media topik 3 pengajaran topik 3 media ... - … filemedia topik 3 pengajaran • pelbagai saluran...

34

Upload: hoangngoc

Post on 31-May-2019

318 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEDIA TOPIK 3 PENGAJARAN TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

PENGENALAN Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran, diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran;

2. merumuskan fungsi media pengajaran;

3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran;

4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan

5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

OUM 29

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.

Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagi media kepada dua:

• Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. 30

TOPIK 3: MEDIA PENGAJARAN Konsep Media dan Media Pengajaran

Media Pengajaran

Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran

Faktor Pelajar

Fungsi Media Pengajaran

Pemilihan Media Pengajaran

Kelebihan Media Pengajaran

Pengkelasan Media Pengajaran

Faktor Objektif

Penyediaan Media Pengajaran

Faktor Kadeah

Faktor Praktikal

OUM

MEDIA TOPIK 3 PENGAJARAN • Pelbagai Saluran Komunikasi Massa

Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip. Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah­olah mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesan kepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep yang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. (Sila rujuk Rajah 3.1). Rajah 3.1 : Konsep media menurut Torkelson

(a) Mesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain­lain adalah dikira sebagai mesej.

(b) Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol, dll.

(c) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya, televisyen, projektor filem, dll.

OUM 31 Saluran Mesej

Bentuk Mesej

Mesej

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:

(a) Sains mengenai rupa atom;

(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:

(c) Perbezaan lagu­lagu klasik Timur; dan

(d) Contoh binatang­binatang terancam di Malaysia?

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

3.1.1 Media Pengajaran Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan­bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media pengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepada pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yang tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja.

Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik­teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankan aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanan kepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar melalui seluruh pancainderanya.

Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses P&P. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM).

Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurang perhatian kepada:

• pelajar;

• pengembangan pembelajaran; dan

• aspek penilaian.

Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbuka dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepada alat semata­mata. Pendidikan sekarang juga tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa. Justeru konotasi “membantu guru” semakin kurang diterima. 32

OUM

MEDIA TOPIK 3 PENGAJARAN Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP) Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran (MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1 Kelebihan MP Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada MP yang sungguh fleksibel dan dapat memenuhi kehendak P&P.

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej. Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi.

Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,

transparensi, filem atau video. (ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau

high­speed photography. (iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar

foto mahupun secara lisan. (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk

model, gambar rajah, dll. (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

OUM 33

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing­masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan pengajaran kerana guru kemampuannya mengalami kesulitan. dalam Keadaan memberikan ini rangsangan dapat diatasi pengalaman dengan media dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang

sesuatu konsep atau prinsip.

Latihan 3.1 Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran

3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran.

(a) Pengajaran Bersama Pengajar

Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata­mata. 34

OUM

MEDIA TOPIK 3

PENGAJARAN Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk

(a) pengajaran bersama pengajar; dan

(b) pengajaran tanpa pengajar?

(c) Folio Bermedia

Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai pembelajaran “dengan” media (learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir maklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain.

Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untuk akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)

Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan “perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.

(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang.

Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa

Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang

berupaya/kecacatan.

OUM 35

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

36

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, mereka disediakan dengan bahan­bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan kepada kelas.

Untuk menguji kefahaman anda, sila selesaikan latihan berikut.

Latihan 3.2 Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep teknologi pengajaran dengan media pengajaran. Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun, untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh.

Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakan pada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya – bermula daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkan kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan. Media Pengalaman

Perkataan Gambar Rajah Peta

Abstrak Gambar/Lukisan Filem/Video Model 3D Objek/Realia

Konkrit Ujikaji/Demonstrasi Komputer (Simulasi) Situasi sebenar

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman

OUM

MEDIA TOPIK 3 PENGAJARAN Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama

dengan Hoban dalam membina “Kon Pengalaman Dale” (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut.

Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut.

Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri­ciri media pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. Abstrak

Simbol/ verbal

Simbol visual

Rakaman audio/video gambar kaku

Gambar Bergerak

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman, iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau digital (lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaan guru menyusun bahan­bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankan oleh Dale.

OUM 37 Persimbolan

Pemerhatian

Penglibatan

Konkrit

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

38

Simbol/ verbal

Simbol visual

Rakaman audio/video gambar kaku

Gambar Bergerak

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:

• perkataan yang diucapkan;

• bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;

• perkataan bercetak;

• gambar pegun;

• gambar bergerak; dan

• sampel sebenar.

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri­ciri ini. Misalnya, gambar pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan Briggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukan pelajar mengenal pasti ciri­ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai perkakasan yang memiliki ciri­ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti video, slaid berpita, televisyen, CD­ROM dan sebagainya. Mana­mana satu daripadanya dapat melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu atau lebih media ini menurut kemampuan masing­masing. Andainya kos menjadi batasan, slaid berpita mungkin menjadi pilihan terbaik.

Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri­ciri fizikal media. Pengkelasan ini membahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

OUM