sosialis (sept okt 2013)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Sep-Okt 2013 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ > m / s 5 KEKALKAN KEMERDEKAAN (Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PSM bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini, mempertikaikan tindakan Kerajaan yang cuba menggadaikan kemerdekaan negara kita melalui perjanjian perdagangan bebas.) Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan kontradiksi yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana sambil mereka menjunjung tema Hari KeMerdekaan ke 56 iaitu “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!” pada masa yang sama mereka melibatkan diri dalam rundingan perdagangan bebas Trans Pasifik (TPPA) yang merupakan satu cara penjajahan ekonomi era baru oleh Amerika Syarikat . Walaupun rundingan secara sulit ini telah dilaksanakan sejak tahun 2010, tetapi kini desakan dan tuntutan untuk membongkarkan teks rundingan oleh pelbagai pertubuhan bukan Kerajaan dan juga oleh agensi Kerajaan sendiri dapat disaksikan. Apabila lebih banyak maklumat mengenai rundingan sulit ini dibocorkan, maka dengan jelas ianya merupakan suatu agenda pihak kapitalis korporat Amerika yang ingin menjajah negara- negara yang sedang membangun di Asia Pasifik secara ekonomi. Parti Sosialis Malaysia bersama dengan BANTAH –TPPA sebuah gabungan yang dianggotai oleh 60 organisasi bukan kerajaan dengan jelas telah mengemukakan bantahan terhadap tindakan pihak kerajaan yang terus ingin meneruskan rundingan ini, walaupun pelbagai kajian menunjukkan bahawa perjanjian TPPA ini tidak memanfaatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ianya akan membawa bersama suatu bebanan yang begitu besar dan memudaratkan kemajuan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Kedaulatan Negara akan terjejas apabila pihak syarikat korporat asing yang melabur diberikan kuasa yang melampaui kedaulatan sesebuah negara demokratik. Sistem demokrasi dan perlembagaan sesebuah negara akan diketepikan sama sekali kerana pihak pelabur lah yang akan menjadi maha berkuasa dalam perjanjian ini. · Kapitalis antarabangsa diberikan hak untuk melabur dinegara kita, tanpa kebenaran Pelabur awal Kerajaan. Jika kita menolak pernohonannya, maka pelabur boleh menyaman Kerajaan di Mahkamah Antarabangsa. · Tangan kerajaan terikat, kerana tidak boleh mengenakan apa jua regulasi, undang-undang yang berkemungkinan menjejaskan keuntungan masa depan pelabur. · Walaupun pelabur tersebut didapati melakukan pencemaran alam sekitar, melalui produk pengilangannya ataupun sisa buangannya, Kerajaan tidak boleh menutup kilang tersebut kerana ianya akan merampas 'hak'nya untuk melabur dan memperolehi keuntungan di tanah air kita. · Kapitalis pelabur asing terpaksa diberikan kebenaran untuk menyertai segala bentuk sebutharga/tender kontrak pembinaan atau bekalan Kerajaan dan juga GLC Kerajaan. Keutamaan tidak boleh diberikan kepada syarikat kepunyaan rakyat Malaysia. · Jika pelabur asing berjaya dalam kes mahkamah terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan gagal membayar pampasan mengikut perintah mahkamah tersebut, maka pelabur ini boleh menguatkuasakan perintah mahkamah ini dengan menyita apajua harta Kerajaan dalam mana-mana negara ketiga yang telah menandatangani New York Convention. Kapal laut yang bersinggah di sesebuah negara ketiga juga boleh disita! Memang tidak dapat dinafikan, kepentingan korporat yang dibawa oleh perjanjian TPPA ini. PSM kesal dengan Kerajaan Malaysia yang masih terlibat dalam rundingan pusingan ke-19 yang kini sedang berlangsung di Brunei Darulsalam. Seolah- olah lobi pihak korporat besar Malaysia begitu kuat untuk melihat Malaysia menandatangani perjanjian ini demi kepentingan mereka, walapun mereka sedar kedaulatan dan kuasa permerintahan negara akan tergugat. Tidak mungkin perjanjian ini berubah wajah untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ianya dideraf oleh seramai 600 orang peguam pihak korporat Amerika sendiri. Walaupun 28 juta rakyat Malaysia dan juga jutaan rakyat Amerika dinafikan akses kepada teks rundingan ini dengan alasan ianya rahsia, tetapi pihak korporat AS senantiasa melibatkan diri dalam rundingan ini demi menjamin posisi perundingan AS terus menjaga kepentingan mereka. Akhirnya jika Kerajaan Malaysia masih ingin meneruskan rundingan ini, maka Malaysia terpaksa melepaskan kedaulatannya demi memperoleh peningkatan perdagangan yang masih tidak terjamin pada masa hadapan. Justeru itu, Kerajaan Malaysia harus menghentikan rundingan ini dengan segera kerana hak demokratik rakyat Malaysia bukan untuk dijual! PSM membantah pengaruh lobi 1% syarikat- syarikat besar tempatan yang ingin mengorbankan kedaulatan negara demi keuntungan. Ini jelas menunjukkan bahawa, dalam era kapitalisma ini, hak demokrasi rakyat, kedaulatan negara akan terus dipijak dan dihina oleh 1% kapitalis korporat Amerika dan Malaysia ini kerana mereka hanya mempertuhankan duit tanpa apajua kesetiaan kepada negara dan rakyat jelata mereka masing- masing. Ayuh rakyat 99%! Bangkitlah sekiranya anda benar-benar menghayati Hari Kemerdekaan kita! TOLAK TPPA > m / s 1 0 Mesir Taman Permata Dengkil

Upload: partisosialis

Post on 06-Apr-2016

263 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Topik: TPPA, Taman Pertama Dengkil, Kisah Pekerja Migran, GST: Selamatkan Kaya Mesraskan Miskin, Mesir: Revolusi Diancam, USSR dalam Sejarah Abad Ke-20

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Sept Okt 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Sep-Okt 2013

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

> m / s 5

KEKALKAN KEMERDEKAAN

(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PSM bersempena Hari Kemerdekaan tahun ini, mempertikaikan tindakan Kerajaan yang cuba menggadaikan kemerdekaan negara kita melalui perjanjian perdagangan bebas.)

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dengan kontradiksi yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana sambil mereka menjunjung tema Hari KeMerdekaan ke 56 iaitu “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!” pada masa yang sama mereka melibatkan diri dalam rundingan perdagangan bebas Trans Pasifik (TPPA) yang merupakan satu cara penjajahan ekonomi era baru oleh Amerika Syarikat .

Walaupun rundingan secara sulit ini telah dilaksanakan sejak tahun 2010, tetapi kini desakan dan tuntutan untuk membongkarkan teks rundingan oleh pelbagai pertubuhan bukan Kerajaan dan juga oleh agensi Kerajaan sendiri dapat disaksikan. Apabila lebih banyak maklumat mengenai rundingan sulit ini dibocorkan, maka dengan jelas ianya merupakan suatu agenda pihak kapitalis korporat Amerika yang ingin menjajah negara-negara yang sedang membangun di Asia Pasifik secara ekonomi.

Parti Sosialis Malaysia bersama dengan BANTAH –TPPA sebuah gabungan yang dianggotai oleh 60 organisasi bukan kerajaan dengan jelas telah mengemukakan bantahan terhadap tindakan pihak kerajaan yang terus ingin meneruskan rundingan ini, walaupun pelbagai kajian menunjukkan bahawa perjanjian TPPA ini tidak memanfaatkan Malaysia. Lebih-lebih lagi ianya akan membawa bersama suatu bebanan yang begitu besar dan memudaratkan kemajuan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia.

Kedaulatan Negara akan terjejas apabila pihak syarikat korporat asing yang melabur diberikan kuasa yang melampaui kedaulatan sesebuah negara demokratik. Sistem demokrasi dan perlembagaan sesebuah negara akan diketepikan sama sekali kerana pihak pelabur lah yang akan menjadi maha berkuasa dalam perjanjian ini.

· Kapitalis antarabangsa diberikan hak untuk melabur dinegara kita, tanpa kebenaran Pelabur

awal Kerajaan. Jika kita menolak pernohonannya, maka pelabur boleh menyaman Kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.

· Tangan kerajaan terikat, kerana tidak boleh mengenakan apa jua regulasi, undang-undang yang berkemungkinan menjejaskan keuntungan masa depan pelabur.

· Walaupun pelabur tersebut didapati melakukan pencemaran a lam seki tar, mela lu i produk pengilangannya ataupun sisa buangannya, Kerajaan tidak boleh menutup kilang tersebut kerana ianya akan merampas 'hak'nya untuk melabur dan memperolehi keuntungan di tanah air kita.

· Kapitalis pelabur asing terpaksa diberikan kebenaran untuk menyertai segala bentuk sebutharga/tender kontrak pembinaan atau bekalan Kerajaan dan juga GLC Kerajaan. Keutamaan tidak boleh diberikan kepada syarikat kepunyaan rakyat Malaysia.

· Jika pelabur asing berjaya dalam kes mahkamah terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan gagal membayar pampasan mengikut perintah mahkamah tersebut, maka pelabur ini boleh menguatkuasakan perintah mahkamah ini dengan menyita apajua harta Kerajaan dalam mana-mana negara ketiga yang telah menandatangani New York Convention. Kapal laut yang bersinggah di sesebuah negara ketiga juga boleh disita!

Memang tidak dapat dinafikan, kepentingan korporat yang dibawa oleh perjanjian TPPA ini. PSM kesal dengan Kerajaan Malaysia yang masih terlibat dalam rundingan pusingan ke-19 yang kini sedang berlangsung di Brunei Darulsalam. Seolah-olah lobi pihak korporat besar Malaysia begitu kuat untuk melihat Malaysia menandatangani perjanjian ini demi kepentingan mereka, walapun mereka sedar kedaulatan dan kuasa permerintahan negara akan tergugat. Tidak mungkin perjanjian ini berubah wajah untuk menjaga kepentingan rakyat kerana ianya dideraf oleh seramai 600 orang peguam pihak korporat Amerika sendiri.

Walaupun 28 juta rakyat Malaysia dan juga jutaan rakyat Amerika dinafikan akses kepada teks rundingan ini dengan alasan ianya

rahsia, tetapi pihak korporat AS senantiasa melibatkan diri dalam rundingan ini demi menjamin posisi perundingan AS terus menjaga kepentingan mereka.

Akhirnya jika Kerajaan Malaysia masih ingin meneruskan rundingan ini, maka Malaysia terpaksa melepaskan kedaulatannya demi memperoleh peningkatan perdagangan yang masih tidak terjamin pada masa hadapan.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia harus menghentikan rundingan ini dengan segera kerana hak demokratik rakyat Malaysia bukan untuk dijual!

PSM membantah pengaruh lobi 1% syarikat-syarikat besar tempatan yang ingin mengorbankan kedaulatan negara demi keuntungan. Ini jelas menunjukkan bahawa, dalam era kapitalisma ini, hak demokrasi rakyat, kedaulatan negara akan terus dipijak dan dihina oleh 1% kapitalis korporat Amerika dan Malaysia ini kerana mereka hanya mempertuhankan duit tanpa apajua kesetiaan kepada negara dan rakyat jelata mereka masing-masing. Ayuh rakyat 99%! Bangkitlah sekiranya anda benar-benar menghayati Hari Kemerdekaan kita!

TOLAK

TPPA

> m / s 1 0

MesirTaman Permata Dengkil

Page 2: Sosialis (Sept Okt 2013)

Sep-Okt 2013PSM2

Dari Meja PengarangDunia sedang bergelora dan negara Malaysia juga tidak dapat berkecuali daripada pergolakan ini.

Bulan ogos yang lalu, kita telah memerhati dari jauh pergolakan di Mesir, tempat di mana tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat yang digelar Musim Bunga Arab (Arab Spring), yang memaparkan bagaimana pihak tentera telah mengkhianati revolusi dengan melakukan pembunuhan ke atas rakyat Mesir. Krisis di Mesir memang tidak boleh diselesaikan dengan kekejaman tetapi dengan cara politik yang berasaskan demokrasi yang melibatkan seluruh rakyat. Perjuangan rakyat Mesir dan dunia Arab dalam menuntut roti (rezeki), demokrasi, keadilan sosial dan maruah manusia masih belum lagi selesai.

Di Malaysia, pihak pemerintah UMNO-BN masih cuba menggunakan taktik pecah dan perintah dengan memainkan sentiment perkauman. Isu kaum dan agama diapi-apikan untuk mengkaburi mata dan mengalihkan perhatian rakyat daripada hakikat serangan ke atas kepentingan bersama rakyat yang diaturkan oleh pemerintahan BN itu sendiri.

P e r j a n j i a n Perdagangan Bebas yang bersembunyi di b a w a h t o p e n g Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) b e r t u j u a n u n t u k merompak rakyat biasa demi mengkayakan golongan korporat dalam dan luar negeri. TPPA merupakan usaha kerjasama antara kapitalis transnasional dengan kerajaan BN yang pro-kapitalis untuk mengaut keuntungan sebesar mungkin tanpa menghiraukan hidup mati rakyat biasa. Hampir semua sektor dan

golongan akan terjejas oleh TPPA yang t idak mela lu i proses demokrasi ini, kecuali golongan 1% yang terkaya. Kerajaan Malaysia memang boleh tarik diri daripada rundingan TPPA bila-bila masa sahaja, tetapi gagal berbuat demikian kerana sudi tunduk pada kekuasaan golongan maha kaya 1% dan juga kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Bolehkah rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan sebegini untuk mempertahankan hak dan kepentingan bersama kita?

Satu lagi serangan neo-liberal yang diatur untuk dilancarkan bila-bila masa lagi adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). GST adalah satu usaha kerajaan BN yang pro-kapitalis untuk memeras sebanyak mungkin daripada rakyat miskin untuk memastikan kekayaan golongan kapitalis yang kaya-raya itu tidak terjejas. GST ini bagaikan Robin Hood songsang, merompak orang miskin untuk mengkayakan orang kaya. Beban kehidupan rakyat biasa akan bertambah sekiranya GST dilaksanakan.

Isu sistem pilihanraya yang penuh dengan kepincangan masih belum lagi ditangani. Rakyat Malaysia yang cintai demokrasi perlu teruskan usaha untuk memastikan sistem pil ihanraya di Negara kita dirombak semula supaya ia benar-benar bersih, bebas dan adil. Sekiranya kerajaan

BN enggan melakukan apa-apa untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil, bersedialah kita semua untuk turun ke himpunan BERSIH 4.0!

Page 3: Sosialis (Sept Okt 2013)

PART DAN FRON3 Sep-Okt 2013

Malam Salam Perjuangan:

Rakyat Akan Terus BerjuangBERSIH 4.0 Menunggu

Persembahan menarik dan ucapan yang membawa mesej politik yang jelas telah memeriahkan Malam Salam Perjuangan tahun ini.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menganjur satu jamuan makan Malam Salam Perjuangan pada 17 Ogos yang lalu di Dewan Sekolah Menengah Confucian, Kuala Lumpur. Lebih kurang 500 orang menghadiri majlis ini. Tetamu khas yang hadir dalam majlis makan malam ini dan memberi ucapan termasuklah A. Samad Said (Sasterawan Negara), Dato' A m b i g a S r e e v e n a s a n (Pengerusi Bersama Gabungan BERSIH), Cikgu Ishak Surin (aktivis veteran PAS) dan Solomon (Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank N U B E ) . M a j l i s i n i t e l a h dipengerusi oleh Adam Adli dan Bawani, dua orang aktivis anak muda yang tidak asing lagi dalam perjuangan rakyat.

Makan Malam Salam Perjuangan tahun ini bertemakan “Meraikan Perjuangan Rakyat”, bertujuan untuk memberikan penghormatan k e p a d a r a k y a t M a l a y s i a y a n g t e l a h menyumbangkan tenaga dan usaha mereka

dalam membawa perjuangan rakyat ke hadapan demi mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bebas daripada segala bentuk penindasan.

Antara persembahan menarik pada Malam Salam Perjuangan ini termasuklah persembahan Opera oleh kumpulan Sahabat Wanita yang berkisar pada isu gaji minima, nyanyian lagu oleh Brian Gomez dan nyanyian lagu oleh anak muda dari Sabah. Buku

terbaru tulisan Arutchelvan tentang perjuangan penduduk Ladang Braemar juga dilancarkan oleh penduduk Ladang Braemar itu sendiri.

Semasa dalam ucapannya, Ambiga telah memberitahu para hadirin bahawa, j ikalau Suruhanjaya Pilihanraya berkeras kepala untuk melakukan pembahagian semula sempadan kawasan pilihanraya tanpa membersihkan senarai pengundi yang bermasalah, g a b u n g a n B E R S I H a k a n

mengadakan satu lagi himpunan raksasa, iaitu Himpunan BERSIH 4.0.

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM yang juga merupakan Ahli Parlimen Kawasan Sungai Siput, telah membentangkan hujah mengapa

perlunya alternatif yang berlainan dengan pendekatan ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Dr. Kumar mempertikaikan dasar ekonomi pihak pemerintah dan agenda ekonomi yang dibawa oleh pihak pembangkang pada kini masih berorientasi pada peningkatan GDP dan bersaing untuk menarik pelabur asing. Dasar ekonomi sebegini akan t e r u s m e n j e j a s k a n alam sekitar dan t i d a k d a p a t s e l e s a i k a n m a s a l a h ke t i dakad i l an d a l a m p e n g a g i h a n kekayaan negara. Menurut Dr. Kumar, alternatif yang dibawa oleh golongan sosialis seperti dalam PSM, adalah sistem sosio-ekonomi yang menekankan solidariti masyarakat, pengagihan semula kekayaan demi mewujudkan keadilan sosial, pembangunan yang mampan, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan juga peningkatan kualiti perkhidmatan asas seperti pengangkutan awam.

Sasterawan Negara A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, turut memeriahkan majlis ini dengan sebuah sajak yang ditulis khas untuk malam tersebut. ##

AKTIVITI CAWANGAN

Pengedaran risalah bantah GST oleh Cawangan Jelapang

Cawangan Semenyih mengedar risalah bantah TPPA

PSM mengutip tandatangan untuk kempen anti-Lynas

Program ideologi di Teluk Batik

Aktiviti gotong-royong Cawangan Banting

Page 4: Sosialis (Sept Okt 2013)

4 NASIONAL Sep-Okt 2013

Misteri Masih Misteri…Siapakah Pembunuh Altantuya?

K e s P e m b u n u h a n Altantuya yang berlaku hampir 7 tahun yang lepas, akhirnya mendapat k e s i m p u l a n : pembunuhnya masih tidak dapat dikenalpasti!

Pada 23 Ogos yang lalu, Mahkamah Rayuan telah membebaskan Azi lah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dua orang anggota Unit Tindakan Khas Polis, dar ipada pertuduhan m e m b u n u h w a r g a Mongo l i a , A l tan tuya Shaariibuu.

Penel hakim Mahkamah Rayuan yang terd i r i

daripada Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dengan sebulat suaranya telah mengetepikan keputusan dan hukuman mati yang dikena oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas kedua-dua orang tertuduh pada 9 April 2009. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaraya masih boleh merayu di Mahkamah Persekutuan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan berlakunya “penyalaharahan yang serius” oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka, termasuklah tidak memanggil salah seorang saksi iaitu DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Altantuya, seorang penterjemah dari Mongolia, telah

menghilangkan diri pada 19 Oktober 2006 dan kemudiannya didapati dibunuh dan diletupkan dengan bahan letupan C4 di hutan Puncak Alam berdekatan dengan Shah Alam. Tiga orang saspek telah didakwa di dalam mahkamah. Selain daripada Azilah dan Sirul, saspek ketiga yang dituduh bersubahat dalam pembununhan itu adalah Abdul Razak Baginda, seorang penganalisa politik yang rapat dengan Najib Razak, Timbalam Perdana Menteri semasa kejadian itu berlaku. Namum, Abdul Razak Baginda telah dibebaskan daripada pertuduhan pada 31 Oktober 2008. Dua orang saspek utama yang didakwa dalam mahkamah, merupakan anggota polis daripada Unit Tindakan Khas yang ditugaskan sebagai pengawal untuk Timbalan Perdana Menteri masa itu.

Dalam kes pembunuhan yang begitu serius, adalah menjadi tanda soal mengapa Mahkamah Rayuan tidak mengarahkan perbicaraan semula tetapi membebaskan yang tertuduh begitu sahaja. Kes pembunuhan Altantuya juga berkaitan rapat dengan skandal kapal selam Scorpene yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan pada masa itu, iaitu Najib Tun Razak. Segala misteri yang menyelubungi kedua-dua kes ini nampaknya masih belum mendapat satu jawapan yang jelas.

Apabila Mahkamah Shah Alam membuat keputusan tentang kes pembunuhan Al tantuya dan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua orang yang tertuduh, motif pembunuhan masih tidak dapat dikenalpasti. Sekarang ini, dengan pembebasan dua orang tertuduh, pembunuh Altantuya masih belum diadili di hadapan penghakiman.

Maka, di sini telah timbulnya persoalan, apa yang

menjadi masalah? Adakah ini masalah dengan pihak pendakwaraya? Adakah ini masalah dengan hakim? Atau adakah ini masalah dengan proses kehakiman? Ataupun adakah ini masalah dengan sistem kehakiman itu sendiri?

Kebebasan sistem kehakiman telah disekat dan kewibawaannya digugat sejak zaman pentadbiran Mahathir. Pengaruh politik ke atas sistem kehakiman telah merencatkan proses penegakkan keadilan di negara kita.

Jikalau pembunuh Altantuya tidak dapat diadili dan dihukum, dan juga pelbagai persoalan masih tidak lagi dijawab, adalah mustahil rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap inst i tus i yang sepatutnya menegakkan keadilan di negara kita, termasuklah pihak polis, pendakwaraya dan juga sistem kehakiman. Memastikan insitusi-institusi ini berfungsi secara normal dan bebas daripada kepincangan, merupakan agenda utama perjuangan rakyat Malaysia dalam mewujudkan demokrasi sejati. ##

KENAIKAN HARGA MINYAK: Petanda Negara Semakin Muflis dan Akur Pada Agenda Neo-Liberal Kapitalis

(Kenyataan yang dikeluarkan oleh S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, pada 3 September, berikutan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 20 sen.)

Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat tindakan Kerajaan Barisan Nasional meningkatkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salahguna kewangan negara semasa PRU-13. Ia adalah tanda-tanda negara kita semakin muflis.

Ini juga adalah tanda bahawa Kerajaan BN semakin hari cuba menjauhkan diri daripada dasar memberi subsidi kerana pemberian subsidi bercanggah dengan dasar neo-liberal dan sistem pasaran kapitalis.

Sebelum ini, Perdana Menteri pernah berhujah bahawa hanya RON97 akan dinaikkan harga mengikut harga pasaran tetapi RON95 akan tetap disubsidi. Kini terbukti bahawa selepas tamatnya PRU-13, satu demi satu langkah diambil BN untuk mengambil balik sedikit demi sedikit keselesaan yang dinikmati oleh rakyat.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan langkah drastik untuk mendapatkan balik pinjaman PTPTN tetapi ia ditarik balik. Kemudian kerajaan mengatakan bahawa GST terpaksa diperkenalkan dan kini pula harga minyak dinaikkan. Semua ini menunjukkan kedudukan kewangan yang semakin rapuh.

Tindakan meningkatkan harga minyak akan menyebabkan harga barangan lain naik dan tanpa peningkatan gaji rakyat jelata, maka penderitaan rakyat akan berterusan. Kerajaan juga semakin tidak serius untuk mengimplementasi Akta Gaji Minima dan

n a m p a k n y a m e m b e r i pelbagai laluan untuk majikan yang tidak melaksanakan akta ini. Ramai majikan enggan membayar dan yang membaya r pu la , t e l ah menstruktur semula gaji s u p a y a e l a u n l a i n dimasukkan sebagai gaji asas.

Jika hujah bahawa subsidi d i n i k m a t i o l e h s e m u a golongan maka ia adalah tidak adil tetapi mengapa dalam isu GST pula, cukai yang buat masa ini berbentuk progresif hendak ditukar menjadi regresif di mana beban cukai beralih dari golongan korporat kepada golongan rakyat biasa. Bukankan ini satu kontradiksi. Selain daripada itu, golongan berpendapatan rendah masih tidak mendapat pendidikan percuma, kesihatan percuma dan pengangkutan awam murah. Di Venezuela, kekayaan Petrol diguna untuk memastikan pendidikan dan perubatan percuma tetapi d isini ia dijadikan beban untuk rakyat.

Mengapa cukai korporat tidak dinaikkan untuk memastikan subsidi dapat dikekalkan? Mengapa setiap kali rakyat biasa perlu dibebankan. PSM yakin bahawa Kerajaan BN terpaksa akur kepada acuan dan pembela rejim sistem neo-liberal yang

membantah pemberian subsidi dan berniat pada masa depan memastikan tidak ada lagi subsidi untuk barangan lain. PSM akan terus membantah kenaikan harga minyak ini, membantah TPPA dan GST kerana segala tindakan ini hanya akan menguntungkan segelintir kecil rakyat dan memberi kesan buruk kepada majoriti rakyat Malaysia. ##

Page 5: Sosialis (Sept Okt 2013)

5 PERJUANGAN RAKYAT Sep-Okt 2013

Penduduk Taman Permata Dengkil

Kembali ke Putrajaya

Lebih kurang 150 orang penduduk Taman Permata Dengkil telah mengunjung kembali Putrajaya pada 21 Ogos yang lalu, iaitu hari ke-72 mereka berkhemah di luar rumah kediaman mereka akibat masalah struktur bangunan yang serius.

Penduduk-penduduk Rumah Pangsa Taman Permata Dengkil telah mencari perlindungan di bawah khemah yang didirikan di luar rumah kediaman mereka pada 11 Jun yang lalu, setelah mendapati bangunan rumah pangsa tersebut tidak selamat lagi untuk duduk di dalam. Para penduduk juga berprotes menuntut supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan segera untuk selesaikan masalah keselamatan rumah kediaman mereka.

Rumah Pangsa Taman Permata Dengkil dibina sebagai penempatan semula untuk lebih kurang 400 keluarga yang tinggal di 4 buah ladang yang terletak di atas tapak pembangunan pusat pentadbiran persekutuan, Putrajaya. 4 ladang ini adalah Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley. Kerajaan pada awalya menjanjikan rumah teres untuk penduduk yang terlibat dan rumah pangsa yang menempatkan mereka ini hanyalah untuk sementara sahaja. Tetapi, setelah 14 tahun berlalu, rumah pangsa yang sepatutnya hanya rumah sementara telah menjadi rumah tetap bekas pekerja 4 buah ladang yang dipindahkan. Apabila bangunan-bangunan megah berdiri di Putrajaya, rumah pangsa Taman Permata yang dibina dalam masa yang singkat telah mengalami masalah struktur yang serius dan juga masalah pengurusan yang teruk. Sekarang ini, rumah pangsa tersebut tidak lagi selamat untuk diduduki.

Ini merupakan kali keempat para penduduk Rumah Pangsa Taman Permata Dengkil mengunjungi Putrajaya dan menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri. Kali terakhir mereka datang sebelum ini adalah pada 13 Jun, iaitu hari ke-3 sejurus berlakunya peristiwa gegaran bangunan dan penduduk berpindah ke dalam khemah.

Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata Dengkil telah mengemukakan 3 tuntutan utama kepada

Pejabat Perdana Menteri:- Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan janjinya

membina rumah teres kos rendah di atas tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor;

- Menetapkan tarikh siap kerja pembinaan rumah;- Memastikan keselamatan kediaman penduduk

semasa rumah gantian masih belum siap.

Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata amat tidak berpuas hati dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas sikap kementerian dalam melengah-lengahkan penyelesaian masalah penduduk. Menurut Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM yang datang bersama penduduk Taman Pertama Dengkil, “Pengarah Kementerian telah memberitahu kami pada 30 Julai bahawa mereka tidak boleh selesaikan masalah ini, kerana mereka hanyalah orang tengah, dan adalah tanggungjawab Pejabat Perdana Menteri untuk selesaikan masalah ini.”

Menurut Dato' Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 7 ogos yang lalu, jikalau Kerajaan Negeri Selangor tidak memperuntukkan tanah, kementerian tersebut tidak akan membina rumah alternatif untuk penduduk Taman Permata Dengkil. Namun,

Kerajaan Seleangor sebenarnya telah menjawab permintaan Kerajaan Persekutuan pada 17 Julai yang lalu, dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memperuntukkan tanah, dengan syarat Kerajaan Persekutuan perlu memastikan bahawa tanah tersebut digunakan untuk membina rumah teres yang akan didiami oleh para penduduk yang terlibat. Kerajaan S e l a n g o r p a d a a w a l n y a h a n y a memperuntukkan tanah seluas 18 ekar, tetapi ditambah lagi sehingga 30 ekar apabila Kerajaan Persekutuan mengatakan bahawa 1 8 e k a r t a n a h t i d a k m e n c u k u p i . Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan keikhlasan untuk

menawarkan tanah, mengapa pula Kementerian Kerajaan Persekutuan berdalih lagi untuk tidak membina rumah?

Mengikut Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri berjanji akan memperuntukkan RM 500,000 untuk kos membaiki bahagian rumah yang rosak untuk sementara, sehinggalah rumah baru siap dibina.

Setiausaha Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, N. Kumaran berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memberi apa-apa jawapan yang memuaskan selepas 100 hari mereka berkhemah di luar rumah, para penduduk Rumah Pangsa Taman Permata akan datang semula ke Putrajaya dan berkhemah di situ sehingga masalah mereka selesai.

Para penduduk Rumah Pangsa Taman Permata Dengkil bertekad untuk meneruskan perjuangan sehingga mereka mendapat satu rumah yang selamat untuk didiami. ##

Perbicaraan kes Aye Cho lawan New Zonic Enterprise di Mahkamah Buruh Ipoh, diteruskan pada 29 Julai yang lalu. Pihak pekerja telah diwakili oleh S. Somahsundram daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala pihak majikan diwakilil oleh Thomas Su, seorang peguam yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Aye Cho, seorang pekerja migran dari Myanmar, telah menfailkan kes aduan ke atas majikannya di Jabatan Tenaga Kerja Ipoh pada awal tahun 2012, tentang masalah kerja lebih masa (OT) yang tidak dibayar, dinafikan cuti tahunan dan pemotongan levi yang tidak sah. Aye Cho bersama dengan 4 orang lagi pekerja Myanmar cuba mengungkitkan isu-isu tersebut kepada perhatian majikan mereka, tetapi dua orang antara mereka telah dibuang kerja serta-merta.

Pada pagi 29 Julai 2013, Chan Lark Sye, majikan yang merupakan defendan dalam kes ini, duduk di dalam ruangan saksi, dan sampai pula giliran wakil plaintif, Soma untuk menanya soalan untuk pemeriksaan balas.

Soma: Berapakah hari cuti tahunan yang diambil oleh Aye Cho pada tahun 2011? (Aye Cho telah mengadu bahawa dia telah dinafikan cuti tahunan sepanjang 4 tahun setengah dia bekerja dengan syarikat percetakan New Zonic Enterprise.)Majikan: 14 hari.

Dalam sesi perbicaraan yang sebelum ini, peguam defendan, Thomas Su telah menyerahkan salinan kad perakam waktu kehadiran pekerja untuk tahun 2011 kepada mahkamah untuk menunjukkan bahawa syarikat defendan telah memberi cuti tahunan kepada Aye Cho. Tarikh untuk 14 hari tersebut telah dinyatakan mengikut 14 ruang kosong dalam salinan kad perakam waktu tersebut. Kad perakam waktu yang asal untuk tahun 2011 telah dikemukakan dalam mahkamah semasa perbicaraan pada 29 Julai.

Soma: (merujuk pada kad perakam waktu yang asal untuk tahun 2011): Mengapa adanya kesan dipadam oleh cecair pemadam (liquid paper) pada tarikh 16 dan 17 April?

Majikan: Saya rasa, pekerja lain telah tersilap menebuk kad ini.Soma: Bagaimana dengan 25 April 2011? Adakah cecair pemadam juga digunakan?Majikan: Ya.Soma: Mengapa?Majikan: Saya rasa sebab yang sama seperti 16 dan 17 April. Soma: Jun 2011, 11 dan 12 Jun. Adakah ia juga dipadam?Majikan: ya.

Soma meneruskan pertanyaan yang sama untuk hari yang lain untuk 14 hari tersebut. 14 hari cuti tahunan yang dikatakan oleh majikan tersebut, nampaknya macam diwujudkan dengan memadamkan tanda perakam waktu dengan cecair pemadam.

Ini satu pembohongan yang begitu jelas. Berani sungguh majikan sebegini mengemukakan bahan bukti yang rosak di mahkamah dengan begitu tenangnya. Tiada rekod tercatat untuk cuti tahunan dan juga bukti-bukti lain untuk menyokong kenyataannya. Dia juga merosakkan kad perakam waktu untuk menunjukkan 2 jam setengah kerja lebihan masa dikurangkan untuk setiap hari bekerja.

Yang menjadi tanda persoalan, apakah peranan peguam majikan, yang juga seorang wakil rakyat yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kepentingan awam, dalam penipuan secara terang dalam mahkamah ini? Bukankah ia bercanggah kepentingan, apabila majikan yang pastinya bukan seorang yang tidak dikenali oleh peguam tersebut, merosakkan bahan bukti untuk menjejaskan keterangan seorang pekerja migran yang berada dalam kedudukan lemah? Bukankah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu patut berdiri di sebelah keadilan ataupun sekurag-kurangnya menjarakkan diri daripada ketidakjujuran dan tindak-tanduk yang menjejaskan keadilan?

Dalam kes Aye Cho, seorang pekerja migran yang terdesak sedang cuba menuntut keadilan selepas dibuang kerja tanpa diduga dan tidak dapat pulang ke kampung halaman dengan tangan kosong untuk berdepan dengan keluarganya yang terdiri daripada 6 orang anak yang masih kecil, isteri dan juga ibu yang berusia tua.

Atas bantuan PSM Buntong, Aye Cho telah membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja pada bulan Mac 2012, untuk menuntut pampasan wang, dan juga aduan di Jabatan Perhubungan

Perusahaan untuk kembali kerja semula. Majikan telah membatalkan permit kerja Aye Cho, menyebabkan pekerja migran tersebut menjadi “pendatang haram” dan terdedah kepada pelbagai risiko akibat daripada itu.

Aduan ini telah mengambil tempoh masa sebanyak 5 bulan untuk didengar dalam mahkamah buruh dan mahkamah perusahaan. Sepanjang tempoh tersebut, status Aye Cho adalah “pendatang haram” bukan disebabkan Aye Cho sengaja melanggar undang-undang, tetapi disebabkan oleh Jabatan Imigresen yang enggan menguruskan permohonannya untuk mendapatkan satu pas yang membenarkan dia berada di negara ini. Pendirian pihak berkuasa adalah pekerja migran yang diberhentikan kerja patut pulang ke negara asalnya dan datang balik pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan. Ini jelas sekali bahawa Jabatan Imigresen tidak mengiktiraf hak untuk menebus kerugian seperti yang termaktub dalam Akta Pekerjaan, dan boleh membatalkannya sesuka hati.

Setelah tarikh perbicaraan ditetapkan, pihak Imigresen mengeluarkan Pas Khas (Special Pass) kepada Aye Cho. Pas Khas ini diberikan dengan bayaran sebanyak RM 100 untuk maksimum 30 hari setiap kali ia dikeluarkan. Pas khas tersebut boleh diperbaharui setiap 3 bulan. Apa yang paling teruk lagi degan Pas Khas ini untuk pekerja migran yang bermasalah seperti Aye Cho, adalah ia melarang pemegangnya bekerja! Pemegang Pas Khas boleh tinggal di dalam negara ini untuk menghadiri perbicaraan mahkamah tetapi dia tidak dibenarkan untuk mencari nafkah! Memang tidak berperikemanusiaan. Pekerja migran yang mempunyai kes perbicaraan ini memerlukan pendapatan untuk menguruskan dirinya, membayar kos perbicaraan dan kos penterjemah. Keadaan sebegini menyebabkan kebanyakan pekerja migran yang dibuang kerja secara tidak adil tiadanya pilihan lain tetapi hanya pulang ke kampung halaman dengan masalahnya belum diselesai.

Undang-undang negara kita berkenaan dengan hak pekerja migran dan hak untuk menuntut ganti rugi masih tersangkut dalam zaman hamba abdi. Semua pekerja migran berkemungkinan menjadi mangsa. Aye Cho telahpun dimangsakan oleh dasar imigresen yang begitu teruk. Dia tidak patut dimangsakan dengan lebih lanjut lagi dengan gangguan bukti yang dibantu oleh seorang wakil rakyat.

(Diterjemah daripada tulisan Rani Rasiah)

Keadilan Yang Dipadamkan: Kisah Pekerja Migran yang Belum Selesai

Page 6: Sosialis (Sept Okt 2013)

6 ANALISA Sep-Okt 2013

Apa itu TPPA?Perkara yang anda perlu tahu tentang TPPA

TPPA adalah singkatan kepada Trans Pacific Partnership Agreement, atau Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik.

Perundingan TPPA telah bermula pada 2008 dengan 5 buah negara iaitu Brunei, Singapura, New Zealand, Chile dan Amerika Syarikat (US). Malaysia telah menyertai perundingan pada tahun 2010 kerana takut ketinggalan. Kini 12 negara termasuk Australia, Peru, Mexico, Canada, Vietnam dan Negara Jepun sudah menyertai rundingan TPPA.

Pusingan rundingan ke-18 telahpun diadakan di Kota Kinabalu pada hujung bulan Julai. Pusingan seterusnya di Brunei pada hujung bulan Ogos. Wujudnya beberapa isu yang US tidak mahu tolak ansur. Pihak perunding kita sekarang telah menyerahkan isu-isu ini ke keputusan pemimpin politik.

Apa Yang Tidak Mengena Dengan TPPA?

PERDAGANGANPerdagangan Barangan – Bahan Makanan

Pihak US mahu memansuhkan tarif ke atas bahan makanan. Pada takat ini Malaysia boleh kenakan tarif (ataupun cukai impot) sebanyak 40% ke atas bahan makanan yang dibawa ke dalam negara. Malaysia memakai kuasa ini untuk memberi perlindungan kepada petani tempatan, pekebun dan penternak kita.

Mitos:Jika tarif terhadap bahan makanan dijadikan kosong, ertinya rakyat Malaysia boleh dapat makanan yang diimpot dengan harga yang lebih murah. Bukan itu satu perkara yang harus dialu-alukan?

Faktanya:

- US memberi subsidi yang besar kepada petaninya. Tiap petani menerima beribu-ribu dollar untuk setiap ekar yang diusahanya. Tujuan asal US adalah untuk mengekalkan daya sara diri dalam makanan (Self-sufficiency in food).

- Oleh kerana pada biasanya dasar ini menghasilkan lebih bahan makanan daripada boleh dimakan di negara US, US perlu mengekspotkan pengeluaran makanan yang berlebihan.

- Oleh kerana subsidi yang besar, petani US boleh menjual produk mereka dengan harga yang murah. Umpamanya beras US boleh dijual di Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada kos kita mengeluarkan beras di sini.

- Kesan-kesan buruk yang akan timbul jika kita mansuhkan cukai 40% dan membiarkan impot beras murah daripada US:

§ 300,000 pesawah padi Malaysia akan menghadapi persaingan yang

teruk dan dipaksa mengurangkan harga jualan beras mereka.

§ Sebahagian besar daripada mereka terpaksa menggulung tikar dan

berhenti menanam padi. Mungkin mereka akan tukar ke tanaman lain,

ataupun jual tanah mereka untuk projek perumahan dan padang golf.

§ Taraf saradiri Malaysia terhadap beras adalah 70% pada takat ini. Jika

impot US dibenarkan tanpa cukai impot, mungkin

taraf sara diri Malaysia akan turun ke 40%.

§ Jika berlakunya kekurangan beras di pasaran

dunia seperti berlaku pada 2007, kita akan

menghadapi kesukaran mendapatkan beras yang

mencukupi untuk rakyat kita.

Renungan bersama:

Bukannya lebih bijak untuk membayar sedikit lebih untuk beras yang kita beli supaya memupuk dan menggalak pesawah tempatan?

Adalah lebih penting kita punyai beras sendiri daripada beras diimpot. Ini dipanggil jaminan makanan (food security).

Perdagangan Barangan – Bukan Makanan

Pihak US mahu memansuhkan tarif terhadap semua barangan yang dimasukkan ke Malaysia.

Mitos: Jika tarif terhadap semua barangan dijadikan kosong, ertinya rakyat Malaysia boleh dapat beli dengan harga yang lebih murah. Bukan itu satu perkara yang harus dialu-alukan?

Fakta:§ Semua negara yang telah membangun atau negara maju telah memakai

tarif tinggi untuk memberi perlindungan kepada industri baru di negara

mereka sendiri. Jepun dan Korea juga telah menggunapakai dasar ini

untuk memberi peluang kepada industri mereka berkembang. Negara

Britain telah mengharamkan industri tekstil di India pada abad ke-18 dan

ke-19 kerana tidak mahu persaingan untuk industri tekstil di Britain!

§ Kita di Malaysia disekat daripada menaikkan gaji minima ke peringkat

yang lebih tinggi kerana kerajaan khuatir barangan buatan daripada

negara dengan gaji yang lebih murah akan membanjiri pasaran dalaman

Malaysia dan menjadikan syarikat tempatan muflis. Jadi, walaupun kita

dapat barangan yang lebih murah, kadar pengangguran akan meningkat.

§ Pada takat ini, kerajaan kita boleh mengenakan cukai impot ke atas

barangan untuk memberi perlindungan untuk kilang tempatan supaya

dapat melaksanakan dasar gaji minima yang lebih munasabah. Tetapi

kaedah ini akan menjadi lebih rumit jikalau kerajaan tandatangani TPPA

kerana selepas itu syarikat tempatan tidak boleh lagi bersaing dengan

syarikat antarabangsa, pelaksanaan gaji minima akan dilengah-

lengahkan lagi.

Situasi di mana pembekalan barangan dikendalikan oleh 15 kedai runcit kecil

Situasi di mana Syarikat Walmart telah menakluki pasaran

Malaysia, pembekalan barang kini diambil alih Walmart dan

sekaligus juga telah menghapuskan 15 kedai runcit itu

- Pemilik kedai runcit berpendapatan sederhana

- Untung yang dinikmati oleh pemilik kecil akan menjana ekonomi tempatan kerana pemilik ini duduk di Bandar yang sama. Ini buka pasaran untuk peniaga kecil lain

- Oleh kerana ramai pembeli (15), pembekal barangan seperti buah-buahan boleh dapat harga yang lebih tinggi.

- Bekas pemilik menjadi muflis ataupun pekerja dengan pendapatan yang jauh lebih rendah.

- Untung Walmart akan dihantar balik ke ibu pejabatnya di luar negeri. Pasaran Malaysia akan mengecut jika fenomena ini berlaku di banyak bandar

- Oleh kerana hanya satu pembeli (Monopoli), pembekal barangan terpaksa menerima harga yang ditetapkan oleh Walmart!

Perdagangan – PerkhidmatanUS mahu kebebasan yang penuh di semua sektor perkhidmatan – bank, insurans, perakaunan, perubatan, guaman, kedai runcit dan sebagainya.

Fakta

Pada takat ini Malaysia ada lebih daripada 600,000 perniagaan terdaftar. (Dan banyak lagi yang kecil dan tidak berdaftar). Lebih daripada 90% daripada perniagaan berdaftar adalah perniagaan kecil yang mengupah kurang daripada 10 orang pekerja.

Kesan positif daripada kemasukan Walmart ke Malaysia- Harga beberapa barangan runcit dapat dikurangkan.- Kita akan dapat membeli barang dalam suasana yang lebih canggih.

Kesan negatif- ramai peniaga kecil akan terpaksa menggulung tikar- ruang membuka busines untuk meningkatkan pendapatan keluarga akan jadi lebih sempit- pusingan wang di bandar-bandar kecil akan kecut

Bukankah lebih bijak untuk membayar sedikit lebih untuk barangan yang kita beli supaya memupuk dan memperluaskan peluang buat bisnes untuk peniaga-peniaga kecil yang lain?

(sambung di m/s 7)

Page 7: Sosialis (Sept Okt 2013)

7 ANALISA Sep-Okt 2013

(sambung dari m/s 6)

HAK PELABURPihak US telah membawa beberapa konsep baru ke TPPA – konsep-konsep yang t e l a h d i t o l a k d a l a m perundingan WTO di mana lebih ramai negara telah mengambil bahagian. Ramai negara membangun telah merasa bahawa apa yang diminta oleh Amerika dan negara maju Eropah akan menjejaskan pembangunan industri dan ekonomi negara yang sedang membangun. Oleh itu, Amerika telah menukar strateginya untuk melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebeas dengan negara-negara dunia ketiga secara satu demi satu ataupun secara berkelompok kecil.

Antara konsep yang dimasukkan ke dalam TPPA adalah: - 1. Menghapuskan “diskriminasi” terhadap syarikat asing. Ini digelar “Layanan Nasional” (National Treatment) dalam istilah TPPA. Ertinya, semua syarikat asing mesti diberi layanan yang setaraf dengan syarikat tempatan. Jika syarikat Amerika Syarikat “didiskriminasikan” daripada pemberian kontrak umpamanya, syarikat itu boleh mendakwa kerajaan kita di Tribunal Khas Antarabangsa.

Jadi, mana-mana sektor yang dibuka kepada syarikat Malaysia juga harus dibuka untuk syarikat US juga. Jika pembekalan air boleh diswastakan, US boleh memohon supaya US juga diberi peluang untuk mengemukakan tender. Dan jika tender syarikat US bagus tetapi kontrak tidak diberinya, syarikat US itu boleh membawa kerajaan negera yang berkenaan ke Mahkamah.

Satu contoh lagi, oleh kerana hospital swasta dibenarkan, perjanjian TPPA akan membuka ruang untuk mana-mana syarikat kesihatan di US datang ke sini dan membuka hospital swasta. Jika kita menghalangnya atas alasan itu adalah Syarkat Asing, mampuslah kita – nerara kita akan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa!

2. Hak sebelum melabur ataupun “Pre-investment rights”. Ertinya, syarikat di US yang belum lagi melabur di Malaysia tetapi ingin melabur mempunyai segala hak yang melindung pelabur. Umpamanya, supermarket terbesar dunia, Walmart, mahu buka satu rantai hypermarket di bandar-bandar di Malaysia, tetapi kerajaan Malaysia tidak membenarkannya, ini boleh dijadikan kes “diskriminasi” terhadap syarikat Walmart kerana ia tidak diberi layanan “National Treatment”.

3. Perlindungan daripada dirampas harta ataupun modal yang dilabur (“Expropriation”).Pada amnya hak pelabur asing dapat pampasan sekiranya pelaburannya dirampas melalui pemiliknegaraan asetnya adalah satu yang kita boleh terima. Masalahnya adalah definasi “expropriation” ataupun perampasan dalam TPPA menyebabkan amat sukar untuk memiliknegarakan sesuatu.

Apabila kerajaan Uruguay mengenakan syarat mempamirkan gambar kanser pada kotak rokok, Philip Moris, satu syarikat antarabangsa yang besar telah mengadu bahawa ini merupakan “perampasan” kerajaan, kerana gambar itu mengurangkan penjualan rokok dan dengan itu untungnya turut merosot. Philip Moris telah membawa kerajaan Uruguay ke Mahkamah Antarabangsa untuk menuntut pampasan berjumlah berjuta-juta ringgit Amerika!

4. Hak membela diri (ISDS – Investor State Dispute Settlement)Amerika Syarikat mahu wujudkan hak untuk pelabur mendakwa kerajaan negara lain di mahkamah antarabangsa. Pada masa ini mana-mana syarikat boleh membawa kerajaan kita ke mahkamah dalam negeri jika syarikat itu terasa kerajaan tidak melayannya secara yang adil. Amerika Syarikat mahu memintas proses perundangan/kehakiman dalaman/tempatan dan wujudkan ruang untuk terus ke Mahkamah Antarabangsa tanpa perlunya memfailkan kes di Mahkamah di negara berkenaan.

5. Hak ditimbang untuk tender kerajaan (Government Procurement)Amerika Syarikat mahu segala kontrak kerajaan yang lebih besar daripada 500 juta dibuka untuk syarikat asing. Tetapi untuk sektor bukan pembinaan, angkanya adalah dalam lingkungan RM 500,000. Walaupun kita langsung tidak setuju dengan cara di mana kontrak kerajaan diberi tanpa tender secara terbuka dan telus kepada kroni dengan sebut harga yang begitu tinggi, perlunya juga kita sedar bahawa kuasa kerajaan untuk memberi kontrak pada kumpulan atau lapisan masyarakat yang ketinggalan adalah satu alat sosio-ekonomi yang perlu untuk kebanyakan negara yang membangun.

Katakan kerajaan mahu membangunkan ekonomi kaum Bidayuh dengan memberi kontrak pada satu koperasi Bidayuh tempatan dengan terma yang longgar, kita tidak mahu syarikat US mendakwa ini merupakan diskriminasi terhadap syarikat US yang inginkan kontrak yang sama.

6. Tidak dibuli oleh Syarikat Milik Negara (State Owned Enterprise, SOE) ataupun Syarikat yang berhubungan rapat dengan kerajaan. Dalam istilah TPPA, mana-mana syarikat yang ada lebih daripada 5% modalnya dipegang oleh kerajaan, adalah disifatkan sebagai “Syarikat Milik Negara” (State Owned Enterprise). 5% adalah satu kadar yang cukup tidak masuk akal tetapi mengikut TPPA, penglibatan kerajaan dalam syarikat seperti ini memberi kelebihan (advantage) pada syarikat ini, dan ini dianggap sebagai satu “ketidakadilan” terhadap syarikat US dan melanggar hak “Layanan Nasional”. TPPA ingin mengharamkan kaedah ini.

Fakta – hampir semua negara selain Amerika Syarikat dan Britain telah memakai kaedah “Syarikat Milik Negara” (State Owned Enterprise) untuk membina kebolehan teknologi dan industri tempatan.

7. Tiada sekatan pada pengeluaran modal. Negara Malaysia telah memakai kaedah “capital control” untuk menangani Krisis Kewangan pada tahun 1998. Amerika Syarikat mahu memansuhkan kuasa itu. Di bawah TPPA, jika mana-mana syarikat asing ataupun tempatan mahu ambil modal dan cabut lari, syarikat itu mesti diberi ruang sepenuh-penuhnya untuk buat begitu, walaupun tindakan itu menjejaskan ekonomi negara Malaysia dan mengakibatkan kesengsaraan pada rakyatnya.

HAK CIPTA INTELEKIni adalah antara isu yang sangat ditekankan oleh US. Mereka mahu memperketatkan perlindungan untuk Hak Cipta Intelek. Antaranya:-

§ Memanjangkan tempoh paten untuk semua ciptaan barangan

Memanjangkan hak milik cipta (copyright) untuk bahan bacaan daripada

50 tahun Sekarang ke 120 tahun

§ Memperluaskan skop undang-undang copyright sehingga termasuk

kegunaan peribadi. Sekarang, hanya jika seorang membatasi copyright

dan mencetak bahan untuk tujuan komersial, baru ia didakwa. Dengan

adanya TPPA, fotokopi bahan untuk kegunaan sendiri pun akan

dijadikan jenayah komersial!

Alasan US: Hanya jika pencipta dapat menikmati untung proses penciptaan, baru dia ada motivasi untuk berkembang

Fakta§ Konsep Hak Cipta Intelek adalah suatu yang hanya diperkenalkan 200

tahun dahulu sahaja. Sebelum itu tiada konsep sebegini dalam tamadun

manusia.

§ Tiada paten semasa manusia dapat pelajari bagaimana menternak

binatang, atau tanam pelbagai jenis bahan makanan, atau mencipta roda,

konsep angka dan banyak lagi

§ Mencari jalan yang lebih efisyen adalah sesuatu yang manusia sentiasa

buat. Itu adalah satu sifat manusia. Ianya bukan diwujudkan oleh konsep

paten!

Kesan Memperketatkan Hak Cipta Intelek terhadap Harga UbatUS mahu

§ Tempoh paten untuk ubat dipanjangkan ke 30 tahun. Sekarang hanya 20

tahun.

§ Hak mengeluarkan paten baru untuk ubat yang sama jika satu lagi cara

memakai ubat itu didapatai. (Katakan ubat X telah dapat paten selama 30

tahun kerana dapat rawat penyakit “A”. Jika dalam tahun ke 29 paten

tersebut, pencipta ubat “X” dapat buktikan ubat itu juga boleh dipakai untuk

merawat penyakit “B” dia boleh memohon paten kedua yang akan

kuatkuasa 30 tahun lagi daripada tarikh permohonan itu.)

§ Sekatan terhadap informasi yang disediakan oleh pencipta asal. Katakan

seorang pembekal ubat generik ingin mendaftar ubat di Malaysia, kerajaan

kita akan mintanya memberi bukti ubat itu berkesan, ubat itu tiada kesan

sampingan yang teruk, selamat untuk diguna dan sebagainya. US mahu

TPPA menyekat pembekal ubat generik daripada memakai informasi yang

dikeluarkan oleh pencipta asal ubat itu. Mengikut kata US, informasi itu

adalah hak cipta pencipta asal dan pembekal generik harus berunding

dengannya dan membayar royalti jika mahu pakai informasi itu! Istilah yang

dipakai US untuk perkara ini adalah “data exclusivity”. Oleh yang demikian,

harga ubat generik akan naik.

§ Sekatan terhadap “compulsory

licensing”. Ini adalah satu kaedah

yang dibenarkan sekarang yang

membolehkan sesebuah negara

membuat ubat yang masih dalam

tempoh paten sekiranya ada

situasi kecemasan (sepert i

wabak) yang memerlukan ubat

tersebut. US mahu menyekat

ruang ini.

Oleh kerana semua ini sudah tentu harga ubat akan naik jika TPPA ditandatangani. Harga buku-buku teks juga akan naik. Kos pendidikan akan jadi lebih tinggi.

ADAKAH PERLU KITA MENANDATANGANI TPPA YANG BEGITU BERAT SEBELAH?Pada amnya, di bawah TPPA, pemodal dan kapitalis besar adalah Maharaja di dunia ini. Hak mereka adalah yang terpenting sekali. Mereka harus diberi ruang untuk masuk ke mana-mana satu negara, apa-apa sahaja bidang, dan tidak boleh disekat untuk apa jua sebab sama ada kesihatan rakyat tempatan ataupun kepentingan alam sekitar! Pemodal besar mesti ada penuh hak untuk membawa wang nya keluar walaupun tindakan itu akan menyebabkan kegawatan ekonomi yang teruk.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu tolak TPPA secara habis-habisan. Kerajaan Malaysia perlu hentikan rundingan TPPA dan tidak menandatangani perjanjian yang amat tidak adil ini. ##

Page 8: Sosialis (Sept Okt 2013)

8 ISU SEMASA Sep-Okt 2013

Cukai yang Selamatkan Golongan Kaya TETAPI Memeras Rakyat MiskinGST:

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Mohd Irwan Siregar berkata pada 29 Ogos yang lalu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di seluruh negara adalah satu kemestian bukannya satu pilihan. Menurutnya lagi, objektif utama GST adalah menjaga negara kita dengan baik. Kenyataan sebegini memang karut.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, untuk membidas hujah Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, “Matlamat utama GST adalah tunduk pada kuasa kapitalis neoliberal yang ingin mengenakan cukai ke atas rakyat miskin tetapi mengecualikan golongan yang kaya.”

Menurut Arutchelvan, “isu yang sebenarnya adalah GST merupakan satu sistem cukai yang regresif, di mana ia akan membebankan rakyat miskin, berbeza dengan sistem cukai progresif yang mengenakan cukai ke atas mereka yang kaya. Golongan kapitalis dan korporat lebih suka pada sistem pencukaian regresif. Misi utama GST adalah mengalihkan beban cukai daripada mereka yang kaya kepada rakyat biasa yang berpendapatan rendah.”

Di Malaysia, kadar cukai syarikat telah berkurang daripada 40% (daripada keuntungan syarikat) pada tahun 1988 ke tahap 26% sekarang ini. Dengan pelaksanaan GST ini, adalah dijangkakan cukai syarikat yang dikenakan ke atas golongan korporat akan menurun lagi. Yang kaya selamat, yang miskin dimangsakan. Inilah tujuan sebenar GST.

Negara Malaysia belum lagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Pendidikan dan kesihatan semakin hari semakin mahal untuk

dinikmati. Kerajaan yang pro-kapitalis langsung tidak berhasrat untuk menjadikan pendidikan dan kesihatan percuma untuk semua rakyat. Pelaksanaan gaji minima baru-baru ini hanya bagaikan sandiwara, kerana kerajaan tiada niat untuk menguatkuasa dasar ini sebaliknya memberi segala kelonggaran kepada majikan-majikan yang tidak mahu melaksanakannya.

“GST akan menyebabkan inflasi yang serius dan pasti akan mengakibatkan harga barangan melambung tinggi, walaupun adanya sebahagian barangan akan dikecualikan cukai. Ini adalah penga laman semua negara yang te lah mengamalkan cukai yang sama seperti GST,” Arutchelvan bersambung.

“Adalah amat mengecewakan kita bahawa kerajaan BN telah tunduk pada tuntutan rejim neo-liberal, yang sentiasa mahu mengalihkan beban cukai ke atas rakyat yang miskin. ”

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah membantah cukai GST sejak awal lagi apabila cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini. PSM juga menyeru pada kerajaan supaya mengekalkan atau meningkatkan lagi cukai syarikat.

Kerajaan BN tidak berani melaksanakan cukai GST sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dengan sebab yang amat jelas iaitu tindakan sebegini pastinya akan menimbulkan kemarahan rakyat dan sekali gus menjejaskan undi untuk parti yang memerintah. Sekarang ini pilihanraya sudahpun selesai, dan tiba masanya untuk BN mengutip kembali wang yang telah dihabiskan untuk membeli undi, misalnya wang yang diguna dalam BR1M. Salah satu cubaan untuk mengutip balik wang yang dihabiskan untuk

pilihanraya adalah melalui bayaran p in jaman PTPTN, te tap i te lah menghadapi tentangan yang hebat daripada pelbagai pihak. Sekarang ini, kerajaan BN sedang tumpukan perhatiannya untuk meneruskan GST.

PSM telah menyeru pada kerajaan pimpinan Najib untuk menganjurkan satu referendum, untuk mengumpul pandangan dan mencapai keputusan sama ada rakyat menerima satu cukai yang memaksa semua orang bayar. Referendum merupakan satu cara yang paling berkesan untuk mengetahui sama ada rakyat setuju atau tidak. Lebih-lebih lagi, kerajaan pimpinan Najib sekarang merupakan sebuah kerajaan minoriti kerana mendapat jumlah undi yang kurang daripada separuh dalam PRU-13. Oleh itu, kerajaan pimpinan Najib memang tiada m a n d a t y a n g c u k u p u n t u k melaksanakan cukai yang mempunyai kesan mendalam.

Politik dan dasar ekonomi BN telahpun bankrap, ia hanya akan terus menari mengikut rentak kapitalis global walaupun dasar ekonomi neo-liberal telah gagal di negara maju. Cukai GST merupakan serangan neo-liberal ke atas 90% rakyat tetapi menyelamatkan segelintir kecil golongan kapitalis.

T i b a l a h m a s a n y a u n t u k k i t a memutuskan hubungan kita dengan cara penyelesaian kapitalis global. Kapitalis global telah gagal untuk menyelesaikan masalah sedunia. Kapitalisme global hari ini hanya akan terus mewujudkan lebih banyak lagi peperangan, kemusnahan alam sekitar, dan melebarkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

Perjuangan menghentikan serangan neo-liberal seperti TPPA dan GST, merupakan perjuangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Ini merupakan pertembungan antara golongan kaya yang tamakkan kekuasaan dengan rakyat jelata. ##

Page 9: Sosialis (Sept Okt 2013)

9 MERDEKA Sep-Okt 2013

Bukan Kerana Bisuoleh Azmin Aziz30 ogos 2013

Merdeka...merdeka...merdeka...

Merdeka kah aku bila fikiran aku dijajah dan diracun tanpa belas..Merdekakah aku bila melihat ramai bangsaku tertindas...Merdekakah aku bila terpaksa melihat bangsaku tunduk dan cium tangan waris penjajahMerdekakah aku bila melihat sistem yang menghancurkan anak pewaris bangsa aku...Perlukah aku kabarkan pada anakku bahawa warisan negara ini...tidak milik kita sayang...

Bukan penjajah bersenjata meracuni fikiran anak bangsa...Tetapi media arus perdana yang tak henti-henti menebarkan racun Menusuk ke minda...membawa ke hati...menjadi darah permusuhan.Merdekakah kita bila terpaksa berperang dan merebut serta meragut sesama sendiri....Bila terpaksa bermusuh sesama sendiri... kerana merebut saki baki yang ditinggalkan penjajah.Ini perlu dihentikan..

Bukan penjajah berseluar pendek dan berbaju putih menindas bangsaku...Penjaja ini berbaju melayu...bersongkok....bersampin...Dan kadang-kadang dapat dilihat sedang menghunus keris...Entah apa yang mahu di amuknya...Mungkin kuasa dan kekayaan sedang dipertahankan...Maka keris dihunus...seakan mengugut bangsa sendiri...Ini negara dan hasilnya milik kami... Milik kami yang memakai tali leher...Sepatu berkilat...kereta mewah...Dengan kadang-kadang dapat dilihat terselit di tali leher dengan logo 1

Bukan ibu yang dicium tangannya...bukan ayah yang dipeluk erat..Bukan Tuhan yang ditakutinya...Tapi...binatang beraksesori mewah...Yang duduk di kerusi empuk...berdiri di pentas agung...sambil kadang-kadang terhunus keris ditangannya...Kamu...kamu mesti tunduk dan patuh serta taat setia pada kami yang kadang-kadang memberi kamu kertas berkepala agung..ini bukan rasuah...Cuma ini politik wang yang di beri pada kamu untuk tutup mulut,diam dan setia pada kami.dan... gantinya...akan kami sedut lagi segala yang ada di bumi bertuah ini untuk santapan anak bini..

Selamanya....melihat sistem yang menindas dan menghancurkan ini...dengan kepala agung menjadi umpan...maka naikkanlah bendera di teratakmu yang hampir runtuh...Pasanglah di pucuk atapmu yang bocor.ikutlah kami dengan menaiki motosikal atau kereta proton saga..nescaya kamu akan dihadiahkan beberapa keping kepala agong lagi...

Sumpah dan Demi Allah...nasib anakku bukan berakhir begini...nasibnya...bukan kerana aku bisu...nasibnya berlandaskan perjuangan aku...segalanya untuk aku pastikan...bahawa...sebelum aku pejam mata...tiap inci bumi ini harus merdeka dari tangan penjajah yang membolot semua kekayaan....milik adik....milik anak..milik ayah...milik ibu..milik kami semua.Sumpah dan Demi Allah...nasib anakku...bukan kerana aku bisu...

MEWAJA CECITAA. SAMAD SAID 17 Ogos 2013(Kepada teteman Malam PSM)

Kita tidak lagi di sepi rimba, di senyap tasik,tak juga gementar jika saja ingin diherdik.Kita makin damai sekhusyuknya di khutubkhanah,malah lebih ranum tunjuk rasa di jalan raya.Kita tetap setia akan perjuangan tulin:Tindakan yang waras oleh rakyat sejujur batin—tidak lagi gaman, malahan bertambah lebih yakin.

Hanya usia terus mematangi azam kita,dan azam yang luhur nyata tidak sedia tua.Kita terus gagah bangkit dengan marak semangattanpa luntur cecita, malahan berganda hangat.Kita memang merindui tanah air nan syahdu,tak bakal rela hajat rakyat cuba diseteru—murbawan tetap sopan, cekal dan tegas di situ.

Memangnya kita tidak di tasik atau di rimba,kita masih dalam kembara menuju cecita.Tiap hentian kita teliti semula petaagar tiada yang carik-borek di mana-mana.Kita ingin sesama memetik buah merdeka,juga terusan menyeburi pepohon yang ada,memeliharanya sekasih mungkin sentiasa.

(nota pengarang: Sajak ini ditulis khas oleh Pak Samad untuk Malam Salam Perjuangan anjuran PSM tahun ini.)

Perlembagaan Rakyat 1947

Negara kita baru menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Eloknya kita memperingati perjuangan rakyat ke arah tercapainya pembebasan Malaya pada t a h u n 1 9 5 7 .

Antara babak sejarah yang digelapkan dari pense ja rahan rasm i pe r j uangan k e m e r d e k a a n i a l a h p e r j u a n g a n "Perlembagaan Rakyat".

"Perlembagaan Rakyat" telah disusun oleh wakil-wakil dalam gabungan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All Malaya Council of Joint Action) antara bulan Mei hingga Ogos 1947 dan diluluskan dalam sebuah persidangan delegasi-delegasi PUTERA dan AMCJA pada 4-7 Julai 1947 selepas mengambil kira pendapat dan pandangan rakyat pelbagai kaum yang bersatu di dalam badan-badan yang bergabung di bawah P U T E R A - A M C J A .

PUTERA-AMCJA merupakan platform p o l i t i k p e r t a m a y a n g b e r j a y a menyatupadukan rakyat berbilang kaum dalam sebuah barisan, beberapa tahun sebelum munculnya gabungan UMNO-MCA-MIC.

“Perlembagaan Rakyat" ini telah digubal sebagai alternatif kepada "Perlembagaan F e d e r a t i o n " y a n g d i s u s u n d a n dicadangkan oleh Kerajaan Kolonial British sebagai perlembagaan baru Federation of Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).

Pada 20 Oktober 1947 satu protes mogok Hartal besar-besaran telah dilancarkan di seluruh Malaya dan Singapura sebagai tanda bantahan t e r h a d a p " P e r l e m b a g a a n Federat ion" dan menyokong "Perlembagaan Rakyat".

Antara perkara pokok yang diusulkan dalam Perlembagaan Rakyat ini ialah semua individu yang lahir di Malaya dan Singapura tanpa

mengira kaum secara automatik mendapat hak kewarganegaraan dan kewarganegaraan ini adalah satu "bangsa kebangsaan" dan bangsa ini akan dikenali sebagai "Melayu".

Ini bermaksud semua warganegara Malaya dan Singapura tanpa mengira latar-belakang etnik akan menjadi "bangsa Melayu". Telah ditekankan bahawa terma "Melayu" tidak mengandungi implikasi agama.

Dilaporkan bahawa usul ini telah diterima dan diluluskan secara sebulat suara oleh wakil-wakil pertubuhan dari pelbagai kaum yang bergabung di bawah PUTERA-AMCJA:

1. Mr. Ishak Haji Mohammad (Pengerusi PUTERA)2. Mr. Tan Cheng Lock (Pengerusi AMCJA)3. Dr. Burhanuddin (Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya)4. Mr. John Thivy & Mr. S. Ratnam (wakil Malayan Indian Congress)5. Mr. Samsuddin Salleh (wakil Barisan Tani Melayu)6. Mr. John Eber & Mr. Lim Kean Chye (wakil Malayan Democratic Union)7. Mr. Taha Kalu (wakil 6 persatuan Melayu di Singapura)8. Mr. Low Wah (wakil MPAJA Ex-Service Comrades' Association)9. Mr. Ahmad Boestamam (Ketua Angkatan P e m u d a I n s a f )10. Mr. Lim Yew Swee (wakil Malayan New Democratic Youth League)11. Mr. Cheng Loo (General Secretary Pan-Malayan Federation of Trade Unions)

Sumber: Akhbar The Straits Times, 9 Julai 1947

Page 10: Sosialis (Sept Okt 2013)

10 ANTARABANGSA Sep-Okt 2013

Mesir: Revolusi Diancam

Pihak tentera telah bertindak ganas dan kejam ke atas penyokong Mohamed Mursi yang melakukan protes duduk bantah dan berkhemah di Masjid Rabia Al-Adawiya dan Dataran Al-Nahda, pada 13 Ogos yang lalu. Pertembungan antara pasukan keselamatan dengan penyokong Mursi berlarutan dan menyebabkan ratusan orang telah mati

terbunuh dalam peristiwa tragedi terbaru ini. Presiden kerajaan sementara Mesir, Adly Mansour, telah mengumumkan darurat dan pemimpin-pemimpin kumpulan Ikhwanul Muslimun (Muslim Brotherhood) telah ditangkap atau diburu.

Kezaliman pihak tentera dalam menangani protes para penyokong Mursi telah mengundang kritikan hebat di kalangan masyarakat antarabangsa. Timbalan Presiden Sementara Mesir yang dilantik selepas Mursi dilucutkan jawatan, Mohamed ElBaradei, berasa serba salah dengan tindak tanduk pihak tentera sehingga meletak jawatannya.

Tindakan ganas pihak tentera Mesir bukan sahaja mensasarkan kumpulan Ikhawanul Muslimun, tetapi merupakan agenda elit pemerintah untuk menghancurkan gerakan perjuangan revolusi di Mesir.

Pihak Tentera Mesir: Ancaman Kepada Demokrasi

Pihak tentera Mesir amat berkuasa sejak dulu lagi. Pihak tentera Mesir amat rapat dengan Israel semasa zaman Mubarak sehinggalah sekarang. Pihak tentera Mesir mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah wang sebanyak USD 1.3 bilion setiap tahun. Bantuan daripada AS kepada Mesir tidak pernah berhenti sejak Perjanjian Kem David ditandatangani pada tahun 1978, menjadikan Mesir sekutu penting AS di rantau Timur Tengah selain Israel dan Arab Saudi. Mesir merupakan negara penerima bantuan AS yang kedua besar selepas Israel. Oleh itu, pihak tentera Mesir telah menjadi penjaga kepada kepentingan elit pemerintah Mesir, Israel dan AS di rantau Timur Tengah sejak tahun 1979.

Pada tahun 2011, apabila kebangkitan rakyat dunia Arab yang digelar Musim Bunga Arab (Arab Spring) tercetus, Mesir telah menjadi perhatian sedunia. Gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang hebat berjaya menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak dalam tempoh masa 18 hari. Walaupun gelombang Musim Bunga Arab bermulanya di Tunisia, tetapi Mesir yang memainkan peranan penting yang menentukan gelombang kebangkitan rakyat Arab ini adalah suatu peringkat yang penting dalam sejarah dunia.

Apabila gelombang kebangkitan rakyat Mesir menjadi begitu hebat, pihak tentera Mesir terpaksa campurtangan dan memaksa Mubarak undur daripada jawatan Presidennya pada 11 Februari 2011. Kuasa pemerintahan Mesir terletak dalam tangan pihak tentera melalui Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) selepas Revolusi 2011 untuk lebih setahun sehingga pilihanraya parlimen dan presiden diadakan.

Mohamed Mursi, seorang pemimpin Ikhawanul Muslimun, telah menang dalam pilihanraya presiden pada bulan Jun 2012, menewaskan pencabarnya yang merupakan kroni Mubarak, Ahmed Shafik, dalam pengundian pusingan kedua.

Namun, pentadbiran Mursi menghadapi pelbagai masalah. Walaupun Mursi berjaya menggantikan ketua tentera Mohamed Hussein Tantawi dengan Abdel Fattah el-Sisi, pentadbirannya masih membenarkan pihak tentera memegang kuasa poli t ik dan ekonomi yang besar. Yang menyebabkan ketidakpuashatian yang hebat di kalangan rakyat, adalah dasar sosio-ekonomi Mursi yang masih berlandaskan cara neo-liberal, tiada bezanya dengan zaman Mubarak. Ini telah menyebabkan masalah kemiskinan, ketidakadilan sosial dan pemerasan ke atas rakyat biasa berlarutan. Usaha Mursi melulu untuk membawa agenda politik keagamaannya juga tidak disenangi oleh ramai rakyat Mesir. Protes besar-besaran berlaku pada November 2012 apabila Mursi cuba memberikan kuasa yang lebih kepada dirinya sendiri.

Satu gerakan massa yang dipanggil Tamarod telah ditubuhkan pada bulan April tahun ini, bertujuan untuk mengumpul tandatangan orang ramai dan mendesak supaya Mursi letak jawatan. Mereka menuntut pilihanraya awal. Tamarod telah berjaya mengumpul sebanyak 22 juta tandatangan pada 30 Jun, lebih banyak daripada 13 juta undi yang diperoleh oleh Mursi dalam pilihanraya presiden tahun 2012.

Protes besar-besaran menentang Mursi tercetus pada 30 Jun yang lalu, bersempena genapnya satu tahun Mursi angkat sumpah menjadi Presiden. Jutaan rakyat Mesir turun berprotes. Dengan menyedari bahawa kedudukan Mursi yang semakin tergugat dan juga perlunya usaha membendung gerakan rakyat daripada terus menular, pihak tentera telah masuk campur dan akhirnya melucutkan jawatan Mursi. Keadaan ini adalah satu revolusi telah diculik oleh pihak tentera melalui rampasan kuasa.

Mursi dan Tamarod

Selepas pihak tentera merampas kuasa, Ketua Hakim Mahkamah Agung, Adly Mansour, telah dilantik sebagai Presiden sementara, manakala seorang pakar ekonomi liberal, Hazem Al Beblawi, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Penyokong Mursi yang membantah rampasan kuasa melakukan aksi protes tetapi dikejami oleh pihak tentera. Pertembungan berdarah telah berlaku dan ramai orang terkorban. Pemimpin-pemimpin Ikhawanul Muslimun ditahan dan pertempuran di jalanan tercetus di banyak tempat. Golongan Kristian Koptik juga menjadi mangsa serangan ganas. Sememangnya pertumpahan darah dan ketegangan masyarakat hanya menguntungkan pihak tentera yang menguasai jentera pemerintah ketika ini. Ini akan membantutkan proses demokrasi dan revolusi di Mesir.

Revolusi Mesir dan juga di Dunia Arab, adalah perjuangan rakyat Arab untuk menentukan nasib mereka sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak luar. Matlamat perjuangan rakyat biasa adalah untuk kehidupan yang lebih baik, hidup secara bermaruah, demokrasi, dan keadilan sosial.

Krisis politik di Mesir tidak mungkin akan selesai dengan cara kekerasan tentera. Krisis ini hanya boleh selesai dengan cara politik yang berlunaskan prinsip demokrasi. Tiada jalan pintas untuk mencapai demokrasi dan keadilan sosial, rakyat harus diberikan kuasa politik dan menggunakannya secara demokratik. Hanyalah kuasa rakyat yang sedar dapat membebaskan diri daripada belenggu penguasaan elit pemerintah.

Proses Demokrasi Terbantut

Page 11: Sosialis (Sept Okt 2013)

11 SUDUT SEJARAH / KONGRES Sep-Okt 2013

USSR dalam Sejarah Abad Ke-20

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) telah dilahirkan dalam revolusi yang diterajui oleh Parti Bolshevik di bawah kepimpinan Vladimir Lenin pada bulan Oktober 1917. Pada bulan Mac tahun itu, satu gabungan yang terdiri daripada beberapa kumpulan termasuk pihak liberal dan borjuis telah menggulingkan pemerintahanTsar Russia Nicholas II, dan menubuhkan Kerajaan Provisional.

Parti Bolshevik yang merupakan salah satu komponen dalam gabungan tersebut telah terus memobilisasikan rakyat melalui kempen menghentikan peperangan dengan negara Jerman kerana majoriti yang terbunuh dalam peperangan tersebut adalah orang biasa dan orang miskin. “Perang ini adalah persaingan antara kapitalis besar untuk menjajah Asia dan Afrika,” ujar Parti Bolsheivik. “Mengapakah kita mati katak supaya kaum kapitalis dapat melipatgandakan untung mereka? Pendamaian sekarang.”

Ramai pekerja, petani dan juga askar menerima analisa Parti Bolsheivik dan mereka menyokong slogan “kuasa mutlak kepada soviet-soviet”. (Soviet adalah gabungan kesatuan-kesatuan pekerja dan penduduk di sesuatu kawasan.) Pada 7 November 1917, kerajaan komunis yang pertama di dunia dilahirkan apabila Kabinet Kerajaan Provisional yang berada di Istana Musim Sejuk Petrograd ditahan.

Dalam beberapa tahun yang berikutan, semua wilayah yang dulu dijajahi oleh negara Russia sewaktu zaman Tsar, telah digabungkan di bawah satu persekutuan yang dinamakan USSR – Kesatuan Republic Sosialis Soviet (Union of Soviet Socialist Republics), dan terdiri daripada negara-negara seperti Armenia, Azerbaijan, Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Kelahiran USSRPembubaran USSR

Walaupun USSR telah berkembang pesat dari segi kuasa perindustrian dan dapat bersaing dengan Amerika Syarikat dalam perlumbaan ke angkasa lepas serta persaingan senjata nuklear, ramai di USSR tidak selesa dengan pentadbiran komunis di USSR, yang bersifat diktator kuku besi dengan polis rahsia yang kejam.

Selain itu, oleh kerana pemimpin USSR sentiasa takut negara mereka akan diserang oleh negara-negara kapitalis, mereka mengutamakan perkembangan tentera USSR. Sebahagian besar daripada sumber negara digunapakai untuk memperkasakan industri berat negara USSR dan untuk membina pelbagai sistem senjata yang setaraf dengan senjata negara kapitalis yang maju. Keutamaan tidak diberi kepada barangan pengguna untuk kegunaan rakyat biasa.

Pengorbanan lapisan aktivis yang berideologi kiri dalam mempertahankan negara Russia daripada serangan tentera negara kapitalis pada tahun 1918-1922, dan juga kemusnahan puak kiri di dalam Parti Bolshevik oleh Joseph Stalin pada tahun 1920-an dan 1930-an, telah membawa kepada satu situasi di mana tahap ideologi dan penglibatan orang ramai dalam proses membina negara sosialis amat lemah.

Ketiadaan demokrasi dan penumpuan kuasa dalam tangan pemimpin tinggi parti dan birokrat tinggi mewujudkan satu lapisan elit yang dapat menikmati cara hidup yang jauh lebih mewah daripada massa rakyat.

Kesemua fakta ini telah menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran komunis di kalangan orang ramai, dan apabila Mikhail Gorbachev (yang menjadi Setiausaha Agung Parti Kesatuan Soviet pada tahun 1985) telah mengemukakan dasar “Glasnot” (sikap terbuka) dan Perestroika” (berstruktur semula), sehingga mencetuskan kebangki tan rakyat yang t idak dapat dikendalikan. Kerajaan komunis di negara Russia sendiri telah ditewas dalam pilihanraya pada tahun 1989 oleh puak yang dipimpin oleh Yeltsin. Pada Disember 1991, negara-negara yang menganggotai USSR telah mengambil keputusan untuk membubarkan persekutuan USSR.

Sumbangan USSR Kepada Dunia Walaupun wujudnya beberapa kecacatan yang serius dalam USSR seperti dihuraikan dalam bahagian yang bertajuk “Pembubaran USSR”, satu analisa terhadap peranan USSR dalam sejarah Abad Ke-20 tidak lengkap jika kita tidak mengambil kira sumbangan-sumbangan Kesatuan Soviet antara tahun 1917 dan 1989.

Satu antaranya adalah peranan USSR dalam menewaskan Negera Jerman dalam Peperangan Dunia kedua. Pada pertengahan 1941, Hitler telah menewas hampir kesemua Eropah Barat. Hanya negara Britain masih berdiri. Pada Jun 1941 Hitler telah melancar serangan terhadap USSR.

Tentera Jerman telah dihentikan di Moskow dan pada November 1942, USSR telah melancar satu operasi tentera yang berjaya memulaukan tentera Jerman seramai 260,000 askar di Bandar Stalingrad. Ini merupakan kekalahan pertama untuk Hitler. Lebih daripada 25 juta askar dan juga rakyat USSR terkorban dalam peperangan untuk mempertahankan tanah air. Dan hampir 80% daripada kematian askar Jerman adalah dalam peperangan dengan USSR.

Satu lagi antara sumbangan USSR adalah peranannya dalam perjuangan negara-negara di Afrika dan Asia untuk menuntut kemerdekaan. Oleh kerana Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan USSR, USSR sentiasa sedia untuk membantu mana-mana negara yang dijajah oleh Britain, Perancis, Portugis dan sebagainya dalam perjuangan mereka untuk kemerdekaan.

Penjajah yang cuba mempertahankan penjajahan mereka ditewaskan di medan

perang seperti berlaku di Vietnam (Perancis ditewas di Dien Bien Phu 1954) dan di Indonesia, negara Belanda terpaksa berundur. Penjajah yang lebih bijak seperti Britain telah ambil pendekatan untuk memberikan merdeka tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk memulaukan puak nasionalis radikal dan memberikan kemerdekaan kepada puak-puak yang konservatif. Ini telah berlaku di negara kita! Hakikatnya adalah kewujudan satu kuasa (USSR) yang sedia menyokong perjuangan negara-negara dunia ketiga untuk kemerdekaan telah melemahkan para penjajah.

Kewujudan negara kebajikan di hampir semua negara di Eropah juga adalah berkaitan dengan kewujudan USSR. Pada masa itu, pemimpin Negara-negara kapitalis di Eropah amat risau bahawa pekerja mereka akan mengikut contoh USSR dan menggulingkan mereka untuk menubuhkan negara sosialis. Oleh itu mereka rela bertolak ansur dan bersetuju dengan pelbagai program yang membantu rakyat biasa – sistem kesihatan percuma, pendidikan percuma, pencen orang tua untuk semua, pampasan gaji jika dibuang kerja, dan sebagainya.

Sekarang, selepas kejatuhan regim komunis di USSR, beberapa program kebajikan di negara-negara Eropah sedang dikurangkan ataupun dimansuhkan – umur untuk mendapatkan pencen telah ditingkatkan di Perancis; pelajar universiti di Britain sekarang terpaksa mengambil pinjaman untuk belajar; cukai GST sebanyak 15% telah dikenakan dihampir semua negara Eropah, dan sebagainya.

Yuri Gagarin, seorang warga USSR

yang merupakan orang pertama ke

angkasa lepas pada April 1961

Page 12: Sosialis (Sept Okt 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Sep-Okt 2013

AKSI PENDUDUK TAMAN PERMATA DENGKIL

Protes di Hadapan Pejabat Perdana Menteri, 21 Ogos

Memorandum kepada Kementerian Perumahan, 30 Julai

AKSI BANTAH TPPA

SUDUT KOMIK: DEMOKRASI MESIR DIPIJAK