kertas cadangan penyelidikan tindakan
DESCRIPTION
okTRANSCRIPT
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
1/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
1
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Nama pengkaji: Mohd Hazwan Bin Kamarudin
Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan Sarawak. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sebuyau
Tajuk kajian: Kesan Menggunakan Lukisan Bergambar Dalam Meningkatkan Pemahaman
Murid Berkenaan Tajuk Ibadah Islam
1.0 PENDAHULUAN
Dalam memberi kefahaman kepada murid terhadap mata pelajaran di sekolah, guru
menggunakan pelbagai pendekatan yang dirasakan sesuai dan bertepatan berpandukan ciri ciri
murid, pelajaran yang diajar, bahan bantu mengajar yang dimiliki serta matlamat yang ingin
di capai. Bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai dalam Falsafah pendidikan
kebangsaan iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara." Justeru kertas cadangan ini akan membincangkan
mengenai Kesan Menggunakan Lukisan Bergambar Dalam Meningkatkan Pemahaman Murid
Berkenaan Tajuk Ibadah Islam.
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
2/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
2
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU
Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tahun 4, di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina Chung Hua, Sebuyau. Selepas melaksanakan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid menunjukkan tahap pemahaman yang mengecewakan berkenaan tajuk ibadah. Mereka
ibarat tidak memahami secara langsung berkenaan pelajaran yang telah saya sampaikan. Ini
berpandukan ujian bulanan dan jawapan yang ditulis dalam buku kerja harian mereka. Mereka
sepatutnya sudah memahami pelajaran ini kerana ibadah untuk tahun 4 adalah ibadah asas
seperti solat, wudhuk dan najis. Sebagai seorang umat Islam, ini menunjukkan mereka tidak
pernah melakukan amalan ibadah walaupun umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Pelajar
tahun 4 terdiri daripada 11 orang murid dimana 5 ialah murid perempuan dan 6 murid lelaki.
Rata-rata murid di kelas ini agak lemah kerana sebilangan daripada mereka tidak mampu
membaca tulisan rumi dan jawi dengan baik.
Mereka sering tidak menumpukan perhatian dan tidak suka menulis di dalam buku.
Apabila diberikan kerja untuk dilaksanakan di dalam buku gerak kerja individu, mereka akan
gusar dan mula menggelabah. Mereka menulis dengan lambat dengan tulisan jawi bahasa
dialek Sarawak seperti yang difahami oleh mereka. Pun begitu, rata-rata jawapan adalah tidak
tepat dan mengecewakan.
Pada pemerhatian saya, mereka cuba untuk memahami isi pelajaran, namun dengan
pegetahuan yang sedikit dan tidak pernah melihat ibadah tersebut dalam situasi sebenar
menyebabkan pemahaman mereka menjadi samar samar. Tambahan pula, mereka tidak tahu
menulis sama ada rumi mahupun jawi, ini memberikan bebanan kepada mereka dalam
mengaitkan pelajaran dengan ibadah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak mampu
memahami ibadah menggunakan tulisan seperti yang ditulis didalam buku teks mahupun di
tulis oleh guru di papan hitam. Akhirnya, mereka sekadar bermain dan menunjukkan sikap
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
3/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
3
protes didalam kelas. Sebagai guru Pendidikan Islam, saya merasa terpanggil untuk
membantu dalam memberikan pemahaman kepada mereka berkenaan Ibadah Islam ini. Hal
ini mungkin kerana cara pengajaran yang saya gunakan selama ini tidak bertepatan dengan
tahap pemahaman mereka?
Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan kefahaman mereka berkenaan
tajuk ibadah? mampukah saya menukarkan cara pengajaran biasa untuk membantu murid saya?
Apabila saya bincangkan perkara ini dengan guru pendidikan islam yang lain dalam
mesyuarat panitia, mereka mengatakan yang pelajar dalam kelas ini sememangnya malas
belajar dan tidak minat belajar kerana mereka tidak faham apa yang ditulis dan dibaca oleh
guru di kelas. Hal ini disebabkan mereka tidak mampu membaca dan menulis dengan baik
menyebabkan mereka merasakan pembelajaran berasaskan tulisan itu tidak menarik.
Saya cuba mempelbagaikan cara pengajaran menggunakan kaedah-kaedah yang saya
rasakan sesuai dengan pelajaran. Contohnya permainan dan nyanyian, mereka kelihatan
berminat dan sangat tertarik dengan pelajaran menggunakan kaedah tersebut, namun ianya
menimbulkan masalah apabila mereka membuat bising dan mengganggu kelas-kelas
bersebelahan ketika sesi belajar. Mereka juga hanya mengambil inisiatif untuk melepaskan
diri daripada belajar dan menulis di dalam buku. Akhirnya, mereka tidak mengingat apa yang
mereka pelajari dan hanya berseronok sahaja.
Saya perlu melakukan sesuatu agar murid saya mampu memahami pelajaran yang saya
ajarkan terutama dalam tajuk ibadah supaya mereka mampu menjalankan ibadah di rumah
dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya saya tidak berusaha untuk membetulkan
keadaan ini, mereka akan terus hanyut dan tidak mampu memahami pelajaran juga mungkin
akan turut membenci mata pelajaran Pendidikan Islam suatu hari nanti. Ini tidak mustahil
berlaku kerana ketidakfahaman akan mendatangkan perasaan asing dan jemu, justeru saya
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
4/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
4
perlu memberikan kefahaman kepada mereka supaya mereka mampu memahami Ibadah
Islam dengan baik.
3.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun mereka mempunyai masalah membaca dan menulis, saya ingin memfokuskan
berkenaan pemahaman mereka berkenaan ibadah pendidikan islam terlebih dahulu.
Pemahaman akan mendatangkan keseronokan dan akan menarik mereka untuk berusaha
dalam subjek lain juga. Pemahaman mereka sangat lemah berkenaan apa yang di ajar
sehinggakan mereka tidak mampu menyatakan jawapan yang dikehendaki sewaktu di kelas
mahupun ketika peperiksaan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
i. OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan gred pelajar pendidikan Islam dan peratus kelulusan dalam matapelajaran ini.
Membantu murid mengadaptasikan pelajaran ibadah dalam kehidupan seharianii. OBJEKTIF KHUSUS
Membantu meningkatkan kefahaman murid berkenaan tajuk ibadah Meningkatkan kecintaan murid dalam mempelajari subjek pendidikan islam Menjadikan pelajaran pendidikan islam seronok di pelajari oleh murid menggunakan
kaedah kaedah yang berkesan.
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
5/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
5
5.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar dapat membantu memberi
kefahaman pelajar dalam menguasai pelajaran ibadah?
2. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar dapat meningkatkan keupayaan
pelajar mengaplikasi pelajaran ibadah dalam kehidupan seharian?
3. Bagaimanakah penggunaan lukisan bergambar terhadap tajuk ibadah dapat
meningkatkan bilangan pelajar mendapat markah yang tinggi dalam ujian bulanan dan
peperiksaan pendidikan islam?
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid kelas tahun 4 pendidikan islam terdiri daripada 5 perempuan dan 6 lelaki. Rata-rata
mereka tidak tahu membaca, menulis dan lemah dalam semua subjek di sekolah. Juga mereka
tidak menyukai pelajaran yang bersifat bertulis di samping sangat aktif dalam aktiviti luar dan
aktiviti melibatkan kreativiti. Hampir semua murid tergolong dalam kalangan pelajar LINUS
( Literasi dan Numerasi). Mereka sering bergantung kepada rakan yang lebih pandai dalam
menjawab soalan walaupun rakan mereka itu berada pada tahap yang agak sama dengan
mereka (lemah).
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
6/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
6
7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Perancangan Tindakan Yang Dicadangkan
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal
pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
Ujian khas meneliti tahap penguasaan murid dalam tajuk ibadah berkonsepkan ujian
bertulis.
Latihan secara bertulis dalam buku gerak kerja pendidikan islam.
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan murid berkenaan tajuk
ibadah
Pengajaran menggunakan lukisan bergambar.
Cara Pelaksanaan:
i. Guru mengajarkan pelajaran dengan melukiskan gambar-gambar berkaitan pelajaran
di hadapan kelas bersama penerangan bertulis.
ii. Guru memberikan penerangan berkenaan gambar dan pelajaran.
iii. Murid menyalin gambar di dalam buku tulis.
iv. Guru memberikan latihan amali dan bertulis di kelas.
v. Guru menganalis lukisan dan amali oleh murid.
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
7/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
7
8.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
BIL. AKTIVITITARIKH
PELAKSANAAN
1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2014
2. Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2014
3 Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2014
4 Melaksanakan tindakan - aktiviti 1 23 Februari, 2014
5
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan
1(dalam JPM)27 Februari, 2014
6 Melaksanakan tindakan - aktiviti 2 5 Mac, 2014
7 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari, 2014
8 Menulis proposal Kajian 13 Februari, 2014
9 Merancang Tindakan - (individu / panitia) 18 Februari, 2014
10 Melaksanakan tindakan.- aktiviti 1 23 Februari, 2014
11
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia)
27 Februari, 2014
12 Melaksanakan tindakan - aktiviti 22 Mac, 2004
13
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
(dalam panitia)
8 Mac, 2004
14 Melaksanakan tindakan - aktiviti 3 10 Mac, 2014
15
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3
(dalam panitia)
12 Mac, 2014
16 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 19 Mac, 2014
17 Refleksi kajian 20 Mac, 2014
-
5/28/2018 Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan
8/8
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN (HAZWAN)
8
18 Menulis laporan Kajian 21 Mac, 2004
19 Pembentangan dapatan kajian 28 Mac, 2004
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. JENIS BAHAN
KUANTITI X HARGA
SEUNIT
JUMLAH
KOS
1 Kertas A4 10 x RM 8.00 RM 80.00
2 Printer Cartridge 1 x RM 45.00 RM 45.00
4 Potostat Bahan & laporan kajian RM 50.00
5 White board (3' X 2') 1 x RM 45.00 RM 45.00
6 Buku catatan guru 1 x RM 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 222.00