kertas makluman program pemantapan pdp

Upload: zabidah-mkba

Post on 11-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

wowhbt

TRANSCRIPT

Nombor : Salinan Bilangan :

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN STAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN PROGRAM PEMANTAPAN PDP MENGGUNAKAN STANDARD 4 SKPM 2010 DAN VIDEO E-GURU

TUJUAN

1. Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat mengenai pelaksanaan Program Pemantapan PdP yang akan dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

LATAR BELAKANG

2.Berdasarkan dapatan penaziran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dalam tempoh tiga tahun kebelakangan (2011 hingga 2013), kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP) masih belum menyerlah. Daripada 30,564 pelajaran yang diperhatikan, hanya 983 pelajaran (3.22%) mencapai tahap cemerlang dan 4,339 pelajaran (14.20%) berada di tahap baik. Sejumlah 25,242 lagi (82.59%) hanya mencapai prestasi pada Tahap Harapan, Memuaskan, Lemah dan Sangat Lemah.

3.Sebagai langkah menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan PdP guru, JNJK mengambil inisiatif mengadakan Program Pemantapan PdP. Program ini adalah selari dengan Anjakan 7 PPPM: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

4.Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). JNJK menyediakan satu modul khas bagi menjayakan program tersebut.

Objektif

5.Program ini dilaksanakan untuk:

5.1Membimbing peserta program bagi melaksanakan PdP yang berkesan dengan menggunakan satu modul khas yang dibina oleh JNJK.

5.2Memberi kesedaran kepada guru tentang kewujudan perpustakaan maya video e-guru yang boleh dijadikan rujukan untuk melihat contoh-contoh PdP yang berkualiti.

5.3Membolehkan peserta program berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini dengan rakan sejawat di sekolah supaya kualiti PdP di sekolah berkenaan dapat ditingkatkan.

Modus Operandi

6.Program ini akan dilaksanakan melalui program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) anjuran PPD mengikut modus operandi berikut:

Tarikh dan Tempat

6.1Tarikh dan tempat pelaksanaan program akan mengikut tarikh dan tempat pelaksanaan program LADAP yang ditetapkan oleh PPD di sepanjang bulan Jun hingga September 2014.

6.2Dicadangkan supaya dilaksanakan pada hari Sabtu minggu kedua dan/atau minggu keempat supaya tidak mengganggu masa PdP.

Masa

6.3Tempoh masa program ini adalah selama empat jam, iaitu mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Fasilitator Program

6.4Setiap program akan dikendalikan oleh sepasukan dua atau tiga orang nazir.

Peserta Program

6.5Peserta terdiri daripada seorang Penolong Kanan dan seorang guru dari setiap sekolah (Guru Cemerlang atau Ketua Panitia). Pegawai SISC+ di PPD berkenaan juga akan dilibatkan sebagai peserta.

Modul Program

6.6Modul program yang berpandukan kepada Standard 4 SKPM 2010 dan Video e-guru disediakan oleh JNJK.

Urusan Logistik

6.7Ketua Nazir Negeri (KNN) bertanggungjawab untuk berunding dengan PPD berkaitan perkara : i. Surat panggilan kepada pesertaii. Tempat pelaksanaan programiii.Kemudahan/keperluan program

Perbelanjaan

7.Perbelanjaan bagi peserta program akan menggunakan peruntukan LADAP PPD, manakala perbelanjaan Nazir Sekolah akan menggunakan peruntukan dasar sedia ada JNJK dan peruntukan LDP daripada BPG.

Jemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia20 Mei 2014