bincangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar terhadap proses pengajaran dan...

15
3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 3.1 Pendahuluan Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat kita. Malaysia juga sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan

Upload: yassvini

Post on 14-Jul-2016

164 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Budaya Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

3.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan

pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan

keunikan negara kita berbanding negara lain. Kewujudan pelbagai kaum

di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio

budaya dalam masyarakat kita.

Malaysia juga sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi

konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial

masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial

dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat

bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah

dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik

mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah

masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka

dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor

personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan

etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara

iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik

mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

3.2 Kelas sosialKelas sosial ialah salah satu

elemen penting dalam implikasi

kepelbagaian sosiobudaya dalam

kalangan pelajar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kelas sosial atau golongan sosial

merujuk kepada perbezaan hierarki

kelompok manusia dalam

masyarakat atau budaya. Kelas sosial wujud apabila segolongan individu

Page 2: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

tidak mempunyai kedudukan yang sama daei segi kuasa, politik,

kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan

punca-punca pengeluaran. Status sosial merujuk kepada sekumpulan

hak dan kewajian yang dimiliki seseorang dalam masyarakatnya. Orang

yang mempunyai status sosial yang tinggi akan ditempatkan lebih tinggi

dalam struktur masyarakat berbanding dengan orang yang status

sosialnya rendah. Di sekolah pula, terdapat murid-murid yang berbeza

dari segi taraf kehidupannya iaitu kaya dan miskin. Murid-murid yang

taraf kehidupannya kaya pula memenuhi semua kemudahan dan

peralatan yang diperlukan untuk belajar seperti buku rujukan,alat

menulis,pakaian dan sebagainya manakala murid-murid yang tergolong

dalam keluarga yang miskin pula menghadapi banyak dugaan dan

cabaran semasa di sekolah. Kemiskinan adalah satu konsep yang

berkaitan dengan ketidakupayaan untuk mendapatkan keperluan minima

untuk mengekalkan kecekapan fizikal untuk memenuhi keperluan asas

manusia. Oleh itu, murid-murid yang tergolong dalam keluarga miskin

ini, menghadapi masalah kekurangan dalam pelbagai perkara seperti

yuran sekolah tidak dapat dibayar,tidak mempunyai peralatan seperti alat

tulis dan sebagainya. Dengan ini,mereka akan berasa rendah diri.

Akibatnya ialah pencapaian akademik pelajar tersebut akan merosot.

3.3 PetempatanSeterusnya,

petempatan juga

sering menjadi salah

satu implikasi kepada

kepelbagaian

sosiobudaya dalam

kalangan pelajar

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Petempatan

boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu Bandar serta pinggir Bandar

dan luar Bandar/pedalaman. Pelajar yang menduduki di kawasan Bandar

dan pinggir Bandar akan mengamalkan kepelbagaian budaya kesan

Page 3: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

persekitaran dalam kehidupan seharian. Terdapat pelajar-pelajar yang

boleh diklasifikasikan daripada golongan miskin, juga kelas sederhana

dan kaya. Budaya yang diamalkan oleh pelajar yang mendiami di

kawasan Bandar/pinggir Bandar lebih memberi perhatian kepada

pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan sahsiah, serta cara

melaksanakan tugasan dan kewajipan. Di sini jelaslah bahawa, ia

berbeza bergantung pada aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa,

serta pandangan terhadap pendidikan. Maka, pelajar yang menduduki di

kawasan Bandar ini, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan kukuh

kerana mereka mempunyai kewangan yang cukup.

Tambahan pula,pelajar yang menduduki di kawasan luar Bandar dan

pedalaman iaitu kampung, ladang, dan setinggan selalunya menghadapi

taraf hidup atau budaya yang agak sinonim. Oleh itu,setiap langkah yang

diambil oleh pelajar ini, agak berbeza dengan pelajar yang berada di

kawasan Bandar. Pelajar yang di sekolah di luar Bandar ini juga amat

kurang melakukan perbuatan-perbuatan yang negatif kerana mereka

tidak mempunyai kekuatan dan keberanian sebagaimana mereka yang

tinggal di Bandar. Pelajar yang menduduki di kawasan seperti ini juga

mendiami di rumah yang kecil, maka kemudahan untuk meneruskan

pembelajarannya tidak mencukupi. Ia dianggap sebagai gangguan

kerana tempat tinggalnya tidak selesa dan kondusif. Ini merupakan salah

satu implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

3.4 Kemahiran dan Penguasaan BahasaKemahiran dan penguasaan

bahasa juga turut menjadi

implikasi kepelbagaian

sosiobudaya dalam kalangan

pelajar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah. Kebanyakkan pelajar yang menduduki di kawasan

Bandar berkeupayaan menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Melayu,

bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semasa bertutur dengan seseorang.

Page 4: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Oleh itu, mereka tidak berasa sukar sewaktu bertutur dengan guru

ataupun mana-mana pihak. Bagi pelajar yang mendiami di kawasan

pedalaman mereka lebih menggunakan bahasa ibunda berbanding

dengan bahasa lain. Sebagai contohnya, jika pelajar India mereka lebih

menggunakan bahasa Tamil semasa bertutur. Oleh itu, mereka

menguasai bahasa tamil sahaja dan tidak dapat peluang untuk

berkomunikasi dalam bahasa lain. Apabila pelajar seperti ini, bergaul

dengan pelajar-pelajar kaum lain, mereka merasa sukar untuk

berkomunikasi kerana mereka kurang faham dengan bahasa yang

digunakan oleh pelajar atau guru lain. Dengan keadaan sedemikian

mereka akan ketinggalan dalam pelajaran serta masa hadapan mereka

akan terjejas.

Maka, bagi mengelakkan berlakunya keciciran dalam kalangan pelajar

guru harus menggalakkan pelajar menggunakan bahasa standard ketika

di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Bukan itu

sahaja, guru seharusnya membantah amalan murid yang digunakan

bahasa ibunda ataupun dialek ketika di kelas dan berada di kawasan

sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar. Guru juga seharusnya memastikan bahawa setiap pelajar

dalam kelas menggunakan laras bahasa yang betul di kalangan

rakannya bagi mengelakkan pergaduhan dan perselisihan antara satu

sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu

murid mencapai kematangan sosial.

3.5 Kaum etnik Malaysia merupakan salah satu

negara berbilang kaum yang dapat

hidup dengan harmoni. Antara tiga

kaum utama di Malaysia Cina,

Melayu dan India telah pun menetap

di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air

kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia

Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun dan

Iban. Kaum etnik ini merujuk kepada murid yang tinggal di dalam satu

Page 5: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

tempat yang terdiri dari satu kaum atau etnik sahaja. Oleh itu, pelajar

yang tinggal dalam kelompok satu kaum atau etnik menghadapi tiga

masalah yang umum. Antaranya ialah pelajar tersebut hanya

mengamalkan budaya dan cara fikir yang sama, kurang mendapat

pendedahan akan budaya kaum lain, sukar menyesuaikan diri dengan

kaum atau etnik lain. Pelajar yang tinggal dikelompok etnik yang sama

selalunya terdedah kepada budaya, cara berfikir, dan pandangan yang

sama. Sebagai contohnya, pelajar india yang tinggal di kawasan ladang

akan lebih mengamalkan budaya tersendiri kerana mereka hanya

mendiami dikelompok orang India sahaja. Jadi,kebanyakkan pelajar yang

datang dari kawasan perladangan ini mengamalkan budaya dan cara fikir

yang sama sahaja.

Seterusnya, terdapat juga pelajar yang kurang mendapat pendedahan

akan budaya kaum lain. Malah, mereka kurang terdedah kepada budaya

lain kerana mereka tinggal di satu kawasan yang penuh dengan etnik

yang sama. Misalnya, pelajar dari kaum india yang tinggal di Ladang

ataupun estet lebih terdedah kepada budaya orang India sahaja. Apabila

mereka dihantar ke sekolah mereka sukar menyesuaikan diri dengan

persekitaran yang meliputi dengan pelbagai etnik. Natijahnya ialah

mereka tidak dapat berinteraksi atau bergaul mesra dengan pelajar etnik

lain. Keadaan ini menimbulkan pelajar berasa tercicir dalam menuntut

ilmu bersama etnik atau kaum lain.

3.6 GenderJantina turut menjadi

implikasi kepelbagaian

sosiobudaya dalam kalangan

pelajar terhadap proses

pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik

darjah. Kadangkala pelajar perempuan yang tinggal di kawasan

pedalaman berasa segan berkomunikasi dengan pelajar lelaki yang

tinggal di Bandar. Pelajar perempuan juga berasa rendah diri bergaul

dengan pelajar lain di kelas kerana takut dibuli oleh rakan-rakannya.

Page 6: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Oleh itu, tidak dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar dengan baik.

Jadi, guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian untuk pelajar

bagi menggelakkan masalah kepelbagaian budaya ini. Murid juga perlu

mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas

untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran

antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat

seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada

murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang

sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar

tidak bertentangan dengan tuntutan agama.

Page 7: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

4.0 Cadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya. Pihak

yang amat terdekat dengan pelajar ialah guru sekolah. Seorang guru harus

mengetahui bahawa setiap individu pelajar mempunyai budaya, latarbelakang

keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap

pelajar berbeza dari segi berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai

sosial, intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta

pendapat mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Di

sini guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu

kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar pelbagai etnik dan

budaya di bilik darjah.

4.1 Guru harus memberi pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan Bahasa.

Antara langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa

dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah ialah guru harus memberi

pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan bahasa kepada pelajar. Guru

haruslah sentiasa memberi pendedahan tentang kepelbagaian budaya dan

bahasa kepada setiap satu pelajar semasa berada di bilik darjah. Guru

hendaklah menyelitkan elemen-elemen kepelbagaian budaya dan bahasa

ketika mengajar sesuatu konsep pengajaranya. Jika guru berbuat demikian,

maka pelajar akan memahami dan mengetahui tentang budaya lain serta isi

pengajaran yang disampaikan oleh guru tentang sesuatu topik boleh difahami

oleh pelajar secara dalam. Sebagai contohnya, guru boleh menyelitkan

elemen kepelbagaian budaya dan bahasa dalam matapelajaran Pendidikan

Page 8: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Moral. Jadi, pelajar-pelajar bukan muslim iaitu pelajar cina dan pelajar india

boleh memahami tentang budaya orang Melayu. Ini menyebabkan semua

pelajar bergaul bersama secara mesra tanpa mengira budaya dan bahasa.

4.2 Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik

Selain itu, guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam

kelas. Kelas yang mempunyai pelajar berlainan budaya haruslah

dilaksanakan dengan konsep demokratik. Pembelajaran demokratik ialah

pembelajaran yang dirancang dengan konsep yang membolehkan amalan

daripada proses pembelajaran seperti memberikan peluang kepada pelajar

seluas-luasnya untuk belajar, berfikir, dan membiarkan mereka bergerak

membina ilmunya, sehingga pelajar mempunyai peluang yang besar untuk

belajar memberanikan diri menuntut ilmu bersama rakan-rakan sekelas yang

berlainan budaya. Melalui ini pelajar akan berkomunikasi secara bebas antara

satu sama lain di bilik darjah. Ini akan membentuk pelajar yang boleh

menyesuaikan diri dengan pelbagai budaya dan bahasa dalam kalangan

pelajar. Seumpamanya, dengan adanya pembelajaran demokratik ini pelajar

India boleh berkomunikasi dengan pelajar Melayu dan pelajar Cina dan

sebaliknya. Begitu juga dengan bahasa. Semasa pelajar berkomunikasi

antara satu sama lain, mereka berpeluang untuk meningkatkan kemahiran

bahasa mereka. Maka, guru boleh menangani masalah kepelbagaian budaya

dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.

4.3 Guru harus menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid di bilik darjah.

Tambahan pula, guru harus menggalakkan aktiviti yang melibatkan

penglibatan semua murid di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru boleh merancang pengajaranya berdasarkan kaedah

pengajaran seperti kaedah koperatif. Kaedah koperatif ini kaedah yang paling

sesuai untuk melibatkan penglibatan semua murid. Apabila guru menyelitkan

Page 9: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

kaedah koperatif dalam pengajaran maka pelajar dapat peluang untuk

berkomunikasi antara rakan sekelas yang beretnik lain. Sebagai contohnya,

guru boleh mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan yang meliputi

ketiga-tiga etnik atau lebih daripada tiga etnik. Dalam kumpulan koperatif,

pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang dikongsi

bersama. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara

aktif dan positif dalam kumpulan. Oleh itu, mereka terpaksa berinteraksi

antara satu sama lain. Dengan berbuat demikian, guru dapat menangani

masalah kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam

bilik darjah.

4.4 Guru haruslah memberi layanan yang adil kepada semua pelajar.

Seterusnya, langkah yang menangani kepelbagaian budaya dan

bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah ialah guru haruslah

memberi layanan yang adil kepada semua pelajar tanpa mengira kaum,

budaya dan etnik. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu

kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik

tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu

memberi layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar. Guru

hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid

dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang

tercicir tidak merasa tersisih. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah

memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat

berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah

diri. Layanan yang adil tanpa mengira kaum, budaya dan etnik akan

mewujudkan hubungan yang mesra antara pelajar kepelbagaian budaya dan

bahasa. Misalnya, guru Melayu memberi layanan yang lebih kepada pelajar

Melayu, pelajar lain akan berasa tercicir di biik darjah. Ini akan menimbulkan

masalah yang konflik antara guru dengan pelajar. Dengan berbuat demikian,

guru boleh mengelakkan berlakunya masalah kepelbagaian budaya dan

bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.

4.5 Guru seharusnya memilih bahan sumber yang sesuai dengan kepelbagaian budaya pelajar.

Page 10: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Guru perlu sentiasa memilih dan menggunakan bahan sumber

mengikut kesesuian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran

bagi setiap rancangan pengajarannya. Pemilihan bahan sumber bukan sahaja

dipilih berdasarkan tajuk, objektif, dan isi pelajaran malah ia juga dipilh

berdasarkan pengetahuan dan budaya pelajar. Selain itu, guru juga harus

mengambilkira aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar

kerana bagi memastikan bahan sumber yang dipilh adalah sesuai bagi tahap

pelajar dan budaya pelajar. Penghasilan bahan sumber yang meliputi unsur-

unsur budaya yang berbeza dapat menarik minat dan perhatian pelajar

terhadap isi pelajarannya. Ia juga menjadi salah satu strategi yang dapat

merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian

kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses

pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan. Lebih-lebih lagi, guru juga

harus mengelakkan unsur-unsur negative dan sensitif bagi mana-mana etnik

supaya ia boleh mengganggu emosi dan tumpuan pelajar terhadap

pelajarannya. Dengan keadaan sedemikian, pemilihan bahan sumber yang

sesuai dengan budaya pelajar akan menjayakan proses pengajaran dan

pembelajaran guru.

Sebagai kesimpulannya, konsep kepelbagaian budaya di Malaysia

perlu difahami dengan lebih mendalam. Perpaduan dalam masyarakat yang

mempunyai kepelbagaian budaya merupakan elemen yang penting dalam

kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sebagainya. Kerjasama,

persefahaman dan komitmen antara kaum perlu diwujudkan antara kaum

setiap masa bagi memupuk perpaduan antara kaum.

Page 11: Bincangkan Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah