kesesuaian media pengajaran

16
PENGHARGAAN. Segala puji dirafa’kankan kepada Alllah Taala Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya, tanpa izin dariNya, segala yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan. Disini saya ingin mengucapakn ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Literasi Nombor iaitu Puan Mahayon Bt Abas . Segala tunjuk ajar, nasihat, dan panduan yang diberikan sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan kerja kursus ini. Perkara yang berkaitan dengan matematik boleh melahirkan insan guru yang beriman, berilmu, dan beramal. Walaupun ilmu ini dilihat tidak berunsur ukhrawi, namun ia boleh digunakan kearah kebaikan. Justeru ilmu perlu dikuasai dari sudut pelaksanaannya dengan baik dan sempurna sama ada duniawi atau ukhrawi. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada keluarga kerana turut membantu memberi idea dan cadangan membina dalam melaksanakan projek ini. Kepada sahabat-sahabat yang membantu secara langsung atau tidak langsung,bantuan anda semua dapat meringankan lagi kerja-kerja penghasilan kerja kursus ini. Sebagai seorang guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab bagi kita untuk mengajar anak-anak didik kita 1

Upload: zaim-platinumz

Post on 30-Jul-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesesuaian Media Pengajaran

PENGHARGAAN.

Segala puji dirafa’kankan kepada Alllah Taala Tuhan sekalian alam. Selawat dan

salam dipanjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah,

bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan

tugasan kerja kursus pendek ini. Sesungguhnya, tanpa izin dariNya, segala yang

dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.

Disini saya ingin mengucapakn ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan

juga saya ucapkan kepada pensyarah mata pelajaran Literasi Nombor iaitu Puan

Mahayon Bt Abas . Segala tunjuk ajar, nasihat, dan panduan yang diberikan sedikit

sebanyak membantu dalam penghasilan kerja kursus ini.

Perkara yang berkaitan dengan matematik boleh melahirkan insan guru yang

beriman, berilmu, dan beramal. Walaupun ilmu ini dilihat tidak berunsur ukhrawi, namun

ia boleh digunakan kearah kebaikan. Justeru ilmu perlu dikuasai dari sudut

pelaksanaannya dengan baik dan sempurna sama ada duniawi atau ukhrawi.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada keluarga

kerana turut membantu memberi idea dan cadangan membina dalam melaksanakan

projek ini. Kepada sahabat-sahabat yang membantu secara langsung atau tidak

langsung,bantuan anda semua dapat meringankan lagi kerja-kerja penghasilan kerja

kursus ini.

Sebagai seorang guru pula, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab bagi

kita untuk mengajar anak-anak didik kita tentang nilai dan akhlak yang baik dan mulia

bagi membentuk masyarakat madani selaras dengan konsep

‘Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur’.

Semoga dengan penghasilan kerja kursus pendek ini, dapat menambah ilmu kita

disamping mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa. Syukran Jazilan.

1

Page 2: Kesesuaian Media Pengajaran

1.0KESESUAIAN MEDIA PENGAJARAN.

Kami telah memilih untuk menggunakan model kereta dan jalanraya untuk

membantu murid-murid supaya mudah bagi mereka untuk memahami konsep

dan teknik dalam kaedah “pembudaran” atau “bundar”. Sesetengah murid

kadang-kadang akan berasa keliru untuk menjawab soalan yang berkaitan

dengan tajuk ini kerana konsep mereka masih lagi belum kukuh. Mereka tidak

tahu sehingga nombor berapa perlu ditambah dengan satu nombor apabila

dibundarkan. Tajuk bundar ini amat penting pada masa akan datang supaya

mereka dapat mempunyai kelebihan mengagak sesuatu nisbah atau nilai. Tanpa

pemahaman terhadap tajuk ini, murid-murid akan menjadi lurus bendul, terlalu

mengikut jawapan dan jalan pengiraan yang lurus. Dengan adanya kaedah atau

cara pembelajaran yang sesuai, maka mereka akan mudah untuk memahami

tajuk bundar ini.

Nama media pengajaran yang telah kami pilih untuk memudahkan tajuk

bundar ini ialah “Simpang Bundar”. Media Pengajaran ini menggunakan model

jalanraya bersimpang tiga, model kereta dan model nombor. Ini akan

menghasilkan satu media pengajaran yang cantik, sesuai dan menarik.

Media pengajaran yang telah kami pilih ini ialah bersifat maujud dan dapat

dilihat dan dipegang sendiri oleh murid-murid. Murid-murid dapat bermain sendiri

dengan model kereta itu dan bermain di atas model jalanraya yang telah

disiapkan. Selain itu terdapat peralatan lain yang bersesuaian dan dapat menarik

perhatian murid-murid seperti tambahan model pokok, model lampu isyarat,

model papan tanda dan model garaj untuk meletakkan kereta.

Tambahan lagi, warna yang kami pilih untuk media pengajaran ini ialah

menarik dan berwarna warni, sesuai dengan sifat budak-budak yang sukakan

persekitaran yang berwarna-warni. Murid-murid akan lebih tertarik dengan model

ini selain kad nombor yang telah dibekalkan oleh mereka juga berwarna-warni.

2

Page 3: Kesesuaian Media Pengajaran

Selain dari itu, cara ini sangat mudah digunakan oleh para guru dan

murid-murid. Terdapat panduan dan cara perlaksanaan untuk aktiviti ini

disediakan di atas model jalanraya itu. Model ini boleh diaplikasikan ke atas

pelbagai jenis bentuk nombor samaada membundarkan kepada puluh, ratus, ribu

atau puluh ribu yang ditetapkan. Dengan wujudnya perhentian-perhentian dan

dibahagikan kepada dua bahagian membolehkan mereka untuk mencari jalan

penyelesaian seterusnya mengingati kedudukan dan nombor-nombor yang perlu

ditambah nombornya sekiranya dibundarkan. Ini akan lebih memudahkan

mereka.

Kesimpulannya, model “Simpang Bundar” ini amat sesuai untuk

digunakan oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid sekolah rendah tajuk

bundar.

3

Page 4: Kesesuaian Media Pengajaran

2.0 PROSEDUR PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN.

Nama yang telah kami pilih untuk media pengajaran ini ialah “Simpang Bundar”.

2.1 Bahan-bahan penting yang terdapat di dalam model “Simpang Bundar”.

1) Kereta mainan

4

Page 5: Kesesuaian Media Pengajaran

2) Model jalanraya

3) Model perhentian dengan nombor

5

Page 6: Kesesuaian Media Pengajaran

4) Kad Nombor

5) Modul Pelaksanaan

6

Page 7: Kesesuaian Media Pengajaran

2.2 Cara-Cara Menggunakan “Simpang Bundar”.

1) Murid-murid akan diberikan sekeping kad yang mengandungi nombor.

2) Murid-murid akan menyebut nombor yang telah diberikan dan dan menyebut nombor

terakhir dalam kad tersebut secara berulang kali dengan nada yang kuat.

3) Murid-murid akan menggunakan kereta untuk berhenti di perhentian yang

mempunyai nombor yang sama dengan nombor terakhir yang telah disebut oleh murid

itu.

4) Sekiranya kereta bergerak ke kiri, maka nombor kedua terakhir akan kekal dengan

nombor yang sama dan nombor yang terakhir akan menjadi “0”. Sebagai contoh : 174

akan dibundarkan menjadi 170.

5) Sekiranya kereta bergerak ke kanan, maka nombor kedua terakhir akan ditambah

satu dan nombor terakhir akan menjadi “0”. Sebagai contoh, : 178 akan dibundarkan

menjadi 180.

7

Page 8: Kesesuaian Media Pengajaran

REFLEKSI.

Sepanjang menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu ini, saya dapat melihat

banyak kebaikan daripada hasil pengumpulan maklumat yang diperoleh. Sebelum ini,

saya tidak mengetahui secara mendalam apa itu Literasi Nombor serta implikasinya

terhadap kita sebagai bakal guru yang sebenar.

Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya merasakan ilmu ini penting

sebagai bekalan dan modal untuk saya berbicara di masa hadapan selain untuk melihat

ragam murid-murid saya pada masa yang akan datang. Berbekalkan ilmu ini, InsyaAllah

boleh membantu untuk diaplikasikan dalam diri murid-murid saya kelak.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari dengan lebih terperinci dan secara tidak

langsung dapat mengetahui di mana saya dikategorikan. Baru kini saya sedar bahawa

banyak lagi ilmu yang perlu saya ketahui berkaitan literasi nombor serta sifat dan sikap

yang sepatutnya ada pada diri seorang guru.

Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan satu medel atau media

pengajaran yang sesuai digunakan untuk memudahkan murid-murid untuk mempelajari

subjek matematik. Matematik penuh dengan nombor dan ini membuatkan segelitir

murid-murid berasa takut. Saya dapat mempelajari kaedah dan teknik untuk

menghasilkan media pengajaran yang sesuai. Perkara ini amat penting untuk saya

sebagai seorang bakal guru.

Sebenarnya, bukan hanya untuk memudahkan saya dalam memahami literasi

nombor, akan tetapi kerja kursus ini dapat membantu saya untuk memudahkan lagi

urusan membina media pengajaran untuk subjek-subjek lain.

Tambahan lagi, saya juga turut terharu terhadap ibu bapa saya yang banyak

berkorban untuk saya terutama dari segi kewangan. Mereka sanggup menghabiskan

duit untuk membekalkan saya sebuah laptop dan printer agar mudah untuk saya

membuat kerja kursus ini.

8

Page 9: Kesesuaian Media Pengajaran

Walaubagaimanapun, saya juga turut berasa tertekan dengan bebanan kerja

kursus yang datang tidak kira masa, tetapi dengan bekalan semangat yang ada,

akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya tepat pada waktu

yang sepatutnya.

Saya berharap agar apa yang saya lakukan ini mendapat keredhaan dari Allah

s.w.t seterusnya ilmu yang saya dapat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin di

masa-masa yang akan datang.

MUHAMMAD ZAIM SYAFIQ BIN MOHD ROSLAN

9

Page 10: Kesesuaian Media Pengajaran

Refleksi.

Saya mendapat pelbagai ilmu yang boleh diamalkan ketika saya menjalankan

tugasan kerja kursus pendek ini. Pelbagai cara boleh saya gunakan dan aplikasi untuk

mendapatkan maklumat seperti meminjam buku daripada pusat sumber dan melayari

internet. Pemilihan bahan dan sumber yang betul amat perlu supaya kerja kursus yang

dibuat menepati soalan. Pensyarah saya kerap memberikan komen di atas setiap

bahan yang saya tunjukkan itu, namun saya merasakan bahawa itu adalah komen yang

membina dan saya menganggapnya itu sebagai satu cabaran untuk memperbaiki hasil

tugasan saya supaya menjadi lebih kemas lagi. Saya menyedari kepentingan pelbagai

ilmu tentang pembelajaran Matematik dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tajuk

kerja kursus pendek ini. Ilmu ini dapat memastikan pelaksanaan yang betul dalam

kalangan warga pendidik iaitu guru. Tugasan ini melatih saya agar menjadi seorang

pendidik yang berkebolehan. Implikasinya, saya dapat menjelaskan ilmu dengan jelas.

Saya perlu mempelbagaikan cara penerangan supaya murid faham dan menggunakan

bahasa yang mudah. Sebagai contoh dengan pembinaan model “Simpang Bundar” ini.

Tanpa ilmu yang lengkap akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk

mendalami sesuatu ilmu pengajaran terutamanya kepada golongan pendidik. Segala

pemerolehan yang saya dapati dalam proses menghasilkan tugasan kerja kursus

pendek ini akan saya amalkan dalam pembelajaran. Saya juga mengalami pelbagai

masalah dalam menghasilkan tugasan ini seperti tidak mempunyai masa yang cukup

serta kekangan masa untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing. Namun segala

halangan dapat saya atasi dengan cara yang berhemah. Saya menyedari bahawa

tugas seorang guru bukanlah mudah. Sepanjang pembinaan model pengajaran juga

melatih saya supaya merancang sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebelum masuk

ke kelas, saya akan bersedia dengan tajuk dan pendekatan yang ingin saya lakukan.

Saya perlu menarik minat murid kepada tajuk pelajaran. Pembinaan model perlu

melihat juga minat dan perhatian murid-murid.

Ketika menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa setiap individu bergelar

guru mampu memberikan kesan yang positif kepada sistem pendidikan di negara kita

10

Page 11: Kesesuaian Media Pengajaran

sekiranya setiap guru mengamalkan setiap ilmu yang kita pelajari. Begitu juga dengan

guru yang mengajar mata pelajaran masing-masing, guru itu sendiri perlu

mengamalkan setiap apa yang diajarkannya kepada murid supaya penghayatan mata

pelajaran tersebut akan lebih mendalam dan mantap. Matematik merupakan ilmu yang

penting. Melalui ilmu ini murid-murid akan pandai mengira, membilang serta

menyelesaikan masalah terutama melibatkan nombor.

Ketika berada di Institut Pendidikan Guru, saya merasakan kemahiran

berkomunikasi sangat penting dalam menjalankan gerak kerja. Ini penting kerana saya

dapat bertukar fikiran dan berkongsi buah fikiran. Bagi memudahkan proses tugasan

kerja kursus ini, saya akan berjumpa dengan rakan-rakan di dalam kelas untuk

berbincang. Dengan berkomunikasi juga, tugasan Literasi Nombor ini dapat disiapkan

dengan betul dan tepat pada masa.

- Muhammad Anas Bin Mohamed Salleh -

11

Page 12: Kesesuaian Media Pengajaran

RUJUKAN.

Prof. Madya Dr. Lim Chap Sam, Prof. Madya Dr. Fatimah Salleh, Dr. Munirah

Ghazali , 2003. Alat Bantu Mengajar Matematik. Bentong, Pahang ; PTS

Publications & Distributor SDN. BHD.

Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah, Chan Yook Lean , 2010. Matematik Tahun 1.

Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahan-bantu-mengajar-matematik/

http://fatimawatimohamad.blogspot.com/2010/11/penyediaan-alat-bantu-mengajar-

bagi.html

12