tajuk 3 media pengajaran

19
EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN _____________________________________________________________________ TAJUK 3 MEDIA PENGAJARAN SINOPSIS Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi. HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. menjelaskan konsep media dan media pengajaran. ii. merumuskan fungsi media pengajaran. iii. menyatakan pengkelasan media pengajaran. iv. menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran. KERANGKA TAJUK 3.1 Konsep Media Pengajaran 3.2 Fungsi Media Pengajaran 3.3Jenis-jenis dan Klasifikasi Media 3.4Penyediaan Media Pengajaran` 1

Upload: maziyahani-ibrahim

Post on 18-Nov-2014

4.224 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

TAJUK 3 MEDIA PENGAJARAN

SINOPSIS

Tajuk ini mengandungi menjelaskan konsep media dan media pengajaran

yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga

menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan,

pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan

dapat:

i. menjelaskan konsep media dan media pengajaran.

ii. merumuskan fungsi media pengajaran.

iii. menyatakan pengkelasan media pengajaran.

iv. menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

KERANGKA TAJUK

3.1 Konsep Media Pengajaran

3.2 Fungsi Media Pengajaran

3.3Jenis-jenis dan Klasifikasi Media

3.4Penyediaan Media Pengajaran`

1

Page 2: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

3.1 Konsep Media Pengajaran

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang

kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media

pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang

membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media

termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,

komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat

digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima

sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian

murid dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Fikirkan

Apakah kelebihan menggunakan media dalam pengajaran?

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar topik berikut?

(a) Sains mengenai rupa atom;

(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan

3.2 Fungsi Media Pengajaran Kesan menggunakan media yang terdiri daripada pelbagai jenis itu didapati berbeza

antara satu dengan yang lain. Ada yang sesuai pada perkara yang mempunyai unsur

abstrak ikonik dan enaktif. Ini dapat dilihat kon pengalaman pembelajaran yang

pernah diketengahkan oleh Edgar Dale (Wah Wan Ali et al.2008) sebagaimana yang

terdapat dalam rajah.

2

Page 3: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Rajah 1: Kon Pengalaman Dale

Media terdiri daripada pelbagai jenis boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Antaranya ialah:

a) Media menjadi sumber yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran berikut:

• Memainkan peranan sebagai papan hitam.

• Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.

• Boleh mengurangkan kebosanan murid di mana menggunakan pelbagai

multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3

Page 4: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

b) Media dapat membantu guru menyakinkan diri dan mengurangkan darah

gemuruh (podium fright) semasa penyampaian pengajaran.

c) Media dapat membantu guru menyampaikan mesej dalam pengajaran,

memberi maklumat yang tepat dan jelas, motivasi murid dalam pembelajaran

dan memberi hiburan (entertainment).

d) Melalui media keterangan seribu perkataan dapat diperjelaskan dengan

sekeping gambar. Di samping itu juga media dapat:

• mengurangkan masa penerangan.

• murid dapat belajar lebih.

• murid dapat mengekakalkan kefahaman.

• murid dapat meyakinkan kemahiran dan prestasinya pada subjek yang

dipelajarinya.

e) Penggunaan alat bantu memudahkan kita mewujudkan pengalaman konkrit.

Menurut kajian, kadar murid ingat berbeza-beza jika mereka membuat kerja

seperti berikut: Jika,

• membaca mereka memperolehi 10% dari apa yang dibacanya

• mendengar mereka memperolehi 20% dari apa yang didengar

• mendengar dan melihat mereka

memperolehi

30% dari apa yang didengar dan

dilihat

• memyebut mereka memperolehi 70% dari apa yang didengar, dilihat

dn disebut

•membuat, menyebut mereka

memperolehi

90% dari apa yang didengar, dilihat

dan disebut

3.3 Jenis-Jenis dan Klasifikasi Media

Media pengajaran terbahagi kepada dua:

i. Media cetak

ii. Media bukan cetak

4

Page 5: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

5

Page 6: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

3.3.1 Media CetakMedia cetak merupakan bahan-bahan maklumat yang dicetak di atas kertas. Ia

berbentuk buku teks, buku kerja,buku rujukan, majalah, risalah, surat khabar, nota-

nota, prosiding seminar, surat-surat berita, laporan tahunan dan sebagainya. Tujuan

bahan-bahan ini dicetak adalah untuk:

i. Memberikan panduan.

ii. Menyampaikan maklumat.

iii. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang dicetak.

3.3.1.1. Jenis Media CetakSecara umumnya media cetak boleh diklasifikasikan kepada empat fungsi

sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:

a. Alat bantu mengajar

b. Bahan untuk latihan

c. Bahan maklumat

d. Bahan untuk peningkatan ilmu

Rajah 2: Contoh Media Cetak

Media Sebagai Alat Bantu Mengajar

Bahan cetak yang berperanan sebagai alat bantu belajar merupakan bahan-bahan

yang mempunyai instruksi atau panduan sumber belajar. Lazimnya instruksi yang

terdapat dalam bahan bantu mengajar itu dibentuk tahap demi tahap atau langkah

demi langkah untuk memudahkan murid mengguna dan memahamkan pelajaran

dengan mudah. Ia berbentuk ’guide sheet’, ’jobs aids’ dan sebagai satu gambar

6

Surat khabar

Page 7: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

bersiri.

Maklumat dalam ”guide sheet” akan menampilkan kata-kata atau arahan secara

keseluruhan sedangkan ”jobs aids” selain dari kata-kata atau arahan tadi terdapat

juga beberapa ilustrasi atau gambar bersama-sama arahan tadi, manakala ”picture

series” merupakan maklumat yang disampaikan dalam gambar bersiri.

Media Sebagai Bahan Untuk Latihan

Bahan yang berperanan sebagai bahan untuk latihan lazimnya ia berbentuk intruksi.

Di sini pembaca akan disugukkan dengan pelbagai maklumat atau petunjuk yang

berkaitan dengan pelajaran yang diajar. Bahan untuk latihan ini adalah berbentuk

”manual” , ”handout” dan ada yang berbentuk Panduan Pembelajaran(study guides).

ManualManual adalah petunjuk yang praktikal bagi sesuatu kerja yang perlu dilaksanakan.

Biasanya pelatih-pelatih akan menggunakan manual ini untuk melaksanakan sesuatu

kerja atau projek mengikut langkah-langkah yang instruktornya telah rancang dan

catatkan di manual yang diedarkan itu.

Rajah 3: Contoh handout

Nota atau catatan yang dibuat oleh guru atau tenaga pengajar yang diedarkan

kepada murid. Lazimnya catatan itu berkaitan dengan isi pelajaran. Maklumat yang

terdapat dalam bahan edaran itu antara lainya adalah jadual pelajaran, sinopsis

pelajaran dan objektif yang ingin dicapai, tugas-tugas yang perlu disempurnakan,

sumber-sumber bahan untuk rujukan.

7

Handout

Page 8: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

8

Page 9: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Panduan Pembelajaran (Study Guides)Secara kasarnya ” study guides” ini mempunyai ciri seakan-akan serupa

dengan ”handout” dari aspek penggunaannya. Kedua-dua bahan ini bertujuan untuk

murid dan poeserta membuat latihan. Perbezaan yang nyata terhadap ”handout”

dengan ”study guides” adalah dari aspek penjelasan isi bagi sesuatu topik

pengajaran. Pada ”handout” penjelasan yang dapat kita lihat adalah ringkas terhadap

sesuatu topik manakala ”study guides” maklumat yang diterangkan itu didapati

terperinci.

Media Sebagai Bahan Maklumat

Media cetak berperanan sebagai bahan maklumat foreka dengan tujuan untuk

memberi mahlumat dan mitibasi. Ia dapat menarik perhatian seseorang dengan

menampilkan sesuatu yang dimiliki oleh sesebuah organisasi; Lazimnya, ia

berbentuk risalah (brochure) surat khabar, laporan tahunan dan sebagainya.

Media Sebagai bahan Peningkatan Ilmu

Media cetak berbentuk buku boleh berperanan sebagai alat yang dapat

meningkatkan ilmu seseorang dengan lebih mendalam. Jenis bahan berbentuk buku

dan bukan buku ini boleh diklasifikasikan pada bahan rujukan, fiksyen dan bukan

fiksyen yang Dewey klasifikasikan kepada 10 kod yang bermula dari kod 000

hingga ke kod 999 dan Library Congress menggunakan notasi bercampur seperti

berikut:

Sistem Perpuluhan Dewey (DDC) iaitu kod ringkasan pertama

000 Karya Am

100 Falsafah

200 Agama

300 Sains Sosial

400 Bahasa

500 Sains Tulin

600 Teknologi/Sains Gunaan

700 Kesenian

800 Kesusasteraan

9

Page 10: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

900 Geografi, Biografi dan Sejarah

Kod Library Congress pula menggunakan kod pengklasannya seperti berikut untuk

mengkelaskan bahan pendidikan di pusat pendidikan terutama di institut pengajian

tinggi di Malaysia. Simbol-simbol pada kod Library Congress adalah:

A, AS, AG, Ae, AY Karya Am

B, BH, BJ BF Falsafah

Bl, BX, BP, BZ Agama

H, HA, HJ HM, HX Sains Sosial

L, LH, LA, LC, LD, LG, LJ,LB Pendidikan

P, PE, PN, PR, PZ Bahasa

Q, Qa, QB, QC, QD, QE,QH Sains Tulin

TA, TE, TG, TH, TK, TP,TT,TE, TX Teknologi

K Undang-Undang

G,C, F Geografi Am dan Biografi

3.3.1.2. Kebaikan Media Bercetak Media cetak sebagaimana yang tersenarai di atas jika dibandingkan dengan media

lain, ia mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

i. Bentuk media cetak didapati mudah dibawa dan mudah juga digunakan di

mana sahaja.

ii. Media cetak didapati lebih ekonomi, mudah disebar, mudah dipindah-

pindahkan dari seorang pengguna kepada pengguna yang lain.

iii. Pembaca boleh mengambil masa yang lama untuk mencerna isi maklumat

yang terkandung di dalamnya dan boleh diulang-ulang mengikut keperluan

pengguna.

iv. Media cetak mampu menyimpan maklumat yang konsisten dan tepat dan

dapat menghasilkan kesamaan pengertian maklumat untuk hari ini dan juga

untuk sedekad yang akan datang.

v. Bahan cetak digunakan begitu meluas kerana terdapat beberapa ciri yang

positif seperti berikut:

10

Page 11: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

a. Digunakan begitu meluas.

b. Mudah disedia dan diterbitkan.

c. Digunakan sebagai alat pengajaran utama.

d. Tidak menggunakan alat lain semasa menggunakannya.

e. Mudah dikemas kini.

f. Murid dapat mengawal masa, tempat dan tempoh pembelajaran mereka.

g. Bahan bercetak mempunyai latihan di akhir modulnya, mempunyai

pengajaran yang sudah dirancang dengan penerangannya dilengkapkan

dengan gambar, carta, jadual dan gambar-gambar kartun.

3.3.1.3 Kelemahan Media Cetak

Media cetak apabila dibandingkan dengan media lain seperti audio, video terdapat

beberapa kelemahan seperti berikut:

i. Media cetak tidak dapat menampilkan gambar bergerak dan bersuara yang

dapat memberikan pengalaman murid bersifat konkrit.

ii. Keberkesanan media cetak banyak bergantung pada kebolehan individu

menguasai bacaan. Jika kebolehan membaca lemah maka pembaca akan

menghadapi masalah untuk memahami isi maklumat.

iii. Maklum balas tidak dapat disampaikan serta merta kecuali menggunakan

kemudahan telefon atau internet.

3.3.2 Media Bukan Bercetak Kumpulan bahan pengajaran yang kedua adalah bahan yang berbentuk bukan

bercetak yang boleh diklasifikasikan pada jenis perkakasan (hardware) dan jenis

perisian (software) dan bahan kos rendah dan papan peragaan.

3.3.2.1 Bahan Jenis Perkakasan (Hardware)

• Kamera filem 35mm

• Kamera video

• Perakam audio

• Radio

11

Page 12: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

• Televisyen

• Projektor filem

• Projektor OHP

• Projektor slaid

• Projektor LCD

• Projektor legap

Rajah 4: Projektor slaid

Bahan Jenis Perisian (software)

• Filem

• Transparensi

• Kaset audio

• Slaid

• Perisian komputer

• Mikro filem

Rajah 5: Mikro filem

Kesemua media yang berbentuk perkakasan dan perisian tersebut pada umumnya

boleh diklasifikasikan juga mengikut fungsinya seperti berikut:

3.3.2.2 Media Tayang Bahan yang memerlukan projektor untuk menayangkan imej, gambar, fakta dan teks

untuk ditonton. Projektor bagi bahan seperti berikut berbeza antara satu dengan

yang lain. Ada yang memerlukan OHP, filem ptojektor, LCD, slaid projektor dan

mikro filem.

• Slaid

• Filem

• Transparensi

• Multimedia

• Video

• Produk komputer

• Mikro filem

Rajah 6: Multimedia

12

Projektor slaid

Mikro filem

Projektor slaid

Multimedia

Projektor slaid

Page 13: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

13

Page 14: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

3.3.2.3 Bahan Kos Rendah Bahan kos rendah boleh dikategorikan kepada bahan 2 dimensi (2D) dan bahan 3

dimensi (3D).

Bahan 2D terdiri daripada bahan seperti carta, bahan bercetak,graf, lukisan,

fotograf, poster, kartun,brosur dan akhbaryang guru boleh gunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Bahan 3D adalah bahan sebenar (realia) ataupun bahan buatan manusia yang

menyerupai bahan sebenar. Bahan 3D boleh dikategorikan kepada kategori berikut:

i. Bahan berbentuk model

ii. Bahan realia

iii. Bahan berbentuk diorama

iv. Bahan berbentuk panel animasi dan si mulasi

v. Boneka-Boneka sarung tangan, boneka lidi, boneka wayang kulit dan boneka

bertali.

vi. Bahan mudahalih (mobile)

Aktiviti1

Jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah media pengajaran?

2. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran?

3. Bagaimana media boleh diklasifikasikan?

4. Apakah fungsi media pengajaran?

5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media

pengajaran?

6. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media

pengajaran?

14

Page 15: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Aktiviti2

Berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media berikut:

Bil Klasifikasi media Contoh media

1 Media tayang kaku

2 Media tayang bergerak

3 Bahan grafik

4 Gambar pegun

5 Bahan 2 Dimensi

6 Bahan 3 Dimensi

7 Papan Peragaan

8 Media audio

9 Media cetak

3.4 Pemilihan Media Pengajaran

Media boleh digunakan dalam pelbagai cara dan bentuk dengan tujuan untuk

membantu seseorang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

pengalaman yang lepas penggunaan media dalam proses pengajaran dan

pembelajaran perlu dilakukan dengan berhemah untuk pemilihan kesesuaian media

dengan pengajaran.

Terdapat enam panduan yang boleh dilakukan untuk kita membuat pilihan media

untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

i. Sebelum membuat pemilihan media, pastikan perkara berikut sudah diketahui,

a. Ciri murid yang akan menggunakan media dan kaedah pembelajaran yang

telah dialaminya.

b. Bilangan murid dan tempat atau suasana yang kita akan gunakan media

tersebut.

c. Matlamat dan objektif pengajaran tersebut.

15

Page 16: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

d. Tajuk dan kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

e. Pastikan bentuk aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

f. Alat kawalan media yang akan digunakan.

g. Strategi penyampaian guru (cara, mana satu yang akan didahulukan).

ii. Tentukan jenis media seperti bahan-bahan cetak, slaid, OHP, pita video, pita

audio, mikrokomputer dan kemudahan virtual yang hendak digunakan itu ada dan

boleh digunakan.

iii. Tentukan sumber sokongan yang boleh digunakan, terutamanya kakitangan

sokongan, kemudahan yang berkaitan dengan media, masa persiapan juga

kemahiran teknikal tentang penggunaan media pengajaran tersebut semasa

pengajaran.

iv. Kenal pasti media dan kelengkapan yang murid boleh gunakan. Hal ini

perlu diketahui kerana sebahagian murid kita sudah melihat, mengalami dan

menggunakan beberapa alat di rumah dan di persekitaran hidup kita. Dari kemahiran

yang murid miliki ini, guru boleh bekerjasama dan melibatkan murid yang mahir

dalam pengajarannya.

v. Tentukan cara penyampaian yang hendah digunakan, sama ada komunikasi

sehala atau dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu nanti.

vi. Pastikan tempat dan suasana fizikal yang guru hendak gunakan media itu sesuai

dan boleh memberi kesan yang baik dan objektifnya tercapai.

RUMUSAN

Media pengajaran yang baru boleh digunakan terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang

berbentuk tayang dan ada yang berbentuk bukan tayang. Setiap bahan dan alat ini

berperanan sebagai alat yang boleh membantu guru dan murid memahami sesuatu

ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fungsi setiap alat dan bahan ini

berbeza mengikut keperluan pengguna. Dengan ini amat wajar bagi setiap guru

perlu membuat pemilihan terlebih dahulu sebelum digunakannya di bilik darjah.

16

Page 17: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

17

Page 18: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Latihan 3

Jawab semua soalan berikut:

1. Tujuan media cetak digunakan adalah untuk

A. meningkatkan kemampuan pembaca

B. memotivasikan tingkat pemerhatian dan perilaku seseorang

C. menjelaskan kembali kepada orang lain mengenai maklumat yang ada

D. menyamakan persepsi pembaca

2. Study Guides merupakan salah satu bentuk media untuk menyampaikan

maklumat, dan digunakan sebagai

A. instruksi

B. bimbingan

C. latihan

D. praktik

3. Antara yang berikut, yang manakah media cetak yang berperanan sebagai

sebaran maklumat

A. handout

B. manual

C. study guides

D. brochure

4. Huraikan empat kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan

pembelajaran.

5. Senaraikan empat contoh bahan bukan bercetak.

6. Apakah perbezaan antara media cetak dengan media bukan cetak?

7. Bagaimana media mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah?

18

Page 19: Tajuk 3 media pengajaran

EDU3105 T3 – MEDIA PENGAJARAN_____________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Mohd Jizat Abdol, Abdul Razak Idris & Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran

dan pembelajaran. UTM.

Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi pendidikan: penggunaannya dalam pengajaran

Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan

Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah

Alam: Oxford Fajar.

Prcival, H.T., Ellington, H.I. dan Race,P., (1993). Handbook of Educational

Technology. edisi ke-3. London: Kogan Page.

Smaldino, S.E., Russell, J., Heinnich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice Hall.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:

OUM.

19