sosialis (ogos sept 2014)

16
RM1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT OGOS-SEP 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: [email protected] & Perang Dingin 2.0 baca lanjut di m/s 8 & 9 > m/s 6 & 7 Merdeka untuk siapa? > m/s 4 KOMPLOT DI SEBALIK PENGGABUNGAN BANK > m/s 10 Tragedi

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

263 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Topik: Merdeka, Pekerja Ladang Gedong, MH17, Ukraine Timur, Gaza, Piala Dunia, Mogok Pekerja Lawatan Mahathir, Indonesia, Sastera

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Ogos Sept 2014)

RM1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATOGOS-SEP 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mail: [email protected]

& Perang Dingin 2.0

baca lanjut di m/s 8 & 9

> m/s 6 & 7

Merdeka untuk siapa?> m/s 4

KOMPLOT DI SEBALIKPENGGABUNGAN BANK

> m/s 10

Tragedi

Page 2: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 20142 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM20 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PSM CENTRE

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Bulan Julai yang lalu, dunia diselubungi dengan kesedihan dan kemarahan. Kita bersedih dengan tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak peluru berpandu di Ukraine Timur. Tragedi MH17 membawa negara kita begitu dekat dengan konflik bersenjata yang berlaku jauh dari tanahair. Pertembungan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia menyebabkan negara-negara lain yang tidak berkepentingan juga dimangsakan. Kita perlu mendapat tahu kebenaran dan menuntut keadilan untuk mereka yang menjadi mangsa tragedi ini melalui penyiasatan yang bebas dan proses pengadilan yang sewajarnya.

Rakyat Palestin di Gaza terus dizalimi rejim zionis Israel dengan serangan ketenteraan terbaru yang telah meragut lebih seribu nyawa dan penindasan tersebut masih berterusan. Rejim zionis yang disokong kuat oleh kuasa Amerika Syarikat terus berdegil dengan tindakan zalimnya walaupun rakyat sedunia menyuarakan bantahan secara lantang. Sudah tibanya masa untuk masyarakat sedunia untuk memperhebatkan kempen boikot dan sekatan ke atas Israel untuk menamatkan

dasar rejim apartheid tersebut.

Di Malaysia pula, rakyat di Selangor khususnya berasa amat kecewa dengan krisis Menteri Besar yang wujud akibat daripada pergelutan kuasa dalam PKR. Pakatan Rakyat terus menghadapi masalah di kalangan parti komponennya dan ini telah menjejaskan kepercayaan rakyat yang menaruh harapan tinggi pada mereka semasa pilihanraya umum yang lalu. Adalah penting untuk rakyat Malaysia yang giat memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial untuk terus membina kuasa politik yang progresif dari bawah tanpa bergantung pada elit politik yang kebanyakannya hanya pentingkan kuasa dan kekayaan untuk diri sendiri. Kita perlukan kuasa rakyat yang sedar dan proaktif untuk membawa perjuangan demokrasi dan keadilan sosial ke tahap yang lebih tinggi. ##

Page 3: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 3PARTI DAN FRON

Tayangan Filem “Viva Venezuela”:Revolusi di Venezuela adalah Usaha Kolektif Rakyat dari Bawah

Revolusi Bolivar di Venezuela bukannya usaha Hugo Chavez seorang sahaja, tetapi hasil perjuangan yang berterusan oleh rakyat biasa setiap hari, inilah mesej utama filem dokumentari yang ditayangkan secara umum pada 10 Julai yang lalu di Kuala Lumpur.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Venezuela yang ke-203, Kedutaan Venezuela telah menganjurkan satu tayang khas filem dokumentari yang bertajuk “Viva Venezuela: Fighting for Socialism” (Hidup Venezuela: Berjuang untuk Sosialisme). Program tayangan filem ini mendapat sokongan daripada PSM yang sentiasa bersolidariti dengan Revolusi Bolivar di Venezuela.

Dalam ucapan aluannya, Duta Venezuela Manuel Guzman mengatakan bahawa kemerdekaan Venezuela bukan sahaja tentang kemerdekaan negara tersebut daripada penjajah Sepanyol 203 tahun dahulu, tetapi perjuangan harian rakyat dalam menegakkan keadilan sosial dan membebaskan diri daripada kongkongan imperialis.

Filem “Viva Venezuela” yang diterbitkan oleh Revolutionary Communist Group dari Britain ini mengisahkan tentang proses revolusi yang berlaku di Venezuela daripada perspektif peserta di peringkat akar umbi. Revolusi Bolivar di Venezuela sememangnya bukan usaha mendiang Hugo Chavez seorang diri sahaja, tetapi adalah revolusi dari bawah yang dibina melalui organisasi secara sedar oleh kelas pekerja dan rakyat biasa untuk membawa perubahan radikal dalam masyarakat.

Filem ini membawa penonton mendalami proses revolusi di Venezuela dengan menemuramah aktivis sosial dan rakyat biasa yang mengambil bahagian dalam proses sebegini, misalnya projek pembinaan bandar sosialis yang pertama, Caribia, di negeri Vargas, yang merupakan penempatan semula untuk mangsa-mangsa bencana alam, di mana proses pengwujudan kominiti berintegrasi baru ini melibatkan penyertaan demokratik daripada rakyat biasa. Filem ini juga

membawa penonton bertemu dengan aktivis Koleftik Alexis Vive yang mengorganisasi masyarakat akar umbi di Barrio 23 de Enero (sebuah komuniti revolusioner), profesor di Universiti Bolivariana Venezuela (UBV), penganjur stesen televisyen komuniti Catia TV, dan juga kakitangan Hospital

Kardiologi Kanak-kanak.

Dalam temuramah dengan Wilfredo Vasquez, penganjur Catia TV, beliau mengataan bahawa stesen TV komuniti tersebut merupakan barisan hadapan untuk idea, harapan dan transformasi, di mana garis editorialnya mengambil 3 konsep asas: 1) “Jangan tonton TV, datang dan bikin sendiri”; 2) mendidik untuk pembebasan; 3) suara dan imej rakyat.

Satu perkara menarik yang disebut dalam filem adalah kesihatan bukan sahaja hak asasi rakyat yang tidak boleh dijualbeli, tetapi juga diiktiraf sebagai satu unsur penting untuk demokrasi berpartisipasi dalam proses Revolusi Bolivar Venezuela.

Filem ini juga cuba membandingkan proses revolusi di Venezuela yang meletakkan kesejahteraan rakyat biasa sebagai keutamaan dengan dasar “penjimatan” (austerity) yang dibawa oleh kerajaan Britain yang cuba selamatkan keuntungan kapitalis dengan mengurangkan perbelanjaan sosial.

Apa yang dapat disimpulkan melalui filem ini adalah proses revolusi di Venezuela tidak akan berhenti dengan pemergian Chavez, kerana rakyat bawahan akan terus mempertahankan revolusi dan membawanya ke hadapan.

Tayangan filem ini telah diikuti dengan perbincangan hangat yang dipengerusikan oleh Kohila, penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Perbincangan menunjukkan ramai di Malaysia berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang proses revolusi di Venezuela.

Menurut Duta Ecuador, Lourdes Puma Puma, kita tidak boleh mengeksport revolusi. Kesejahteraan rakyat bukan sahaja daripada ekonomi, tetapi sosial, budaya dan penyertaan politik.

Filem Viva Venezuela ini memang dapat sedikit sebanyak membuka mata orang ramai tentang apa sebenarnya berlaku di Venezuela, di mana proses Revolusi Bolivar yang masih berjalan di benua yang jauh

dari Malaysia ini tetap akan menjadi sumber inspirasi kita untuk terus berjuang dalam membina masyarakat yang adil dan saksama.

Filem Viva Venezuela boleh ditonton secara online di http://bit.ly/1tMiFwR

Gabungan Kiri

Satu mesyuarat Gabungan Kiri telah diadakan pada 13 Julai yang lalu di Kuala Lumpur. Mesyuarat dihadiri oleh wakil daripada PSM, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan juga individu yang berhasrat untuk membina gerakan kiri di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah kertas kerja tentang isu perumahan. Mesyuarat Gabungan Kiri diadakan setiap 3 bulan sejak September 2013.

Peserta mesyuarat Gabungan Kiri membantah serangan ke atas Gaza.

Satu majlis penghormatan khas telah diadakan pada 15 Julai yang lalu di Pejabat PSM Sungai Siput, untuk memperingati mendiang Velayutham yang meninggal dunia baru-baru ini. Velayutham adalah seorang ahli PSM yang aktif melibatkan diri dalam banyak aksi dan perjuangan rakyat.

Solidariti untuk Gaza

PSM mengambil bahagian dalam aksi solidariti untuk Gaza pada 18 Julai yang lalu di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Bharu. PSM dalam satu kenyataan bersama antarabangsa yang ditandatangani oleh lebih 20 buah organisasi politik kiri dari rantau Asia Pasifik telah mengecam tindakan Israel yang melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Akan Datang

SOSIALISME 2014

21-23 Nov Kuala Lumpur

DUNIA DALAM PERGELUTANImperialisme & Penentangan Abad ke-21

Maklumat lanjut akan diumumkan nanti di partisosialis.org

Page 4: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 20144 NASIONAL

MERDEKADARI SIAPA? UNTUK SIAPA?

oleh Arutchelvan

Setiap tahun kita menikmati dua cuti umum, iaitu Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. Satu hari adalah hari di mana Malaya mendapat kemerdekaan daripada British manakala hari yang satu lagi adalah hari di mana Sabah, Sarawak dan Singapura mendapat kemerdekaan apabila mereka digabungkan bersama Malaya dalam satu persekutuan yang bernama Malaysia. Namun demikian, 16 September hanya diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Semenanjung Malaysia apabila Kerajaan Barisan Nasional diselamatkan oleh parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dalam Pilihanraya Umum pada tahun 2008. Hari ini, rakyat di Sabah dan Sarawak pula sering kali meluahkan sentimen mereka dijajah oleh pemerintah dari Putrajaya.

3 tahun yang lalu, pada 2011, kita dikejutkan oleh jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling yang berkata bahawa Tanah Melayu “tidak pernah dijajah”, sebaliknya hanya di bawah naungan atau dilindungi oleh British. Kenyataan yang kelakar dan mengelirukan ini mempersoalkan mengapa kita merayakan Merdeka dari penjajah setiap tahun padahal kita tidak pernah dijajah. Yang lebih menyakitkan hati adalah ramai sudah lupa tentang pengorbanan lebih 11,000 pejuang Tentera Pembebasan Rakyat Malaya , kematian seramai 2,461 rakyat awam, 6,113 orang yang cedera, 807 orang yang hilang, 34,000 orang yang dipenjara tanpa bicara dan 26,000 orang yang dibuang negara kerana menentang penjajahan British. Ini adalah pertumpahan darah di Negara-Ku...tanah tumpah darahku, dalam perjuangan melawan penjajah British.

Untuk mengekalkan penjajahannya, penjajah British telah mengerah seramai 400,000 tentera dan juga mengimport tentera dari Australia, New Zealand, Fiji, Gurkha dan Afrika Timur. 25,000 serangan udara dilancar, 33,000 bom digugurkan, 100,000 roket dilancar dan ribuan gelen racun kimia digunakan.

Namun apa yang terpapar di Tugu Kebangsaan adalah imej tentera penjajah memegang jalur gemilang setelah menewaskan Parti Komunis

Malaya yang pada hakikatnya menentang British untuk kemerdekaan Malaya. Maka timbulnya persoalan bahawa, kita perolehi Merdeka dari siapa? Dan untuk siapa?

Kita sering diajar bahawa Tunku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan dan slogan merdeka dilaungkan olehnya di Stadium Merdeka. Namun, kita tidak pernah diberitahu bahawa pada hari negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu 31 Ogos 1957, Malaya masih berada dalam Darurat yang dikenakan oleh penjajah British. Darurat tersebut hanya telah ditamatkan pada 31 Julai 1960 dan pada hari keesokannya 1 Ogos 1960, Malaya

terus dijajah oleh ISA – Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kita sering diberitahu bahawa UMNO yang memerdekaan Tanah Melayu tetapi kita tidak pernah diberitahu bahawa British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada UMNO kerana takut kepada gerakan rakyat yang dipimpin oleh PUTERA-AMCJA dan sekutu-kutu mereka yang kuat seperti API, AWAS, BATAS, Hizbul Muslimin, PMFTU dan sebagainya.

Kita sering ditunjukkan gambar bendera Union Jack diturunkan dan bendera Jalur Gemilang menggantikannya,

tetapi kita tidak pernah diberitahu bahawa antara syarat kemerdekaan adalah Malaya perlu membenarkan tentera dari British, Australia dan New Zealand terus ditempatkan di tanahair kita. Kita juga tidak diberitahu bahawa, semasa negara kita merdeka dari British, 75% ladang-ladang di negara kita masih dikawal oleh syarikat kapitalis British, 61% lombong bijih timah dan 75% sektor perdagangan serta perkhidmatan masih dikawal oleh pelaburan asing.

Maka apakah erti kemerdekaan apabila harta beralih dari penjajah British terus kepada kapitalis antarabangsa. Hari ini, lebih

banyak sektor awam di negara kita seperti pengangkutan, air,

tenaga, telekom, pos dan lain-lain lagi telah dialihkan ke sektor swasta berbanding dengan masa kita mencapai kemerdekaan. Maka adakah kemerdekaan itu bermaksud peralihan kekayaan dari sektor awam kepada sektor swasta dan persendirian?

Hutang isi rumah di Malaysia terus melonjak sehingga “berjaya” untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai negara yang menduduki tangga teratas hutang isi rumah tertinggi di Asia, iaitu 86.8% daripada KDNK (RM854.3 bilion). Maka, adakah rakyat Malaysia merdeka dari hutang?

Oleh yang demikian, apakah erti kemerdekaan jika rakyat terus dibelenggu hutang dan penderitaan. Apakah erti kemerdekaan apabila rakyat terus dikongkong oleh undang-undang zalim dan tidak demokratik. Apakah erti kemerdekaan apabila 1% kapitalis dunia terus memeras 99% rakyat majoriti. Apakah erti kemerdekaan apabila perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan terus menjadi bahan komoditi, mahal dan di luar kawalan rakyat biasa seperti anda dan saya.

Apakah erti kemerdekaan…dari siapa, untuk siapa? ##

Page 5: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 5ISU RAKYAT

Pekerja Ladang Gedong Tuntut Rumah

Pada pertengahan tahun 2012, beberapa orang pekerja Ladang Gedong, Bagan Serai, Perak, telah menerima notis untuk mengosongkan rumah kuarters mereka kerana sudah bersara. PSM telah menasihatkan mereka supaya terus duduk di rumah mereka masing-masing sambil memohon pada majikan ladang, iaitu syarikat Sime Darby, untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Ini adalah kerana kesemua 4 orang yang bersara itu merupakan pekerja generasi ketiga di ladang tersebut.

Usaha mereka untuk memohon skim perumahan telah menggalakkan pekerja lain di Ladang Gedong untuk turut

memohon juga. Pada bulan September 2012, kesemua 35 orang pekerja Ladang Gedong telah menandatangani satu permohonan yang memberi 3 pilihan kepada Sime Darby:1. Jual rumah kuarters yang sedang didiami oleh pekerja kepada mereka dengan harga berpatutan;

2. Membina rumah teres kos rendah untuk pekerja;3. Memberi lot perumahan di atas tanah ladang.

Apabila khabar ini sampai ke ladang-ladang lain di Bagan Serai, mereka pun menjemput PSM untuk mengadakan mesyuarat di ladang mereka, dan mereka juga menandatangani surat dengan tuntutan yang sama.

Akan tetapi, walaupun surat-surat daripada 5 buah ladang dihantar dengan tangan, dan dua surat peringatan juga dihantar, langsung tiada maklum balas daripada Sime Darby. Akhirnya pekerja daripa lima buah ladang mengambil keputusan menempah satu bas untuk pergi ke ibu pejabat Sime Darby secara beramai-ramai pada 24 Jun yang lalu.

Apabila pihak Sime Darby mendapat

tahu satu bas akan datang ke Kuala Lumpur, mereka telah menghubungi pekerja dan memberitahu bahawa wakil daripada ibu pejabat Sime Darby akan turun ke Bagan Serai pada 2 Julai untuk mengadakan mesyuarat dengan pekerja.

15 orang pekerja dan 3 orang ahli PSM telah berjumpa dengan 3 orang pengurus ladang dan 3 orang pegawai tinggi daripada ibu pejabat Sime Darby pada 2 Julai yang lalu.

Berikut adalah petikan daripada perbincangan dalam mesyuarat antara pekerja di ladang-ladang Bagan Serai dengan Majikan Sime Darby di Ladang Gedong pada 2 Julai yang lalu.

Sime Darby: ADUN Alor Pongsu telah memohon mengambil 15 ekar tanah ladang untuk melaksanakan skim perumahan untuk golongan miskin. Kamu harus pergi memohon dekatnya.

Pekerja: 15 ekar hanya boleh menampung 130 buah keluarga sahaja. Kami dari 5 buah ladang sekarang berjumlah lebih 200 keluarga. Lagi pun, dia akan memberi kepada orang lain juga, bukan sahaja orang estet.

Sime Darby: Buat secara berperingkat. Terlebih dulu mohon untuk mereka yang sudah bersara. Yang lain boleh memohon bila dekat mahu bersara.

Pekerja: Jika sudah bersara macam mana mahu bayar untuk rumah itu? Kami memohon skim perumahan dilaksanakan secepat mungkin.

Sime Darby: Tiada mana-mana undang yang menyatakan majikan harus menyediakan rumah kos rendah untuk pekerja estet.

Soup Kitchen, Gelandangan atau Kerajaan yang Tidak Prihatin:Siapa yang jejaskan imej sesebuah bandaraya?

Tindakan kerajaan yang melarang Soup Kitchen (dapur yang menyajikan makanan percuma kepada golongan miskin dan gelandangan) untuk beroperasi dalam lingkungan 2 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur telah mengundang pelbagai kritikan dan bantahan.

“PSM berasa jijik dengan tahap mentaliti yang dimiliki oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, yang bertekad mahu mengusir semua Soup Kitchen keluar dari Kuala Lumpur yang selama ini memberikan makanan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin tegar,” kata Sivarajan, Bendahari Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Julai yang lalu.

“Jelas bahawa Putrajaya mahu 'membersihkan' Kuala Lumpur daripada golongan gelandangan dan ini dapat dilihat apabila program-program badan bukan kerajaan yang memberikan makanan percuma ini dihalang dengan cara penguatkuasaan perintah.”

Dalam isu menghalau Soup Kitchen ini, Tengku Adnan Tengku Mansor pernah berkata, “Imej bandar saya adalah sangat buruk. Jika saya tidak melakukan perkara seperti ini, masyarakat tidak akan berdisiplin.”

Namun, Sivarahan membidas, “PSM sentiasa berpegang teguh bahawa imej sesebuah bandar itu tidak boleh dinilai berdasarkan bilangan bangunan pencakar langit tetapi bagaimana pengurusan bandar itu menjaga masyarakat termasuk golongan miskin bandar yang terpinggir. Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan bangunan berkaca dan berteknologi tinggi ini sekiranya mereka yang miskin tegar dan gelandangan ini dibiarkan di kawasan perumahan pangsa bertingkat dengan situasi penyelengaraan yang teruk.”

“Mereka yang menetap di kaki-kaki lima dan meminta sedekah ini pada hakikatnya telah dilupakan oleh masyarakat. Golongan ini tertinggal daripada realiti hidup seolah robotik bagi golongan pekerja yang makan gaji dalam sistem ekonomi kapitalis ini. Hanya kerana mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sistem ekonomi ini dan menganggur, tidak bermakna mereka boleh dilayan seperti sampah. Sangat menjijikkan apabila seorang menteri yang juga pembuat dasar negara memiliki pemikiran yang sempit, jumud dan tiada perasaan belas kasihan.”

Memang mudah apabila Menteri ini menilai rakyatnya sambil duduk di atas kerusi empuk dan mendakwa bahawa "kami mahu memberikan mereka peluang pekerjaan, tetapi mereka

enggan bekerja kerana mereka boleh mendapatkan makanan percuma di kaki lima". Jelasnya sekali, Menteri sebegini tidak pernah terfikir tentang keadaan kesihatan fizikal dan mental golongan yang terpinggir ini. Mereka mungkin menghidapi

penyakit kronik, mempunyai masalah mental, malah mungkin ada juga yang merupakan OKU sehingga menjadi kekangan untuk mereka bekerja. Mereka seharusnya diberi bantuan di pusat pemuliharaan dan bukannya didenda dan disumbat dalam lokap!

“Inisiatif Dapur Jalanan dan kumpulan-kumpulan lain yang memberikan makanan percuma kepada golongan miskin tegar dan gelandangan ini seharusnya disokong dan bukannya dihalang,” tegas Sivarajan. “Mereka ini sekurang-kurangnya memastikan golongan-golongan yang terpinggir ini dapat menikmati makanan yang berkualiti dan bukannya dibiarkan dalam keadaan kelaparan. Sekiranya program sebegini dihentikan, mereka yang miskin tegar dan gelandangan akan menjadikan tong-tong sampah sebagai tempat pencarian makanan mereka dan ini mungkin akan membawa kepada jangkitan penyakit.”

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah gagal dengan teruk dalam usaha untuk membela nasib golongan miskin di bandar. Masih ramai yang sedang menunggu bantuan daripada JKM selepas memohon beberapa kali. Golongan miskin bandar yang menetap di perumahan PPR misalnya saban hari berjuang untuk hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 1,500. Akibatnya antara mereka yang tua serta tiada

produktiviti dari segi ekonomi ini akan berakhir di jalanan.

Peningkatan jumlah pengemis dan gelandangan ini mencerminkan kegagalan kerajaan untuk menangani kemiskinan di bandar secara berkesan. Pentadbir Putrajaya mungkin berbangga kononnya kadar kemiskinan negara dari segi kemiskinan tegar telah dikurangkan daripada 6.9% pada tahun 1984 kepada 0.2% pada tahun 2012. Namun realitinya adalah lebih banyak isi rumah tidak ada kemampuan untuk membeli rumah sendiri akibat peningkatan harga rumah yang mendadak, serta peningkatan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan harga makanan dan perkhidmatan harian.

“Keputusan Menteri ini jelas menunjukkan keengganannya untuk menangani kemiskinan di bandar sebaliknya hanya ingin membersihkan bandar agar kelihatan 'bersih' di mata pelancong. Apa yang memberikan imej buruk kepada sesebuah bandar bukannya kehadiran golongan miskin tegar dan gelandangan ini, sebaliknya adalah masalah traffik yang tiada kesudahan, jalan berlubang, banjir kilat, pusat perjudian, peningkatan kes-kes jenayah, dan banyak lagi.”

Oleh itu, dalam kenyataannya, Sivarajan menegaskan bahawa, “PSM mengutuk sekeras-kerasnya ketidaksensitifan Menteri terhadap golongan miskin tegar dan gelandangan di bandar dan menggesa kerajaan untuk menghentikan serta-merta tindakan untuk mengusir golongan gelandangan dan pusat pemberian makanan percuma yang dikendalikan oleh Soup Kitchen di sekitar bandarraya Kuala Lumpur.” ##

Page 6: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 20146 KHAS

Mangsa Perang Dingin 2.0?Apabila misteri kehilangan pesawat MH370 masih belum diselesaikan selepas 4 bulan, satu lagi tragedi menimpa syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pada 17 Julai yang lalu. Pesawat MH17 telah terhempas di Ukraine Timur akibat ditembak peluru berpandu semasa dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Seramai 298 orang yang berada dalam pesawat tersebut, termasuk 15 orang anak kapal, semuanya terkorban dalam nahas penerbangan yang paling teruk dalam sejarah penerbangan MAS.

Pesawat penumpang Boeing 777-200ER tersebut terhempas di kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine Timur. Ramai mengesyaki bahawa puak pemisah pro-Rusia yang menembak jatuh MH17 kerana tersilap anggap pesawat penumpang tersebut adalah pesawat pejuang Ukraine. Namun, sehingga kini masih tiada pihak yang mengaku bahawa ia adalah pelaku dalam serangan tersebut. Ada juga yang menuding jari kepada Rusia, khususnya oleh kuasa-kuasa besar barat seperti Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia, kerana peristiwa MH17 dilihat sebagai “peluang keemasan” yang boleh

dipergunakan untuk menyekat perluasan kuasa Rusia di Eropah Timur. Kumpulan pemisah di Ukraine Timur yang disokong oleh Rusia pula menuduh bahawa tentera Ukraine patut bertanggungjawab dalam tragedi ini. Kerajaan Rusia di bawah pimpinan Putin pula memberi amaran kepada negara-negara lain supaya jangan mempergunakan peristiwa ini untuk kepentingan sendiri. Nampaknya tragedi MH17 telah dipergunakan oleh kuasa-kuasa besar yang berkepentingan dalam percaturan mereka dalam melancarkan Perang Dingin 2.0.

Walaupun semua orang telah pasti bahawa pesawat MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu, tetapi siapakah yang melancarkan peluru tersebut dan apakah motifnya? Sama ada ia hanya kesilapan menembak ataupun terdapat niat untuk serangan pengganas, masih susah ditentukan. Proses penyiasatan akan memakan masa yang lama untuk mencapai satu kesimpulan, tambahan pula keadaan yang huru-hara di Ukraine

Timur dan percaturan Perang Dingin 2.0, merumitkan lagi keadaan dan perkembangan penyiasatan.

Dalam peristiwa tragedi MH17, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang boleh dikatakan bijak dalam usaha memastikan kotak hitam diserahkan kepada wakil Malaysia, mayat mangsa tragedi dibawa keluar dari Ukraine Timur dan penyiasat dibenarkan masuk ke

tempat kejadian. Kerajaan Malaysia tidak mengikut rentak kuasa-kuasa barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia yang cuba mempergunakan insiden MH17 untuk memperhebatkan sekatan ke atas Rusia dalam pertembungan kuasa-kuasa besar antarabangsa, sebaliknya mengadakan rundingan secara terus dengan tentera pemisah pro-Rusia di Ukraine Timur.

Reaksi Kuasa Besar Barat Hanya Untuk Kepentingan SendiriSelepas berlakunya tragedi MH17, Amerika Syarikat dengan serta-merta menuduh bahawa Rusia adalah dalang di sebalik serangan peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat MH17. Tindakan AS tersebut hanya bertujuan untuk

mempergunakan insiden tersebut dalam memperhebatkan usahanya untuk memburukkan lagi nama Rusia supaya AS mempunyai lebih alasan untuk menghalang perluasan Rusia yang bakal menggugat kepentingan AS di Eropah. Obama,

Presiden AS, mengatakan bahawa insiden MH17 adalah “panggilan bangun tidur” (wake up call) untuk Eropah tentang ancaman Rusia, namun AS tidak pernah sedar atapun “bangun dari tidur” apabila rakyat Palestin di Gaza terus dibedil dan dibunuh oleh tentera zionis Israel.

Apabila kerajaan AS bertungkus-lumus dalam mengutuk Rusia, barangkali ia sudah terlupa tentang tragedi pesawat IR655 pada tahun 1988. Pesawat Iran Air (IR655) telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu daripada kapal perang USS Vincennes milik tentera laut AS di Teluk Parsi pada 3 Julai 1988, semasa dalam perjalanannya dari bandar Abbas ke Dubai. Seramai 290 orang terkorban dalam peristiwa tersebut, menjadikan insiden tersebut tragedi nahas udara paling dahsyat melibatkan tembak jatuh

pesawat sebelum berlakunya MH17. Tentera AS mengatakan bahawa ia tersilap anggap pesawat penumpang IR655 adalah pesawat tempur F-14 (buatan AS) yang dimiliki oleh tentera udara Iran. Walaupun kerajaan AS membayar Iran sebanyak USD 131.8 juta sebagai gantirugi, tetapi kerajaan AS tidak pernah mengaku secara terbuka bahawa ia patut bertanggungjawab dalam insiden tembak jatuh pesawat IR655. Oleh yang demikian, AS telah sekali lagi menunjukkan hipokrasinya dalam politik antarabangsa. Sememangnya kerajaan AS tidak pernah memikul tanggangjawab terhadap mangsa-mangsa peperangan yang dibunuh semasa operasi ketenteraannya, termasuklah di Iraq, Afghanistan, Pakistan dan sebagainya.

(sambung di m/s 7)

Page 7: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 7KHAS

Isyarat Amaran Kepada Penerbangan AntarabangsaTragedi MH17 juga merupakan satu amaran penting kepada sektor penerbangan antarabangsa supaya tidak boleh pandang remeh tentang konflik-konflik yang berlaku di seluruh dunia yang berkemungkinan besar mengancam keselamatan para penumpang.

Memang laluan yang digunakan oleh MH17 disahkan tiada masalah oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan dibenarkan untuk menggunakannya semasa berlakunya insiden ditembak jatuh peluru berpandu. Namun, pihak pengawal udara di Ukraine nampaknya tidak menyedari bahawa konflik bersenjata di Ukraine Timur

sebenarnya sudah sampai ke tahap di mana pihak yang bertempur memiliki senjata yang mampu menggugat keselamatan penerbangan awan yang melalui udara di atas kawasan tersebut. Pihak berkuasa pengawal udara hanya menutup ruangan udara di bawah 32,000 kaki, dan pesawat MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki, iaitu 1,000 kaki lebih tinggi daripada ruangan larangan terbang. Mengapakah pihak berkuasa pengawal udara Ukraine tidak menutup seluruh ruangan udara di Ukraine Timur dan menghalang sebarang pesawat penumpang melaluinya?

sambung dari m/s 6

Ukraine Timur: Medan Pertembungan Kuasa BesarBesar kemungkinan tiada seorang pun di Malaysia boleh menjangkakan bahawa konflik yang berlaku di Ukraine Timur boleh begitu dekat dengan kita sebelum terjadinya tragedi MH17.

Apa yang berlaku di Ukraine hari ini bukan sekadar konflik dalaman sesebuah negara sahaja, tetapi merupakan sebahagian daripada konflik yang jauh lebih besar, iaitu pertembungan antara kuasa-kuasa besar yang cuba memperkukuhkan kepentingannya dalam sistem kapitalis global.

Ukraine, sebuah negara yang merupakan bekas anggota Kesatuan Soviet, telah menjadi rebutan kuasa-kuasa besar, iaitu kuasa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dipimpin oleh AS yang cuba memperluaskan kuasa ke Eropah Timur, dengan Rusia di bawah pemerintahan Putin yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan empayarnya. Pencetus kepada pertembungan dua kuasa besar ini adalah gerakan protes kumpulan pro-EU yang dimulakan pada akhir tahun 2013, sehingga menjatuhkan kerajaan Viktor Yanukovich daripada puak pro-Rusia. Puak pro-EU yang disokong oleh AS telah mengambil

alih kuasa di Kiev, namun puak pro-Rusia yang mendapat sokongan daripada Rusia telah bertindakbalas dengan mengisytiharkan kemerdekaan di wilayah yang dihuni oleh kebanyakan penduduk yang bertutur dalam Bahasa Rusia. Di bawah perlindungan tentera Rusia, wilayah Krimea telah mengadakan referendum pada bulan Mac dan lebih 90% pengundi yang mengundi telah bersetuju untuk berpisah dari Ukraine dan menyertai Persekutuan Rusia. Namun, keputusan Krimea untuk berpisah tidak diiktiraf oleh kerajaan Kiev, AS dan EU.

“Kejayaan” Krimea berpisah dari Ukraine telah mendorong puak pro-Rusia di Ukraine Timur untuk melakukan perkara yang sama. Kerajaan pemisah seperti “Republik Rakyat Donetsk” dan “Republik Rakyat Lugansk” telah ditubuhkan. Kerajaan pemisah tersebut mempunyai tenteranya sendiri. Kerajaan Ukraine telah menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia sebagai “pengganas” dan melancarkan serangan ke atas kawasan yang dikuasai oleh

kumpulan pemisah. Setakat kini, lebih 500 orang telah terkorban dalam konflik Ukraine Timur, tidak termasuk lagi mangsa tragedi MH17.

Krisis di Krimea dan konflik di Ukraine Timur, yang dilihat sebagai

peperangan proksi antara AS dan Rusia, telah menyebabkan politik Perang Dingin kembali lagi ke pentas dunia, walaupun situasi dunia telah jauh berbeza berbanding zaman Perang Dingin pada abad ke-20. Kekuasaan AS semakin merosot akibat daripada krisis ekonomi kapitalis global yang berterusan, tetapi ia masih mahu menguasai politik ekonomi dunia demi

keuntungan golongan kapitalis global yang pro-AS. Sementara itu, Rusia telah semakin berkembang kuat di bawah pimpinan Putin dan berhasrat untuk memperluaskan kuasanya, tetapi Rusia tidak mungkin membawa alternatif baru kepada

rakyat sedunia kerana perluasan kuasanya adalah berdasarkan kerangka kapitalisme. Pertembungan antara kuasa-kuasa kapitalis global ini hanyalah untuk kepentingan golongan pemerintah elit masing-masing, dan mereka sanggup mengorbankan kepentingan rakyat untuk matlamat mereka.

Memang rakyat sedunia tidak dapat melarikan diri daripada konfik pertembungan antara kuasa besar dunia. Di dalam zaman yang penuh dengan gelora ini, adalah perlu untuk kita terus membina gerakan perjuangan rakyat yang tidak bergantung pada mana-mana kuasa besar dunia ini. ##

Page 8: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 20148 FOKUS

BUKANNYA PERANG TAPI PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI

Kezaliman zionis Israel ke atas rakyat Palestin telah memasuki peringkat baru apabila tentera Israel melancarkan serangan terbarunya ke atas Gaza pada 8 Julai yang lalu. Operasi ketenteraan Israel di Gaza baru-baru ini, merupakan peristiwa kemusnahan yang paling dahsyat di Gaza sejak serangan pada Disember 2008 hingga Januari 2009. Sehingga 31 Julai yang lalu, lebih 1,300 orang Palestin telah mati terkorban dalam serangan Israel, di mana kebanyakan mereka merupakan orang awam. Seperti yang dikatakan oleh rakyat di Gaza itu sendiri, “apa yang berlaku di Gaza bukannya peperangan, tetapi pembunuhan beramai-ramai.”

Gaza merupakan satu kawasan jalur sempit yang terletak di bahagian timur laut Semenanjung Sinai, di pinggir Laut Mediterranean, dengan panjang 41 km dan lebar 6-12 km. Keluasan Jalur Gaza hanya sebanyak 360 km persegi, bersamaan dengan lebih kurang

satu setengah keluasan Kuala Lumpur.

Kebanyakan penduduk di Gaza merupakan pelarian ataupun anak cucu pelarian Palestin yang kehilangan kampung halaman sejak Nakba pada tahun 1948. Gaza telah dikepung dan disekat sepenuhnya

oleh Israel sejak tahun 2007, selepas kumpulan Hamas menang dalam pilihanraya dewan perundangan Palestin. Semua sempadan telah ditutup dan dikawal oleh tentera termasuk lintasan

Rafah yang bersempadan dengan Mesir. Ini menjadikan Gaza penjara yang terbesar di dunia hari ini dengan memenjarakan lebih 1.8 juta orang yang hidup dalam keadaan kekurangan bekalan asas setiap hari. Namun, penderitaan rakyat Palestin di Gaza menjadi lebih teruk lagi apabila tentera Israel melakukan serangan ketenteraan yang kejam dari semasa ke semasa.

Salah satu alasan yang digunakan

oleh rejim zionis Israel untuk melakukan serangan ke atas Gaza, adalah “mempertahankan diri” daripada serangan roket yang dilancarkan oleh kumpulan militan Palestin seperti Hamas. Pada hakikatnya, serangan roket oleh kumpulan pejuang militan seperti Hamas hanyalah reaksi kepada kezaliman rejim zionis Israel, dan juga sebagai satu tindakan terdesak untuk memberhentikan sekatan ke atas Gaza. Apa yang dilakukan oleh tentera Israel telah pun jauh melepasi tahap “mempertahankan diri” apabila tentera yang berkelengkapan canggih membedil kawasan Gaza

secara bertubi-tubi dan melakukan pembunuhan secara besar-besaran, bukannya ke atas pejuang militan sahaja, tetapi orang awam juga dijadikan sasaran serangan. Sekolah dan hospital telah diserang oleh tentera Israel, suatu tindakan yang telah melampaui peraturan dalam peperangan. Apa yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza

sebenarnya adalah jenayah perang.

Rejim zionis juga telah mempermainkan sentimen perkauman orang Yahudi pada bulan Jun yang lalu apabila 3 orang pemuda Israel diculik dan dibunuh di Tebing Barat. Dalam operasi mencari 3 orang pemuda itu, tentera Israel telah menangkap lebih 350 orang Palestin, di mana kebanyakan mereka merupakan bekas tahanan yang dibebaskan selepas rundingan pertukaran tahanan pada tahun 2011. Tentera Israel juga mengepung Hebron dan melarang lebih kurang 23,000 orang Palestin di situ untuk pergi bekerja di kawasan yang dikuasai oleh Israel. Badan kebajikan dan kilang juga dipaksa untuk tutup. Apabila 3 orang pemuda Israel itu ditemui mati, sentimen perkauman meletus dan rakyat Palestin dijadikan sasaran keganasan perkauman. Seorang pemuda Palestin telah diculik di Baitulmuqaddis (atau Jerusalem) dan dibakar mati oleh pelampau zionis. Situasi ketegangan kaum tersebut telah dipergunakan oleh rejim zionis untuk memperhebatkan serangan ketenteraan ke atas rakyat di Gaza.

(sambung di m/s 9)

Page 9: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 9FOKUS

Latar Belakang Sejarah Gaza

Gaza merupakan sebahagian daripada “Mandat Palestin” (1920-1948) yang dipecahkan daripada Empayar Uthmaniyyah oleh penjajah British. Semasa Perang Arab-Israel yang pertama pada tahun 1948, Gaza telah dikuasai oleh tentera Mesir. Zionis Israel telah menduduki kebanyakan tanah di bumi Palestin, dan ramai rakyat Palestin dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka sebagai pelarian. Ramai pelarian Palestin telah berpindah ke Gaza, selain mereka yang berselerak di Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.

Liga Arab telah mengumumkan penubuhan kerajaan “All-Palestine” pada September 1948 di Gaza, tetapi Gaza sebenarnya masih dikuasai oleh Mesir. Semasa Krisis Suez pada tahun 1956, Gaza telah ditakluki oleh tentera Israel untuk seketika, tetapi berundur selepas itu atas tekanan antarabangsa.

Kerajaan “All-Palestine” dibubarkan pada tahun 1959 selepas Mesir bergabung dengan Syria untuk membentuk “Republik Arab Bersatu”, dan Gaza terus ditadbir oleh tentera Mesir.

Semasa Perang Arab-Israel 1967, tentera Israel menakluk dan menduduki seluruh Semenanjung Sinai, dan Gaza telah jatuh di bawah penguasaan sepenuh oleh rejim zionis Israel. Tentera Israel berundur keluar dari Semenanjung Sinai selepas mencapai perjanjian damai dengan Mesir pada tahun 1979, tetapi Gaza masih diduduki oleh tentera Israel. Kuasa pentadbiran Gaza dialihkan secara beransur-ansur ke dalam tangan Pihak Berkuasa Palestin mengikut Perjanjian Oslo tahun 1993. Rejim Israel mengundurkan semua tenteranya dari Gaza pada tahun 2005, dan juga melepaskan penempatan Yahudi Israel di Gaza. Walaupun Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza, pihak Israel masih menguasai semua sempadan darat, ruangan udara dan laut di Gaza. Lebih teruk lagi, Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas Gaza apabila rakyat Palestin mengundi untuk menyokong Hamas.

sambung dari m/s 8

Sekatan ke atas Gaza perlu ditamatkan

Kumpulan politik di Gaza termasuk Hamas telah menggariskan tuntutan yang munasabah sebagai syarat untuk gencatan senjata, antaranya:

- Israel perlu menghentikan sekatan ke atas Gaza.

- Membuka semula lintasan di sempadan dan di bawah pengelolaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

- Membenarkan nelayan di Gaza menangkap ikan di perairan sejauh 10 km dari darat.

- Membina semula kawasan industri di Gaza.

- Membina pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza.

- Melarang Israel campurtangan dalam

perjanjian perdamaian antara puak-puak gerakan rakyat Palestin.

Tuntutan-tuntuan sebegini amat munasabah, tetapi pihak Israel langsung tidak mempedulikannya dan berdegil untuk memusnahkan Gaza.

Kezaliman Israel di Gaza telah mencetuskan bantahan hebat daripada masyarakat sivil sedunia. Protes demi protes telah diadakan untuk menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dan membantah keganasan Israel di Gaza. Ada yang menyeru supaya memperhebatkan kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) untuk menamatkan apartheid Israel.

Perjuangan Rakyat Palestin Perlukan Solidariti SeduniaRakyat Palestin berada di barisan hadapan perjuangan menentang kuasa imperialis dan juga rejim rasis yang bergelar Israel. Kuasa imperialis seperti Britain pada awalnya yang kemudiannya diganti oleh AS, menyokong sepenuhnya rejim zionis Israel, sekutu imperialis yang paling kuat di rantau Timur Tengah, untuk memastikan kepentingan kuasa imperialis barat tidak digugat oleh gerakan perjuangan demokratik di dunia Arab.

Rakyat Palestin yang masih bertahan dan memperjuangkan hak untuk menentukan nasib sendiri sehingga hari ini, merupakan satu kemenangan dan tamparan hebat kepada kuasa-kuasa besar yang mementingkan keuntungan kapitalis.

Rejim zionis Israel yang mengamalkan dasar apartheid berhasrat untuk menghalau semua rakyat Palestin keluar dari bumi bersejarah Palestin.

Sekatan dan serangan ketenteraan ke atas Gaza, merupakan strategi rejim zionis untuk menjadikan keadaan di Gaza mustahil untuk didiami oleh rakyat Palestin, sehingga semua rakyat Palestin dihalau keluar dari situ. Oleh yang demikian, adalah mustahak untuk memastikan rakyat Palestin masih dapat bertahan di Gaza dan juga di Tebing Barat. Rakyat Palestin memerlukan sokongan solidariti daripada masyarakat antarabangsa untuk menentang kezaliman Israel dan juga memastikan masyarakat Palestin dapat terus hidup di atas tanah mereka. ##

Page 10: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 201410 ANALISA

Pahit Manis Piala Dunia Piala Dunia Bola Sepak FIFA pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1930. Sejak itu, sukan bola sepak ini menjadi tumpuan ramai di seluruh pelosok dunia. Sukan ini merupakan antara sukan yang tertua yang dikatakan bermula sejak 2000 tahun dahulu di negara China. Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia ini mempunyai penonton yang paling ramai. Pada tahun 2006, dianggarkan seramai 26.26 bilion orang menonton perlawanan ini secara keseluruhan, dengan 715.1 juta orang menonton perlawanan akhir. Sehingga ada yang mengatakan bahawa “bumi ini berhenti apabila piala dunia bermula”.

Mengapa sukan ini begitu popular? 1. Bola sepak merupakan

sukan rakyat. Kita hanya memerlukan sebiji bola dan boleh bermain di mana-mana tempat ada tanah lapang.

2. Bola sepak merupakan satu sukan permainan di semua negara dan adalah sukan no.1 di hampir semua negara.

3. Peraturan pertandingan bola sepak adalah paling mudah berbanding pertandingan lain seperti kriket, hoki, ragbi dan lain-lain.

4. Sukan bola sepak ini

menyatukan dunia tanpa mengira bahasa dan sempadan. Peraturan FIFA seperti melarang sebarang unsur perkauman turut memberi makna kepada perkara ini.

5. Ia menyatukan rakyat sesebuah negara untuk menyokong pasukan negaranya yang bertanding dan menjadi tumpuan perhatian jutaan penduduk dunia.

Di negara Brazil, bola sepak telah diperkenalkan oleh dua pelawat dari British pada tahun 1894. Pada mulanya permainan ini dikuasai oleh golongan elit, tetapi lama-kelamaan ia mula dikuasai oleh golongan bawahan dan menjadi sukan rakyat. Di Brazil, bola sepak menjadi lebih daripada hanya permainan - ia menjadi budaya dan kehidupan masyarakat. Ia telah melahirkan corak permainan yang menarik yang dikenali sebagai bola sepak samba dan pemain-pemain handalan seperti Pele, Zico dan Ronaldo. Brazil juga adalah juara 5 kali Piala Dunia, paling banyak setakat ini.

Ini berbeza dengan bola sepak di Eropah seperti di England dan Sepanyol. Liga bola sepak di kedua-dua negara ini amat popular. Di situ

bola sepak telah menjadi begitu komersial. Pemain-pemain dari negara dan benua lain dibeli dengan jutaan nilainya bagaikan produk atau barangan. Liga bola sepak ini juga menjadi pertaruhan atau perjudian. Meskipun begitu banyak wang dibelanjakan, negara Eropah seperti England dan Sepanyol hanya mampu masing-masing menyandang Piala Dunia sekali sahaja.

Di sebalik 5 fakta di atas, kini perkembangan Piala Dunia turut membimbangkan apabila ia juga menjadi semakin komersial. Piala Dunia 2014 di Brazil telah menampakkan rakyat negara tersebut turun ke jalanraya dan berprotes. Rakyat Brazil membantah perbelanjaan hampir USD14 bilion untuk pembinaan stadium dan kemudahan Piala Dunia sehinggakan bekas pemain Brazil dan ahli Parlimen, Romario menggelarnya “pencurian terbesar dalam sejarah” (biggest theft in history). Sebaliknya, rakyat Brazil

mahukan kemudahan awam, perumahan dan gaji yang adil. Mereka turut membantah rasuah yang berlaku dalam perbelanjaan Piala Dunia. Perbelanjaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan adalah USD3.5 bilion. Selain itu, kita juga turut

melihat bagaimana teknologi digunakan untuk menghasilkan peralatan canggih seperti teknologi garisan gol, semburan buih, dan lain-lain yang turut menghilangkan “keseronokan” perlawanan bola.

Ini satu cabaran kepada sukan rakyat ini dalam era ini. Sama ada ia akan terus menjadi sukan yang mudah dan popular untuk rakyat marhaen atau menjadi mangsa kepada mereka yang ingin mengaut keuntungan atas nama sukan yang paling popular di planet ini.

(oleh K. Simon)

PENJELMAAN 'BANK MEGA' UNTUK SIAPA? Satu arus ekonomi besar melanda negara kita dengan pengumuman oleh pihak CIMB yang ingin menggabungkan CIMB Bank dengan RHB Bank dan Malaysian Building Society Berhad (MBSB) untuk menwujudkan suatu bank mega. Jika perancangan ini berjaya, maka jumlah aset kolektif akan mencecah RM 613.7 bilion, mengatasi Maybank (aset RM 578 bilion) yang kini menjadi bank utama di Malaysia. Dipercayai Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, menjadi individu penting dalam usaha penggabungan ini.

Ketiga-tiga bank tersebut diberikan suatu tempoh masa untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam isu pembelian dan penawaran saham masing-masing. Walaupun terdapat tentangan daripada pihak Abu Dhabi yang memiliki sebanyak 21.4% saham RHB kerana kurang puas hati dengan harga saham yang dibincangkan, tetapi nampaknya CIMB amat serius dalam usaha ini.

Baru-baru ini juga, Putrajaya mengumumkan perlantikan Nazir Razak sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Tindakan berbau nepotisme ini jelas mewujudkan percanggahan kepentingan antara perbankan swasta dengan pengurusan sebuah badan pelaburan nasional seperti Khazanah Nasional yang dimiliki kerajaan.

Apakah tujuan sebenarnya penggabungan bank-bank ini? Sungguh mencurigakan apabila adik kepada Perdana Menteri menjadi pemegang institusi kewangan yang paling kaya dan berkuasa. Nazir Razak dan bank meganya ini seolah-olah dapat mempengaruhi halatuju ekonomi negara dengan kuasa kewangan dan hubungan politiknya.

Bank untuk siapa?

Apabila wujudnya pemusatan kuasa kewangan di suatu tempat, ianya akan menonjolkan ego yang sukar ditegur. Pada masa dahulu, wujudnya bank-bank

yang kecil dan sederhana yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat biasa dan komuniti setempat. Bank-bank komunti ini menyimpan dan meminjam wang kepada penduduk setempat agar ekonomi komunti itu dibangunkan.

Kini kita terpaksa bergantung kepada bank-bank besar, yang tidak mempedulikan orang biasa dengan simpanan sepanjang hayat mungkin sekitar RM 20,000 - RM 50,000 sahaja. Bank-bank ini lebih berminat pada pemegang akaun berjuta-juta ringgit dan juga syarikat-syarikat swasta dengan pelaburan berbilion-bilion ringgit.

Sebab itulah begitu susah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank sekarang. Mereka lebih rela meminjam wang kepada orang yang sudah mempunyai wang! Bukankah sungguh pelik rasional ini ???

Bank menyokong pelabur-pelabur besar untuk bertransaksi dengan mereka demi menambahkan kekayaan mereka. Bagi rakyat biasa yang meminjam wang untuk bisnes, pendidikan, membeli rumah, kereta dan sebagainya, prosesnya amatlah sukar. Jika kita berpendapatan rendah, pinjaman ditolak! Jika tiada penjamin (guarantor), pinjaman dinafikan.

Ego bank terbesar

Sebelum penggabungan bank pun kita sering mengalami situasi bagaimana pihak bank enggan bertoleransi dengan rakyat biasa. Jika anda gagal membayar ansuran bulanan untuk rumah kos rendah anda, maka rumah tersebut akan dilelong dengan begitu cepat sekali.

Situasi ini akan bertambah teruk apabila

wujudnya suatu bank mega seperti gabungan CIMB/RHB/MBSB, kerana dengan keupayaan kewangan mereka, mereka tidak perlu mendengar rayuan rakyat biasa yang memohon agar bayaran ansuran dilewatkan atau diatur semula. Bisnes mereka dalam arena berbillion ringgit, maka pinjaman anda untuk rumah kos rendah sebanyak RM 42,000 tidak signifikan untuk mereka. Lebih mudah untuk melelong harta tersebut agar dapat memperolehi 80% daripada nilai rumah tersebut.

Institusi kewangan pemain utama

Pada abad ke-19, semasa tercetusnya revolusi industri, perkilangan dan pembuatan barangan serta perniagaan komoditi menjadi penjana utama ekonomi negara. Tetapi keadaan ini telah berubah apabila sektor ekonomi

kewangan pula menjadi penggerak utama.

Bank melabur dalam aset hartanah dan mereka juga menjadi peminjam kepada kontraktor pembinaan yang membina rumah dan bandar di atas

hartanah itu. Seterusnya bank juga menjadi pendorong kepada perancang pengangkutan awam, LRT dan keretapi komuter yang secara langsung menaikan nilai hartanah itu berlipat kali ganda.

Maka bank sebagai institusi kewangan memainkan peranan utama untuk menyusun semua aspek pembangunan agar ianya menjana lebih banyak untung kepada bank tersebut.

Justeru itu, kita lihat bahawa semua aspek pembangunan infrastruktur, perancangan bandar, perumahan, pengangkutan awam, jalanraya seolah-

olah dibentuk mengikut kehendak pemodal dan institusi kewangan.

Kemudahan awam tidak lagi dirancang dan dibangunkan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk elit korporat yang terus mengaut keuntungan.

Penggabungan bank akan mengurangkan tenaga kerja mereka

Sepertimana yang disuarakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), semestinya apabila penggabungan bank dilaksanakan, para pekerja daripada unit-unit tambahan ini akan dipecat. Tenaga kerja akan disusun semula di setiap jabatan dalaman bank agar tidak berlaku pertindihan kerja. Perkara yang sama berlaku apabila Southern Bank diambil alih, dan begitu juga apabila Hong Leong Bank dan EON Bank bergabung.

Apakah yang akan berlaku kepada para pekerja bank yang telah berkhidmat lama dengan bank CIMB/RHB/MBSB ini yang mungkin telah menjangkau umur 40-an. Sanggupkah mereka mendapat kerja di bank yang lain sekiranya dipecat?

Penggabungan bank ini secara tidak langsung akan mengasingkan sektor perbankan ini menjadi suatu institusi elit dan bukan lagi berkhidmat untuk 90% rakyat biasa.

Pemusatan kuasa kewangan dan pengaruh politik di kalangan keluarga Nazir Razak dan abangnya Najib Razak seolah-olah menyempurnakan perancangan jangka masa panjang keluarga Najib apabila beliau bersara nanti. Ini seperti mana berlaku pada empayar bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (di Petronas) dengan anaknya yang menerajui Sapura Kencana dan pelbagai lagi syarikat lain. Adakah kita melihat pembentukan suatu lagi empayar korporat dan politik di Malaysia?

(oleh Sivarajan)

Page 11: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 11KISAH PERJUANGAN

Mogok Pekerja Semasa Lawatan Dr. Mahathir

oleh S. Arutchelvan

Ini merupakan satu peristiwa yang berlaku pada 15 tahun yang lalu di Hotel Equatorial, Bangi, Selangor. Ini bukannya satu kisah kemenangan pekerja tetapi lebih kepada satu inisiatif pekerja yang sudah begitu bosan dengan tingkahlaku majikan yang sering mungkir janji, membuli dan membayar gaji yang rendah serta memberi faedah yang amat kurang, walaupun hotel ini sentiasa mendapat keuntungan yang tinggi.

Pada 8 September 1999, keseluruhan pengurusan Hotel Equatorial di Bangi gelabah, gelisah dan kelam kabut. Pada hari tersebut, Perdana Menteri masa itu, Dr. Mahathir Mohamad membuat lawatan ke Bangi dan akan singgah di hotel tersebut. Majikan Equatorial gelisah bukannya kerana lawatan Perdana Menteri, tetapi disebabkan pada hari tersebut, hampir keseluruhan para pekerja bawahan hotel itu, iaitu lebih kurang 75 orang tidak masuk untuk bekerja.

Para pekerja semuanya berkumpul berdekatan dengan pintu masuk hadapan Hotel. Ada di kalangan pekerja memberi pelbagai alasan untuk tidak masuk bekerja, dari sebab kesihatan, cuti kecemasan dan lain-lain lagi. Pihak majikan semakin sedar bahawa ini adalah satu tindakan mogok atau sabotaj.

Pengurusan Hotel kelam kabut kerana semua kerja-kerja biasa hotel seperti menyiapkan bilik (house keeping), kerja mencuci pakaian, mencuci pinggan mangkuk dan segala kerja yang biasa dibuat oleh kuli bawahan, kini terpaksa dibuat oleh pihak pengurusan yang berpangkat tinggi. Mereka begitu marah kerana pekerja biasa telah memaksa mereka membuat kerja-kerja kelas bawahan ini di hotel bertaraf 5 bintang ini, manakala bagi pekerja bawahan pula, mereka hanya senyum dan bercakap padan muka.

Para pekerja pula pada hari tersebut bercakap hendak berjumpa dengan majikan dan mula berkumpul dekat dengan pintu pagar hotel tersebut. Para pekerja sebenarnya mengambil langkah drastik ini kerana keluhan dan permintaan mereka selama ini tidak dilayan oleh majikan. Selain daripada permintaan mereka untuk gaji asas dinaikkan, turut dibangkitkan isu peningkatan gaji tahunan, bayaran kerja lebih masa (OT) dinaikkan dan lain-lain faedah pekerja diperbaiki, tetapi majikan hanya tutup telinga sahaja. Pekerja juga begitu marah dengan satu sistem baru iaitu dipanggil sistem mata (point system) di mana sistem ini memang mendiskriminasi pekerja dan tidak adil. Melalui sistem ini, jika hotel ada keuntungan, pekerja diberi sedikit kenaikan dalam gaji, tetapi apabila hotel mengalami sedikit

kerugian, gaji pekerja pula akan dipotong dengan teruk. Maka pekerja pada hari itu berkumpul untuk meminta penjelasan dan nampaknya juga mereka memilih hari yang strategik untuk berunding. Dalam keadaan ini, majikan telah memanggil polis dan berkata pekerja berhimpun secara haram. Tindakan memanggil polis juga berniat untuk menakutkan pekerja. Dengan menggunakan pihak polis, majikan ugut pekerja untuk masuk balik kerja. Dalam keadaan ini, ada antara pekerja yang telefon kami kerana mereka khuatir bahawa polis akan digunakan untuk membuat tangkapan. Maka saya dan kawan-kawan pergi ke hotel tersebut. Kami memberitahu pihak polis bahawa mereka tidak sepatutnya campurtangan dalam satu pertelingkahan industri. Polis pula memaklumkan kepada kami bahawa perhimpunan ini adalah protes terhadap Perdana Menteri. Ini memang satu fitnah majikan untuk mendapatkan polis bertindak untuk pihak mereka. Kami memperjelaskan situasi sebenar dan dalam keadaan ini, maka pihak polis pula telah bertindak untuk hanya memerhati keadaan sahaja dan tidak bertindak. Ini telah menggagalkan sebarang niat majikan untuk memaksa pekerja balik bekerja.

Maka pada hari yang sama, pada jam 3 petang, pihak majikan setuju dan terpaksa mengadakan satu rundingan terkejut. Majikan marah kerana pekerja tidak menggunakan khidmat IRC, iaitu satu jawatankuasa dalaman untuk selesaikan isu pekerja majikan. IRC adalah Inter-relation Council (IRC) yang sepatutnya menjaga kepentingan pekerja tetapi kesemua ahlinya dilantik oleh majikan dan bukan pekerja. Kebanyakan ahli mereka juga pro-majikan. Justeru itu, pekerja sudah hilang kepercayaan terhadap IRC dan bertindak secara bersendirian.

Dalam rundingan tersebut, majikan berkata bahawa akan cuba menyelesaikan masalah mereka dan para pekerja juga kemudiannya setuju untuk balik bekerja ekoran penerangan majikan. Namun apabila mereka balik ke tempat kerja masing-masing di hotel, beberapa orang pemimpin pekerja di kalangan mereka diminta untuk tidak bekerja dan nampaknya majikan mahu menyingkirkan mereka. Ini bertentangan dengan persetujuan awal di mana majikan bersetuju untuk ambil semua pekerja balik bekerja. Maka ini sekali lagi

menyebabkan semua pekerja berhenti buat kerja. Mereka berkata hanya akan kembali bekerja jika kawan dan kepimpinan mereka yang dibuang diambil semula untuk bekerja.

Nampaknya selepas mogok berterusan pada hari keesokannya, sekali lagi rundingan diadakan pada jam 3 petang. Dalam rundingan kali ini, ahli IRC

hadir. Kebanyakan ahli IRC meminta pekerja memohon maaf kepada majikan dan balik bekerja.

Mengikut majikan, mereka telah mengalami kerugian besar kerana tindakan pekerja. Jauh lebih menyakitkan hati mereka adalah tindakan pekerja telah memalukan imej hotel dan diri mereka. Majikan juga sering menggunakan nama polis dan nama Pejabat Buruh untuk menakutkan pekerja. Ini telah menyebabkan ada antara pekerja yang takut dan balik untuk bekerja tetapi kebanyakan pekerja yang lain masih berdiri teguh pada hari kedua.

Rundigan hari kedua juga buntu apabila pihak majikan masih mahu menyingkirkan para pemimpim dengan biadap kerana mereka merasakan cukup malu bahawa satu tindakan mogok yang begitu teratur dapat dilancarkan, dan itu pun semasa lawatan Perdana Menteri ke hotel mereka. Pekerja lain sekali lagi ditawarkan kerja tetapi mereka meneruskan tindakan berhenti kerja sehingga pekerja yang tidak ditawarkan kerja diberi kerja semula.

Dalam keadaan ini, pihak kami memanggil Kesatuan Sekerja Hotel Nasional untuk memberikan bantuan. Tetapi kami cukup terkejut apabila seorang pegawai Kesatuan Sekerja Nasional berkata bahawa mereka hanya akan campurtangan setelah pekerja itu menjadi ahli mereka. Dan lebih mengejutkan lagi, adalah mereka berkata bahawa kesatuan sekerja tidak akan membantu pekerja yang melakukan mogok. Kami cukup terkejut. Tugas kesatuan sekerja adalah membela kaum pekerja tetapi nampaknya mereka hanya lebih menjadi agen majikan untuk menjaga keharmonian industri dan bukan membela kepentingan kaum pekerja.

Pada hari ketiga, pekerja masih sedia untuk balik bekerja tetapi mahu semua pekerja diambil bekerja. Majikan menyuruh mereka pergi berjumpa dengan ketua jabatan masing-masing untuk mengetahui nasib mereka dan ini tidak disetujui oleh pekerja. Kemudian satu lagi rundingan telah dipanggil dan dalam rundingan tersebut, saya telah diajak oleh majikan untuk turut serta. Mungkin majikan merasakan saya boleh meredakan keadaan. Otto Seemann, Pengurus Besar Hotel tersebut juga bertanya sama ada saya bermain golf, kerana mungkin beliau berniat memberikan saya keahlian main golf.

Maka satu mesyuarat diadakan pada hari ketiga yang dihadiri saya dan 8 orang wakil pekerja. Selepas satu rundingan yang cukup lama dan meletihkan, majikan setuju untuk ambil balik semua pekerja tetapi dengan syarat mereka akan diberikan surat amaran. Para pekerja setuju dengan tindakan tersebut tetapi selepas satu jam, mereka disajikan bukan dengan surat amaran tetapi surat penggantungan kerja. Mereka juga dipanggil untuk satu siasatan dalaman (Domestic Inquiry, DI) pada 15 September 1999.

Seramai 43 pekerja telah menerima surat penggantungan kerja. Tuduhan ke atas mereka adalah terlibat dalam satu perhimpunan haram. Pekerja cukup marah dengan tindakan majikan yang cakap satu dalam mesyuarat tetapi membuat satu lagi di luar.

Ekoran itu, pada 13 September 1999, para pekerja telah membuat aduan polis terhadap majikan mereka kerana menikam mereka dari belakang, menipu, mengugut menggunakan polis, ugutan jenayah dan fitnah. Majikan semasa memanggil polis tempoh hari telah mengatakan bahawa tindakan pekerja pada hari tersebut adalah untuk berhimpun membantah lawatan Perdana Menteri, padahal itu bukan motif sebenar pekerja.

Pada hari seterusnya iaitu 14 September 1999, para pekerja telah membuat aduan di Jabatan Buruh di Pusat Bandar Damansara. Pihak Jabatan Buruh sendiri mengatakan bahawa tuduhan terhadap pekerja tidak masuk akal

Pihak Majikan kemudian mengadakan siasatan domestik selama 2 hari, iaitu pada 15 dan 16 September 1999. DI yang dijalankan memang satu penyelewengan besar, cukup kotor dan berat sebelah. Hakim atau Pengerusi yang kendalikan DI sepatutnya orang yang neutral dan perlulah orang yang tidak kena-mengena dengan kes tetapi dalam situasi ini, DI dikendalikan oleh pegawai sumber manusia, iaitu pegawai yang sama terlibat dalam melemparkan tuduhan dan fitnah liar terhadap pekerja. Walaupun tuduhan dalam kertas DI terhadap pekerja hanya perhimpunan haram, tetapi semasa DI, pelbagai isu lain yang tidak tercatat dalam kertas tuduhan terus dilemparkan. Semasa DI berlangsung, majikan juga telah menaikkan suara dan mengugut para pekerja, seperti memberi amaran bahawa dia akan memastikan mereka tidak dapat kerja di hotel lain. Majikan juga langsung tidak membawa seorang saksi pun semasa DI untuk menyokong tuduhan mereka. Para pekerja pula sama sekali dilarang untuk memberi penerangan, dan diarah untuk jawab ya atau tidak sahaja dalam DI. Pimpinan pekerja juga terus diugut dan diaibkan sepanjang DI.

(sambung di m/s 12)

Page 12: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 201412 ANTARABANGSA

(sambung dari m/s 11)

Nampaknya tindakan berani pihak pekerja telah menjatuhkan air muka majikan dan menjadi parut kekal dalam kehidupan mereka. Justeru mereka menggunakan segala dan semua kesempatan yang ada untuk membalas dendam.

Akhirnya seperti yang dijangka, kesemua 43 orang pekerja Hotel Equatorial telah dipecat pada 30 September 1999. Pekerja telah menerima surat yang mengatakan keputusan DI adalah mereka terlibat dalam satu mogok haram pada 8 dan 10 September 1999. Yang anehnya, mogok haram bukanlah tuduhan yang dikenakan ke atas mereka dalam surat tuduhan DI.

Ramai di kalangan pekerja kemudian mencari kerja di tempat lain, manakala hanya segelintir kecil yang ambil kes di mahkamah perusahaan.

Kes mereka ini sering ditunda sehingga pekerja yang ambil kes pun sudah berhijrah dari kawasan ini. Inilah kesudahan satu aksi pekerja di mana pihak majikan, Jabatan Buruh dan undang-undang mogok tidak berpihak pada kaum pekerja. Malah Kesatuan Sekerja Nasional juga meminggirkan mereka.

Peristiwa ini adalah antara ribuan aksi pekerja yang mungkin anda tidak ketahui dan tidak pernah baca. Ia merupakan intipati perjuangan kelas pekerja. Malah dalam 3 hari tersebut, mereka telah memberikan satu kejutan besar kepada majikan mereka akan kuasa pekerja. Mereka juga cukup berani mempamerkan solidariti pekerja yang sangat kuat. Siapakah dapat sangka mereka begitu berani membuat aksi sebegini pada tarikh Perdana Menteri melawat hotel mereka? ##

Indonesia Masuki Zaman Jokowi

Pilihan Raya Umum Presiden Indonesia ke-3 telah berlangsung pada 9 Julai yang lalu dan Komisi Pemilihan Umum telah mengumumkan kemenangan Joko Widodo (atau lebih dikenali sebagai Jokowi) yang berjaya meraih lebih 70 juta undi (bersamaan dengan 53.15% daripada jumlah undi). Kemenangan Jokowi dianggap sebagai kemenangan kepada calon popular yang memikul harapan rakyat Indonesia untuk meneruskan usaha reformasi yang belum selesai, menewaskan Prabowo yang mewakili elit pemerintah lama.

Akbar Sosialis telah berpeluang menemurah beberapa orang aktivis sosial di Indonesia berkenaan dengan pandangan mereka tentang keputusan pilihanraya presiden 2014.

S: Akhbar SosialisJemi, Partai Rakyat Pekerja

Mutiara Ika Pratiwi, Setiausaha Nasional Perempuan MahardhikaZely Ariane, Politik Rakyat

Tetamu yang ditemuramah:

S: Apakan implikasi kemenangan Jokowi kepada politik Indonesia?

Jemi: Secara strukturnya, keputusan pilihanraya 2014 yang mengejutkan ini adalah susah untuk mendapat impak serta-merta ke atas politik Indonesia. Namun, ini pastinya adalah satu rangsangan kepada ramai yang memperjuangkan demokrasi. Negara ini dibahagikan kepada 2 jenis politik: politik “Reformasi” yang belum selesai dan rumit yang ditonjolkan dengan imej Jokowi, dan satu janji untuk demokrasi yang stabil yang berbentuk “Orde Baru” yang diubahsuai dengan penampilan nasionalis Sukarmo yang juga populis yang disamar oleh Prabowo. Yang menariknya, kedua-duanya telah membantu dalam mewujudkan polarisasi kem politik di kalangan massa yang hampir hilang untuk 15-16 tahun yang lalu. Kem “reformasi” terdiri daripada liberal, sekularis secara relatif, dan campuran ramai aktivis gerakan sosial. Kesemua mereka ini sebenarnya mempunyai sedikit sahaja kepercayaan terhadap parti politik aliran utama sekarang, tetapi mereka sendiri juga gagal mewujudkan alternatif secara serius. Kem reformasi mencari alternatif dan menemuinya dalam wajah baru elit yang ditonjolkan dalam penampilan sederhana Jokowi.

Satu lagi kem adalah kem Prabowo yang merupakan bentuk elit politik yang memang pakar dalam memalsukan sentimen populis dan sektarian massa rakyat seperti fundamentalisme agama, rasisme (anti-cina), ultra-nasionalisme, dan juga sudah tentunya anti-komunisme. Mereka menggelar diri mereka sebagai “Koalisi Merah Putih” yang terdiri daripada parti-parti politik yang amat berpengalaman melibatkan diri dalam banyak pilihanraya (nasional dan tempatan) secara korup untuk 15 tahun yang lepas. Bagi diri saya, ini merupakan kali pertama saya nampak kemunculan semula secara hebatnya ideologi politik dan gerakan “Orde Baru”. Lebih-lebih lagi, ia diamalkan secara terbuka dan disokong oleh ramai cendekiawan. Sekarang terdapatnya banyak konflik antara cendekiawan tentang halatuju politik Indonesia. (Orde Baru = sistem politik semasa pemerintahan kediktatoran Suharto)

Namun, kita perlu sedar bahawa secara objektifnya, struktur politik Indonesia masih merupakan politik yang didominasi oleh orientasi pasaran. Kedua-dua pilihan ini datang daripada kekecewaan rakyat untuk 15 tahun yang lepas, khususnya untuk 10 tahun yang lepas di bawah pemerintahan Susilo

Bambang Yudhoyono (SBY).

Ika: Kebangkitan Jokowi adalah sesuatu yang positif. Adanya harapan tentang visi politiknya. Kemenangannya dalam pilihanraya menunjukkan aktiviti sebenar rakyat yang inginkan perubahan dalam dasar politik. Berkenaan dengan elit, kemunculan Jokowi dalam politik Indonesia akan mengubah tingkah laku golongan elit. Saya rasa adanya peluang yang baik dalam peranan beliau untuk memenuhi tuntutan untuk kerajaan yang bersih dan kurangkan birokrasi.

Zely: Pilihanraya yang lepas bukannya hanya tentang calon presiden. Ia merupakan pertembungan antara dua idea politik, iaitu politik anti-demokrasi jenis “Orde Baru” dengan demagog nasionalisme, dan satu lagi politik liberal dengan demagog populis. Di bawah kemunculan semula idea Orde Baru dan pertumbunan konservatisme dan serangan agama untuk 10 tahun yang lepas, dengan adanya seorang calon yang liberal adalah sesuatu yang “istimewa” dalam politik Indonesia. Tidak tertinggal juga imej Jokowi yang “jujur lagi mesra, bersih dan rapat dengan rakyat”, menambahkan satu lagi keistimewaannya.

Maka implikasinya, yang pertama, untuk kali kedua selepas reformasi, di mana yang pertamanya Gusdur, ekspresi dan tuntutan yang jelas oleh pengundi yang celik politik untuk menamatkan politik ala Orde Baru, mencari keadilan untuk penindasan ke atas hak asasi, dan menghadap semua jeneral yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, telah membawa kepada kemenangan Jokowi dalam pilihanraya. Prabowo sendiri adalah pelaku keganasan yang pada masa yang sama hendak mengembalikan zaman keemasan Orde Baru. Kekalahannya bermakna rakyat Indonesia yang mengundi, walaupun tidak mengalahkan Prabowo secara besar, tetapi adalah bangkit menentang ideanya. Secara lebih konkrit, ini bermakna wujudnya kemungkinan mengadakan perbicaraan adhoc hak asasi ke atas

pelaku pencabulan yang semuanya jeneral tentera/polis Orde Baru. Patut diambil perhatian adalah Jokowi membuat janji sebegini juga dalam visinya sebagai sebagai calon presiden. Jadi, tuntutan ini adalah penting.

Sementara itu, kita mungkin akan terkejut juga bahawa tidak kurang daripada 47% rakyat Indonesia memihak pada Orde Baru, kepimpinan ketenteraan yang kuat, curiga (jika tidak menentang) pada pluralisme agama, dan demagog nasionalis di bawah imej Prabowo. Ini adalah masalah masa hadapan.

Yang ketiga adalah proses dinamik penyertaan politik secara terus dan sukarela oleh rakyat biasa (tanpa mengira latar belakang kelas) untuk memenangkan Jokowi. Sudah tentu pilihanraya boleh “mengaktifkan” orang secara politik untuk satu tempoh masa yang pendek, tetapi kali ini “aktiviti-aktiviti” pilihanraya telah mencerminkan harapan: demi sebuah masyarakat yang pluralis dan toleransi, “enggan lupa” pada kes-kes pencabulan hak asasi manusia yang lampau dan menuntut keadilan, demi sebuah kerajaan yang yang bersih dan bebas daripada korupsi, demi idea dan tokoh politik yang bebas daripada Orde Baru, demi ekonomi yang melindungi rakyat. Maka, kelima-lima harapan ini adalah lapangan yang berkemungkinan untuk pempolitikan dan radikalisasi rakyat.

(sambung di m/s 13)

Jokowi

Page 13: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 13ANTARABANGSA

(sambung dari m/s 12)

S: Apakah faktor utama pengundi Indonesia undi untuk Jokowi?

Jemi: Orang yang mengundi untuk Jokowi adalah mereka yang agak berjaga-jaga dengan bahaya politk represif yang berkaitan dengan rekod Prabowo yang lampau. Satu lagi tarikan untuk menyokong Jokowi adalah rakyat telah bosan dengan penampilan elit yang konvensional – oligarki kaya dengan sejarah panjang yang berkaitan dengan jaringan Orde Baru. Jokowi secara penampilannya adalah tokoh baru yang begitu rapat dengan rakyat biasa. Beliau tidak bercakap tentang teori atau konsep yang hebat-hebat belaka, tetapi terkenal dengan penyelesaian teknikal yang mikro untuk masalah rakyat. Bagi ramai rakyat, beliau nampaknya adalah petunjuk kepada reformasi yang berkemungkinan untuk mencabar kuasa birokrat yang korup.

Ika: Pada pandangan saya, sebab

utama mengapa rakyat pilih Jokowi adalah bagaimana beliau melayan rakyat dengan sikapnya dan program yang popular. Cara beliau memulakan “Blusukan” (lawatan secara spontan) menjadikan rakyat rasa dekat dengannya. Program popularnya seperti kad pengenalan

miskin (yang dilancarkan semasa beliau menjadi Gabenor Solo) meningkatkan lagi sokongan untuknya.

Ini sudah tentu amat berbeza dengan elit atau kerajaan sebelum ini yang birokratik dan angkuh.

Sudah tentu kita tahu bahawa Jokowi tidak menyebut tentang program sosialis seperti miliknegarakan industri atau meningkatkan gaji pekerja, tetapi program popular sebegini dan sikapnya sudah cukup untuk dihargai dan dipuji oleh rakyat di Indonesia.

Oleh yang demikian, memang menunjukkan kontras yang besar dengan pesaingnya, Prabowo. Aktivis hak asasi manusia berjaya memaparkan imej Prabowo sebagai pencabul hak asasi manusia. Maka untuk anak muda atau pengundi yang pertama kali undi, saya rasa tidak susah untuk memilih antara Prabowo dan Jokowi.

Zely: Beliau bersih dan bukan daripada sisa-sisa serpihan elit lama, khususnya Orde Baru. Imejnya yang “tiada jarak” dengan rakyat biasa dan caranya yang pro-dialog.

S: Apakah halatuju dasar Jokowi? Adakah ia akan berbeza dengan pentadbiran sebelum ini? Apakah perbezaannya?

Jemi: Jika mengikuti kempen Jokowi, kita tidak dapat lihat sebarang perubahan signifikan dalam halatuju dasar yang utama berbanding pentadbiran sebelum ini. Orientasi muktamadnya adalah mengejar dan meneruskan pertumbuhan ekonomi, tanpa benar-benar kritikal terhadap logik pertumbuhan kapitalis. Perbezaannya adalah cubaannya untuk meniru taktik daripada pengalamannya sebagai Datuk Bandar di Solo dan Jakarta, untuk merombak birokrasi dan memperkenalkan sedikit teknik baru dalam penyampaian perkhidmatan awam. Beliau terkenal dengan

pengenalan Kad Kesihatan Rakyat dan Kad Pendidikan, yang bukannya perlindungan sosial yang bersifat sosialis secara dasarnya, tetapi hanya lebih terbuka untuk akses orang awam dengan adanya aplikasi teknologi maklumat. Ini merupakan pengurangan hebat dalam birokrasi dan penglibatan secara langsung individu/oligarki dalam perkhidmatan awam.

Masalah untuk Jokowi adalah sama ada beliau boleh mencuba taktiknya dalam skala yang jauh lebih besar dan lebih rumit di peringkat nasional. Adalah agak tidak mungkin hanya bergantung pada pesonanya dan nasib sahaja di peringkat ini. Beliau perlu membina gabungan dengan kuasa-kuasa sosial yang progresif dengan niat untuk menentang jaringan kuasa

oligarki di banyak tempat.

Ika: Pada pandangan saya, beliau pandai dalam cara berkomunikasi dengan rakyat. Beliau boleh mengangkat aspirasi dan penyertaan politik rakyat. Mungkin anda sudah dengar bahawa beliau menjemput rakyat memberi input secara terbuka untuk struktur kabinet barunya. Namun, sudah tentu ini bukan jaminan bahawa beliau akan memimpin kita kepada program sosialis.

Itu adalah tanggungjawab gerakan. Untuk masa ini, kita tidak boleh hanya menyalahkan kerajaan dalam semua perkara tentang kemiskinan dan dasar yang tidak adil. Kita juga patut meningkatkan penyertaan rakyat dengan program yang konkrit.

Zely: Saya belum nampak apa-apa petanda tentang perbezaan fundamental dalam dasar-dasar neo-liberal. Misalnya, semua calon setuju untuk memotong subsidi dan tiada seorang calon pun mempunyai strategi untuk mengawal pelaburan asing dan institusi kewangan antarabangsa. Tiada seorang antara mereka pun ada kritikan terhadap dasar-dasar neo-liberal SBY seperti Pelan Induk untuk Pemecutan dan Perluasan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI). Namun, apa yang menjadikan Jokowi itu berbeza adalah janjinya untuk memberi perhatian pada ekonomi skala kecil, ataupun apa yang kita panggil ekonomi kreatif dan reformasi agraria. Tetapi sekali lagi, ia tiada perbezaan yang sebenar dalam halatuju ekonomi.

S: Apakah prospek untuk gerakan pekerja di Indonesia apabila Jokowi menjadi Presiden?

Jemi: Selepas pilihanraya, kem oligarki juga akan mempergunakan gerakan pekerja untuk mengurangkan populariti Jokowi setiap kali mereka mencabar kedudukan Jokowi. Ini merupakan cabaran yang menarik untuk gerakan pekerja untuk mencari strategi yang sesuai dan tidak diserap oleh mana-mana agenda elit. Adalah penting untuk membangunkan kekuatan yang lebih demokratik untuk gerakan pekerja dan tidak menghadkan pada agenda ekonomi konvensional mereka sahaja.

Ika: Jokowi ada satu program untuk pekerja yang dipanggil Piagam Marsinah. Piagam ini tidak menyebut tentang visi yang spesifik tetapi hanya mengatakan bahawa beliau akan berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja. Tetapi dengan rekod sejarahnya yang tidak menyelesaikan tuntutan pekerja dalam mogok umum yang lalu, saya ragui beliau akan ada dasar yang baik untuk pekerja. Beliau patut berani berdepan dengan syarikat dalam mempertahankan hak pekerja.

Zely: Pimpinan kesatuan sekerja dan konfederasi kesatuan sekerja terbesar Indonesia berpecah dalam perkara siapakah calon presiden yang patut disokong oleh mereka. Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) di mana Federasi Kesatuan Sekerja Logam

Indonesia di bawahnya yang memainkan peranan penting dalam menganjurkan mogok nasional tahun lepas, telah menyokong Prabowo sebagai calon presiden. Manakala Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI), kesatuan sekerja yang kurang kekuatan mobilisasinya, telah menyokong Jokowi. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa: Ketua APINDO (pertubuhan majikan Indonesia) Sofyan Wanandi menyokong Jokowi. Ini menjadikan pekerja dapat melihat siapa musuh mereka dengan mudahnya. Sofyan Wanandi adalah duri dalam daging untuk perjuangan pekerja di Indonesia. Ini bermakna perjuangan yang sengit mungkin akan berlaku pada masa hadapan. Pada bulan Oktober-November tahun ini adalah keputusan tahunan tentang gaji nasional dan peringkat provinsi. KPSI juga ada tuntutan penting yang ditujukan kepada Prabowo semasa pilihanraya (walaupun nampaknya tidak berjaya diterima), iaitu 10 tuntutan rakyat, yang kebanyakannya berkaitan dengan penambahbaikan kebajikan pekerja. Ini juga akan menjadi pertempuran untuk kerajaan Jokowi pada masa akan datang. Prospek untuk radikalisai pekerja yang baru adalah cerah, tetapi adalah amat sukar untuk gerakan pekerja kekal bebas. Prabowo berkemungkinan akan mempergunakan radikalisasi rakyat dalam melawan Jokowi, dan sehingga kini Prabowo dan koalisinya masih membantah keputusan pilihanraya.

S: Apakah kesimpulan anda tentang pilihanraya presiden di Indonesia terbaru ini?

Jemi: Kesimpulan saya adalah golongan kiri di Indonesia mesti menguasai politik pilihanraya dalam strategi dan juga mobilisasi massa secara praktikal serta konsolidasi yang lebih daripada sebelum ini. Amat jelas sekali adalah menjadi tidak relevan dengan hanya mengkritik bahawa politik pilihanraya bukanlah penyelesaian sebenar untuk rakyat pekerja. Sekarang ini adanya cabaran yang sebenar di mana kuasa-kuasa Orde Baru hampir mengembalikan kuasa politik mereka melalui prosedur demokratik, dan gokongan kiri masih dalam keadaan kucar-kacir.

Ika: Pilihanraya presiden terbaru ini memang menunjukkan kelemahan gerakan rakyat. Majoriti dalam gerakan kiri mengambil pendirian menolak pilihanraya ini kerana mereka menganggap ini adalah pilihanraya borjuis. Ini menjadikan kita amat sukar untuk membawa program sosialis kepada massa yang semakin berganjak untuk menyokong Jokowi dan menghalang

Prabowo.

Zely: Harapan popular rakyat Indonesia adalah tinggi; reformasi selama 16 tahun yang lepas hanya menguntungkan golongan kaya yang baru dan juga serpihan Orde Baru, tetapi tidak untuk rakyat biasa. Ini membawa kepada dua kecenderungan: muka (pemimpin) yang baru dan halatuju yang baru. “Kerinduan” untuk kembali ke zaman Orde baru adalah petanda daripada putus asa dalam 16 tahun reformasi.

Satu lagi pengajaran adalah, era media sosial muncul dalam pilihanraya tahun ini. Kita dapat lihat alat baru untuk pempolitikan: media sosial, dan orang yang dapat mempengaruhi orang lain adalah aktivis yang menggunakan media sosial sehingga pengguna biasa media sosial. Ia adalah alat pendidik baru yang efektif. Ia membekalkan maklumat yang baik dan salah, begitu juga ruangan untuk memperbetulkannya dalam diskusi. Ini menjadi peluang untuk

mempunyai pengundi yang celik secara politk, dan ia akan menyumbang kepada pempolitikan masyarakat secara umumnya. ##

Page 14: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 201414 SENI

SASTERA SEBAGAI SENJATA

(oleh Shazni Bhai)

“…yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis puisi…”

Petikan ayat di atas pasti agak biasa kedengaran apabila soal sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dibicarakan, yang mana diketahui umum memang berat sebelah. Bagi Ishak Haji Muhammad, atau lebih dikenali generasi masa kini sebagai Pak Sako telah menulis sesuatu yang lain, malahan sebelum sejarah dicatat lagi.

“Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan, dan menghalau penjajah.”

Demikian dinyatakan Pak Sako dalam novel Putera Gunung Tahan, dan sekali lagi diulangi beliau ketika diwawancara di kaca TV pada 1973. Pernyataan yang jelas menunjukkan fungsi sastera sebagai senjata untuk melawan kolonialisme. Ada beberapa perkara yang menarik untuk dibicarakan mengenai novel yang mengandungi sepuluh bab ini, yang telah diterbitkan pada tahun 1937.

Antaranya:

Tajuk:· Melihatkan pada tajuknya

yang dipilih, jelas memperkenalkan watak utama dalam novel ini. Kemungkinan Gunung Tahan dipilih kerana kedudukkan geografinya di negeri Pahang, iaitu negeri kelahiran penulis. Ia juga simbolik sebagai penaung kepada Malaya, dan menampakkan imejnya sebagai suatu kegagahan.

Kata pengantar:· Selain dapat dipetik dari kata

pengantar tentang penganiayaan dan amalan rasuah yang berlaku yang telah menjurus kepada kemenangan pihak kolonialis dalam usaha mereka menakluk negeri Pahang, ada juga dinyatakan di hujung sebagai ingatan bahawa ketika darurat diisytiharkan, ramai anak-anak negeri Pahang

khususnya Melayu telah lari masuk ke dalam hutan (yang mana kita ketahui mereka telah membentuk satu rejimen gerila PKM).

· Ada juga dinyatakan dengan ditulis dalam italik tentang betapa kerajaan persekutuan membelanjakan untuk menjaga hal ehwal orang asal selepas darurat

diisytiharkan yang mana ada kemungkinan kerajaan risau orang asal akan turut serta berjuang bersama gerila PKM, maka niat menjaga hal ehwal itu telah dijadikan alasan untuk mengawal mereka.

Unsur sindiran:· Pak Sako telah

menerangkan bahawa cerita yang ditulisnya bukanlah cerita untuk kanak-kanak mahupun disamai dengan cerita kebanyakkan yang dijual di kedai-kedai buku pada zaman itu, oleh kerana mengandungi sindiran yang dalam.

· “Tiap-tiap orang kulit putih yang datang ke Malaya ini ialah dengan tujuan hendak mencari wang dan keuntungan dan bukan semata-mata hendak memimpin atau menaungkan bumiputera negeri ini.” – Monolog dari Robert, muka surat 22. Niat dan motivasi kolonialis

diperlihatkan dalam novel ini melalui pemikiran dan bicara kedua-dua watak Robert dan William dalam bentuk monolog dan dialog.

· Dalam dua dialog berbeza antara Robert dengan perempuan Melayu tua, dan William dengan Putera Gunung Tahan, diujudkan kesempatan untuk dua watak yang mewakili orang yang dijajah untuk berbahas serta menyindir niat dan perilaku kolonialis yang bersifat menindas. Melihat kepada latar masa ketika itu yakni ketika British masih menguasai Malaya sepenuhnya, peluang untuk menyindir kolonialis dilihat sesuatu yang mustahil dilakukan secara realiti.

· Melalui keajaiban dalam bab teropong terus dan beringin bercakap, dihujahkan Putera Gunung Tahan bahawa permasalahan sosial dan pencemaran budaya kepada rakyat Malaya ketika itu semuanya berpunca dari sistem yang dibawa kolonialis. Selain itu digambarkan juga betapa kolonialis menerapkan dasar yang meluaskan jurang kelas dengan mengawal cara hidup, tingkah laku, dan pergaulan orang-orang Melayu yang dipilih untuk dididik agar menjadi kelas elitis waris kepada legasi kolonialis.Stereotaip perilaku bangsa:

· Tanggapan bahawa orang asal hidup tidak bertamadun dan tiada adab tertib disangkal apabila Robert terkejut ketika mengamati kehidupan orang asal yang dilihat pandai membina penempatan, bercucuk tanam, dan menyediakan makanan dimasak.

· Secara stereotaip, bangsa berkulit putih dari barat yang merupakan kolonialis selalu disifatkan sebagai bertamadun dan berakal. Bagaimanapun, tanggapan ini ditangkis dengan babak-babak di mana Robert telah mati akibat jatuh dari pokok dek kerana ingin mendapatkan perempuan orang asal yang digilai sehingga hilang kewarasan setelah dikenakan ilmu pengasih. Punca dia diperlakukan sedemikian adalah dari kerana sikap angkuh yang merendahkan pengetahuan serta fahaman orang lain.

· Satu lagi contoh dapat dilihat dari watak dan perwatakkan Ratu Bongsu, iaitu Putera Gunung Tahan. Sifat bijaksana, segak, dan berpengetahuan yang mana selalunya digambarkan ada pada lelaki barat malahan kolonialis selalu menggambarkan penduduk koloni jajahan sebagai liar,

rakus, tidak bertamadun, dan paras fizikal yang tidak elok.

· Di situ juga ditunjukkan keterbalikkan stereotaip dengan ditunjukkan kebodohan William sendiri kerana tidak merancang dengan licik tentang perihal untuk berlindung di kala tibanya serangan udara walhal terserlah kelicikkan dan kebijaksanaan Ratu Bongsu dengan memerintahkan rakyatnya berlindung dan memerangkap William sehingga mati kerana serangan orangnya sendiri.

Pembelotan dan pengkhianatan:· Melalui penceritaan oleh

perempuan Melayu tua yang ditemui Robert, ada digambarkan bagaimana perempuan tua itu dibelot oleh bangsanya sendiri apabila ditinggalkan dalam keadaan sarat mengandung ketika lari dari askar kolonialis.

· Pengkhianatan oleh William diperlihatkan apabila kesempatan diambil olehnya dengan mengutus surat melalui bantuan burung pesuruhjaya milik Ratu Bongsu. Surat yang diutus kepada ketuanya di London mengandungi maklumat terperinci tentang puncak gunung Tahan dan memohon serangan udara demi menakluk tempat itu.

Pengakhiran yang mengelirukan:· Sesudah selesai serangan

udara, walaupun telah diperlakukan khianat oleh William, namun tiada sedikit pun rasa dendam dalam diri Putera Gunung Tahan bahkan balu kepada William telah diselamatkan, dirawat, dan dilayan dengan baik oleh Putera itu berserta rakyatnya.

· Ada pembaca mungkin kecewa dengan pengakhiran novel ini apabila ia ditutup dengan babak Putera Gunung Tahan meluahkan rasa dan niatnya untuk menjadikkan balu kepada William sebagai isterinya, dan disambut dengan baik malah Mem William sedia menyerahkan segalanya kepada Putera Gunung Tahan. Babak ini secara kasar memperlihatkan betapa Putera Gunung Tahan telah alah kepada keinginannya sendiri yang asyik kepada Mem William walhal tempatnya telah diserang sehingga musnah. Dengan itu mudah untuk dirungkai bahawa ini mungkin suatu sindiran penulis terhadap raja-raja Melayu yang mudah terpengaruh dengan

keinginan dari mementingkan masa depan rakyat. Selain itu jika dilihat dari sudut yang telah diterangkan di atas, penulis telah memperlihatkan sifat watak Putera Gunung Tahan yang elok sehingga membuatkan seorang wanita barat yang walaupun masih tersisa dalam dirinya untuk bermuslihat demi meneruskan niat penaklukkan mendiang suaminya, akhirnya tertarik kepada Putera Gunung Tahan hingga sanggup menyerahkan segalanya.

· Memetik kepada dialog Mem William kepada Putera Gunung Tahan pada muka surat terakhir;

“…saya serahkan nyawa dan badan saya kepada tuan…” dilihat sebagai suatu simbolik bahawa keperibadian dan kemuliaan Putera Gunung Tahan telah menakluk hati seorang kolonialis.

Walaupun ianya fiksyen, namun tidak rugi untuk membaca novel ini demi mendalami idea seorang tokoh nasionalis kiri yang sanggup berkorban demi berjuang menuntut kemerdekaan negara ini. Sindiran yang diterapkan dalamnya boleh dicontohi dalam berkarya dan mengaplikasikan sastera sebagai senjata dalam perjuangan. ##

Page 15: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 2014 15IDEOLOGI

Asal-Usul Sama, Moyang Kita Pun Sama… Apasal Bergaduh?5 bilion tahun dahulu, bumi masih belum lagi wujudnya kehidupan. Tiba-tiba muncul lendir-lendir mikro organisme di dalam

kolam lumpur. Ia berkembang menjadi ampai-ampai, kemudian kerang-kerangan--> ikan bertulang belakang --> reptilia --> burung --> mamalia. Reptilia paling besar adalah dinosaur yang menduduki bumi selama 200 juta tahun. Malangnya ia pupus dari bumi ini kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan iklim yang semakin sejuk. Sebaliknya haiwan-haiwan yang bersaiz lebih kecil berjaya teruskan hayat melalui proses evolusi.

Didapati haiwan-haiwan yang peka kepada cahaya, yang mempunyai daya tahan tinggi, berjaya membiak dengan banyak. Mereka berhijrah ke merata tempat di muka bumi sambil menyesuaikan diri.

Dari laut, kehidupan mula merebak ke daratan. Insang (yang ada pada ikan untuk bernafas) bertukar menjadi paru-paru. Bukti evolusi, ada pada bayi dalam rahim ibu, di mana organ bernafas pada awalnya ialah insang dan kemudian ia bertukar menjadi paru-paru.

Evolusi berlaku dari segi sosial dan fizikal. Contohnya haiwan jenis reptilia membiak tapi mengabaikan anaknya. Keturunan mereka kena jaga diri sendiri. Walhal haiwan mamalia pula menjaga anak-anaknya sambil mendidik mereka

sehingga satu tahap. Ada proses pembelajaran yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain dan wujud hubungan sosial.

5 juta tahun dahulu, mamalia pertama yang ada rupabentuk manusia, berkaki dua muncul di

Afrika Tengah. Mereka membuat peralatan awalan dengan batu. Lebih kurang 1.5 juta tahun lalu, spesis ini digantikan pula dengan makhluk lain yang lebih mirip manusia, berdiri tegak, lebih besar saiz otak, dikenali sebagai 'homoerectus'. Antara 800,000 hingga 500,000 tahun dulu, mereka telah tersebar ke seluruh Afrika, Eropah, Asia, Java. Merekalah menemui API

dan membina tempat perlindungan. Penemuan api membolehkan mereka menghuni di kawasan beriklim sejuk.

Satu unsur DNA yang kita semua ada dijejaki kembali kepada nenek moyang kita bersama, seorang wanita Afrika yang hidup 300,000 tahun sebelum masihi dulu. Setiap orang hari ini, doktor ke, saintis ke, ahli politi ke, semua orang mempunyai DNA moyang kita ini.

40,000 tahun dulu manusia moden 'homo sapiens' telah menjelajah ke seluruh dunia. Mereka hidup dengan memburu dan mengumpul. Sebenarnya mereka lebih banyak makan sayuran kerana ia membolehkan manusia terus hidup. Sambil lelaki pergi memburu, perempuan pula mengumpul buah-buahan, kekacang dan buah beri. Pada masa itu wanita ada lebih banyak kebebasan. Mereka boleh jadi kaunselor, pemimpin, doktor dan mereka mempunyai status istimewa sebagai pemegang misteri yang

paling suci, iaitu kelahiran anak. Perempuan dan lelaki pada masa itu hidup sebagai rakan setugas, saling bergantung kepada kemahiran satu sama lain. Seperti mana dipaparkan dalam kartun Flintstone.

Pada 40,000 hingga 10,000 tahun dulu, manusia telah menjelajah dan menduduki sampai ke benua Australia dan Amerika. Kadar kesejukan dan pembekuan tinggi mengurangkan paras laut, lebih jambatan tanah muncul. Australia, Papua New Guinea, Indonesia, Filipina mungkin bersambung atau jarak bot sahaja. Kumpulan nomad Asia yang berani telah melintasi satu lagi jambatan – Siberia, Alaska dan setiap sudut Amerika merentangi kawasan utara yang beku melalui kawasan gurun dan hutan tropika. Kenaikan paras laut telah memisahkan ke dua-dua bahagian dunia.

Pada masa itu, populasi dunia lebih kurang 10 juta. Pengagihan mengikut etnik lebih mirip dengan cara pemikiran orang moden. Di Afrika – kulit hitam, Eropah – putih, India – kulit perang, Amerika, Timur Jauh – mongoloid.

9,000 tahun dulu, ramai orang masih hidup dengan memburu dan mengumpul kerana kehidupan

mereka telah bersepadu dengan persekitaran mereka. Ada tempat pula, dunia berkembang ke satu titik dimana manusia telah menemui cara baru untuk mendapatkan makanan seperti penternakan haiwan (kambing biri-biri, kambing, khinzir

lembu) dan mereka membuat eksperimen untuk tanaman baru (sekoi, beras, gandum, barli). Lebihan hasil pertanian telah

menyumbang kepada kemunculan bandar. Pekan paling awal, Jericho adalah penempatan orang Palestin sebesar 7 ekar tanah dengan rumah-rumah lumpur bata.

5000 tahun dulu, perubahan berlaku apabila manusia mula berkumpul di pekan-pekan. Wabak penyakit seperti tibi dan campak merebak. Jangka hayat ketika itu, 30 untuk perempuan dan 35 untuk lelaki. Orang nomad kurang memiliki harta benda kerana perlu membawanya bersama, tapi orang yang menetap pula memiliki lebih banyak harta benda dibuat daripada tembikar, tembaga dan emas. Benda-benda yang cantik ini menjadi simbol status kekayaan. Jenis pekerjaan yang berbeza telah mewujudkan jurang antara kaya dan miskin. Ketidaksaksamaan adalah kesan pertama hidup di bandar. Kita masih belum dapat lepaskan diri dari ketidaksaksamaan ini.

Petikan dari Buku: Panduan kepada Sejarah Dunia oleh Chris Brazier(Diterjemah dan diringkaskan oleh Letchimi Devi)

SEGMEN TOKOH KIRI: Siri Pejuang Anti-Penjajah (1)

PAHLAWAN TRADISIONAL ANTARA KELOMPOK RADIKAL TERAWAL MENENTANG PENJAJAH BRITISHTOK NANING @ DOL SAID

Dol Said atau Dato Abdul Said bin Omar lahir pada tahun 1773 dari suku semelenggang dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan. Beliau membantah keras kemasukan tentera British ke Naning serta membangkang pengenaan cukai satu persepuluh ke atas daerahnya oleh British. Kebijaksanaan ilmu peperangan beliau begitu terserlah dalam dua kempen peperangan, Perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua pada tahun 1832.

Perang Naning pertama telah mengangkat Dol Said sebagai wira berhati waja yang telah mengukir nama di arena sejarah Melaka. Beliau ditemani sahabat-sahabat baiknya yang juga merupakan pahlawan-pahlawan melayu setempat seperti Syed Saaban dari Rembau, yang

hanya bersenjatakan lembing, anak panah, parang panjang, lekir dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari, maka tentera british terpaksa berundur kerana ramai tenteranya terbunuh dan

tercedera. Kekalahan itu amat mengaibkan pihak Inggeris yang pada awalnya begitu yakin dapat mengalahkan Naning dalam masa sehari dengan berbekalkan senjata moden, meriam dan tentera yang ramai.

Sebelum berlakunya perang Naning kedua pada 1832, pihak british berjaya memecah-belahkan perpaduan orang-orang melayu setempat dengan menawarkan 'habuan' melalui ikatan perjanjian dengan daerah-daerah bersempadan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.

Penghulu Rembau mengambil keputusan untuk menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning untuk membantu pihak british. Walaupun

tidak mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya, Dol Said dan pengikutnya bertekad mempertahankan Naning. Setelah berlaku pertempuran sengit di kedua belah pihak selama hampir dua bulan, akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur ke Pasir Besar pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan, Naning jatuh ke dalam tangan British pada 15 Jun 1832. Namun, pihak British tidak gembira atas kemenangan itu lantaran terpaksa menanggung kerugian sebanyak 100,000 pound sterling dan kehilangan sejumlah besar askar semata-mata untuk menakluk daerah kecil.

TOK GAJAH

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

Tok Gajah adalah bapa kepada pahlawan melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Beliau merupakan tokoh yang terlibat bersama Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kelubi, Awang Nong, Haji Mat Wahid dan Mat Kilau dalam menentang penjajah dengan menghalau british yang berkeinginan merampas pemerintahan negeri Pahang.

Tok Gajah sangat digeruni oleh penjajah dan mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar British yang lengkap bersenjata.

Pada peringkat awal perjuangan, kumpulan pahlawan itu beserta pengikut-pengikutnya mencapai beberapa kejayaan. Bagaimanapun, dengan kekuatan askar tambahan

serta tipu helah penjajah bahawa kononnya pahlawan-pahlawan itu sebenarnya menderhaka sultan, maka British akhirnya berjaya memperdaya rakyat supaya tidak lagi menyertai kumpulan itu. Tok Gajah dan rakan-rakan seperjuangannya menjadi buruan British secara berterusan lalu bersembunyi di Hulu Terengganu dan sebahagian rakan-rakannya bersembunyi di Kelantan.

(bersambung di Edisi Sep-Okt 2014)

Page 16: Sosialis (Ogos Sept 2014)

Ogos-Sep 201416

Ruangan Informasi

Sudut KomikPembunuhan

di Gaza

GALERI

SERUAN SEDUNIASOLIDARITI UNTUK GAZARakyat sedunia telah berhimpun dan berarak di merata tempat untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang dilakukan oleh rejim zionis Israel ke atas Gaza.

London Perth

Pulau Pinang

Bologna

Karachi

Copenhagen

Hong Kong

Madrid

Auckland

Jakarta

Paris

Sydney

New York