minggu 2 18 sept

48
TEORI DAN OBJEKTIF SAINS SUKAN DAN PJPK MINGGU 2

Upload: colleges

Post on 12-Apr-2017

279 views

Category:

Sports


1 download

TRANSCRIPT

TEORI DAN OBJEKTIF SAINS SUKAN DAN PJPK

MINGGU 2

HASIL PEMBELAJARAN• Menganalisis sebab musabab penglibatan

individu dalam aktiviti fizikal dari aspek fizikal, mental, emosi dan fisiologi.

• Menghuraikan kesan aktiviti fizikal ke atas kestabilan dan kesejahteraan diri.

• Menyatakan contoh aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian bagi memenuhi hierarki keperluan hidup.

• Menghuraikan hubungkait objektif pendidikan jasmani dan kesihatan dengan keperluan dasar pendidikan.

TUJUAN TEORI

• untuk memberi penjelasan secara sistematik mengenai pemerhatian yang dibuat terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran.

• Menganalisis kepercayaan individu dan juga pendekatan sikap dan tingkah laku individu terhadap penglibatan dalam sukan dan aktiviti fizikal.

• kajian di Amerika Syarikat menunjukkan terdapat 58% golongan yang kurang aktif, 10-25% mengalami kemurungan dan kebimbangan.

• 50% daripada individu yang melibatkan diri dalam program latihan kecergasan fizikal dan kesihatan menarik diri dalam jangka masa 6 bulan pertama (LaFontaine et al., 1992).

• Apakah faktor yang mendorong tingkah laku aktiviti fizikal dan mempengaruhi tahap kesungguhan dan komitmen individu untuk terus untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

PENDEKATAN TEORI

1. Teori latihan fizikal ke atas kestabilan psikologi

2. Teori dorongan ke atas penglibatan aktiviti fizikal

TEORI LATIHAN FIZIKAL KE ATAS KESTABILAN PSIKOLOGI

• Teori Kognitif Tingkah Laku• Teori Interaksi Sosial • Teori Distraction • Teori Asid Amino • Teori Endorphin

TEORI KOGNITIF TINGKAH LAKU• Pada dasarnya, latihan menggalakkan pemikiran

dan perasaan positif yang boleh mengatasi emosi negatif seperti kemurungan, kebimbangan dan kekeliruan (North et al., 1990; Simon, Epstein, McGowan, Kupfer & Robertson, 1985).

• Berdasarkan teori self-efficacy (Bandura, 1997), apabila seseorang telah mahir dalam sesuatu kemahiran yang dianggap susah setelah menjalani latihan yang berulang kali, akan meningkatkan lagi self-efficacy individu tersebut.

• Bagi golongan sedentari, latihan fizikal dianggap susah dan menyusahkan. Tetapi jika didedahkan dengan lebih kerap, mereka akan merasakan kebaikannya dan secara tidak langsung merasakan diri lebih sempurna.

TEORI INTERAKSI SOSIAL

• Interaksi sosial dalam Sukan Dan Pendidikan Jasmani berlaku apabila individu melakukan aktiviti fizikal bersama rakan sebaya sama ada dalam kelompok yang kecil atau besar.

• Proses sosialisasi begini secara tidak langsung meningkatkan keseronokan dan memberi kesan positif terhadap kesihatan mental (North et al., 1990).

Teori Distraction

• Latihan fizikal memberi peluang kepada individu untuk lari daripada kebimbangan dan kekecewaan.

• Bahrke & Morgan (1978) mendapati, kaedah meditasi dan rehat secara senyap dalam jumlah dos yang sedikit memberi kesan efektif yang hampir sama dengan kesan yang diperoleh melalui aktiviti fizikal dalam mengurangkan kebimbangan.

• Walau bagaimanapun, North et al. (1990) mendapati latihan fizikal yang kronik adalah rawatan yang lebih kuat dan berkesan bagi mengurangkan emosi negatif berbanding kaedah relaksasi.

• Walau bagaimanapun teori distraction menegaskan bahawa pengurangan simptom stres dan kemurungan akibat penglibatan dalam aktiviti fizikal adalah bersifat sementara sahaja.

TEORI ASID AMINO• Semasa melakukan aktiviti fizikal, peningkatan

agihan bahan-bahan kimia melalui neurotransmitter dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mental.

• Neurotransmitter bertindak menghantar signal dari saraf ke saraf, dan dari saraf ke otot.

• Kajian menunjukkan individu yang murung mengalami pengurangan agihan pelbagai asid amino seperti norepinephrine, serotonin dan dopomine (Morgan, 1985)

TEORI ENDORPHIN

• Aktiviti fizikal juga dikaitkan dengan penghasilan bahan-bahan kimia daripada otak yang mempunyai kesan “morfin” ke atas atlet seperti membantu dalam pengurangan kesakitan atau euphoria.

TEORI DORONGAN KE ATAS PENGLIBATAN AKTIVITI FIZIKAL

• Teori Pengekalan dalam aktiviti fizikal dan faktor penentunya

• Teori Reasoned Action and Planned Behavior • Teori Transtheoretical • Teori Sosial Kognitif • Teori kebimbangan sosio-fizikal, konsep

kendiri fizikal dan imej badan• Health Belief Model (HBM) • Teori Cognitive Dissonance • Teori Humanistik

TEORI PENGEKALAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN FAKTOR PENENTUNYA

• Terdapat empat fasa yang menentukan sejauh mana individu akan terus melibatkan diri dalam aktiviti fizikal iaitu:– fasa sedentari– fasa penglibatan– fasa berterusan atau menarik diri– fasa penyambungan semula.

SEDENTARY ADOPTION

Maintenance

(adherence)

Dropout

RESUMPTION

Phase 1 Phase 2 Phase 3 Phase 4

Transition 1 Transition 2 Transition 3

TIME

SEDENTARI AKTIF

• Banyak faktor yang mendorong individu untuk bergerak secara aktif dalam aktiviti latihan fizikal.

• Kajian menunjukkan ciri-ciri individu yang suka melibatkan diri dalam aktiviti latihan fizikal:

– Keyakinan bahawa mereka boleh berjaya dalam program latihan yang diikuti (exercise self efficacy)

– Mempunyai pengetahuan tentang gaya hidup sihat.

– Mempunyai pengetahuan tentang kepentingan serta nilai sesuatu latihan yang sering diamalkan.

– Persepsi bahawa mereka menikmati tahap kawalan diri yang tinggi.

– Mempunyai atitud yang baik terhadap kepentingan serta nilai sesuatu latihan.

– Keinginan untuk tidak mahu berada pada tahap overweight atau obesity.

AKTIF KEKAL AKTIF

• Penentu untuk terus tetap berlatih:– Peruntukan masa– Kemahiran daya tindak– Kemudahan asas / fasiliti– Keyakinan diri dalam latihan

– Kesepaduan pasukan– Risiko penyakit jantung– Motivasi dalaman– Persepsi terhadap gaya hidup sihat– Sokongan sosial

• Penentu untuk menarik diri:– Pekerja ‘kolar-biru’– Overweight / obese– Gangguan emosi terhadap aktiviti fizikal yang

hendak dijalankan– Perokok– Kebimbangan sosio fizikal

Perubahan daripada status dropout kepada latihan resumption:

• Adakah susah untuk kembali meneruskan latihan apabila seseorang itu telah menarik diri dari latihan?

• Adakah terdapat kecenderungan individu yang kembali meneruskan latihan setelah menarik diri, akan menarik diri sekali lagi dalam jangka masa tertentu?

Pernahkah anda berasa jemu ketika sedang melakukan aktiviti fizikal. Apakah faktor yang mendorong anda untuk lekas jemu dengan aktiviti yang anda lakukan?

TEORI REASONED ACTION AND PLANNED BEHAVIOR

• Pendorong utama penglibatan individu dalam latihan adalah niat.

• Niat untuk melakukan latihan ditentukan oleh sikap terhadap tingkah laku tersebut dan juga kerana norma sosial dan tekanan sosial untuk melakukan tingkah laku tersebut.

• Walau bagaimanapun, individu berhak untuk mengawal tingkah laku berdasarkan sejauh mana niatnya adalah kukuh.

Teori Transtheoretical • Individu melalui 5 peringkat secara dinamik

sepanjang penglibatan dalam aktiviti fizikal bagi memperoleh kesan jangka masa panjang untuk kesihatan.

• Peringkat tersebut dikatakan dinamik kerana individu bergerak terus atau patah balik dari satu peringkat ke satu peringkat sebelum sampai ke peringkat yang terakhir.

• Peringkat tersebut ialah peringkat precontemplation, contemplation, preparation, action dan maintenance.

PROCESSES OF CHANGE

PRECONTEMPLATION

CONTEMPLATION

PREPARATION

MAINTENANCE

ACTION

STAGES OF CHANGE

Peringkat SituasiPrecontemplation Sekarang ini saya tidak melakukan aktiviti

fizikal dan tidak merancang untuk memulakannya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Contemplation Sekarang ini saya tidak melakukan aktiviti fizikal, tetapi saya sudah memikirkan untuk memulakannya dalam tempoh enam bulan akan datang

Preparation Sekarang ini saya telah memulakan aktiviti fizikal tetapi tidak kerap

Action Sekarang ini saya kerap melakukan aktiviti fizikal, tetapi baru sahaja memulakannya dalam tempoh enam bulan sejak kebelakangan ini

Maintenance Sekarang ini saya kerap melakukan aktiviti fizikal dan telah melakukannya lebih dariapada enam bulan

Teori Sosial Kognitif

• Teori Sosial Kognitif dipelopori oleh Albert Bandura (1963) menerangkan tentang bagaimana manusia membentuk sesuatu corak tingkah laku berdasarkan pengaruh yang diperolehi daripada persekitaran.

• Persekitaran adalah elemen penting dalam membentuk tingkah laku manusia sama ada persekitaran sosial seperti keluarga, rakan sebaya dan masyarakat, atau persekitaran psikologi seperti saiz bilik, suhu, dan iklim persekitaran yang mempengaruhi faktor psikologi individu.

• CIRI-CIRI MODEL– Seseorang yang hampir sama dengan peniru– Model yang hidup– Jantina yang sama– Umur hampir sama– Status lebih tinggi– Jenis tingkah laku – yang tidak terlalu kompleks,

biasanya tingkah laku agresif

• CIRI-CIRI PENIRU– Mempunyai keyakinan diri dan penghargaan diri

yang lebih rendah

TEORI KEBIMBANGAN SOSIO-FIZIKAL, KONSEP KENDIRI FIZIKAL DAN IMEJ

BADAN• Kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi

kebimbangan sosio-fizikal, semakin rendah konsep kendiri fizikal dan imej tubuh badan, maka semakin kurang bermotivasi untuk menjalani latihan fizikal.

• Kebimbangan sosio-fizikal merujuk kepada kebimbangan yang dialami oleh individu apabila mereka merasakan bahawa orang lain menilai fizikal mereka secara negatif.

• Konsep kendiri fizikal pula ialah persepsi individu terhadap fizikal diri mereka sendiri. Konsep kendiri fizikal lebih berkait dengan

• Sejauh mana individu menghargai fizikal yang mereka miliki, manakala imej tubuh badan bermaksud imej yang yang dipegang oleh seseorang individu berkenaan tubuh badannya.

• Contohnya, individu yang mengalami Anorexia Nervosa sebenarnya adalah seorang yang sangat kurus, tetapi individu tersebut tetap merasakan imej tubuh badannya adalah gemuk.

MODEL HEALTH BELIEF

• Model Health Belief ialah model psikologi yang menjelaskan andaian mengenai tingkah laku kesihatan berdasarkan sikap, tanggapan dan kepercayaan individu.

• Model ini dibina oleh Hochbaum, Rosenstock dan Kegels pada tahun 1950 an sebagai tindak balas terhadap kegagalan program pengesanan kesihatan bagi penyakit Tuberculosis (TB) di Amerika Syarikat.

• Teori ini membuat andaian bahawa individu hanya akan mengambil tindakan terhadap kesihatan sekiranya mereka:– merasakan bahawa kesihatan yang negatif

tersebut boleh dihindar; – mempunyai tanggapan positif bahawa dengan

mengambil langkah pencegahan awal akan mengelak daripada mendapat masalah kesihatan;

– mempercayai bahawa mereka akan berjaya dengan tindakan pencegahan awal tersebut.

6 elemen persepsi yang mempengaruhi corak tanggapan individu terhadap kesihatan.

1. Tanggapan kurang yakin (susceptibility),2. Tanggapan tentang kemudaratan (severity), 3. Tanggapan tentang faedah (benefit)4. Tanggapan tentang halangan (barriers)

adalah (4elemen persepsi yang mempengaruhi tahap kesediaan individu untuk bertindak)

5. cues to action berperanan mengaktifkan kesediaan tersebut untuk memulakan tindakan.

6. self efficacy yang mencetuskan rasa keyakinan dalam melaksanakan tindakan.

(Elemen persepsi yang telah dinyatakan ini berperanan dalam menghadapi cabaran untuk mengubah tingkah laku manusia dari bersifat sedentari kepada kehidupan yang lebih aktif)

Konsep  Definisi Aplikasi dalam pendidikan jasmani dan kesihatan

Tanggapan kurang yakin (susceptibility)

Tanggapan individu terhadap peluang implikasi yang akan diterima

Individu berwaspada kerana sentiasa terdedah dengan risiko penyakit.

Tanggapan tentang kemudaratan (severity),

Tanggapan individu mengenai tahap keseriusan sesuatu keadaan dan implikasinya

Individu dapat mengenal pasti tahap risiko dan implikasi sesuatu keadaan yang dihadapi.

Tanggapan tentang faedah (benefit)

Tanggapan individu mengenai keupayaan saranan pencegahan dalam mengurangkan risiko negatif.

Individu dapat mengenal pasti tindakan yang akan diambil dan kebaikan yang akan diperolehi.

Tanggapan tentang halangan (barriers)

Tanggapan individu tentang halangan fizikal dan psikologi berkenaan usaha pencegahan yang disarankan

Individu dapat mengenal pasti dan mengurangkan halangan yang wujud dengan berpandukan nasihat, galakan serta insentif yang disarankan.

Konsep  Definisi Aplikasi dalam pendidikan jasmani dan kesihatan

Cues to Action Strategi untuk mengaktifkan kesediaan bertindak

Memberi maklumat mengenai kesedaran dan peringatan tentang penyakit

Self-Efficacy Keyakinan individu untuk bertindak

Memberi kekuatan untuk mengikuti latihan, tunjuk ajar dan bimbingan bagi melaksanakan tindakan.

Konsep  Definisi Aplikasi dalam pendidikan jasmani dan kesihatan

TEORI COGNITIVE DISSONANCE

• Teori cognitive dissonance diperkenalkan oleh Leon Festinger pada tahun 1957.

• Teori ini menjelaskan tentang kecenderungan individu untuk memiliki pemikiran yang konsisten antara sikap dan tingkah laku.

• Dissonance bermaksud ketidakharmonian antara sikap dan tingkah laku. Oleh yang demikian sesuatu harus dilakukan bagi membuang atau mengubah ketidakserasian itu.

• Sikap dilihat sebagai pembolehubah penting yang harus diubah suai bagi mendapatkan tingkah laku yang bersesuaian.

• Dissonance berlaku apabila individu perlu memilih antara dua iaitu kepercayaan atau tindakan.

• Dalam konteks pendidikan jasmani dan kesihatan, teori cognitive dissonance boleh diaplikasikan dalam usaha membentuk tingkah laku sihat, dan berguna dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah (Glenz, et al., 1997).

• Terdapat 3 cara untuk membuang ketidakserasian antara sikap dan tingkah laku iaitu:– kurangkan kepentingan pemikiran dissonance

tersebut– tambahkan pemikiran yang lebih positif– buang dan ubah pemikiran dissonance supaya ia

tidak lagi wujud dalam pemikiran

Teori Humanistik

• Teori humanistik menerangkan bahawa motif individu adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup.

• Teori yang ini dipelopori oleh Abraham Maslow memperkenalkan hierarki keperluan yang perlu dicapai oleh manusia secara peringkat demi peringkat mengikut tahap keperluan.

• Teori humanistik memberi fokus terhadap keperluan naluri manusia sebagai pendorong terhadap tingkah laku kesihatan. Berdasarkan teori ini, kesempurnaan hidup manusia hanya boleh dicapai apabila individu telah memenuhi setiap keperluan hidupnya dari aspek fisiologi, fizikal, mental, emosi dan spiritual.

KEPERLUAN FISIOLOGI

KEPERLUAN FIZIKAL

KEPERLUAN KASIH SAYANG

PENGHARGAAN KENDIRI

KESEMPURNAAN

KENDIRI

Bincangkan secara dalam kumpulan hierarki keperluan diri oleh Maslow. Berikan contoh bagaimana penglibatan aktiviti fizikal dalam setiap peringkat kehidupan diperlukan untuk memenuhi setiap peringkat keperluan tersebut.