tmk dalam pdp
TRANSCRIPT
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1
MODUL 5
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Modul ini akan membantu pelajar-pelajar untuk menguasai konsep dan bagaimana
mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK ini akan melibatkan pengintegrasian
aplikasi office, perisian pembangunan e-pembelajaran dan pengaplikasiannya
dalam proses P&P. Disamping itu proses pembangunan pakej atau media
pengajaran dan pembelajaran (e-pembelajaran) yang interaktif akan diberi
penekanan. Aktiviti seterusnya ialah penilaian produk e-pembelajaran dan
perancangan P&P.
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir proses penerokaan modul ini, diharapkan pelajar-pelajaar dapat mencapai
tujuannya iaitu;
1. membina perancangan pengajaran dan melaksanakannya dengan
melibatkan pengintegrasian aplikasi-aplikasi office.
2. membina media pengajaran dan pembelajaran (e-pembelajaran) dengan
menggunakan salah satu perisian pembangunan e-pembelajaran.
3. menggunakan e-pembelajaran yang dibina dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, dan
4. berupaya menilai perancangan dan proses pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan pengintegrasian TMK.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2
5.0 PENGENALAN
Pengintegrasian teknologi adalah apa yang akan berlaku berikutnya selepas
menjadikan teknologi berupaya dan boleh diakses. Ia merupakan matlamat dalam
sesuatu proses, bukan suatu kesudahan yang akhir ( , ). Proses integrasi
teknologi merupakan satu perubahan berterusan, pembelajaran dan pembangunan.
Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
cabaran kepada dunia pendidikan. Penggunaan teknologi dalam P&P, bukan sahaja
sebagai alat bantu mengajar, tetapi yang lebih penting dan utama ia merupakan satu
rangsangan terhadap pelajar untuk bertindak, berfikir dan mengaplikasikan dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. TMK merupakan satu teknologi
bersepadu yang cukup sesuai sebagai wadah dalam merubah dan meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya dalam P&P menuntut kita
untuk memahami dan menguasai pelbagai ilmu proses, sama ada teori
pembelajaran, rekabentuk pengajaran dan kemahiran aplikasi TMK, supaya dapat
diadunkan menjadi satu sistem media pengajaran yang berkesan. Penghasilan
media pengajaran (instructional media) dengan teknologi TMK dan penggunaannya
dalam P&P kini telah menjadi satu standard integrasi teknologi dalam P&P.
5.1 KEPENTINGAN TMK DALAM P&P
Penggunaan teknologi atau TMK dalam
P&P, bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan
proses P&P. Oleh kerana itu kita
seharusnya berupaya dapat
menggunakannya secara
berfikrah, terancang dan
bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila
tidak, dan bagaimana?).
Penggunaan TMK secara tidak
langsung akan membantu dan
mendorong kita untuk melakukan anjakan
Lever-Duffy (2008; 27) -- terjemahan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 3
pradigma dalam proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran
pembelajaran yang lebih baik.
Anjakan ini adalah dari system pendidikan masyarakat industri kepada masyarakat
maklumat apabila pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi.
Pelaku Sistem Pendidikan Masyarakat Industri
Sistem Pendidikan Masyarakat Maklumat
Guru Pencetus pengajaran
Pengajaran secara keseluruhan kelas
Menilai pelajar
Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang rendah
Bantu pelajar mendapatkan laluan pengajaran
Bimbing pelajar belajar kendiri
Bantu pelajar menilai progress sendiri
Meletakkan kemahiran komunikasi pada tahap yang tinggi.
Pelajar Kebanyakkannya pasif
Belajar kebanyakannya di sekolah
Sukar dalam kerja berkumpulan
Ambil soalan dari buku atau guru
Belajar menjawab soalan
Minat belajar rendah
Lebih aktif
Belajar di sekolah dan di luar sekolah
Lebih kerja berkumpulan
Bertanya soalan
Mendapat jawapan untuk menjawab soalan
Minat yang tinggi.
Persekitaran Pembelajaran kini adalah yang lebih baik apabila teknologi digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran Pembelajaran Tradisional
Persekitaran Pembelajaran Kini
Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar
Sitmulasi satu cara/arah Pelbagai sitmulasi
Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan
Satu media Pelbagai media
Kerja bersendirian Kerja secara kolaboratif
Menyalurkan maklumat Bertukar maklumat
Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif / penerokaan /
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 4
Persekitaran Pembelajaran Tradisional
Persekitaran Pembelajaran Kini
inkuri-penemuan
Pembelajaran berasaskan pengetahuan dan fakta
Pemikiran kritikal dan membuat keputusan dengan bermaklumat
Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / merancang
Konteks terpisah dan tidak benar Konteks dunia nyata dan authentic
Sumber : International Society for Technology in Education
5.2 INTEGRASI TMK DALAM P&P
Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin harian
sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMK begitu pantas, sehinggakan kita
rasa tidak mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang
penting, kita perlu tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita
sebagai seorang pengguna dan sebagai seorang pendidik.
Integrasi teknologi atau TMK
dalam P&P tidak semestinya
berkehendakkan kita menguasi
kemahiran TMK tahap tinggi,
tetapi yang lebih penting dan
utama ialah bagaimana kita dapat
menghasilkan bahan atau media
yang memenuhi kesesuaian dan
keperluan pembelajaran pelajar.
Untuk itu yang penting kita harus
menguasi kemahiran pedagogi
disamping konten dan teknologi
(TPACK – ia kini merupakan
kemahiran asas bagi seorang
guru) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan
dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya .
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 5
Sebagai renungan:
“… all the educational technology is worth nothing if teacher don’t know how to use it effectively. Computer aren’t magic, teachers are.” Graig Barrett. CEO, Intel Corporation.
Bagi menghasilkan media P&P (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian dan
keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami dan
berkemahiran dalam aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning),
rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang penting dan utama ialah
teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.
Sesuatu yang perlu diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi
atau TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita sama sekali tidak
mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa yang kita lakukan
menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu yang dapat membantu
memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar untuk belajar
memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.
Integrasi Aplikasi Office
Terdapat tiga situasi bagaimana aplikasi office boleh digunakan dalam persekitaran
pendidikan di sekolah iaitu pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh guru boleh menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan, guru dan pihak pengurusan sekolah boleh mengunakannya dalam aspek
pengurusan data, kewangan , penilaian, capaian dan penghantaran maklumat yang
lebih efisyen. Prasarana teknologi maklumat dan komunikasi juga menjadikan
proses pembelajaran pelajar lebih menarik dan berkesan serta tiada sempadan.
Sebelum ini, dalam persekitaran pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi
lebih memberi tumpuan dan penekanan pendedahan guru terhadap bagaimana
menggunakan sesuatu aplikasi (teaching the tools) bukan bagaimana menggunakan
aplikasi tersebut untuk pengajaran dan pembelajaran mereka. (using the tools to
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6
teach). Integrasi TMK tidak bermaksud guru perlu menguasai kemahiran TMK yang
tinggi, tetapi bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media yang berkesan
bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian pembelajaran pelajar. Oleh itu sebagai
seorang guru, kemahiran pedagogi, konten dan psikologi serta TMK perlu seiring
bagi mempastikan terhasilnya pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Sudah sampai masanya guru memanipulasikan dengan maksima aplikasi office
bagi membantu menjadikan proses pengajaran lebih berkesan, disamping
memudahkan proses pembelajaran murid memahami dan membina ilmu
pengetahuannya. Untuk tujuan itu, guru perlu tahu apa yang ingin dicapai dalam
kurikulum. Guru perlu bijak memilih aplikasi yang mudah, tepat dan berkesan
supaya sesuai dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Bagi menyahut
perkembangan TMK yang begitu pantas, seorang guru perlu tahu akan
keperluannya terhadap TMK.
Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Perisian pemprosesan perkataan boleh digunakan untuk mengolah, menyusun dan
membentuk teks serta membuat kerja penyuntingan. Guru boleh menyediakan
bahan pengajaran seperti rancangan pengajaran harian, nota edaran, latihan,
lembaran kerja dan lain-lain bahan sokongan pengajarannya. Dalam urusan
pengurusan guru, pemprosesan perkataan boleh membantu guru membuat surat,
kertas kerja, buku program, sijil dan buletin.
Pemprosesan perkataan boleh menjadi aktiviti yang berkesan terutama kepada guru
bahasa dalam pengajaran dan pembelajarannya. Aktiviti mencantum ayat,
memperbaiki ejaan, membina cadangan ayat, mencari makna, perkataan seerti,
menambah dan membetulkan tanda bacaan adalah antara yang boleh dilakukan. Ia
boleh dijadikan medium terbaik bagi mengajar karangan.Ia juga membolehkan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7
pelajar meluahkan idea mereka dengan bimbingan guru. Idea berkenaan boleh
diperhalusi sehingga menjadi suatu tulisan yang berkualiti. Guru juga secara tidak
langsung boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda dan
kebolehan pelajar dan pelajar pula dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan
pembelajarannya. Perisian ini boleh merangsang kreativiti pelajar dalam tugasan
penulisannya. Hasilan tugasan lebih kemas dan menarik.
Contoh : Mata pelajaran Bahasa – Mengolah bentuk dan kandungan karangan
Integrasi Aplikasi Hamparan Elektronik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai seorang guru, hamparan elektronik boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran seperti matematik, prinsip akaun, sains, geografi
dan kajian tempatan (apa sahaja yang berkaitan nombor, statisktik dan kewangan).
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8
Bagi mata pelajaran matematik, aplikasi ini boleh mengira dan mengolah nombor
bukan sahaja konsep tambah, tolak, darab dan bahagi tetapi juga pelbagai lagi
olahan matematik yang sukar melalui arahan fungsi seperti sines, tangent dan
cosine.
Berikut adalah antara tajuk dalam matematik yang boleh diaplikasikan menggunakan
fungsi hamparan elektronik :
TAJUK FUNGSI
Persamaan Kuadratik
Fungsi Kuadratik Chart Wizard
Logik Matematik True, False, Or
Persamaan Linear Mdeterm, Minverse
Kebarangkalian Rand, Int, Permut, Combin
Statistik Chart Wizard, Average, Max, Median, Mode, Percentile, Quartile, StDev
Matriks Mdeterm, Minverse,Mmult
Trigonometri Pi, Degree, Radians, Sin, Cos, Tan
Logaritma Log, Chart Wizard, Exp
Lingkaran, Parabola, Hiperbola Chart Wizard
Transformasi Matriks Chart Wizard, Mdeterm, Minverse, Mmult
Sumber : http://mutadi.wordpress.com/
Dalam mata pelajaran sains, penggunaan hamparan elektronik juga boleh
digunakan secara meluas. Sebagai contoh melibatkan aktiviti seperti mengukur dan
merekodkan isi padu air yang disimpan dalam botol yang berlainan dan pada
ketinggian yang berbeza (Niess, 1994). Data yang diperoleh akan diterjemahkan
dalam bentuk graf menggunakan hamparan elektronik dan pelajar akan
membandingkan garis lengkung pada graf yang berbeza untuk botol yang berlainan.
Penggunaan hamparan elektronik bukan sahaja banyak diaplikasikan dalam
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 9
kurikulum sains dan matematik tetapi boleh juga digunakan untuk subjek lain (Weiss,
2003). Malahan hamparan elektronik juga banyak digunakan dalam bidang
pengajian lain seperti astronomi, kaji cuaca dan sebagainya.
Aplikasi ini juga akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan dengan
kewangan, statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan tepat.
Hamparan elektronik sangat membantu dengan ciri istimewanya membaiki kiraan
secara automatik apabila penukaran nombor berlaku. (Bila nombor diubah, fungsi
akan bertukar juga secara automatik). Fungsi nilai relatif dan nilai mutlak sangat
memberi manfaat kepada pengguna terutamanya para guru jika bijak diaplikasikan.
Fungsi ini memudahkan apabila proses salinan dilakukan.
Menurut Patricia dan William (2003), aplikasi hamparan elektronik boleh digunakan
oleh guru dan pelajar untuk merekodkan, menyusun dan menganalisis. Selain itu,
aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik,
menyusun data dan menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat.
Contoh : Mata Pelajaran Matematik - Statistik( Jadual, Graf Garis)
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 10
Integrasi Aplikasi Persembahan Elektronik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Sebagai seorang guru, perisian persembahan elektronik boleh membantu guru
mengukuh dan meningkatkan keberkesanan pengajarannya. Pelbagai Fungsi yang
terdapat dalam perisian ini seperti corak teks, grafik, animasi, audio dan video boleh
diintegrasikan dalam membina slaid persembahan yang mampu menarik minat
pelajar. Bagi aktiviti pembelajaran, perisian ini amat sesuai digunakan sebagai salah
satu alat dalam aktiviti kumpulan dalam apa sahaja mata pelajaran. Secara tidak
langsung pelajar boleh menunjukkan kreativiti masing-masing dalam
mempersembahkan.
Gambar di bawah menunjukkan bagaimana aplikasi persembahan elektronik
digunakan dalam aktiviti kumpulan pelajar bagi mata pelajaran matematik di sekolah
rendah.
Gambar : Membentuk Gabungan Bentuk 2D menggunakan
Perisian Persembahan Elektronik
(Sumber : http://alam-math.blogspot.com)
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 11
Gambar : Mencetak Hasil Kerja
(Sumber : http://alam-math.blogspot.com)
Di sebalik penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan yang amat meluas, terdapat
impak yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah
dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam
komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan perisian persembahan elektronik
adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk semua subjek dan kurikulum Ia
boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta,
projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi
dengan ulasan daripada How Stuff Works (2005) yang menyatakan bahawa
Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang
amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan
pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh
digunakan oleh pengguna sebagai permulaan. How Stuff Works (2005) juga
menambah, bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan
dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian
maklumat.
Namun begitu, bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah relevan dengan
mata pelajaran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak ia tidak akan dapat membantu
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 12
guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara khusus dalam
pemahaman pelajarannya.
Tutorial Menghasilkan Persembahan interaktif (Microsoft Powerpoint 2007).
Tutorial 1. Mengunakan fungsi Hyperlink dan Action Button.
Ia merupakan satu cara yang popular jika anda ingin menyediakan kuiz berbentuk
soalan anika pilihan kepada pelajar.
1. Taipkan Soalan anda dan pilihan jawapan pada slaid.
2. Tambah 2 slaid yang mengandungi perkataan BETUL! ANDA PANDAI dan
SALAH ! CUBA LAGI.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 13
3. Pada slaid yang pertama, Pilih ribbon Insert --> Shape --> Action Buttons -->
Custom
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 14
4. Hasilkan button seperti di bawah (meliputi setiap pilihan jawapan)
5. Aktifkan fungsi Format Shape (Klik Button kanan tetikus), tukar Fill kepada No
Fill, Line Color kepada No line. Buat hyperlink jawapan A, C, D kepada slaid
SALAH dan B kepada slaid BETUL.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 15
Tutorial 2. Menggunakan fungsi Animation Trigger
Fungsi animasi trigger membolehkan kita mewujudkan atau menghilangkan suatu
paparan. Dalam kerjaya seorang guru, fungsi ini boleh digunakan untuk membina
soalan anika pilihan interaktif yang mampu manarik minat pelajar. Sebagai contoh,
berdasarkan soalan yang sama seperti sebelum ini, jika pelajar memilih jawapan
yang betul, maka akan keluar kartun dengan komen ”Betul ! Anda Pandai”. Jika
pelajar memilih jawapan yang salah, maka akan keluar kartun dengan komen
”Salah! Cuba Lagi”. Kelebihannya, fungsi trigger hanya melibatkan penggunaan 1
slaid sahaja.
Untuk melakukannya, sila ikuti langkah berikut :
1. Taip soalan dan jawapan pada slaid. Pastikan anda menggunakan Text Box
yang berlainan bagi setiap soalan dan jawapan. (rujuk gambarajah).
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 16
2. Dengan mengaktifkan ribbon insert, masukan grafik berkarektor kartun dan
kotak dialog ”Betul! Anda Pandai” ( maklumbalas bila jawapan betul) ke
dalam slaid. Masukan juga karektor kartun dan kotak dialog ”Salah! Cuba
Lagi” (maklumbalas bila jawapan salah) ke dalam slaid. Bagi tujuan
perlaksanaan tutorial ini, anda perlu gabungkan gambar kartun dan kotak
dialog dengan memilih fungsi Group (rujuk ribbon Format).
3. Fungsi Trigger pada kartun dan kotak dialog betul. Klik grafik berkarektor
kartun dan kotak dialog betul --> ribbon Animation --> Custom Animation --
> Add Entrance Effect --> Fade --> OK.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 17
4. Pada Animation Pane (rujuk tetingkap kanan) klik Drop Down Menu -->
Timing --> Drop Down Menu Start (Kekalkan pada On Click)
5. Klik Triggers --> klik pada Start effect on click of : , --> pilih text box jawapan
yang betul. --> OK.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 18
6. Lakukan perkara yang sama bagi kartun dan kotak dialog salah. Ulangi
proses no. 3 hingga 5.
7. Untuk menghilangkan maklumbalas (apabila kita memilih jawapan lain). Klik
grafik berkarektor kartun dan kotak dialog betul --> ribbon Animation -->
Custom Animation --> Add Exit Effect --> Fade -->OK.
8. Pada Animation Pane (rujuk tetingkap kanan) klik Drop Down Menu -->
Timing. Klik Drop Down Menu Start --> With Previous
9. Klik Triggers --> klik pada Start effect on click of : , --> pilih text box jawapan
yang salah --> OK. Ulangi semula bagi semua pilihan jawapan.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 19
10. Seharusnya jika pelajar memilih jawapan A, C, D grafik karektor kartun salah
akan terpapar dan jika pelajar pelajar memilih jawapan B grafik krektor kartun
betul akan terpapar.
Namun begitu, bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah relevan dengan
mata pelajaran jika tidak ia tidak akan dapat membantu pelajar secara khusus dalam
ujian atau peperiksaan.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 20
Integrasi Aplikasi Pangkalan Data dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pangkalan data merupakan kumpulan maklumat yang diprogramkan bagi
memudahkan pengguna mencari maklumat tertentu sama ada sebahagian atau
keseluruhan. Digunakan bagi merekod penyimpanan data dan maklumat seperti
maklumat pelajar, inventori dan maklumat guru. Guru boleh menggunakan aplikasi
ini bagi mengajar tajuk yang memerlukan penganalisisan data. Dengan maklumat
yang diperolehi, pelajar boleh merancang sesuatu untuk memperbaiki kelemahan
yang dikenalpasti.
Aplikasi pangkalan data adalah hampir sama dengan aplikasi hamparan elektronik
tetapi ia digunakan apabila maklumat dalam bentuk teks adalah lebih penting
berbanding angka atau digit. Salah satu kelebihan penggunaan pangkalan data
adalah sebagai medium untuk mengurus dan menyampaikan maklumat untuk
dianalisis. Program pangkalan data membenarkan pengguna untuk
mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan seperti penyimpanan rekod
dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu. Aplikasi pangkalan
data bukan hanya boleh digunakan secara sendiri malah boleh diintegrasikan
dengan aplikasi lain khusunya pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik.
Aplikasi pangkalan data membolehkan guru-guru untuk menyimpan dan mengurus
maklumat. Aplikasi ini menyediakan kerangka seperti jadual, borang, laporan yang
membolehkan guru-guru dan pelajar mengutip data, menyusun data dan melaporkan
maklumat tersebut. Pangkalan data adalah penyelesaian kepada rangkaian data
yang banyak, namun begitu, sebagai seorang guru ia perlu juga menguasai
kemahiran teknikal untuk aplikasi ini sebelum dapat menggunakannya secara
berkesan. Templat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan
pelbagai situasi tugas guru dan persekitaran sekolah.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 21
Contoh 1: Mata pelajaran Kimia – Jadual Berkala Unsur
Aktiviti ini boleh dilakukan bersama pelajar. Meminta pelajar mengkategorikan
jadual unsur untuk dijadikan sebagai medan data. Berdasarkan kepada kategori
maklumat yang dinyatakan, data akan dikumpulkan mengikut agihan.
Medan-medan Jadual Unsur
No. Atom Unsur
Nama unsur
Simbol unsur
Kumpulan unsur
Kala unsur
Susunan elektron unsur
Jenis unsur
Jejari atom unsur
Takat didih unsur
Takat lebur unsur
Keelektronegatifan unsur
Gambarajah : Medan Jadual Berkala
Berdasarkan data yang diperolehi bagi setiap kategori maklumat, pelajar perlu
menentukan jenis data dan saiz data yang sesuai bagi setiap medan jadual
pangkalan data. Akhirnya pelajar akan dapat melengkapkan jadual unsur.
Nama Medan Jenis Data Saiz Medan Keterangan
1. No_atom Number Long Integer Nombor atom unsur
2. Nama Text 20 Nama unsur
3. ... ... ... ...
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 22
4. ... ... ... ...
5 ... ... ... ...
Gambarajah : Jenis Data dan Saiz
Contoh 2: Mata pelajaran Sains– Jenis-Jenis Haiwan
Medan Jenis Haiwan
Nama haiwan
Kumpulan Haiwan
Ciri-ciri
Pengkelasan
Gambarajah : Medan Jenis Haiwan
Pelajar perlu mengenalpasti jenis data dan saiz data.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 23
Gambarajah : Jenis Medan dan Data
Gambarajah : Table Jenis Haiwan
Dalam gambarajah di atas, pelajar akan memasukan data berdasarkan kategori
yang telah ditetapkan. Hasilnya akan memberi gambaran kefahaman pelajar
terhadap pengajaran guru.
Integrasi Internet
Perkembangan Internet di negara kita telah merangsangkan penggunaan teknologi
di dalam P&P. Jaringan Internet secara tidak langsung telah menggalakkan
penggunaan sumber maklumat dengan mudah dan pantas. Perkembangan Internet
juga lebih menggalakkan pelajar mengakses, memanipulasi dan mengenerasikan
maklumat secara digital.
Dengan kemudahan dan kaedah capaian yang lebih terbuka, kaedah penyampaian
P&P dapat dipelbagaikan di dalam era globalisasi. Kemudahan yang terdapat di
dalam laman web, e-mail, IRC, forum, enjin carian, rangkaian sosial dan lain-lain
akan menjadikan pembelajaran melalui Internet sesuatu yang diminati oleh pelajar.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 24
Internet Sebgai Sumber Pengajaran
Internet adalah merupakan alat yang amat berguna kepada guru. Dengan adanya
Internet, guru akan dapat menggalakkan pelajar untuk mencapai maklumat baru,
pandangan dan pengalaman. Terdapat juga beberapa perkhidmatan internet yang
merupakan alat yang berguna kepada guru untuk merancang dan mengajar. alat
tersebut .
Muat Turun Video
YouTube
Video di dalam Internet di gunakan dan di muat
turun.
TeacherTube
Video yang dihasilkan dan di muat naik untuk
pendidikan
Yahoo Video
Video yang boleh dikongsi penggunaan dalam
Internet
Livestream
Live stream dari kamera, desktop dan
permainan
School Tube
Video yang boleh digunakan untuk tujuan
pendidikan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 25
Muat Turun Muzik
Jamendo
Muzik yang boleh di muat turun
Jitterbug
Muzik untuk penggunaan kanak-kanak
Freeplay Music
Muzik dan kesan bunyi untuk muat turun
Soundzabound
Muzik yang khas untuk pendidikan
EZ-tracks
Muzik MP3 yang boleh di muat turun percuma
Muat Turun Imej / Grafik
Pics4Learning
Perpustakaan imej / grafik untuk tujuan
pendidikan
Ginipic
Enjin carian imej / grafik
Behold
Muzik dan kesan bunyi
Imej dan grafik percuma
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26
Ookaboo
Edupic
Gambar dan grafik percuma untuk pendidikan
Fotopedia
Ensaiklopedia gambar / imej
Muat Turun Persembahan / Slaid
Slideshare
Slaid persembahan untuk dikongsi
Authorstream
Slaid persembahan yang boleh di muat turun dan
'streaming'
Slideboom
Slaid persembahan untuk di muat turn
MyPhotoAlbum
Rekabentuk dan paparan grafik online.
Simpanan video percuma untuk perkongsian
Free PowerPoint Resources
Persembahan dan muzik percuma
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 27
Internet Sebagai Media Pengajaran
Terdapat pelbagai kemudahan aplikasi internet yang mampu memberikan sokongan
kepada para pendidik. Terdapat beberapa kemudahan internet yang utama yang
boleh menyokong keperluan pendidikan masakini adalah kepada E-Pembelajaran
(e-learning / online learning) dan aplikasi Web 2.0 (social network)
E-Pembelajaran
Haikuls
LMS – mewujudkan pembelajaran online untuk
artikel, imej, audio dan video untuk P&P.
SimpleVLE
Persekitaran pembelajaran maya untuk guru,
pensyarah dan pelajar. Kelas maya, kuiz, ujian
untuk pembelajaran maya.
Udutu
Alat berasaskan Internet untuk kursus e-
pembelajaran dengan mudah.
CollaborizeClassroom
Aktiviti e-pembelajaran, tugasan dan diskusi
secara atas talian.
EnterTheGroup
Perkongsian maklumat pendidikan atas talian
bagi guru dan pelajar.
Gooru
Guru boleh menggunakan ruangan, sumber dan
maklumat pendidikan untuk perkongsian dengan
pelajar.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 28
Aplikasi Web 2.0 (Rangkaian Sosial)
Blogger
Enjin Blog yang terdapat di dalam Google
Edublogs
Tapak blog untuk tujuan pendidikan
Wordpress
Tapak blog percuma
Wikispaces
Wiki percuma untuk kumpulan, pelajar dan orang
ramai
pbwiki
Kolaborasi dan perkongsian fail antara pengguna
Integrasi Pakej Pembelajaran
Integrasi sesuatu pakej pembelajaran dalam proses P&P adalah lebih mudah
berbanding dengan integrasi media-media tertentu dalam P&P. Ini kerana pakej
pembelajaran itu sendiri telah mengintegrasikan pelabagi media dan juga telah pun
mempunyai atau menyediakan aspek pedagogi secara nyata, iaitu ia mempunyai
aktiviti-aktiviti pembelajaran secara tersusun dan media-media yang tersedia pula
dibina dengan tujuan untuk sesuatu topik atau konten tertentu. Maka
penggunaannya pula tertakluk kepada proses yang telah ditentukan dalam pakej itu,
cuma mungkin sedikit perubahan aktiviti dalam proses P&P yang perlu dilakukan
oleh guru-guru berdasarkan keperluan pelajar-pelajarnya.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 29
Berikut paparan contoh-coantoh e-pembelajaran dalam format web:
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 30
Aktiviti : Integrasi
Anda mengajar di sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan untuk
menggunakan TMK. Anda ingin menerapkan kegunaan TMK (aplikasi office)
dikalangan pelajar di dalam kelas. Anda dikehendaki menyediakan rancangan
pengajaran yang berkesan bagi menerapkan TMK di dalam aktiviti pembelajaran
tersebut. Lakukan perancangan anda mengikut keperluan berikut :-
Gunakan model ID (instructional design) yang sesuai bagi membantu anda
membuat perancangan. Pilih samada model ASSURE ataupun model ADDIE
yang pernah anda pelajari di dalam Unit 1. Perincikan setiap langkah yang
terdapat di dalam model tersebut bagi menjelaskan perlaksanaannya.
Bina aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan integrasi aplikasi office
(pemproses perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik atau
pengkalan data) dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi sesuatu topik yang telah dipilih.
Laksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam persekitaran pembelajaran
yang bersesuaian.
Refleksi : Integrasi
Semasa anda melaksanakan aktiviti p&p yang melibatkan pengintegrasi
aplikasi office, apakah kekangan dan masalah yang anda hadapi. Cuba
jelaskan bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut.
5.3 PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN
Pembangunan e-pembelajaran atau media P&P interaktif, anda memerlukan sedikit
pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai perisian, misalnyal, Office, audio editor,
video editor, grafik editor, converter, dan eLearning editor (alat pengarangan).
Walau bagaimana pun pengetahuan khusus berkaitan dengan rekabentuk
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 31
pengajaran merupakan asas dalam proses perancangan dan pembangunan e-
pembelajaran.
Alat-alat Pembangunan
Semasa membangunkan media pengajaran atau e-pembelajaran anda digalakkan
menggunakan perisian-perisian mudah yang boleh didapati dari sumber open
source atau freeware, semuanya boleh didapati dari internet, kerana ia perisian
percuma dan sah digunakan. Antaranya seperti dibawah:
Perisian Kegunaan
Gimp ; Avtive Pixels ; Free Image editor
Grafik atau image editor
Paint.Net Editor untuk mengolah foto.
Audacity Editor untuk merekod dan mengolah audio
Hotpotato Perisian untuk membina pelbagai latihan dalam persekitaran web.
Photo Flash Maker Professional
perisian untuk membina slaid foto berasaskan flash dan dapat digunakan dalam laman web.
iSpring Free & Free Quiz Maker
Perisian yang menggunakan power point sebagai asas untuk menghasilkan media pengajaran yang lebih baik – boleh meletakkan quiz, flash dan video youtube dan seterusnya menukarkan power point kepada format flash (.swf)
eXe (dicadangkan untuk digunakan meghasilkan produk P&P multimedia)
Editor menghasil epembelajar dalam persekitaran web. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang telah dihasilkan dalam editor ini.
LCDS (cadangan untuk membina e-pembelajaran)
Perisian percuma dari Microsoft, Learning Content Development System – untuk menghasilkan e-pembelajaran yang telah disusun rekabentuk nya. Ia boleh eksport kepada beberapa format, SCORM, web dan lain-lain.
Course Lab Merupakan alat pengarangan e-pembelajaran percuma WYSIWYG yang mudah digunakan. Ia boleh menghasilkan e-pembelajaran interaktif kualiti baik yang mana boleh diterbitkan pada internet, LMS, CD-ROMS dan lain-lain.
Xerte Editor menghasil e-pembelajaran dalam persekitaran flash. Anda boleh mengabungkan pelbagai media yang
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 32
Perisian Kegunaan
telah dihasilkan dalam editor ini.
LectureScribe Alat mudah untuk mencipta hasilan pengajaran melalui papan putih. Hasil pengajaran boleh dieksport keformat flash (.swf)
IHMC CmapTools Perisian untuk membina peta konsep yang boleh mengwujudkan navigasi dan perkongsian.
GeoGebra Perisian terbuka untuk matematik, boleh menghasilkan bentuk geometeri yang interaktif dalam bentuk java applet.
Blender Perisian untuk menghasilkan animasi 3D
Virtualdub, Wax Perisian editor video
Videopad (free) Perisian editor video
FormatFactory Perisian yang boleh menukarkan media (grafik, audio dan video) dari satu format ke format yang lain.
iSpring Free Perisian yang menukar power point kebentuk flash (.swf) yang dapat mengekalkan animasi yang wujud.
Free Quiz Maker Perisian untuk membina latihan/kuiz dan boleh dieksport ke format .swf atau di letakkan pada power point.
FreeMind Perisian untuk menghasilkan peta minda.
Flash Slideshow Maker
Menghasilkan persembahan animasi foto gallery dan boleh diterbit dan dikongsi pada web.
Pengenalan eXe
Contoh berikut panduan menghasilkan media pembelajaran interaktif menggunakan
eXe editor (eLearning editor). Anda dinasihatkan mendapatkan perisian eXe dari
internet (http://exelearning.org/?q=downloads), muat turun dan instal ke dalam
kompuer anda (terdapat juga versi yang tidak perlu di install).
eXe adalah "e-learning XHTML editor" merupakan alat pengarangan berasaskan
persekitaran web yang boleh membantu guru-guru atau pendidik untuk
merekabentuk dan menghasilkan bahan P&P berasaskan laman web. Untuk
menghasilkan produk tersebut guru-guru tidak perlu mengetahui aspek teknikal
HTML atau XML.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 33
E-pembelajaran (e-learning) kini cukup popular dan web pula telah mula menjadi
sebahagian dari keperluan dalam kehidupan individu. Kebanyakkan guru pula tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menghasilkan e-pembelajaran
dengan cukup baik - untuk itu perisian eXe ini di dapati dapat membantu guru-guru
yang ingin menghasil dan menggunakan e-pembelajaran dengan mudah. eXe editor
ini boleh mengabungkan pelbagai jenis-jenis fail media, sama ada teks, grafik, audio,
video, animasi
Gambar berikut merupakan paparan awal apabila eXe dijanakan dan apabila tab
Rename diklik untuk mengantikan nama Home.
Apabila eXe dijana anda akan dipaparkan satu editor yang mengandungi 3 ruang
utama seperti berikut: iaitu Outline; iDevices dan Authoring.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34
Ruang Outline merupakan ruang untuk anda menentukan tajuk atau menu bagi
laman-laman maklumat atau P&P.
Untuk menghasilkannya anda hanya perlu klik Add
Page. Misalnya jika anda hendak sub tajuk bagi
Pengenalan exe Authoring - klik dahulu Pengenalan
exe Authoring dan kemudian baru klik Add Page.
Begitu sebaliknya jika anda hendak membina sub
tajuk Permulaan eXe - klik dahulu Permulaan eXe
dan kemudian klik Add Page.
Lihat Contoh dalam gambar berikut:
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 35
Bahagian akhir Outline mengandungi 4 objek untuk anda melakukan perubahan
kedudukan bagi tajuk/menu jika anda telah melakukan kesilapan menentukan
kedudukan subtajuk.
iDevices merupakan unsur/alat pengajaran yang boleh digunkan untuk anda
meletakkan konten, aktiviti atau lain-lain media bagi tujuan P&P dalam ruang
Authoring.
Elemen tersebut terdiri dari;
untuk membina aktiviti
membina attachment - untuk sertakan
dokumen lain dalam laman tertentu
aktiviti membina soalan - isikan tempat
kosong
memasukkan maklumat dari sesuatu laman
web - perlu ada akses internet
meletakkan fail flash movie (.flv)
meletak pelbagai gambar-gambar
melihat gambar dengan menggunakan
kanta pembesar
memasukan lagu atau fail mp3
menulis formula matematik
membina ujian atau kuiz dengan pelbagai
pilihan dan ujian benar-salah
aktiviti refleksi
memasukan maklumat terus dari web site wikipedia atau lain-lain laman web
dengan hanya menaipkan satu kunci perkataan.
dll.
Ruang authoring untuk anda mengisikan elemen-elemen dari iDevices. Misalkan
anda hendak menulis teks tertentu anda perlu klik Free Text dan satu editor teks
akan terpapar untuk anda melakukan tujuan anda. Editor tersebut seperti anda
menaip dengan menggunakan word. Jika anda telah habis menaip anda hanya perlu
klik butang tanda "betul" (warna hijau) dan jika tidak mahu cuma klik tanda X (warna
merah) - cukup mudah kan!
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 36
Contoh untuk mensisipkan fail flash (.swf).
Paparan berikut merupakan power point yang telah ditukarkan kepada flash.
Untuk menukarkannya anda boleh menggunakan perisian PPtFlash (boleh di
download dari internet).
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 37
Contoh berikut
iDevices untuk
menggunakan
Image
Magnif ie r;
Paparan bagi
image yang
dipilih seperti
berikut;
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 38
Dengan menggunakan iDevices “Multi-
choice” anda boleh membina soalan-
soalan seperti contoh berikut:
Contoh-contoh yang dinyatakan di atas
hanya sebahagian iDevices yang boleh
digunaan untuk pelbagai tujuan aktiviti
pembelajaran pelajar yang boleh di
isikan dalam paparan bagi tajuk-tajuk
tertentu.
Selain daripada itu anda boleh
meletakan fail-fail yang boleh dipautkan
misalnya fail word, excel dan sebagainya. Untuk meletakkan fail video, adalah lebih
mudah jika anda sisipkan fail video flash (.flv). Fail video flash boleh ditukarkan dari
pelbagai fail video dengan menggunakan perisian Format Factory Converter
(download dari internet).
Learning Content Development System (LCDS)
Learning Content Development System (LCDS) adalah alat yang membolehkan kita
membangunkan aplikasi kursus dalam talian yang berkualiti tinggi dan interaktif .
Sesesiapa sahaja boleh membina kursus e-pembelajaran mereka sendiri dengan
melengkapkan template yang mudah, seterusnya akan menjana alat pembelajaran
yang mantap yang mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti permainan, kuiz, interaktif,
penilaian, animasi, demostrasi dan lain-lain aktiviti yang melibatkan unsur-unsur
pengajaran dan pembelajaran.
Merupakan alat pengarangan berasaskan bentuk (form-based tool) yang
dibangunkan bagi membantu penghasilan objek pembelajaran dalam persekitaran
e-pembelajaran. LCDS sangat sesuai bagi guru yang memerlukan aplikasi yang
cepat dan mudah bagi menghasilkan objek pembelajaran berasaskan e-
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 39
pembelajaran dan ia fleksibel dengan format XML. LCDS terdiri daripada tiga
komponen utama iaitu : Course Structure, Template dan Page.
Gambarajah : Tetingkap LCDS
Course Structure - tetingkap untuk menghasilkan dan mengubah isi
kandungan bagi module, lesson dan topic yang
kita hasilkan.
Templates - tetingkap untuk kita memilih template yang sesuai
lagi module, lesson atau topic yang dipilih.
Page - tetingkap ini akan memaparkan templates yang
dipilih.
Membina Kursus Baru
Untuk memulakan pembangunan objek pembelajaran, langkah pertama adalah
dengan memberi nama kursus (course name) dan bahasa yang akan digunakan
(Course Language). Buat masa ini terdapat 7 pilihan bahasa.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 40
Jenis-jenis Template
LCDS kemudian akan meminta anda memilih pilihan template yang sesuai. LCDS
menyediakan 5 pilihan template yang boleh dipilih berdasarkan bentuk dan
kesesuaian objek pembelajaran yang akan dibangunkan.
Bagi menghasilkan page yang memerlukan pengguna berinteraksi dengan isi
kandungan (interactive page)
Bagi menghasilkan page yang mengandungi paparan media seperti video,
demostrasi atau animation
Bagi menghasilkan page berbentuk permainan (Play Learning Mode)
Bagi menghasilkan page berbentuk pembacaan (Read Learning Mode)
Bagi menghasilkan page di mana pengguna boleh mencuba (Try Learning Mode)
di mana ia menggunakan konsep guna tangan (hand-on task)
Bagi menghasilkan page yang sesuai digunakan di bilik darjah. Menyediakan
ruang topik yang lebih besar dan ada pertambahan dalam gaya bacaan.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 41
a. Template - Interact
Template ini sesuai dipilih jika kita ingin membina objek pembelajaran yang
berbentuk interaktif, dengan kata lain ianya bermaksud pelajar boleh berinteraksi
dengan isi kandungan. Sebagai contohnya, template Aktiviti Pengembaraan
(Adventure Activity), membolehkan pelajar untuk membuat pilihan mereka sendiri
melalui senario logik bercabang. Interact menyediakan 4 pilihan template yang
terdiri daripada Advance Activity, Drag and Drop, Interactive Job Aid dan Slider.
TEMPLATE CIRI
Adventure Activity Interaktiviti berbilang halaman,
menyediakan aktiviti yang berasaskan
senario dan menyelesaikan masalah.
Drag and Drop
Interaktif seret dan lepas. Sesuai
digunakan untuk menguji konsep atau
tajuk yang telah dipelajari sebagai aktiviti
pengukuhan.
Interactive Job Aid
Berbentuk soalan ya / tidak (true / false),
membolehkan pengguna memilih
jawapan berdasarkan peranan kerja
mereka sendiri atau berdasarkan
pengalaman.
Slider
Slider membolehkan pelajar untuk
meneroka hubungan di antara
pembolehubah dan boleh membuat
menyesuaian bagi setiap pemboleh ubah
dan akhirnya melihat hasilnya.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 42
Adventure Activity
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Adventure Activity
Gambarajah : Previu Template Adventure Activity
Aktiviti Pengembaraan adalah interaktiviti berbilang halaman. Setiap halaman
membolehkan pelajar membuat keputusan dari 1 hingga 4 kemungkinan.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 43
Drag and Drop
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Drag and Drop
Gambarajah : Previu Template Drag and Drop
Pelajar boleh seret dan lepas item ke dalam kategori pilihan. Mereka boleh
mendapatkan maklum balas (tepat atau sebaliknya) mengenai kerja mereka dengan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 44
klik butang Submit. Show Answer akan memaparkan jawapan yang betul dan Reset
akan mengosongkan pilihan mereka supaya mereka boleh mencuba lagi.
b. Template - Watch
Bentuk pembelajaran ini agak pasif kerana hanya melihat pada paparan. Terdiri
daripada Animation, Demonstration, Media With Key Points, Click Table Animation
TEMPLATE KETERANGAN
Animation Animasi filem ringkas yang menyampaikan konsep
pengajaran visual dengan teks yang minimum.
Umumnya terdiri daripada audio, standard kawalan
media, dan transkrip.
Demostration
Demonstrasi merupakan filem yang memaparkan
contoh ringkas bagaimana sesuatu berfungsi,
prosedur dan langkah pelajar melalui sesuatu proses
atau skrin maklumat. Demonstrasi menyediakan
persembahan visual dengan riwayat maksudnya.
Media With Key Points Berfungsi menyediakan tayangan video (WMV format
fail) dengan mata bullet utama yang dipaparkan di
sebelah video. Di samping itu, anda boleh meletakan
transkrip audio bagi pelajar untuk rujukan dan / atau
cetakan jika dikehendaki.
Click Table Animation
Click table yang mengandungi animasi atau video
dalam setiap seksyen. Jika anda mempunyai topik
yang anda mahu membuat liputan menggunakan
video atau animasi yang pelbagai, anda boleh
menggunakan template ini untuk menggabungkan
sehingga sepuluh video atau animasi dalam topik
anda.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 45
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Demonstration
Gambarajah : Previu Template Demonstration
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 46
c. Template –Play
Template ini menyediakan situasi pembelajaran berbentuk permainan. Terdapat
dua pilihan iaitu permainan susun (sort game) dan permainan jubin (tile game).
Permainan merujuk kepada bentuk pembelajaran tidak berbanding soalan penilaian.
Permainan Menyusun
Permainan Susun menyediakan kaedah interaktif dan menghiburkan untuk
maklumat mengkategorikan. Pelajar boleh menyusun item ke dalam 2-3 objek
categories.Matlamat permainan adalah untuk mengkategorikan semua jubin dengan
betul dalam jangka masa yang singkat.
Permainan Jubin
Permainan Jubin adalah permainan teka-teki yang berdasarkan pasangan serupa
penyata benar/palsu. Matlamatnya adalah untuk melibatkan pelajar,
memperkenalkan istilah, dan menilai ketekalan maklumat.
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Tile Game
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 47
Gambarajah : Previu Template Tile Game
d. Template - Read
Terdapat 9 pilihan template yang boleh dipilih bergantung dengan kesesuaian anda.
( Introduction, Text and Picture, Table, Click Table, Multiple Choice, True False,
Eassy Question, Glossary, Show Hide ). Dalam gambarajah di bawah template
yang dipilih adalah introduction.
Introduction
Introduction merupakan template serbaguna. Ia boleh digunakan bagi memberi
gambaran awal (overview), pengenalan pengajaran atau topik. Sila ambil perhatian
template ini khusus menyediakan ruangan grafik bersaiz 145X145, format .JPEG.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 48
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Introduction
Jika ingin masukan grafik dalam page, anda perlu masukan dalam ruangan yang
disediakan. Pastikan gambar-gambar yang akan digunakan di salin ke dalam folder
media. (sila rujuk gambarajah bagi kedudukan hirarki folder media). Ambil
perhatian juga format fail yang sesuai bagi LCDS.
Gambarajah : Kedudukan Hirarki Folder Media
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 49
Gambarajah : Previu Template Introduction
Table
Pilih Table, pada tetingkap page isikan ruangan yang berkaitan. Maksimum baris
yang disediakan adalah 10 dan lajur adalah 3.
Gambarajah : Contoh Penggunaan Template Table
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 50
Gambarajah : Previu Template Table
e. Template –Try
Mod pembelajaran Cuba (try) membolehkan pelajar mencuba mana-mana
kandungan tajuk secara hands-on yang menyamai siituasi sebenar.
Simulasi
Melalui simulasi, pelajar belajar dan mencipta pengalaman menghadapi suatu situasi
yang mungkin menggunakan perisian komputer tanpa memerlukan pelajar berada
pada situasi sebenar. Simulasi biasanya digunakan bagi mengambarkan perjalanan
satu proses atau aktiviti.
Lab Scenario/Offline
Template ini akan membolehkan guru untuk menyediakan garis panduan
bermaklumat bagi makmal pelajar yang akan dijalankan secara offline.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 51
Gambarajah : Template Simulasi
Gambarajah : Template Lab Scenario/Offline
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 52
f. Template – Classroom
Classroom sesuai digunakan untuk tajuk pembelajaran yang berpusatkan latihan
bilik darjah. Classroom menyediakan template Text, Picture and Table yang
membolehkan guru mengabungkan imej, teks perenggan dan jadual (maksimum 3
lajur dan 10 baris) menjadi satu. Membolehkan guru menyediakan set tambahan
yang mengabungkan teks, grafik dan jadual (maksimum 16) dalam tajuk yang sama.
Gambarajah : Template Classroom
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 53
Perancangan Pembangunan
Merancangan untuk membangunkan satu produk e-pembelajaran memerlukan asas
kemahiran dan pengetahuan dalam aspek teorikal dan praktikalnya, iaitu;
teori pembelajaran,
rekabentuk pengajaran,
kemahiran memilih dan menilai
kemahiran perisian asas, seperti garfik editor, audio, video, perisian
multimedia umum, flash, perisian convertor dan lain-lain yang berkaitan,
Berikut merupakan cadangan langkah-langkah perancangan untuk anda
membangunkan e-pembelajaran;
1. Tentukan matlamat hasil produk –
2. Proses perancangan dan pembangunan:- ADDIE
a. Aktiviti Analisis (A) :- Analisis pelajar anda, sikap, gaya pembelajaran
tahap dan keupayaannya;
Analisis konten yang disampaikan, strukturkan semula konten supaya
setiap unit sub-konten tidak terpisah, fikirkan yang mana dahulu perlu
dikuasi oleh pelajar dan konten sokongan yang perlu;
Fikirkan bahan/media yang boleh dibina atau dicari berdasarkan konten
utama dan bahan sokongan;
Tentukan hasil pembelajaran berdasarkan pelajar dan konten – hasil
pembelajaran semestinya akan mengwujudkan aktiviti dalam e-
pembelajaran dan apa yang boleh dilakukan oleh pelajar.
Berdasarkan hasil pembelajaran fikir dan bincangkan bagaimana
pembelajaran tersebut seharusnya akan berlaku?
Kemudian fikirkan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang sesuai supaya
menghasilkan pembelajaran yang bermakna, seronok, berkaitan,
sesuai dan memenuhi hasil pembelajaran.
b. Aktiviti Reka bentuk (D) :- Terdapat 2 rekabentuk, iaitu reka bentuk umum
yang melibatkan hasil paparan produk dan kedua reka bentuk proses yang
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 54
melibatkan proses bagaimana media dan konten itu disalurkan kepada
sasaran, yang melibatkan aspek pedagogical.
i. Reka bentuk umum – melibatkan reka letak yang melibatkan susunan
penyampaian objek-objek tertentu; misalnya teks, audio, video, grafik,
animasi.
ii. Reka bentuk proses – melibatkan bagaimana kita mengaplikasikan
teori pembelajaran, strategi dan kaedah pengajaran (instructional).
Dalam bahagian ini pemahaman kita terhadap apa itu pembelajaran
(perspektif pembelajaran) akan mempengaruhi kita menghasilkan
proses ini. Misalnya jika kita beranggapan dengan membaca sahaja
pelajar akan belajar maka kita akan banyak menyampaikan maklumat.
Jika sebaliknya iaitu membina, kita akan banyak meminta pelajar
melaksakan aktiviti dan bersifat interaktif.
Rancangan proses pembelajaran berasaskan kaedah dan media
atau bahan yang telah dipilih.
Fokuskan kepada;
Penyertaan aktif pelajar dari segi fizikal dan mental,
Ada aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar
mengamalkan pengetahuan dan kemahiran,
Pembelajaran berkaitan dengan persekitaran mereka
Pelajar dapat melakukan proses refleksi terhadap aktivitinya
iii. Dalam konteks ini kita mungkin menghasilkan papan cerita
(storyboard) sebagai panduan sebelum pembangunan.
c. Aktiviti Pembangunan (D) :- dalam aktiviti ini kita akan membangunkan
produk berdasarkan rekabentuk yang telah dirancang di atas iaitu
berpandukan papan cerita. Pembangunan produk memerlukan kemahiran
teknikal, iaitu untuk membangunkan media-media dan e-pembelajaran.
Pertama: media yang perlu;
Cari dan pilih bahan/media yang bersesuaian
Ubahsuai media yang sedia ada jika boleh digunakan
Bina media sediri jika dirasakan lebih perlu dan sesuai
audio; grafik; animasi; video; dll
Kedua, e-pembelajaran;
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 55
Berdasarkan pelan kisah yang telah dibina, dengan menggunakan alat
pengarangan (editor) e-pembelajaran (atau yang setara):
Susunkan dan isikan konten
Masukan elemen multimedia yang telah ditetapkan
Bina Menu untuk membuat capaian ke tajuk-tajuk, aktiviti, latihan
dan sumber
Buat pautan dari tajuk, aktiviti, tugasan, latihan, sumber dan lain-
lain; dan pautan semula ke Menu
d. Aktiviti Implimentasi (I) :- sebagai pilot projek laksanakan e-pembelajaran
anda kepada pelajar anda, sama ada kepada sedikit atau ramai pelajar.
e. Aktiviti Penilaian (E) :- Buat penilaian selapas anda melaksanakan
kepada pelajar anda. Lihat jika ada mana elemen yang perlu diberi
perhatian untuk di tambah baik. Beri penekanan kepada aktiviti proses,
kesesuaian mesera pengguna dan kesan media kepada aktiviti
pembelajaran.
3. Lakukan proses penambahabaikan terhadap bahagian 2 di atas selepas
aktiviti penilaian. Ini merupakan satu kitaran proses pembangunan.
Kebiasaan anda berfikir seperti apa yang dicadangkan di atas akan memudahkan
anda merancang dan seterusnya menghasilkan sesuatu produk e-pembelajaran
dengan lebih baik. Maka ingatkan model (ID) dalam apa jua proses!
Renungan Jika anda menggunakan fail-fail office sebagai media dalam e-pembelajaran berasaskan web, adakah ia dapat memberi kesan dalam pembelajaran pelajar yang baik. Jika tidak bagaimana ia boleh dipertingkatkan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 56
Aktiviti : e-Pembelajaran (Tugasan Projek)
[Tugasan perlu dilaksanakan dan dihantar]
Berdasarkan satu sub-topik matapelajaran, anda dikehendaki menghasilkan satu
bahan pembelajaran (e-pembelajaran) yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran anda. E-pembelajaran tersebut hendaklah
mengadungi pelbagai media (multimedia).
Dalam proses pembangunan e-pembelajaran, anda dikehendaki menghasilkan
perkara-perkara berikut (dokumenkan):
Rancangan pengajaran berdasarkan sesuatu rekabentuk pengajaran
Papan certa (storyboard) – pelan kisah sebelum produk e-pembelajaran
dibangunkan.
Buat penilaian berdasarkan reka bentuk produk (reka letak) dan reka bentuk
proses (aspek pedagogikal).
Refleksi : e-Pembelajaran
[Aktiviti ini perlu dilaksanakan dan perlu di hantar melalui LMS]
Semasa anda membangunkan sesuatu produk e-pembelajaran,
cuba anda fikirkan apakah perkara-perkara utama yang perlu
diberi perhatian supaya penghasilan produk adalah sangat baik,
beri alasan anda. Kemudian apakah masalah-masalah utama
yang anda hadapi semasa proses pembangunan, dan
bagaimana anda mengatasi masalah tersebut.
5.4 RUMUSAN
Sesuatu yang sangat penting dalam melaksanakan integrasi TMK dalam P&P ialah
kita perlu bertindak dengan berfikrah, harus sedar bila sesuatu itu boleh
dilaksanakan dan bila ia tidak wajar digunakan dan yang penting pula ialah
bagaiman sesuatu itu dapat dilaksanakan. Pengintegrasian aplikasi office dalam
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 57
proses P&P pula berkehendakkan sedikit usaha anda supaya ia menjadi pemangkin
kepada konsep letrasi teknologi kepada pelajar-pelajar dan menjadikan ia pemudah
kepada pembelajaran pelajar. Pembangunan bahan pembelajaran (e-pembelajaran)
pula akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan anda dalam meluaskan konsep
integrasi itu sendiri, dan meningkatkan pengetahuan anda dalam bindang “teknologi”
itu sendiri.
Apa yang perlu diberi perhatian dalam proses integrasi ini ialah berlakunya anjakan
paradigma kita terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu berubah dari
fahaman system masyarakat industri kepada system masyarakat maklumat; berubah
dari amalan persekitaran pembelajaran tradisional kepada pembelajaran kini (aktif).
Kita hendaklah melihat proses pembelajaran seharus didominasi oleh pelajar dan
bukan guru, guru adalah perancang dan pembina persekitaran untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Integrasi teknologi itu sendiri adalah
untuk membantu mengwujudkan “makna” terhadap diri pelajar.
Tugasan : Tutorial
[Tugasan ini perlu dilaksanakan, dihantar dan dibincangkan dalam pertemuan mingguan]
Dengan menggunakan dokumen penilaian produk multimedia, buat
penilaian hasil produk e-pembelajaran tugasan projek anda.
Kemudian kecilkan kategori item-item penilaian tersebut.
Berdasarkan kategori-kategori tersebut buat ulasan penilaian produk
tersebut. Berdasarkan pada penilaian dan ulasan tersebut, apakah cirri-ciri penting
dan utama yang perlu ada pada sesuatu produk e-pembelajaran.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 58
5.5 LATIHAN
Sila cuba mendapatkan jawapan dari soalan-soalan anika pilihan berikut:
1. Pernyataan berikut merupakan satu aktiviti atau proses yang melibatkan integrasi TMK dalam P&P bagi sesuatu matapelajaran tertentu, kecuali. A. Murid melayari internet untuk mendapat maklumat-maklumat bagi
menghasilkan kerja kumpulan B. Guru menunjukkan klip video proses fotosentisis dengan menggunakan
LCD projektor dalam masa 10 minit. C. Murid mempelajari perisian power point, yang diajar oleh guru semasa
sedang mempelajari Bahasa Melayu. D. Murid menghasilkan carta dengan menggunakan excel, untuk
mempersembahankan hasil aktiviti dan perbincangan kumpulan mereka.
2. Satu perisian/pakej pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri seperti, satu arahan yang begitu tersusun tertib maklumat/kandungan disalur secara linear atau bercabang terdapat latihan untuk mengukur pencapaian kadang-kadang terdapat aktiviti permainan,
ianya tergolong dalam kategori perisian P&P. A. Tutorial B. Simulasi C. Latih tubi D. Permainan
3. Kejayaan penggunaan TMK dalam P&P bergantung kepada perkara berikut; I. Keupayaan guru untuk mengintegrasikan TMK dalam P&P
II. Keupayaan guru mengajar perisian-perisian aplikasi kepada murid III. Keupayaan guru mengwujudkan aktiviti kolaboratif semasa
penggunaan TMK dalam P&P. IV. Keupayaan guru menyerapkan pemikiran peringkat tinggi (higher-
oder thinking) dalam penggunaan TMK dalam P&P
A. II, dan III B. I, III, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV
4. Satu produk multimedia pendidikan yang membenarkan seseorang pengguna
untuk terlibat secara lebih aktif khususnya dalam membentuk pengetahuan mereka sendiri semasa menyelesaikan tugas tertentu yang disediakan oleh sistem, tergolong dalam sifat
A. Simulasi B. Konstruktif C. Permainan D. Penerokaan
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 59
5. Penulisan sesuatu objektif atau hasil pembelajaran dikatakan sangat penting
kerana, I. Mudah untuk guru melihat pembelajaran II. Mudah untuk guru menilai pencapaian murid-murid
III. Mudah untuk guru mengajar sesuatu matapelajaran IV. Digunakan sebagai asas untuk memilih rekabentuk pengajaran dan
pembelajaran, bahan, kandungan dan kaedah. A. I, dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV
Bagi soalan esei berikut anda diharapkan dapat berbincang dengan rakan-rakan
atau dengan pensyarah bagaimana untuk menjawab soalan-soalan ini.
1. Jelaskan dengan ringkas bagaimana anda dapat mengajar sesuatu subtopik
mata pelajaran dengan mengintegrasikan aplikasi office dalam proses
pengajaran dan pembelajaran anda. Buat perbandingan kekuatan dan
kelemahan antara aplikasi-aplikasi office untuk diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Dalam proses menghasilkan sesuatu objek pembelajaran atau pakej
pembelajaran, anda akan menghasilkan pelbagai media atau objek bagi
menghasilkan pakej tersebut.Terangkan bagaimana anda mengabungkan
objek-objek tersebut supaya menjadi satu pakej pembelajaran yang interaktif
dan efektif untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Anda ingin mengintegrasikan penggunaan audio dan video dalam pengajaran
dan pembelajaran anda.Terangkan langkah-langkah anda menghasilkan
audio, video dan seterusnya diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran
pelajar anda.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 60
5.7 REFLEKSI
Lakukan aktiviti ini secara sukarela. Buat catatat ringkas dalam masa senggang
anda tanpa merujuk mana-mana nota untuk menjawab persoalan (refleksi) berikut;
1. Cuba anda catatkan apakah perkara-perkara penting yang sebenarnya anda
pelajari dalam topik integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Cuba anda senaraikan apakah langkah-langkah perlu untuk membina satu
produk e-pembelajaran.
3. Cuba anda fikirkan mengapakah rekabentuk pengajaran (instructional design)
menjadi salah satu element penting dalam membina proses P&P yang
melibatkan penggunaan teknologi khususnya TMK.
4.
RUJUKAN
Grabe,M. and Grabe,C. (1998). Integrating Technology for Meaningful Learning.
Houghton Mifflin Company. New York.
Lever-Duffy,J. and McDonald,J.B. (2008). Teaching and Learning with
Technology. Pearson. New York.
Roblyer, M.D. and Edwards,J. (2000). Integrating Educational Technology into
Teaching. Prentice Hall. New Jersey.
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 61
Isi Kandungan Utama:
Sub-sub :
Isi kandugnan dan sub-sub disampaikan dalam bentuk penerangan, berserta
contoh dan gambarajah.
Jika konten yang ada amali (perlu amali), perlu dinyatakan tugasan dan
proses kerja penghasilan tugasan itu (amali)
Dalam setiap sub mungkin boleh disisipkan dengan aktiviti refleksi (soalan
bersifat refleksi); misalnya Renungkan @ apa yang difikirkan @ latihan minda
yang lain..
Juga mungkin kenyataan berupa peringatan (fakta penting), istilah
Ringkasan isi kandungan (Rumusan)
Perkara-perkara utama yang perlu dikuasai dan difahami. Dalam bentuk point
form dan juga peta minda (mungkin)
Latihan:
Mungkin contoh dan contoh penyelesaian!
Jika ingin meletak Latihan untuk tutorial pun boleh.
Refleksi:
Sesuatu yang boleh dikaitkan dengan apa yang telah dibaca (isi kandugnan)
dengan pengalaman mereka. Tujuan untuk mencabar minda.
Rujukan:
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Pemprosesan Perkataan
Persembahan Elektronik
Hamparan Elektronik
Pangkalan Data
Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan
Penghasilan pakej multi media pembelajaran
Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran
Integrasi TMK Dalam P&P
Modul : Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 62
FIKIR-FIKIR
Persembahan Multimedia Interaktif adalah penting untuk
keberkesanan dalam PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer). Apakah perisian alat pengarangan
tersebut? Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
membina satu perisian multimedia interaktif bagi satu topik
matapelajaran opsyen anda.
Ingat