kisah keldai(setiap dugaan,rahmat utk berubah lebih baik)

Upload: muhamad-faez-ahmad

Post on 04-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BEST

TRANSCRIPT

Alkisah seekor keldai

Seekor keldai tua kepunyaan seorang petani jatuh ke dalam satu perigi kosong yang dalam. Keldai itu menangis berjam-jam dan tuan petani buntu untuk mencari jalan untuk menyelamatkannya

Tuan petani akhirnya berputus asa dan memandangkan keldai itu sudah tua, dan perigi itu asalkan perlu ditimbun supaya tiada mangsa seterusnya, maka tuan petani mengeraskan hati untuk tidak menyelamatkan keldai tersebut.

Tuan petani meminta bantuan jiran-jirannya. Terkejut beruk keldai tersebut melihat apa yang tuan petani lakukan padanya

Tuan petani dan jiran telah mengambil keputusan untuk menanamnya hidup-hidup sambil menimbung perigi tersebut.

Keldai terasa amat sedih jasanya selama ini langsung tidak dikenang, dan dijadikan alasan untuk tuan petani untuk menyelamatkannya.

Tanah mula digali dan dituangkan ke dalam perigi.

Keldai menangis teresak-esak memikirkan ajal yang bakal menjelma, hanya kerana ia tidak nampak lubang perigi dan terjatuh ke dalamnya, kini nyawanya turut akan tertanam bersama.

Tuan petani dan jirannya mula rancak menggali tanah dan membuang ke dalam perigi.

Akhirnya keldai itu tidak lagi menangis dan mendiamkan diri.

Tuan petani terus meneruskan kerja menimbun tanpa melihat keadaan keldai yang telah lama bersamanya.

Selepas beberapa ketika, tuan petani melihat ke bawah perigi.

Beliau terkejut dengan apa yang dilihat.

Keldainya masih hidup. Setiap senduk tanah yang dibuang ke dalam perigi dan terkena belakang keldai itu digoncangnya ke tepi dan keldai memijak satu langkah ke atas. Semakin jiran tuan petani menimbun tanah, semakin tinggi keldai itu dalam perigi.

Setelah beberapa ketika, keldai itu mengejutkan semua orang yang ingin membunuhnya dengan melompat keluar daripada perigi tersebut bebas. Semua orang terpegun.

Dalam kehidupan ini pun sama, kita sentiasa akan dihimpit oleh sesuatu.

Tapi kita boleh mengambil iktibar daripada keldai, goncangkannya dan naik satu langkah di atas. Setiap satu masalah ialah satu pengajaran baru oleh Allah untuk meningkatkan diri kita.

Kita mampu keluar daripada perigi yang dalam, dengan tidak berputus asa. Bayangkan kalau keldai berputus asa dan tidak berbuat apa-apa ketika tanah menimbunnya.

Masalah akan datang akan tetapi kitalah yang menentukan samada masalah itu bertukar menjadi tangga atau dinding empat yang kebal dan menghimpit kita.

Senyum.