kerangka pembinaan modul kemahiran...

12
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 581 KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB UNTUK PENUTUR BUKAN ARAB DI IPTA MALAYSIA MOHAMAD ROFIAN ISMAIL AHMAD REDZAUDIN GHAZALI KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor. & MUHAMMAD DAOH PhD Fakulti Pendidikan & Sains Sosial Universiti Selangor [email protected] ABSTRAK Dalam proses pembelajaran bahasa Arab di peringkat universiti, pelajar perlu didedahkan dengan kaedah dan gaya penulisan yang baik. Begitu juga mereka perlu di latih menulis dengan baik berpandukan modul yang sesuai. Namun di Malaysia realitinya adalah berbeza kerana terdapat banyak dapatan kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum dan buku teks atau modul. Justeru, keperluan mewujudkan modul khusus untuk kemahiran menulis karangan bahasa Arab mestilah direalisasikan. Kajian ini berusaha membina suatu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kerangka modul yang akan dibina ini berdasarkan model Instruksi pembangunan Modul ADDIE yang terdiri daripada lima fasa utama, iaitu analisis(Analysis), reka bentuk(Design), pembangunan(Development), pelaksanaan(Implementation) dan penilaian(Evaluation). Kajian ini akan menjelaskan aktiviti-aktiviti yang akan dihasilkan pada setiap fasa bermula dari fasa yang pertama sehingga ke fasa yang terakhir mengikut model ADDIE. Kata Kunci: Kerangka, modul, karangan, Bahasa Arab, ADDIE PENGENALAN Kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi khususnya penulisan karangan merupakan antara kandungan subjek teras kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Terdapat tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UIA, USIM, UPM, UKM, UNISZA, UPSI, dan UM serta 16 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta Islam (IPTSI) yang menawarkan program sijil peringkat tinggi seperti diploma dan sarjana muda dalam bahasa Arab (Hanafi Dolah 2014). Kesemuanyanya mewajibkan setiap pelajarnya mengikuti subjek kemahiran menulis berpandukan isi kandungan dan sukatan pelajarannya yang tersendiri (Yaser 1046

Upload: truongkiet

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

581

KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA

ARAB UNTUK PENUTUR BUKAN ARAB DI IPTA MALAYSIA

MOHAMAD ROFIAN ISMAIL

AHMAD REDZAUDIN GHAZALI

KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.

&

MUHAMMAD DAOH PhD

Fakulti Pendidikan & Sains Sosial

Universiti Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Dalam proses pembelajaran bahasa Arab di peringkat universiti, pelajar perlu didedahkan dengan kaedah dan

gaya penulisan yang baik. Begitu juga mereka perlu di latih menulis dengan baik berpandukan modul yang sesuai.

Namun di Malaysia realitinya adalah berbeza kerana terdapat banyak dapatan kajian menunjukkan kelemahan

pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum dan buku teks atau modul.

Justeru, keperluan mewujudkan modul khusus untuk kemahiran menulis karangan bahasa Arab mestilah

direalisasikan. Kajian ini berusaha membina suatu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur

bukan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kerangka modul yang akan dibina ini

berdasarkan model Instruksi pembangunan Modul ADDIE yang terdiri daripada lima fasa utama, iaitu

analisis(Analysis), reka bentuk(Design), pembangunan(Development), pelaksanaan(Implementation) dan

penilaian(Evaluation). Kajian ini akan menjelaskan aktiviti-aktiviti yang akan dihasilkan pada setiap fasa bermula

dari fasa yang pertama sehingga ke fasa yang terakhir mengikut model ADDIE.

Kata Kunci: Kerangka, modul, karangan, Bahasa Arab, ADDIE

PENGENALAN

Kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi khususnya penulisan karangan merupakan

antara kandungan subjek teras kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar di institusi

pengajian tinggi di Malaysia.

Terdapat tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UIA, USIM, UPM, UKM,

UNISZA, UPSI, dan UM serta 16 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta Islam (IPTSI) yang

menawarkan program sijil peringkat tinggi seperti diploma dan sarjana muda dalam bahasa Arab

(Hanafi Dolah 2014). Kesemuanyanya mewajibkan setiap pelajarnya mengikuti subjek

kemahiran menulis berpandukan isi kandungan dan sukatan pelajarannya yang tersendiri (Yaser

1046

Page 2: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

582

Ismail 2007). Kebanyakan daripada mereka telah pun mempunyai modul kemahiran menulis

bahasa Arab yang dibina dan digubal sendiri. Hal ini membawa kepada ketidaksamaan dan

keseragaman seterusnya menimbulkan perbezaan yang agak ketara pada ciri-ciri, corak dan

rupa bentuk isi kandungan yang digunakan dalam modul tersebut.

Abdul Rahman Chik (2007) menegaskan bahawa semua institusi pengajian tinggi di Malaysia

boleh membina kurikulum bahasa Arabnya sendiri tetapi mestilah mengikut standard kualiti

yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Kurikulum bahasa Arab

yang standard dan berkualiti pastinya dapat menjamin penguasaan pelajar dalam kemahiran

menulis bahasa Arab dengan baik khususnya penulisan karangan. Namun realitinya di Malaysia

adalah berbeza kerana terdapat kajian menunjukkan bahawa kelemahan pelajar dalam kemahiran

menulis karangan berpunca dari faktor kurikulum dan buku teks atau modul. Kajian Nor Azizi et

al. (2007) dan Samah (2012), menunjukkan tahap pelajar IPTA dalam menulis karangan bahasa

Arab adalah lemah, dan kelemahan ini mestilah ditangani dengan segera. mereka mencadangkan

agar bahan bahan pengajaran penulisan seperti modul-modul latihan menulis perlu dipelbagaikan

dan diperbanyakkan.

Berdasarkan kepada pemerhatian sendiri dan juga pengalaman pengkaji dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kemahiran menulis di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), mendapati modul

kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi di Malaysia adalah sangat terhad dan terlalu

sedikit, ditambah pula dengan bentuk dan corak kandungannya yang berbeza dan hanya sesuai

dengan tahap segelintir pelajar bahkan ia hanya menepati matlamat atau objektif sesebuah

institusi pengajian yang menggunakan modul tersebut. Setakat ini, pengkaji masih belum

menjumpai satu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang standard dari segenap

sudut yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta bersesuaian

dengan pelajar peringkat universiti.

Selain itu, budaya pembelajaran pelajar di pusat pengajian tinggi di Malaysia yang suka

menghafal karangan bahasa Arab bagi tujuan peperiksaan menunjukkan bahawa penguasaan

kemahiran menulis mereka berada pada tahap yang paling lemah.Ini terbukti dalam kajian

Samah (2012) menunjukkan kemampuan menulis ayat bahasa Arab pelajar melalui penulisan

Page 3: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

583

karangan pendek adalah pada tahap yang sangat lemah. Justeru, satu modul dalam kemahiran

menulis karangan bahasa Arab perlu dibangunkan sebagai salah satu cara penyelesaian kepada

masalah mengarang pelajar di peringkat IPT.

Rentetan daripada isu-isu yang dibincangkan tadi, pengkaji berpendapat bahawa masalah

kemahiran menulis karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di

IPT adalah berpunca daripada ketiadaan modul yang memenuhi ciri-ciri sebuah modul yang

efektif yang boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis karangan. Justeru,

pengkaji merasakan bahawa satu kajian tentang pembinaan modul kemahiran menulis karangan

Bahasa Arab perlu dijalankan berpandukan sukatan pelajaran yang terkini selain kandungannya

digubal mengikut strategi pengajaran guru yang berkesan melalui aktiviti yang sesuai dengan

kehidupan dan kehendak pelajar sebagaimana yang di cadangkan oleh Khazri Osman dan Ku Siti

Esah Ku Ibrahim (2012) dalam kajiannya.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian yang menggabungkan dua kaedah (mixed method)

iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah gabungan adalah rekabentuk penyelidikan

pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan

memasukkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian (L.R. Gay et al; 2009).

Secara umumnya, kaedah gabungan yang digunakan dalam kajian ini dapat diperhatikan melalui

rajah 1.1 berikut :

Page 4: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

584

Proses Pembinaan Modul Karangan Bahasa Arab IPTA Output

A ( Analysis Phase ) Input Kuantitatif&Kualitatif

D (Design Phase )

D (Development Phase ) Kaedah Kualitatif

I (Implementation Phase)

E (Evaluation Phase ) Kaedah Kuantitatif

Modul

Kemahiran

Menulis

Karangan

Bahasa Arab

IPT

Rajah 1.1 : Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab IPT

Berdasarkan rajah 1.1 di atas, kaedah kualitatif akan digunakan dalam kajian ini pada peringkat

awal kajian lagi melibatkan 4 fasa utama dalam model intruksi pembangunan modul mengikut

model ADDIE. Melalui kaedah kualitatif ini, data dikumpulkan dengan cara menganalisis

dokumen penting berkaitan penulisan karangan bahasa Arab seperti teori pengajaran dan

pembelajaran, model-model karangan serta juga model rekabentuk intruksi. Semasa proses

pembinaan modul, kaedah kualitatif digunakan bermula dari fasa pertama sehingga fasa ke

empat. Fasa-fasa tersebut melibatkan proses merekabentuk prosedur atau tatacara penulisan

karangan, merekabentuk model penulisan karangan berdasarkan teori-teori pengajaran,

membangunkan isi kandungan modul dan menghasilkan sebuah modul lengkap untuk

diaplikasikan kepada pengguna sasaran iaitu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bukan

penutur asli bahasa Arab.

Dokumen yang dikumpulkan untuk dikaji dan dianalisis adalah dalam pelbagai bentuk sumber

seperti buku, jurnal, prosiding, latihan ilmiah, tesis, disertasi dan bahan-bahan bacaan ilmiah

yang bersumberkan internet. Dokumen-dokumen yang dikaji ini meliputi keseluruhan objektif

kajian dan kandungan dan rekabentuk modul. Aspek-aspek utama penulisan karangan seperti

teori pengajaran, model penulisan karangan dan kaedah pengajaran karangan bahasa Arab untuk

penutur bukan Arab turut sama di kaji dan dianalisis supaya menepati dengan objektif kajian

yang telah direncanakan. Analisis model instruksi pembangunan modul ADDIE juga akan

dijalankan menggunakan kaedah ini.

Page 5: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

585

Dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan tadi akan dibuat analisis. Proses analisis dokumen

ini telah dikategorikan kepada beberapa bahagian. Bahagian yang pertama ialah menganalisis

dokumen yang berkaitan dengan penulisan karangan bahasa Arab. Ia bertujuan untuk membina

dan membangunkan kandungan modul agar dapat disesuaikan dengan keperluan pengguna

sasaran dan juga objektif pembelajaran berdasarkan model penulisan karangan bahasa Arab yang

telah direkabentuk. Dokumen lain berkaitan dengan teori dan model pembelajaran karangan pula

akan dianalisis pada awal proses rekabentuk modul supaya ia menepati dan memenuhi ciri-ciri

pengguna sasaran, objektif pembelajaran modul, kaedah pengajaran modul yang akan dibina.

Kaedah kajian berikutnya ialah kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif ini digunakan sebahagian

kecilnya semasa fasa pertama dan selebihnya pada fasa terakhir pembangunan modul iaitu fasa

analisis dan fasa penilaian. Fasa pertama iaitu analisis hanya menumpukan kepada aktiviti

analisis keperluan pengguna sasaran modul dengan menggunakan instrumen soal selidik.

Tujuannya ialah untuk mengenalpasti keperluan pengguna sasaran modul sebelum pembangunan

kandungan modul dijalankan. Manakala fasa terakhir pula melibatkan aktiviti penilaian modul

yang telah melalui ke-empat-empat fasa utama sebelum ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini di jalankan untuk memastikan objektif objektif yang disasarkan sebagaimana

berikut tercapai :

1- Mengenalpasti corak dan bentuk kerangka modul kemahiran menulis karangan

bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia.

2- Mengenalpasti fasa-fasa pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa

Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia.

Page 6: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

586

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah direncanakan, maka pengkaji akan memperhalusi

dan mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan persoalan berikut:

1- Apakah corak dan bentuk kerangka modul kemahiran menulis karangan bahasa

Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia?

2- Bagaimanakah bentuk pembangunan dan rekabentuk pembinaan modul kemahiran

menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia?

PERBINCANGAN KAJIAN

Umumnya, terdapat banyak teori dan model dalam bidang pendidikan yang khusus dalam

pembinaan silibus mahupun kurikulum. Antaranya model Taba, model Saylor dan Alexander,

model Tyler, model Goodlad, model Hunkins, model Miller dan Seller, model Zais, model teras

cabang, model ADDIE dan banyak lagi. Setiap model mempunyai kekuatan yang tersendiri

dalam menghasilkan output atau modul yang mantap dan berkesan.

Rusydi Ahmad Thuimah (1998) menyatakan Model Taba sebagai contoh mempunyai empat

komponen utama dalam pembinaan modul iaitu objektif, isi kandungan, kaedah dan penilaian.

Ke-empat – empat komponen tersebut bergabung sebagai satu sistem kurikulum yang padu.

Setiap komponen mempunyai jaringan antara komponen-komponen yang lain. Masing-masing

berkait rapat dan mempunyai keterkaitan antara satu sama lain. Rajah 1.2 menjelaskan hubungan

antara komponen-komponen utama pembinaan modul berdasarkan model Taba.

Objektif

Isi Kandungan Kaedah Pengajaran

Penilaian

Rajah 1.2. Hubungan Komponen pembinaan modul dalam Model Taba

Page 7: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

587

- Menganalisis keperluan pengguna modul

- Menganalisis keperluan membangun modul

- Menganalisis kesesuaian kandungan modul

- Merekabentuk modul berdasarkan model penulisan

karangan yang digunakan (Model Dagwood Web)

- Merekabentuk prosedur (tatacara) penulisan

karangan

Model ADDIE pula merupakan antara model rekabentuk instruksi yang sering menjadi asas

kepada model-model rekabentuk instruksi yang lain (Jamalludin et. al; 2001). Secara amnya,

model ADDIE (Gagne et al.2005) terdiri daripada fasa Analysis (Analisis), Design

(Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation

(Penilaian).

Menurut Hall (1997), model ADDIE merupakan satu rekabentuk instruksi yang asas yang boleh

diintegrasikan dalam apa jua strategi pembelajaran. Menurut Jansak, model ADDIE adalah

model yang generik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk proses merekabentuk

instruksi dan menyediakan perekabentuk dengan satu rangka kerja yang teratur untuk

memastikan bahawa produk-produk pendidikan yang dihasilkan adalah efektif dan proses-proses

kreatif adalah sangat efisien.

Dalam membina modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab ini, pengkaji akan

menggunakan reka bentuk instruksi daripada Model ADDIE (Gagne et al. 2005) yang telah

diolah dan diubah suai mengikut kesesuaian modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab

(KMKBA) yang akan dibina. Model ini terdiri daripada lima fasa yang dimulai dengan fasa

analisis, reka bentuk, diikuti dengan pembangunan dan pelaksanaan serta penilaian oleh pelajar

IPTA bagi menentukan kebolehgunaan dan kesesuaian modul yang dihasilkan. Berikut ialah

perincian tentang fasa-fasa atau langkah-langkah dalam pembangunan dan penilaian Modul

KMKBA.

DESIGN (D)

(REKABENTUK)

ANALYSIS (A)

(ANALISIS)

Page 8: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

588

- Membangunkan kandungan modul

- Membuat penilaian dan pengesahan pakar bidang

- Menyiapkan modul lengkap

- Melaksanakan pengajaran modul dalam p&p

- Membuat penambahbaikan dan pemurnian modul.

Rajah 1.3 Kerangka pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (Modul

KMKBA) yang diolah dan diubah suai daripada Model ADDIE (Gagne et al 2005)

Fasa 1: Analisis (Analysis)

Fasa pertama ialah fasa analisis yang menjadi asas utama kepada pemilihan dan pengumpulan

data dan maklumat utama dalam pembangunan Modul KMKBA. Fasa ini merujuk kepada

analisis keperluan yang merangkumi aspek-aspek penting iaitu mengenal pasti latarbelakang

sasaran dan keperluan pembangunan modul. Sasaran utama ialah pelajar yang bukan penutur asli

Bahasa Arab di IPT yang menjadi pengguna sasaran modul ini. Pengenalpastian kepada sasaran

ini penting kerana modul yang akan dibangunkan mampu menepati citarasa, keperluan dan

kehendak pelajar yang bukan penutur asli Bahasa Arab di IPT. Maklumat yang diperoleh pada

peringkat ini akan digunakan sebagai panduan pembentukan tahap kesesuaian sasaran dalam

menggunakan modul yang dibangunkan serta asas kepada keperluan pembangunan modul.

Analisis keperluan berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan tadi sangat diperlukan bagi

DEVELOPMENT (D)

(PEMBANGUNAN)

IMPLEMENTATION (I)

(PELAKSANAAN)

- Penilaian kebolehgunaan dan kesesuaian modul

oleh pelajar sasaran

EVALUATION (E)

(PENILAIAN)

Page 9: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

589

memastikan struktur reka bentuk modul yang dibangunkan dipilih berdasarkan keperluan pelajar

atau pengguna sasaran. Dapatan atau maklumat yang diperoleh daripada Fasa 1 ini akan

digunakan dalam Fasa 2.

Fasa 2: Reka Bentuk Modul (Design)

Fasa kedua ialah reka bentuk. Fasa ini melibatkan perincian aktiviti-aktiviti yang perlu

dilaksanakan dalam proses mereka bentuk modul supaya Modul KMKBA yang dibangunkan

menepati objektif pembelajaran sebagaimana yang diinginkan. Semasa mereka bentuk modul, isi

kandungan seperti tajuk atau pengagihan topik-topik modul dikenalpasti dan dibuat pemilihan

terlebih dahulu. Kemudian. pengkaji akan menjalankan aktiviti-aktiviti utama dalam fasa reka

bentuk ini iaitu (i) mereka bentuk teori-teori pengajaran berdasarkan model penulisan karangan

yang digunakan dalam modul KMKBA, (ii) Mereka bentuk prosedur atau tatacara penulisan

karangan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar sasaran. Semasa mereka bentuk

teori pengajaran dalam model penulisan karangan, pengkaji akan menggunakan teori

pembelajaran behaviourism, kognitif, konstruktif dan andragogi dalam modul mengikut

kesesuaian pembelajaran sasaran. Seterusnya, pengkaji akan membina satu prosedur atau

tatacara menulis karangan berpandukan model penulisan karangan yang telah diadaptasi dan

diubahsuai daripada model Dagwood. Prosedur dan tatacara penulisan karangan yang telah siap

dibina ini akan di nilai dan disahkan kebolehgunaannya oleh 3 orang pakar dalam silibus bahasa

Arab dari Universiti-universiti milik kerajaan. Kemudian, maklumat yang telah dikenal pasti

dalam Fasa 2 ini akan digunakan dalam Fasa 3.

Fasa 3: Pembangunan Modul (Development)

Fasa ketiga ialah pembangunan. Fasa ini akan merealisasikan segala aktiviti-aktiviti yang

ditentukan dalam Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga menghasilkan sebuah modul yang lengkap dan

lebih mudah untuk difahami. Dalam fasa ini dua peringkat aktiviti utama dijalankan, iaitu (i)

membangunkan modul, dan (ii) menyediakan modul yang lengkap. Modul dibangunkan

berdasarkan maklumat fasa analisis dalam fasa 1 dan fasa reka bentuk modul dalam fasa 2.

Setelah itu, modul yang dibangunkan perlu mendapatkan pengesahan pakar-pakar bidang untuk

Page 10: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

590

ditentukan keesahannya dan kebolehlaksanaannya. Seramai 3 orang pakar bidang yang dipilih

dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menilai dan mengesahkan kebolehgunaan

modul KMKBA. Mereka akan menilai reka bentuk dan pembangunan modul yang telah

dihasilkan. Seterusnya, penambahbaikan hasil daripada cadangan dan pengesahan daripada pakar

bidang dilaksanakan sehingga terhasil sebuah modul KMKBA yang sempurna. Seterusnya

modul yang siap dibangunkan ini akan diimplementasikan ke atas pelajar bagi tujuan menguji

kebolehgunaannya dan kesesuaiannya dalam Fasa 4.

Fasa 4: Pelaksanaan Modul (Implementation)

Fasa keempat ialah pelaksanaan. Dalam fasa ini, modul yang siap dibangunkan dalam fasa 3

akan diimplementasikan ke atas 30 orang pelajar dalam sebuah kelas pengajaran kemahiran

menulis karangan bahasa Arab yang dipilih dari salah sebuah IPT Malaysia iaitu Universiti Sains

Islam Malaysia. Ia adalah kajian ke atas sekumpulan kecil pengguna sasaran bagi mendapatkan

maklumbalas berkaitan penilaian kebolehgunaan dan kesesuaian modul ini. Proses pengajaran

dan pembelajaran ini akan melatih pengguna sasaran yang dipilih menggunakan modul yang

dibangunkan dalam Fasa 3 seterusnya mereka akan menilai modul daripada aspek kesesuaiannya

dan kebolehgunaanya mengikut perspektif masing-masing. Kemudian modul akan dibaiki dan

dimurnikan untuk dinilai sepenuhnya dalam Fasa 5.

Fasa 5: Penilaian Modul (Evaluation)

Fasa kelima ialah fasa terakhir. Dalam fasa ini modul yang dibaiki dalam Fasa 4 akan dinilai dari

aspek kesesuaian dan kebolehgunaan modul. Modul ini akan dinilai oleh kumpulan sasaran yang

telah dipilih iaitu seramai 30 orang pelajar sarjana muda bahasa Arab dan Komunikasi di

Universiti Sains Islam Malaysia yang akan menguji dan mempelajari modul KMKBA. Manakala

aspek-aspek yang akan dinilai ialah dari segi isi kandungan, objektif pembelajaran modul, model

pengajaran dan juga langkah-langkah penulisan karangan bahasa Arab yang menepati pengguna

sasaran dan persepsi menyeluruh tentang modul yang dibina.

Page 11: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

591

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Modul yang akan dirangka dan disusun oleh pengkaji nanti akan

mengambil kira aspek aspek penting pembangunan modul berdasarkan citarasa, kehendak dan

keperluan pengguna sasaran iaitu pelajar di IPTA yang mengambil jurusan bahasa Arab.

Pengkaji akan membina satu prosedur iaitu tatacara penulisan karangan bahasa Arab bermula

daripada kemahiran menulis ayat, seterusnya mengembangkan ayat, sehingga pelajar mampu

menyiapkan satu karangan mudah yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu pendahuluan, isi

dan penutup. Kesemua gerak kerja dan langkah ke arah membina dan menyediakan modul ini

berasaskan kerangka pembinaan modul instruksi ADDIE iaitu bermula dari Analysis sehinggalah

kepada Evaluation.

Adalah diharapkan modul ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada pelajar-pelajar di

IPTA Malaysia yang merupakan bukan penutur asli bahasa Arab dalam mempelajari kemahiran

menulis karangan bahasa Arab dengan mudah dan berkesan.

RUJUKAN

Abdul Rahman Chik. (2007). Ma'ayiir al-Jaudah wa dauruha al-Hadhoriy fi Tatwiir

Baraamij Ta'liim al-Lughah al-Arabiyyah fi Maliziya. In Prosiding Seminar

Antarabangsa "Ishaamaat al-Lughah wal adab fi al-binaa' al-hadhoriy lil Ummat al-

Islamiyyah, 3. (pp. 21–37).

Gagne, R.M., Wager, W.W., Golas, K.G. & Keller, J.M. (2005). Principles of Instructional

Design. Toronto, ON: Thomson Wadsworth.

Hanafi Dolah. (2014). Nahwa Tatwiir Madaakhil al-Ma'aajim al-Arabiyyah al-Malayuwiyyah

al-Thunaiyyah al-Ilmiyyah Lil-Muthaqqafiin Ka al-Thullab al-Mutakhassisiin fi al-

Diraasaat al-Arabiyyah wa al-Islamiyyah . In Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian

Bahasa dan Linguistik Arab SKPBLA 2014. (pp. 24–49).

Page 12: KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1046-irsyad-2016.pdf · pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

592

Khazri Osman, Ku Siti Esah Ku Ibrahim, (2012). Analisa kesalahan pelajar dalam penulisan

bahasa arab: kajian kursus maharat al-kitabah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran

Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12), 2012, 130-138.

Nor Azizi, Wan Azura, Lubna. (2007). Tahlil Al-Kitaabah al-Arabiyyah : Dirasah fi Jaamiatil

Uluumi al-Islamiyyah al-Maaliziyyah (USIM). In Prosiding Seminar Antarabangsa

"Ishaamaat al-Lughah wal adab fi al-binaa' al-hadhoriy lil Ummat al-Islamiyyah, 3. (pp.

21–37).

Samah, R. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah

Agama Arabic Sentences Construction Among The Islamic Religious School Graduates.

GEMA Online Journal of Language Studies, 12, 555–569.

Yaser Ismail. (2007). Al-Kutub al-Mutadaawalah fi Ta'liim al-Lughah al-Arabiyyah Li al-

Awaam al-Maliziyyin wa Khasoisuha . In Prosiding Seminar Antarabangsa "Ishaamaat al-

Lughah wal adab fi al-binaa' al-hadhoriy lil Ummat al-Islamiyyah, 3. (pp. 347–360).