pembestarian pdp bm

20
HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjadi teras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan termasuklah Sekolah Bestari. 1.1 SEKOLAH BESTARI Sekolah Bestari merupakan satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Pada tahun 1997, Kerajaan telah memutuskan supaya Sekolah Bestari di tubuhkan sebagai pemangkin ke arah matlamat melahirkan individu yang kritis dan 1

Upload: hairulniza-mohamud

Post on 22-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

esemen

TRANSCRIPT

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

HBML2203:PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan serta berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pendidikan amat penting dan menjadi teras strategik dalam Misi Nasional. Kementerian Pelajaran telah mengatur strategi agar masyarakat Malaysia dapat menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pelbagai perubahan dan pembaharuan dilaksanakan termasuklah Sekolah Bestari.1.1SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari merupakan satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Pada tahun 1997, Kerajaan telah memutuskan supaya Sekolah Bestari di tubuhkan sebagai pemangkin ke arah matlamat melahirkan individu yang kritis dan kreatif supaya dapat bersaing di dalam ekonomi global pada abad 21. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Pembelajaran yang diharapkan di Sekolah Bestari ialah bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Pembelajaran juga berubah daripada berpusatkan guru kepada murid. Murid dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan disemai dengan nilai-nilai murni. Murid membuat pengembaraan mengelilingi dunia untuk mencari maklumat dan mengumpul data. Manakala bagi pihak pentadbir pula, dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. 1.2STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah. Penggabungan ini penting bagi membolehkan pelajar mencapai tahap kompetensi, masteri dan perkembangan diri yang menyeluruh (holistic).Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari yang digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Direktif (Directive) Pemerhatian (Observation) Mediatif (Mediative) Generatif (Generative) Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative) Konteks Luar (Outside-Context) Metakognitif (Metacognitive) Konteksual (Contextual) Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

1.3STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL1.3.1DEFINISI Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini meyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.

Pengajaran kontekstual membantu kita mengaitkan kandungan bahan belajar kepada situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan bagaimana ilmu digunakan dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat.Menurut teori ini, pembelajaran berlaku hanya ketika murid memproses maklumat dengan cara yang bermakna mengikut ruang rujuk mereka iatu dunia ingatan, pengalaman dan maklum balas mereka sendiri. Toeri ini menggalakakan mereka memilih dan membentuk persekitaran pembelajaran dengan memasukkan sebanyak mungkin pelbagai pengalaman dari aspek sosial, fizikal dan psikologi dalam usaha ke arah hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran seumpama ini murid menemui hubungan bermakna antara idea abstrak dan mengaplikasi amali dalam dunia sebenar di mana konsep diterima, dikukuhkan dan dihubungkan.Contoh pengajaran kontekstual adalah pembelajaran berasaskan aktiviti, sesi hands-on, seminar, bengkel dan program buat sendiri. Dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya, murid akan mempelajari topik keselamatan jalan raya dengan mengemukakan contoh-contoh papan tanda yang pernah mereka lihat.

1.3.2UNSUR-UNSUR PENTING TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Jawapan Soalan 1

1.4CIRI-CIRI PEDAGOGI BESTARI YANG DITERAPKAN DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUALPengurusan pembelajaran berpusatkan pelajar, iaitu pembelajaran melalui pengalaman.Pembelajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya sendiri dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan dan hanya bertindak sebagai fasilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri. Guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam. Selain itu, pembelajaran jenis ini juga mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Partisipatif, iaitu menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Partisipatif ialah setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).

Membudayakan ilmu dan berfikiran kritis dan kreatif Kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam pengajaran membina asas yang kukuh dalam melahirkan generasi berfikir. Daripada ilmu yang diterima, pelajar-pelajar mampu mempelbagaikan idea dan dan mencipta sesuatu yang praktikal dan berfungsi. Kemahiran berfikir dalam pengajaran karangan kreatif misalnya merangsang pelajar supaya sentiasa berfikir. Pelajar dilatih supaya melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, mendapatkan idea, kreatif untuk mengarang, menyusun dan mempersembahkan dengan gaya yang menarik. Menurut Kainz (1987), kemahiran menulis karangan adalah dibina atas impak kebolehan bertutur,bacaan dan kefahaman serta mendengar. Bruner (1966) pula berpendapat dengan memiliki kemahiran berfikir menjadikan karangan kemas, padat mempunyai koheran dan kohesi. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi dapat melatih murid-murid supaya mahir menggunakan teknologi komputer masa kini untuk menguasai mengikut perkembangan konsep world class education.Tujuan kemahiran ini diajar ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir bidang sains dan teknologi serta dipandang tinggi oleh masyarakat serta seluruh dunia. Untuk merealisasikan impian ini pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan agar semua murid tidak ketinggalan mempelajari kemahiran ini.Ketika mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru mesti guna penilaian on-going dan on-line kerana ia lebih mudah dan sistematik serta menunjukkan kecanggihan teknologi maklumat masa kini.

Kolaboratif, iaitu segala maklumat dikongsi bersamaMengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih. Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini, keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan. Nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Jawapan Soalan 22.0LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN STRATEGI KONTEKSTUAL2.1Panduan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual

MOTIVASI: Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan.PEMAHAMAN: Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.KEMAHIRAN: Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian.PENILAIAN: menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas itu, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.

Dalam proses kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai kaedah iaitu menghubungkait, mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama serta memindahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami. Setiap kaedah yang digunapakai harus dikaitkan dengan pengalaman dan persekitaran. Murid pula berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.2.2CONTOH STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM KEMAHIRAN LISANLANGKAH 1*Guru mengaktifkan pengetahuan sedia ada murid tentang cara membersihkan diri dengan menayangkan gambar.(memberus gigi, mandi dll)*Murid menjelaskan cara menjaga kebersihan diri,* Guru mengedarkan kad puisi kepada 4 kumpulan yang berbeza mengikut rangkap.

LANGKAH 2*Setiap kumpulan berbincang tentang maksud rangkap puisi yang diberi dan berlatih mendeklamasikannnya.*Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan di hadapan kelas.*Setelah selesai pembentangan, guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan.

LANGKAH 3*Setiap kumpulan diedarkan petikan lagu dan diminta melaksanakan simulasi berdasarkan senikata lagu.* Guru mengedarkan borang penilaian skala kadar kepada semua kumpulan dan saling menilai.

Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut ;

Jawapan Soalan 33.0PERISIAN KURSUS BERSIFAT INTERAKTIF

Umum mengetahui bahawa Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu menjadikan proses pengajaran pembelajaran lebih berkesan.Contoh aplikasi teknologi maklmuat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ialah Perisian kursus bersifat interaktif . Ia melibatkan pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk. Contohnya cakera padat(CD), disket, laman web, software serta desktop komputer. Perisian interaktif sesuai digunakan untuk pembelajaran berpusatkan pelajar. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bahan multimedia interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional(Crowe dan Palmera-Leynes,1995).Dalam pengajaran dan pembelajaran,perisian ini sesuai digunakan melalui cara yang berikut: Tutorial Eksplotari/penerokaan Aplikasi Komunikasi3.1KEBERKESANAN PERISIAN INTERAKTIF DALAM P&P DI SEKOLAH BESTARI Perisian interaktif dapat membantu pengajaran guru-guru terutama di sekolah bestari dalam mempertingkat keberkesanan p&p di bilik darjah. Melalui penggunaan perisian ini , guru dapat menjimatkan masa, pembelajaran lebih terbuka, bebas serta fleksibel.Dalam pada itu, pembelajaran berbantukan komputer menggunakan perisian juga dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya yang berada pada tahap pencapaian akademik yang rendah. Ini kerana golongan pelajar ini kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati dalam pembelajaran berbantukan computer. Ini selaras dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.(Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah 1998). Kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.Kesimpulannya, perisian kursus bersifat interaktif juga menggalakkan pembelajaran dengan cara:i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya. vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.Menurut Zoraini Wati Abas (1994), penggunaan komputer akan menjadikan pelajar-pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan di abad dua puluh satu.viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar

4.0PENUTUPDalam meniti era teknologi maklumat dan komunikasi yang sedang berkembang pasat, kehadiran Sekolah Bestari tidak dapat dinafikan mampu menyuntik satu paradigma baru dalam dunia pendidikan. Pembaharuan yang diperkenalkan ini secara dasarnya dilihat sebagai satu perkembangan sihat dalam institusi pendidikan kerana ia mendatangkan pelbagai implikasi positif kepada guru dan pelajar.

Pelbagai strategi diperkenalkan dan diserapkan secara langsung dan tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemantapan ini dilakukan agar menghasilkan satu pembelajaran yang holistik, global serta bermakna dalam kurikulum bestari. Oleh itu, sekalian para guru dan pelajar harus mula membuka mata terhadap ledakan baru kurikulum dan celik IT agar mampu bergerak seiring dengan impian negara. Ini kerana segala perubahan dan inovasi yang dilakukan tidak akan bermakna seandainya guru-guru dan pelajar masih alpa dan ketinggalan.

LAMPIRANBahan Bantu Mengajar

1. Pantun

Pucuk paku daun selasih,Dibeli dari kedai Pak Hadi,Kalau mahu diri bersih,Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,Mencari kayu dengan kelapa,Kalau mahu gigi yang putih,Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,Hendak membeli pisang embun,Kalau mahu berbadan wangi,Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,Makan laksa di tanjung Dahan,Kalau mahu hidup sejahtera,Setiap masa jaga kebersihan.

2. Petikan Teks

Membersihkan DiriNyanyi dan lakonkanPucuk paku daun selasih,Dibeli dari kedai Pak Hadi,Kalau mahu diri bersih,Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,Mencari kayu dengan kelapa,Kalau mahu gigi yang putih,Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,Hendak membeli pisang embun,Kalau mahu berbadan wangi,Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,Makan laksa di tanjung Dahan,Kalau mahu hidup sejahtera,Setiap masa jaga kebersihan.

1