kesesuaian item dan ujian

Download Kesesuaian Item Dan Ujian

Post on 28-Jun-2015

2.079 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pembinaan item yang sesuai

TRANSCRIPT

KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN TAJUK 5

TAJUK 5

KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN

PENGENALANAnda telah melalui pembinaan item ujian di Topik 4. Sekarang ini selepas item dibina dan ujian digubal, analisis item dan ujian perlu dibuat untuk memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis item membolehkan anda menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selain itu, analisis item juga dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Selepas membuat analisis item, anda digalakkan membuat analisis ujian (satu set item yang dibina) untuk menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut dan juga apakah sebenarnya yang diukur oleh ujian ini. Analisis-analisis ini akan menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis-analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

OBJEKTIFDiakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. membina dan menilai soalan berdasarkan Indeks Kesukaran; 2. membina dan menilai soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi; 3. membina dan menilai soalan berdasarkan Kebolehpercayaan Ujian; dan 4. membina dan menilai soalan berdasarkan Kesahan Ujian.

PETA MINDA

90

OUM

TAJUK 5 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN

5.1

INDEKS KESUKARAN ITEM

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah tahap-tahap kesukaran sesuatu ujian bertulis tersebut diadakan?. Apakah spesifikasi yang digunakan bagi membolehkan sesuatu ujian tersebut sesuai pada masa ia diadakan?

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran item (item difficulty index) (p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut: p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab

Sebagai contoh, satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripada sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada seorang pelajar pun dapat menjawab dengan betul, maka nilai p akan menjadi 0 (soalan amat sukar), tetapi jika semua pelajar dapat menjawab dengan betul, nilai p akan menjadi 1 (soalan terlalu mudah). Justeru, item yang sukar mempunyai nialai p yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 di bawah.

Rajah 5.1: Indeks kesukaran dan kesukaran item

Latihan 5.1Item A mendapat respons betul oleh 50 daripada 80 orang pelajar, sementara Item B mendapat respons betul oleh 20 daripada 40 orang pelajar. Item mana yang lebih sukar?

OUM

91

KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN TAJUK 5

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan bahawa soalan yang terlalu mudah (p > 0.85) atau soalan yang terlalu sukar (p < 0.15) tidak dapat memberikan maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh hampir semua pelajar. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan. Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1.Jadual 5.1: Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Nilai (p) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengkelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang dijawab dengan betul oleh 85% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.50. Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang dapat menjawab item tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul. Sebagai ingatan, nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan pelajar yang mengambil ujian. Nilai ini boleh berubah mengikut keupayaan kumpulan pelajar tersebut, dan seterusnya boleh berubah sekiranya kumpulan calon yang sama menduduki ujian kali kedua. Sebagai contoh, item manakah lebih sukar antara Siapakah Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj? dan Siapakah Tun Dr.Mahathir??. Kita tidak boleh menyatakan item mana yang lebih sukar selepas membaca soalan ini. Kita hanya boleh menentukan kesukaran soalan ini selepas kita mentadbirkannya kepada sekumpulan pelajar dan mengira nilai p bagi soalan ini. Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, ; indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317): Indeks kesukaran item (p) = __Markah Purata__ Julat Markah Penuh Sebagai contoh, suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 10. Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0. Pengiran indeks kesukaran item ialah seperti berikut:92

OUM

TAJUK 5 KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN

Markah Purata

= Jumlah markah = 63.0/10 = 6.3. Jumlah pelajar

Julat Markah Penuh = Markah maksimum Markah minimum = 10 - 0 = 10 Indeks Kesukaran = Markah Purata__ = 6.3/10 = 0.63 = 63% Julat Markah PenuhP1 6.5 P2 3.5 P3 7.0 P4 2.5 P5 4.5 P6 8.5 P7 9.0 P8 6.5 P9 9.5 P10 5.5 Jumlah 63.0

Pelajar Markah

Berbeza daripada indeks kesukaran item objektif, indeks kesukaran item subjektif dapat menggambarkan markah purata bagi sesuatu item dalam peratus. Contohnya, markah purata 6.3 (daripada 10) ialah 63% (iaitu sama dengan indeks kesukaran dikalikan dengan 100). Seterusnya, indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item (akan dibincangkan kemudian) yang maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item. Indeks kesukaran tersebut ialah 0.50 bgi item berjawapan pendek/melengkap, 0.70 bagi item objektif lima-opsyen, 0.74 bagi item objektif empat-opsyen, 0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah) [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)]. Selain itu, Nitko (2004: 323) menyatakan indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah antara 0.16 dan 0.84 (iaitu ada item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); sementara bagi item-item ujian yang mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) haruslah mempunyai indeks kesukaran item antara 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar). Selain menjadi panduan semasa membina item supaya indeks diskriminasi menjadi maksimum, indek kesukaran juga boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:Jadual 5.2: Tujuan Indeks Kesukaran Tujuan 1 2 3 4 Penerangan mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalansoalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan sukar); mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai pelajar; memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji; dan mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih tubi/ulangan).

Latihan 5.2Satu item subjektif diberi markah minimum 1 dan maksimum 5. Markah lima (5) orang pelajar ialah 3, 2, 4, 2, 5. Kira indeks kesukaran item ini. Adakah item ini mudah atau susah?

OUM

93

KESESUAIAN ITEM DAN UJIAN TAJUK 5

5.2

INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Diskriminasi sering dianggap sebagai suatu perkara yang boleh diragui keberkesanannya. Apakah sebenarnya peranan indeks diskriminasi item untuk membezakan di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain?

Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal pasti calon/pelajar yang berkeupayaan tinggi, untuk matlamat tertentu, seperti melanjutkan pengajian dalam bidang tertentu. Item/ soalan yang baik akan dapat membezakan/mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehrens & Lehmann, (1991) dan contoh berikut: (1) Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terrendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terrendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi). (2) Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah (RL Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapa