pengenalan rbt 3108

16
1.0. Pengenalan Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan- keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. Reka bentuk dan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Situasi kehidupan seharian telah menimbulkan keperluan dan reka bentuk akan cuba memenuhi keperluan tersebut. Sesuatu reka bentuk itu dikatakan berjaya sekiranya reka bentuk itu dapat memenuhi keperluan sesuatu situasi yang dapat membantu manusia memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh, reka bentuk tempat penyimpanan (rak buku) digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis buku dan majalah yang berselerak. Dengan penghasilan reka bentuk tersebut, sekurang-kurangnya telah memenuhi keperluan manusia yang memerlukan ruang yang selesa sama ada di rumah atau di pejabat.

Upload: che-shuk-shuka

Post on 14-Feb-2015

159 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsep penghasilan projek

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan RBT 3108

1.0. Pengenalan

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna

melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan

dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta

minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia

akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang

pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka

dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. Reka bentuk dan teknologi memainkan

peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Situasi kehidupan

seharian telah menimbulkan keperluan dan reka bentuk akan cuba memenuhi

keperluan tersebut. Sesuatu reka bentuk itu dikatakan berjaya sekiranya reka bentuk itu

dapat memenuhi keperluan sesuatu situasi yang dapat membantu manusia memenuhi

keperluan mereka. Sebagai contoh, reka bentuk tempat penyimpanan (rak buku)

digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis buku dan majalah yang berselerak. Dengan

penghasilan reka bentuk tersebut, sekurang-kurangnya telah memenuhi keperluan

manusia yang memerlukan ruang yang selesa sama ada di rumah atau di pejabat.

1.1. Reka Bentuk

Mengikut tulisan Noh Lasa dan etl. (2010), reka bentuk boleh didefinisikan sebagai

susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak.

Produk yang dihasilkan mungkin hasil kreativiti sendiri atau hasil pengubahsuaian

daripada produk asal atau yang telah sedia ada. Menurut kamus Dewan Bahasa reka

bentuk membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau

pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna

masa kini dan akan dating. Produk itu mungkin mempunyai nilai komersial dan

berpotensi untuk dipasarkan. Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan lebih

baik, selesa dan mudah. Sebagai contoh, telefon bimbit dan komputer riba (laptop)

yang mudah dibawa kemana – mana dan disimpan serta dilengkapi dengan rangkaian

internet untuk membolehkan pengguna berkomunikasi dan mencari maklumat di mana

– mana saja. Proses reka bentuk berasakan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda,

kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga – tiga konsep ini digabung jalin bagi

Page 2: Pengenalan RBT 3108

menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea,

diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilakan semula dalam bentuk prototaip

atau model

Terdapat pelbagai jenis penghasilan reka bentuk, di antaranya :

Reka bentuk seni bina – dihasilakn oleh arkitek untuk membina bangunan

Reka bentuk kejuruteraan – dihasilkan oleh jurutera untuk membuat jentera dan

binaan yang melibatkan kejuruteraan.

Reka bentuk fesyen – dicipta oleh pereka fesyen untuk menghasilkan pakaian

yang menarik.

Reka bentuk grafik – dihasilkan untuk mengiklankan dan mempromosikan

barangan yang hendak dipasarkan.

Reka bentuk produk – menghasilkan pelbagai jenis barangan sesuai dengan

citarasa pelbagai golongan pengguna.

Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburuMenjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

Page 3: Pengenalan RBT 3108

1.2. Teknologi

Teknologi pula boleh didefinisikan sebagai penghasilan dan pengetahuan dalam usaha

manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat,sumber, teknik dan sistem untuk

menguruskan kehidupan mereka. Teknologi membolehkan pelbagai jenis alat, jentera,

mesin dan bangunan dicipta supaya manusia dapat hidup dengan selesa dan dapat

menjalankan kerja atau aktiviti dengan lebih mudah, cepat, cekap dan produktif.

Sebagai contoh, dalam pengangkutan sama ada udara, darat atau air telah

memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain walau dalam

jarak yang begitu jauh tetapi mengambil masa yang amat singkat untuk sampai ke

tempat yang ingin dituju. Kemajuan teknologi yang dicapai akan mengubah sesuatu

reka bentuk atau ciptaan. Perubahan dalam reka bentuk dikawal oleh dua faktor asas

iaitu :

Perkembangan teknologi terkini

Keperluan dan permintaan

Page 4: Pengenalan RBT 3108

1.3 Sejarah Perkembangan Reka Cipta

Sejarah perkembangan reka bentuk berkait rapat dengan sejarah manusia.Proses

penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka bentuk telah wujud seiring

dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat

menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Memang tidak boleh

dinafikan bahawa manusia telah banyak mengkaji kewujudan artifak – artifak yang telah

direkacipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu. Dan kewujudan reka cipta ini

berkait rapat dengan rekaan masa kini dan ada rekaan yang telah mengalami inovasi

untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini.

Rajah 1.2 (a) : Rekaan telefon awal Rajah 1.2 (b) : Rekaan telefon terkini

Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Prarevolusi

Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu

dan lembing.

Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan

dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan

alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan

dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18 dikenali sebagai Zaman

Page 5: Pengenalan RBT 3108

evolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan

diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan

manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula

sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Pada waktu ini, manusia banyak bergantung

hidup kepada tenaga elektrik. Oleh itu manusia mula mencipta radio transistor dan

komputer yang semakin luas penggunaannya.

Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat

menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi. Antara rekaan

awal ialah alat "Skru Archimedes” yang telah dicipta oleh Archimedes pada tahun 212

SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia

Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta

sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina

keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell dengan hasil

ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.

Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi

keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Kita telah biasa melihat barang-

barang seharian yang digunakan daripada perabot, pakaian,alat-alat elektrik

sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang digunakan dalam

kehidupan seharian telah direka cipta oleh orang - orang tertentu.Barangan ini dapat

memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila dikaji dengan teliti.

Page 6: Pengenalan RBT 3108

1.4. Evolusi Reka Cipta

Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana

memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi

permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka

cipta telah mula menjadi sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai contoh kereta zaman

ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal. Teknologi motor

telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan

yang lebih baik. Reka cipta dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi

aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin

telah menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat

dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan

teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat

tinggal yang semakin baik dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya

berpakaian dan evolusi dalam industri muzik. Sekiranya anda menghayati perubahan

dalam reka cipta kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang merangsang para

pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka,

teknik-teknik dalam rekaan, kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi

permintaan masyarakat.

Rajah 1.3 (a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini

mengalami evolusi

Page 7: Pengenalan RBT 3108

Rajah 1.3 (b): Barangan/Peralatan Yang Mengalami Evolusi

Rumusan

Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu

produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna.

Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif.

Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan

manusia.

Bidang reka cipta member peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif,

produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan.

Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke

arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan

komunikasi,meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk

masyarakat berpengetahuan dan bertamadun.

Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak

kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih

mesra alam dan mesra pengguna.

Page 8: Pengenalan RBT 3108

2.0. Proses reka bentuk.

Terdiri daripada;

Menganalisis masalah

menyiasat

idea awalan

analisis idea

penghalusan

keputusan

perlaksanaan

Page 9: Pengenalan RBT 3108

Peta Minda Proses Reka Bentuk

MENGANALISIS MASALAH

Latar belakang masalah

Ekonomi

Keperluan

Sebab

Data

Kesan

IDEAAWALAN

Analisis Brainstrom

NotaSenarai Idea

Lakaran

Pendekatan Idea

Page 10: Pengenalan RBT 3108

ANALISISIDEA

Kekuatan

Ergonomik

Pasaran danproduk

Model dan Prototaip

Kuantiti fizikalFungsi

Kos

PENGHALUSAN Pasaran danproduk

Pasaran danproduk

Pasaran danproduk

Pasaran danproduk

Pasaran danprodukPasaran dan

produk

Page 11: Pengenalan RBT 3108

KEPUTUSAN

Terima Tolak

Kaji SemulaGabungkan

Sambung Berhenti

PELAKSANAAN

Spesifikasi

Perincian

Penyelesaian yanglengkap

Produk / Model

Lukisan Kerja

Page 12: Pengenalan RBT 3108

Reka bentuk memenuhi fungsi dan tujuan

Bentuk, warna, tekstur menarik perhatian pengguna

Sesuai untuk melindungi permukaan, cantik, tarikan

Kaedah mudah, prosese yang tidak rumit. Tidak membazir masa

Bahan binaan kukuh, tahan lama

Kos (bahan, upah, overhead) berpatutan

Bahan sesuai dan mudah didapati

Keselamatan pengguna dan alam sekitar

FUNGSI

RUPA BENTUK

KEMASAN

KAEDAH PEMBINAAN

KETAHANAN

KOS

KESESUAIAN BAHAN

KESELAMATAN