kerja kursus pendek edu 3108 ipg

Upload: saba-ahmad

Post on 15-Oct-2015

362 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus Pendek Sem 8

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965 telah mengilhamkan konsep pembelajaran sepanjang hayat berdasarkan satu laporan yang diterbitkan oleh beliau. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja sahaja, namun ia perlulah mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Berdasarkan satu laporan lain yang dikeluarkan oleh UNESCO bertajuk "Learning To Be", ia menyatakan bahawa pencapaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Sebaliknya, ia perlu disebatikan dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya. Dengan memahami konsep pembelajaran sepanjang hayat, ia membolehkan semua orang mendapat pengetahuan bagi membolehkannya turut serta sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

1.1 CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL SESEORANG GURU SEBAGAI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Sebaik menamatkan pengajian di sesebuah institusi pelajaran (contohnya di Institut Pendidikan Guru (IPG), university atau institusi pendidikan) , seseorang guru tidak seharusnya berhenti mendalami ilmu pendidikan hanya ke tahap tertentu. Hal ini disebabkan oleh, guru-guru tidak seharusnya menganggap bahawa mereka telah menamatkan pengajian mereka dengan sempurna dengan hanya memiliki segulung sijil mahupun ijazah. Para guru terlatih seharusnya sedar bahawa pendidikan praperkhidmatan kaguruan adalah satu proses awal bagi menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat bagi profesion keguruan. Oleh itu, setelah menamatkan latihan keguruan, guru terlatih tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Mereka seharusnya berfikir lebih jauh bagi memajukan diri sendiri, sekaligus membantu memajukan system atau corak pendidikan negara.

Terdapat pelbagai cara mampu membantu meningkatkan perkembangan profesional seseorang guru sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Berdepan dengan arus perubahan semasa, guru akan berdepan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersedia mempersiapkan diri untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Guru juga mesti mendedahkan diri dengan teknologi terkini agar tidak tertelan dek arus perkembangan. Demi menjadi seorang guru yang profesional, guru haruslah bersikap up-to-date dan celik teknologi.

Perubahan arus perdana yang didepani ini memerlukan guru sentiasa berusaha untuk menambah ilmu perngetahuan berkaitan profesion serta subjek yang diajar. Perkembangan terkini dalam system pendidikan negara menyediakan pelbagai peluang kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka.

Untuk memperhebatkan lagi konteks pembelajaran sepanjang hayat ini dilaksanakan, pelbagai penekanan telah dilakukan antaranya adalah:

Pelan Pembelajaran PeribadiMurid sering menjadikan guru mereka sebagai idola atau role-model kerana mereka sering berinteraksi dengan guru. Bahkan, bagi sesetengah murid, guru merupakan individu yang sangat mereka percaya dan sanjungi. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersikap professional dan berperibadi mulia kerana harus diketahui bahawa setiap perilaku dan tingkah kita diperhatikan oleh masyarakat serta para pelajar. Oleh itu, belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.Terdapat beberapa pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah pembelajaran di rumh, pendidikan dewasa, pendidikan berterusan, pengetahuan pekerja, serta persekitaran pembelajaran kendiri (PPK) .Kini, terdapat beberapa program pendidikan yang boleh dilangsungkan di rumah, antaranya pembelajaran maya iaitu pembelajaran melalui talian. Ia merupakan satu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.Guru perlulah menerokai bidang kerja mereka yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content knowledge), kandungan mata pelajaran (subject content knowledge), psikologi murid dan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah. Oleh itu, konsep pembelajaran sepanjang hayat adalah sesuatu yang baru dan selaras dengan konsep e- learning yang diperkenalkan.

Budaya Membaca

Dalam menuju alaf baharu pendidikan bertaraf dunia paradigm pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Budaya membaca yang semakin pudar harus dipupuk kembali sejajar dengan seruan Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat (Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed) yang menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka memandangkan peranan mereka sebagai pendidik dan role model kepada murid di sekolah.

Budaya membaca dalam kalangan guru haruslah diterapkan kerana kini budaya membaca dalam kalangan guru semakin berkurangan. Budaya membaca sangat penting diamalkan kerana ia merupakan salah satu syarat dalam mengasah bakat menulis dengan lebih kreatif dan berketerampilan.

Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

Budaya Menyelidik

Di sekolah, guru-guru boleh melaksanakan penyelidikan mengikut konteks di sekolah. Penyelidikan di sekolah boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah berdasarkan situasi semasa. Penyelidikan sebegini dinamakan sebagai penyelidikan tindakan. Ia hanya memerlukan kesahan dalaman dan spesifik kepada keadaan semasa dan setempat.

Penyelidikan tindakan ini lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan bukannya untuk membuat generalisasi. Setiap guru haruslah membudayakan amalan penyelidikan di sekolah agar masalah berbangkit dapat diatasi secara profesional. Antara kepentingan melaksanakan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut:i. Memfokus kepada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan aspek yang anda beri perhatian.ii. Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di mana anda sebagai pensyarah/guru terlibat secara peribadi sebagai peserta kajian ini dan mungkin melaksanakan kajian secara individu di mana murid-murid atau rakan sekerja sebagai pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil.iii. Pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat dilakukan melalui penyelidikan tindakan.iv. Mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri yang berpemikiran dan bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki dan berubah, malahan mampu menambah baik amalan kendiri.v. Ia juga memberikan peluang untuk nilai tambah dan peningkatan profesionalisme guru.

Amalan Reflektif

Amalan reflektif merupakan satu amalan yang sangat penting dan selalu dilaksanakan oleh guru-guru pelatih sepanjang perlaksanaan praktikum mahupun internship. Hal ini bagi memberi persediaan kepada bakalp guru untuk menerima segala cabaran di sekolah dan menghadapinya sebagai pengalaman berharga sekaligus memperoleh kepuasan kendiri sepanjang menjalankan tugas mendidik. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersedia untuk berfikir secara reflektif. Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.

Budaya ini bagi kalangan guru mampu untuk membantu guru mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan apabila kita membuat refleksi. Kita menjadi lebih sedar terhadap kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam diri serta pengajaran dan pembelajaran kita serta kritis mengenai amalan kita sendiri.

Berdasarkan Schon (1993), amalan reflektif merupakan suatu proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk mendapat perspektif baru untuk memperbaharui pertimbangan dan meningkat inkuiri sehingga menjadi suatu himpunan.

Setiap guru perlulah memberi focus terhadap kajian yang akan dilaksanakan. Ketika melaksanakan refleksi, terdapat beberapa perkara penting yang harus dititikberatkan. Antaranya adalah seperti berikut :i- Cabaran atau masalah yang dihadapi dalam bilik darjahii- Punca berlakunya masalah tersebutiii- Perasaan mereka terhadap masalah tersebutiv- Cadangan bagi mengatasi masalah serta tindakan segera yang harus diambil oleh merekav- Isu-isu lain yang relevan.

Amalan refleksi adalah penting untuk membantu dalam mengimbangi antara pengalaman sendiri dengan orang lain, suatu elemen dalam Penyelidikan Tindakan, memudahkan perbincangan dilakukan, suatu pembelajaran kendiri dan sebagai penilaian terhadap amalan kendiri.

Amalan refektif juga merupakan satu daripada proses muhasabah diri. Reflektif guru penting untuk adalah satu proses penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Proses ini memerlukan guru mengingati, merenung kembali serta memikirkan cara-cara bagi meningkatkan strategi pengajaran supaya lebih berkesan pada masa hadapan.

Proses reflektif berlaku dalam lima peringkat. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :a) Kefahaman : mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi.b) Transformasi : merancang tindakan pedagogi.c) Pelaksanaan : melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan pedagogi yang dirancang.d) Penilaian : menilai tindakan yang telah diputuskan.e) Reflektif : membuat reflektif terhadapa tindakan yang diambil.Bagi memudahkan seseorang guru itu menilai kembali kerja mahupun tugasannya, guru boleh membuat semua catatan reflektif mengenai pengajaran dalam sebuah jurnal reflektif. Hal ini adalah selari dengan perkara-perkara yang dilaksanakan ketika setiap sesi pengajaran dan pembelajaran ketika perlaksanaan praktikum di tiga buah sekolah selama tiga semester ini. Perlaksanaan refleksi kendiri bukan sahaja dijalankan pada setiap pengajaran dan pembelajaran, bahkan juga pada setiap minggu bagi merangkum semua permasalahan mahupun kekuatan sepanjang mengajar pada minggu tersebut.Hal ini sangat memudahkan guru-guru pelatih bagi menguji tahap kemampuan kami dalam setiap sesi pengajaran serta dapat membuat perbincangan dengan guru pembimbing, rakan-rakan mahupun pensyarah pembimbing. Segala kekuatan, permasalahan serta cadangan bagi memperbaiki dinyatakan dalam jurnal praktikum mahupun internship. Oleh itu, ia sangat memudahkan pihak kami serta pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru dan pihak sekolah untuk menilai tahap pencapaian kami sepanjang melaksanakan program internship serta praktikum di sesebuah sekolah.

Kolaborasi dan Musyawarah

Berkolaborasi dan bermusyawarah merupakan satu budaya yang sangat baik untuk diamalkan oleh setiap individu. Bukan sahaja tertumpu kepada guru-guru di sekolah, bahkan, jika para pelajar mengamalkan budaya ini, mereka dapat berfikir secara lebih rasional serta dapat menerima dan mengambil pertimbangan yang lebih wajar kerana telah berinteraksi dengan rakan mahupun guru-guru bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan kolaborasi dan musyawarah? Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang tidak mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah pula dimaknakan dengan rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil.

Antara elemen kolaborasi ini adalah:i. Hubungan kerja berterusanii. Kepercayaan dan sukarelaiii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusaniv. Bekerjasama untuk perkembanganv. Penghargaan secara langsung.

Bagi menjalankan kolaborasi dalam kalangan guru, ia memerlukan kepercayaan dan perkongsian pendapat antara satu sama lain. Oleh itu, suatu mekanisme bagi mengisntitusikan musyawarah dan berbincang di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan. Antara factor-faktor yang mendorong perlaksanaan musyawarah adalah seperti penyataan yang dinyatakan di bawah :a) Mempunyai matlamat yang samab) Dialog dilakukan secara berterusan dan terbukac) Membuat keputusan dengan persetujuan ahlid) Tindakan yang diambil secara terancange) Memiliki amalan reflektif dan maklum balas berkala.

Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah:i. Pengajaran berpasukamii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi

Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh guru sepanjang perlaksanan kolaborasi dan musyawarah. Antaranya adalah seperti :a) Sebilangan guru veteran enggan mempedulikan pemikiran baharu dalam pedagogi daripada guru yang terlibaat dengan sesuatu inovasi.b) Guru hanya bertemu rakan dalam masa tertentu, serta dalam bilangan dan kekerapan yang tidak tetap.c) Pengasingan kelas murid mengikut aras menyebabkan guru lebih cenderung bergaul dengan rakan daripada aras dan bidang yang sama kerana terdapat persamaan dari segi perancangan tugas, persediaan bahan, ujian serta pengalaman.d) Banyak berpegang pada prinsip autonomi dan hanya bersedia berkongsi ilmu apabila dipinta.e) Terpisah dari segi fizikal. Tidak wujud kebergantungan antara satu dengan yang lain disebabkan tiada alasan dari segi keperluan tugas. Bilik darjah berorientasikan akademik dengan kemudahan yang tidak sama bagi semua pihak terbabit. Contohnya, makmal sains yang mempunyai lebih banyak bahan bantu mengajar berbentuk maujud berbanding dengan makmal matematik.Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru dalam menentukan sesuatu keputusan bersama-sama demi perolehi hasil yang cemerlang.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Setiap guru mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza hasil daripada pengalaman dan latihan yang diterima sepanjang kerjayanya. Perkembangan semasa dalam dunia pendidikan memerlukan setiap guru supaya lebih bersikap progresif dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu dan menggunakan pendekatan yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bagi menjadikan pengajaran guru-guru lebih menarik serta guru lebih terdedah dengan pelbagai teknologi serta bahan bantu mengajar terkini dalam arus dunia pendidikan semasa. Perubahan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai suatu ketika dahulu tidak lagi relevan pada masa sekarang serta masa akan dating. Setiap guru memerlukan peningkatan profesionalisme yang berterusan dan tidak cukup dengan sekadar menghadiri satu bengkel sahaja. Guru perlulah lebih bersemangat untuk memajukan diri dalam bidang keguruan agar pengajaran mereka lebih berfokus dan sesuai dengan arus perkembangan terkini. Hal ini disebabkan oleh, mustahil bagi seseorang guru itu menggunakan pendekatan tradisonal dalam kemajuan arus permodenan sekarang. Pelajar yang celik teknologi maklumat mungkin akan bosan dan tidak berminat dengan pengajaran guru sekaligus mematikan semangat mereka untuk menerima pengajaran.

Kursus dalam perkhidmatan memberi fokus kepada peningkatan ilmu dan kemahiran guru terutama dalam pengurusan pembestarian sekolah, sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kokurikulum, transformasi kurikulum, pentaksiran dan penilaian, di samping latihan pedagogi terkini dan mastery learning. Setiap guru perlulah mengikuti program latihan dan perkhidmatan supaya dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan sesuai dengan arus permodenan.

Pembelajaran Autentik

Pembelajaran autentik ialah pembelajaran berteraskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Pembelajaran sebegini banyak diaplikasan dalam pengajaran Sains sepanjang perlaksanaan praktikum di sekolah-sekolah sepanjang tiga semester ini. Murid lebih mudah belajar sesuatu perkara melalui pembelajaran secara hands-on kerana ia lebih bermakna dan murid turut mengalami pengalaman tersendiri sepanjang perlaksanaan sesuatu tugasan. Pembelajaran ini juga mampu meningkatkan daya ingatan murid dan membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan situasi sebenar dengan bantuan mahupun tanpa bantuan daripada guru dan rakan-rakan.

Konsep pembelajaran hands-on dapat membantu guru menghubungkaitkan antara kandungan mata pelajaran dengan situasi dunia nyata murid. Bahkan, murid sendiri berkesempatan untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka. Perkara yang dialami oleh seseorang individu itu sendiri akan membuatkan mereka lebih ingat dan mudah diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.

Akses Maklumat Daripada Pelbagai Sumber

Sesuai dengan arus pemodenan, perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memberikan peluang kepada setiap individu menguasai pelbagai maklumat. Sehubungan itu, peranan guru lebih bertumpu pada peranan sebagai seorang fasilitator dan oleh kerana itu guru perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat dan kemahiran terkini. Oleh itu, guru perlulah bersikap proaktif dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer dan teknologi maktlumat.

Terdapat pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai dan boleh diakses oleh murid. Antaranya adalah :a) sumber berasaskan manusia (rakan sebaya, guru, pakar bidang, pegawai sumber)b) bahan bercetak seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainyac) bahan pandang dengan seperti mikrofilem, radio, televisyen dan videod) sumber berasaskan komputer seperti disket, cakera padat, internet dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik kita haruslah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kita dari semasa ke semasa sejajar dengan peredaran zaman.

1.3 JANGKAAN DALAM PERKEMBANGAN KERJAYA DIRI ANDAMemulakan kerjaya guru sebagai guru pada peringkat permulaan (novice) memberi seribu satu kemungkinan kepada kita. Persoalan dimanakan tempat yang bakal kita memulakan khidmat kita sebagai pendidik, dengan siapakah kita berurusan serta apakah kita bakal diterima di sekolah tersebut tentunya bermain-main di ruang fikiran kita. Oleh itu, kita haruslah mempersiapkan diri supaya lebih bersedia buakan sahaja dari segi fizikal dan pengalaman sepanjang praktikum, bahkan emosi agar tidak tersadung di tengah laluan sepanjang bergelar sebagai seorang pendidik.Bukan sahaja mahu menggelarkan diri ini sebagai guru permulaan, bahkan, jika diberi peluang, saya akan cuba menggarap impian untuk begelar guru pakar pada masa akan datang. Oleh itu, bagi mencapai cita-cita saya ini, saya haruslah menempuh peringkat perkembangan dalam menjadi seorang pendidik yang pakar dalam bidangnya. Antaranya adalah dengan menjadi guru pada peringkat permulaan, diikuti dengan guru cekap, guru berkesan, guru mahir dan diakhiri dengan guru pakar.Impian untuk menjadi seorang guru pakar telah tertanam dalam sanubari saya semenjak kali pertama terpilih menjadi seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini. Hal ini disebabkan oleh semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan sesuatu dengan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga, tetapi melaksanakan dengan sepenuh hati. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru pakar mempamerkan sahsiah terpuji, berketrampilan, berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam, peka dan prihatin kepada keperluan pelajar serta menjadi role model kepada warga pendidikan.Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang guru pakar, kita haruslah menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran, mempersiap diri menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak dalam mengurus masa, bahan dan sumber serta mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar.Bahkan, seorang guru pakar perlu meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dari semasa ke semasa dan bukan terus berpuas hati dengan hasil yang dicapai dalam sesuatu pengajaran. Bagi mempersiapkan diri dalam menjadi guru pakar, saya juga perlu belajar untuk memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan. Hal ini disebabkan oleh, senjata seseorang guru bukan hanya terletak kepada ilmu dan keterampilannya. Bahkan, cara penyampaian serta komunikasi sangat memainkan peranan dalam menjadi seorang guru yang baik. Oleh itu, saya haruslah bermula sedari awal agar tidak terpesong daripada jangkaan yang ingin saya capai dalam kerjaya sebagai seorang guru. Sikap yang penuh dengan wawasan, proaktif, responsif, dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik sangat perlu bagi memungkinkan hal ini mampu tercapai pada masa akan datang. Selain itu, seorang guru pakar perlu berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. 1.4 RUMUSAN

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

Bagi seseorang guru pula, harus ditekankan di sini bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berhenti usai tamat sesuatu kursus yang diambil. Namun begitu, seperti seorang pelajar pada peringkat rendah, guru juga haruslah lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi serta sentiasa berusaha dalam memajukan imej diri sekaligus memberikan impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di negara kita. Sesungguhnya, individu mana yang tidak bangga jika namanya mampu ditempa hingga ke peringkat tertinggi dalam sesuatu bidang. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah lebih inovatif dan proaktif dalam menjadikan bidang pendidikan suatu bidang yang mampu menjana minda serta mengeluarkan produk-produk yakni modal insan yang disegani serta disanjung tinggi. Bukan sahaja kerana ilmu dan jawatannya, tetapi juga kerana perilaku dan peribadi mulia yang terdapat pada pelajar-pelajar terbabit. REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya tugasan projek bagi kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3108) dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan.Sepanjang perlaksanaan tugasan projek ini, saya telah mencari pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber. Saya telah menggunakan peluang sepanjang program Internship untuk berbincang dengan beberapa orang guru tentang pembelajaran sepanjang hayat ini. Saya sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa rata-rata guru di sekolah tersebut, Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia mempunyai jumlah guru ijazah yang ramai. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang sedang mengikuti kursus pada peringkat sarjana serta phD. Hal ini telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan tinggi.Banyak maklumat yang diperolehi daripada sumber internet, buku, jurnal, serta keratan akhbar. Alhamdulillah, saya tidak mempunyai banyak kekangan dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Bantuan daripada rakan-rakan, guru-guru serta pensyarah telah membuatkan saya mampu mengaplikasikan budaya pembelajaran sepanjang hayat sepanjang perlaksanaan tugasan projek ini. Dengan mengadakan budaya musyawarah dan perbincangan, amalan reflektif, budaya membaca serta menyelidik, serta semua perkara dalam budaya pembelajaran sepanjang hayat telah berjaya diaplikasikan dalam tugasan projek ini secara tidak langsung. Selain itu ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya berpendapat seorang guru haruslah berperanan sebagai ketua baik membentuk suatu pengajaran yang baik. Idola yang harus dicontohi tentu sahaja Rasullullah s.a.w. Tidak hairanlah apabila baginda dinobatkan sebagai individu yang paling berpengaruh di dunia sehingga kini oleh pengarang buku The 100: A Ranking Of Most Influential Person In History, iaitu Micheal H. Hart.My choice of Muhammad to lead the list of the worlds most influential persons may surprise some readers and may be questions by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level. Micheal H. Hart. Bagi menjadi seorang guru yang berjaya dalam profesionnya, seiring dengan keinginan saya dalam menjadi seorang guru pakar, seseorang guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran agar menarik dan mampu mengekalkan minat semua pelajar di dalam kelas. Antara aktiviti yang boleh dipraktikkan kepada pelajar adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka secara maksimum. Contohnya adalah dengan mengadakan tugasan berkumpulan, aktiviti hands-on, eksperimen, lawatan, projek penyelesaian masalah serta kajian masa depan. Semua aktiviti ini haruslah diimplementasikan dalam pengajaran bagi membenarkan para pelajar berhubung dengan alam sekitarnya kerana belajar Sains merupakan pembelajaran tentang alam persekitaran dan tubuh badan sendiri. Intihannya, saya bersetuju bahawa tugasan projek pada kali ini telah berjaya membuka minda saya tentang peri pentingnya pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang pendidik. Tugasan ini juga menyedarkan saya agar siap dalam menghadapi cabaran ketika bergelar guru kelak. Kerjaya guru memerlukan kita berbakti pada setiap individu agar ilmu bermanfaat dapat disalurkan kepada mereka.

Disediakan oleh ,

(NUR SABARIAH BINTI AHMAD)

BIBLIOGRAFI

______________ (4 Oktober 2010) Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat Tumpu Kaum Lelaki. Sinar Harian.Abd Halim Hassan (1994). Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur. Delma (M) Sdn. Bhd. Bernama Media. (14 Mei 2013) Malaysia Jadi Tumpuan Utama Pelan Strategik Pembelajaran Sepanjang Hayat Asem. Diakses pada 19 Ogos 2013 dari http://my.news.yahoo.com/malaysia-jadi-tumpuan-utama-pelan-strategik-pembelajaran-sepanjang-093206374.htmlDiakses pada 19 Ogos 2013 dari http://www.kkarau.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=232Diakses pada 19 Ogos 2013 dari http://kkspe.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=90&Itemid=171Dr Fatin Aliah Phang. (9 Februari 2012) Dasar e-Learning IPT pemangkin pembelajaran sepanjang hayat. Berita Harian.Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Syed I. Ahmad S. (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Professional.. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. BhdTri Pranadji. Pusat Penelitian dan Pengembangan Sosial Ekonomi Pertanian. Jl. A. Yani. 70 Bogor. Perspektif Pengembangan Nilai-Nilai Sosial-Budaya Bangsa.AKP. Volume 2 No. 4, Disember 2004 : 324-339.