infrastruktur di sekolah-sekolah yang wujud di kawasan

    pedalaman telah diperbaiki supaya mereka memperoleh pendidikan yang sempurna seperti

    kawasan bandar. Di samping itu, sistem kuota dihapuskan dalam pengambilan pelajar ke

    IPTA dan sistem meritokrasi diamalkan supaya golongan yang cemerlang tanpa mengira

    kaum dapat peluang yang sama untuk menuntut di IPTA.

    Seterusnya, pendidikan kerohanian, moral dan disiplin perlu dipertingkatkan

    melalui Pendidikan Moral, Pendidikan Agama dan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

    Kerajaan berharap melalui subjek-subjek ini nilai-nilai patriotik, cintakan Negara, kesetiaan,

    kerjasama, perpaduaan dan sebagainya dapat diwujudkan dalam kalangan para pelajar

    yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini dapat tercapai dengan mengadakan pelbagai

    aktiviti-aktiviti kumpulan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar pelbagai kaum

    berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan sesuatu program.

    Akhirnya, kerajaan menyedari aktiviti kokurikulum dapat digunakan sebagai

    instrumen untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum sejak peringkat sekolah lagi.

    Dengan itu, badan-badan uniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan

    diwujudkan supaya nilai-nilai kekitaan, kerjasama, toleransi, saling faham-memahami dan

    tolong-menolong yang merupakan akar umbi untuk perpaduan dapat diterapkan pada

    peringkat sekolah.

    Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kanak -kanak yang

    muda harus diasah dengan nilai-nilai perpaduan sejak kecil lagi supaya perpaduan yang

    menjadi tonggak utama untuk kemajuan sesebuah Negara dapat tercapai.

    ii. Sebagai guru, huraikan peranan yang boleh anda laksanakan untuk menyumbang

    ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar anda.

    Kemajuan dan kedaulatan sesebuah Negara amat bergantung kepada perpaduan

    antara kaum. Guru mempunyai peranan yang amat mustahak dalam menerapkan nilai-nilai

    perpaduan dalam kalangan para pelajar sejak kecil lagi. Seorang guru boleh mewujudkan

    integrasi nasional dengan pelbagai langkah yang berkesan.

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    8/9

    7

    Seorang guru perlu menekankan nilai-nilai perpaduan semasa menjalankan

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar perlu dipecahkan mengikut

    kumpulan, yang mana ahli-ahli kumpulan haruslah terdiri daripada pelbagai kaum. Semasa

    aktiviti kumpulan berlangsung, para pelajar akan berinteraksi antara satu sama lain untuk

    mencapai objektif sesuatu aktiviti kumpulan. Dengan itu, nilai-nilai tolong-menolong, saling

    faham memahami, bekerjasama dan toleransi akan wujud dalam kalangan para pelajar.

    Seterusnya, aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting dalam pemupukan

    perpaduan. Maka seorang guru harus merancang aktiviti kokurikulum dan melaksanakannya

    seperti mana yang disarankan oleh pihak kerajaan. Aktiviti persatuan, kelab, sukan atau

    permainan dan badan uniform akan menerapkan unsur perpaduan dalam sanubari para

    pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

    Guru juga perlu memastikan aktiviti-aktiviti budaya sekolah dijalankan pada tiap-

    tiap minggu. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu

    kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah,

    membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan, mengibarkan bendera kebangsaan

    pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu

    peringkat sekolah. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan aktiviti-aktiviti budaya sekolah

    yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui

    pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah

    rendah mahu pun di sekolah menengah.

    Di samping itu, guru perlu menggalakkan para pelajar, terutamanya yang terdiri

    daripada kaum bukan Melayu untuk berinteraksi dalam Bahasa Kebangsaan . Bahasa

    Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial

    antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti

    bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utamayang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang

    demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat

    tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh

    pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil.

    Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan peranan guru adalah sangat penting

    untuk mewujudkan integrasi nasional.

  • 8/4/2019 Kissm Assignment

    9/9

    8

    RUJUKAN

    Abdul Rahman Embong. 2006. Negara-bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Universiti

    Kebangsaan Malaysia.

    Asnarulkhadi Abu Saman & Jayum A.Jawan. 2001. Kenegaraan Malaysia. Serdang:

    Universiti Putra Malaysia.

    Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Marof Redzuan et al. 2001. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan

    Kewarganegaraan II. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

    R.Suntharalingam & Abdul Rahman Hj. Ismail.1985. Nasionalisme: Satu Tinjauan Sejarah.

    Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.