kepelbagaian sosiobudaya

2
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya kerana Malaysia terdiri daripada raykat berbilang kaum. Kepelbagaian ini membawa banyak faedah kepada negara kita dan langkah untuk mewujudkan perpaduan adalah penting. Kepelbagaian sosiobudaya dapat meningkatkan ekonomi negara. Malaysia kaya dengan budaya etnik yang unik dan keunikan ini menjadi aset pelancongan. Hal ini demikian kerana keunikan sosiobudaya menarik minat pelancong asing untuk mengenali dan menerokai sendiri budaya yang unik itu. Pelancong asing amat teruja apabila melihat persembahan budaya etnik di pusat-pusat pelancongan seperti tarian tradisional yang diiringi oleh persembahan alat muzik tradisional. Kemasukan pelancong asing ini dapat meningkatkan pengaliran masuk mata wang asing melalui sektor perhotelan, pengangkutan dan industri kraf tangan dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan dapat diwujudkan melalui kepelbagaian budaya. Rakyat yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera menjadi satu kebanggaan kepada negara kita. Keadaan harmoni ini wujud kerana semua rakyat saling memahami dan saling menerima budaya pelbagai kaum dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama, rakyat yang berbilang kaum telah menunjukkan sifat bekerjasama yang erat dan saling menolong antara satu sama lain. Hubungan yang erat antara rakayat dapat mewujudkan semangat bersatupadu yang teguh supaya negara jita menghindari daripada keadaan hura-hara. Perpaduan dapat dipupuk melalui sistem pendidikan. Kewujudan sekolah kebangsaan membolehkan pelajar berbilang kaum belajar bersama di bawah satu bumbung dengan menggunakan bahasa pengantar yang sama. Suasana belajar di sekolah kebangsaan memberi peluang kepada semua pelajar untuk saling mengenali budaya-budaya yang berlainan. Keadaan ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang erat

Upload: corby-loh

Post on 18-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kepentingan kepelbagaian sosiobudaya dan langkah-langkah memupuk perpaduan

TRANSCRIPT

Page 1: kepelbagaian sosiobudaya

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya kerana Malaysia terdiri daripada raykat berbilang kaum. Kepelbagaian ini membawa banyak faedah kepada negara kita dan langkah untuk mewujudkan perpaduan adalah penting.

Kepelbagaian sosiobudaya dapat meningkatkan ekonomi negara. Malaysia kaya dengan budaya etnik yang unik dan keunikan ini menjadi aset pelancongan. Hal ini demikian kerana keunikan sosiobudaya menarik minat pelancong asing untuk mengenali dan menerokai sendiri budaya yang unik itu. Pelancong asing amat teruja apabila melihat persembahan budaya etnik di pusat-pusat pelancongan seperti tarian tradisional yang diiringi oleh persembahan alat muzik tradisional. Kemasukan pelancong asing ini dapat meningkatkan pengaliran masuk mata wang asing melalui sektor perhotelan, pengangkutan dan industri kraf tangan dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan dapat diwujudkan melalui kepelbagaian budaya. Rakyat yang berbilang kaum dapat hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera menjadi satu kebanggaan kepada negara kita. Keadaan harmoni ini wujud kerana semua rakyat saling memahami dan saling menerima budaya pelbagai kaum dengan hati yang terbuka. Dalam masa yang sama, rakyat yang berbilang kaum telah menunjukkan sifat bekerjasama yang erat dan saling menolong antara satu sama lain. Hubungan yang erat antara rakayat dapat mewujudkan semangat bersatupadu yang teguh supaya negara jita menghindari daripada keadaan hura-hara.

Perpaduan dapat dipupuk melalui sistem pendidikan. Kewujudan sekolah kebangsaan membolehkan pelajar berbilang kaum belajar bersama di bawah satu bumbung dengan menggunakan bahasa pengantar yang sama. Suasana belajar di sekolah kebangsaan memberi peluang kepada semua pelajar untuk saling mengenali budaya-budaya yang berlainan. Keadaan ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang erat antara pelajar. Melalui pembelajaran subjek seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bekerjasama dan cinta akan negara dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Justeru, sistem pendidikan penting dalam mewujudkan perpaduan.

Media massa juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan. Tayangan drama dan iklan yang berunsur patriotisme dan perpaduan yang disiarkan dalam rancangan televisyen dapat mempengaruhi minda penonton untuk memupuk semangat perpaduan. Melalui siaran televisyen yang berunsur perpaduan, rakyat akan mengetahui kepentingan perpaduan untuk negara dan lebih menghargai pencapaian negara hasil daripada usaha kerjasama dan bersatupadu semua rakyat. Hubungan antara rakyat akan turut menjadi lebih erat lagi kerana kesedaran tentang pentingnya hidup bekerjsama dan tolong-menolong dititikberatkan. Dengan itu, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat akan menjadi semakin kuat.

Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum