sosialis (ogos sept 2015)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis RM 1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT OGOS-SEP 2015 baca lanjut di m/s 4 | PQ/PP1505(17864) > m/s 6 > m/s 13 > m/s 12 > m/s 5 baca lanjut di m/s 8 & 9 Tangkap Najib Tumbang Rejim Tukar Sistem Caj tinggi ke atas warga asing Ancam kesihatan awam Harapan Baru, masalah lama? Tak bayar gaji minimum Patut dihukum penjara Krisis hutang Greece Kudeta dengan bank Peneroka Gatco terus diancam > m/s 6 TPPA korban nilai nyawa

Upload: partisosialis

Post on 25-Jul-2016

251 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Topik: Harapan Baru Masalah Lama, Kesihatan Awam, Bersih 4, Generasi Millenial, Gaji Pekerja Masalah Global, Greece Kudeta Dengan Bank

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATOGOS-SEP 2015

baca lanjut di m/s 4

| PQ/PP1505(17864)

> m/s 6

> m/s 13

> m/s 12

> m/s 5

baca lanjut di m/s 8 & 9

Tangkap NajibTumbang RejimTukar Sistem

Caj tinggi ke atas warga asing

Ancam kesihatan awam

Harapan Baru, masalah lama?

Tak bayar gaji minimumPatut dihukum penjara

Krisis hutang GreeceKudeta dengan bank

Peneroka Gatcoterus diancam

> m/s 6

TPPA korban nilai nyawa

Page 2: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 20152 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Skandal penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak dan 1MDB semakin hari semakin menjadi sensasi, dengan pendedahan demi pendedahan maklumat tentang tahap kerakusan kuasa dan politik wang yang amat mengerunkan rakyat jelata. Adalah tidak masuk akal sekiranya masih ada orang berpandangan bahawa Najib masih mempunyai kewibawaan dan kredibiliti untuk mentadbir negara kita ini yang sedang dilanda dengan krisis sosio-ekonomi dan politik yang semakin serius.

Rombakan kabinet yang menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan pertukaran Peguam Negara hanya merupakan sebahagian usaha Najib yang amat terdesak untuk memperkukuhkan kuasanya demi memastikan survival politiknya dalam keadaan yang amat bergoncang pada takat ini. Penggantungan permit penerbitan akhbar yang melaporkan skandal 1MDB dan penangkapan ke atas mereka yang berprotes menuntut Najib ditangkap, merupakan taktik represif yang digunapakai selama ini oleh rejim UMNO-BN untuk menyekat penularan kemarahan rakyat dan melenyapkan kebangkitan kuasa penentangan yang menggugat kekuasaannya. Namun, lebih kuat pemukulan, terbukti lebih serius tahap krisis dalaman kelas pemerintah, maka kekuasaan pemerintah juga menjadi lebih lemah apabila berdepan dengan kebangkitan rakyat sekiranya kemarahan rakyat memuncak.

Himpunan BERSIH 4 telah dipanggil dan ini barang kali akan merupakan himpunan yang paling besar selepas Himpunan 1 Mei tahun ini. Ketiga-tiga himpunan BERSIH yang menuntut pilihanraya yang bebas, adil dan bersih daripada penyelewengan itu telah mencipta sejarah dalam perjuangan demokrasi negara kita. Walaupun terdapatnya banyak pandangan tentang seruan untuk mengadakan aksi himpunan BERSIH 4 kali ini, sama ada patutkah BERSIH menuntut perletakan jawatan PM, ataupun bolehkah kita melakukan perubahan dengan hanya berhimpun semalaman, dan sebagainya, namun apa yang pasti adalah skala aksi massa BERSIH 4 akan menentukan sejauh mana rejim UMNO-BN pimpinan Najib sekarang ini akan bertahan, di samping menjadi kayu pengukur kepada tahap kemarahan rakyat yang mampu menterjemah dalam bentuk aksi massa.

Sekali lagi, rakyat Malaysia berada di satu persimpangan sejarah yang penting. Kita boleh hanya duduk sahaja dan menonton sandiwara politik krisis pemerintah yang sehingganya akan menukar muka pemimpin tanpa penglibatan perjuangan rakyat, tetapi masyarakat kita tidak mungkin akan berubah dari dasarnya, dan penindasan akan terus berlaku hari demi hari. Hanya dengan rakyat bangkit melawan dan melibatkan diri dalam proses perjuangan, baru kita dapat membina kesedaran politik dan memantapkan kuasa rakyat untuk mencipta sejarah demi kesejahteraan semua. ##

Page 3: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 2015 3PARTI DAN FRON

Malam Salam Perjuangan PSM Jelapang

PSM Cawangan Jelapang telah mengadakan jamuan makan “Malam Salam Perjuangan” pada 18 Julai yang lalu di Menglembu, Perak. Jamuan mengutip dana untuk Cawangan Jelapang tersebut mendapat sambutan hangat daripada para penyokong di sekitar kawasan di mana PSM Jelapang membuat kerja.

Hampir 1000 orang hadir ke program makan malam ini. Semasa menyampaikan ucapan dalam jamuan tersebut, Kunasekaran, pimpinan PSM Perak, berkata bahawa kerja-kerja PSM di

kawasan yang berlainan di negeri Perak telah mendapat sambutan yang baik daripada ramai rakyat tempatan, maka PSM mempunyai rancangan untuk bertanding di 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Aduan polis tentang pencerobohan tanah pertanian di BidorSarasvathy, Timbalan Pengerusi PSM telah bersama dengan petani-petani dari kawasan Tanah Mas, Bidor, Perak, membuat aduan polis di Balai Polis Tapah pada 2 Ogos yang lalu. Aduan polis tersebut dibuat terhadap Syarikat Meranti Tiga Sdn Bhd & Firman Guaman Akramin San & Looi, kerana menceroboh masuk ke kawasan pertanian mereka secara haram tanpa proses mahkamah.

Kelas ideologi untuk anak muda

Arutchelvan, AJK Pusat PSM, telah mengendalikan satu sesi kelas ideologi untuk anggota Pemuda Sosialis pada 25 Julai yang lalu di Kuala Lumpur. Topik sesi tersebut adalah “materialisme sejarah”, satu teori sejarah yang penting dalam memahami perjuangan kelas. PSM sentiasa mengadakan kelas ideologi di semua peringkat parti untuk memantapkan pemahaman ahli dalam analisa sosial dan teori perjuangan rakyat.

Mesyuarat Biro Pekerja Biro Pekerja PSM telah mengadakan satu mesyuarat di Tanjung Malim pada 26 Julai yang lalu. Mesyuarat tersebut telah berbincang tentang perancangan untuk satu tahun yang akan datang. Antara program yang akan diadakan adalah penerusan kempen gaji minimum RM 1500 dan pelancaran kempen baru untuk

menuntut tabung pemberhentian kerja. Biro Pekerja PSM sekarang diketuai oleh Suresh Kumar, menggantikan Sugumaran yang menyandang jawatan ketua biro sebelum ini.

Solidariti bersama The EdgeArutchelvan, AJK Pusat PSM, telah menghadiri aksi solidariti kebebasan media di pejabat The Edge pada 31 Julai yang lalu. Akhbar The Edge telah digantung permit penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri untuk 3 bulan, kerana melaporkan skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.

Solidariti untuk perjuangan peneroka GatcoPSM telah mengadakan satu mesyuarat bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan pada 26 Julai yang lalu di Seremban, untuk merancang strategi memberi solidariti kepada perjuangan peneroka Gatco yang sedang menghadapi ancaman berterusan.

Pimpinan PSM termasuk Soh Sook Hwa (Bendahari Kehormat), Arutchelvan (AJK Pusat) dan Selvam (AJK Pusat) telah menghadiri pelancaran buku memoir tulisan Said Zahari, yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2 Ogos yang lalu.

Tahukah anda?Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengemukakan permohonan untuk penubuhan parti secara rasminya kepada Pendaftar

Pertubuhan (ROS) pada 30 April 1998. Tarikh tersebut telah dijadikan tarikh penubuhan parti yang diraihkan oleh anggota-anggota PSM setiap tahun.

PSM telah dinafikan pendaftarannya untuk selama 10 tahun. PSM menjadi parti politik pertama dalam sejarah negara kita yang mencabar keputusan ROS menolak pendaftaran parti politik di mahkamah. Selepas 10 tahun perjuangan menuntut pendaftaran, akhirnya PSM mendapat kelulusan untuk tubuhkan parti secara rasmi dari segi undang-undang pada Ogos 2008.

Page 4: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 20154 NASIONAL

Harapan Baru, masalah lamaoleh S. Arutchelvan

Selepas kemangkatan Pakatan Rakyat (PR), satu parti baru dengan nama Gerakan Harapan Baru (GHB) telah muncul sebagai ubat kepada segala permasalahan yang wujud hari ini. GHB, jika mengikut skrip DAP, akan bergabung bersama DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan 2.0 atau Pakatan Baru. Pakatan Baru ini pula mendapat suntikan tenaga apabila Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh melalui peguamnya memberikan isyarat lampu hijau. Situasi ini menyebabkan PAS semakin dipinggirkan, walaupun sebagai parti yang begitu besar dan berusia lama, yang sudah tentunya pengaruh parti tersebut tidak boleh dilenyapkan begitu sahaja. Perkembangan ini memberikan gambaran bahawa satu gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat (PR) hampir pasti. Sekali pandang, muka-muka yang bersama GHB, sememangnya mereka adalah komrad seperjuangan dalam banyak isu yang melibatkan permasalahan rakyat. Puak GHB nampaknya lebih selesa dengan imej negara kita sebagai sebuah negara majmuk dengan kepelbagaian etnik.

Namun saya ingin mempertengahkan beberapa persoalan dan kritikan. Adalah diharap kritikan saya tidak disalahtafsir sebagai penulisan “penulis upahan UMNO”, iaitu satu “tagline” selesa yang sering digunakan oleh beberapa orang di pihak pembangkang setiap kali mereka dikritik. Isu yang ingin saya pertengahkan adalah sejauhmana

apa yang disebut sebagai Harapan Baru ini bersedia menangani masalah lama.

Dalam keadaan politik negara kita dan pentadbiran di bawah Najib Razak sekarang ini, nampaknya puak yang memerintah mengalami tentangan yang paling hebat dari dalam, sehinggalah Perdana Menteri harus menyingkirkan Timbalannya dan beberapa orang Menteri untuk membuat satu rampasan kuasa lembut bagi memastikan semua institusi penting seperti Peguam Negara, polis dan institusi kewangan negara berada di bawah kawalan sepenuhnya dan menari mengikut rentak yang sama.

Pada masa yang sama, nampaknya pihak pembangkang begitu lemah sekali dan Mahathir dalam usia 90 tahun seolah-olah dilihat oleh segelintir orang sebagai hero untuk menyelamatkan negara. Pada masa yang sama, satu kumpulan yang membicarakan harapan baru telah muncul. Masanya tepat sekali, tetapi banyak soalan masih perlu dijelaskan. Tidak memadai hanya sekadar mengambil posisi ABU (Asalkan Bukan UMNO) untuk kita menentang UMNO-BN. Rakyat harus mendapat penjelasan sepenuhnya apa itu GHB atau apa bezanya PR 2.0 dan kita juga tidak perlu telan apa-apa sahaja yang dihidangkan kepada kita.

Untuk menyelesaikan masalah politik negara, kita memerlukan satu pertukaran pemimpin. Untuk menyelesaikan masalah salahtadbir negara, kita memerlukan satu parti

baru tetapi untuk menyelesaikan kesengsaraan rakyat, kita memerlukan satu sistem baru.

Selesaikan isu-isu pokok

Maka, ada dua isu yang harus diselesaikan oleh GHB, iaitu bagaimana menangani kesengsaraan rakyat, dan juga “persoalan nasional” yang begitu penting di negara kita, iaitu isu-isu yang melibatkan persoalan bahasa, budaya dan agama.

Namun, isu pertama iaitu untuk menyelesaikan kesengsaraan rakyat berkait langsung dengan sistem ekonomi acuan neo-liberal kapitalisme yang dianuti di negara kita dan dipegang kuat sama ada oleh BN ataupun PR. Sistem ini mementingkan kepentingan pelabur, mengagung-agungkan penswastaan, mempromosi percukaian regresif seperti GST, meminggirkan isu alam sekitar dan sering setuju dengan perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA.

Perjuangan rakyat melawan sistem ini dilemahkan pula oleh perpaduan rapuh kerana kita sering bertelingkah dalam isu-isu perkauman seperti isu Hudud, Negara Islam, bahasa ibunda, isu penukaran agama dan sebagainya.

Jadi, tiada gunanya untuk kita mengatakan bahawa kita adalah harapan baru jika isu-isu asas dan fundamental ini tidak ditangani.

Contohnya, isu Hudud dan pilihanraya tempatan. Alasan mengapa tidak ada persefahaman dalam Pakatan Rakyat dalam isu-isu ini adalah kerana ia berakarumbikan isu perkauman. Maka GHB mahupun Pakatan 2.0 harus mempunyai posisi tentang isu-isu ini dan mereka tidak boleh mengambil langkah pintas dengan berkata, “kami setuju untuk tidak setuju.” (We agree to disagree)

Dalam banyak isu pokok, memang PR mempunyai kontradiksi yang serius. Contohnya. dalam isu TPPA, posisi PR adalah lebih kepada mahu transparensi tetapi tidak ambil posisi membantah sepenuhnya TPPA, kerana mereka masih mahu berjinak dengan kapitalis Amerika Syarikat dan antarabangsa. Dalam isu gaji minimum, Lim Guan Eng meminta supaya pekerja asing dikecualikan daripada diberi gaji minimum dan posisi ini bercanggah pula dengan PKR. Begitu juga ada kerajaan negeri PR yang mempromosikan “pelancongan kesihatan” walaupun langkah tersebut akan melemahkan hospital awam. Bagaimana pula dengan polisi alam sekitar? Apakah posisi GHB atau parti-parti lain dalam PR 2.0 mengenai isu nuklear umpamanya? Ini adalah beberapa isu yang perlu mereka memberi jawapan, kerana kita tidak mahu PR 2.0 masih diselubungi kontradiksi dan kelemahan yang wujud dalam PR 1.0.

Politik Penggabungan

Isu kedua yang ingin saya lemparkan adalah, mana-mana parti jikalau ingin memerintah, hanya boleh berbuat demikian melalui politik penggabungan. Dalam kata lain, mustahil untuk mana-mana parti sama ada DAP, PAS, PKR mahupun GHB untuk membentuk kerajaan secara solo atau persendirian. Ini memang difahami oleh mereka semua dan memang politik penggabungan menjadi sebahagian daripada resepi politik negara kita.

Jika kita melihat gabungan-gabungan politik pembangkang

sebelum ini. Kita boleh rumuskan seperti dalam jadual 1.

Jika kita meneliti semua gabungan ini, baik gabungan berhaluan kiri seperti PUTERA-AMCJA dan Barisan Sosialis mahupun gabungan pembangkang berhaluan kanan seperti Gagasan Rakyat & APU, Barisan Alternatif dan sehinggalah Pakatan Rakyat, maka satu perkara yang cukup nyata dan ketara adalah mereka tidak dapat menyelesaikan isu-isu menjurus kepada persoalan nasional dan perkauman. Mungkin parti-parti ini sendiri selesa memainkan agenda perkauman untuk mendapatkan sokongan di kawasan pengaruh masing-masing.

Sejarah mengajar kita bahawa pakatan pembangkang berpecah kerana isu bahasa, isu sekolah vernakular, isu Hudud dan isu Negara Islam. Jika Pakatan 2.0 tidak menangani isu ini, maka sudah pastinya, ia juga akan mengalami nasib yang sama.

Misalya, kalau kita mengambil Barisan Sosialis Rakyat Malaya atau Malayan People Socialist Front sebagai satu contoh. Pada awalnya, ia merupakan satu gabungan yang cukup kuat dengan kombinasi Parti Buruh dan Parti Rakyat. Mereka juga mempunyai satu program yang cukup hebat. Antara dasar perjuangan mereka yang penting adalah “Semua perbezaan

mengikut perkauman adalah salah. Rakyat hanya harus dipisahkan antara penindas dan mereka yang ditindas”. Mereka juga mengusulkan satu bahasa untuk menyatukan kaum pekerja dan membina satu Bangsa Malaya melalui budaya, seni dan kesusasteraan yang mempunyai kaitan langsung dengan massa dan rakyat.

Namun demikian, Barisan Sosialis mengalami pelbagai masalah dalam persoalan bahasa dan budaya. Pada tahun 1965, wujud perpecahan antara Parti Rakyat dan Parti Buruh atas isu budaya dan bahasa. 4 isu yang menjadi konflik antara dua parti ini adalah :- i) Isu bahasa dan budaya - bahasa kebangsaaan vs bahasa ibunda, di mana Parti Rakyat setuju dengan Laporan Rahman Talib manakala Parti Buruh membantahnya; ii) Isu kesamarataan dan hak etnik; iii) Isu hak keistmewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan;iv) Hak ekuiti ekonomi negara.

Disebabkan gagal mengatasi masalah ini, Barisan Sosialis berpecah pada tahun 1966.

(sambung di m/s 7)

Page 5: Sosialis (Ogos Sept 2015)

5ISU RAKYATOgos-Sep 2015

Pendekatan “Ah Long” dalam caj hospital untuk warga asing

Ancam kesihatan awam

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, telah memfailkan kes terhadap Kementerian Kesihatan kerana Kementerian tersebut mengenakan fi yang tinggi ke atas warga asing sehingga menyukarkan pekerja migran dan pelarian untuk mendapat rawatan di hospital dan klinik

kesihatan kerajaan. Kes ini difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai yang lalu.

Dr. Jeyakumar Devaraj juga merupakan Setiausaha untuk Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK). GMPPK telah giat sejak tahun 2004 dalam

mempertahankan sistem kesihatan awam negara kita daripada ancaman penswastaan yang menghakis hak asasi semua orang untuk mendapat perkhidmatan kesihatan.

Pada 29 Disember 2014, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu “Garis Panduan Pelaksanaan Caj Baru Bagi Warga Asing Perintah Fi (Perubatan) 2014”, yang menetapkan caj-caj bagi sesiapa warga asing yang mengunjungi klinik atau hospital kerajaan. Fasal 10 dalam Garis Panduan tersebut mewajibkan kakitangan kerajaan melaporkan sesiapa pekerja asing yang tiada dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis ataupun imigresen.

Pada 12 Februari tahun ini, GMPPK telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menegaskan bahawa:- Garis Panduan ini akan mewujudkan halangan terhadap pekerja asing yang ingin datang ke klinik atau hospital kerajaan untuk

rawatan;- Oleh kerana ini, penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi yang muncul di kalangan pekerja asing tidak akan dapat dikesan dan dirawat dengan segera;- Ini akan menjejaskan kesihatan warga asing dan juga warga Malaysia.

Oleh kerana kesemua ini, GMPPK telah memohon pada kerajaan supaya pelaksanaan Garis Panduan Fi ini ditangguh sehingga perkara-perkara berkaitan dengannya dapat dibincang secara mendalam.

GMPPK telah menghantar dengan tangan sepucuk surat ke Pejabat Menteri Kesihatan di Putrajaya pada 10 Mac yang lalu, untuk meminta tarikh perjumpaan supaya dapat membincangkan kesan-kesan Garis Panduan ini. Tetapi Menteri Kesihatan enggan menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan NGO-NGO yang menganggotai GMPPK. Sehingga kini pihak Kementerian langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Tibi masih merupakan penyakit

berjangkit yang membunuh paling ramai orang di Malaysia. Pada tahun 2014, terdapat seramai 1590 orang pesakit tibi telah meninggal dunia akibat daripada penyakit mereka. Ini bermakna lebih kurang 8% daripada pesakit tibi mati akibat daripada penyakit berjangkit ini.

Pada tahun 2014, wujudnya lebih daripada 24,711 kes penyakit tibi dikesan di Malaysia berbanding dengan 10,000 kes pada tahun 1990. Ini bermakna bilangan kes baru tibi telah meningkat dari tahun ke tahun dalam 25 tahun yang lepas. (Untuk memahami perspektifnya, pada tahun 2011, Amerika Syarikat dengan bilangan penduduknya yang 9 kali lebih

besar daripada Malaysia, hanya menemui 10,528 kes baru tibi di negara mereka).

Kadar kes tibi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara asal pekerja asing kita:

Malaysia 81 kes baru setahun per 100,000 penduduk (81/100,000)Bangladesh 360/100,000Indonesia 430/100,000India 2000/100,000

Pada tahun 2014, seramai 38,066 pekerja asing telah gagal dalam pemeriksaan perubatan tahunan mereka (Fomema) dan mereka dihantar balik ke negara asal mereka. Antaranya, seramai 17,891 ataupun 47% yang gagal adalah kerana mereka dikesan menghidapi penyakit tibi.

Namun, hanya 2 juta orang pekerja asing sah yang menjalani pemeriksaan perubatan tahunan tersebut. Wujudnya 2 juta orang lagi pekerja tanpa dokumen ataupun “PATI” (pendatang asing tanpa izin) yang digelar oleh kerajaan, tidak menjalani pemeriksaan perubatan sebelum datang ke Malaysia dan juga semasa berada di Malaysia.

Dr. Kumar fail kes untuk Semakan Kehakiman

Oleh kerana semua isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Dr Jeyakumar Devaraj, selaku Ahli Parlimen Sungai Siput, merangkap Setiausaha GMPPK dan juga sebagai seorang rakyat Malaysia yang terasa kesihatannya serta orang awam diancam oleh tindakan kurang bijak pihak Kementerian Kesihatan, telah memfailkan kes di mahkamah untuk semakan kehakiman.

Tuntutan semakan kehakiman ini adalah untuk:

- mengisytiharkan bahawa Garis Panduan Fi 2014 ini adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan awam dan memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia secara umum;

- menangguhkan pelaksanaan Garis Panduan Fi 2014;

- mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar kesihatan dan epidemiologi, termasuk NGO-NGO yang menganggotai GMPPK, tentang kesan-kesan Garis Panduan tersebut, dan juga cara-cara untuk mengubahsuaikannya. ##

Page 6: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 20156 ISU PEKERJA

Majikan gagal bayar gaji minimum

Perlu dihukum penjaraSeramai 36 orang pekerja di Electrofast Manufacturing Sdn Bhd telah mengadakan piket di hadapan kilang tersebut pada 3 Ogos yang lalu, membantah tindakan majikan yang membayar gaji lebih rendah daripada gaji mimimum! Para pekerja telah mengadu bahawa majikan mereka masih membayar gaji asas sebanyak RM 700, iaitu paras yang jauh kurang daripada gaji minimum RM 900 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Syarikat Electrofast Manufacturing Sdn Bhd, yang terletak di Lot 10383 & 10438, Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor, merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk pembersih vakum rumah. Kilang pengeluaran syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2001. Memandangkan syarikat ini bukannya baru ditubuhkan, sepatutnya ia sudah mengetahui tentang undang-undang negara kita termasuk Gaji Minimum yang dilaksanakan mulai Januari 2013. Kini sudah masuk tahun ke-3, tetapi syarikat tersebut masih lagi

membayar gaji di bawah paras gaji minimum.

Membayar gaji pekerja di bawah paras gaji minimum adalah sesuatu tindakan yang melanggari undang-undang. Tambahan pula, syarikat tersebut juga membuat potongan tempat tinggal sebanyak RM 85.

Para pekerja telah mengadakan rundingan dengan pihak majikan. Setelah perbincangan yang berlarutan untuk 3 jam, para pekerja yang berpiket telah mencapai persetujuan dengan pihak majikan untuk menyelesaikan masalah gaji mereka. Majikan telah berjanji akan melaksanakan bayaran gaji minimum RM 900 dan mengurangkan potongan hostel daripada RM 85 ke RM 50, seperti

yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Gaji Minimum.

Pekerja yang mengadakan piket terdiri daripada 21 orang pekerja Nepal, 9 orang pekerja Bangladesh, 5 orang pekerja Indonesia dan seorang pekerja Kemboja.

Jaringan Rakyat tertindas (JERIT) juga telah membuat aduan tentang

isu ini kepada Jabatan Tenaga Kerja di Putrajaya. Menurut Sivaranjani, penyelaras JERIT, “kami diberitahu oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa mana-mana majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minimum akan dihukum denda RM10 000 bagi setiap orang pekerja dan hukuman penjara jika gagal membayar denda. Oleh itu, kami berharap Jabatan Tenaga Kerja mengambil tindakan yang sepatutnya dengan

segera.”

“Gaji amat penting untuk pekerja. Mana-mana majikan yang ingkar pada undang-undang dengan membayar gaji lebih rendah daripada paras gaji minimum, patut dihukum penjara, supaya tiada lagi majikan yang berani membuli pekerja,” ulas Sivaranjani. ##

Keuntungan didahulukanNilai nyawa dikuburkan

oleh A. Sivarajan

Pada takat kini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta wakil delegasi daripada Kementeriannya, masih berharap bahawa rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dapat diselesaikan dan akan diluluskan dengan segera sebelum penghujung tahun ini. Rundingan yang terbaru telah berlangsung di Hawaii pada akhir bulan Julai yang lalu, tetapi ianya masih gagal mencapai kata sepakat di kalangan 12 buah negara-negara yang menyertainya.

Penyertaan Malaysia dalam rundingan ini juga telah dikecam oleh pelbagai pihak, kerana sepatutnya penyertaaan Malaysia dalam TPPA digantung. Ini adalah disebabkan pembongkaran isu bahawa Malaysia dikategorikan sebagai Peringkat 3 (Tier 3) dalam Laporan Status Permerdagangan Manusia yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun yang lepas.

Laporan Status Permerdagangan Manusia Antarabangasa untuk tahun 2014, telah meletakkan Malaysia

dalam kategori peringkat yang paling teruk (Tier 3), berikutan dengan fenomena isu pemerdagangan manusia yang berleluasa di negara kita. Kategori ini juga diberikan kerana pihak pemerintah dan penguatkuasa gagal untuk memerangi pemerdagangan manusia secara efektif di persempadanan negara .

Justeru, ahli-ahli Dewan Senat AS telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA.

Baru-baru ini juga, dunia digemparkan dengan laporan tentang penemuan kem-kem tahanan dan kubur-kubur besar mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis. Insiden tersebut membuktikan bahawa aktiviti pemerdagangan manusia yang berleluasa telah lama berlaku di sempadan negara dan pihak penguatkuasa gagal menanganinya.

Jika Malaysia terus diklasifikasikan sebagai Peringkat 3 dalam indeks pemerdagangan manusia, maka penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA akan terbatal. Namun, Presiden Obama yang menerajui rundingan TPPA ini amat

terdesak untuk memuktamadkan rundingan perjanjian ini sebelum bulan September tahun ini. Jika rundingan ini gagal dipersetujui oleh semua 12 buah negara sebelum bulan September, Obama tiada masa lagi, kerana proses kempen pemilihan Presiden AS yang seterusnya akan bermula selepas itu, dan berlangsung sehingga tahun hadapan.

Oleh demikian, Obama mengejar masa untuk menjayakan perjanjian ini sebelum tempoh Presidennya tamat. Mereka begitu terdesak sehingga sanggup menaikkan taraf Malaysia dalam Laporan Status Pemerdagangan Manusia ke Peringkat 2 (Tier 2) tahun ini, semata-mata untuk menjaga kepentingan korporat AS.

Pelbagai pertubuhan hak asasi manusia membantah tindakan ini kerana ia membelakangkan laporan penilaian kerajaan Amerika Syarikat itu sendiri. Tindakan ini sangat menjejaskan kredibiliti Jabatan Negara AS yang menilai keseriusan aktiviti permerdagangan manusia di 188 buah negara di seluruh dunia.

Sebaik sahaja kelayakan Malaysia dalam rundingan TPPA dibenarkan selepas dinaiktaraf dalam Laporan

Pemerdagangan Manusia, para birokrat dan Menteri di MITI dari Malaysia, tanpa apa-apa perasaan malu, terus berkejar ke Hawaii untuk menghadiri rundingan tersebut.

Episod ini membuktikan bahawa, demi keuntungan perniagaan dan kehendak korporat, para ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan TPPA ini. Kehendak korporat yang mengejar keuntungan mendahului segala isu berkaitan dengan pencabulan hak asasi manusia. Nilai nyawa manusia yang terkorban sebagai mangsa aktiviti kejam pemerdagangan manusia, dibuktikan tidaklah standing dengan nilai keuntungan yang akan diperolehi oleh korporat, jika TPPA ini berjaya dimeterai.

Wajah sebenar perjanjian perdagangan bebas TPPA ini dan kerakusan korporat terbongkar dalam perkembangan antarabangsa yang memalukan ini. Kerakusan korporat ini akan menjadi kenyataan untuk rantau Asia Pasifik ini jika kita benarkan perjanjian TPPA ini ditandatangani. Ayuh, bangkitlah untuk membantah hegemoni korporat ini. Bantah TPPA! Jangan jual negara kepada korporat Amerika! ##

Page 7: Sosialis (Ogos Sept 2015)

7PERSPEKTIFOgos-Sep 2015

Apakah salahnya dengan fahaman Liberalisme?oleh Jeyakumar Devaraj

Pihak-pihak agama konservatif di Malaysia telah menwujudkan gambaran liberalisme sebagai satu kejahanaman - suatu fahaman yang terpesong daripada ajaran agama dan berbahaya pada penganut agama. Adakah gambaran ini benar? Ataupun adakah gambaran ini berketerlaluan? Liberalisme adalah falsafah politik kelas borjuasi baru yang mula-mula muncul pada abad ke-16 hingga abad ke-19 di benua Eropah. Kelas borjuasi baru ini mengalami banyak sekatan yang berpunca daripada sistem feudal yang mempertahankan kuasa dan kepentingan raja-raja, tuan-tuan tanah besar dan kaum aristokrat (golongan bangsawan). Kelas borjuasi mempertikaikan hak istimewa golongan aristokrat dengan hujah-hujah seperti kesamarataan manusia dan demokrasi. Mereka berhujah bahawa semua manusia mempunyai hak yang sama, dan pengurusan masyarakat harus dilaksanakan secara demokrasi. Mereka juga menekankan pada hak bersuara dan hak untuk memegang idea yang berbeza daripada pemikiran am – antara slogan mereka adalah “saya langsung tidak setuju dengan pandangan kamu, tetapi saya sedia berjuang habis-habisan untuk mempertahankan hak kamu bersuara”. Mereka juga membawa konsep mahkamah yang

adil di mana yang tertuduh dapat membela dirinya di hadapan hakim yang bebas, dan penyelesaian perbezaan pemikiran adalah melalui dialog dan bukan kekerasan ataupun paksaan. Konsep-konsep asas liberalisme telah menjadi teras kepada negara-negara yang mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Sistem pilihanraya untuk memilih kerajaan, hak mengundi untuk semua orang rakyat, undang-undang yang jelas ditulis serta mahkamah untuk mengadili sesiapa yang memecah undang-undang tanpa mengira statusnya. Pihak agama konservatif menyerang liberalisme kerana mereka menganggap falsafah liberalisme memberi terlalu banyak kebebasan kepada individu-individu untuk buat apa sahaja yang diingini oleh mereka – dari segi pakaian dan kelakuan, sehingga hubungan homoseksual dan penukaran gender. Mereka mengadu bahwa pendekatan liberal ini sedang merosakkan akhlak manusia. Ini adalah satu kritikan yang kita harus ambil kira. Memang, kebebasan seseorang individu bukannya tanpa had.

Individu adalah seorang ahli dalam sesuatu masyarakat dan harus mengelakkan diri daripada menyebabkan kesusahan kepada orang-orang lain akibat tindakan atau kelakuannya. Seseorang itu juga harus mengelakkan diri daripada perbuatan yang merosakkan alam sekitar yang sepatutnya dipelihara untuk generasi yang akan datang selepas kita. Tetapi manakah sempadannya antara hak individu dan kepentingan komuniti? Apakah prosedur yang terbaik bagi menentukan jenis-jenis kelakuan yang melampaui batasan moral masyarakat? Adakah lebih baik kita cuba pujuk/didik ataupun kita memberi hukuman keras ke atas mereka yang melampaui batasan yang ditentukan? Soalan-soalan ini perlu diambil berat dan diselesaikan

melalui perundingan dalam masyarakat. Namun, pada pandangan saya, penolakan secara total pemikiran liberalisme adalah satu pendirian yang keterlaluan dan juga yang malas dari segi amalan ijtihad. Falsafah liberalisme mempunyai beberapa konsep yang bernas dan yang boleh membantu kita membentuk satu masyarakat yang baik. Sebuah masyarakat yang bijak akan memelihara konsep-konsep liberalisme yang bernas sambil mendidik masyarakat bahawa hak peribadi bukan tanpa had dan harus diimbangi dengan tanggungjawab pada masyarakat dan alam sekitar. ##

(sambung dari m/s 4)

Namun, selepas Peristiwa Mei 13 dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), parti-parti baru yang wujud terus membentuk gabungan tetapi kesemua gabungan ini berpecah kerana isu agama dan bahasa. Malah gabungan parti selepas DEB pula tidak berlandaskan perjuangan kelas seperti dalam era sebelum kemerdekaan atau pada tahun 1960-an.

Konflik yang tidak dapat diselesaikan oleh Gagasan Rakyat & APU, kemudiannya Barisan Alternatif, dan sekarang Pakatan Rakyat adalah isu berkaitan dengan Negara Islam dan Hudud. Maka, Harapan Baru atau Pakatan 2.0 tidak harus menyapu semua ketidaksamaan ini di bawah tikar dan hanya cuba menang dengan sentimen popular seperti mempergunakan isu 1MDB dan cincin Rosmah.

Keistimewaan PUTERA-AMCJA

Namun dalam situasi hari ini, Anwar Ibrahim dan GHB sering mengatakan bahawa gabungan baru ini adalah gabungan parti politik dan NGO. Beberapa nama NGO juga dilontarkan seperti BERSIH, IKRAM, ABIM dan lain-lain lagi. Namun demikian, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau dokumen yang dibincangkan. Semuanya samar-samar sahaja.

Maka adalah penting untuk kita cuba belajar daripada gerakan PUTERA-AMCJA sebagai satu gabungan,

kerana ia juga adalah kombinasi parti politik dan NGO. Bezanya adalah mereka mengambil masa yang begitu lama, mengadakan diskusi di pelbagai peringkat, di kawasan kampung dan bandar untuk mengeluarkan satu dokumen yang dipanggil Perlembagaan Rakyat. Selain itu, mereka juga berjaya menganjurkan Hartal Se-Malaya pada 20 Oktober 1947. Tindakan dan kuasa rakyat yang ditunjukkan oleh mereka ini masih tiada lagi bandingannya sehingga kini. BERSIH walaupun dapat turunkan ribuan rakyat, tetapi ia lebih fokus kepada Lembah Klang dan bandar-bandar utama sahaja.

PUTERA-AMCJA berjaya menggabungkan pelbagai gerakan yang radikal, nasionalis dan Islam dalam satu program yang dapat menangani isu perkauman dan agama. Mereka mendapat sokongan

kuat dari bandar dan luar bandar. Antara organisasi di bawah AMCJA adalah Kesatuan Kekeranian, Dewan Perniagaan India, Kesatuan Sekerja Nasional PMFTU yang mengorganisasi dua pertiga daripada keseluruhan kaum pekerja (berbanding dengan MTUC yang hanya mempunyai sokongan 6% kaum pekerja hari ini); manakala PUTERA pula diwakili oleh API, AWAS, BATAS (Barisan tani) , Hizbul Muslimin dan GERAM (Gerakan Angkatan Muda).

Antara pencapaian mereka ialah persetujuan 10 prinsip rakyat yang diterbitkan oleh mereka. Yang lebih aneh adalah Gabungan AMCJA yang majoritinya bukan Melayu telah mengusulkan antaranya cadangan mengenai agama Islam dan adat perlu dibawa orang Melayu sendiri dan mereka juga mengusulkan perhatian khas harus diberi

kepada kemajuan orang Melayu; dan jika dilihat usul yang dibawa oleh PUTERA yang boleh diterima oleh AMCJA adalah Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan Kerakyatan Malaya harus dinamakan “Melayu”.

Jika PUTERA-AMCJA tidak dihancurkan oleh British melalui Darurat 1948 untuk membolehkan UMNO memerintah, maka kita akan berdiri di bawah Perlembagaan Rakyat di mana kita tidak lagi dipanggil Melayu, Cina, India dan lain-lain kerana kita semua akan mempunyai satu identiti.

Jadi, apa yang kita perlukan hari ini adalah perbincangan serius tentang isu-isu pokok utama supaya masalah yang melanda kita tidak berulang dan berulang dan berulang… Ini adalah cabaran untuk Harapan Baru dan Pakatan rakyat 2.0. Harapan baru harus berani menghadapi masalah lama dan cuba mengatasinya. ##

Page 8: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 20158 NASIONAL

Masa dah cukup untuk NajibNajib yang semakin hari semakin kehilangan kepercayaan rakyat terhadapnya akibat daripada skandal yang terlalu besar untuk ditutupi, sedang cuba memegang kuat pada kuasa pemerintahan dengan melakukan beberapa aksi “lagak ngeri”, termasuklah rombakan kabinet yang menggugurkan orang nombor dua dalam UMNO daripada barisan kepimpinan pentadbirannya di Putrajaya.

Muhyiddin Yassin digugurkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dua hari selepas dia mendakwa bahawa dia juga hanya terpaksa membaca berita dalam The Edge untuk faham apa yang berlaku pada 1MDB. Muhyiddin telah digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri pada masa sama.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Zahid

Hamidi telah menggantungkan permit penerbitan bagi The Edge dan The Edge Financial Daily untuk 3 bulan, hanya kerana melaporkan skandal 1MDB yang didakwa oleh KDN bahawa “menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1MDB yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.” Jelas sekali, Najib sedang menggunakan apa yang ditinggalkan sebelum ini oleh pencabar hebatnya dalam parti UMNO, Mahathir, untuk cuba melenyapkan segala ancaman terhadap kekuasaannya dan menutup skandal penyelewengan yang semakin hari semakin terdedah banyaknya.

4 oang anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malasia (PAC) yang sedang menyiasat skandal 1MDB telah dilantik untuk memegang jawatan dalam kabinet Najib, termasuklah Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed. Ini telah mengganggu proses penyiasatan.

Sementara itu, Abdul Gani Patail juga diberhentikan jawatannya sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba, dan digantikan oleh Mohamed Apandi, bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang pada satu ketika pernah menyandang jawatan Bendahari UMNO Kelantan. Peguam Negara merupakan salah seorang ketua Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB. Beribu soalan yang timbul dengan “rombakan terkejut” ini.

Sememangnya rakyat tidak hairan apa yang berlaku pada masa ini adalah cubaan terdesak Najib untuk menyelamatkan dirinya daripada kejatuhannya. Konflik dalaman UMNO telah semakin meruncing. Najib sudahpun hilang segala kredibilitinya untuk mentadbir negara ini, dan apa yang membolehkannya untuk terus memegang pada kuasanya adalah legasi Mahathir yang menghancurkan segala institusi

demokrasi di negara ini untuk mewujudkan penumpuan kuasa ke dalam tangan seorang sahaja, iaitu Perdana Menteri itu sendiri. Persoalannya, berapa lama lagi Najib boleh bertahan dalam keadaan yang semakin tidak menentu ini?

Mampukah aksi massa BERSIH 4 bawa perubahan?Dalam suasana pentadbiran Najib semakin kehilangan kredibiti dan hala tuju untuk memerintah, Gabungan BERSIH 2.0 telah mengumumkan untuk mengadakan Himpunan BERSIH 4, dengan seruan mendesak Najib untuk meletak jawatan serta-merta supaya beberapa penambahbaikan institusi dapat dilaksanakan bagi menghentikan korupsi di peringkat tertinggi yang berlarutan sejak zaman pentadbiran Mahathir. Aksi tersebut akan berlangsung pada 29-30 Ogos.

4 tuntutan yang digariskan adalah:

1. Pilihanraya Bersih2. Kerajaan Bersih3. Selamatkan Ekonomi4. Hak Membantah

Himpunan BERSIH yang pertama pada 10 November 2007, merupakan salah satu aksi massa yang besar sebelum PRU-12 sehingga mewujudkan satu “Tsunami politik” yang membolehkan parti pembangkang memecahkan dominasi dua pertiga kerusi Parlimen dan juga pertukaran kerajaan di 4 buah negeri dalam PRU-12 pada tahun 2008. Himpunan BERSIH 2 yang berlangsung pada 9 Julai 2011 menyaksikan keberanian rakyat Malaysia turun ke jalanraya untuk menuntut demokrasi walaupun diancam dengan penahanan besar-besaran sebelum aksi itu berlangsung (termasuklah penahanan aktivis PSM dengan tuduhan yang serius). BERSIH 2 juga memaksa Najib melakukan beberapa “transformasi” politik secara kosmetik seperti memansuhkan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA). BERSIH 2 kemudiannya memberi keyakinan rakyat untuk menyertai aksi massa BERSIH 3 yang lebih besar lagi pada 28 April 2012.

Lebih 3 tahun selepas himpunan raksasa BERSIH 3, “transformasi” yang diwar-warkan oleh Najib terbukti menjadi “U-turnformasi”. Unsur-unsur akta zalim ISA telah dikembalikan dalam akta-akta baru seperti POCA dan POTA. Penyelewengan oleh pemerintahan UMNO-BN semakin hari semakin teruk. Rakyat terus diperas dan dibelasah oleh dasar-dasar ekonomi yang pro-korporat, seperti pelaksanaan GST.

Malangnya, Pakatan Rakyat yang pada awalnya menawarkan dirinya sebagai alternatif kepada UMNO-BN telah mengalami kehancuran sendiri, dengan perbalahan dalaman parti-parti komponennya untuk merebut kuasa. Ini telah mengecewakan ramai orang. Lebih-lebih lagi, rakyat tidak nampak satu alternatif yang jelas lagi mantap yang boleh menggantikan UMNO-BN dalam situasi UMNO-BN itu sedang berkecamuk.

Namun, rakyat tidak mungkin boleh duduk diam dan menonton sandiwara politik ini berlarutan dengan kehidupan rakyat semakin

tertekan. Tidak mungkin kita dapat duduk diam sahaja dengan mengetahui bahawa RM 2.6 bilion yang dikatakan “derma” itu masuk ke dalam akaun peribadi PM sendiri. Rakyat perlukan pimpinan kerajaan yang benar-benar telus dan mampu memberi respon kepada persoalan rakyat, termasuk mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan apabila kredibilitinya telah hilang sama sekali. Aksi massa

memang diperlukan untuk mendesak satu perubahan.

Hanya menuntut Najib letak jawatan sebagai PM itu sahaja tidak mencukupi, kerana kita perlukan perubahan total kepada sistem pemerintahan yang boleh membawa sesuatu yang benar-benar bermakna untuk rakyat. Bukan sahaja Najib perlu undur, seluruh kabinetnya perlu disingkirkan, dan UMNO-BN perlu digantikan. Pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh masa terdekat untuk memilih kerajaan baru dengan mandat melakukan

perubahan yang secara menyeluruh.

Sememangnya kita tidak mungkin juga mewujudkan perubahan secara mendadak dengan satu dua aksi besar. Gerakan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan sosial perlu diteruskan ke semua peringkat masyarakat, dengan rakyat dididik secara politik dalam proses aksi massa dan juga perlawanan menentang kezaliman sistem yang berlaku setiap hari.

Kita perlu mewujudkan perubahan dengan kuasa rakyat. Sekiranya kita harapkan pucuk kepimpinan ditukar melalui proses percaturan politik elit pemerintah, maka tidak mungkin kuasa rakyat dapat berkembang. Jikalau aksi massa yang digerakkan oleh kuasa rakyat boleh menukar kepimpinan negara, maka ianya akan mewujudkan keyakinan rakyat untuk terus membina gerakan kuasa rakyat untuk perubahan secara total. ##

Page 9: Sosialis (Ogos Sept 2015)

9NASIONALOgos-Sep 2015

Surat terbuka PSM kepada rakyat Malaysia

Najib & BN Perlu Undur Segera

Tuntut Perubahan SebenarKepada Rakyat Malaysia sekalian,

Negara kita sedang dilanda krisis kepimpinan politik, ekonomi dan sosial yang mendalam pada masa yang sama. Dalam masa yang kritikal ini, Rakyat Malaysia perlu bangkit menuntut perubahan untuk memastikan hak demokrasi dan kesejahteraan masyarakat kita dapat terjamin.

Pendedahan demi pendedahan skandal 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak, telah menjejaskan dengan teruknya kepercayaan dan keyakinan rakyat pada kerajaan yang sedia ada. Najib telah dilihat tidak mampu lagi memimpin kerajaan dan mentadbir negara kita, selagi persoalan dan kemusykilan yang berkaitan dengan skandal-skandal yang melibatkan salahguna kuasa dan wang negara itu masih belum adanya penjelasan yang menyakinkan.

Pergolakan politik pada dewasa ini tertimbul apabila tercetusnya perbalahan antara puak-puak elit pemerintah untuk merampas kuasa pentadbiran. Krisis politik yang dipenuhi dengan sandiwara tikam-menikam antara elit pemerintah ini berlatarbelakangkan krisis ekonomi yang semakin terjadi-jadi, tetapi enggan diakui oleh kerajaan pemerintah. Krisis ekonomi sedunia yang masih tiada penghujungnya dan bakal menjurus pada krisis yang lebih mendalam lagi, pastinya akan memberi impak yang hebat kepada negara Malaysia. Kejatuhan nilai mata wang ringgit, pengurangan pendapatan negara akibat kejatuhan harga minyak sedunia dan juga perjanjian perdagangan bebas dalam bentuk TPPA yang akan ditandatangani negara kita, semuanya pasti akan memberi kesan buruk kepada ekonomi kita dan selalunya rakyat marhaen akan dimangsakan dalam situasi krisis ekonomi.

Najib & Kabinet digantung, beri laluan untuk PRU!

Najib perlu digantung jawatan Perdana Menterinya dan disiasat secara menyeluruh tentang segala tuduhan serius yang berkaitan dengannya. Namun, sesiapa yang bakal menggantikan Najib sebagai PM yang datang daripada UMNO-BN itu tidak mungkin akan membawa perubahan politik dan pembaharuan sistem pentadbiran negara kita yang menjadi punca kepada skandal-skandal pengondolan kekayaan negara kita oleh politikus pemerintah. Malahan,

seluruh kabinet sekarang ini yang menyokong sepenuhnya Najib juga perlu digantungkan tugasnya, dan digantikan dengan kerajaan penjaga sementara untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum yang baru, supaya rakyat dapat mengundi untuk memberi mandat baru kepada kerajaan baru.

Kita perlu perubahan total dalam sistem pemerintahan

Namun, kita perlu sedar bahawa perubahan yang sebenar tidak akan berlaku dengan hanya sekadar menukar wajah luaran pemimpin negara tetapi intipati sistem pemerintahan masih kekal dengan acuan yang sama. Oleh yang demikian, di samping menuntut perubahan pada pucuk pimpinan negara yang sedia ada, kita perlu menuntut perkara berikut dilaksanakan segera:

1. Merombak semula sistem pilihanraya untuk memastikan pilihanraya kita adalah bebas, adil dan bersih. Komposisi perwakilan dalam Parlimen perlunya mencerminkan peratusan undi yang diperoleh oleh parti-parti politik.

2. Melakukan pembaharuan dalam sistem kehakiman negara kita supaya ianya bebas daripada cengkaman dan kongkongan kuasa eksekutif.

3. Memansuhkan segala akta-akta zalim yang menyekatkan hak demokrasi rakyat (seperti kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun) supaya rakyat dapat menyuarakan kritikan kita terhadap kerajaan tanpa sebarang ketakutan. Hanya dengan ruangan demokrasi yang dilindungi, barulah kita dapat membina budaya politik yang matang dan menghalang penumpuan kuasa dalam tangan segelintir kecil elit pemerintah.

4. Melakukan pembaharuan ke atas agensi-agensi penguatkuasa seperti PDRM dan SPRM, supaya agensi-agensi ini dapat bertindak secara adil, professional dan bebas daripada campurtangan politik. Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk membendung salahguna

kuasa oleh pihak polis.5. Hentikan segala dasar

ekonomi negara yang menjejaskan kehidupan rakyat marhaen, seperti pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang memiskinkan lagi rakyat miskin. Kerajaan perlu berputus daripada fahaman neo-liberal dalam pengurusan ekonomi negara kita.

6. Hentikan rundingan TPPA untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah secara ekonomi oleh kuasa besar.

7. Wujudkan sistem kebajikan rakyat yang menyeluruh untuk menjamin kesejahteraan rakyat marhaen, termasuklah perkhidmatan kesihatan awam yang dipertingkatkan, pendidikan percuma sehingga tahap universiti, dasar perumahan yang memastikan semua rakyat ada rumah untuk tinggal, pengangkutan awam yang murah lagi efisyen, pencen warga emas untuk semua rakyat, tabung

pemberhentian kerja untuk melindungi pekerja yang dijejaskan oleh krisis ekonomi, hak tanah untuk mereka yang mengusahakan tanah untuk pertanian dan sebagainya.

Hanya dengan 7 perkara di atas dilaksanakan atau dimulakan proses pelaksanaannya, rakyat baru berkeyakinan bahawa perubahan pada pucuk pimpinan negara itu akan membawa kepada perubahan sosial yang bermakna untuk kita semua.

Jikalau kerajaan UMNO-BN masih berdegil untuk memegang pada kuasa pemerintahannya walaupun kepercayaan rakyat terhadapnya semakin menjunam, rakyat perlu bersedia untuk mengadakan aksi massa untuk menuntut perubahan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga bersedia bersama rakyat marhaen untuk beraksi bersama-sama dan berjuang demi membina Malaysia Baru yang lebih adil, saksama, progresif, demokratik dan kesejahteraan rakyat yang terjamin. ##

Krisis politik dan revolusioleh S.Arutchelvan

Setiap kali krisis berlaku dalam UMNO. Perkara yang berikut akan berlaku:i. Sekatan kepada kebebasan media dan informasi.ii. Sekatan kepada perhimpunan aman dan hak bersuara.iii. Penahanan tidak berasas ke atas mereka yang tidak sependapat dengan pihak pemerintah dengan menggunakan undang-undang zalim.iv. Penggunaan isu perkauman untuk melemahkan gerakan rakyat dan cari alasan untuk guna akta zalim.v. Penubuhan beberapa badan untuk kononnya menyiasat salah guna kuasa dan rasuah untuk menunjukkan pada rakyat bahawa masih ada ruang untuk mengadu.

Jika rakyat Malaysia boleh faham semua ini dan bersedia untuk tanggung risiko secara berani,

maka ada ruang untuk perubahan berlaku dalam kerajaan. Tetapi jika rakyat mahu lawan supaya sistem yang korup ini dihancurkan, maka ia memerlukan perubahan secara total. Perubahan sistem tidak boleh berlaku menerusi revolusi media sosial atau sidang akhbar. Ia memerlukan anda turun secara sedar untuk menghancurkan rejim dan sistem yang zalim dan menggantikannya dengan sistem yang betul-betul pro-rakyat di mana ekonomi dikawal oleh rakyat dan bukannya 1% yang mahakaya.

Tiada kemenangan tanpa perlawanan.

Tiada perubahan sistem, tanpa REVOLUSI! ##

Page 10: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 201510 BUDAYA MASYARAKAT

Generasi Millenial, aku twit maka aku ada(bahagian 2)oleh Sidiqin Omar

Mengenalpasti khalayak

Menoleh kembali kepada generasi X, Y dan millenial, berdasarkan sikap mereka yang terakam di media sosial, kebanyakannya mempunyai kecenderungan tinggi berhubung perkara-perkara berkaitan muzik, filem, fesyen dan sukan. Namun tidak bermakna mereka tidak menggemari isu-isu berkaitan politik, agama, ekonomi, sosial, sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Ketika “golongan dewasa” membicarakan perkara yang sama, generasi X, Y dan millenial ini turut

membahaskannnya pada tingkat pengetahuan dan laras bahasa mereka yang tersendiri. Oleh kerana jumlah kelompok ini adalah yang paling besar di Malaysia, jangan hairan sekiranya “'ribut” di media sosial terjadi, akibat serbuan dan budaya “viral” di media sosial.

Ini adalah kerana kurangnya pengetahuan, kajian dan sumber untuk menopang pandangan mereka - sekurang-kurangnya sebagai analisa ringkas berdepan peristiwa-peristiwa politik, agama, ekonomi dan sosial tadi.

Justeru, di sini suratkhabar seperti Akhbar Sosialis sangat berperanan. Lebih-lebih

lagi dalam suasana politik negara yang tidak menentu, sama ada di dalam perserikatan Pakatan Rakyat - kumpulan parti politik terbesar negara, lebih-lebih lagi kepada perkumpulan parti-parti pemerintah semasa UMNO-Barisan Nasional.

Melalui analisa dan penelitian, seharusnya PSM sebagai satu-satunya parti politik progresif melalui lidah rasminya “Akhbar Sosialis” berkeupayaan mencelah di antara dua kegalauan politik semasa negara.

Ketika rakyat terpinga-pinga dan kecewa dengan perkembangan politik negara, kecenderungan ekstrem pada kutub ideologi mana-mana jalur, sebuah pandangan ketiga perlu ditawarkan, namun apa yang penting adalah pakej yang menarik dan sederhana.

Kita perlu sedar, dalam konteks semasa Malaysia, pada ketika ektremisme menjadi kebiasaan, menjadi sederhana adalah radikal.

Cadangan untuk Akhbar Sosialis1. Mengubah bentuk akhbar “Berita Sosialis” daripada format “broadsheet” (seperti mana saiz akhbar NST, Utusan Malaysia) kepada saiz tabloid (kompak), seperti The Sun, The Edge, The Heat, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.

Perubahan ini telah dibuat oleh akhbar-akhbar bercetak utama, mudah dibawa, mudah diedarkan dan lebih bergaya.

2. Setiap keluaran “Akhbar Sosialis” memberi tumpuan kepada isu tertentu. Misalnya kemiskinan bandar, isu senaraihitam peminjam PTPTN dan sebagainya dengan kandungan muka surat 50% dari seluruh edisi tersebut.

3. Ketika tumpuan pada setiap edisi lebih terperinci dan khusus, tidak bermakna amalan kebiasaan “Akhbar Sosialis” seperti sebelum ini diabaikan. Berita-berita program parti, kenyataan media, ataupun perjuangan rakyat di mana komrad PSM turut bersolidariti perlu dimuat naik SEGERA ke laman sosial.

Ketika ini kemahiran propagandis yang berada bersama editorial “Akhbar Sosialis” perlu mengolah segera pandangan parti ke dalam “laras bahasa rakyat” supaya lebih mudah difahami. Lambakan maklumat menyebabkan khalayak memilih yang lebih cepat dan tepat.

Justeru, organisasi yang cepat mengolah isu, dalam masa sama mengajukan pandangan alternatif akan mendapat penyokong. Editorial juga perlu menyusupkan elemen

humor, bermaklumat dan kreatif untuk “melonggarkan” ketegangan isu.

4. Seperti mana-mana organisasi media, “Akhbar Sosialis” wajar mengajukan pandangannya ke khalayak. Antara platform perbincangan paling popular dan merebak ke seluruh negara sekarang ini adalah forum, dengan kehadiran panelis yang datang dari pelbagai jalur, gender dan sebagainya - atau mana-mana kumpulan pro-rakyat (mesra PSM).

Forum bersifat dua hala, dengan “Akhbar Sosialis” sebagai penganjurnya. Ini kerana berbanding sebelum ini di mana rakyat Malaysia telah terlalu dibiasakan dengan program ceramah yang bersifat sehala, retorikal dan rambamg.

5. Pandangan yang diajukan melalui “Akhbar Sosialis” perlu

diubah bentuk, bukan hanya dalam perkataan semata-mata. Ia boleh diubah kepada bentuk audio dan visual. Contohnya filem, medium paling popular dan bermaklumat.

“Akhbar Sosialis” juga dicadangkan memulakan kuliah atau penerangan secara mingguan atau bulanan. Komentar tersebut memilih individu atau wakil organisasi untuk memberi penjelasan berhubung isu tertentu melalui rakaman video yang dimuatnaik ke laman Youtube.

6. Sila rujuk beberapa laman facebook parodi dan sinikal yang dibina oleh BN dan PR. Atas jenama “Berita Sosialis” paparan grafik dengan maklumat yang mudah difahami dan interaktif perlu dibina. Pengguna media sosial gemar berkongsi semula kiriman di media sosial, terutamanya sekiranya melibatkan fakta.

Maklumat dan dapatan daripada wakil rakyat PSM sudah ada. Hanya perlu menuangkan idea tersebut ke

dalam bentuk baru.

[Rujuk FB Troll Politics, Malaysian Gags, Suara Rakyat (pro-PR) atau Wake Up Malaya (pro-BN).]

7. Melatih wartawan masyarakat, dan menjadikan mereka sahabat”Akhbar Sosialis”. Melalui cara ini “Akhbar Sosialis” meraikan maklumat akarumbi, terutamanya yang tidak dipedulikan media. Paparan berita dan maklumat sewajarnya bersesuaian dengan hala tuju yang dirancang editorial dan disiarkan sama ada melalui “Akhbar Sosialis” atau subsidiari baru yang dibentuk.

8. Menerbitkan karya kreatif dalam jangka masa tertentu, misalnya setiap 4 bulan - sama ada berdasarkan material yang dimiliki oleh “Akhbar Sosialis”, atau terbitan lain. Rujuk majalah Tempo (Indonesia) yang menerbitkan bahan bermutu setiap bulan, manakala keluaran khas bagi menonjolkan tokoh atau peristiwa tertentu dibuat

dari sudut pemberitaan baru.

Karya kreatif tidak semestinya sarat ideologi dan pandangan politik. Asalkan kandungannya dimuatkan dengan isu rakyat dengan gaya dan laras bahasa sederhana. Secara lunak ia akan menjemput audien baru, terutamanya dari anak muda dan individu bukan ahli parti. Ketika politik bungkam, sasterawan bersuara.

9. Penganjuran acara, misalnya pesta buku alternatif, festival filem alternatif, malam baca puisi dan pesta kebudayaan. Acara ini bukan sahaja digemari anak muda, malah menjadi serampang dua mata - menjambatani anak pelbagai bangsa di Malaysia agar kenal-mengenali antara satu sama lain, mengendurkan ketegangan, strereotaip dan generalisasi.

10. Edaran “Akhbar Sosialis” kebiasaannya adalah di ceramah-ceramah politik, terutamanya yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Bagi meluaskan capaian kepada “Akhbar Sosialis”, suatu rancangan untuk menggalakkkan langganan di kalangan pembaca perlu dibuat.

Langganan “Akhbar Sosialis” di kalangan pembaca jenis ini perlu diperluas dengan cara membuka pondok jualan, terutamanya di negeri-negeri yang memiliki anggota PSM yang ramai.

Tidak salah sekiranya “Akhbar Sosialis” mencelah di kalangan khalayak Pakatan Rakyat. Ini kerana pembaca terutamanya di kalangan ahli PAS gemar membaca “Akhbar Sosialis' (Ini menurut pandangan saya yang pernah menjual “Akhbar Sosialis” di ceramah-ceramah PR.) ##

Nota Pengarang: Akhbar Sosialis ingin merakamkan terima kasih kepada saudara Sidiqin Omar yang menyumbang pandangannya yang bernas untuk penambahbaikan Akhbar Sosialis semasa Kongres PSM ke-17.

Page 11: Sosialis (Ogos Sept 2015)

11ANALISAOgos-Sep 2015

Gaji pekerja?Masalah global!Laporan terbaru Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjelaskan fakta bahawa kenaikan gaji pekerja purata dunia, iaitu gaji sebenar (gaji selepas mengambil kira kadar inflasi) hanya memperlihatkan kenaikan sebanyak 2.0% sahaja pada tahun 2013, berbanding dengan 2.2% pada tahun 2012. Angka ini masih kurang berbanding kadar kenaikan gaji sebenar yang telah disaksikan beberapa tahun dahulu sebelum krisis ekonomi dunia.

Keadaan yang lebih teruk direkodkan di negara-negara yang maju di mana kadar kenaikan gaji sebenar adalah hampir 0%. Walaupun gaji sebenar di negara-negara yang maju pada puratanya adalah 3 kali ganda gaji purata negara yang sedang membangun,

tetapi rantau Asia sekurang-kurangnya mencatatkan peratusan kenaikan gaji sebenar sebanyak 6% pada tahun 2013.

Fakta tersebut menggambarkan bahawa perubahan dalam arus angin ekonomi dunia yang meniup ke rantau Asia, terutamanya ke China. Migrasi sektor pembuatan dan industri ke rantau ini menarik para pekerja mahir dan tidak mahir ke sini dari serata dunia. Pihak pelabur dan kapitalis memindahkan perniagaan mereka ke rantau di mana dapat membolehkan mereka memaksimumkan keuntungan. Ini menyebabkan peluang pekerjaan di rantau lain dunia seperti Eropah dan Amerika menyusut secara mendadak, dan menyebabkan penurunan gaji.

Jika mahu gaji lebih, tingkatkan produktiviti! ILO juga membuktikan bahawa kenaikan gaji tidak mengikuti produktiviti para pekerja, sepertimana yang sering kali dilaungkan oleh pihak kerajaan. Para pekerja selalu didesak untuk meningkatkan produktiviti mereka jika mereka ingin menuntut gaji yang lebih tinggi .

Tetapi indeks produktiviti buruh telah meningkat dari kadar 102.4 pada tahun 2000 ke tahap 117 pada tahun 2013, walhal indeks gaji sebenar pekerja yang bermula pada kadar 100.6 pada tahun 2000 hanya

meningkat kepada 106.3 pada tahun 2013.

Jurang perbezaan semakin bertambah antara kadar kenaikan produktiviti pekerja dengan juga kadar kenaikan gaji sebenar pekerja.

Secara amnya, keadaan tersebut bermaksud para pekerja memperolehi syer yang bertambah

kecil daripada pertumbuhan ekonomi, manakala para kapitalislah yang menikmati segala hasil peningkatan produktiviti ini. Inilah asas untuk dasar ekonomi kapitalis yang berfungsi atas pengeksploitasian tenaga kerja daripada pekerja.

Kemiskinan di duniaDiskusi mengenai masalah kemiskinan di dunia, sering kali secara sengaja tidak mengambil kira kemiskinan yang diakibatkan oleh bertambahnya jurang gaji antara pihak pengurusan atau eksekutif dengan para pekerja separa mahir dan tidak mahir. Analisis punca kemiskinan difokuskan kepada sektor pertanian, tidak formal dan golongan miskin yang tidak bekerja. Tetapi bagaimana pula dengan kemiskinan yang disebabkan oleh sistem gaji yang tidak adil ini?

Jika dipersoalkan mengenai ketidakadilan gaji yang diterima oleh pekerja berbanding dengan produktiviti yang disumbangkan, mereka terus berdiam diri! Ini adalah kerana analisa sedemikian akan membongkarkan masalah sistemik ekonomi kapitalis yang menjana ketidaksaksamaan sosial, membolehkan segelintir

golongan elit mengumpul kekayaaan. Kebenaran ini tidak dipertikaikan oleh ahli ekonomi dunia!

Sepertimana yang dipersetujui oleh pakar gaji ILO, Rosalia Vazquez- Alvarez, bahawa “ketidaksaksamaan bermula daripada pasaran buruh , terutamanya dalam pengagihan gaji dan pekerjaan.”

Peningkatan gaji yang lebih rendah Kajian terbaru oleh Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) melaporkan bahawa kenaikan gaji purata untuk pekerja bukan eksekutif pada tahun 2013 ialah 6.87% berbanding dengan 5.75% pada tahun 2012, tetapi kebanyakan majikan merancang untuk kenaikan gaji yang lebih rendah untuk tahun 2014.

Pada tahun 2014, hanya 5.65% sahaja kenaikan gaji dipertimbangkan untuk pekerja.

Warga pekerja ditekan seterusnya oleh kenaikan kos hidup, sepertimana yang dilaporkan bahawa kadar inflasi negara telah bertambah secara konsisten dari 0.1% pada bulan April 2015 hingga 2.1% pada bulan Mei 2015 dan dianggarkan akan bertambah lagi.

Perangkaan yang dibentang di atas adalah sekadar memberikan wajah kepada sengsara yang dihadapi oleh golongan pekerja setiap hari. Warga pekerja tidak perlu analisa akademik untuk membuktikan kepadanya bahawa dia sedang dieksploitasi.

Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mengubah permasalahan sistemik ini? Ketidakadilan gaji pekerja merupakan suatu permasalahan global, kerana ianya disebabkan oleh suatu model ekonomi kapitalis global yang sama. Era untuk menginterpretasi data sudah berlalu, kini rakyat marhaen pekerja harus digerakkan ke arah memikirkan model ekonomi baru yang lebih adil dan saksama.

(oleh Sivarajan)

Page 12: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 201512 PERJUANGAN RAKYAT

Polis Negeri Sembilan Salah Guna Kuasa

Peneroka Gatco Tuntut Keadilan

Seramai 200 orang peneroka Kampung Gatco dan para penyokong perjuangan Gatco telah berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Di-raja Malaysia di Bukit Aman pada 29 Julai yang lalu. Mereka menuntut pada pihak polis supaya pegawai polis dari Bukit Aman mengambil alih segala penyiasatan yang berkaitan dengan isu Gatco, kerana polis di IPK Negeri Sembilan dan IPD Jempol nampaknya bersubahat dengan pihak pemaju dan samseng yang sedang mengancam peneroka Gatco sehingga mereka tidak lagi percaya pada polis Negeri Sembilan.

Para peneroka Gatco telah mengadakan aksi bantahan secara berpiket dan duduk di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sehingga pihak polis membenarkan 5 orang wakil masuk ke dalam untuk menyerahkan memorandum dan melakukan perbincangan berkaitan dengan beberapa isu.

Menurut S. Arutchelvan, AJK Pusat PSM yang menemani para peneroka Gatco ke Bukit Aman, “para penduduk telah membuat lebih 400 aduan polis berkaitan dengan pelbagai insiden, tetapi pihak Polis Negeri Sembilan langsung tidak berbuat apa-apa pun.” Peneroka Gatco telah menghadapi ancaman yang berterusan sehingga ada yang cedera akibat serangan samseng upahan pihak pemaju, namun Polis Negeri Sembilan tidak mengambil apa-apa tindakan pun ke atas pelaku keganasan.

Kampung Gatco, yang juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah, terletak di Jempol, Negeri Sembilan. Kampung ini telah diwujudkan pada tahun 1970-an, apabila kebanyakan peneroka berhijrah ke situ di bawah satu projek pembangunan tanah yang diusahakan oleh Kesatuan

Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) untuk ahli-ahlinya, iaitu Skim Penempatan Pekebun Kecil Tebu pada tahun 1975. Syarikat Gatco (The Great Alonioners Trading Corporation Berhad) telah ditubuhkan untuk menjalankan projek tersebut. Setelah syarikat Gatco muflis pada tahun 1980-an, hak milik tanah telah bertukar tangan untuk beberapa kali, sehingga tahun 2004, tanah tersebut telah jatuh dalam tangan Thamarai Holdings. Para penduduk kampung telah memfailkan kes di mahkamah dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari yang lalu memihak pada peneroka Kampung Gatco. Namun, pihak pemaju telah menggunakan taktik kotor untuk menceroboh tanah tersebut dengan bantuan kerajaan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS), pasukan RELA, polis dan samseng upahan.

Sejak kebelakangan ini, jentolak pihak pemaju telah menceroboh masuk ke kawasan ladang Kampung Gatco untuk menebang dan memotong pokok getah yang ditanam oleh peneroka kampung. Apabila penduduk kampung cuba menghalang dan meminta dokumen yang sah daripada pemaju, pihak polis dan RELA sering kali bersikap kasar dan menangkap para penduduk.

Pada awal pagi 23 Julai yang lalu, 3 orang penduduk Gatco telah diserang oleh sekumpulan samseng bertopeng dan 3 buah kenderaan kepunyaan peneroka Gatco telah hangus dibakar oleh kumpulan samseng itu. Selepas itu, mangsa kepada insiden keganasan tersebut, Cikgu John, yang merupakan Ahli JK Bertindak Gatco, telah ditangkap oleh polis pada 26 Julai sementara tiada seorang samseng yang melakukan jenayah mencederakan orang itu ditahan. Tindakan pemaju yang cuba menganiayai peneroka Gatco semakin melampau tetapi pihak polis di Negeri Sembilan nampaknya langsung tidak peduli malah memangsakan lagi para peneroka Gatco.

Tuntutan yang dikemukakan dalam memorandum kepada Bukit Aman adalah:

1. Pihak Bukit Aman membentuk satu Pasukan khas untuk mengambilalih semua siasatan yang melibatkan isu peneroka Gatco daripada IPD Jempol dan IPK Negeri Sembilan, kerana para peneroka Gatco sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap IPD Jempol dan IPK Negeri Sembilan. Mereka mendapati bahawa tindakan pihak polis dari IPD Jempol seolah-olah bersekongkol dengan satu pihak dan mengintimidasi penduduk kampung.

2. Mendesak supaya semua kes penahanan dan siasatan polis yang dibuat selama ini dikaji semula oleh Pasukan Khas dari Bukit Aman kerana para peneroka Gatco merasakan semua penahanan terhadap mereka adalah berniat jahat, berat sebelah dan telah menyalahguna kuasa.

3. Pihak Bukit Aman mengambil tindakan tatatertib ke atas semua pegawai termasuk Ketua Balai Polis (OCS) Air Hitam dan Ketua Polis Daerah (OCPD)

Jempol, atas sebab tidak menjalankan tugas mereka secara neutral, malah bertindak memihak kepada pihak pemaju serta melindungi penceroboh semasa menangani isu Kampung Gatco.

4. Pihak peneroka Gatco telah membuat lebih 400 aduan polis terhadap pihak luar yang menceroboh, menjalankan aktiviti di tanah mereka secara tidak sah, tindakan samseng yang mecederakan penduduk, membakar kenderaan penduduk dan lain-lain lagi. Para peneroka Gatco mahukan status siasatan tentang aduan mereka dikemukakan seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah.

5. Pihak polis perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Februari yang lalu, di mana keseluruhan kes berkaitan dengan tanah Gatco diarahkan untuk dibicarakan semula. Ini dengan jelas menunjukkan status Peneroka adalah sah dan sehingga keputusan muktamad daripada mahkamah yang lebih tinggi, tiada pihak yang sepatutnya menukar status quo yang sedia ada. ##

79 OKT bantah GSTtuntut gugur kesPada 4 Ogos lalu, Gabungan Bantah GST telah menyerahkan satu memorandum kepada Jabatan Peguam Negara, menuntut supaya kes pendakwaan ke atas 79 orang OKT (orang kena tahan) di Jabatan Kastam Kelana Jaya digugurkan.

Seramai 79 orang aktivis telah ditangkap pada 23 Mac yang lalu di Kompleks Kastam Kelana Jaya, semasa melakukan aksi bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Mereka terdiri daripada anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kumpulan mahasiswa, PAS, DAP dan individu yang lain.

Mereka yang ditangkap di Kompleks Kastam Kelana Jaya pada hari itu hanya kerana cuba menanya soalan kepada pegawai Kastam, memandangkan banyak persoalan yang belum terjawab seminggu sebelum pelaksanaan GST. Namun, mereka kemudiannya telah didakwa atas kesalahan pencerobohan dan perhimpunan haram.

Pendakwaan terhadap 79 OKT bantah GST yang hanya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara yang prihatin pada isu rakyat penting ini merupakan satu tindakan yang membazir masa dan sumber undang-undang di negara kita ini, sedangkan terdapatnya banyak kes jenayah yang dilakukan oleh mereka yang tamakkan kuasa dan mencuri wang rakyat. Selepas lebih 4 bulan kes dibawa ke mahkamah, proses sebutan kes belum lagi diselesaikan kerana pengendalian kes yang kelam kabut. Oleh yang demikian, pihak Gabungan Bantah GST telah menuntut pada Peguam Negara supaya menggugurkan pendakwaan terhadap 79 OKT tersebut. ##

Page 13: Sosialis (Ogos Sept 2015)

13ANTARABANGSAOgos-Sep 2015

Kudeta dengan bankGreeceGreece telah mengalami satu kudeta ataupun rampasan kuasa. Namun, ini bukannya kudeta yang menggunakan kereta kebal (tank), tetapi kudeta yang menggunakan bank! Greece telah sekali lagi menjadi tanah jajahan kepada kuasa luar, iaitu kekuasaan kapitalis kewangan antarabangsa yang mengambilalih segala harta di negara yang dijajah oleh hutang yang bertimbunan.

Kapitalis Eropah tidak hormat pada keputusan demokratik

Rakyat Greece telah secara jelasnya menghantar satu mesej membantah dasar penjimatan yang dipaksakan oleh Troika (Kesatuan Eropah, Bank Pusat Eropah dan Dana Kewangan Antarabangsa) ke atas mereka, melalui undi “TIDAK” sebanyak 61.3% dalam referendum yang diadakan pada 5 Julai yang lalu. Namun, tidak sampai seminggu selepas keputusan referendum yang memberangsangkan tersebut, kerajaan Greece pimpinan Gabungan Kiri Radikal (SYRIZA) telah mengaku kalah dalam rundingan dengan wakil negara pemiutang (menteri-menteri kewangan negara Zon Matawang Euro) dan terpaksa menerima syarat untuk melaksanakan dasar penjimatan yang lebih teruk lagi demi mendapatkan pakej pinjaman bantuan kewangan untuk memastikan negara Greece terus berada dalam Zon Matawang Euro.

Walaupun hasrat rakyat Greece adalah menolak penghakisan kebajikan rakyat melalui dasar penjimatan yang telah berlarutan untuk lebih 5 tahun sejak krisis hutang tercetus di negara itu, Alexis Tsipras, Perdana Menteri terpaksa berdepan dengan para pemiutang di Brussels yang berpegang kuat pada fahaman ekstremis ekonomi neoliberal, yang cuba memaksa kerajaan negara yang mengalami krisis ekonomi itu melaksanakan dasar penjimatan yang memberi impak lebih buruk lagi kepada ekonomi. Greece telah dipaksa untuk menerima syarat yang lebih teruk: memperluaskan skop pengumpulan cukai tambah nilai (VAT, sejenis cukai yang sama dengan GST di Malaysia),

mengurangkan lagi pencen warga tua, meliberalisasikan pasaran buruh (dengan tujuan memudahkan para majikan memberhentikan pekerja), menjual harta kepunyaan negara, menswastakan pelabuhan dan sebagainya. Pemiutang yang diketuai oleh negara Jerman telah memaksa Greece untuk terus dijajah oleh kekuasaan matawang Euro, dengan menggadaikan kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Yanis Varoufakis, mantan Menteri Kewangan Greece yang meletak jawatannya sehari selepas referendum baru-baru ini, telah menyifatkan perjanjian bantuan kewangan yang dicapai antara Greece dengan pemiutang Eropah terbaru ini sebagai “Perjanjian Versailles Baru”. “Ini merupakan taktik politik untuk menghina. Troika telah memastikan mereka memaksa Tsipras menelan balik setiap perkataan kritikannya terhadap mereka dalam 5 tahun yang lepas,” demikian kata Varoufakis, “Ini langsung tidak kena-mengena dengan ekonomi. Ini tidak ada kaitan dengan membolehkan Greece kembali kepada pertumbuhan ekonomi. Ini merupakan Perjanjian Versailles yang sekali lagi menghantui Eropah.” (Nota: Perjanjian Versailles merupakan satu

perjanjian yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, di mana kuasa-kuasa besar membahagikan jajahan negara yang kalah dalam peperangan, khususnya Jerman, dan memaksa mereka membayar hutang yang tinggi, sehingga menyebabkan kemunculan pemerintahan Nazi di Jerman.)

Varoufakis juga membandingkan apa yang berlaku sekarang dengan rampasan kuasa tentera di Greece pada tahun 1967. “Dahulunya, kereta kebal digunakan untuk menjatuhkan demokrasi, tetapi kali ini adalah melalui bank. Kuasa luar menggunakan bank untuk mengambilalih kuasa pemerintahan. Apa yang berbeza kali ini adalah, mereka sedang mengambilalih semua harta awam,” begitu katanya Varoufakis.

Kesatuan sekerja dan kumpulan masyarakat yang menentang dasar penjimatan telah mengadakan aksi mogok dan protes, untuk membantah tindakan parlimen yang meluluskan dasar penjimatan untuk mendapat bantuan pinjaman kewangan dari Kesatuan Eropah. SYRIZA itu sendiri juga wujudnya perpecahan dalaman parti, di mana

ada 39 orang daripada 149 ahli parlimen parti itu mengundi untuk menolak dasar penjimatan yang terbaru. Mereka yang “memberontak” dalam pengundian di Parlimen termasuklah Varoufakis, Panagiotis Lafazanis (Menteri Tenaga yang kemudiannya dilucutkan jawatan selepas pengundian tersebut) dan Zoe Konstantopoulou (Speaker Parlimen). Ini menyebabkan SYRIZA terpaksa bergantung pada parti-parti pembangkang (sebelum ini merupakan parti pemerintah yang hilang kuasa dalam pilihanraya kerana melaksanakan dasar penjimatan) untuk meluluskan dasar yang amat ditentang oleh rakyat.

SYRIZA menang dalam pilihanraya umum pada bulan Januari yang lalu, dengan janji menentang dasar penjimatan yang telah menyusahkan rakyat Greece sejak tahun 2010. Namun, parti berhaluan kiri tersebut sedang menghadapi satu cabaran yang hebat apabila dipaksa oleh kuasa besar untuk tunduk dan melaksanakan sesuatu yang memungkari janji pilihanrayanya. Ini merupakan satu situasi yang amat membimbangkan, kerana kegagalan SYRIZA akan membuka peluang yang lebih besar lagi untuk perkembangan politik berhaluan kanan lampau, yang mempermainkan sentimen perkauman demi mengambilalih kuasa dan menghancurkan demokrasi.

Punca krisis di Greece: sistem kapitalis globalKrisis hutang di Greece bermula pada tahun 2009-2010, sejurus selepas tercetusnya krisis kewangan sedunia. Krisis kewangan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan daripada sistem kapitalis itu sendiri. Pengeluaran kapitalis yang inginkan keuntungan lumayan setiap masa, sentiasa akan mewujudkan situasi di mana pekerja yang bergaji rendah tidak mampu lagi berbelanja (kekurangan dalam permintaan) sementara pengeluaran menjadi berlebihan. Oleh kerana golongan kapitalis melihat keuntungannya tidak lagi boleh menjadi modal untuk dilaburkan dalam pengeluaran, mereka melaburkannya dalam pasaran kewangan dengan harapan untuk mendapat keuntungan yang lebih besar lagi. Ini telah mewujudkan banyak surplus daripada ekonomi nyata dikitar semula dalam ekonomi

maya.

Dengan timbunan surplus kewangan yang begitu banyak, bank-bank telah mengumpan negara-negara seperti Greece untuk terus meminjam dan berhutang semakin banyak. Apabila buih ekonomi meletup semasa krisis kewangan, bank-bank yang menghadapi masalah untuk mendapat balik pinjaman mereka kepada negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Greece, telah berpaling kepada Kesatuan Eropah untuk bantuan. Maka, bantuan kewangan yang disalurkan oleh Troika dalam bentuk pinjaman wang itu, hampir kesemuanya digunakan untuk membayar bank-bank swasta di Eropah yang meminjam wang kepada Greece sebelum itu. Troika menggantikan bank-bank swasta menjadi pemiutang terbesar Greece. Maka Greece yang mendapat “bantuan” Troika itu masih memikul bebanan hutang yang tinggi, hanya wajah Ah Long itu telah bertukar.

Cabaran untuk politik kiriKesatuan Eropah dan kelas pemerintah Eropah telah cuba mempamerkan kekuasaan mereka dalam menangani masalah hutang Greece, dengan membuli dan menghukum parti SYRIZA yang cuba menyelamatkan Greece melalui jalan yang berbeza daripada fahaman neo-liberal. Kelas pemerintah Eropah tidak mahu SYRIZA berjaya menyelamatkan Greece dengan cara mereka sendiri, kerana kejayaan Greece akan memberi rangsangan yang lebih hebat lagi kepada gerakan politik kiri di benua Eropah, seperti PODEMOS di Sepanyol yang menunjukkan sokongan rakyat semakin bertambah kerana program politik mereka yang

menentang dasar penjimatan neoliberal.

Oleh itu, apa yang sedang berlaku di Greece dan seluruh Eropah sekarang adalah pertembungan ideologi politik tentang hala tuju ekonomi masyarakat. Kelas pemerintah yang berpegang kuat pada fahaman neo-liberal demi melindungi keuntungan golongan kapitalis tidak mahu memberi sebarang ruang kepada alternatif kiri yang mempertahankan kesejahteraan rakyat dengan dasar ekonomi yang berlainan. Perlawanan ini tidak akan berakhir selagi sistem kapitalis itu masih ada dan krisis kapitalis akan berterusan. ##

Page 14: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 201514 SENI

Selamat Tinggal NajibPernah hadir atau menyaksikan upacara pengebumian yang dilangsungkan dengan cara adat tionghua? Jika pernah, mungkin kalian dapat menyaksikan persembahan kumpulan yang mendendangkan lagu-lagu pengebumian mengiringi perarakan untuk orang yang telah meninggal. Kadang-kala lagu-lagu yang berkumandang itu bingit, ada juga yang bunyinya seperti lagu pancaragam sekolah ketika hari sukan.

Video muzik Goodbye Najib ialah hasil karya kugiran eksperimental NAO yang diterbitkan oleh Teng Wong. Ia berdurasi 6 minit 7 saat dan langsung tidak memaparkan adegan atau perkaitan langsung

amalan rasuah dan salah guna kuasa bagi menggambarkan tajuknya. Sebaliknya hanya kugiran ini yang mendendangkan lagu ini berlatarkan padang hijau dan diselitkan imej alam yang lain. Bagi peminat muzik bingit, mungkin sangkakan bahawa lagu ini keras bunyinya yang melambangkan kemarahan terhadap sang koruptor. Namun lagu tanpa vokal ini agak tenang perwatakan walau tidak pula perlahan rentaknya dan berselang seli dengan permainan tanda masa. Kalian boleh tontonya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=RGrQaMtVNr4

Dalam laman rasmi facebook mereka, NAO menyatakan betapa rasuah yang sebegini boleh terjadi,

sehingga ke tahap kegelapan yang terlampau. Bagi mereka, kekayaan bumi Malaysia telah habis dikaut, dan Najib adalah seorang koruptor yang melampau. Manakala yang bersama-sama dengan dia ialah ramai lagi syaitan yang berwajah manusia yang memanipulasikan rakyat.

“Kami hanya manusia biasa, yang punyai bayangan yang suci dan mengharapkan masa depan yang ceria. Selagi hari itu belum sampai, kami dengan senyap mengucapkan selamat tinggal buat Najib dengan rasa gembira dalam hati kami, sudah pasti boleh.”

Nao ialah kugiran yang dibarisi oleh Tatmo, Teng, dan Ian yang

memainkan muzik jenis eksperimental. Mereka bernaung di bawah Soundscape Records dan pernah beraksi di China, Singapura, dan Taiwan.

Apabila di pengakhiran video muzik ini, barulah saya faham bahawa lagu ini sebenarnya ialah lagu yang ditulis untuk “pengebumian” Najib. Imej pasu yang bercorak kebiruan dan diletakkan gambar hitam putih Najib padanya. Apabila ditanya kepada seorang rakan;“Ini pasu untuk apa?”“Ini pasu untuk letak abu mayat!”

(oleh Shazni Bhai)

“Dalam masa ketidakjujuran berlaku, berkata benar ialah tindakan yang revolusioner.”

George Orwell

Page 15: Sosialis (Ogos Sept 2015)

15IDEOLOGIOgos-Sep 2015

Adakah sifat semulajadi manusia halangan kepada Sosialisme?

[Bahagian terakhir: ditulis oleh John Molyneux; diterjemah oleh Letchimi Devi]

Sosialisme dan Sifat Manusia

Jika dari sudut pandangan sifat manusia, kapitalisme memang dikecam, bagaimana pula dengan sosialisme?

Jika kita terima kewujudan sikap manusia yang paling asas, apakah tidak mungkin, tersemat jauh dalam diri manusia, sifat-sifat yang menghindar pencapaian satu masyarakat tanpa kelas, pentadbiran sendiri di mana semua orang hidup bebas dan saksama? Tidak mungkinkah ada keinginan untuk berkuasa atau keperluan untuk mendominasi agar masyarakat sentiasa dipecah-belah kepada pemerintah dan yang diperintah? Mungkinkah, ketidaksaksamaan fizikal yang wujud secara semulajadi antara individu-individu membentuk halangan kekal kepada kesaksamaan sosial?

Kita boleh memberi satu jawapan mudah kepada soalan-soalan serupa ini. Iaitu, selama beratus ribu tahun, manusia hidup sebagai satu masyarakat tanpa harta persendirian, pembahagian kelas, pemerintah ataupun negara.

Rekod arkeologi menunjukkan alat buatan tangan pertama manusia – batu api – bertarikh 2.5 juta tahun lalu. Sejak itu, sehinggalah perkembangan pertanian pada 10,000 tahun lalu, masyarakat hidup, pertama sebagai pemungut (scavengers), kemudian lebih teratur sebagai pemburu dan pengumpul, biasanya dalam kumpulan nomad. Masa itu, belum lagi ada tanaman, barangan tembikar dan tidak ada pengangkutan. Adalah tidak mungkin untuk mereka, sama ada komuniti atau individu, untuk mengumpul lebihan makanan, lebih daripada keperluan untuk kehidupan harian mereka.

Tanpa lebihan makanan, tidak akan ada perbezaan kelas – tidak ada kelas atasan yang hidup selesa dengan sumbangan titik peluh buruh di bawah. Tidak akan juga ada pemerintah-pemerintah sepenuh

masa dengan badan-badan khas yang bersenjata untuk mengekalkan kuasa mereka. Setiap orang terlibat dalam pengeluaran barangan keperluan hidup mereka. Maka, 99% masa manusia hidup di planet ini, mereka hidup sebagai komuniti tanpa kelas.

Masih wujud lagi komuniti pemburu-pengumpul, yang hidup seperti mana dahulukala, yang boleh dipantau oleh ahli-ahli antropologi moden. Contoh terbaik adalah orang !Kung San, yang hidup di Gurun Kalahari, Afrika Selatan. Kajian telah pun dibuat terhadap komuniti ini oleh beberapa ahli antropologi, terutamanya Richard Lee dari Amerika Syarikat.

Komuniti !Kung hidup di gurun Kalahari sekurang-kurangnya selama 10,000 tahun. Mereka hidup dalam kumpulan kecil, 30 orang dalam satu kumpulan, berpindah khemah tempat tinggal setiap beberapa minggu. Mereka memiliki sangat sedikit barang, tidak lebih daripada apa yang mereka boleh angkat, tetapi mereka kaya dengan budaya lisan. Pengetahuan mendalam tentang persekitaran mereka, membolehkan mereka mencapai satu taraf kehidupan yang waras. Makanan yang diburu atau dikumpul dikongsi bersama. Menurut Lee, seperti mana fokus kapitalis adalah keuntungan, bagi orang !Kung, kehidupan mereka berpusatkan pada perkongsian. Kuat fahaman egalitarian (hak yang sama kepada semua) dalam komuniti !Kung. Bukan sahaja mereka tiada perpecahan antara kaya dan miskin, mereka juga tidak ada ketua atau pemimpin. Richard Lee bertanya, sama ada orang !Kung mempunyai ketua. Jawapan yang diterimanya, “Ya, kami ada. Sebenarnya, kami semua adalah ketua, setiap daripada kami adalah ketua kepada diri sendiri. ”

Kesimpulan yang dibuat oleh Richard Lee daripada hasil kajian beliau ialah:

“A truly communal life is often dismissed as a utopian ideal, to be endorsed in theory but unattainable in practice. But the evidence from foraging peoples tell us otherwise. A sharing way of life is not only possible but has actually existed in many parts of the world and over long periods of time”

Bukti ini ternyata menjawab hujah-

hujah anti-sosialis. Hakikatnya, cara kehidupan pemburu-pengumpul itu sendiri adalah produk satu evolusi budaya yang lama. Kebanyakan ciri-cirinya, termasuk perkongsian, perlu dipelajari dan diteguhkan. Seperti yang dikomen oleh Richard Lee, “setiap manusia baru lahir dilengkapi dengan kapasiti untuk berkongsi dan kapasiti untuk mementingkan diri.” Bagaimanapun, bukti yang dikumpulkan oleh ahli-ahli antropologi ini menunjukkan bahawa sifat semulajadi manusia dan sosialisme memang secocok.

Sosialisme moden bukan bermaksud kembali kepada kondisi komunisme primitif, sebaliknya kemajuan besar berdasarkan pencapaian teknologi masyarakat kelas beribu-ribu tahun. Sosialisme moden adalah berdasarkan fakta bahawa kuasa pengeluaran kini telah berkembang ke tahap di mana terdapat lebihan yang secukupnya untuk semua menikmati kehidupan sejahtera tanpa kehidupan manusia digunakan sepenuhnya untuk bekerja.

Sosialisme hari ini bermaksud mengambil kekayaan, kapasiti pengeluaran, sains dan teknologi yang kini dimonopoli oleh syarikat-syarikat multi-nasional, kapitalis-kapitalis terkaya termasuk negara-negara mereka, dan meletakkannya di bawah penguasaan kolektif demokratik, peringkat antarabangsa. Ini akan memastikan makanan, pakaian dan perlindungan yang sewajarnya diperoleh semua di atas planet ini sementara kelaparan dan kemiskinan dihapuskan. Dalam proses ini, manusia akan bersatu menamatkan penindasan, perang, perkauman dan keganasan seksual, iaitu dengan menghapuskan situasi

kebendaan yang mengkaburi mereka.

Ia akan memberi kuasa kepada komuniti untuk menguasai buruh dan hasil pengeluaran mereka secara kolektif. Ia akan membantu mengatasi masalah pengasingan dan pengherotan sifat semulajadi manusia yang telah berterusan beribu tahun dari zaman hamba abdi hingga kemuncaknya di zaman kapitalisme. Ia akan menghasilkan suatu persekitaran yang memenuhi keperluan manusia dan membantu perkembangan manusia. Perancangan yang lebih rasional agar kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar adalah minimum dan pemusnahan alam sekitar secara besar-besaran dapat dikurangkan. Salah satu ciri spesis manusia adalah kreativiti seni. Objek tertua yang diukir berusia 300,000 tahun. Setiap masyarakat ada muzik dan tariannya.

Dalam kapitalisme, seperti dalam masyarakat kelas yang lain, secara amnya aktiviti seni menjadi milik golongan elit – kreativiti majoriti pula dihalang dan dihancurkan. SOSIALISME akan membebaskan kreativiti ini dengan lebih banyak masa lapang dan pendidikan untuk semua dan memulihkan unsur-unsur seni dalam pengeluaran. Ia akan menghasilkan suatu budaya yang hebat.

Oleh itu sosialisme bukan sahaja akan mencapai keperluan asas material yang diguna oleh semua manusia, ia juga akan membawa perkembangan holistik, memperkaya dan memajukan sifat semulajadi manusia. Ia bukan sahaja satu kemungkinan, malah ia perlu dan memang barbaloi untuk memperjuangkannya. ##

Page 16: Sosialis (Ogos Sept 2015)

Ogos-Sep 201516 PERJUANGAN RAKYAT

Sudut Komik Satu dunia tahu kau tipu!

Kembalikan tanah kepada petaniPetani-petani Perak yang menghadapi masalah tanah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, tetapi langsung tidak dihirau oleh MB, malah seramai 39 orang petani dan aktivis ditangkap di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri Perak pada 5 Ogos yang lalu.

Seramai 300 orang petani dan aktivis yang menyokong perjuangan petani, telah berhimpun dan berprotes di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri Perak pada 5 Ogos yang lalu, dengan tuntutan supaya MB Perak berjumpa dengan petani untuk membincangkan masalah pengusiran yang sedang dihadapi oleh para petani di Perak dan mencari jalan penyelesaian yang adil. Para petani yang datang dari kawasan-kawasan sekitar negeri Perak pada hari itu, telah mendirikan satu “pasar sementara” di hadapan pintu masuk ke Bangunan Kerajaan Perak, dengan mempamerkan hasil pertanian mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan ternakan.

Menurut Kunasekaran, Penyelaras Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak, “Para petani Perak telah menghantar memorandum kepada MB sebanyak 8 kali, tetapi langsung tidak mendapat maklum

balas daripadanya untuk mengadakan perjumpaan supaya satu perbincangan dapat dijalankan. Malah, para petani juga pernah menyerahkan memorandum ke Putrajaya, dan pihak Jabatan Perdana Menteri ada mengutuskan surat kepada pihak MB Perak supaya berjumpa dengan petani. Namun, sehingga hari ini, MB yang bersikap angkuh enggan berjumpa langsung dengan para petani.” Adakah Kerajaan Negeri Perak langsung tidak mempedulikan rezeki petani kecil dan jaminan pembekalan untuk rakyat?”

MB Perak bukan sahaja enggan berjumpa dengan para petani, malah anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dikerahkan untuk merampas semua hasil pengeluaran makanan yang dipamerkan di tempat protes petani itu. Pihak polis kemudiannya melakukan tangkapan ke atas para petani dan aktivis di situ. Seramai 39 orang telah ditangkap, mereka termasuklah Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput), M. Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM), A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM), S. Arutchelvan (AJK Pusat PSM), K. Kunasekaran (Penyelaras Petani PSM), Michael Fong Hock Chon (Gabungan

Selamatkan Petani dan Penternak) dan Chin Kwai Leong (wakil petani). Kesemua yang ditahan itu kemudiannya dibebaskan pada waktu malam hari itu juga.

Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di negara kita yang menghasilkan banyak sayur-sayuran untuk pembekalan makanan. Namun, ramai petani yang mengusahakan tanah mereka untuk masa yang lama tidak mendapat hakmilik tanah. Sebaliknya, pihak kerajaan telah memindahmilik tanah tersebut kepada syarikat berkaitan kerajaan atau pemaju swasta demi mengaut keuntungan. Tanah petani telah dirampas untuk mengkayakan segelintir kecil golongan kroni yang rapat dengan mereka yang berkuasa. Lebih-lebih lagi, penglibatan Syarikat Menteri Besar Incorporated dalam pengambilan tanah dan pengusiran paksa ke atas petani, telah menimbulkan satu persoalan, “adakah MB itu seorang penjawat awam yang diamanahkan untuk melindungi kepentingan rakyat, atau seorang ketua eksekutif syarikat bermotifkan keuntungan?”

Petani-petani dari kawasan di sekitar negeri Perak, seperti Tronoh, Cennderong, Tanjung Tualang, Tanah Hitam, Kanthan, Sungai Kroh,

Biovalley, Mambang Diawan, Temoh, Malim Mawar, Batu Gajah, Kuala Kuang, Sungai Siput, Pusing, Papan, Batu Puteh, Changkat Kinding, Lawan Kuda, Kampung Bali, Kampung Banir, Chenderiang dan Ampang, telah menubuhkan “Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak”, demi menggabungkan kekuatan para petani untuk menentang pengusiran paksa dan mempertahankan hak tanah petani. PSM Perak telah bersama-sama dengan perjuangan petani ini sejak awal lagi. Pada bulan Mac yang lalu, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, telah mengusulkan satu rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Kanun Tanah Negara 1965, supaya dapat melindungi rezeki petani kecil dan menyelesaikan masalah tanah berkaitan dengan petani kecil, serta memperkukuhkan sara diri pengeluaran makanan di negara kita. Namun, cadangan rang undang-undang tersebut telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Selagi rampasan tanah masih berlaku dan petani terus ditindas, perjuangan petani mempertahankan rezeki dan jaminan makanan ini akan diteruskan… ##

Petani menuntut hak tanah untuk bercucuk tanam

Petani mempamerkan hasil pertanian mereka di hadapan Pejabat MB Perak

Petani dan aktivis PSM ditahan polis

Pintu masuk ke Pejabat MB disekat oleh “pasar” petani