laporan kt ipg

Upload: mazmuda09

Post on 30-May-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    1/19

    SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    2007

    TAJUK

    MODUL PEMBELAJARAN BIOLOGI (Bio~Score):

    LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN

    FAKTA BIOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS.

    Oleh

    MAZINAH BT MUDASMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA16010 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

    Anjuran

    Institut Pendidikan Guru

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    1

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    2/19

    Abstrak

    Seramai 24 orang pelajar dari tingkatan 5 Lamda terlibat dalam kajian ini. Kajian

    difokuskan kepada meningkatkan penguasaan fakta biologi dalam Bahasa Inggeris

    melalui penggunaan modul yang dinamakan Bio~Score. Pelajar-pelajar menghadapi

    masalah untuk belajar Biologi menggunakan Bahasa Inggeris terutama penggunaan

    terminologi biologi, memahami dan membina ayat-ayat untuk meyampaikan fakta

    biologi dengan tepat. Walaupun, pengetahuan asas Sains, Matematik dan Bahasa

    Inggeris di peringkat PMR adalah baik. Sebelum penggunaan modul, pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) Biologi hanya berpandukan buku teks dan buku praktikal sahaja

    serta pelajar membuat nota sendiri dan wujudnya P & P sehala dalam bilik darjah.

    Tinjauan awal dari ujian bulan Februari dan soal selidik menunjukkan kegagalan pelajar

    untuk menggunakan dan mengingat terminologi biologi, kegagalan memahami ayat-

    ayat dan untuk membina ayat-ayat yang mengandungi fakta yang betul. Pelaksanaan

    tindakan menggunakan Bio~Score dijalankan selama 3 minggu selama 12 waktu

    mengajar dengan topik yang dipilih Locomotion and Support. Kandungan Bio~Score

    adalah memaparkan Bio-Dictionary di permulaan topic untuk menambahkan

    kefahaman istilah biologi, infografik yang menarik untuk meningkatkan kefahaman

    konsep, aktiviti melukis dan melabel rajah untuk mengingat fakta , pelajar mengisi

    tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk mengelak dari silap fakta dan

    Bio~Brain untuk menguji penguasaan pelajar tentang sesuatu fakta. Pembinaan isi

    kandungannya disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Tambahan kepada

    modul ini adalah dengan animasi grafik yang dibuat dalam bentuk paparan power point

    untuk memudahkan penerangan guru dan boleh menarik minat pelajar belajar biologi.

    Dari ujian pra menunjukkan purata markah diperolehi pelajar adalah 53.5%. Dapatan

    ujian pos pula menunjukkan purata markah pelajar 68.8%. Peningkatan nilai purata

    sebanyak 15.3% membuktikan keberkesanan penggunaan modul Bio~Score di mana

    pelajar telah meningkat penguasaan terminologi dan fakta menggunakan Bahasa

    Inggeris dalam mata pelajaran Biologi.

    2

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    3/19

    1.0 REFLEKSI MASALAH

    Saya telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 lebih kurang 22 tahun. Pencapaian A

    semasa PMR bagi Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris adalah kekuatan utama

    pelajar SBP berada terus berada di peringkat menengah atas. Cabaran utama

    mengajar di Sekolah Menengah Sains adalah kecemerlangan mesti dicapai untuk setiap

    kali peperiksaan sama ada peringkat dalaman atau luaran.

    Mulai tahun 2003 , Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa

    Inggeris (PPSMI) diperkenalkan. Ini bererti pelajar tingkatan 4 (mulai tahun 2006)

    diarahkan mempelajari Biologi menggunakan bahasa perantaraan Bahasa Inggers. Ini

    amat merumitkan pelajar tersebut kerana asas sains yang baik masih tidak menjamin

    kecemerlangan peringkat menengah atas / SPM. Mampukan mereka mengikuti P & P

    dalam Bahasa Inggeris dan diuji keupayaan perolehan ilmu Biologi dalam Bahasa

    Inggeris ?

    Pemerhatian semasa saya mengajar, amat sukar untuk mengesan sama ada pelajar

    faham apa yang saya ajar kerana amat kurang pelajar yang bertanyakan soalan. Itu

    pun soalan ditanya dalam Bahasa Melayu, saya tidak pernah dengar mereka bertanya

    soalan, mengemukakan masalah dan memberi penerangan dalam Bahasa Inggers,

    melainkan diminta oleh saya. Segelintir pelajar tidak membuat persiapan untuk belajar

    pada hari berkenaan seperti tidak menyiapkan nota yang lepas, tidak melukis rajah dan

    tidak menyiapkan latihan yang diberi.. Kalau melukis dan melabel rajah pun secara ala

    kadar, bukan rajah biologi yang mereka lukis. Semangat berusaha dan pembelajaran

    kendiri agak lemah. Daripada penelitian yang dibuat, kelemahan ini timbul disebabkan

    mereka tidak mampu menggunakan Bahasa Inggers untuk menyampaikan fakta biologi

    yang telah mereka pelajari, perbendaharaan kata yang mereka miliki terhad dan saya

    terpaksa menyediakan kamus dalam makmal biologi saya. Cabaran untuk mendapat

    keputusan cemerlang menjadi lebih hebat.

    Dalam ujian bulan Februari, saya mengarahkan semua pelajar menjawab soalan dalam

    Bahasa Inggers berdasarkan topik Transport. Malangnya, terdapat pelajar menjawab

    dalam Bahasa Melayu. Tambahannya pula, ejaan bagi terminologi Biologi yang

    dimelayukan juga silap. Terdapat juga ayat campur iaitu d celah-celah ayat Bahasa

    Inggeris terdapat bahasa Melayu yang tidak mampu diterjemahkan oleh pelajar.

    Kadang-kadang maksud yang hendak disampaikan tidak kesampaian.. Perkara seperti

    3

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    4/19

    ini amat membimbangkan saya. Keputusan Ujian Februari amat mengejutkan, 5 orang

    pelajar gagal, 10 orang lupus, 9 orang kepujian dan tiada pelajar yang

    cemerlang.(Markah lulus 40%). Saya membuat andaian bahawa jika pelajar itu boleh

    berbahasa Inggers, tidak semestinya dapat menguasai biologi dan jika tidak boleh

    berbahasa Inggers, sudah semestinya tidak dapat menguasai biologi. Apakah apa yang

    saya andaikan itu benar?

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Berdasarkan refleksi yang dibuat, saya telah mengenalpasti beberapa masalah dalam

    pengajaran saya. Saya telah membuat andaian terdapat beberapa masalah utama

    dalam P & P saya:

    a) Guru tidak memberi panduan untuk penyediaan nota.

    b) Guru mengajar tanpa mengambil kira tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris

    pelajar

    c) Guru memerlukan satu modul khas bagi membantu mengendalikan P&P yang

    berkesan.

    d) Pelajar tidak mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang luas untuk

    membolehkan mereka menyampaikan fakta biologi dan berkomunikasi.

    e) Pengetahuan asas pelajar dalam Biologi lemah dan perlukan bimbingan

    mengukuhkan fakta serta dari segi membina ayat-ayat dalam Bahasa Inggers.

    f) Pelajar lemah mesti diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan .

    Kajian difokuskan kepada meningkatkan penguasaan fakta biologi dalam Bahasa

    Inggeris melalui penggunaan Modul dinamakan Module Bio~Score. Kajian ini penting

    untuk membolehkan pelajar menggunakan terminologi Biologi yang tepat, menguasai

    fakta biologi dengan baik melalui bahasa perantara Bahasa Inggers, seterusnya pelajar

    dapat memahami dan menjawab soalan dalam Bahasa Inggers dalam peperiksaan

    SPM nanti.

    Perkara yang paling penting adalah pelajar ini akan menyambungkan belajar di

    Matrikulasi atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara yang

    rata-rata menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris. Dengan penggunaan modul ini

    guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar semasa

    4

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    5/19

    proses P & P dijalankan. Guru juga berpeluang mengaplikasikan pelbagai kaedah P & P

    seperti konstruktivisme, kontektual, pembelajaran melalui teknologi melalui komputer

    (TMK) dan sebagainya.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 Objektif Umum

    Mempelajari Biologi dalam Bahasa Inggeris sesuatu yang menyeronokkan dan dapat

    meningkatkan prestasi Biologi menggunakan Modul Bio~Score..

    3.2 Objektif Khusus:

    i. supaya pelajar menguasai terminologi dan fakta biologi yang betul

    ii. dapat menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dalam menyampaikan fakta.

    iii. meningkatkan kecemerlangan dari segi kuantiti dan kualiti

    iv. meningkatkan penggunaan TMK di kalangan guru dan pelajar

    v. Guru dapat mempelbagaikan kaedah P&P dalam bilik darjah.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan yang di kaji adalah pelajar 5 Lambda seramai 24 orang.

    Sekolah Menengah Sains Tengke Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa,

    Kelantan.

    Semua berbangsa Melayu 11 lelaki 13 perempuan.

    5.0 METODOLOGI KAJIAN

    5.1: Batasan Kajian

    Modul Bio Score mengandungi 15 topik kesemuanya dalam 2 terbitan iaitu Module

    Bio~Score Form 4 dan Module Bio~Score Form 5 . Kajian ini dikhususkan pada

    satu topik di tingkatan 5 iaitu Locomotion and Support .

    5.2: Kaedah Mengutip Data

    a) Pemerhatian kepada tingkahlaku semasa proses P & P dan markah ujian bulan

    Februari 2007 sebagai nilai mula (TOV)

    5

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    6/19

    b) Soal selidik kepada semua pelajar

    c) Temubual dengan pelajar yang dikenalpasti pada tahap yang lemah.

    6.0 PERANCANGAN TINDAKAN

    6.1 Isi Kandungan / Aktiviti dalam Bio~Score

    a) Learning Objectives dan Learning Outcomes bagi setiap bab

    b) Bio~Dictionary

    c) Peta Konsep

    d) Mengisi jawapan di tempat kosong dengan perkataan/ terminologi yang

    sesuai

    e) Infografik ( Graphic organizer )

    f) Melukis & melabel rajah

    g) Bio~Brain

    h) Persembahan power point- animasi grafik (TMK).

    Alat Untuk Penillaian

    a) Ujian Bulan Februari 2007 (TOV), Ujian pra dan ujian pos sebagai tahappenguasaan terminologi dan fakta biologi yang betul.

    b) Pemerhatian tingkah laku selepas rawatan

    7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

    (a) Pra-Pengajaran & Pembelajaran (P&P) :

    i. Guru meminta pelajar membuat persediaan bagi subtopik yang akan dipelajari

    nanti.

    ii. Pelajar menyediakan tugasan dalam Modul Bio~Score secara pembelajaran

    kendiri menggunakan buku teks, buku rujukan Internet , pepustakaan Biologi

    atau rakan pelajar dan guru.

    6

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    7/19

    (b) Semasa proses P&P dalam bilik darjah / makmal :

    i. Pelajar dan guru berbincang terhadap tugasan yang diberi di bilik darjah.

    ii. Guru dapat menggunakan pelbagai kaedah P&P bersesuaian dengan subtopik

    dalam tugasan tersebut.

    iii. Suasana P&P begitu aktif kerana pelajar sudah bersedia dengan jawapan

    mereka.

    iv. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan menokok tambah kepada jawapan

    pelajar. Di samping penggunaan modul ini, guru juga menggunakan paparan

    power-point disokong dengan model dan amali.

    c) Penutup

    i. Sebagai pengukuhan guru mengarah pelajar menjawab soalan topikal dalam

    Bio~Brain.

    ii. Untuk mengelakkan kesilapan fakta, terminologi dan ayat, pelajar boleh merujuk

    kepada paparan power point guru.

    7

    Hasil Pembelajaran & Peta Konsep Melukis dan Melabel

    Beberapa Aktiviti Yang Terdapat Dalam Module Bio~Score

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    8/19

    Contoh 1: Pengajaran Kelas dengan Menggunakan Modul P&P.

    Tingkatan : 5 Lambda Masa : 80 minit

    Topic : Support and Locomotion in Humans

    Hasil Pembelajaran Khusus / Learning outcomes :

    o Label the bones, the skeletal muscles and tendons

    in a diagram of a arm.

    o Explain how movement is brought about in a limb

    Pengetahuan sedia ada :

    Pelajar telah mempelajari nama-nama tulang yang membentuk rangksa aksis

    dan appendej manusia.

    Kaedah : Kumpulan dan pembentangan

    Bahan Bantu Mengajar: Papan putih mini, pen marker.

    8

    Mengisi Tempat Kosong Infografik

    Bio~dictionary Bio~Brain

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    9/19

    Aktiviti Penerangan Aktiviti

    1. Set Induksi Dengan menggunakan model rangka manusia, guru meminta

    pelajar membezakan kumpulan tulang yang membentuk

    rangka aksis dan appandej.

    Namakan tulang-tulang yang berkaitan. Semasa manusia

    masih hidup, namakan struktur-struktur yang melekatkan

    antara satu tulang dengan tulang yang lain?

    ( Mengaitkan pelajaran hari ini)

    2.

    Perkembangan

    i. Dengan menggunakan rajah dari power point guru,

    pelajar diminta menamakan tulang-tulang berkaitan.

    ii. Guru memberikan rangka appendej ( forelimb) Rajah

    iii. 1

    Rajah 1

    Rajah 2

    9

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    10/19

    Aktiviti Penerangan Aktiviti

    iv. Pelajar berada dalam kumpulan masing-masing dan

    diminta menyalin rajah 1 pada papan mini. Seterusnya

    melukiskan otot rangka (bisep dan trisep), tendon dan

    ligamen pada rajah 1. (Rajah 2 adalah contoh jawapan

    sepatutunya setiap kumpulan perolehi)

    v. Perbincangan kumpulan dan setiap pelajar merujuk

    Modul Bio~Score ms 49 dan 51 untuk menyemak

    jawapan mereka

    vi. Pembentangan kumpulan dan mereka menyemak

    jawapan mereka dalam Modul dan power point

    guru.(Pelajar boleh merujuk terminologi di ruangan

    Bio~Dictionary).

    Penutup vii. Guru membimbing pelajar merumuskan tindakan

    antagonistik, tendon, ligamen dan otot rangka manusia

    viii. Penilaian P&P: Menyelesaikan Bio-Brain ms 50

    ix. Kerja rumah /tugasan : menyiapkan modul ms 52 & 53Structure of joint untuk P& P hari berikutnya.

    10

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    11/19

    Contoh : Sebahagian daripada aktiviti dalam modul Bio~Score.

    Contoh : Petikan dari power point animasi grafik

    11

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    12/19

    Contoh 2 : Pengajaran Kelas dengan Menggunakan Modul P&P.

    Tingkatan : 5 Sains 2 Masa : 80 minit

    Topic : Support and Locomotion in Animals

    Hasil Pembelajaran Khusus / Learning outcomes :

    o Describe problems that could face by animals in support and

    locomotion.

    o Describe briefly the mechanism of locomotion in an animal.

    Pengetahuan sedia ada :

    Pelajar telah mempelajari jenis-jenis rangka iaitu hidrostatik, endoskeleton

    dan eksoskeleton.

    Kaedah : Kumpulan dan pembentangan

    Bahan Bantu Mengajar: Papan putih mini, pen marker, ikan , papan bedah,alat pembedahan dan ikan dalam aquarium.

    Aktiviti Penerangan Aktiviti

    1. Set Induksi Dengan menggunakan gambar binatang dalam power point,

    guru minta pelajar:

    i) nyatakan cara setiap binatang bergerak: eg: melompat,

    berenang, berlari dan lain-lain.

    ii) nyatakan masalah yang dihadapi oleh setiap binatang

    semasa pergerakan. Eg: Ikan alami rintangan air.

    2.

    12

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    13/19

    Aktiviti Penerangan Aktiviti

    Perkembangan i) Dalam 5 kumpulan, guru meminta pelajar menamakan sirip-

    sirip pada ikan, membuat keratan bagi memerhati otot-otot

    ikan. Pelajar dikehendaki mengenalpasti otot miotom , melukis

    dan melabelkan. Lukis pada papan mini.

    ii) Guru minta pelajar perhatikan pergerakan sirip-sirip serta

    pergerakan badan ikan.

    iii) Berdasarkan ciri-ciri fizilkal seekor ikan, pelajar diminta

    membincangkan fungsi dan makenismenya. Dengan bantuan

    modul Bio~score pelajar diminta mengisi tempat kosong (ms

    55) . Pelajar seterusnya membentang / membaca jawapan

    masing-masing.

    iv) Pembentangan kumpulan dan mereka menyemak jawapan

    mereka dalam Modul dan power point guru.

    (Pelajar boleh merujuk terminologi di ruangan Bio~dictionary).

    Penutup i) Guru membimbing pelajar merumuskan ciri-ciri serta fungsi

    / makenisme pergerakan bagi seekor ikan.

    ii) Kerja rumah /tugasan : menyiapkan modul ms 56 :

    Locomotion in an amphibian and Locomotion in a bird.

    8.0 KEPUTUSAN KAJIAN

    13

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    14/19

    8.1: Analisa Ujian Bulan Februari 2007.

    Pemerhatian dokumentasi berdasarkan ujian bulan Februari 2007. Markah ini dikira

    sebagi nilai mula (TOV). Soalan ujian dalam Bahasa Inggeris dan pelajar diminta

    menulis jawapan juga dalam bahasa Inggeris, topik Transport tanpa menggunakan

    module Bio~Score. Soalan berbentuk esei pendek. Seramai 20.8% pelajar gagal

    ( markah lulus 40%) dan 79.2% yang lulus dan kepujian. Terdapat juga pelajar langsung

    tidak menulis jawapan. Kelemahan pelajar yang begitu ketara telah menguja saya untuk

    mencari jalan penyelesaian dengan membuat kajian ini.

    8.2: Analisa temubual.

    Sesi temubual dibuat ke atas 7 pelajar yang agak lemah. Sesi temubual ini dilakukan

    secara lisan dan tidak formal untuk mendapatkan punca masalah ini. Rumusan dari

    temubual ini didapati pelajar sukar untuk faham fakta, pelajar tidak dapat menulis nota

    dengan baik kecuali menyalin terus daripada buku teks, bila buat ulangkaji pelajar tidak

    berminat kerana banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris yang mereka tidak tahu

    makna. Pelajar mengatakan guru mengajar terlalu cepat, dan meminta guru mengeja

    setiap terminologi yang guru sebut. Permintaan pelajar agar guru menyediakan nota

    dan mengajar dalam dua bahasa.

    8.3: Analisa Soal Selidik.

    Dapatan soal selidik meliputi 12 item yang merangkumi maklumat peribadi pelajar,

    Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), berkaitan

    penggunaan Bio~Score dan berkenaan guru Biologi / pengkaji. Subjek kajian semuanya

    berbangsa Melayu dan berasal dari luar bandar.

    Tiada (0 %) seorang pun pelajar mengatakan senang / mudah mempelajari biologi

    dalam Bahasa Inggeris, malah 71.4 % lebih suka mempelajari Biologi menggunakan

    Bahasa Melayu . Kesukaran mereka untuk memahami ayat-ayat dan untuk menulis

    semula fakta jelas terbukti di mana hanya 21.0% mengaku mampu menulis ayat-

    ayat menghuraikan fakta biologi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan 19 % sahaja

    bersetuju bahawa terminologi biologi senang untuk dieja dan diingat. Pelajar ini

    memang lemah Bahasa Inggeris. Lantas 100% pelajar meminta guru melakukan P & P

    Biologi menggunakan dwibahasa untuk membantu mereka.

    14

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    15/19

    Untuk membantu pelajar dan mengatasi masalah, Module Bio~Score telah

    diperkenalkan kepada pelajar. Keberkesanan pengunaan Bio~Score mesti dikaji. Tanpa

    Bio~Score , pelajar dikehendaki membuat nota atau catatan sendiri. Malangnya

    hanya 34.3 % mampu membuat nota sendiri dan 95.8% mengakui proses pengajaran

    lebih mudah dengan menggunakan Bio~Score.

    Bio~Score diminati kerana 100% pelajar mengakui melalui aktiviti melukis, melabel

    serta fakta grafik boleh menambah kefahaman dan ingatan terhadap fakta Biologi .

    80.9% bersetuju dengan aktiviti mengisi tempat kosong boleh membantu mereka

    membina ayat-ayat Bahasa Inggeris. Ternyata modul ini merupakan kaedah

    pembelajaran kendiri dan Bio~Dictionary membantu pelajar memperkayakan

    perbendaharaan kata, 85.7% pelajar bersetuju.

    85.7 % mendakwa guru mampu mengajar Biologi dalam Bahasa Inggeris. Ini bererti,

    guru mesti memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Namun begitu, P & P

    masih menarik kerana selain dari modul, penggunaaan TMK, model maujud ,

    kontekstual dan amali mengikut kesesuaian topik masih boleh menarik minat pelajar

    supaya suka akan Biologi dan gurunya.

    8.4: Penilaian dan Refleksi

    Proses penilaian dan refleksi kajian tindakan ini dilakukan berdasarkan maklum balas

    yang diperolehi daripada ujian pra dan pos. Ujian pos dilakukan selepas tiga minggu

    proses rawatan dilakukan. Ujian pos menentukan keberkesanan pelaksanaan tindakan

    untuk menentukan keberkesanan penggunaaan modul bio score dalam menguasai

    fakta biologi melalui perantaraan Bahasa Inggeris.

    Bentuk dan format ujian pra dan pos sama iaitu terjemahan ayat Bahasa Melayu ke

    Bahasa Inggeris dan sebaliknya, melukis dan melabel, soalan struktur dan esei pendek

    yang lebih mirip kepada soalan peperiksaan SPM sebenar.

    Dari analisa keputusan ujian pra, didapati julat markah antara 40 dan 70 dengan nilai

    purata 53.5% manakala ujian pos pula julat markah antara 46 dan 85 dengan nilai

    purata 68.8%. Walau pun masa rawatan amat singkat iaitu selama tiga minggu sahaja,

    tetapi ia telah dapat menunjukkan peningkatan nilai purata markah sebanyak 10.3% .

    15

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    16/19

    Kajian tindakan ini juga memberi gambaran yang jelas bahawa modul ini amat perlu

    untuk menyampaikan fakta biologi dengan tepat walaupun tidak menggunakan bahasa

    ibunda melalui aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan. Ayat-ayat Bahasa Inggers yang

    mudah dalam modul membantu dan memberi panduan kepada pelajar mempelajari

    biologi , menguasai fakta dan menjawab soalan struktur dan essei.

    Berdasarkan ujian pos, terdapat beberapa pelajar mendapat markah yang lebih rendah

    atau sama dengan ujian pra atau markah tidak banyak beza antara kedua-duanya.

    Pelajar mengaitkan dengan amalan guru seperti menyebut perkataan Bahasa Inggeris

    tidak jelas, bercakap terlalu cepat dan mengajar laju untuk habiskan sukatan. Malah

    mereka akui sendiri, mereka mengambil masa lama untuk menulis dalam bahasa

    Inggeris dan kerjasama daripada rakan sebaya membantu. Setiap pelajar digalakkan

    membawa kamus semasa P & P biologi.

    Cadangan seterusnya kandungan Modul Bio~Score ditambah dengan eksperimen,

    mengurangkan isi tempat kosong tapi memperbanyakkan pelajar menulis dan latihan

    pengukuhan dengan cara e-learning.

    9.0: Penutup/ Kesimpulan.

    Berdasarkan Kajian Tindakan yang dijalankan menunjukkan terdapat perubahan positif

    dalam kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid. Penggunaan modul Bio~

    Score yang melibatkan aktiviti mengisi tempat kosong, melukis dan melabel, grafik

    organizer, penerangan fakta menggunakan animasi grafik, Bio~Dictionary dan

    Bio~Brain banyak membantu pelajar menguasai fakta walaupun dalam Bahasa

    Inggeris. Pengunaan Power Point yang sesuai bagi setiap tajuk juga mampu menarik

    minat pelajar suka akan biologi dan gurunya. Bio~Score boleh diguna berbagai bagai

    cara dan ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk menyesuaikan

    kaedah dan isi kandungannya. Oleh itu Bio~Score adalah satu usaha murni ke arah

    membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI).

    BIBLIOGRAFI

    1. Curriculum Spesification Biology Form 4 (2005)

    Pusat Perkembangan Kurikulum,

    16

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    17/19

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    2. Curriculum Spesification Biology Form 5 (2006)

    Pusat Perkembangan Kurikulum,

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Manual Kajian Tindakan

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    4. Kertas Kerja

    Seminar Penyelidikan Pendidkan Kebangsaan ke XIII 2006

    20 -22 November 2006Hotel Berjaya palace, Kota Kinabalu, Sabah.

    KEPUTUSAN UJIAN FEBRUARI, PRA DAN POS ( Markah-% dan Gred)

    17

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    18/19

    BIL NAMAPELAJAR

    FebTOV

    Gred Pra(%)

    Gred Pos(%)

    Gred TRIALSPM

    SPM2007

    1 Pelajar L 1 42 8E 42 8E 53 6C PS PS

    2 Pelajar L 2 69 3B 72 1A 84 1A 7D 1A

    3 Pelajar L 3 56 5C 52 6C 62 4B 8E 5C

    4 Pelajar L 4 624B

    497D

    644B

    9G 5C5 Pelajar L 5 24 9G 56 5C 69 3B 8E 4B

    6 Pelajar L 6 64 4B 60 4B 68 3B 5C 1A

    7 Pelajar L 7 41 8E 47 7D 56 5C 5C 2A

    8 Pelajar L 8 40 8E 50 6C 59 5C 7D 2A

    9 Pelajar L 9 42 8E 60 4B 72 2A 7D 3B

    10 Pelajar L 10 59 5C 58 5C 68 3B 6C 2A

    11 Pelajar L 11 51 6C 57 5C 66 3B 7D 2A

    12 Pelajar P 1 48 7D 57 5C 66 3B 7D 3B

    13 Pelajar P 2 46 7D 50 6C 59 5C 8E 3B

    14 Pelajar P 3 29 9G 41 8E 55 5C 8E 3B

    15 Pelajar P 4 65 3B 70 2A 85 1A 9G 2A

    16 Pelajar P 5 47 7D 40 8E 58 5C 4B 3B

    17 Pelajar P 6 42 8E 45 7D 57 5C 8E 3B

    18 Pelajar P 7 19 9G 56 5C 65 3B 7D 4B

    19 Pelajar P 8 44 8E 50 6C 64 4B 7D 2A

    20 Pelajar P 9 59 5C 41 8E 55 5C 8E 3B

    21 Pelajar P 10 34 9G 65 3B 54 6C 8E 4B

    22 Pelajar P 11 36 9G 56 5C 75 2A 7D 3B

    23 Pelajar P 12 54 6C 45 7D 62 4B 7D 2A

    24 Pelajar P 13 44 8E 65 3B 55 5C 7D 3B

    Jumlah Markah 1123.2

    Purata Markah (%) 46.8Markah terendah

    (%)24

    Markah tertinggi (%) 69

    1284

    53.540

    72

    1531

    63.853

    85

    Gred A (70 - 99 )

    Gred B (60 69 )

    Gred C (50 59 )

    Gred D (45 - 49 )

    Gred E ( 40 - 44 )

    Gred G ( 00 39 )

    0(0.0 %)

    4(16.7 %)

    5(20.8 %)

    3(12.5 %)

    7(29.2 %)

    5(20.8%)

    2( 8.3%)

    4( 16.7%)

    10(41.7%)

    4(16.7%)

    4(16.7%)

    0(0.00%)

    4( 16.7%)

    00(0.00%)

    09(39.1%)

    10(41.7%)

    01(4.3%)

    12(52.2%)

    10(41.7%)

    03(13.0%)

    02(8.7%)

    0(0.00%)

    10(43.5%)

    00(0.00%)

    0(0.00%)

    07(30.4%)

    00(0.00%)

    0( 0.0%)

    02(8.7%)

    00(0.00%)

    18

  • 8/14/2019 Laporan KT IPG

    19/19

    19