sosialis (sept okt 2014)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: [email protected] > m/s 10 > m/s 5 RM1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT SEP-OKT 2014 Siapa pilih MB Selangor? > m/s 6 & 7 Pekerja Migran: Kawan atau Ancaman? Rusuhan di Kulaijaya: Apakah Puncanya? > m/s 4 Hentikan Rogol! Aku Kisah! Sampai bila rakyat Malaysia akan dibelenggu oleh harga rumah yang melambung tinggi? Apakah jalan penyelesaiannya? baca lanjut di m/s 8 & 9

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

266 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Topik: Hentikan Rogol, Rusuhan Kulai, Krisis Menteri Besar Selangor, PKR Dan Azmin, Perumahan, Pekerja Migran, Mogok Ladang Abaco, Gaza, ISIS

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Sept Okt 2014)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mail: [email protected]

> m/s 10

> m/s 5

RM1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATSEP-OKT 2014

Siapa pilih MB Selangor?> m/s 6 & 7

Pekerja Migran:Kawan atau Ancaman?

Rusuhan di Kulaijaya:Apakah Puncanya?

> m/s 4

Hentikan Rogol!Aku Kisah!

Sampai bila rakyat Malaysia akan dibelenggu oleh harga rumah yang melambung tinggi?

Apakah jalan penyelesaiannya? baca lanjut di m/s 8 & 9

Page 2: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 20142 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PSM CENTRE

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Kita telah disajikan dengan sandiwara krisis pertukaran Menteri Besar Selangor sepanjang bulan Ogos yang lepas. Krisis tersebut pada awalnya hanya masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat, tetapi rakyat Selengor turut diheret ke dalamnya dan Pakatan Rakyat itu sendiri terpaksa berhadapan dengan risiko tinggi berlakunya perpecahan yang sememangnya akan menguntungkan lawannya Barisan Nasional. Rakyat biasa telah diasingkan dalam strategi percaturan elit politik yang tidak menentu arah ini, kalau tidak hanya menjadi penonton yang keliru ataupun bersorak untuk satu pihak elit. Nilai demokrasi dan keadilan sosial langsung tidak dapat dipertingkatkan dalam episod drama pertukaran Menteri Besar Selangor ini. Rakyat Malaysia perlu membebaskan diri daripada cengkaman percaturan elit politik sebegini jikalau kita inginkan perubahan yang benar-benar bermakna untuk golongan yang tertindas.

PSM telah mengambil pendirian yang tidak berpihak pada mana-mana pihak dalam kemelut politik di Selangor, tetapi menegur Pakatan atas caranya menangani krisis Menteri Besar yang amat mendukacitakan dan memalukan. PSM berpendapat bahawa kepercayaan dan keyakinan rakyat pada Pakatan untuk menewaskan rejim UMNO-BN yang korup tidak

seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa. PSM juga membantah campurtangan istana dalam menentukan siapa yang bakal menjadi Menteri Besar kerana bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Isu harga rumah yang melambung tinggi masih menghantui majoriti rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang mendapati bahawa semakin hari semakin sukar untuk memiliki rumah sendiri. Harga rumah yang tinggi akibat daripada spekulasi dan ketamakan kapitalis, merupakan suatu isu penting di samping kos kehidupan yang semakin meningkat dan gaji pekerja yang masih rendah. PSM telah mengambil inisiatif untuk membawa isu harga rumah kepada perhatian kerajaan dengan menghantar satu memorandum kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Memorandum tersebut mengandungi cadangan-cadangan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, misalnya, memberikan hak milik tanah kepada peneroka bandar, kerajaan ambil alih pengurusan rumah pangsa kos rendah, dan menubuhkan Amanah Perumahan untuk membina rumah selesa dengan harga munasabah untuk rakyat biasa. ##

Page 3: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 3PARTI DAN FRON

Pemuda Sosialis PSM telah menganjurkan satu forum khas yang bertemakan “Anak Muda & Merdeka: Di mana hala tuju?”,

pada 29 Ogos yang lalu di Kuala Lumpur. Forum ini membariskan ahli panel seperti Fahmi Reza (aktivis pengamal seni yang pakar dalam sejarah gerakan mahasiswa), Hassan Karim (bekas aktivis mahasiswa zaman 1970an) dan Karthi (aktivis Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma). Forum ini dipengerusikan oleh Bawani, Pengerusi Pemuda Sosialis.

Siri Forum Merdeka: Dari Siapa? Kepada Siapa?PSM memulakan siri forum bersempena dengan bulan sambutan Hari Merdeka pada 15 Ogos yang lalu. Siri forum yang bertemakan “Merdeka: Dari Siapa? Kepada Siapa?” ini bertujuan untuk mempersembahkan naratif dan diskusi tentang sejarah perjuangan kemerdekaan tanahair kita dari perspektif politik kiri yang sering kali diabaikan oleh media arus utama ataupun buku teks sejarah kita.

Forum yang pertama diadakan di Ipoh pada 15 Ogos, membariskan ahli panel yang memang dikenali ramai seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS), Toh Kin Woon (AJK Bersih 2.0), Hishamuddin Rais (aktivis sosial) dan Rani Rasiah (AJK Pusat PSM).

Forum Merdeka kedua diadakan pada 24 Ogos di Batu Arang, Selangor, satu tempat yang penuh unik dengan sejarah perjuangan kiri. Ahli panel yang berucap dalam forum ini adalah Fahmi Reza, Kathaiah (bekas aktivis pekerja), Hj Ahmad Rahfie bin Ayob (pengkaji sejarah Batu Arang) dan Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM).

Forum Merdeka yang ketiga diadakan pada 26 Ogos di Melaka. Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), Mat Sabu (Timbalan Pengerusi PAS) dan Shauqie (anggota Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia) telah berucap dalam forum tersebut.

Forum yang seterusnya berlangsung pada 28 Ogos di Kota Bharu, Kelantan. Ahli-ahli panel dalam forum ini adalah Dr. Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan Puan Susila (bekas anggota Rejimen 10).

Siri forum merdeka anjuran PSM ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada golongan anak muda yang ingin tahu lebih mendalam lagi tentang sumbangan golongan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang sekian lama dipendamkan dalam sejarah rasmi negara kita. ##

Mantan Presiden University of the Philippines, Franscisco Nemenzo melawat ke ibu pejabat PSM di Brickfields, pada 31 Julai yang lalu, dan bertemu dengan AJK Pusat

PSM, termasuk Arutchelvan, Sivarajan dan Selvam.

Saraswathy, Timbalan Pengerusi PSM, telah menemani sekumpulan petani dan penternak dari Tapah, Perak, untuk menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Perak pada 26 Ogos yang lalu, dengan tuntutan kepada kerajaan negeri Perak supaya jangan mendiskriminasi kaum petani yang menghasilkan makanan untuk menampung keperluan tempatan.

Petani dan penternak di Tapah ini telah mengusahakan aktiviti pertanian dan penternakan di kawasan tanah kerajaan dan bekas lombong sejak tahun 1975. Kerajaan pernah memberikan lesen tumpangan sementara (TOL) kepada mereka sehingga tahun 1998. Mereka pernah memohon hak milik tanah tetapi ditolak oleh kerajaan. Sekarang ini tanah berkenaan telah diberikan kepada lebih daripada 70 orang individu luar yang tidak pernah bercucuk tanam di situ, dengan 2 ekar tanah untuk tujuan pertanian. Persoalan yang diungkitkan oleh para petani asal di situ adalah mengapa kerajaan tidak boleh memberikan hak milik tanah kepada mereka sedangkan orang luar yang tidak bercucuk tanam di situ sebelum ini boleh dapat.

PSM selama ini telah memperjuangkan banyak isu petani, dengan hasrat memastikan semua petani yang mengusahakan tanah dapat dijamin hak tanahnya dan pengeluaran makanan tempatan dapat dilindungi.

Isu Petani di Tapah

PSM Sungai Siput telah mengadakan satu perbincangan antara penduduk di Kampung Perak Hydro, Sungai Siput, dengan pihak peguam pemaju di kawasan tersebut. Lebih 50 buah keluarga menghadapi pengusiran daripada pihak pemaju. Perjanjian sewa tanah dan pampasan telah dibincangkan dalam pertemuan ini, namun para penduduk tidak puas hati kerana tawaran pihak pemaju tidak melindungi hak penduduk. Peguam pemaju berjanji akan mendapatkan keputusan daripada pihak pemaju secepat mungkin.

Sungai Siput

Aktivis PSM dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengadakan aksi bantahan dan mengedar risalah bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Kajang, Selangor pada 23 Ogos yang lalu. Pengurusan Pasaraya Metro Kajang cuba menghalang aktivis berprotes di situ.

Jamuan makan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk Flat Bangi Jaya, Selangor, pada 10 Ogos yang lalu, anjuran PSM Semenyih dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

PSM Semenyih

Page 4: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 20144 NASIONAL

Hentikan RogolAku Kisah

Lebih kurang 500 orang berarak dari Pasaraya Sogo ke Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, pada malam 23 Ogos yang lalu, untuk menyuarakan bantahan terhadap rogol dan keganasan ke atas wanita.

Aksi protes tersebut dianjurkan oleh Gabungan Organisasi Wanita Bertindak Bagi Kesamarataan Gender (JAG), dan merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran “Warga Menentang Rogol” (Citizens Against Rape). Mereka yang berarak membawa sepanduk yang tertulis perkataan seperti “lelaki sejati tidak rogol”, “jangan beritahu saya bagaimana untuk berpakaian, beritahu mereka supaya jangan rogol wanita”, “hentikan rogol sekarang” dan sebagainya.

Mengikut maklumat polis, terdapatnya sebanyak 3,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun, tetapi angka kejadian rogol yang sebenar jauh lebih tinggi. Ramai mangsa rogol takut untuk melaporkan kes rogol kepada pihak berkuasa kerana mereka sering dipersalahkan dan bukannya penyerang yang melakukan rogol. Kebanyakan kes rogol dilakukan oleh orang yang dikenali ke atas mangsa.

Oleh yang demikian, adalah penting sekali untuk mengubah persepsi masyarakat tentang isu rogol dan meningkatkan kesedaran gender, supaya wanita dapat dihormati dan hidup dalam keadaan yang bebas daripada ancaman keganasan seks.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh JAG bersempena dengan kempen Citizens Against Rape:

Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan.

Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya.

Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal.

Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari.

Kemungkinan besar lebih banyak lagi jenayah seksual yang tidak dilaporkan, menjadikan kadar sebenar kejadian mungkin lebih membimbangkan dari yang disangka seperti yang dapat dilihat sekarang.

'Aku peduli'

Situasi yang membimbangkan ini telah mendorong kami untuk menganjurkan Hentikan Rogol: Aku Kisah!, satu tindakan untuk menentang rogol dan keganasan seksual yang lain.

Inisiatif ini bertujuan untuk:· Meningkatkan kesedaran

masyarakat bahawa rogol dan keganasan seksual adalah perkara yang langsung tidak boleh diterima.

· Menuntut tanggungjawab setiap negeri untuk menangani jenayah rogol dengan efektif.

Setakat ini, kami telah menganjurkan forum awam di Kelantan dan pelbagai aktiviti di Sabah. Pada waktu ini kami sedang menganjurkan beberapa program yang lain di

seluruh negara.

Selain daripada perhimpunan ini yang diadakan di Kuala Lumpur, program yang sama juga telah dilangsungkan di Marudi (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), dan Ipoh (Perak).

Semuanya merupakan penentangan terhadap jenayah rogol dan pelbagai keganasan seksual.

Apa kami mahu?

Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang tersedia untuk menghukum perogol, ia masih gagal di peringkat negara, negeri dan masyarakat untuk menyedari betapa seriusnya keganasan seksual yang kini menjadi kelaziman di negara ini.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia – dari pihak pentadbiran seperti Perdana Menteri hinggalah rakyat jelata – untuk menyedari bahawa jenayah rogol satu wabak di negara kita.

Setiap orang haruslah mengambil langkah untuk mengatasi punca rogol hingga ke akar umbi.

Bagaimanapun, kami juga menyeru kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini:

(1) Pencegahan

Memperkenalkan pendidikan pencegahan dan program kesedaran umum untuk mengatasi pemikiran stereotaip terhadap peranan dan tanggungjawab terhadap sesuatu gender yang telah mendorong keganasan seksual berlaku di negara ini.

Kementerian Pelajaran, Kesihatan, serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalas tugas yang penting untuk menjadikan perkara ini satu realiti.

Perlaksanaan awal dan efektif terhadap program ini satu langkah yang penting untuk menyingkirkan prejudis yang berlaku sejak sekian lama.

Prejudis ini mengakibatkan penafian hak seorang gadis dan wanita serta membahayakan keselamatan mereka dalam masyarakat.

Statistik kejadian-kejadian keganasan perlu dikumpul secara sistematik dan dijadikan maklumat umum demi menjelaskan betapa seriusnya

keganasan seksual agar tindak balas berkesan dilaksanakan.

(2) Perlindungan

Kami menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan perlindungan sewajarnya diberikan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia yang menjadi mangsa keganasan seksual.

Kerajaan juga seharusnya menyediakan pusat-pusat khidmat yang secukupnya di setiap negeri di Malaysia terhadap mangsa keganasan seksual, tanpa mengira agama, bangsa atau kerakyatan seseorang mangsa itu.

Mangsa rogol memerlukan persekitaran selamat, bebas daripada trauma yang berpanjangan dan perlu dibantu dalam menegakkan keadilan.

Pada masa yang sama, masyarakat di Malaysia juga haruslah komited dalam meningkatkan kesedaran dan sedia mengambil tindakan terhadap insiden keganasan seksual yang sedang berlaku di kalangan masyarakat.

Kita harus sedar bahawa adalah tanggungjawab setiap individu dan komuniti untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan tidak stereotaip terhadap jantina, atau dalam erti kata lainnya keprihatinan terhadap gender.

(3) Pendakwaan & hukuman

Penguatkuasaan yang efektif untuk memastikan pesalahlaku keganasan seksual dapat dipertanggungjawabkan.

Protokol menangani keganasan seksual yang sedia ada perlu dipatuhi dengan lebih tegas.

Penguatkuasa undang-undang, pegawai kehakiman, pegawai perundangan haruslah dilatih dengan lebih baik untuk memastikan penyiasatan dan pendakwaan dilakukan dengan berkemahiran, cepat dan pantas, menyeluruh, dan dapat dilaksanakan ke tahap tertinggi, tanpa mengambil kira tempat kejadian, bangsa, atau agama mangsa jenayah seksual.

Buat masa ini, kurang daripada 10 peratus kes rogol yang dilaporkan di bawa ke muka pengadilan.

Daripada jumlah ini, dianggarkan kurang dari satu pertiga berjaya disabitkan.

Keadaan sebegini mengesahkan kekurangan kerajaan Malaysia dalam menangani keganasan terhadap wanita secara berkesan.

(4) Peruntukan ganti rugi atau pampasan

Memastikan terdapat khidmat sokongan yang berkesan dan mudah untuk mangsa keganasan seksual di segenap pelosok negara.

Usaha-usaha ini termasuklah menyediakan tempat perlindungan, sesi kaunseling dan khidmat pemulihan.

Sistem penjara juga haruslah diubah dengan memberi tumpuan terhadap tempoh rehabilitasi yang lebih panjang di dalam penjara bagi pesalahlaku keganasan seksual.

Sejajar dengan isu di atas, kami juga ingin memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah dan melaksanakan tanggungjawab seperti terdapat bawah Perakuan Umum No 19 dalam Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

Mengapa Citizens Against Rape?

Citizens Against Rape ditubuhkan pada tahun 1987, rentetan daripada peristiwa rogol dan bunuh dengan kejam seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, Ang Mei Hong di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ia menjadi landasan bagi orang awam untuk memprotes terhadap jenayah rogol dan bunuh yang kejam seperti: Audrey Melissa George (1999), Noor Suzaily Mukhtar (2000), Canny Ong (2003).

Pada hari ini, kami menggelar diri kami Citizens Against Rape untuk memberikan satu jalan dan harapan untuk semua tanpa mengira jantina, umur, etnik, agama atau bangsa.

Untuk menamatkan jenayah ini. Kita semua harus memainkan peranan.

GABUNGAN ORGANISASI WANITA BERTINDAK BAGI KESAMARATAAN GENDER (JAG) terdiri daripada Pusat Kesedaran Wanita (WCC), All Women's Action Society (AWAM), Women's Aid Organisation (WAO), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Sisters in Islam (SIS), Association of Women Lawyers (AWL), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women Action Resource Group (SAWO).

Page 5: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 5ISU RAKYAT

Rusuhan Kulai: Majikan Zalim Tapi Pekerja DitahanProvokasi oleh majikan yang menyebabkan pekerja migran merusuh, hujah Rani Rasiah, AJK Pusat PSM, semasa mengulas tentang kejadian rusuhan pekerja migran yang berlaku di kilang elektonik JCY HDD Technology, yang terletak di Kulaijaya, Johor, pada 26 Ogos yang lalu.

Seramai 800 orang pekerja migran yang kebanyakannya pekerja dari Nepal, telah mengadakan aksi mogok berikutan layanan buruk daripada majikan yang zalim.

Pihak pengurusan kilang yang menghukum pekerjanya dengan memaksa mereka “bermain bola baling” dengan batu dan melontar batu ke bahagian kemaluan mereka, merupakan pencetus kepada kemarahan pekerja sehingga berlakunya mogok dan protes menentang majikan yang zalim.

Sebelum itu, seorang pekerja migran telah mati akibat kelewatan menerima rawatan perubatan. Ini telah menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan pekerja. Pengabaian kebajikan pekerja selama ini dan provokasi oleh pihak pengurusan kilang adalah percikan api kepada protes pekerja sehingga bangunan kilang turut musnah terbakar.

Pekerja-pekerja di JCY HDD Technology terpaksa menanggung segala kesulitan dan penganiayaan dalam kehidupan kerja mereka, dengan gaji rendah, tempat tinggal yang sempit dengan 45 orang pekerja berkongsi sebuah rumah kedai, dipukul sekiranya melakukan kesalahan, dan terpaksa berjalan kaki selama satu jam ke tempat kerja.

Apabila pekerja migran di kilang JCY HDD Technology mengadakan mogok untuk menuntut keadilan dan kebajikan pekerja, reaksi daripada pihak berkuasa adalah terus memukul mereka. Seramai 44 orang pekerja ditahan atas tuduhan “merusuh”. Tetapi, tiada seorang daripada pengurusan kilang ditangkap walaupun mereka menyeksa dan memprovokasi pekerja untuk berprotes. Siapakah

mangsa dalam situasi ini?

Kejadian pertembungan antara pekerja migran dengan majikan yang mendapat pertolongan daripada pihak polis, bukannya kes yang pertama, dan juga bukan merupakan

yang terakhir. Ini disebabkan ramai majikan yang hanya mengutamakan keuntungan tidak melayan pekerja sebagai pengeluar, dan langsung tidak melayan para pekerja dengan cara yang bermaruah. Pekerja migran menerima layanan yang lebih teruk lagi kerana senang dibuli. Ramai pekerja migran dieksploitasi seperti hamba abdi zaman moden.

Sekiranya kerajaan masih meneruskan dasarnya yang memperoleh buruh migran murah untuk menarik pelabur asing, pekerja migran akan terus dilayan sebagai alat penghasil keuntungan yang murah. Pekerja termasuk pekerja migran adalah manusia yang mempunyai maruah dan perasaan. Kalau pekerja migran dilayan secara bermaruah dan dijamin hak sebagai pekerja,

peristiwa "rusuhan" di Kulaijaya tidak akan berlaku. Sistem buruh murah yang memeras pekerja, ekonomi pasaran yang semata-mata tamakkan keuntungan dan majikan yang enggan mendengar keluhan pekerja, adalah punca kepada "rusuhan" pekerja!

Kerajaan patut memandang serius tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja migran dan mengambil langkah-langkah konkrit untuk melindungi hak asasi pekerja migran. Kerajaan juga perlu menghentikan amalannya yang melindungi majikan yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 28 Ogos yang lalu, PSM menuntut bahawa:

1. Semua pekerja yang ditahan polis dibebaskan segera.

2. Kerajaan perlu melakukan penyiasatan ke atas kematian seorang pekerja Nepal di kilang JCY HDD Technology di Tebrau.

3. Mengambil tindakan ke atas pengurusan kilang yang melakukan jenayah menyeksa pekerja di kilang Kulaijaya.

4. Jabatan Tenaga Kerja perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pekerja migran. ##

Mahkamah Nafikan Hak Demokrasi danTolak Pilihanraya Tempatan Pulau Pinang

(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Choo Chon Kai, AJK Pusat PSM, pada 15 Ogos yang lalu berikutan keputusan Mahkamah Persekutan yang menafikan hak untuk memilih ahli-ahli majlis melalui proses pengundian secara demokratik.)

Sistem kehakiman negara kita sekali lagi mengecewakan rakyat Malaysia dengan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia untuk mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan. PSM amat kecewa sekali dengan keputusan Mahkamah Persekutan pada 14 Ogos 2014 yang menolak permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang dan P. Ramakrishnan (mantan Presiden Aliran) untuk mengadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan di negeri Pulau Pinang.

Pilihanraya tempatan merupakan

teras yang penting dalam institusi demokrasi di mana rakyat dapat mengundi dan menentukan wakil rakyat dalam majlis tempatan dan juga Datuk Bandar yang bertanggungjawab dalam urusan yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian rakyat tempatan. Negara kita pernah adanya pilihanraya tempatan. Namun, rakyat Malaysia telah dinafikan hak demokratik untuk memilih kerajaan tempatan apabila pilihanraya tempatan digantung semasa Darurat September 1964. Penggantungan pilihanraya tempatan diteruskan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, menjadikan semua Yang Di-Pertua Majlis Tempatan atau Datuk Bandar dan Ahli Majlis Tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri tanpa pilihanraya sehingga hari ini, walaupun negara kita tidak lagi berada dalam apa-apa darurat.

Satu Suruhanjaya Di-Raja Penyiasatan ke atas Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1965 dan dipimpin oleh Athi Nahappan, telah menerbitkan laporan pada Disember 1968, dengan saranan bahawa setiap ibu kota di Semenanjung Malaysia patut ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada wakil yang dipilih oleh rakyat, dan ini patut diperluaskan ke tempat lain juga.

PSM mengucapkan syabas kepada kerajaan Pulau Pinang atas usahanya cuba mengembalikan pilihanraya tempatan melalui Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012. Namun, perjuangan untuk memulihkan pilihanraya tempatan tidak boleh berhenti setakat proses di mahkamah. Kita perlu tingkatkan usaha untuk memulihkan pilihanraya

tempatan.

Kerajaan Pulau Pinang tidak patut putus asa dan perlu meneroka cara lain secara kreatif untuk mengembalikan undi ketiga kepada rakyat Pulau Pinang, yang sememangnya akan menjadi teladan untuk diikuti oleh kerajaan tempatan yang lain di seluruh negara. Kerajaan Selangor yang sebelum ini berjanji untuk memulihkan pilihanraya tempatan telah gagal melakukannya seperti yang dirancang akibat daripada krisis politik yang serius baru-baru ini. Sepatutnya pilihanraya tempatan diadakan pada penghujung tahun ini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, dan usaha ini perlu diteruskan.

PSM menyeru supaya kerajaan persekutuan dan parlimen Malaysia untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang telah merampas hak rakyat untuk memilih ahli majlis tempatan dan Datuk Bandar atau Yang Di-Pertua Majlis melalui proses demokrasi. ##

SOSIALISME 2014

21-23 Nov Kuala Lumpur

DUNIA DALAM PERGELUTANImperialisme & Penentangan Abad ke-21

Yuran pendaftaran: RM 25 seorang; RM 10 untuk pelajar Untuk pendaftaran, sila hubungi 03-22747791 / 019-3055906 / 011-24004800atau e-mel: [email protected] / [email protected]

Perang Dingin Baru?

antara topik yang akan dibincangkan:

Timur Tengah - Perang & Agama

Iklim Dunia dalam Krisis

Topeng Guy Fawkes vs. Marxisme

Gerakan Pekerja

Fron Popular & Fron Bersatu

Page 6: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 20146 FOKUS

KRISIS MENTERI BESAR SELANGOR

SALAH SIAPA?

Kemelut Menteri Besar Negeri Selangor yang berlaku baru-baru ini telah menghampakan ramai orang yang menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat yang sepatutnya menggantikan pemerintahan korup Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Isu ini terjadi kerana berlakunya pertembungan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi seluruh rakyat Selangor telah diheret dalam krisis ini. Apabila Khalid Ibrahim enggan letak jawatan sebagai Menteri Besar selepas dipecat oleh PKR, satu lagi krisis dalaman yang melibatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) tertimbul pula.

Episod penukaran Menteri Besar Selangor ini mencerminkan bahawa percaturan elit politik yang kononnya untuk strategi yang lebih besar, sebenarnya telah mengasingkan rakyat biasa dalam proses politik demokrasi.

Akhbar Sosialis menerbitkan semula kenyataan akhbar PSM tentang krisis Menteri Besar di Selangor dan juga tulisan Artuchelvan, Setiausaha Agung PSM, yang mencerminkan pandangannya tentang isu ini.

ISTANA MESTI MENGHORMATI PERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM, pada 25 Ogos yang lalu.)

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin bahawa DYMM Sultan Negeri Selangor akan, dengan kebijaksanaan Baginda, menyanjung dan terus akur pada Perlembagaan Negeri Selangor yang berpaksikan amalan demokrasi lalu melantik Menteri Besar baru di kalangan parti yang mempunyai majoriti jelas di Dewan Undangan Negeri. Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan Menteri Besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas di Dewan Undangan Negeri (DUN). Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem raja berperlembagaan yang menghadkan kuasa raja kepada tugasan-tugasan tertentu.

Andaikata tidak ada majoriti yang jelas, maka satu persidangan khas Dewan Undangan Negeri harus dipanggil untuk memilih Menteri Besar yang baru. Dan jika Dewan Undangan Negeri gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihanraya Negeri harus dipanggil untuk

membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya Menteri Besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos 2014 juga berpendapat bahawa cara Pakatan Rakyat (PR) menangani krisis Menteri Besar amat mendukacitakan dan memalukan. Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam-menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan “Kajang Move” dan memilih bakal MB tanpa terlebih

dahulu berbincang dengan rakan-rakannya dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor. "Kajang Move” yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa dari BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

PSM juga berpendapat bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti. Namun kami juga berpendapat bahawa walaupun TSKI menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan PR juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkahlaku mereka. TSKI ialah pilihan PR sebagai calon Menteri Besar selepas PRU-13 dan jika ianya suatu pilihan yg salah maka PR harus bertanggungjawab.

PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan

bukan melalui karenah “politik”. Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab. Ini mengambarkan suatu proses yang tidak baik kepada cara pemerintahan PR yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN.

Ahli-ahli Exco juga harus bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan. Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu.

Proses menewaskan Barisan Nasional di Selangor adalah satu keputusan berani oleh rakyat Negeri Selangor yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat. Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa. ##

(sambung dari m/s 7)

Siapakah mangsa sebenarnya? Sebagai seorang yang menghuni di Selangor, dan banyak juga berurusan dengan kerajaan negeri dalam isu-isu yang melibatkan isu pekerja ladang dan isu perumahan rakyat berpendapatan rendah, saya setuju bahawa sejak kebelakangan ini, persembahan kerajaan negeri agak mendukacitakan. Setiap kali kami ke SUK, kami diberitahu bahawa isu tidak boleh diselesaikan kerana masalah krisis MB. Justeru saya amat mengharapkan isu MB ini selesai segera supaya urusan harian

kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa. Semua isu lain seperti urusan pengutipan sampah dan krisis air, pada pendapat saya bukan sebenarnya kesalahan peribadi TSKI tetapi adalah kesalahan kerajaan negeri yang tidak dapat berfungsi kerana krisis dalaman yang berlaku. Isu PKNS umpamanya adalah krisis dalaman sehingga ia tidak boleh berfungsi dengan betul. Selagi krisis dalaman tidak dapat diselesaikan, maka isu pentadbiran kesemuanya akan memberi impak. Maka mangsa sebenarnya dalam krisis ini adalah rakyat Selangor yang terpaksa menanggung semua

ini. Mereka telah memilih PR dan kini mereka dukacita bahawa PR bergaduh begitu teruk dan tidak dapat selesaikan isu ini. Mangsa kedua adalah DSWA. Saya cukup menghormati Kak Wan sebagai seorang yang jujur dan berinteriti tinggi. Namun beliau adalah mangsa keadaan. Beliau menerajui gerakan Reformasi, menjadi ketua pembangkang Parlimen, menjadi ADUN Kajang dan kini calon MB kerana terpaksa dan tiada pilihan lain bagi PKR. Saya memuji ketabahan hati dirinya kerana dari dulu lagi, beliau memang tidak berminat dengan semua posisi ini tetapi terpaksa oleh sebab PKR terjerumus dalam politik berpuak-

puak yang teruk dan hanya beliau dan DSAI sahaja yang boleh menyatukan semua aliran dalam parti atau sekadar memastikan mereka akur. Perkara yang saya cukup khuatir adalah kemungkinan besar DSAI akan dipenjarakan oleh rejim zalim BN. Pemenjaraan beliau sekali lagi akan merupakan satu penganiayaan besar kepada gerakan pembangkang di negara kita, dan kita seharusnya melawan ini dengan sepenuh jiwa. Namun demikian, isu MB Selangor ini, isu pemilihan parti PKR yang begitu teruk ini mungkin akan melemahkan semangat dan stamina rakyat untuk melawan penindasan UMNO-BN. ##

Page 7: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 7FOKUS

oleh S. Arutchelvan

Pada asalnya saya tidak ingin membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut MB Selangor. Saya hanya telah menulis satu posting ringkas dalam laman Facebook peribadi saya di mana posting tersebut kemudiannya telah disiarkan sebagai satu kenyataan PSM dalam akhbar The Star. Sejak itu, saya juga telah dipanggil oleh beberapa orang penting dalam NGO dan juga beberapa orang pimpinan PR yang bertanyakan sama ada PSM menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI). Mereka mahu bertanyakan sama ada ini benar, dan juga mahu menerangkan beberapa isu dalaman. Mereka juga berkata bahawa mereka diberitahu bahwa PSM menyokong TSKI. Saya mengatakan bahawa PSM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan juga belum lagi mempunyai satu posisi dalam isu ini. Saya juga mengatakan bahawa ada di kalangan ahli PSM yang bersimpati dengan TSKI dan merasakan beliau dimangsakan, tetapi itu adalah pandangan peribadi mereka dan tidak ada kena mengena dengan PSM. Dari tinjauan saya sendiri, saya mendapati ramai ahli parti PKR dan DAP yang memberikan hujah bahawa MB harus ditukar manakala ramai rakyat biasa merasakan MB telah menjalankan tugasnya dengan baik, dan mereka keliru mengapa MB hendak ditukar. Namun perasaan yang cukup konsisten dan pandangan ramai adalah ramai yang cukup muak dengan cara PR menangani isu ini dan merasakan ini hanyalah memberikan alasan untuk

BN memerintah Selangor kembali. Justeru posting saya di FB mengatakan bahawa ketamakan kuasa akan menyebabkan PR kalah dan bukan BN. Posting saya sebenarnya adalah reaksi kepada kenyataan Presiden PAS, Tok Guru Hadi Awang yang mengumumkan posisi beliau tanpa satu mesyuarat dalam parti. Ini mengingatkan saya kepada Kota Damansara, bagaimana tindakan beliau menyebabkan PR kalah. Dan kini saya sekali lagi merasakan isu sebenarnya adalah isu perebutan kuasa dalam pemilihan PKR, perebutan kuasa kerusi MB dan perebutan kuasa dalaman PAS. Ini adalah situasi sebenarnya.

Posisi menggantikan MB Dari segi pendirian, maka saya berpendirian bahawa pihak yang harus menentukan siapakah yang patut menjadi MB adalah Pakatan Rakyat, sebagai parti pemerintah dan parti yang menang dalam PRU-13. MB tidak dipilih oleh rakyat tetapi MB dipilih oleh PR. Di negara kita, tidak ada pemilihan untuk jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar. Jawatan ini dipilih oleh parti yang mendapat kerusi majoriti dalam dewan. Jika diteliti, selepas PRU-13, PKR Selangor yang dikuasai oleh Azmin Ali memang mahu TSKI digantikan, tetapi Datuk Sri Wan Azizah (DSWA) mengumumkan TSKI sebagai MB hasil daripada konsensus yang dicapai oleh parti-parti komponen PR. Oleh yang demikian, jika PR membuat pilihan untuk menggantikan MB, saya berpendirian bahawa TSKI sepatutnya akur dengan keputusan tersebut dan meletak jawatan secara terhormat. Jika keputusan yang dibuat oleh PR itu tidak popular dan menyebabkan PR hilang kepercayaan rakyat Selangor, maka risiko tersebut harus ditanggung oleh PR sebagai parti yang membuat keputusan tersebut. Rakyat ada kuasa untuk menghukum parti yang tidak akur kepada kemahuan rakyat seperti yang berlaku di Kedah dalam PRU-13.

Posisi dengan istana PSM juga berpendirian bahawa pihak Istana tidak harus

campurtangan dalam urusan politik, dan pihak Istana seharusnya melantik calon yang disyorkan oleh Pakatan Rakyat (PR). Dalam keadaan ini, andaikata calon PR tidak diterima oleh pihak Istana, kami berpendirian bahawa PR harus menggunakan kuasa rakyat untuk memastikan calon pilihan parti dilantik dan tiada campurtangan

istana dalam isu ini. Saya percaya PSM akan berkempen bersama PR supaya calon yang dipilih PR menjadi MB. JIka PR tidak dapat selesaikan isu ini kerana ADUN tidak sepakat atau PR tidak sepakat, maka tiada pilihan lain kecuali satu pilihanraya negeri. Jika ini berlaku, saya kurang yakin PR dapat mempertahankan negeri Selangor dan oleh yang demikian, saya berharap isu ini dapat diselesaikan oleh PR sendiri.

Pemilihan parti PKR satu masalah besar Bagi pandangan saya, PKR seharusnya tidak terburu-buru menukar posisi MB sebelum pemilihan parti selesai. Adalah lebih baik, sekiranya PKR menunggu keputusan penuh pilihanraya parti dan kemudian melantik calon MB melalui keputusan Kongres atau proses lain. Masalah sekarang adalah ketiga-tiga calon, iaitu Azmin Ali yang mahu menjadi MB dan mempunyai sokongan tertinggi setakat ini untuk posisi Timbalan Presiden, Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti dan yang dikatakan calon pilihan DSAI untuk posisi Timbalan Presiden yang semakin kecundang dalam pemilihan dan TSKI, kesemuanya merebut satu jawatan. Justeru apabila mereka atau penyokong mereka tuduh-menuduh tentang isu korupsi, salahguna kuasa, agen UMNO dan sebagainya, ia boleh disimpulkan sebagai hanya isu perebutan kuasa semata-mata.

Faktor Azmin Langkah Kajang sebenarnya bukan agenda untuk mengambilalih Putrajaya. Ia hanyalah agenda terdesak Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyelesaikan isu perebutan kuasa antara Azmin Ali yang mahu ambilalih kerusi MB dengan TSKI menjelang pemilihan parti. ADUN Kajang yang meletak jawatan itu memang adalah kroni Azmin, maka perletakan jawatan beliau sebenarnya satu desakan serius untuk DSAI menggantikan MB. Untuk menutupi isu dalaman, maka ditonjolkan Langkah Kajang

sebagai satu batu loncatan ke Putrajaya. Hakikatnya, rakan-rakan dalam PR sendiri tidak tahu atau tidak setuju dengan keputusan terburu-buru tersebut. Mereka terpaksa ikut sahaja. Azmin Ali memang satu isu yang serius. Jika tidak, adalah tidak masuk akalnya mengapa DSAI pada awalnya bertanding untuk jawatan Presiden PKR menentang isterinya DSWA. Kesemua keputusan ini dibuat dengan sedar supaya Azmin tidak bertanding jawatan Presiden PKR. Sekarang pun ada pelbagai usaha untuk memastikan PKR hanya melantik satu calon sahaja untuk kerusi MB. Maka faktor Azmin nampaknya satu isu yang sentiasa akan menghantui PKR, sepertimana isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang masih menghantui PAS.

Dari Azmin ke Khalid Walaupun isu asalnya adalah untuk menafikan Azmin, tetapi sekarang fokusnya sudah beralih kepada menggantikan TSKI. Bagi saya, ini adalah perebutan kuasa dalaman parti tetapi hari ini dipersembahkan sebagai isu rasuah dan intergriti. Dalam isu ini, saya menyokong penuh kenyataan Dr Kua Kia Soong yang mahukan siasatan dijalankan secara profesional kerana salahguna wang rakyat bukan isu dalaman PKR atau PR, tetapi melibatkan wang rakyat dan kepentingan awam. Satu siasatan yang bebas dan adil harus dilaksanakan, dan siasatan tersebut harus tidak dikendalikan oleh pihak parti kerana ia mungkin melibatkan konflik kepentingan, tetapi harus melibatkan individu yang disanjung tinggi seperti Pak Samad Said atau Datuk Ambiga. Saya syorkan ini memandangkan ada pihak yang sudah hilang kepercayaan kepada SPRM.

Setakat ini ada banyak isu yang ditimbulkan tetapi apakah isu sebenarnya masih samar-samar. Hanya satu siasatan bebas akan dapat menjernihkan situasi ini.

(sambung di m/s 6)

DILEMA PKR DAN FAKTOR AZMINRencana ini ditulis pada 8 Ogos yang lalu, iaitu sebelum Khalid Ibrahim dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat dan tercetusnya krisis terbaru dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor yang berlarutan hampir sebulan. Menurut Arutchelvan, tulisan ini pada masa itu adalah pandangan peribadinya sendiri untuk menjawab persoalan ramai orang yang meminta pandangannya dalam isu ini dan juga pelbagai spekulasi mengenai pendirian PSM dalam isu Menteri Besar Selangor.

Page 8: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 20148 FOKUS

KRISIS MALAYSIA1.7 juta keluarga tiada rumahPSM telah menganjurkan satu protes membantah harga rumah yang melambung tinggi pada 20 Ogos yang lalu di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Satu memorandum yang disokong oleh 32 buah organisasi telah diserahkan kepada wakil Kementerian dengan tuntutan mendesak kerajaan mengambil langkah yang serius untuk menangani masalah spekulasi harga rumah dan memastikan hak perumahan rakyat terjamin.

Mereka yang yang berhimpun di situ telah melaungkan slogan-slogan seperti “tolak harga mahal”, “turun harga rumah”, “orang kaya banyak rumah, rakyat miskin tiada rumah” dan sebagainya. Sepanduk dengan tulisan seperti “rumah untuk hidup, bukan untung” dan “haramkan spekulasi harga rumah” turut dipamerkan sebagai satu peringatan kepada kerajaan tentang keluhan rakyat dalam isu harga rumah yang melambung tinggi akibat daripada

spekulasi oleh kapitalis yang kaya-raya.

“Keadaan sekarang ini adalah golongan kapitalis yang kaya-raya membeli rumah bukan untuk didiami mereka sendiri, tetapi untuk spekulasi demi mengaut keuntungan yang lumayan. Ini menjadikan hanya mereka yang kaya mampu beli rumah, tetapi rakyat miskin terus dianiayai dan harapan untuk memiliki rumah sendiri terus hancur berkecai,” demikian kata Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, sewaktu menghadiri protes harga rumah ini. Hakikatnya di negara kita, walaupun mempunyai banyak tanah dan mengalami

pembangunan ekonomi yang pesat, masih ada 1.7 juta keluarga berpendapatan rendah yang tidak dapat memiliki rumah sendiri.

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, telah mengetuai rombongan gabungan parti politik dan NGO untuk menyerahkan

memorandum kepada wakil Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Satu pertemuan yang ringkas telah diadakan bersama dengan pegawai-pegawai dari Kementerian.

Dr. Jeyakumar mengatakan bahawa, “harga untuk rumah yang dikatakan mampu milik sekarang ini, pada saya

nampaknya tidak begitu mampu milik untuk ramai orang.” Harga untuk rumah yang dikategorikan sebagai “rumah mampu milik” telah mencecah RM 400,000 seunit, bagaimana rakyat yang berpendapatan sederhana mampu untuk memilikinya? Orang yang “mampu milik” rumah sebegini pun akan terikat dengan hutang bank yang bertimbunan dan terpaksa bayar setiap bulan untuk jangka masa yang sangat panjang.

Dr. Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput berucap semasa protes isu harga rumah.

25% daripada 6.7 juta keluarga di Malaysia, ataupun 1.7 juta keluarga tidak memiliki rumah mereka tersendiri. Majoriti besar daripada 1.7 juta keluarga ini adalah berpendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan.

Sementara itu, kadar perkahwinan di Malaysia adalah 210,000 pasangan setahun. Ini bermakna negara kita perlu sekurang-kurangnya 210,000 buah rumah untuk pasangan pengantin baru ini.

Di negara kita terdapatnya beribu-ribu keluarga di bandar-bandar kita menduduki rumah tanpa geran tanah yang terletak di atas tanah kerajaan mahupun tanah swasta. Mereka ini merupakan “peneroka bandar”, tetapi dilabelkan sebagai “setinggan” oleh kerajaan. Kumpulan ini yang merupakan keluarga miskin bandar, berisiko tinggi dihalau keluar dari kampung halaman mereka apabila kawasan mereka di”bangunkan”. Di samping itu, lebih daripada 700,000 keluarga miskin sedang duduki rumah pangsa kos rendah yang

Realiti Perumahan di Malaysiakotor dan berbahaya kerana sistem pengurusan yang sedia ada untuk rumah-rumah pangsa tidak sesuai. Sebuah keluarga dengan pendapatan isi rumah RM 3000 sebulan hanya mampu mengkhaskan RM 300 sebulan untuk bayaran pinjaman perumahan. Harga-harga rumah telah melambung terlalu tinggi akibat spekulasi dalam perumahan mewah dan tanah di bandar yang dibeli oleh kumpulan yang kaya bukan untuk tujuan penginapan tetapi sebagai pelaburan untuk melipatgandakan kekayaan mereka. Wujudnya kemungkinan besar ekonomi kita

akan dilanda kegawatan lebih kurang setiap 10 tahun dan ramai pekerja di sektor swasta akan berkurangan pendapatan mereka untuk beberapa bulan akibat kegawatan. 23% daripada keluarga di Malaysia berpendapatan di bawah RM 2000 sebulan sekeluarga, dan mereka tidak berupaya melakukan bayaran bulanan kepada bank untuk bayar balik pinjaman perumahan. Rumah mereka akan dirampas dan dilelong jika gagal membayar balik pinjaman bank mengikut jadual masa.

Tinjauan Khas: Pandangan generasi muda tentang isu harga rumah melambung tinggiSoalan:

(i) Pendapat anda tentang kenaikan harga rumah dan bagaima ia mempengaruhi generasi muda (dalam lingkungan umur 20-30an).

(ii) Adakah anda setuju dengan pendirian PSM yang menyatakan bahawa kerajaan patut menghentikan spekulasi dan setiap orang hanya dibenarkan untuk membeli pada maksimumnya 2 buah rumah?

(iii) Berkenaan dengan harga rumah, berapakah harga yang anda rasa paling sesuai untuk generasi muda mampu milik?

Anna, umur 29 tahun

(i) Generasi yang seumur

dengan saya tidak mampu memiliki rumah sendiri kecuali ibu bapa saya membantu saya. Malangnya, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membantu.

(ii) Setuju, kerana mereka yang mampu milik lebih rumah dan menjual semula rumah dengan harga yang lebih tinggi, telah menjadikan keadaan lebih teruk untuk mereka yang benar-benar perlukan rumah.

(iii) Antara RM 250,000 hingga RM 300,000. Saya hanya mampu memperuntukkan maksimum RM 1,200 untuk bayaran pinjaman (hampir 30% daripada gaji saya).

Vimala, umur 34 tahun

(i) Harga rumah sedang

meningkat. Saya tidak mampu membeli sebuah rumah dengan gaji saya. Rumah yang sedang saya duduk sekarang sebenarnya dibeli oleh bapa saya, dan disebabkan masalah hutang, dia mengalihkan hartanah tersebut di bawah nama saya. Ini bermakna 2 generasi terpaksa membayar untuk rumah itu. Kami membeli rumah tersebut dengan harga RM 94,000, sekarang harganya telah melebihi RM 300,000.

(ii) Setuju dengan pendirian PSM, lebih-lebih lagi sebuah keluarga memiliki sebuah rumah pun sudah cukup memadai.

(iii) Paling mampu milik adalah antara RM 150,000 hingga RM 200,000.

Jon Lim (ahli PSM baru)

(i) Terlalu mahal untuk memiliki sebuah rumah di kawasan bandar seperti Lembah Klang. Misalnya, saya

sebagai seorang eksekutif pejabat biasa yang berumur 27 tahun, gaji yang terbaik boleh saya dapat adalah RM 3,000. Bagaimana saya dapat memiliki sebuah rumah yang sesuai (sekurang-kurangnya 850 kaki persegi) dengan harga sebanyak RM 450,000? Bagaimana kita dapat membelanjakan wang lebih daripada RM 1000 untuk bayaran rumah sahaja setiap bulan?

(ii) Ya, kerajaan bukan sahaja patut mengawal kuantiti rumah yang dimiliki oleh setiap individu, tetapi juga perlu membentuk pihak berkuasa perumahan untuk membina lebih rumah pada harga di bawah RM 300,000.

(iii) Di bawah RM 300,000 masih dianggap munasabah untuk saya.

(sambung di m/s 9)

Page 9: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 9FOKUS

(sambung dari m/s 8)

Elaine, umur 25 tahun

(I) Saya tidak mampu, ia terlalu tinggi. Pangsapuri di Bandar Utama pada harga RM 400,000. Saya tinggal di Taman Tun, dan harga untuk rumah teres satu tingkat di situ sudah mencecah RM 1 juta. Saya ingin mewarisi rumah daripada ibu bapa saya.

(ii) Saya mencadangkan supaya kerajaan membina lebih

rumah kos rendah dan mengawal harga rumah.

(iii) Saya rasa RM 200,000 adalah dalam kemampuan saya, hanya jika saya mendapat kerja yang bergaji tinggi.

Nurhayyu

(I) Tahap hutang anak muda telah meningkat secara mendadak disebabkan kos pengajian / tuisyen yang semakin tinggi, dan kebanyakan mereka adalah penerima skim

pinjaman PTPTN. Apa yang menyusahkan lagi golongan kami (anak muda berusia 20-30 tahun) adalah apabila harga rumah dan kos kehidupan meningkat lebih pantas berbanding pendapatan/gaji. Oleh yang demikian, kami hanya mampu menyewa rumah, dan bukan membelinya.

(ii) Ya, saya setuju sepenuhnya. Setiap orang individu hanya boleh membeli dua buah rumah dengan pinjaman bank, dengan rumah pertama (rumah kos

rendah/sederhana) patut disubsidi sebanyak 50% oleh kerajaan. Mungkin boleh cadangkan pada kerajaan untuk tubuhkan satu organisasi untuk mengawalselia individu-individu yang mahu beli rumah ketiga (sudah tentunya mereka ini sangat kaya) dengan kadar cukai yang lebih tinggi. (Cukai ke atas orang kaya lebih berbanding orang miskin).

(iii) RM 80,000 dengan 50% subsidi oleh kerajaan.

Syor Penyelesaian Isu PerumahanDalam memorandum yang disediakan oleh PSM dan disokong oleh 31 badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan kumpulan masyarakat yang lain, telah

menggariskan 5 cadangan untuk menyelesaikan masalah harga rumah yang melambung tinggi sehingga rakyat biasa tidak mampu memiliki rumah.

1. Hak Milik Tanah untuk Peneroka Bandar Sejauh mana yang boleh, rumah-rumah tanpa geran di kawasan bandar diberikan geran di tapak mereka sendiri. Ini akan kurangan kadar ketiadaan rumah (homelessness). Kerajaan harus memakai kuasa pengambilan tanah untuk mengambilalih tanah persendirian yang diduduki oleh peneroka bandar untuk melaksanakan syor ini, dan memberikan pampasan yang sewajar kepada pemilik asal.

2. Kerajaan Tempatan Ambilalih Pengurusan

Rumah Pangsa Kos Rendah

Menukar undang-undang untuk mewajibkan Majlis-Majlis Tempatan mengambil alih pengurusan rumah-rumah pangsa yang mengandungi unit-unit di bawah harga RM 150,000 se unit. Langkah ini amat perlu untuk memulihkan rumah-rumah pangsa kos rendah yang sekarang sudah merosot menjadi “setinggan bandar bertingkat tinggi” (urban high-rise slums). Kaedah menubuhkan Jemaah Perwakilan Penduduk melalui pilihanraya antara penghuni rumah-rumah pangsa ini harus diteruskan untuk mengkekalkan ruang bagi penghuni memberi maklumbalas pada pihak pengurusan.

3. Badan Amanah Perumahan untuk Bina Rumah

Selesa

Menubuhkan badan-badan “Amanah” (Trust) yang “Bukan Untuk Keuntungan” (Non-Profit) di peringkat tiap negeri untuk membina rumah-rumah selesa dengan harga yang munasabah dan dijual kepada keluarga-keluarga di Malaysia yang tidak memiliki rumah mereka tersendiri. Tujuan usaha ini adalah untuk menawarkan rumah pertama untuk setiap keluarga di Malaysia dengan harga yang rendah. Antara ciri-ciri program ini – i. Kerajaan harus menanggung kos tanah dan kos menyediakan kemudahan infrastruktur untuk projek-projek perumahan di bawah skim ini; ii. Kerajaan harus menyediakan satu database di peringkat kebangsaan untuk menyenaraikan pemilik rumah (yang bergeran tanah, ataupun bergeran strata) di kawasan bandar di seluruh negara kita, supaya hanya keluarga yang tidak memiliki rumah mereka sendiri dapat menikmati skim perumahan ini; iii. Satu antara syarat untuk membeli rumah dalam skim ini adalah bahawa pembeli hanya boleh menjual semula rumah ini kepada badan “Amanah Perumahan” yang membinanya terlebih dahulu. Tidak boleh jual atau sewa ke pihak lain. Tidak boleh berspekulasi dengan rumah ini. iv. Rumah-rumah ini harus berukuran 20 x 40 kaki persegi untuk kawasan yang dibina (built-up area), dan tanah seluas 400 kaki persegi harus diberi di belakang rumah supaya keluarga itu dapat membesarkan rumah mereka pada satu masa depan. v. Skim-skim perumahan ini harus dibina atas tanah yang lebih kuat dan stabil, bukannya di atas tanah bekas lombong. vi. Rumah-rumah ini harus dijual kepada keluarga yang layak dengan harga di bawah RM 50,000.

4. Tabung Khas untuk Bantu Pembeli Rumah

yang Bermasalah

Satu skim simpanan harus dilancarkan di mana 10% daripada bayaran pinjaman perumahan disalurkan ke satu tabung rizab untuk digunapakai sekiranya pembeli rumah itu mengalami kecutan dalam pendapatannya akibat daripada kegawatan ekonomi.

5. Lembaga Rumah Sewa untuk Keluarga Miskin

Satu lagi Lembaga Bukan untuk Untung harus menyediakan dan mengendalikan rumah-rumah untuk disewa dengan sewa yang rendah kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan di bawah RM 2000 sebulan. Rumah-rumah kuarters kerajaan yang sekarang tidak dipakai lagi, rumah-rumah di ladang yang berdekatan dengan bandar dan premis yang serupa harus diambil alih dan dipulihkan untuk mewujudkan satu stok perumahan kos rendah untuk golongan miskin bandar, selain daripada rumah-rumah yang dibina baru untuk tujuan ini. Kemudahan sosial seperti tadika, dan pusat asuhan kanak-kanak, dewan untuk menjalankan aktiviti komuniti harus disediakan di skim perumahan untuk lapisan termiskin di bandar kita supaya dapat mengawal masalah-masalah sosial di generasi muda.

Rumah adalah Hak Rakyat, BUKAN untuk keuntungan korporatMasalah perumahan merupakan satu isu yang amat serius dan penting untuk rakyat Malaysia. Syor-syor yang dicadangkan dalam memorandum perumahan yang dibawa oleh 32 buah organisasi memerlukan anjakan

paradigm oleh kerajaan. Kerajaan perlunya menangani masalah ini dengan dasar sosio-ekonomi yang mendahulukan rakyat, bukannya keuntungan korporat. Kerajaan perlu membebaskan sektor perumahan daripada cengkaman pasaran bebas yang dikuasai oleh korporat besar dan pemaju hartanah yang hanya pentingkan keuntungan.

Page 10: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 201410 ISU PEKERJA

Hentikan EksploitasiPekerja Migran

PSM telah mengadakan aktiviti mengedar risalah tentang isu pekerja migran di seluruh negara pada 23 Ogos yang lalu bersempena dengan Hari Antarabangsa bagi Memperingati Perdagangan Hamba dan Penghapusannya. Risalah tersebut mengandungi maklumat dan mesej yang bertujuan untuk menyedarkan orang awam tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja migran.

Sekarang ini di negara kita, lebih kurang 30% pekerja adalah warga asing ataupun dikenali sebagai pekerja migran. Pekerja-pekerja migran banyak menyumbang kepada negara kita dari segi menjana kekayaan dan pembangunan fizikal.

Pada masa kini, terdapat seramai 4 juta pekerja migran di negara kita. Mereka datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Cambodia, Vietnam dan sebagainya. Pekerja migran membentuk tenaga kerja sebanyak 70% dalam sektor perladangan, 50% dalam sektor pembinaan, 30% dalam sektor pembuatan dan hampir 100% pekerja domestik (pembantu rumahtangga) .

Kebanyakan pekerja migran

terpaksa meminjam wang untuk datang ke sini. Ini bermakna mereka ini terikat dengan hutang. Ramai pekerja migran telah ditipu oleh ejen pekerjaan yang memberikan janji-janji kosong dan juga kontrak palsu. Selepas mereka tiba di Malaysia, mereka diberikan kontrak baru yang jauh lebih teruk syaratnya. Ramai pekerja migran menghadapi masalah serius di dalam dan juga di luar tempat kerja mereka. Tetapi kebanyakan mereka tiada tempat untuk mengadu, ataupun dihalang untuk mengadu tentang kesulitan mereka.

Pekerja migran paling terdedah kepada penganiayaan, dan ramai antara mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia. Mereka sering ditipu, diancam dan dipaksa untuk bekerja, seolah-olah mereka

adalah hamba abdi zaman moden. Kerajaan Malaysia perlu meningkatkan usahanya untuk memberhentikan pemerdagangan manusia, dan salah satu usaha yang patut lakukan adalah menjamin dasar buruh yang adil dan saksama.

Pekerja Migran Penting Untuk Ekonomi KitaTanpa Mereka, Ekonomi Kita Bakal Runtuh

Pekerja migran sering kali dikambinghitamkan atau dipersalahkan apabila terjadinya masalah sosial di negara kita, seperti kadar jenayah yang semakin meningkat. Ramai mempunyai prejudis terhadap pekerja migran dan memandang rendah pada mereka.

Media aliran utama dan juga kenyataan daripada sesetengan pegawai tinggi kerajaan sering mewujudkan imej yang buruk tentang pekerja migran, seolah-olah migran adalah penyebab kepada banyak masalah sosial, seperti penyakit berjangkit dan jenayah. Tetapi, mengikut Timbalan Menteri Dalam Negeri (dalam berita The Star Online, 9 Julai 2013), pekerja migran hanya terlibat dalam 1% kes jenayah di dalam negara kita!

Kita perlu sedar bahawa, kerajaan kita dan juga majikan di negara kita yang mengundang pekerja migran untuk datang bekerja di sini. Majikan yang

tamakkan keuntungan lebih suka mengupah pekerja migran kerana mereka ini lebih murah, senang dibuli, tidak dilindungi oleh dasar kerajaan yang pro-pekerja, mudah dikawal dan boleh dieksploitasi sesuka hati.

Keadaan ini telah menyebabkan pekerja-pekerja migran terpaksa menghadapi masalah-masalah seperti:

- Gaji tidak dibayar- Tempat tinggal yang sempit

dan bermutu rendah- Pasport ditahan majikan - Perlindungan insuran

perubatan yang tidak mencukupi

- Gangguan- Tiada akses untuk

pengadilan sekiranya mereka diberhentikan kerja secara tidak sah

Realiti di negara kita adalah, dasar kerajaan hanya menguntungkan

para majikan, politikus kroni dan ejen pekerjaan, tetapi kedua-dua pekerja migran dan pekerja tempatan terpaksa menanggung segala penderitaan.

Mengapa Mempersalahkan Pekerja Migran?

Pekerja migran, sama ada lelaki atau perempuan, mereka semuanya ada keluarga seperti rakyat Malaysia. Mereka mempunyai ibu, bapa, adik-beradik, dan ramai juga yang ada anak. Seperti kita semua, mereka juga ada perasaan, harapan dan impian untuk hidup secara selesa.

Seperti juga orang yang lain, pekerja migran bekerja secara rajin, dan menyumbang kepada ekonomi kita.

Oleh yang demikian, pekerja migran patut dilayan secara bermaruah. Mereka patut bekerja di

bawah keadaan kerja yang sesuai. Mereka patut menerima gaji yang adil dan saksama.

Pekerja migran adalah manusia seperti warga tempatan yang lain, maka mereka patut dilayan seperti seorang manusia, bukannya dilayan bagaikan hamba abdi ataupun robot. Kerajaan perlu wujudkan dasar-dasar buruh dan imigresen yang dapat melindungi hak pekerja migran ini.

Rakyat Malaysia patut berganding bahu dengan pekerja migran, dalam usaha bersama-sama menentang segala bentuk penindasan!

Pekerja Migran Juga Manusia

3 orang pekerja migran dari Bangladesh ditimpa maut selepas dihempap oleh landasan konkrit seberat 490 tan pada 18 Ogos yang lalu, di tapak projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, Selangor.

Sejurus berlaku kejadian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid telah mengumumkan perletakan jawatan serta-merta sebagai mengambil tanggungjawab ke atas kemalangan maut yang meragut nyawa 3 orang pekerja tersebut. Namun begitu, Lembaga Pengarah MRT Corp telah menolak perletakan jawatan CEOnya pada 26 Ogos yang lalu. Sama ada ini adalah sandiwara atau tidak, kita akan dapat perhatikan pada masa yang akan datang.

Tindakan pengumuman perletakan jawatan oleh seorang CEO ekoran kemalangan yang meragut nyawa pekerja ini, boleh dikatakan pertama kalinya berlaku di Malaysia. Sememangnya pekerja di negara kita, termasuk pekerja migran yang dibawa masuk untuk membuat kerja-kerja yang berat, susah, kotor dan berbahaya, sentiasa menghadapi risiko ancaman nyawa, sama ada di dalam kilang atau tapak pembinaan. Ramai pekerja migran mati disebabkan kemalangan pekerjaan ataupun penyakit yang dihidapi semasa bekerja di sini,

namun pada kebiasaannya ramai orang termasuk pihak majikan dan kerajaan tidak mengambil kisah tentang hidup mati pekerja-pekerja migran ini. Oleh itu, perletakan jawatan CEO MRT Corp ini telah mewujudkan satu teladan yang patut dicontohi, kerana pihak majikan tidak boleh cuci tangan daripada menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Walaupun perletakan jawatan CEO tidak akan menyelesaikan masalah keselamatan pekerja yang berterusan, namun ia merupakan peringatan kepada semua syarikat yang mengupah pekerja supaya tidak boleh pandang ringan tentang langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan pekerjaan. Kerajaan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan peraturan keselamatan pekerjaan di semua tempat kerja dan jangan menunggu sampai berlakunya peristiwa yang meragut nyawa pekerja.

Peristiwa maut di tapak pembinaan MRT juga memperingatkan kita semua tentang pengorbanan pekerja migran dalam membangunkan ekonomi negara kita. Ramai pekerja migran bekerja dalam keadaan gaji yang rendah, jangka masa kerja yang panjang, kebajikan yang tidak terjamin dan sering dilanda peristiwa mengancam nyawa tetapi pihak majikan selalunya cuba cuci tangan. Kita patut menghargai pengorbanan para pekerja migran dengan memastikan hak asasi mereka dijamin dan dilindungi. ##

Pekerja Mati KemalanganCEO Letak Jawatan

Page 11: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 11KISAH PERJUANGAN

Mogok 24 hari di Ladang Abaco

oleh S. Arutchelvan

Ladang Abaco adalah sebuah ladang yang terletak di kawasan terpencil, berhampiran dengan pekan Beranang, iaitu pekan yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Para pekerja di ladang ini memang terdiri daripada golongan yang cukup miskin dan daif. Maka amat menakjubkan apabila pada tahun 1990, satu mogok pekerja selama 24 hari telah berlaku di ladang getah ini. Peristiwa ini berlaku pada zaman di mana para pekerja tidak berani melakukan mogok. Tempoh mogok kerja selama 24 hari ini merupakan satu jangkamasa yang agak panjang.

Mogok di Ladang Abaco berlaku apabila majikan ladang telah memberhentikan seorang wira pekerja yang bernama Pachamuthu kerana beliau memperjuangkan isu gaji. Majikan di Ladang Abaco pada masa itu tidak membayar gaji dengan jujur. Jika gaji pekerja ialah RM 15.60, mereka hanya akan dibayar RM 15 manakala wang syiling yang selebihnya akan disapu oleh majikan. Apabila ditanya, tauke ladang tersebut dengan angkuhnya berkata bahawa wang syiling pekerja itulah yang digunakan olehnya untuk membeli baja. Begitu angkuh sekali majikan tersebut, setelah menindas pekerja, duit syiling lebihan titik peluh pekerja pun disapu bersih. Beliau juga mencabar pekerja untuk mengadu kepada pihak atasan jika mereka tidak setuju.

Pachamuthu tidak dapat menerima kezaliman ini dan telah mengadu di Jabatan Buruh. Pihak majikan menafikan tindakan mereka dan terus memecat Pachamuthu. Tauke ladang ini juga dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Jabatan Buruh. Pekerja-pekerja yang lain cukup marah dengan tindakan majikan. Pachamuthu bersuara untuk kepentingan mereka dan kini dibuang kerja. Oleh sebab itulah, pekerja-pekerja lain telah memulakan mogok sebagai tanda bantahan terhadap penyingkiran Panchamuthu.

Orang Kampung Melayu Tahu Siapa Kawan Mereka

Untuk mengajar pekerja ladang yang kebanyakannya orang India, maka majikan Ladang Abaco meminta orang Melayu yang tinggal di kampung bersebelahan Ladang Abaco iaitu Kampung Sesapan Kelubi untuk menoreh getah secara kontrak, menggantikan tugas pekerja-pekerja yang mogok. Tetapi orang Melayu di situ telah menolak tawaran tersebut kerana mereka dapat memahami masalah yang dihadapi oleh buruh kaum India di Ladang Abaco. Kemudian majikan cuba membawa masuk pekerja Indonesia, tetapi pekerja melayu dari kampung tersebut dan pekerja ladang telah bersatu hati dan tenaga untuk menghalang pekerja Indonesia daripada membuat kerja. Mereka menceritakan kepincangan majikan kepada para pekerja Indonesia, sehingga pekerja Indonesia juga tidak mahu bekerja di situ.

Selain itu, orang-orang kampung tersebut juga telah melarang kereta tuan punya Ladang Abaco menggunakan jalan kampung tersebut yang agak elok berbanding dengan jalan di ladang

tersebut yang teruk dan becak. Walaupun tauke ladang menghulurkan wang tetapi orang Melayu di kampung dan pekerja Indonesia tahu nasib pekerja bawahan dan sudi bersolidariti dengan para pekerja ladang.

Ragam Orang Politik

Semasa mogok sedang rancak berjalan, salah seorang pemimpin MIC di kawasan tersebut, Ayasamy telah melawat para pekerja. Beliau telah menceritakan kepada pekerja-pekerja bahawa majikan mereka adalah orang yang baik kerana dapat bertutur dalam bahasa Tamil. Dia kemudian menasihatkan semua pekerja untuk sambung bekerja. Dia juga menghina pekerja-pekerja wanita, dengan mengatakan bahawa mereka yang sudah berusia pun mahu terlibat dalam mogok. Beliau berkata, "engkau orang macam nak mati aje, mengapa nak libat dalam semua ini?" Para pekerja pula berkata kepada pemimpin MIC ini bahawa mereka akan balik bekerja jika kerja Pachamuthu dipulihkan. Pemimpin MIC Ayasamy turut membawa wartawan akhbar Tamil bersamanya. Para pekerja menanti-nanti berita tentang mogok mereka disiarkan dalam akhbar. Tetapi, pada hari esoknya, akhbar Tamil itu membuat liputan, yang antaranya berbunyi, “mogok pekerja di Ladang Abaco telah tamat setelah pemimpin MIC Beranang Encik Ayasamy menasihatkan para pekerja balik bekerja.” Para pekerja amat marah dengan siaran akhbar tersebut. Mereka cuba menghubungi pihak akhbar tersebut untuk membetulkan balik cerita tetapi tiada apa-apa cerita susulan mengenai Ladang Abaco disiarkan. Di sini sekali lagi ahli politik bersekongkol dengan kapitalis ladang.

Selepas orang MIC, orang dari parti GERAKAN pula datang ke ladang. Orang-orang dari GERAKAN juga tidak banyak bezanya. Pada satu malam, satu rombongan yang terdiri daripada orang India dan Cina yang berpakaian kemas datang ke Ladang Abaco. Rombongan itu duduk dalam kuil kecil di bawah pokok, berdekatan dengan tempat mogok dijalankan. Mereka pun mula bercerita seperti ahli parti pembangkang dan mengutuk Jabatan Buruh, MIC dan sebagainya. Apabila diberitahu bahawa akhbar Tamil telah memesongkan cerita pekerja-pekerja Ladang Abaco, mereka memberi satu cadangan yang amat melucukan. Mereka berhujah bahawa setiap pagi, Perdana Menteri akan membaca surat khabar Bahasa Cina dahulu sebelum membaca suratkhabar lain, dan mereka akan bantu memasukkan cerita Ladang Abaco dalam surat khabar cina.

Apabila salah seorang pekerja tidak bertahan lagi dengan sandiwara ini, dia bersuara, "adakah parti GERAKAN sebahagian daripada parti pemerintah iaitu - Barisan Nasional dan jika ia, mengapa BN sebagai kerajaan tidak boleh selesaikan isu ini?" Mendengar soalan tersebut, para penghibur parti GERAKAN ini seolah-olah terpegun dan terus dengan tergesa-gesa menghulurkan wang RM 600 sebagai sumbangan mereka kepada mogok, namun soalan yang ditanya oleh pekerja tidak dijawab. Mereka pun dengan tergesa-gesa balik.

Media Bahasa Inggeris yang Tak Sampai

Mogok Ladang Abaco telah berlarutan untuk beberapa hari, tetapi dunia luar langsung tidak mengetahui tentang mogok ini. Akhbar Tamil pun tiada berita susulan kerana ingatkan mogok ini

sudah berakhir. Maka satu inisiatif diambil untuk memanggil akhbar Bahasa Inggeris.

Beberapa usaha diambil untuk menghubungi pemberita tetapi kebanyakan mereka tidak mahu datang kerana ladang itu terletak di kawasan yang terpencil, dan ada pula mengharapkan ada VIP terlibat dan berkata jika ada VIP, baru boleh datang dan buat liputan.

Akhirnya seorang wartawan terkenal Liones daripada The Star bersetuju datang. Panggilan telefon kepadanya dibuat dari satu-satunya kedai di Ladang Abaco yang mempunyai telefon. Semasa membuat panggilan, tidak kurang daripada 15 orang penduduk Ladang Abaco yang begitu mengharapkan ada sesuatu yang positif daripada wartawan The STAR tersebut. Namun wartawan ini yang pada awalnya menunjukkan begitu banyak minat akhirnya berkata bahawa editornya tidak mahu membenarkan cerita ini ditulis. Antara alasan adalah 100 orang mogok bukan isu besar. Maka ini liputan media amat kurang.

Solidariti Sokongan Pekerja Lain

Walaupun ahli politik dan media memulau mogok ini, tetapi pekerja ladang dari kawasan sekitarnya datang membantu dan memberi semangat kepada pekerja-pekerja yang bermogok. Walaupun miskin, mereka dapat menyumbang makanan dan wang kepada pekerja-pekerja Ladang Abaco. Risalah juga diedarkan oleh pelajar-pelajar UKM di kawasan sekitarnya untuk meminta bantuan dan usaha ini mendapat sambutan hebat. Ramai pekerja dari ladang lain yang ambil inisiatif sendiri untuk membelikan pekerja bermogok beras dan bihun. Setiap hari, ada juga orang luar yang sumbang wang dan makanan. Solidariti kaum pekerja cukup bermakna. Juga masyarakat lain bersimpati. Mereka ini menghulurkan bantuan dan satu pusat menerima makanan dibuat dekat dengan kuil kecil di Ladang Abaco.

Polis

Apabila tauke ladang gagal mendapat pekerja luar untuk teruskan kerja penorehan getah, maka mereka memanggil polis. Polis pula mengugut para pekerja untuk memberhentikan mogok dan sambung bekerja. Walaupun ini adalah isu pertelingkahan industri tetapi terbukti polis mengambil pendirian untuk berpihak pada majikan. Walaupun para pekerja miskin, mereka meneruskan mogok juga. Majikan semakin tertekan.

Aktivis Buruh

Keadaan di Ladang Abaco menjadi semakin tegang. Polis, Jabatan Buruh dan semuanya sudah bersatu untuk menghancurkan mogok yang hendak masuk ke ladang pada minggu ketiga. Pekerja di situ juga semakin hari semakin terdesak. Selain daripada bantuan makanan, tiada pertolongan lain dari luar. Akhbar tak banyak beri liputan.

Akhirnya aktivis buruh seperti Dr. Ramasamy, Arokiadass, Thiagarajan (Workers Organisation) dan SN. Rajah datang ke ladang tersebut. Dua orang pekerja Ladang Abaco termasuk Pachamuthu terus membincangkan isu ini bersama mereka untuk mencari cara yang berkesan untuk menyelesaikan kemelut ini.

Sedikit demi sedikit, aktivis-aktivis buruh in mengambilalih dan menjadi penasihat untuk perjuangan ini. Namun demikian, terdapat beberapa pertelingkahan (politik dalaman) antara mereka dan kadang-kadang ada taktik-taktik yang berbeza dan mengelirukan digunakan oleh mereka. Antara perkara yang menggagalkan mogok ini setelah 24 hari ialah, apabila mereka membawa masuk NUPW (Kesatuan Buruh Pekerja ladang) dan menubuhkan Kesatuan Sekerja di ladang tersebut.

Peranan Kesatuan Sekerja - NUPW

NUPW diajak oleh aktivis buruh seperti Thiagarajan dan Dass. NUPW seperti biasa hanya setuju melawan di mahkamah perindustrian sahaja dan meminta mogok diberhentikan serta-merta. Inilah kemungkaran NUPW yang paling besar. Mereka menghentikan mogok tanpa Pachamuthu dipulihkan kerjanya. Maka tuntutan utama gagal. Majikan juga dalam masa seminggu mogok telah memberhentikan semua pekerja ladang. Kejayaan NUPW hanyalah mendapatkan semua pekerja kerja semula tetapi hanya sebagai “pekerja baru”.

Kemudian dalam masa enam bulan selepas itu, NUPW membatalkan cawangan kesatuan sekerja yang baru ditubuhkan kerana orang di sana tidak bayar yuran. Untuk pekerja Ladang Abaco pula, mereka hanya melihat orang NUPW masuk ke ladang dua kali, dan setiap kali mereka hanya meminta yuran, masalah pekerja tidak diselesaikan. Pekerja sudah begitu menderita kesan daripada mogok ini, dan tidak mempunyai wang untuk membayar yuran. Barulah kami sedar bahawa NUPW tidak boleh dipakai dan hanya wujud sebagai satu kesatuan kuning yang menjaga kepentingan majikan.

Kesudahan Mogok Abaco

Mogok Ladang Abaco gagal. Pachamuthu terpaksa meninggalkan ladang tersebut. Beliau kemudian menjadi pemandu lori di luar. Pekerja-pekerja Ladang Abaco yang melibatkan diri dalam mogok hilang faedah berhenti kerja kerana majikan mengambil mereka sebagai pekerja baru.

Ladang Abaco merupakan ajaran paling ketara untuk memahami perjuangan kelas, dan kesetiaan serta peranan polis, kesatuan sekerja dan parti politik pemerintah dan jabatan Buruh.

Sepanjang mogok pekerja, para pekerja akan berbincang setiap hari dan memasak makanan secara kolektif. Keberanian dan kegigihan mereka harus dihormati. Isu asalnya adalah mereka tidak dibayar gaji sepenuhnya tetapi mereka dimangsakan oleh satu sistem dan semua institusi politik serta media bersekongkol untuk menghancurkan mogok ini. ##

Page 12: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 201412 ANTARABANGSA

GAZA

Setelah serangan hebat oleh tentera Israel ke atas Gaza yang berlarutan untuk 7 minggu, Hamas dan Israel mencapai persetujuan untuk gencatan senjata dengan Mesir sebagai orang tengah. Penderitaan rakyat Gaza akibat daripada serangan bertubi-tubi oleh tentera Israel dapat diberhentikan apabila gencatan senjata dicapai. Ramai rakyat Palestin keluar meraihkan kemenangan di jalanan Gaza selepas mengetahui berita baik ini.

Serangan ketenteraan oleh Israel ke atas Gaza yang bermula pada 8 Julai hingga 26 Ogos yang lalu, telah meragut nyawa lebih 2,000 orang penduduk di Gaza, sementara lebih 10,000 orang penduduk Gaza mengalami kecederaan.

Mengikut anggaran yang dibuat oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) pada 5 Ogos yang lalu, seramai 520,000 orang Palestin (bersamaan dengan lebih kurang 30% daripada jumlah penduduk di Gaza) berkemungkinan besar telah kehilangan tempat tinggal, antaranya 485,000 orang memerlukan bantuan makanan yang segera dan 273,000 orang terpaksa mencari perlindungan di 90 buah sekolan PBB. Sebanyak 17,200

buah rumah penduduk Gaza telah dimusnahkan. Oleh yang demikian, walaupun serangan ketenteraan telah diberhentikan untuk ketika ini, rakyat Palestin di Gaza masih akan menanggung penderitaan akibat daripada kekejaman Zionis Israel.

Dijangkakan pembinaan semula dan pemulihan Gaza mengambil tempoh masa lebih 10 tahun, dengan syarat tidak diserang lagi oleh tentera Israel. Pendamaian atau gencatan senjata adalah tidak terjamin selagi Israel masih meneruskan dasar zionisnya yang cuba memaksa rakyat Palestin keluar dari tanah Palestin. Rakyat di Gaza akan terus menanggung kesusahan jika tentera Israel masih menguasai sempadan darat, laut dan

ruangan udara Gaza. Rakyat Palestin juga akan terus menentang kezaliman Israel sekiranya masih ada warga Palestin yang ditahan tanpa bicara oleh rejim Israel.

Jalan untuk pendamaian yang berkekalan di Palestin masih jauh. Selagi rakyat Palestin tidak mendapat keadilan dan hak untuk menentukan nasib mereka, bumi Palestin akan terus bergelora. ##

ISIS: Produk Imperialis yang Mengancam Dunia

Video seorang wartawan Amerika Syarikat, James Foley, dipancung kepalanya yang disebarkan dalam media sosial baru-baru ini, adalah satu lagi contoh kekejaman yang dilakukan oleh pelampau “Negara Islam Iraq dan Syam” (ISIS). Video yang disebarkan dalam laman web dan media sosial tersebut adalah satu tindakan terdesak oleh kumpulan ISIS yang sekarang ini dibedil oleh tentera AS dan Iraq. Kekejaman dan kejahatan yang dilakukan oleh ISIS telah mencemari nama agama Islam, dan juga mewujudkan alasan untuk kuasa imperialis seperti AS untuk memperkukuhkan kekuasaannya di rantau Timur Tengah.

ISIS merupakan sebuah kumpulan militan ekstremis yang dipengaruhi oleh pergerakan fahaman Wahabi, berpecah keluar daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq. ISIS telah mengambil kesempatan Perang Saudara Syria yang tercetus pada tahun 2011 untuk memperkembangkan kuasa ketenteraannya di bahagian barat Syria dan sekarang ini sedang cuba memperluaskan pengaruhnya di wilayah utara Iraq. Pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi telah menggelar dirinya sebagai “Khalifah” dan menubuhkan “Negara Islam”. ISIS

menggunakan kekerasan dan kekejaman yang teruk untuk menakut-takutkan rakyat di Iraq. Golongan yang tidak sehaluan dengan ISIS, seperti Syiah, Kristian dan Yazidi telah ditindas dengan kejamnya oleh kumpulan ISIS. Ramai yang dibunuh secara

kejam.

ISIS tidak muncul secara tiba-tiba. Ia merupakan produk dasar imperialis di Timur Tengah yang membiakkan ketidakadilan dan pengganasan. AS bersama sekutunya seperti Arab Saudi dan Pakistan telah menghulurkan bantuan dari segi ketenteraan, kewangan, risikan dan sebagainya kepada kumpulan mujahidin di Afghanistan pada tahun 1980-an, untuk memerangi tentera Kesatuan Soviet dan kerajaan Republik Demokratik Afghanistan yang dianggap sebagai ancaman kepada kekuasan AS.

Kumpulan al-Qaeda yang mendapat sokongan kewangan yang hebat daripada oligarki pemerintah Arab Saudi, sekutu rapat AS di Timur Tengah, telah bertukar menjadi raksasa yang menakutkan untuk imperialis AS itu sendiri. Serangan pengganas pada 11 September 2001 di New York yang dirancang oleh al-Qaeda, telah dijadikan alasan untuk kerajaan AS yang di

bawah pimpinan George W. Bush pada masa itu untuk melancarkan “Perang ke atas Pengganasan” (War on Terror), satu usaha mencetuskan lebih keganasan untuk memperluaskan ketenteraan AS. Puak kanan lampau di AS dan Eropah juga mempergunakan kesempatan itu untuk mengapi-apikan sentimen “islamofobia”, yang memangsakan golongan muslim di banyak negara.

Kumpulan al-Qaeda berkembang hebat di Iraq khususnya selepas penaklukan tentera AS ke atas negara tersebut. Selepas kuasa imperialis AS menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein, ia cuba menggunakan taktik pecah dan perintah untuk melemahkan penentangan ke atas pendudukan tentera AS. Ini telah mewujudkan ketegangan yang hebat antara golongan Sunni, Syiah dan Kurd di Iraq. Penaklukan dan pendudukan tenteran AS selama 8 tahun di Iraq, telah menghancurkan kehidupan rakyat biasa Iraq, dan mewujudkan keadaan yang sesuai untuk

pembiakan politik ektremis.

AS juga cuba mencampurtangan secara tidak langsung dalam konflik di Syria yang telah meragut nyawa seramai 100,000 orang, dengan membenarkan oligarki Arab Saudi dan Qatar menyalurkan bantuan kepada kumpulan pelampau Islamis seperti al-Qaeda di Syria. ISIS adalah antara kumpulan pelampau bersenjata yang berkembang jadi semakin kuat dan berpengaruh hasil daripada konflik perang saudara yang berlarutan di Syria.

Apabila krisis di Iraq telah memasuki peringkat baru dengan kekejaman yang berterusan oleh ISIS, imperialis AS sekali lagi cuba mencampurtangan dengan melakukan serangan ke atas Iraq. Namun, operasi ketenteraan AS tidak akan menghancurkan unsur-unsur ekstremis, kerana agenda imperialis AS itulah yang merupakan punca kepada puak ekstremis agama di Timur Tengah hari ini. ##

Gencatan Senjata DicapaiKonflik Belum Selesai

Page 13: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 13SEJARAH

SEGMEN TOKOH KIRI: Siri Pejuang Anti-Penjajah (2)

PAHLAWAN TRADISIONAL ANTARA KELOMPOK RADIKAL TERAWAL MENENTANG PENJAJAH BRITISH(bersambung dari Edisi Ogos-Sep 2014)

MAT KILAU

Mat Kilau Bin Imam Rasu dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut adalah anak kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Tok Gajah.

Beliau merupakan seorang pemuda

yang amat disegani bukan kerana beliau adalah anak kepada seorang yang berpangkat tetapi kerana sikap matang dan kejujurannya serta memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang merendah diri. Mat kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, malah turut menyemarakkan semangat perjuangan menentang penjajah di negeri jiran iaitu di Terengganu dan Kelantan.

Sekitar tahun 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang ekoran kemarahan terhadap tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik oleh Sultan. Dato' Bahaman serta Tok Gajah antara pembesar yang menerima akibat campurtangan pentadbiran British di Pahang dan kesan daripada itu, bermulalah siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum mati.

Bermula pada Mac 1892, siri pemberontakan pembesar negeri berlaku yang diketuai oleh Tok Gajah dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub, yang kemudiannya menyerang tentera-tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis. Berikutan dengan kemaraan British ke Kampung Budu pada Mei 1892, beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka, bagi meneruskan usaha dan perjuangan menentang penjajah. Mat Kilau dan adiknya Awang Nong kembali dan membawa pengikutnya menyerang pasukan Inggeris di Kuala Atuk, berdekatan Sungai Tembeling yang diketuai oleh R.W Duff yang mengakibatkan dua pengakap British terbunuh. Pemberontakan ini saling berbalas dan berlanjutan sehingga tahun 1895.

Bagaimanapun Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang British di Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri berikut iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok

Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut.Pada Oktober 1895, beliau ditangkap askar siam dan dibawa ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana, Mat Kilau dipercayai melawan dan askar siam dikatakan memukul kepala beliau hingga tidak sedarkan diri dan disangka mati. 'Mayat' beliau diserahkan kepada Sultan Kelantan, yang kemudiannya menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung, Kelantan menggunakan batang pisang.

Di kalangan ramai pahlawan melayu Pahang yang bangkit menentang British pada 1880-an, hanya Mat Kilau yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara. Bahkan Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat “Merdeka” pada 31 Ogos 1957. Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa lelaki tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

DATUK BAHAMAN

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Datuk Bahaman juga seorang yang pandai bersilat dan dikatakan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi persinggahan British.

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati orang-

orang besar Pahang terhadap campurtangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Datuk Bahaman tanpa sebarang perundingan dengan Beliau. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Datuk Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Datuk Bahaman enggan ke Pekan, sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Datuk

Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Deaborough datang untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Deaborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh. Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu,

pegawai-pegawai British di Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-

pembangkang Melayu. Ekoran daripada itu, pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Datuk Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Datuk Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

DATO' MAHARAJALELA

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meinggal dunia pada 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar delapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri. Semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato' Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Dato' Sagor, Ngah Kandin, Pandak Indut, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh J.W.W.Birch, Residen British yang pertama di Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat “Durian Sebatang” yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak lima cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato' Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato' Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan

membunuh Birch, manakala Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir. Mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato' Lela pada 30 Oktober 1875 telah mencapai kata sepakat untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato' Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok, dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.

J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokan hari. Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan

Birch jatuh ke dalam sungai.

Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan, dan pada ketika itu Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokan harinya sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian. Kejadian ini telah membangkitkan kemarahan pihak British dan tentera British berjaya mengawal kebangkitan rakyat Perak dan menawan Pasir Salak pada 15 November 1875. Semua yang terlibat dalam komplot pembunuhan Birch ditangkap dan dibicarakan. Sultan Abdullah, orang kaya-kaya menteri serta Ngah Ibrahim

dirampas harta mereka lalu dibuang negeri ke Pulau Seychelles manakala Dato Lela, Tok Sagor, dan Pandak Indut dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak.

(bersambung di Edisi Okt-Nov 2014)

Page 14: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 201414 SENI

Putera Besar Tanahair

Boestamam (Putera Besar Tanahair)

Pada suatu bening pagitiga puluh november tahun seribu sembilan ratus dua puluhmatahari menyepuhkan sinarangin sepoi menyampaikan kabaruntuk keluarga sederhana Kampun Behrang Uludaerah Tanjung Malim negeri Perakseorang putera dilahirkan.

Kecilnya bernama Abdullah Sani bin Raja Kechilbesarnya bergelar AHMAD BOESTAMAM.

Berkat keramat bumi tercintagunung sungai langit laut dan udaranyabesarlah putera bangsa dalam semangat pahlawanmelihat derita bangsanya dalam kemiskinanmelihat bijih timahnya diambil orangmelihat susu getahnya habis dicurimelihat kayu balaknya terus dirompakmelihat bumi minyaknya tembus digalisedang bangsanya papa kedanahidupnya merempat si marhaen hina.

Maka bergurulah ia pada pengalamanbergurulah ia pada sejarahbergurulah ia pada kehidupan rakyatDitimbanya ilham dari manusia-manusia besarWashington, Jefferson, Rousseau,Nehru, Nasser, Sukarno… dan puluhan lagijuga Subash Chandra Bose yang mengilhamkan nama Boestamam.

(ii)

Langit dunia pun dibakar api kemerdekaanAsia bergolak, di mana-mana rakyat bangkit melawangelombang raksasa merempuh benteng penjajahanmerdekalah India, lahirlah Pakistan, bebaslah Filipinamuncullah Burma dan semaraklah revolusi Indonesia….

Pemuda Boestamam muncul dengan Testament Politik API:Merdeka dengan DarahKeras lawan keras, lembut lawan lembut.

Bersama teman-teman, pahlawan,kaugabungkan tenaga muda dalam API membaramenyerak mercik menyadap semangat bangsasebaris lalu sebaris tumbuh sebaris tiba.Boestamam, kau berdiri di barisan paling depanmengibarkan bendera merdekayang menakutkan mereka yang berjiwa hamba.

Dan pintu penjara pun dibukauntuk dipenuhi oleh pahlawan bangsa:tinggallah anak-anak, tinggallah isteribertahun kauhadapi derita sengsara ini.

Ia bisikkan pada isteri yang hampir menangissimpan air mata, sedanmu jangan mengirisaku pergi untuk waktu yang tak pastikuatkan hati, relakanlah aku pergi.

Boestamam, penjara demi penjara kaumasukiderita demi derita di sekeliling pagar berduriselama hidupmu lebih dari 5,745 harikaurebahkan dalam penjara berduriselama ribuan hari lagi kaupikul beban rasakepedihan derita hidup keluarga

rindu pilu isteri dan putera-putera tercintanamun tidak ada kata menyerahmeski tawaran kemewahan datang mencurah.

(iii)

Bertuahlah bumi timah negeri Perak inimelahirkan barisan putera gagah beranipahlawan tanahair yang mengabdikan diriuntuk kedaulatan negara untuk martabat bangsaDari Datuk Maharajalela yang memerahkan Pasir Salakmembawa kepada nama-nama besar pahlawan kebangsaan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Zulkifli Muhammad,Aminuddin Baki, Ahmad Boestamam dan beberapa lagimenjulang tinggi ke puncak Semanggulmelayah rendah ke lembah Kintabagaikan cendana dan harum kasturibagaikan cempaka gunung menyebarkan wangijauh menjangkau ke seluruh pelosok persada nusantaramengarakkan mega kesumba seribu warna.

(iv)

Pelabuhan sepi keranda sudah bertolaksayup-sayup suara pidatonya dilambung ombakbenarkah pisang emas dibawa belayarsungguhkah pulau pandan jauh ketengah?Boestamamputera besar tanahairnamamu terpahat di gerbang sejarahpejuang kemerdekaan dan keadilanbudayawan dan sasterawanahli fikir dan negarawan.

Harum semerbak bau kasturikemboja merah mekarlah berserikekal semarak perjuangan beraniTuhan pengasih selalu merahmati.

Salam perjuangan.

Sudah menjadi perkara biasa bagi bulan Ogos dan September, antara perkara yang tak sudah-sudah dibicarakan serta diperdebatkan sudah tentulah tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembentukkan negara ini. Ada yang mati-mati mempertahankan segala fakta di dalam buku teks sejarah dengan buta tuli, ada yang menyanggah

dengan mengatakan bahawa negara ini tidak pernah merdeka, ada juga yang bersetuju bahawa negara ini telah merdeka akan tetapi merdeka dengan darah dalam api, seperti yang dilaungkan oleh salah seorang tokoh sosialis - Ahmad Boestamam.

Oleh kerana keberanian, ketokohan, serta pengorbanannya, salah seorang sasterawan negara iaitu Usman Awang telah menyampaikan kisah hidup tokoh sosialis ini melalui puisinya yang dikongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian.

Page 15: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 2014 15IDEOLOGI

Apa Beza Manusia dan Haiwan?Apa yang membezakan antara manusia dan haiwan-haiwan lain? Apa yang menentukan kesedaran kita, pandangan kita dan pandangan dunia? Apa yang kita maksudkan dengan 'kelas'?Apa yang kita maksudkan dengan hubungan pengeluaran?

Materialisme Sejarah adalah satu teori saintifik mengenai sejarah perkembangan manusia. Satu pepatah Karl Marx

(dari bukunya bertajuk A Contribution to the Critique of Political Economy), “bukan kesedaran manusia yang menentukan kewujudannya, sebaliknya, kewujudan sosial mereka yang menentukan kesedaran mereka”.

Maksudnya, pemikiran kita terhad kepada pelbagai pengalaman masing-masing. Contohnya, tidak banyak yang kita tahu mengenai pemikiran masyarakat primitif, tapi kita boleh agak apa yang tidak mungkin mereka fikir. Contohnya, mereka tidak mungkin fikir pasal keputusan pertandingan liga bola sepak.

Seorang lagi ahli falsafah Hegel berkata, “manusia adalah spesis yang boleh berfikir.” Memang benar 'pemikiran' membezakan kita daripada haiwan-haiwan lain, tetapi mengapa manusia dapat membina kapasiti untuk berfikir?

Seratus tahun dahulu, Frederick Engels menegaskan bahawa postur tegak manusia menandakan transisi dari beruk ke manusia. Pandangan ini disahkan oleh beberapa kajian terbaru ahli-ahli antropologi seperti Leakey. Postur tegak membebaskan tangan untuk mencengkam dan ini membolehkan penggunaan alat-alat. Postur ini juga membolehkan manusia lebih bergantung pada mata daripada deria-deria lain. Penggunaan tangan mengembangkan kuasa otak melalui medium mata. Benjamin Franklin (ahli politik AS, kurun ke-18) mendefinasikan manusia sebagai “haiwan membuat alat-alat”.

Charles Darwin mengatakan dalam teori evolusinya, bahawa spesis-spesis yang berjaya mengadaptasi diri akan hidup lebih lama. Pada awalnya manusia tidak ada banyak kelebihan berbanding kelajuan cheetah, kekuatan singa dan saiz gajah yang menakutkan. Namun, manusia telah berjaya mendominasi planet sehingga haiwan-haiwan yang menakutkan ini hampir pupus di muka bumi.

Proses di mana manusia menguasai alam adalah buruh. Di makam Marx, kawannya Engels mencatatkan penemuan Marx iaitu “manusia mula-mula kena makan, minum, cari tempat teduh dan pakaian, oleh itu bekerja sebelum mengejar politik, sains, seni, agama dan lain-lain.”

Walaupun kita tak dapat baca pemikiran nenek moyang primitif kita, tapi kita boleh agak apa yang kerap mereka fikirkan, seperti makanan. Buruh membezakan manusia daripada hidupan yang lain. Keupayaan mereka bertambah apabila mereka berjaya melalui pelbagai cabaran alam dan kesulitan. Dengan lain perkataan, produktiviti manusia semakin meningkat. Untuk setiap peringkat dalam perkembangan, kuasa-kuasa produktif sepadan dengan satu set hubungan pengeluaran yang tertentu. Hubungan pengeluaran bererti cara masyarakat mengatur diri untuk mendapatkan makanan harian. Oleh itu, hubungan pengeluaran adalah rangka setiap bentuk masyarakat. Mereka menyediakan syarat-syarat kewujudan sosial yang menentukan kesedaran manusia.

Marx menjelaskan bagaimana perkembangan kuasa-kuasa

produktif langsung mewujudkan hubungan pengeluaran yang berbeza, dan masyarakat kelas yang berbeza. 'Kelas' yang kita maksudkan, sekumpulan orang dalam masyarakat dengan hubungan yang sama dengan cara-cara pengeluaran. Kelas yang memiliki dan mengawal cara-cara pengeluaran, memerintah. Ini membolehkannya memaksa kelas yang ditindas atau kelas yang membanting tulang untuk bekerja keras demi kepentingan pemerintah. Kelas yang bekerja ini terpaksa membanting tulang untuk menghasilkan lebihan, di mana kelas pemerintah menggunakannya untuk hidup selesa.

Komunisme Primitif

Kita biasa dengar keluhan seperti 'Sosialisme tidak mungkin kerana kita tidak boleh ubah tabiat manusia yang tamak'. Hakikatnya, perpecahan masyarakat mengikut kelas wujud tidak lebih daripada 10,000 tahun berbanding 100,000 tahun sejak manusia moden wujud di planet ini. Ertinya 90% tempoh masa kewujudan masyarakat manusia, tidak adanya masyarakat kelas, iaitu, ketidaksamaan tidak dikuatkuasakan, tidak ada negara, dan tidak ada keluarga dalam erti kata moden. Ini bukan kerana orang

primitif adalah lebih mulia daripada kita, tetapi kerana hubungan pengeluaran menghasilkan bentuk masyarakat yang berbeza, dan kerana itu suatu 'sifat manusia' yang berbeza.

Asas kehidupan masyrakat primitif adalah mengumpul dan memburu. Satu-satunya pengagihan buruh adalah antara lelaki dan perempuan, atas sebab biologi. Antara cirri-ciri masyarakat ini, mereka berkongsi tempat memburu dan hasil buruan juga dikongsi. Mana mungkin menyorok – kalau simpan pun, makanan akan rosak pada hari berikutnya. Tiada orang yang memiliki harta persendirian. Kalau ada alat peribadi, ia disemadikan atau dibakar apabila pemiliknya mati. Tiada juga keperluan untuk negara kerana

tiada kelas yang bermusuhan. Pertikaian individu boleh diselesaikan dalam suku kaum masing-masing.

Masyarakat maju kerana terpaksa. Bermula di tropika Afrika, dengan penduduk semakin meningkat, menyelubungi kawasan-kawasan yang sukar untuk menduduki, orang ramai terpaksa menggunakan kuasa pemikiran mereka dan tenaga buruh untuk membangun – atau mati. Dari mengumpul buah, kacang dan lain-lain, ia adalah satu langkah ke hadapan untuk menyemai tanah. Dari memburu, ia merupakan satu langkah untuk penternakan.

Revolusi Pertama

Revolusi besar yang pertama dalam sejarah manusia adalah revolusi pertanian, atau revolusi neolitik. Bijian dipilih dan disemai, dan tanah dibajak menggunakan haiwan. Untuk pertama kalinya hasil yang berlebihan, melebihi keperluan sara hidup pekerja wujud.

Di bawah komunisme primitif, tiada alasan untuk sesiapa duduk 'goyang kaki' tanpa membuat kerja. Tidak juga ada alasan untuk menghambakan sesiapa memandangkan masing-masing hanya boleh memenuhi keperluan sendiri. Kini, kemungkinan itu wujud – tiada kerja untuk segelintir, tapi manusia masih tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup untuk memenuhi keperluan semua orang. Oleh itu, bukan semua yang boleh elak daripada tidak membuat kerja. Atas dasar ini, timbul masyarakat kelas – masyarakat terpisah antara pemilik dan kelas pekerja.

(akan bersambung di edisi berikut. Di terjemahkan dari artikel tulisan Mick Brooks oleh Letchimi)

Page 16: Sosialis (Sept Okt 2014)

Sep-Okt 201416 GALERI

Ruangan InformasiJumlah Isi Rumah Memiliki rumah

sendiri Tinggal di Rumah sewa

Setinggan / tumpang rumah

6.3 juta 4.4 juta 1.6 juta 300 000

Sumber: http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20130702/dn_05/19-juta-isi-rumah-belum-miliki-rumah-sendiri

Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, berucap dalam satu aksi solidairiti untuk rakyat Palestin di hadapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 29 Ogos yang lalu. Protes tersebut dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tujuan membongkar dan membantah hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel.

Solidaritiuntuk Palestin

RUMAH ADALAH HAK ASASI RAKYATBUKAN UNTUK KEUNTUNGAN KORPORAT

(Gambar-gambar sekitar protes membantah harga rumah yang melambung tinggi, pada 20 Ogos yang lalu, di Putrajaya.)

1.7 juta keluarga di negara kita yang tidak mampu memiliki rumah sendiri adalah satu krisis sosial yang serius. Harga rumah yang melambung tinggi akibat daripada sistem pasaran yang menjadikan rumah satu komoditi yang dijualbeli sesuka hati demi keuntungan. PSM telah mengambil inisiatif untuk mensyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah kenaikan harga rumah. PSM berpendapat bahawa kerajaan perlu melakukan anjakan paradigma dalam isu perumahan, iaitu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan hak perumahan rakyat terjamin, dan tidak menyerahkan

pengagihan rumah kepada pasaran bebas yang hanya mementingkan keuntungan korporat.

Dr. Jeyakumar, AJK Pusat PSM merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput, menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dr. Rohana Ariffin, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut memberi sokongan kepada protes harga rumah.