kesihatan sept 2014.docx

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NAMA : WAHIDAH BINTI ABU BAKAR SIDEK NO.MATRIK : 670702715004001 NO KAD PENGENALAN : 670702-71-500 NO TELEFON : 012 2592840 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

Upload: farah-wahida

Post on 02-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA : WAHIDAH BINTI ABU BAKAR SIDEK NO.MATRIK : 670702715004001 NO KAD PENGENALAN : 670702-71-500 NO TELEFON : 012 2592840 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

KANDUNGAN

BILISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0PENDAHULUAN

2.0CERAMAH

3.0

4.0

1.0 PENDAHULUANRancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah dimulakan sejak tahun 1967.Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan,dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit.Pada tahun 1996 pula ,Kementerian kesihatan Malaysia (KKM ) dengan kerjasama dengan kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek Health Promoting School (HPS) di enam buah negeri iaitu Selangor, Sarawak,Johor,Kedah , Melaka dan Terengganu.persidangan HPS bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS diberi nafas baru.Dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).Tujuan PBSS ialah untuk menyepadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) berdasarkan beberapa rasional Berdasarkan pernyataan di atas,PBSS perlulah dirancang, dilaksanakan dan dinilai disetiap sekolah .Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat,berkualiti dan produktifKebersihan dan keselamatan merupakan satu amalan utama dalam kehidupan seharian.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian utama kepada tahap kebersihan dan keselamatan di sekolah.Walaupun kebanyakan sekolah sentiasa berusaha meningkatkan amalan kebersihan dan keselamatan dari semasa ke semasa,keberkesanannya masih boleh dipertingkatkan.Persekitaran sekolah yang bersih dan keselamatan yang terjamin boleh memberansangkan suasana pembelajaran yang berkesan.Oleh itu pihak sekolah harus memberi penekanan berat dalam menghadapi maslaah kebersihan dan keselamatan yang meliputi bilik darjah,tandas,kantin,bilik khas,padang, kawasan fizikal sekolah dan semua kawasan sekolah.

2.0 TEKS CERAMAHYang dihormatiTuan Pengerusi Majlis,Guru Besar En Muhammad Aziz b Abdul Rahman,guru-guru Penolong Kanan,guru-guru,para ibubapa dan murid murid.Salam sejahtera saya ucapkan.Pada pagi ini ,sempena program Sekolahku Syurgaku ingin saya berkongsi maklumat tentang Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan SekolahPertamanya,ingin saya memberikan takrifan tentang kebersihan dan keselamatan.Seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Pengurusan 3K (Kebersihan,Kesihatan dan Keselamatan) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebersihan membawa maksud Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih,indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.Manakala,Keselamatan pula ialah- Suasana yang selamat sama ada di dalam atau diluar sekolah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunansahsiah diri.Oleh iu, sempena program Sekolahku Syurgaku peranan institusi sekolah amat luas dan komples.Berdasarkan fizikal sekolah yang berbeza beza kita perlu memikirkan aspek 3K yang termasuklah kebersihan dan keselamatan untuk keselesaan warga sekolah ini.Hasil kajian sarjana pendidikan juga telah menunjukkan bahawa kecemerlangan akademik dan sahsiah murid mempunyai korelasi yang tinggi dengan tahap kebersihan dan keselamatan di sekolah.Kita memerlukan sokongan yang padubukan sahaja daripada kalangan ibu bapa,malah juga pihak NGO dan badan badan kesihatan .Secara logiknya ,kebersihan dan keselamatan adalah merupakan satu tuntutan yang perlu dilaksanakan.Kita akan dianggap khilaf jika membiarkan pelbagai masalah misalnya kantin yang kotor,tandas sekolah yang rosak dan tidak selamat digunakan,isu murid dan guru ditimpa kemalangan di sekolah atau fizikal sekolah tidak selamatSehubungan dengan itu,amalan kebersihan dan keselamatan perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa.Segala urusan kearah itu hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur.Kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, Majlis daerah,polis, pihak bomba ,Alam Flora dan badan badan swasta diharap dapat mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai istitusi yang bersih,indah dan selamat.Menyedari akan cabaran ini ,apakah yang perlu kita lakukan? Dalam mempromosikan sekolah yang sihat dan selamat ini,Amalan kebersihan perlulah dipupuk dan disemai dari awal ,iaitu di rumah.Peranan ibu bapa membimbing dan menerangkan kepada anak anak betapa perlunya amalan kebersihan itu dijadikan amalan harian.Seterusnya pengukuhan dan pengembangan amalan ini di sekolah.Pihak sekolah perlu menentukan program pembangunan kebersihan murid dan persekitaran fizikal sekolah dilaksanakan.Pihak sekolah perlu menyelaras aktiviti aktiviti program kebersihan sekolah dengan pelbagaiagensi yang berkaitan.Antara program program kebersihan yang akan dilaksanakan ialah program kebesihan diri ,kebersihan Fzizikal Sekolah, program Kebersihan Persekitaran termasuklah program bebas denggi dan program Penghayatan Kebersihan yang menganjurkan pelbagai pertandingan seperti melukis,mearna ,pidato dan pemeran yang bertemakan kebersihan.Disamping itu,perlulah juga kita membina perlakuan amalan kebrsihan sebagai budaya hidup yang berterusan dan diamalkan sepanjang hayat.Kesediaan bekerja sebagaisatu pasukan dan meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah juga amat perlu untuk mencapaimatlamat amalan kebersihan di sekolah.Sebagai setiausaha 3K sekolah ini,kami bertanggung jawab merancang Pelan Tindakan Program Pembangunan Kesihatan murid untuk menyelaras dan melaksanakan program program kebersihan.Pihak sekolah juga akan membuat pemantauan dan menyediakan laporan tahunan berkala serta meningkatkan kerjasama dengan agensi agensi yang berkaitan.Perubahan dalam iklim pendidikan muthakir ni telah mewjudkan keperluan mengenalpasti kaedah,strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid