kertas kerja utk yb

3
PENDAHULUAN. Penubuhan Tingkatan 6 di SMK Muara Tuang adalah bermula pada tahun 2003 dengan pembukaaan 3 buah kelas jurusan kemanusiaan. Pada tahun 2007 jurusan sains pula diwujudkan. Sehingga sekarang lebih 2000 orang pelajar lepasan STPM telah dikeluarkan oleh SMK Muara Tuang. Pada tahun 2015, pelajar Tingkatan 6 SMK Muara Tuang telah mencapai jumlah 240 orang dengan 9 buah kelas. SMK Muara Tuang juga merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan mata pelajaran sains di daerah Samarahan, selepas penutupan Tingkatan 6 di SMK Sungai Tapang. Pelajar Tingkatan 6 di SMK Muara Tuang sehingga hari ini adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Kota Samarahan, Bt. 7, Penrissen, Asajaya dan Sadong Jaya. Transformasi pendidikan dan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah merubah landskap jurusan Tingkatan 6. Transformasi pendidikan Tingkatan 6 yang merupakan hasil cetusan idea daripada mantan Menteri Pendidikan telah merombak keseluruhan sistem,pendidikan Tigkatan 6 dari sistem terminal kepada sistem modular. Sekolah yang mempunyai jurusan Tingkatan 6 juga telah dikategorikan kepada 3 jenis Mod iaitu Mod 1,2 dan 3. Mod 1 adalah merupakan sekolah yang hanya mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6, Mod 2 pula terdiri daripada gabungan pelajar aliran perdana (Tingkatan 1 -5) dengan Tingkatan 6, namun Tingkatan 6 mempunyai bangunan kelas yang tersendiri dan berasingan daripada bangunan kelas aliran perdana. Mod 3 pula terdiri daripada gabungan pelajar aliran perdana dan pelajar Ting. 6 yang berkongsi bangunan kelas yang sama. KEKANGAN TRANSFORMASI TINGKATAN 6 DI SMK MUARA TUANG. Sebagai sekolah yang agak lama dan uzur, fasiliti untuk pelajar- pelajar Tingkatan 6 sangat daif dan jauh daripada mencukupi. Keperluan

Upload: zue-d-ace

Post on 01-Feb-2016

284 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat pembuka bicara

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Utk Yb

PENDAHULUAN.

Penubuhan Tingkatan 6 di SMK Muara Tuang adalah bermula pada tahun 2003 dengan pembukaaan 3

buah kelas jurusan kemanusiaan. Pada tahun 2007 jurusan sains pula diwujudkan. Sehingga sekarang lebih 2000

orang pelajar lepasan STPM telah dikeluarkan oleh SMK Muara Tuang. Pada tahun 2015, pelajar Tingkatan 6

SMK Muara Tuang telah mencapai jumlah 240 orang dengan 9 buah kelas. SMK Muara Tuang juga merupakan

satu-satunya sekolah yang menawarkan mata pelajaran sains di daerah Samarahan, selepas penutupan

Tingkatan 6 di SMK Sungai Tapang. Pelajar Tingkatan 6 di SMK Muara Tuang sehingga hari ini adalah terdiri

daripada mereka yang tinggal di sekitar Kota Samarahan, Bt. 7, Penrissen, Asajaya dan Sadong Jaya.

Transformasi pendidikan dan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah merubah

landskap jurusan Tingkatan 6. Transformasi pendidikan Tingkatan 6 yang merupakan hasil cetusan idea

daripada mantan Menteri Pendidikan telah merombak keseluruhan sistem,pendidikan Tigkatan 6 dari sistem

terminal kepada sistem modular. Sekolah yang mempunyai jurusan Tingkatan 6 juga telah dikategorikan kepada

3 jenis Mod iaitu Mod 1,2 dan 3. Mod 1 adalah merupakan sekolah yang hanya mempunyai pelajar-pelajar

Tingkatan 6, Mod 2 pula terdiri daripada gabungan pelajar aliran perdana (Tingkatan 1 -5) dengan Tingkatan 6,

namun Tingkatan 6 mempunyai bangunan kelas yang tersendiri dan berasingan daripada bangunan kelas aliran

perdana. Mod 3 pula terdiri daripada gabungan pelajar aliran perdana dan pelajar Ting. 6 yang berkongsi

bangunan kelas yang sama.

KEKANGAN TRANSFORMASI TINGKATAN 6 DI SMK MUARA TUANG.

Sebagai sekolah yang agak lama dan uzur, fasiliti untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 sangat daif dan jauh

daripada mencukupi. Keperluan bangunan baharu untuk pelajar Tingkatan 6 di SMK Muara Tuang adalah

sangat mendesak memandangkan jumlah pelajar di sekolah ini yang sangat ramai dan sentiasa meningkat dari

setahun ke setahun. Keperluan bangunan baharu ini juga diharap dapat memastikan agar aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dijalankan dengan sempurna dan berkesan demi menjamin kecemerlangan akademik pelajar-

pelajar di sekolah ini. Antara bangunan yang sangat diperlukan adalah seperti berikut:

1. Bilik tambahan untuk kelas.

a. Cadangan dari pihak KPM ialah bilangan pelajar tingkatan 6 disetiap kelas ialah 25 orang

tetapi bilangan pelajar di SMK Muara Tuang sekarang mencecah 35 orang dan untuk

aliran sains ialah 40 orang. Satu suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Mata

pelajaran yang ditawarkan juga agak terhad kerana kekangan kelas yang tidak cukup.

2. Makmal sains

a. Pelajar Sains memerlukan makmal yang lengkap untuk menjalankan eksperimen yang

merupakan komponen wajib dalam silibus.

Page 2: Kertas Kerja Utk Yb

b. Pelajar-pelajar sains juga terpaksa berkongsi makmal dengan pelajar Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 5

3. Perpustakaan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 membuat rujukan untuk menyiapakan kerja

khusus.

4. Asrama untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang tinggal jauh dari sekolah seperti di Asajaya, Batu

10 dan lain-lain dalam Daerah Samarahan

HARAPAN.

Sebagai sekolah tumpuan untuk semua daearah Samarahan adalah diharapkan agar fasiliti untuk pelajar-

pelajar Tingkatan 6 ditingkatkan dan ditambahbaik. Sebagai bakal pemimpin muda yang akan melanjutkan

pelajaran ke Universiti seharusnya mereka mendapat prasarana terbaik di sekolah.

Cadangan aktiviti untuk pelajar Tingkatan 6 SMK Muara Tuang dan Daerah Samrahan.

1. Majlis Graduasi yang melibatkan semua sekolah Tingkatan 6 Daearah Samarahan.

2. Karnival sukan dan kokurikulum peringkat daerah Samarahan

3. Program kembara ilmu ke ‘Universiti Malaya’