tips utk pengawal keselamatan

24
FRIDAY, OCTOBER 12, 2012 Pengawal Keselamatan Sekolah Menang Kes Gaji Minima bawah Kerajaan Negeri Selangor SHAH ALAM 13 OKT : Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan mendapatkan bayaran penyelaran gaji minima dan kerja lebih masa berjaya apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada pekerja terbabit. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua- dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka. Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP. “Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes. “Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.

Upload: amegoasri

Post on 31-Oct-2015

473 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Utk Pengawal Keselamatan

FRIDAY, OCTOBER 12, 2012

Pengawal Keselamatan Sekolah Menang Kes Gaji Minima bawah Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM 13 OKT : Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan mendapatkan bayaran penyelaran gaji minima dan kerja lebih masa berjaya apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada pekerja terbabit.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.

Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP.

“Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes.

“Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita  failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.

“Akhirnya pada 3 Januari lepas Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM120,000 kepada mereka bagi tuntutan pertama dan RM90,000 untuk tuntutan kedua,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Rodziah berkata, dengan keputusan itu pihaknya akan meneruskan usaha bagi mendapat keadilan dalam kes lain demi kebajikan kumpulan pekerja berkenaan.

Page 2: Tips Utk Pengawal Keselamatan

“Selepas kejayaan mereka, ramai pengawal keselamatan kini ingin mengabungkan diri dalam usaha membela kepentingan mereka tetapi dicadangkan mereka menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan mereka ini ada yang dari luar Selangor seperti dari Perak dan Negeri Sembilan.

“Apa yang kita perjuangkan ini bukan sekadar mendapatkan hak kepada pekerja tetapi saya ingin nyatakan penyatuan yang kita telah usahakan yang mana berjaya dalam kontek melawan kezaliman yang ada,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

"alhamdulilah, isu ana letupkan ini, akhirnya selesai juga. Bahagia, gembira bila tiap masalah yang dihadapai rakyat dapat dilsesai dengan baik. TQ Allah:) 

Pengawal keselamatan mogokWARTAWAN SINAR HARIAN25 April 2012

Pengawal keselamatan mogok

SABAK BERNAM – Seramai 64 pengawal keselamatan sekolah termasuk, peronda dan penyelia syarikat keselamatan sepakat melancarkan mogok menuntut majikan membayar tunggakan gaji minimum dan bulanan dengan segera.

Seorang daripada kakitangan syarikat itu, Mahathir Hashim, 35, berkata, mogok itu dilancarkan sebagai protes tindakan syarikat yang belum menjelaskan gaji sejak Mac hingga April yang kebiasaannya dilakukan setiap 7 hari bulan.

Biar pun keadaan kewangan meruncing, namun dalam kalangan mereka tidak jemu naik turun ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sabak Bernam dan Pejabat Buruh untuk mendapatkan khidmat nasihat seterusnya penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Basar Maslan, 49, berkata, dia dan beberapa rakan lain sukarela mengeluarkan wang sendiri berjumpa dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan khidmat

Page 3: Tips Utk Pengawal Keselamatan

nasihat dan bantuan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Jika hendak pentingkan diri sendiri, kita akan biarkan sahaja masalah ini. Kita sanggup mengorbankan wang untuk turun naik ke jabatan demi memikirkan bersama kehidupan rakan lain.

“Dalam perkara ini, kita semua perlu bersatu hati dan jangan sesekali berputus asa menuntut hak. Hak yang kita tuntut itu boleh kita gunakan untuk membayar hutang atau menyara kehidupan. Apa yang kita perlukan adalah sokongan dan doa dari rakan-rakan, bukan kata-kata belakang,” katanya.

Sementara itu, Adnas Hussin, 59, berkata, dia memberikan sokongan kepada rakan yang terlibat dalam memperjuangkan tuntutan yang menjadi hak semua.

“Kita juga amat harap, rakan lain dapat memberikan sokongan dan doa dalam usaha ini supaya dapat apa yang dihajati. Ini ujian ALLAH untuk melihat sejauh mana kesabaran kita berhadapan dengan ujian,” katanya.

Pengawal dilarang masuk kawasan sekolah

Dalam pada itu, pengawal keselamatan yang terlibat dalam mogok dilarang sama sekali memasuki kawasan sekolah melainkan untuk berurusan dengan di luar bidang tugas mengawal keselamatan sekolah.

Menurut Mohd Husin Kasidi, 59, semua rakan pengawal perlu menjadi mata dan telinga antara satu sama lain untuk memastikan tiada yang terus menjalankan tugas masing-masing semasa mogok.

“Sekiranya masih ada lagi yang bertugas sebagai kakitangan syarikat, sedangkan kita sudah sebulat suara melancarkan mogok dan dalam pengetahuan Pejabat Buruh, kita sendiri tidak teragak-agak membuat laporan pencerobohan ke kawasan sekolah.

“Kita hendak, sesama kita menjadi mata dan telinga, jangan kerana pentingkan diri sendiri untuk mencari wang sampingan, usaha tuntutan gaji dan tunggakan gaji minimum ini terganggu dan memberi masalah kepada rakan lain,” katanya.

Syor tubuh persatuan

Dalam perjumpaan itu juga, wujud saranan supaya ditubuhkan persatuan dalam membantu menjaga kebajikan dan tempat rujukan sekiranya masalah melibatkan mereka.

Mahathir berkata, rasionalnya penubuhan persatuan itu adalah untuk menjaga kebajikan dalam kalangan pengawal keselamatan di syarikat berkenaan.

“Ia juga menjadi medium untuk penyampaian sebarang perkembangan setiap isu atau ahli dengan sahih, tanpa keraguan yang disebabkan salah penyampaian

Page 4: Tips Utk Pengawal Keselamatan

maklumat,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mahathir, penubuhan persatuan itu masih di peringkat cadangan itu hanya boleh direalisasikan atas persetujuan pengawal keselamatan yang terlibat.

Gaji pengawal keselamatan tidak naik sampai sekarangJuly 11th, 2011 |

Saya pengawal keselamatan sekolah di Mersing, Johor. Saya bekerja dibawah

majikan yang bernama Syarikat Olinus Security Services Sdn Bhd yang terletak di

Taman Shemelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Disini saya ingin mengadu kepada aduan rakyat tentang kenaikan gaji serta gaji

tonggakkan dari bulan febuari sehingga sekarang seperti yang dijanjikan oleh

kerajaan masih belum diterima lagi sehingga kehari ini. Saya serta rakan-rakan yang

lain menunggu kenaikan gaji seperti yang dijanjikan tetapi sampai sekarang masih

gaji ditakuk lama.

Saya ada anak isteri yang perlu ditanggung,kami semua hanya mengharapkan gaji

ini sahaja untuk menampung pembelanjaan hidup. Sekarang kenaikan harga-harga

barang makanan sudah naik 2 kali ganda, bil elektrik, bil air semua sudah naik.

Dengan gaji kami yang sedikit ini sudah tentu tidak cukup untuk menampung

pembelanjaan kos hidup.

Kami berharap pihak aduan rakyat dapat menyelesaikan masalah kenaikan gaji

pengawal keselamatan secepat mungkin.

By: Shid

Nasib Pengawal Keselamatan

by ADMIN on APRIL 21, 2012

in KAKITANGAN SWASTA , NEGERI JOHOR

Pengawal keselamatan yang bertugas di hospital, sekolah dan jabatan kerajaan

sering menghadapi nasib malang apabila syarikat yang bertugasnya tamat kontrak.

Walaupun pengawal tersebut lama bertugas bertukar ganti kontrak di sekolah dan

jabatan kerajaan apabila syarikat baru mengambil alih pengawal tersebut diangap

pekerja baru dan gaji pengawal tesebut akan diturunkan daripada syarikat dahulu.

Page 5: Tips Utk Pengawal Keselamatan

Terserah kepada syarikat yang baru mengambil allih untuk melantik pengawal

tersebut ataupun tidak. ini terbukti bahawa pengawal keselamatan syarikat swasta

tidak mempunyai masa depan di dalam bidang yang diceburi.

Begitu banyak kelemahan terdapat di kebanyakan syarikat kawalan yang mendapat

kontrak kerajaan yang mengawal hospital dan sekolah. contoh: pengambilan

pengawal keselamatan tanpa menjalankan tapisan keselamatan dan terburu-buru

hanya untuk mencukupkan orang di dalam post kawalan.

Pengawal yang mempunyai rekod jenayah dan masalah dadah sering bertugas di

kebanyakan syarikat kawalan kerana pengawal seperti itulah tidak akan buat aduan

sekiranya majikan mereka tidak membayar gaji setimpal dan menindas kerana

mereka mempunyai kelemahan. Kami berharap pihak kerajaan akan mewujudkan

peraturan baru untuk mengawal Syarikat kawalan yang tidak berkualiti pada masa

depan.

Sekian

Pengadu : 

PIBGN gesa wujud skim gaji pengawal sekolah

2010/04/26 - 01:37:59 AM Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim Cetak Emel Kawan

Ramai individu tak berkelayakan jaga keselamatan murid 

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan satu skim penyelarasan gaji untuk pengawal keselamatan sekolah diwujudkan bagi memastikan hanya yang terlatih dan mempunyai kelayakan secukupnya dipilih. 

Pengerusinya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mendedahkan ketika ini kebanyakan pengawal keselamatan sekolah hanya dipilih secara tangkap muat, tanpa mengira latar belakang dan fizikal individu sehingga mendatangkan pelbagai masalah kepada pihak sekolah dan ibu bapa. 

Katanya, pemilihan pengawal keselamatan perlu diberi perhatian serius kerana tanggungjawab yang digalas adalah besar membabitkan keselamatan warga sekolah, selain ibu bapa menaruh harapan besar terhadap pengawal sekolah. 

Page 6: Tips Utk Pengawal Keselamatan

“Namun, senario yang berlaku hari ini adalah berbeza kerana mereka yang dipilih dibuat tanpa penelitian terlebih dulu atau mengira faktor penting termasuk umur, fizikal dan kelayakan pendidikan. 

“Mereka yang dipilih bergantung sepenuhnya kepada guru besar dan pengetua sekolah masing-masing. Ada dipilih di kalangan penduduk sekampung hanya kerana mengenali guru di sekolah walaupun umur sudah dikategorikan sebagai warga emas,” katanya kepada Berita Harian. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebanyakan ibu bapa mendakwa sekolah sudah menjadi lokasi tidak selamat untuk anak-anak mereka selepas satu insiden membabitkan murid Tahun Satu dicabul pengawal keselamatan sekolah sendiri di Rawang, baru-baru ini. Mohamad Ali berkata, masalah yang ditimbulkan pengawal keselamatan tidak akan berkesudahan sekiranya satu skim penyelarasan gaji tidak diwujudkan oleh kerajaan seperti yang dilakukan pengawal keselamatan di universiti. 

“Bayangkan, sekurang-kurangnya 7,000 pengawal keselamatan membabitkan sekolah rendah dan menegah di negara ini, pemilihan dan gaji mereka ditentukan sekolah masing-masing tanpa pemantauan Kementerian Pelajaran. 

“Justeru itu, sekiranya skim baru diwujudkan, gaji dan pengambilan akan melalui Kementerian Pelajaran dan mereka yang dipilih semestinya mempunyai kelayakan secukupnya termasuk menempatkan anggota Rela di sekolah,” katanya. 

TIPS MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN YANG CEMERLANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya hendak berperanan sebagai Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan, pasal itu saya mahu memberikan Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang. Bukan apa, ada cerita di sebalik tips yang saya mahu berikan ini. Hendak tahu apa ceritanya, bacalah hingga ke akhir perenggan. Kalau sebut saja pasal pengawal keselamatan, semua orang tahu. Mereka berperanan untuk mengawal keselamatan premis seperti pejabat kerajaan dan swasta, bank, stadium, kawasan pembinaan dan pelbagai lagi. Di kalangan orang-orang biasa ia lebih dikenali sebagai Pak Guard. Namun, pengawal keselamatan ini ada yang kerjanya baik dan ada yang sebaliknya. Tetapi dalam pengalaman saya berurusan atau mengenali pengawal keselamatan, kebanyakannya bermasalah. Baik dari masalah disiplin, moral, personaliti diri dan sebagainya. Jadi di sini saya sebagai pemerhati dan terlibat secara langsung bagi memantau aspek-aspek keselamatan ini ingin memberikan beberapa Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang. 1) Hendaklah selalu berpakaian kemas dan segak.

Page 7: Tips Utk Pengawal Keselamatan

 2) Sentiasa memberikan senyuman kepada pelawat / tetamu. 3) Bertutur dengan tegas tetapi mengekalkan kesopanan dalam pertuturan. 4) Sentiasa menghormati pelawat / tetamu. 5) Tidak tidur semasa dalam bertugas. 6) Kerap melakukan rondaan untuk mengawal keselamatan. 7) Tidak meninggalkan pos kawalan sesuka hati. 8) Sentiasa patuh pada arahan ketua dan kakitangan tempat bertugas. 9) Selalu pastikan keadaan pos kawalan dan persekitarnnya bersih dan teratur. 10) Amalkan sikap memberi salam / hormat kepada pelawat / tetamu dan juga kakitangan tempat bertugas. 11) Melaksanakan segala tugasan di dalam prosedur yang telah ditetapkan. Inilah sebahagian dari tips yang dapat saya berikan. Saya amat pasti, sekiranya mereka mengikut tips yang diberikan insyaallah profesion pengawal keselamatan akan menjadi lebih profesional dan martabat mereka sebagai pengawal keselamatan dapat diangkat tinggi. Agaknya, sebab apakah yang membuatkan saya membuat entry mengenai Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang ini???  Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku pada kakak saya baru-baru ini apabila dia dalam proses menguruskan pertukaran sekolah bagi anak-anaknya. Perkara ini berlaku dalam satu hari di dua buah sekolah yang berbeza tetapi mempunyai pengawal-pengawal keselamatan yang seakan sama perangai mereka. Saya akan cerita satu persatu, dan sila gambarkan situasinya. Sekolah A Kakak dan anaknya pergi ke sebuah sekolah, kemudian dia memasuki ke kawasan sekolah untuk membuat urusan mendaftar anaknya ke sekolah tersebut. Selesai urusan lalu kakak saya keluar. Tiba di pos pengawal keluar seorang pengawal lalu berkata "kau ingat aku ni tunggul ke sesuka hati kau keluar masuk??". Kakak saya yang awalnya memang tidak perasan adanya pengawal keselamatan di situ terus meminta maaf. Namun, permohonan maafnya dibalas dengan kata-kata yang keluar dari mulut pengawal itu,  "sudah.. sudah.. berambus kau semua!!!.   Sekolah B Setelah selesai urusan ke sekolah A, kakak saya membawa pula anaknya seorang lagi ke sekolah B juga untuk urusan perpindahan anaknya ke sekolah itu. Kali ini dia

Page 8: Tips Utk Pengawal Keselamatan

lebih berhati-hati. Dia pergi ke pondok pengawal dan minta kebenaran untuk masuk ke pejabat sekolah. Kali ini pengawal keselamatan memberikan borang untuk diisikan dan menyuruh untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan. Hendak dijadikan cerita, setelah selesai berurusan, kakak saya pula terlupa untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan bagi memulangkan semula borang yang diberikan oleh pengawal keselamatan. Semasa tiba di pos pengawal, pengawal keselamatan tersebut meminta borang yang telah diberikan pada awal tadi. Akibat terlupa, kakak saya menyuruh anaknya untuk ke pejabat semula untuk mendapatkan tandatangan. Namun, pengawal keselamatan itu berkata "dah.. dah.. tak perlu.." lalu meminta borang tersebut dan dikoyakkan di depan mata kakak saya. Saya rasa, yang membaca ini juga berasa marah dengan perbuatan 2 orang pengawal keselamatan ini. Nasib baiklah ia berlaku pada kakak saya, sekiranya saya yang terkena begitu mahunya bertikam lidah juga rasanya atau saya terus laporkan kepada pengurusan sekolah itu.Anda mungkin juga meminati:

PPD Janji Selesai Tunggakan Elaun 62 Pengawal Keselamatan Sekolah

KERIAN - Seramai 62 pegawal keselamatan di 21 sekolah menengah di daerah ini termasuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kerian yang sebelum ini mengalami masalah tunggakan elaun selama dua bulan kini lega apabila diberi jaminan tunggakan itu akan diselesaikan dalam minggu ini.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Noor Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahagian pengaduan awam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa kementerian itu memberikan tempoh seminggu kepada PPD Kerian dan syarikat pengawal keselamatan terlibat untuk menyelesaikan bagi tunggakan elaun yang melebihi RM1,700 setiap kakitangan.

Page 9: Tips Utk Pengawal Keselamatan

Menurutnya, dalam pertemuan dengan pegawai PPD Kerian Jumaat lalu, pihaknya dimaklumkan peruntukan pembayaran invois syarikat sudah diserahkan KPM kepada PPD Kerian untuk disalurkan kepada syarikat berkenaan minggu lalu.

“Pegawai PPD yang hadir menjelaskan seharusnya masalah tunggakan elaun tidak akan berbangkit memandangkan perjanjian asal di antara syarikat pengawal keselamatan dengan KPM adalah mereka harus menggunakan dana sendiri untuk membiayai gaji kakitangan terlebih dahulu sebelum menerima pembayaran tuntutan.

“Bagaimanapun, pihak syarikat enggan mendahulukan wang syarikat dan saya berharap peruntukan yang disalurkan PPD bagi setiap tiga bulan sekali akan menyelesaikan masalah kami,” katanya. Mohd Noor berkata, pihaknya akan menunggu pembayaran tunggakan sehingga 13 Julai ini dan jika masih tiada pembayaran dibuat, satu tindakan susulan akan dibuat.

Minda: Perinci tugas pengawal

 0  0 Google +0  0  0Cetak

Oleh Sufian Thauri Muhammed

SETIAP ibu bapa pasti menitikberatkan keselamatan anak mereka. Hanya ibu bapa tidak waras tidak mementingkan keselamatan anak.

Namun, untuk mengawasi anak 24 jam sehari tidak mampu dilakukan ibu bapa kerana mereka perlu bekerja sementara anak pula bersekolah manakala yang masih bayi diletakkan di pusat jagaan kanak-kanak.

Sepanjang ketiadaan ibu bapa, pihak sekolah dan pusat jagaan yang memikul tanggungjawab memastikan keselamatan mereka terjamin bukan saja mengelak daripada terbabit dalam kemalangan, pergaduhan, dibuli tetapi apa yang lebih penting menjauhkan anak di bawah umur ini daripada menjadi mangsa penculikan.

Kita biasa mendengar keluhan ibu bapa yang kecewa dengan tahap keselamatan disediakan sekolah atau pusat jagaan, termasuk dalam aspek berhubung dengan orang tidak dikenali.

Seorang kenalan penulis pernah berdepan saat mencemaskan apabila dua anaknya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali di dalam kawasan sekolah yang mengajak kanak-kanak terbabit masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun untuk membonceng motosikalnya dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Selangor baru-baru ini.

Modus operandi suspek mudah apabila hanya perlu memperdayakan pengawal keselamatan dengan wajah selamba serta penuh yakin apabila menyatakan dia mempunyai anak di sekolah berkenaan dan datang untuk membawanya pulang.

Pengawal keselamatan membenarkan suspek masuk ke dalam kawasan sekolah sebelum menghampiri mangsa untuk dipelawa bersiar-siar dengan menaiki

Page 10: Tips Utk Pengawal Keselamatan

motosikal ditunggangnya.

Mujur dua kanak-kanak itu bijak dan sudah diberikan ingatan oleh ibu mereka supaya tidak mengikut orang tidak dikenali.

Dua beradik itu yang ketakutan saling berpandangan antara satu sama lain sebelum melarikan diri ke bilik guru untuk memaklumkan kejadian tetapi usaha mengesan suspek gagal apabila dia didapati sudah meninggalkan kawasan sekolah.

Seorang rakan penulis pula naik angin dengan kecuaian guru dan pengawal keselamatan bertugas apabila anaknya pulang ke rumah dengan dihantar individu tidak dikenali selepas tiga jam dia mendaftar anaknya di Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Selangor, Januari lalu.

Tidak dinafikan bahawa pada hari pertama persekolahan, guru sibuk menguruskan kehadiran pelajar baru tetapi itu bukan alasan buat pihak sekolah mengabaikan keselamatan pelajar sehingga ada yang boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa disedari.

Mujur kira-kira 500 meter selepas meninggalkan sekolahnya, anak rakan penulis itu terserempak dengan individu yang baik hati dan menghantarnya pulang ke rumah.

Bayangkan jika dia mengikut penjenayah, entah bagaimana nasibnya. Sedangkan kalau anak hilang sekejap di pasar raya pun sudah panik, apatah lagi jika mereka hilang buat selamanya.

Mengulas mengenai masalah keselamatan yang longgar di sekolah, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, pengurusan sekolah sepatutnya menyediakan garis panduan mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan syarikat keselamatan.

“Sebelum mengupah syarikat keselamatan, pihak sekolah terlebih dahulu perlu berbincang dengan syarikat itu mengenai skop tugasan mereka.

“Tugas pengawal keselamatan bukan setakat buka dan tutup pintu pagar sekolah saja. Setiap pengawal keselamatan perlu tahu tugas mereka dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, sekolah perlu bijak dalam memilih syarikat keselamatan bagi mendapatkan perkhidmatan berkualiti.

Dalam hal ini, katanya, syarikat keselamatan terbabit juga mesti memastikan pekerja diberikan latihan mencukupi bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan sempurna.

“Saya sarankan supaya pihak sekolah berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mengetahui keperluan mereka sebelum mengupah mana-mana syarikat keselamatan.

“Dengan cara ini, sekolah dapat memberikan skop tugasan yang lebih terperinci

Page 11: Tips Utk Pengawal Keselamatan

kepada pengawal keselamatan terbabit,” katanya.

Jamshah berkata, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga adalah idea yang baik dalam meningkatkan tahap keselamatan di sekolah tetapi fungsi alat itu tidak lebih daripada merakamkan kejadian saja.

“Pemasangan CCTV satu idea yang bagus tetapi ia sekadar merakam apa yang berlaku.

“Polis juga ada membuat rondaan tetapi ia tidak dapat dilakukan di setiap sekolah dengan menyeluruh kerana kami turut mempunyai tugasan lain selain beberapa kekangan termasuk anggota dan logistik yang terhad.

“Justeru peranan pengawal keselamatan di sekolah amat penting dan mereka boleh melaporkan kepada polis dengan segera jika ternampak perkara mencurigakan bagi menghalang jenayah berlaku,” katanya.

Menurutnya, polis sudah lama melaksanakan konsep pegawai perhubungan untuk sekolah bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara sekolah dan polis secara lebih efisyen dalam usaha mencegah jenayah berlaku di sekolah dan kepada warganya.

Menerusi program berkenaan, seorang pegawai polis akan ditugaskan menjadi pegawai perhubungan untuk satu hingga tiga sekolah di kawasan pentadbiran mereka.

“Antara tugas pegawai terbabit ialah memberikan nasihat kepada pengurusan sekolah mengenai cara menangani pelajar bermasalah selain panduan menjaga keselamatan pelajar dan harta benda sekolah,” katanya.

Jamshah berkata, polis juga sedia memenuhi permintaan sekolah untuk memberikan ceramah keselamatan kepada pelajar jika diperlukan.

“Polis sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan mengadakan mesyuarat berjadual dua kali setahun untuk membincangkan masalah keselamatan pelajar,” katanya.

Anak adalah permata berharga bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan selamat biar apa jua keadaan.

Tetapi bila anak di sekolah, menjadi tanggungjawab sekolah pula memikul tugas berkenaan dengan memastikan sistem keselamatan yang mereka praktikkan mampu melaksanakan amanah itu dengan berkesan.

Koordinasi baik antara pengurusan sekolah, syarikat keselamatan dan polis mampu mengelak pelajar daripada menjadi mangsa jenayah.

Page 12: Tips Utk Pengawal Keselamatan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar oleh Norul Awatif Romli dalam akhbar Harian Metro bertarikh 14 Jun 2012 – Sekolah tiada pengawal. Akhbar ini telah melaporkan bahawa ibu bapa serta Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soo Jin Kapar, Klang telah berhimpun secara aman kerana ketiadaan pengawal di sekolah berkenaan. Hasil semakan dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Selangor mendapati pengawal keselamatan yang terlibat merupakan pengawal keselamatan daripada syarikat yang telah dilantik untuk melaksanakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bagi Premis Sekolah / Institusi Pendidikan di bawah JPN Selangor bagi daerah Klang Zon F yang melibatkan 11 buah sekolah bagi tempoh 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2013. Sehubungan itu, perkara ini telah diangkat untuk pertimbangan pihak berkaitan bagi tujuan penamatan kontrak dan mendapatkan perkhidmatan daripada pihak  ketiga bagi menjalankan perkhidmatan berkenaan di sekolah yang terlibat sehingga masalah ini selesai.   UNIT KOMUNIKASI KORPORATKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BISNIS KAWALAN KESELAMATAN MENGUNTUNGKAN

Page 13: Tips Utk Pengawal Keselamatan

MUNGKIN orang anggap bidang kawalan keselamatan ini hanya hal remeh dan biasa. Orang tak pandang pada bidang ini kerana ia dianggap tidak ada masa depan. Cuba perhatikan nama-nama besar dalam industri kawalan keselamatan ini.Paparan ini bukanlah gambaran sebenar kerana bahan ini hanya bersumber dari temu-bual biasa dengan para pengawal keselamatan yang pernah saya temui.Ketika gaji yang pengawal keselamatan biasa dapat begitu rendah, orang memandang sebelah mata kepada kerja ini. Jangan anggap begitu, boleh dikatakan ramai juga orang kerja pengawal keselamatan biarpun sekali seumur hidup. Ia dilakukan ketika menghadapi masalah ekonomi, sumber pendapatan tidak mencukupi, atau ingin menambah sedikit lagi.Seorang teman yang bekerja di UPM sanggup bersengkang mata jadi pengawal keselamatan di sebuah kilang di Balakong kerana ingin menambah pendapatan yang ada. Bukan dia seorang, ada yang menjadi pemandu teksi dan pada masa yang sama jadi pengawal keselamatan. Ada yang siang kerja, malam pun kerja, anda boleh bayangkan bagaimana ketahanan diri orang ini.Saya tidak mengorek berapa pendapatan seorang pengawal keselamatan, sebab bidang ini ada banyak tugasan  yang memerlukan skill berbeza dan gaji yang ditawarkan juga lebih tinggi. Seorang pengawal biasa tidak serupa dengan mereka yang pegang senjata.

PINJAMANBiasanya, seorang pengawal keselamatan biasa [tahap paling minima] kena bertugas di sesi malam atau siang. Masa bertugas 12 jam. Kalau masuk 7.00 pagi, tamat tugas 7.00 malam. Esok pagi-pagi sebelum subuh kena bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Begitu juga ada yang masuk jam 8.00 pagi tamat 8.00 malam. Masuk jam 10.00 malam keluar 10.00 pagi esoknya.Bagi pengawal baru bertugas yang tidak ada duit belanja, mereka diberi wang pinjaman setiap hari. Misalnya, jika Mamat mula bekerja tak berduit, dia diberi pinjaman setiap hari RM10. Dia kena berjimat. Wang itulah untuk tambang bas dan untuk makan minum.Biasanya wang pinjaman diberi pada setiap 20hb setiap bulan bertugas. Sejak mula bertugas dari tarikh 1hb. hingga 20hb. bermakna sudah RM200 diberikan kepada pengawal ini. Ketika itu dia juga mendapat RM200 paling kurang atau lebih, mengikut skema gaji syarakat kawalan tertentu. Jika gaji dikira mengikut kadar gaji baru, maka pengawal itu mendapat lebih lagi.Tanpa disedari pengawal biasa tadi, gaji sebenarnya sudah ditolak RM400. Dan dia mulai selesa bekerja dengan wang saku yang lebih. Setelah mendapat pinjaman RM200 dia tidak perlu pinjaman harian lagi sehinggalah ke akhir bulan.

TAK CUKUP MAKAN DAN REHATAda syarikat tepat pada akhir bulan serahkan gaji kepada pekerja. Tetapi kebanyakan masih ikut stail lama, gaji diserahkan pada 7hb. begitulah seterusnya. Sementara menunggu ke tarikh itu, bermula dari 20 hb. tadi hingga 7hb. ada berapa hari?  Ada 18 hari bekerja untuk menunggu waktu gaji. Bermakna kena berjimat, jangan merokok dan jangan beli makanan mewah. Makan biasa-biasa sahaja. Tidak hairan ada pengawal gemar makan mi segera setiap hari atau roti canai sahaja. 18 hari bermakna memerlukan RM180 sahaja. Ada baki RM20 atau lebih jika pandai berjimat.Pada hari gaji pula berapa dia boleh dapat? Jika gaji masih di takuk lama misalnya RM1000 sahaja sebulan. Maka setelah ditolak wang pinjaman dan pendahuluan, dia

Page 14: Tips Utk Pengawal Keselamatan

hanya dapat RM600 gaji bersih. Bayangkanlah, dengan wang sebanyak ini nak digunakan untuk bayar ansuran motosikal [jika ada], sewa rumah [atau bilik atau tak sewa  kerana duduk asrama], berapa yang tinggal dengan income yang ciput ini?Jika ikut skim gaji baru, pinjaman harian ditambah lagi, ada yang RM15 sehari. Pinjaman RM400 atau lebih. Boleh dikira berapa yang dia dapat pada hari gaji 7hb nanti.Kenapa menunggu hingga 7hb? Ia ada kaitan dengan kutipan pembayaran, cek-cek perlu penjelasan dari bank-bank. Dan perlu diselaraskan dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi [mereka digalakkan buka akaun bank mengikut kehendak syarikat].Kisah yang kerap saya dengar ialah gaji belum dibayar sehingga 7hb. pun, bahkan terlajak hingga 10 hb. Bayangkanlah. Kesukaran hidup pengawal keselamatan kategori biasa [bukan elit, bukan tugasan dengan skill tertentu] tidak dipedulikan pihak atasan.Mungkin pihak penguasa menganggap dengan adanya kedai rakyat, klinik rakyat, restoran rakyat, ikan rakyat, dan semua yang rakyat itu akan menyelesaikan masalah rakyat. Golongan pengawal keselamatan ini memang tergolong miskin. Bayangkan, orang bercakap tentang kemiskinan yang pendapatan seisi keluarga kurang RM3000 sebulan. Pengawal keselamatan ini di bawah kategori apa?

JIKA RAKAN KERJA PONTENGRungutan pengawal keselamatan biasa terdengar di mana-mana. Gaji rendah. Kerja tidak menentu. Maksudnya, dia yang sepatutnya kerja dari jam 7.00 pagi dan keluar 7.00 malam, masih tidak dapat tinggalkan tempat itu kerana pengawal petugas tidak hadir atau ponteng.Akibatnya, pengawal yang tersangkut ini diminta oleh pegawainya agar sambung tugas, bermakna dia akan bertugas 12 jam. Keinginan untuk rehat, tidur dan mandi sudah terbantut. Itu belum lagi bab solat dan ibadah lainnya.Perkara yang paling dibenci pengawal keselamatan adalah apabila diminta sambung tugas. Apabila anda sudah bertugas waktu siang 12 jam dan diminta sambung 12 jam lagi, esoknya pula siapa nak bertugas? Bukankah anda juga petugas yang sepatutnya? Maka dengan berat hati, dengan keadaan uniform yang itu juga dipakai, seluar itu, dan maaf, seluar dalam itu juga, dia kena sambung 12 jam lagi. Dia kena bertugas 36 jam berterusan.Seandainya dia bertugas di tempat yang berisiko bagaimana? Begitu juga mereka yang bertugas waktu malam. Dia mula bertugas jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Petugas sesi pagi tidak dapat datang, jadi dia terpaksa sambung tugas sesi siang pula untuk 12 jam lagi. Dan sesi malam nanti memang dia punya, maka dia kena sambung sampai pagi esoknya setelah 36 jam baharulah dapat rehat.Inilah rutin yang dilakukan oleh pengawal keselamatan biasa.

SYARIKAT DAPAT LEBIH Bisnis kawalan keselamatan sebenarnya menguntungkan. Syarikat besar, baik yang mempunyai pejabat, kilang, bangunan dan sebagainya memerlukan kawalan keselamatan 24 jam.Contoh:SEBUAH SYARIKAT LOGISTIK SYARIKAT PENGANGKUTANPengawal diperlukan 5 orang - 2 siang dan 3 malam.2 pengawal x 12 jam x 31 hari x RM3.80/jam =RM 2827.203 pengawal x 12 jam x 31 hari x RM3.80/jam =RM 4240.80 = RM 7068.005% cukai perkhidmatan dikenakan [mungkin lebih sekarang]  =  RM  353.40

Page 15: Tips Utk Pengawal Keselamatan

JUMLAH PERLU DIBAYAR KEPADA SYARIKATKAWALAN KESELAMATAN                                            =  RM 7421.40

Berdasarkan kiraan tersebut [saya kutip dari kiraan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang memberi gaji bulanan RM850 sebulan, bandingkan berapa syarikat kawalan dapat dan berapa yang syarikat pengangkutan itu bayar setiap bulan. Bandingkan berapa yang pengawal kecil itu dapat?]Lagi besar sesebuah syarikat atau premis yang hendak dikawal, maka makin banyaklah bayarannya setiap bulan. Pada masa sekarang, khabarnya gaji pengawal sudah dinaikkan, sebenarnya tidak semua. Hanya syarikat yang dapat tender dengan pihak kerajaan sahaja yang dikawalselia pembayaran gaji mereka. Contohnya, pejabat kerajaan, sekolah dan institusi pengajian tinggi, hospital, klinik dan sebagainya.Tidak dapat dibayangkan bagaimana syarikat pengawal keselamatan sanggup beri gaji RM850 sebulan sedangkan mengikut kiraan di atas tadi, dia berharga RM1413.60. Pihak syarikat mengaut lebih RM500 dari seorang pengawal. Kalau 5 orang, sudah RM2500. Bagaimana syarikat kawalan keselamatan tidak kaya?

KILANG TUTUPBisnis kawalan keselamatan tidak kisah kalau kilang tutup. Bahkan ada kilang tutup yang memerlukan ia dikawal lagi 24 jam. Begitu juga bangunan yang berharga. Walaupun hanya bangunan kosong, ia tetap dikawal, paling tidak seorang pengawal. Bidang kawalan keselamatan memang berdaya maju, semakin banyak bangunan didirikan, villa, kondo, apartment, semuanya memerlukan kawalan keselamatan.Bidang ini tidak glamor. Akan tetapi di masa sekarang skima gaji pengawal bolehlah dianggap selesa sikit, hanya kedegilan sesetengah syarikat nak untung lebih.Seperti kiraan tadi [berdasarkan tahun 2007] gaji pengawal masih di tahap yang menyedihkan. Akan tetapi mereka ditugaskan untuk menjaga harta yang banyak, berjuta, berbilion, mahu dilihat segak, tampan, sentiasa waspada, sedangkan mereka makan makanan yang tak bergizi kerana gaji kecil, atau setahu saya pengawal dari Nepal banyak yang makan mi segera sahaja, budak dari Sabah pula makan nasi berlaukkan mi segera. Puncanya gaji tidak cukup. []Posted by misnona   at 18:52

Cerita Si Pengawal Keselamatan

saya bekerja di sini sudah lebih dari lima tahun.. sesudah pencen, saya banyak menghabiskan masa di rumah.. namun dalam beberapa bulan, saya merasa sungguh bosan.. jadi saya memilih untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini.. saya mempunyai beberapa orang anak.. mereka sudah pun dewasa dan ada juga yang telah berumahtangga.. sejak kematian isteri tercinta pada tahun 2008, saya tiada sesiapa lagi kecuali anak perempuan saya, dan pelajar-pelajar di sekolah ini.. di rumah, anak perempuan saya yang bertanggungjawab menjaga saya.. dan di tempat kerja pula, saya menganggap pelajar di sekolah ini seperti 'anak-anak' saya..

dahulu hati saya keras seperti batu.. bila usia menjangkau senja, ia sudah menjadi gering dan mudah tersentuh.. siapa tidak kecewa dan berasa kecil hati apabila

Page 16: Tips Utk Pengawal Keselamatan

'anak-anak' di sekolah ini menganggap saya seperti 'sampah'?! saya orang tua, dan sepatutnya saya perlu dihormati.. bukannya dicaci maki..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

saya tidak menyangka remaja kini semakin bermasalah.. kalau di zaman saya dahulu, sekolah antara satu tempat mulia selepas masjid dan surau.. guru pula antara golongan yang perlu dihormati dan ditakuti selepas imam dan guru mengaji.. kini tidak lagi.. semua sudah berubah.. jika guru-guru pun langsung tidak dihormati apatah lagi saya.. lelaki tua yang hanya seorang pengawal keselamatan.. tugas yang hanya mengawasi keluar masuk manusia dari kawasan sekolah ini.. gaji pula tidaklah setanding guru yang mengajar di sini..

pernah pada tahun 2008, saya menangkap pasangan pelajar lelaki dan perempuan sedang berkhalwat di blok lama sekolah ini.. seperti pasangan 'beruk'! saya memarahi mereka.. saya meminta kad pengenalan mereka berdua, namun saya pula dimarahi dan dimaki.. sudahlah diherdik, saya juga dimarahi oleh kedua ibubapa pelajar tersebut selepas mereka dipanggil oleh pengetua sekolah.. kata mereka, saya tiada hak untuk mencampuri urusan keluarga mereka.. saya begitu kecewa dengan alasan yang diberi oleh kedua ibubapa mereka.. tiada maruahkah mereka? jika dipandang dari sudut agama, berkhalwat adalah haram.. tapi ibubapa pula seolah-olah tidak mengambil berat tentang hal itu dan langsung tidak merasa bimbang akan masa depan anak-anak mereka..

(sekadar gambar hiasan)

pada tahun yang sama, sekolah ini gempar dengan kematian seorang pelajar lelaki di Pahang.. pelajar tersebut adalah pelajar sekolah ini.. apa punca dan tujuan pelajar itu lari saya sendiri pun tidak tahu.. apa yang saya dengar dari mulut cikgu di sini, budak lelaki itu lari dari asrama pada waktu malam dengan melompat pagar belakang sekolah.. dia lari mengikuti kawan sekampungnya.. akhirnya, pihak sekolah mendapat berita kematian pelajar tersebut pada keesokkan harinya.. setelah disiasat, pelajar tersebut pergi berkelah tanpa kebenaran guru di suatu tempat terkenal di Pahang..

bukan itu sahaja malah ada yang lebih teruk lagi.. ini berlaku kepada pelajar perempuan pula.. ibubapa pelajar tersebut datang ke sekolah menangis dan meraung seperti dirasuk jembalang.. awalnya, saya dipanggil oleh pengetua untuk ke bilik disiplin.. sebaik tibanya di sana, saya lihat bapa budak itu mengamuk dan menengking dengan kuatnya.. ibunya pula tidak henti-henti menangis.. pengetua membisikkan sesuatu ke telinga saya.. alangkah terkejutnya saya, sehinggakan jantung saya berdegup kencang.. rupa-rupanya pelajar perempuan tersebut ditangkap oleh Jabatan Agama Islam di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana berzina! saya istighfar dan mengucap panjang.. saya memandang ke arah kedua ibu bapa pelajar perempuan tersebut.. terpampang jelas kekecewaan pada raut wajah bapa si pelajar perempuan tersebut.. terdetik dihati saya, alangkah berdosanya seorang anak membuatkan ibu bapa menitiskan air mata dan memutuskan harapan mereka.. betapa besar harapan ibu bapa yang menggunung, dan akhirnya berkecai dengan perbuatan anak yang tak tahu mengenang budi dan pengorbanan ibu bapa..

Page 17: Tips Utk Pengawal Keselamatan

beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu bahawa pelajar perempuan tersebut akhirnya dibuang sekolah..

remaja tiada adab? (sekadar gambar hiasan)

apa yang menyedihkan saya, ada remaja sekolah yang biadab.. tidak tahu menghormati orang yang lebih tua.. baru-baru ini, peperiksaan sedang dijalankan di sekolah ini.. saya difahamkan jadual peperiksaan akan habis lebih awal dari jadual kelas harian biasa.. namun saya mendapat arahan agar tidak membenarkan pelajar sekolah pulang awal dari waktu pulang pada hari persekolahan biasa..

pada suatu hari, saya pandang dari jauh.. saya dapati seorang pelajar lelaki berjalan laju ke arah tempat letak motosikal.. dia menghidupkan enjin motosikalnya dan meluru untuk keluar.. saya cuba untuk menahannya.. dia berhenti betul-betul di hadapan saya.. saya melarangnya dan menyatakan padanya bahawa bukan masanya lagi untuk dia pulang ke rumah.. saya menasihati agar dia masuk ke kelas semula, namun budak itu berdegil mahu pulang juga.. saya menggelengkan kepala tanda menyatakan tidak boleh.. tetapi saya diugut oleh pelajar lelaki tersebut.. dia nekad mahu melanggar saya jika saya cuba menghalangnya.. apa boleh saya buat.. saya membiarkan saja dia pergi.. beberapa ketika, saya merasa panas di pipi.. tanpa saya sedar, air mata saya mengalir..

kes gaduh sudah menjadi trend di sekolah (sekadar gambar hiasan)

sebenarnya, banyak lagi kes yang saya hadapi.. kes gaduh, tangkap khalwat, peras ugut, melawan guru, cabul pelajar perempuan, vandalisma, tak perlu saya cakapkan lagi.. kes ini setiap tahun ada.. malah menurut laporan sekolah, ia semakin meningkat.. cuma pihak sekolah hanya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.. saya begitu kecewa bila ada ibu bapa yang hanya tahu menghantar anaknya ke sekolah, tanpa mengambil tahu perkembangan anak-anaknya di sekolah..

saya tidak salahkan guru atau sekolah dalam hal masalah remaja sekolah ini.. dari pengalaman dan pemerhatian saya, ibu bapalah yang patut dipersalahkan.. kalau tidak dari sikap sambil lewa ibu bapa, masakan masalah remaja sekolah berlaku dan semakin meningkat? ibu bapa sepatutnya perlulah memberi perhatian yang lebih, tidak kiralah samada anak lelaki mahupun anak perempuan.. tidak bermakna umur mereka meningkat dan dewasa (kononnya) mereka patut 'dilepaskan' dan bebas untuk berfikir dan berdikari.. memang benar mereka patut berdikari tetapi biarlah ada had-had dan batas-batasnya selari dengan pemerhatian ibu bapa.. bukannya seperti melepas lembu dari kandang.. sepatutnya sewaktu mereka di peringkat usia remaja inilah kita sebagai ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih berbanding mereka di usia kanak-kanak..

'saya' yang dimaksudkan dari cerita di atas adalah hasil perbualan aku dengan salah seorang pengawal keselamatan yang bertaraf pakcik semasa aku sampai ke sekolah menengah teknik daerah kelahiran aku.. pada masa itu aku menjemput adik aku untuk pulang dari sekolah.. kebetulan aku sampai awal di sekolah tersebut.. maka, aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan pakcik tersebut dahulu

Page 18: Tips Utk Pengawal Keselamatan

sementara menunggu adik aku balik.. maaf, aku terlupa ingin bertanya nama pakcik tersebut.. semua cerita di atas adalah BENAR yang keluar dari mulut pakcik itu sendiri.. sebenarnya banyak lagi yang diceritakan oleh pakcik itu, tapi aku dah lenguh nak menaip.. dan aku rasakan macam common saja yang lain-lainnya..