kertas konsep program tahunan menyemai …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/7403/kertas...
TRANSCRIPT
KERTAS KONSEP
PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT
“KESETIAAN KEPADA RAJA”
2019
i
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
ISI KANDUNGAN i
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ii
1. PENGENALAN 1
2. OBJEKTIF 2
3. PERTANDINGAN PIDATO 3
4. HADIAH BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI 3
5. PEMARKAHAN PIDATO 4
6. TAJUK PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR
4
7. TAJUK PIDATO BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR
5
8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PIDATO 5
9. PERTANDINGAN MENULIS ESEI 6
10. TAJUK ESEI BAHASA MELAYU 7
11. TAJUK ESEI BAHASA INGGERIS 8
12. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI 8
13. PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI (SAJAK) 9
14. PERTANDINGAN KARIKATUR 10
15. PERTANDINGAN POSTER 10
16. PEMARKAHAN KARIKATUR DAN POSTER 10
17. KRONOLOGI PELAKSANAAN AKTIVITI 12
ii
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA”
Penasihat : Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Panglima Mohd Annuar bin Zaini Ahli Dewan Negara Perak Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri Perak Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Naib Pengerusi : Tuan Haji Mat Jaafar bin Mat Zain Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Setiausaha : Encik Nor Haslan bin Nor Zaman Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perak Penolong Setiausaha : Dr. Adlan bin Mohamed Yusof Penolong Pengarah Kokurikulum (Akademik) Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bendahari : Puan Siti Sarina binti Mahayuddin Penolong Pengarah Kewangan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pendidikan Daerah Kerian Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak Pegawai Pendidikan Daerah Manjung Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk Pegawai Pendidikan Daerah Mualim
1
1. PENGENALAN
Acara-acara bagi memupuk dan menyemaikan semangat ‘Kesetiaan Kepada Raja’
dibawah pengelolaan bersama Pejabat Sultan Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
dan Jabatan Pendidikan Perak meliputi pertandingan pidato DiRaja, pertandingan
menulis esei bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pertandingan mencipta puisi,
pertandingan melukis karikatur dan pertandingan melukis poster. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam
Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang wajib dihayati. Prinsip ini
menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam sanubari
rakyat terhadap Raja, begitu juga kesetiaan kepada negara. Dalam konteks Negeri Perak,
rakyat atau anak negeri Perak perlu menumpahkan kesetiaan kepada Raja Pemerintah
yang bertakhta iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak ke 35.
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara
berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk
nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Penyampaian pidato juga bergantung kepada kesesuaian nada
dan gaya bukannya menggunakan emosi dengan nada suara yang tinggi, menyanyi dan
bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik, tidak seperti seni bahas yang bertujuan
menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan
untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman. Pertandingan
Pidato DiRaja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbuka kepada semua murid sekolah
di negeri Perak. Pertandingan Pidato DiRaja peringkat sekolah dan daerah akan
dilaksanakan pada 1 April hingga 28 Jun 2019. Peringkat zon pula akan dipertandingkan
pada 3 Julai 2019. Seorang pemidato terbaik dari setiap zon dipilih untuk mewakili zon
masing-masing ke pertandingan peringkat saringan akhir yang diadakan pada 17 Julai
2019. Enam pemidato terbaik (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) kategori menengah
atas akan bertanding di peringkat akhir yang diadakan di SJK(C) Sam Chai, Ipoh, Perak
pada 24 Ogos 2019.
Penulisan esei merupakan satu daripada medium untuk meyampaikan maklumat
dan buah fikiran sebagai ruang menyatakan penghargaan ataupun memberi pandangan
tentang sesuatu isu. Proses mengarang esei ini akan melibatkan proses memikir,
mengkaji, memilih, merakam dan menulis untuk membolehkan idea itu dinyatakan dan
dihayati dengan jelas kepada pembaca. Melalui penulisan esei ini murid-murid dapat
menanamkan rasa bangga dan mengetahui kewujudan dan kepentingan institusi beraja
di negeri Perak Justeru galakan menulis ini wajar diberikan kepada murid-murid dari
peringkat awal lagi. Seni berbahasa merupakan satu daripada kemahiran berbahasa
Melayu yang wajar diangkat untuk menggambarkan kesantunan budaya masyarakat kita.
Mencipta puisi (sajak) adalah merupakan salah satu daripada seni berbahasa yang
digemari generasi hari ini. Mencipta puisi (sajak) dapat dijadikan satu program untuk
manifestasi murid menyatakan taat setia kepada institusi beraja di Perak. Galakan dan
dorongan perlu digiatkan untuk memupuk minat murid-murid menulis puisi (sajak).
2
Karikatur dapat dibahagi kepada tiga bentuk iaitu: karikatur perseorangan atau
peribadi (personal caricature), karikatur sosial atau kemasyarakatan (social caricature)
dan karikatur politik (political caricature). Melalui karikatur perseorangan atau peribadi
(personal caricature), seseorang dapat menggambarkan seorang tokoh tanpa kehadiran
objek lain atau situasi di sekelilingnya secara karikatural dengan menonjolkan ciri-cirinya
dalam bentuk wajah atau dengan kebiasaannya. Penggambaran yang dihasilkan melalui
lukisan karikatur dapat menonjolkan ciri dan watak yang tersirat. Faktor jenaka/lucu
(humor) yang dihasilkan melalui lukisan karikatur ini dapat membuatkan orang
tersenyum ketika melihatnya. Poster pula ialah suatu bentuk rekaan grafik yang
melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan
maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan
sebagainya. Kebiasaannya, reka bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis,
dicat, ditulis atau dicetak. Visual pada poster adalah sebuah reka bentuk yang seimbang
dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz
imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil reka bentuk yang
menarik. Mereka bentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej
komunikasi yang berkesan.
Pertandingan menulis esei, mencipta sajak, melukis karikatur dan melukis poster
akan bermula seawal bulan April 2018 dan melibatkan semua sekolah di negeri Perak.
Hasil penulisan esei, sajak, lukisan karikatur dan poster terbaik di peringkat sekolah
akan dipertandingkan di peringkat zon. Seterusnya, johan penulisan esei, sajak, lukisan
karikatur dan poster setiap kategori peringkat daerah akan dinilai di peringkat negeri
oleh panel hakim yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Secara khususnya,
penganjuran pertandingan ini dapat memberi ruang kepada murid-murid seluruh negeri
Perak amnya untuk menzahirkan apresiasi kesetiaan mereka terhadap Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak ke 35 di samping memberi kefahaman
secara menyeluruh mengenai peranan institusi DiRaja di Malaysia.
2. OBJEKTIF
2.1 Memahami institusi DiRaja sebagai warisan negara
2.2 Memartabat dan memperkasakan institusi Raja di Malaysia
2.3 Meluaskan pengetahuan tentang institusi DiRaja terutamanya dari segikepentingan dan peranan institusi DiRaja dalam sistem demokrasiberparlimen dan raja berperlembagaan di negara kita
2.4 Membina keyakinan diri dan memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif
3
3. PERTANDINGAN PIDATO
3.1 Pertandingan pidato dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbuka kepadasemua murid sekolah di negeri Perak.
3.2 Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori:3.2.1 Pelajar sekolah rendah (Tahun 6 ke bawah)3.2.2 Pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)3.2.2 Pelajar sekolah menengah atas (Tingkatan 4 hingga 6)
3.3 Pusingan akhir pidato melibatkan 6 orang peserta sekolah menengah atas (3orang dalam bahasa Melayu dan 3 orang dalam bahasa Inggeris) dengankehadiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang MahaMulia Raja Permaisuri Perak.
3.4 Johan pertandingan pidato peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah danmenengah rendah akan menyampaikan pidato masing-masing semasa parahakim mengira markah untuk kategori sekolah menengah.
3.5 Pertandingan akhir pidato bagi setiap kategori akan dilaksanakan di peringkatnegeri. Setiap daerah akan menghantar wakil ke peringkat akhir.
3.6 Tajuk pidato akan dikeluarkan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.
3.7 Masa berpidato
4. HADIAH BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI
4.1 Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAHRENDAH
BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH ATAS BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
Kategori Jumlah PerkataanSekolah Rendah 5 minit
Sekolah Menengah Rendah 7 minit
Sekolah Menengah Atas 7 minit
4
5. PEMARKAHAN PIDATO
5.1 Isi – 30 Markah- Satu (1) isi yang dikupas dan diolah dengan berkesan – 10 markah
5.2 Bahasa – 20 Markah- (Tatabahasa – 10 markah / Gaya bahasa – 5 markah/ Sebutan – 5 markah)
5.3 Penyampaian Dan Persembahan – 50 Markah- Kepetahan, kelancaran, intonasi, suara -10 markah- Gaya – 10 markah- Ketertiban pengolahan isi – 10 markah- Keyakinan, kebolehan mempengaruhi dan memukau – 10 markah- Adab – 5 markah- Istimewa - 5 markah
6. TAJUK PIDATO BAHASA MELAYUPERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR
6.1 BIL. SEKOLAH RENDAH
1 Jika saya seorang raja ….......
2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3 Institusi Raja: Raja dan rakyat berpisah tiada
4 Raja berpelembagaan: Peranan dan cabaran
5 Institusi Raja: Tak kenal maka tak cinta
6.2 BIL. SEKOLAH MENENGAH
1 Institusi Raja: Lambang kedaulatan negara bangsa
2 Raja Berperlembagaan: Legasi pembina negara
3 Institusi Raja: Pelindung agama Islam, adat dan budaya Melayu
4 Majlis Raja-Raja: Rakyat sejahtera, negara terbela
5 Konsep Raja berdaulat memayungi pentadbiran kerajaan yang teratur
6 Majlis Raja-Raja : Entiti bebas dalam struktur pemerintahan
5
7. TAJUK PIDATO BAHASA INGGERISPERINGKAT DAERAH, ZON DAN SARINGAN AKHIR
7.1 BIL. UPPER PRIMARY
1 If I were King …
2 Loyalty to King and country
3 The Royal Institution: The King is inseparable from his subjects
4 Constitutional monarchy: Roles and challenges
5 The Royal Institution: To know is to love
7.2 BIL. LOWER AND UPPER SECONDARY
1 The Royal Institution: Symbol of national sovereignty
2 Constitutional Monarchy: A legacy of a nation
3 The Royal Institution: Custodian of Islamic religion, Malaycustoms and culture
4 Conference of Rulers: Towards a reputable and prosperousnation
5 The concept of a sovereign King in ensuring proper governanceof the government
6 The Conference of Rulers: An independent entity within thegovernment structure
8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PIDATO:
8.1 Setiap zon perlu menghantar seorang peserta dari setiap kategori untukbertanding di peringkat negeri.
8.2 Borang pendaftaran hendaklah dihantar semasa pendaftaran pada haripertandingan.
8.3 Tajuk pidato akan dikeluarkan 1 bulan sebelum tarikh pertandingan peringkatdaerah dan peringkat akhir
8.4 Pemidato diberi masa mengikut kategori masing-masing yangdipertandingkan untuk menyampaikan pidatonya.
8.5 Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dikenakanpenalti 10 markah.
6
8.6 Pemidato dilarang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsadan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang. Jika berlaku juga, makapenyertaan peserta tersebut akan dibatalkan.
8.7 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.
8.8 Jemaah hakim akan dilantik oleh pihak penganjur.
8.9 Keputusan hakim adalah muktamad.
8.10 Hanya tiga peserta setiap kategori Sekolah Menengah Atas akan dipilih untukbertanding pada pusingan akhir.
8.11 Johan bagi kategori Sekolah Rendah dan Menengah Rendah akan membuatpersembahan pada majlis penutupan pusingan akhir.
9. PERTANDINGAN MENULIS ESEI
9.1 Pertandingan menulis esei dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terbukakepada semua murid sekolah di negeri Perak.
9.2 Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) kategori:
9.2.1 (A) Pelajar sekolah rendah (Tahun 6 ke bawah)9.2.2 (B) Pelajar sekolah menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)9.2.3 (C) Pelajar sekolah menengah atas (Tingkatan 4 hingga 6)
9.3 Peserta hendaklah menulis jenis kategori (A/B/C) pada sudut sebelah kirisampul surat semasa menyerahkan esei tersebut kepada urus setia pertandingandi peringkat daerah.
9.4 Peserta hanya boleh menghantar penyertaan secara individu. Walaubagaimanapun penyelidikan dan pelaksanaan kerja penulisan esei bolehlahdilakukan secara berkumpulan.
9.5 Esei hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada urus setiapertandingan di peringkat daerah. Pihak urus setia pertandingan tidak akanbertanggungjawab jika esei yang dihantar rosak atau hilang semasa dalampengiriman/pos.
9.6 Tuliskan nama peserta, nombor sijil kelahiran/kad pengenalan dan alamatsekolah di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja.
9.7 Setiap penyertaan mestilah dengan cop pengesahan daripada Pengetua/GuruBesar sekolah masing-masing.
9.8 Tajuk esei akan dikeluarkan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.
9.9 Hadiah bagi pertandingan Menulis Esei Peringkat Negeri bagi kategori bahasaMelayu dan bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
7
SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.003 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH RENDAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.003 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
SEKOLAH MENENGAH ATAS BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
10. TAJUK ESEI BAHASA MELAYU
10.1 BIL. SEKOLAH RENDAH
1 Jika saya seorang raja ….......
2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3 Institusi Raja: Raja dan rakyat berpisah tiada
4 Raja berpelembagaan: Peranan dan cabaran
5 Institusi Raja: Tak kenal maka tak cinta
10.2 BIL. SEKOLAH MENENGAH
1 Institusi Raja: Lambang kedaulatan negara bangsa
2 Raja Berperlembagaan: Legasi pembina negara
3 Institusi Raja: Pelindung agama Islam, adat dan budaya Melayu
4 Majlis Raja-Raja: Rakyat sejahtera, negara terbela
5 Konsep Raja berdaulat memayungi pentadbiran kerajaan yang teratur
6 Majlis Raja-Raja: Entiti bebas dalam struktur pemerintahan
8
11. TAJUK ESEI BAHASA INGGERIS
11.1 BIL. UPPER PRIMARY
1 If I were King …
2 Loyalty to King and country
3 The Royal Institution: The King is inseparable from his subjects
4 Constitutional monarchy: Roles and challenges
5 The Royal Institution: To know is to love
11.2 BIL. LOWER AND UPPER SECONDARY
1 The Royal Institution: Symbol of national sovereignty
2 Constitutional Monarchy: A legacy of a nation
3 The Royal Institution: Custodian of Islamic religion, Malay customs andculture
4 Conference of Rulers: Towards a reputable and prosperous nation
5 The concept of a sovereign King in ensuring proper governance of thegovernment
6 The Conference of Rulers: An independent entity within the governmentstructure
12. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI
12.1 Nama peserta dan nama sekolah tidak boleh dimasukkan di dalam mana-mana halaman esei.
12.2 Plagiat iaitu meniru kenyataan atau idea orang lain adalah dilarang samasekali. Jika didapati juga, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
12.3 Semua esei mestilah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sertamematuhi jumlah perkataan yang dibenarkan.
12.3.1 Sekolah Rendah (350 - 400 perkataan)12.3.2 Sekolah Menengah Rendah (650 - 700 perkataan)12.3.3 Sekolah Menengah Atas (1450 - 1500 patah perkataan)
12.4 Jumlah perkataan hendaklah dicatatkan pada muka surat akhir penulisan esei.
9
12.5 Semua esei mestilah ditaip, berselang dua baris di atas kertas putih bersaiz A4menggunakan fon Arial atau Times New Roman bersaiz 12. Setiap muka suratperlu diletakkan nombor.
12.6 Setiap hasil kerja yang pernah diterbitkan di dalam akhbar, majalah atau lain-lain penerbitan tidak boleh digunakan untuk penyertaan.
12.7 Dilarang menyentuh hal-hal sentitif seperti sentimen bangsa, agama mahupunpolitik.
12.8 Setiap esei yang dihantar menjadi hak mutlak penganjur. Penganjur berhakuntuk meminda atau menyiarkan mana-mana esei atau bahagian esei peserta.
12.9 Esei-esei yang dihantar akan dibatalkan jika:-12.9.1 Tidak menepati tajuk yang ditetapkan12.9.2 Tidak menepati bilangan patah perkataan yang ditentukan12.9.3 Tidak asli atau plagiat – meniru atau mencuri idea orang lain.12.9.4 Dihantar atau sampai ke tangan urus setia selepas tarikh tutup.12.9.5 Tidak mematuhi syarat-syarat yang di atas.
12.10 Tarikh akhir penghantaran esei ialah pada 20 Jun 2019 (Khamis)
13. PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI (SAJAK)
13.1 Pertandingan mencipta puisi (sajak) dalam bahasa Melayu terbuka kepadasemua murid sekolah menengah di negeri Perak dari Tingkatan 1 hinggaTingkatan 6.
13.2 Tema untuk penciptaan puisi (sajak) adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.
13.3 Puisi hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada urus setiapertandingan di peringkat daerah. Pihak urus setia pertandingan tidak akanbertanggungjawab jika puisi yang dihantar rosak atau hilang semasa dalampengiriman/pos.
13.4 Tuliskan nama peserta, nombor sijil kelahiran/kad pengenalan dan alamatsekolah di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja. Setiap penyertaanmestilah dengan cap pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar sekolahmasing-masing.
13.5 Tarikh akhir penghantaran puisi (sajak) ialah pada 20 Jun 2019 (Khamis).
13.6 Hadiah bagi Pertandingan Mencipta Puisi adalah seperti berikut:
SEKOLAH MENENGAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
10
14. PERTANDINGAN KARIKATUR
14.1 Pertandingan karikatur terbuka kepada semua murid sekolah menengah dinegeri Perak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
14.2 Tema pertandingan karikatur adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.
14.3 Hadiah bagi Pertandingan Karikatur adalah seperti berikut:
SEKOLAH MENENGAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.00
3 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
15. PERTANDINGAN POSTER
15.1 Pertandingan poster terbuka kepada semua murid sekolah rendah di negeriPerak dari Darjah 1 hingga Darjah 6.
15.2 Tema pertandingan karikatur adalah ‘KESETIAAN KEPADA RAJA’.
15.3 Hadiah bagi Pertandingan Poster adalah seperti berikut:
SEKOLAH RENDAH BIL. NILAI
1 Hadiah Utama 1 Wang Tunai RM 750.00
2 Hadiah Kedua 1 Wang Tunai RM 600.003 Hadiah Ketiga 1 Wang Tunai RM 500.00
16. PEMARKAHAN KARIKATUR DAN POSTER
16.1 Setiap karya akan dinilai keaslian, konsep dan kreativiti oleh panel juri yangdilantik oleh pihak penganjur.
16.2 Aspek yang dinilai adalah:-Tema – 15 markahIlustrasi – 25 markahGubahan/komposisi/olahan – 25 markahKeaslian – 15 markahKreativiti – 20 markah
16. 3 Syarat-Syarat Pertandingan Karikatur dan Poster:
16.3.1 Penyertaan adalah percuma.16.3.2 Penyertaan adalah secara individu.16.3.3 Peserta boleh menghantar dua (2) lukisan karikatur yang
berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layakmenerima satu hadiah sahaja.
11
16.3.4 Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuatturun dari laman sesawang jpnperak.moe.gov.my
16.3.5 Ilustrasi mestilah menarik dan ’catchy’.16.3.6 Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.16.3.7 Ilustrasi yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur
perkauman, politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitivitirakyat Malaysia. Jika berlaku juga, maka penyertaan pesertatersebut akan dibatalkan.
16.3.8 Idea dan lukisan mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernahdisiarkan dalam media cetak mahupun internet.
16.3.9 Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan akandibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.
16.3.10 Lukisan karikatur/poster hendaklah dilukis di atas kertasberukuran saiz A3.
16.3.11 Lukisan karikatur/poster boleh dilukis menggunakan media keringatau basah. Penggunaan perisian komputer adalah tidakdibenarkan sama sekali.
16.3.12 Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang kertaslukisan.
16.3.13 Keputusan hakim adalah muktamad.
16.4 Tempoh Pertandingan
16.4.1 Setiap penyertaan yang lengkap (borang penyertaan dan kertaslukisan) hendaklah dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurieratau hantar sendiri selewat lewatnya pada 20 Jun 2019(Khamis) sebelum jam 5:00 petang ke alamat seperti berikut:
Sektor Pengurusan Akademik(Bidang Kemanusiaan- Seni Visual),Tingkat 14, Bangunan Mayban Trust,Jalan Tun Sambathan, 30000 Ipoh.(U/P: En. Mohd Fadzil b.Ibrahim)
16.4.2 Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungiEncik Mohd Fadzli bin Ibrahim di talian 05-241 4000sambungan 143 atau 019-570 5344.
12
17. KRONOLOGI PELAKSANAAN AKTIVITI
TARIKH PERKARA
3 April 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertandingan
4 April -28 Jun2019
Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah
8 Mei 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola bersama SJK(C) SamChai, Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak
18 Jun 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Peringkat Negeri Bil.1
20 Jun 2019 Tarikh Akhir Penghantaran Esei, Sajak, Karikatur dan Poster
21-22 Jun 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman Pidato,Penulisan Esei, Penciptaan Sajak, Karikatur dan Poster
3 Julai 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Zon
17 Julai 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Saringan Akhir
5 Ogos 2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Peringkat Negeri Bil. 2
24 Ogos 2019 Pertandingan Pidato Peringkat Negeri di SJK(C) Sam Chai,Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak