kepelbagaian bentuk bahasa

38
PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibunda masing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semua majlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupun tempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripada faktor tersebut. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujud antaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya. Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan hanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja. Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk-bentuk bahasa yang terdapat di dalam bahasa di dalam bahasa Melayu. Selain mengetahui Melayu. Dengan pendedahan ini, diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa yang terdapat bentuk-bentuk bahasa tersebut, apa yang lebih penting ialah pelajar dapat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tersebut dengan tepat, bersesuaian dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. T T o o p p i i k k 6 6 Kepelbagaian Bentuk Bahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa; 2. Mengenal pasti ciri-ciri bentuk bahasa; dan 3. Menerangkan tentang kepentingan mempelajari bahasa baku, bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

Upload: paklong-cikgu

Post on 02-Jun-2015

16.726 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepelbagaian bentuk bahasa

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibunda masing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semua majlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupun tempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripada faktor tersebut. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujud antaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya. Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan hanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja.

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk-bentuk bahasa yang terdapat di dalam bahasa di dalam bahasa Melayu. Selain mengetahui Melayu. Dengan pendedahan ini, diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa yang terdapat bentuk-bentuk bahasa tersebut, apa yang lebih penting ialah pelajar dapat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tersebut dengan tepat, bersesuaian dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

TTooppiikk 66 KepelbagaianBentukBahasa

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa;

2. Mengenal pasti ciri-ciri bentuk bahasa; dan

3. Menerangkan tentang kepentingan mempelajari bahasa baku, bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

Page 2: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 141

6.1 BENTUK-BENTUK BAHASA ISOGLOS

Istilah isoglos pertama kali digunakan oleh Bielenstein, seorang ahli dialektologi dari Latvia, dalam tahun 1892. Istilah baru ini dicipta berdasarkan istilah kaji cuaca isoterm, iaitu garisan yang menyambungkan kawasan-kawasan yang mempunyai suhu purata yang sama. Isoglos bermakna Âsama bahasaÊ (iso+glos). Andainya istilah ini bertujuan menunjukkan sesuatu garis yang ditulis merentangi satu-satu kawasan, ia akan menunjukkan kedua-dua kawasan di kiri kanan garisan itu mengandungi beberapa aspek pemakaian bahasa yang sama, tetapi kedua-dua bahasa tersebut tidak serupa antara satu sama lain.

Kamus Linguistik mendefinisikan isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa. Isoglos boleh digunakan untuk menentukan sempadan dialek. Seterusnya, Kamus Dewan mendefinisikan isoglos sebagai garisan yang dilukis pada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yang sama. Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat simpulkan isoglos sebagai satu garis sempadan sesuatu kawasan yang menuturkan bahasa tertentu atau dialek tertentu.

Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ini ditentukan oleh faktor perpindahan. Sesuatu bahasa itu mempunyai kawasan pertuturannya yang sama dengan kawasan penghunian penuturnya. Kawasan ini boleh meluas atau menyempit mengikut penyebaran bangsanya. Jika bangsa berkenaan menyebar dan merentas kawasan yang luas, maka luaslah kawasan penyebaran bahasa berkenaan. Sebaliknya, jika bangsa pendukungnya itu lebih suka dibatasi oleh garis wilayahnya yang kecil, maka kecillah kawasan bahasanya. Penyebaran bahasa yang berlaku bersama-sama dengan penyebaran penutur-penuturnya dinamakan penyebaran secara migrasi atau perpindahan.

Dari segi sejarah bangsa-bangsa di dunia, kita lihat bahawa bangsa yang suka mengembara, baik sebagai penjajah mahu pun sebagai seorang yang sengaja berpindah ke tempat lain disebabkan oleh sesuatu kejadian di tempat asalnya itu, juga bertanggungjawab meluaskan kawasan geografi bahasanya. Di samping disebarkan oleh penjajah, bahasa boleh dibawa bersama oleh penuturnya yang

SEMAK KENDIRI 6.1

Apakah yang anda faham dengan bentuk-bentuk bahasa? Adakah anda fikir bentuk-bentuk bahasa ini dapat memberi maklumat yang pentingbagi tujuan komunikasi dan penulisan?

Page 3: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA142

6.2

kerap berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sebab-sebab bagi perpindahan tiada batasnya. Manusia mungkin berpindah kerana ingin lari dari keadaan yang tidak mengizinkan dia tinggal dengan selesa di tempat kediaman asalnya. Sesuatu malapetaka alam seperti banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, kemarau panjang dan ribut taufan yang memusnahkan boleh menyebabkan manusia mencari tempat lain untuk diri dan keluarganya. Ketandusan tanah dan kemiskinan juga boleh menyebabkan dia berlari.

GEOGRAFI DIALEK

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa ÂstandardÊ, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain); seperti Kelantan dan Kedah. Manakala, geografi pula merujuk kepada sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya dan ilmu alam. Daripada penyataan tersebut, ia menunjukkan bahawa dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh geografi kawasan tersebut, contohnya dialek Pahang yang dipengaruhi oleh pergerakan arus sungai. Contohnya, semakin menghulu sungai arus Sungai Pahang, akan menjadi lebih deras dan ini menjadikan dialek yang digunakan menjadi semakin laju dan semakin kasar.

Dialek geografi merupakan sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkan ruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruang geografi dikenali sebagai ruang geografi linguistik. Ruang geografi linguistik ialah kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan. Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai satu garisan khayalan yang disebut isoglos (Noriah Mohamed 1998). Garisan isoglos bukan garisan yang menandakan berakhirnya penggunaan suatu dialek geografi, tetapi garis ini lebih merupakan satu kawasan peralihan dialek. Pada garis isoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan-kawasan yang berhampiran. Dalam kata lain, pada garis isoglos mungkin berlaku percampuran beberapa dialek sehingga membentuk apa yang dikatakan jaringan isoglos.

Penentuan ruang geografi dialek Melayu di Malaysia nampaknya mengikut ruang geografi politik atau sempadan negeri. Misalnya, nama dialek Melayu sejajar dengan nama negeri tempat dialek tersebut dituturkan. Berdasarkan hal ini, wujud dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak dan seterusnya untuk menunjukkan kepada dialek-dialek di Malaysia. Berdasarkan konsep ruang geografi linguistik, dialek Melayu yang khusus sebenarnya menepati

Page 4: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 143

ruang yang lebih atau kurang daripada ruang geografi politik. Misalnya, apa yang disebut kawasan pertuturan dialek Kedah menyebar sehingga ke utara Perak, yakni Taiping.

6.2.1 Dialek Geografi dalam Variasi Bahasa

Variasi didefinisikan sebagai kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Di dalam variasi bahasa, dialek geografi atau boleh juga disebut sebagai dialek kawasan dikenali sebagai variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Ia dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya, bahasa Melayu merangkumi bahasa Malaysia di Malaysia, bahasa Indonesia di Indonesia, bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, terdapat perhubungan di antara dialek geografi, ideolek dan dialek sosial. Rajah 6.1 seterusnya akan menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.

Page 5: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA144

Rajah 6.1: Perkaitan dalam Variasi Bahasa

[Sumber: Portal Pendidikan Utusan,

http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm]

Kita dapat lihat penerangan daripada Rajah 6.1 tersebut, bahawa dialek geografi atau juga dikenali sebagai dialek kawasan terdapat dalam susur galur variasi bahasa. Dalam bahasa Melayu, dialek adalah cabang daripada variasi bahasa selain daripada ideolek dan dialek sosial. Rajah itu juga menunjukkan bahawa perkaitan rapat dialek dengan pengguna, selagi ada pengguna untuk menggunakan sesuatu dialek, dialek itu tidak akan pudar. Namun demikian, tidak semua orang menutur dialek yang sama, di mana ia menunjukkan bahawa dialek hanya ditutur oleh sesetengah individu mengikut sempadan geografinya atau dengan kata yang lebih tepat lagi dikenali sebagai isoglos. Contohnya,

Page 6: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 145

6.3

dialek Utara yang terdiri dari kawasan geografi atau isoglos yang terdiri dari negeri Kedah, Utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis serta ada yang diamalkan di Sempadan Thailand yang berhampiran dengan Perlis dan Kedah.

Daripada Rajah 6.1 juga, kita dapat melihat terdapat perbezaan di antara dialek kawasan dengan dialek sosial, walaupun berada dalam golongan yang sama iaitu golongan variasi bahasa. Kita dapat lihat dialek kawasan mempunyai pengguna yang tetap dan digunakan sentiasa dalam perbualan seharian. Manakala dialek sosial mempunyai penggunaan dalam pembahagian jenis bahasa yang digunakan dalam keadaan tertentu sahaja, seperti bahasa istana digunakan oleh orang-orang istana sahaja, sewaktu berada di dalam istana seperti perkataan ÂbetaÊ untuk kata ganti nama pertama untuk sultan atau raja. Dalam kata lain, dialek sosial hanya mempunyai penggunaan yang tertentu sahaja dan dalam keadaan tertentu sahaja. Malah, dialek sosial juga terdapat dalam penggunaan formal dan tidak formal, contohnya bahasa baku digunakan dalam mesyuarat dan urusan rasmi sahaja manakala bahasa slanga hanya digunakan oleh remaja dan golongan yang mempunyai penguasaan bahasa yang lemah sahaja. Keadaan ini berlainan dengan dialek geografi. Dialek geografi hanya merupakan bahasa tidak formal dan digunakan oleh penduduk dalam garisan isoglos tertentu sahaja dan hanya digunakan dalam perbualan harian sahaja.

BAHASA PIDGIN

Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakan penyederhanaan dari dua bahasa atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyai penutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatu kontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur yang masing-masing memiliki bahasa ibunda tersendiri. Bahasa pidgin cenderung dicampuradukkan dari aspek kosa kata, bunyi, dan bentuk-bentuk gramatikal dari kedua-dua bahasa. Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain. Penggunaan bahasa pidgin juga boleh terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna

SEMAK KENDIRI 6.2

(a) Dengan contoh yang sesuai, nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada isoglos.

(b) Nyatakan jenis-jenis dialek di Malaysia.

Page 7: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA146

bahasa lain atau orang asing (bukan pemakai bahasa setempat) dan tidak satu pun dari kedua pemakai bahasa (pekerja dan pengawas) memahami bahasa masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tanah jajahan Portugis dan fungsi bahasa pidgin ini dapat dilihat dalam konteks hubungan sosial antara penutur bahasa yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan penutur bahasa asing yang terdiri daripada orang-orang Portugis (pidgin.com).

Dalam aktiviti pertanian, pidgin dilihat berfungsi untuk memudahkan para petani tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kerana petani-petani dan orang asing itu tidak mempunyai satu bahasa yang khusus untuk membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa pidgin juga telah digunakan di pusat-pusat pelabuhan di mana terdapat pelbagai jenis bangsa yang bertutur dalam bahasa asing yang berbeza. Oleh itu, fungsi bahasa pidgin ini dilihat sebagai pemudah cara para pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bahasa pidgin terbentuk sebagai bahasa campuran dan hanya digunakan sebagai alat komunikasi di antara mereka yang bertutur dalam bahasa yang berlainan sahaja dan tidak bersifat standard , autonomi, historis, dan vitalis. Contoh bahasa pidgin English di Papua New Guinea ialah seperti berikut:

„Bipo tru igat wanpela liklik meri nau nem bilong em Liklik Retpela Hat.‰ (ÂA long time ago, there was a little girl named Little Red Riding HoodÊ).

Pidgin-magazine.net

6.3.1 Definisi Bahasa Pidgin

Kemunculan pidgin, terutamanya pada masa lampau, selalu dikaitkan dengan tujuan atau keinginan berkomunikasi antara para pedagang, hamba abdi semasa dalam aktiviti pelayaran mahupun semasa bekerja di ladang-ladang dan semasa penjajahan atau penerokaan kawasan-kawasan baru, antara kumpulan asing dengan masyarakat tempatan, yang tidak mempunyai bahasa perantaraan yang dituturkan serta difahami bersama, tetapi terpaksa atau mahu berkomunikasi antara satu sama lain. Terdapat pelbagai takrif yang dijelaskan mengenai bahasa pidgin ini, namun begitu rata-ratanya bersifat negatif. Antaranya pidgin dikatakan bahasa pinggiran yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya untuk bertukar pandangan atau pendapat yang remeh sifatnya semasa berinteraksi dalam aktiviti jual-beli yang bersifat kecil dan kurang penting. Selain itu, pidgin juga dianggap sebagai bahasa rekaan atau (artificial language), bahasa kacukan atau campuran iaitu (mixed language), bahasa abdi (slave jargon ), bahasa perdagangan (trade language), serta bahasa gampang (bastard language). Hal ini berlaku kerana,

Page 8: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 147

sifat kacukannya yang kadangkala melibatkan banyak bahasa dan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan.

Pidgin juga sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot), seperti ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat, antaranya penjenayah, perompak dan sebagainya. Takrif-takrif sedemikian telah membentuk pandangan stereotaip tentang pidgin, antaranya sebagai bahasa yang tidak tulen, yakni bercampur sifatnya, bahasa yang berstatus rendah, versi jelik bahasa lain dan bahasa yang tidak penting. Akibat keadaan sosial yang mana tiada bahasa perantaraan yang sama dalam kalangan pihak-pihak yang terpaksa atau mahu berkomunikasi itu, sebahagian besar kosa kata sesuatu pidgin diambil daripada satu bahasa dan selalunya adalah dalam kumpulan bahasa yang lebih dominan dalam konteks pertembungan itu, manakala nahunya pula diambil daripada bahasa lain yang kurang dominan. Walaupun pidgin hanya muncul apabila wujudnya keperluan perhubungan yang sering kali bersifat spontan, namun pidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh yakni bukanlah bahasa yang direka-reka. Walaupun sifatnya yang bercampur-campur, struktur pidgin daripada pelbagai aspek tetap memperlihatkan pidgin sebagai satu sistem linguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi, morfologi serta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengan kata lain, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleksnya dengan sistem bahasa-bahasa yang natural, iaitu tulen yang tidak bersifat campuran. Sehubungan dengan keadaan sosial, kelahiran pidgin tidak menjadi bahasa ibunda atau natif kepada mana-mana kumpulan iaitu pidgin tidak merupakan bahasa yang pertama sekali diajarkan atau dipelajari oleh seseorang. Di dalam beberapa kes pidgin atau pidgia, ia dipelajari kanak-kanak sebagai bahasa ibunda atau natif kepada sesuatu kumpulan itu dan dipanggil kreol (pidgin.com).

6.3.2 Kriteria Bahasa Pidgin/Pidgia

Bahasa pidgin selalunya diklasifikasikan sebagai satu daripada dua atau lebih bahasa yang membentuknya. Selalunya bahasa yang membekalkan kosa kata kepada bahasa pidgin itu dianggap menjadi dasar kepada pidgin berkenaan. Berikut adalah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu;

Americo - iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika, dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris.

Rodrigues Creole - yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan Reunionals yang dituturkan di Pulau Reunion di sebelah timur Madagaskar dianggap sebagai bahasa pidgin yag berasal daipada bahasa Perancis.

Page 9: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA148

Chibaacano - yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanishyang dituturkan di barat Venuzuela merupakan bahasa Pidgin yang berasaskan Sepanyol.

Tekrur - yang digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah bahasa pidgin yang mempunyai bahasa Arab sebagai asasnya.

Bahasa Goa - di India dan nikari karu Pidgin yang dituturkan di Guyana, terutamanya dekat dengan sempadan Brazil adalah bahasa pidgin yang dianggap sebagai bahasa yang mempunyai bahasa Portugis.

6.3.3 Kosa Kata Bahasa Pidgin/Pidgia

Kosa kata bahasa pidgin itu dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecil atau terhad. Hal ini disebabkan antara oleh ketidakmampuan para penuturnya menggunakan jumlah perkataan yang lebih besar ekoran daripada kajian mereka tentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan. Walau bagaimanapun, ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan mereka membentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan, sama ada hal-hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu.

Bahasa Melayu Pidgin yang lebih dikenali dengan nama Bahasa Melayu pasar yang tidak mengandungi kosa kata yang membawa maksud jantina seseorang seperti „dewi-dewa‰, „ seniman-seniwati „, dan „haji-hajah‰. Selain itu, bahasa Pidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis, iaitu perkataan-perkataan yang mengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawah sesuatu kategori, misalnya „cantik‰, „molek‰, „comel‰, „lawa‰, „indah‰, „elok „ dan „kacak‰. Hal ini bergantung kepada kekreatifan para penutur. Perhatikan ungkapan „saya punya anak cikgu, pompuan puan haji‰ (Guru anak saya sorang hajah). Perkataan „cantik‰: digeneralisasikan untuk mengungkapkan segala bentuk keindahan: „dia punya anak jantan, manyak cantik punya‰ (Anak lelakinya sungguh kacak sekali). Untuk mengatasi kekurangan kosa kata itu, para penutur sesuatu pidgin biasanya menggunakan „circumlocution‰, iaitu cara berbelit-belit untuk menyatakan sesuatu. Perhatikan ungkapan „yu mi go‰ di dalam Tok Pisin yang bererti „we go‰ (kata/kami pergi). Perkataan „we‰ (kita/kami) dalam bahasa pidgin itu dibentuk daripada perkataan-perkataan „you‰ dan „me‰. Sejauh manakah pembentukan kata „yu mi‰ itu satu contoh kepintaran serta kekreatifan para penutur pidgin ini (extreme-hawaii.com).

Sementara itu, bagi perkataan „grass‰ (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkan makna untuk mengungkap makna „ janggut‰ melalui ungkapan „grass bilong fes‰ (grass that belongs to the face) dan „rambut‰ yang diungkapkan dalam bentuk „gras bilong hed‰ (grass that belong to the head). Dalam sistem kala

Page 10: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 149

6.4

bahasa Inggeris yang diungkapkan dalam Cameroon Pidgin English melalui perkataan-perkataan baharu yang dicipta seperti berikut:

I go market She goes to market I di go market She is going to market I bin go market She went to market I dong go market She has gone to market I go go market She will go to market

Adalah didapati bahawa sistem kala bahasa Inggeris itu, iaitu kala semasa kini (present continuous), lepas (past), sempurna kini (present pefect) dan depan (future) diungkapkan secara sistematik melalui perkataan-perkataan baharu yang dicipta „diÊ, „binÊ,‰dong‰, dan „go‰. Konsep kompleks seperti sistem kala bahasa Inggeris dengan pembahagian yang agak rencam itu berjaya diungkap dalam sebuah pidgin, iaitu bahasa atau kelainan bahasa yang rata-rata diberi penilaian rendah (pidgin.org).

BAHASA KREOL

Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Malah, kreol juga merupakan variasi bahasa yang dilihat dari segi pemakaiannya (Mansoer Pateda, 1994).

Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Misalnya, dalam masyarakat yang bahasanya bercampur-aduk iaitu bahasa pidgin digunakan sebagai lingua franca, kanak-kanak mungkin mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasa pertama, terutama jika ibu bapa mereka biasanya berhubung melalui bahasa pidgin. Apabila keadaan ini berlaku, maka bahasa tersebut akan menimbulkan kembali semua ciri-ciri bahasa biasa yang sempurna (tidak lagi bersifat pidgin) selepas melalui proses pengkreolan. Selain itu, apabila bahasa kreol digunakan oleh orang dewasa yang menuturkannya sebagai bahasa pertama, bahasa tersebut (jika dibandingkan dengan bahasa pidgin) akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan bentuk gaya yang bertambah. Malah, bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuan dalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasa kreol adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktor sejarahnya.

Menurut Mansoer Pateda (1994), beliau menyatakan bahawa proses pengkreolan atau kreolisasi merupakan akibat kontak pemakaian bahasa. Kreolisasi adalah sesuatu perkembangan linguistik yang terjadi kerana dua bahasa berada dalam

Page 11: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA150

kontak waktu yang lama. Dalam kontak tersebut, terjadi integrasi antara kedua-dua bahasa. Malah, dalam integrasi ini, pada umumnya terjadi bahawa salah satu bahasa menjadi sumber tatabahasa. Pada permulaannya, bentuk bahasa yang terjadi adalah bahasa pidgin yang timbul kerana urgensi komunikasi yang kemudian berkembang sehingga menjadi kreol yang dikutip. Sila rujuk Rajah 6.2.

Jadi, bahasa; A

⁄... pidgin

B

Rajah 6.2: Bahasa pidgin yang timbul daripada urgensi komunikasi yang berkembang

menjadi kreol yang dikutip

Jika A menjadi sumber, atau B yang menjadi sumber atau dengan kata lain, salah satu di antaranya mendominasi yang lain, maka bahasa tersebut dikenali sebagai kreol. Menurut Teo Kok Seong (1997), menyebut bahawa bahasa pidgin sering ditakrifkan dengan definisi yang negatif apabila bahasa tersebut digambarkan sebagai bahasa pinggiran, yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya bertukar pandangan yang remeh- temeh sifatnya semasa interaksi jual beli yang kecil dan kurang penting. Pidgin turut dianggap sebagai bahasa rekaan (artificial language), bahasa kacukan atau campuran (mixed language), bahasa abdi yang sukar difahami (slave jargon),bahasa perdagangan (trade language) serta bahasa gampang (bastard language)disebabkan oleh sifat kacukannya yang kadang kala melibatkan banyak bahasa dan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan. Selain itu, pidgin sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot) seperti ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat antaranya penjenayah, pencuri dan penyamun. Oleh sebab itu, takrif-takrif sedemikian telah membentuk setereotaip tentang pidgin, antaranya sejenis bahasa yang tidak tulen, bahasa yang berstatus rendah dan bahasa yang tidak begitu penting. Namun secara positifnya, pidgin merupakan sebuah bahasa yang diringkaskan, dipermudahkan dan kadang-kadang dicampuradukkan, yang lahir dalam kalangan orang yang tidak mempunyai sebuah bahasa perhubungan yang sama untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya perniagaan (Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984).

Walaupun bahasa pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasa vernakular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status atau kedudukan sebagai bahasa baku dalam keadaan-keadaan tertentu (John Lyons

Page 12: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 151

dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, 1994). Sementara itu, Asmah Haji Omar (1991), pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar negara tersebut. Bahasa kreol juga telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa tersebut kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.

Bahasa kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi misalnya Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka (maaroff/inklusif.doc). Di samping itu, bahasa kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga ataupun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut (members.tripod.com).

Dalam konteks dunia, bahasa kreol mula digunakan oleh masyarakat Jamaica yang terdiri dalam kalangan hamba abdi dari Afrika akibat faktor strata sosial yang lebih rendah berbanding golongan atasan iaitu orang British yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa tersebut mempunyai hubungan sejarah dengan bahasa Inggeris, tetapi amat berbeza dengan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh British (Chambers dan Trudgill dalam Annuar Ayub, 1990). Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa beberapa variasi Kreol Inggeris (Bahasa Inggeris pidgin yang telah menjadi kreol) digunakan dengan luasnya di Hindia Barat oleh orang berketurunan Afrika. Malah, dalam bentuk yang paling ÂasliÊ Kreol Inggeris ini tidak begitu mudah untuk difahami oleh penutur-penutur bahasa Inggeris, walaupun perbendaharaan katanya adalah sama serta memperlihatkan pengaruh yang agak banyak daripada bahasa-bahasa Afrika. Malah, golongan tersebut khususnya masyarakat Jamaica menanggap bahawa mereka merupakan orang Negro Amerika pertama yang menuturkan bahasa kreol sebagai bahasa ibunda, dan bahasa tersebut menyerupai bahasa orang kulit putih akibat daripada peredaran masa yang berubah.

Dalam pada itu, Kreol Perancis, Inggeris, Portugis dan Sepanyol juga merupakan antara bahasa-bahasa yang paling terkenal di Eropah yang berkembang akibat daripada bahasa pidgin. Bahasa Kreol Perancis terdapat dengan luasnya di daerah Caribbean dan sekitarnya seperti Haiti, Trinidad, dan Grenada serta pulau-pulau yang lain di Selatan Caribbean iaitu French Guiana dan Amerika Syarikat. Malah, bahasa Kreol Perancis turut digunakan di Lautan Hindi, terutamanya di Mauritius dan Seychelles.

Page 13: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA152

Sementara itu, kebanyakan Kreol Inggeris yang terkenal dituturkan di beberapa daerah di benua Amerika. Perkembangan bahasa Kreol Inggeris ini turut sama seperti bahasa Kreol Perancis apabila bermula akibat daripada hasil perniagaan hamba abdi (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Bahasa kreol turut berkembang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sudah lama terkenal sebagai bahasa antara suku bangsa khususnya di Indonesia. Di Pulau Jawa, terutamanya Jakarta, bahasa Melayu mengalami proses kreolisasi yang mempunyai unsur dasar bahasa Melayu pasar tercampur dengan berbagai bahasa di sekelilingnya, khususnya bahasa Tionghua, Sunda, Jawa, Bali, Bugis, Belanda dan Portugis. Bahasa Melayu dalam bentuk kreol ini turut banyak dijumpai di kawasan Indonesia Timur yang bermula dari Manado hingga ke Papua. Contohnya, dialek Melayu Jakarta bahasa Betawi yang dituturkan di Jakarta, dialek Melayu Peranakan yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua di Jawa Timur dan Jawa Tengah serta dialek Melayu Manado yang iaitu bahasa Manado yang dipakai sebagai lingua franca di Sulawesi Utara (wikipedia.org).

Dalam pada itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol dalam masyarakat di Malaysia. Antara faktor-faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya (members.tripod.com). Penelitian daripada aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek-dialek yang berbeza. Maka, apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat, bahasa tersebut akan mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah ÂkacukanÊ. Sebagai contoh, pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifat sementara.

Namun, akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasa kacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Kewujudan bahasa kreol ini adalah akibat daripada pertembungan bahasa atau budaya yang terdiri daripada faktor geografi yang berlainan seperti bahasa Cina dan bahasa Melayu yang telah berlaku semenjak dahulu lagi (members.tripod.com).

Faktor perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol. Misalnya, penutur-penutur bahasa kreol Baba-Nyonya adalah terdiri daripada masyarakat Cina Hokkien, yang wujud hasil daripada perkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty dengan lelaki Cina. Namun demikian, generasi yang lahir ini kemudiannya turut berkahwin dengan kaum Cina. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Cina (members.tripod.com). Faktor perniagaan pula wujud akibat daripada perkembangan bahasa pidgin pada awalnya yang hanya digunakan bagi tujuan perniagaan dan perhubungan antara penutur-penuturnya. Namun, bahasa tersebut terus berkembang menjadi bahasa kreol

Page 14: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 153

setelah melalui proses pengkreolan (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984).

Dalam masa yang sama, bahasa kreol turut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh beberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka yang tersendiri. Contohnya, Bahasa Djuka merupakan salah satu bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di kawasan tersebut. Dalam konteks yang sama, bahasa kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-unsur kesalahan bahasa. Malah, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya, didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanya bahasa Hokkien. Keadaan sedemikian menyebabkan kebanyakan perkataannya mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien (members.tripod.com). Contohnya dapat kita lihat dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Persamaan sebutan bunyi perkataan dalam bahasa Baba-Nyonya dengan

Bahasa Hokkien

[Sumber: http://members.tripod.com]

Perkataan Sebutan

Lauteng lau-teng

Teko te-ko

Kuchai ku-chai

Kueh Tiau Kutiau

Namun begitu, makna perkataan tersebut tidak banyak berbeza daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya, jika ayat dalam bahasa Melayu dibandingkan dengan ayat dalam bahasa Baba dan Nyonya, hanya unsur tatabahasa sahaja yang tidak tepat. Contohnya;

Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu)

Gua mo masak nasik (Ayat Baba Nyonya)

Bahasa kreol Baba-Nyonya ini turut tidak menitikberatkan aspek penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu Baba-Nyonya atau bahasa kreol Baba-Nyonya tidak mempunyai tatabahasa tertentu disebabkan oleh penutur-penuturnya yang tidak menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Melayu dengan tepat dan betul walaupun bahasa tersebut sudah menjangkaui usia lebih 400 tahun berada di Nusantara. Di samping itu, struktur ayat yang digunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh struktur ayat yang terdapat dalam bahasa Cina. Keadaan ini disebabkan oleh masyarakat

Page 15: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA154

6.5

Baba-Nyonya mempunyai dan menggunakan secara meluas kod bahasa yang dinamakan sebagai Âcakap terbalikÊ ataupun Âbahasa terbalikÊ (members.tripod.com).

Sebagai kesimpulannya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga bersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin atau bahasa tempatan tetapi bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri dan turut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri (members.tripod.com). Malah, pengkajian terhadap bahasa kreol dalam beberapa tempat di benua-benua tertentu telah menggambarkan dengan jelas mengenai kewujudan bahasa tersebut. Bahasa kreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepada penuturnya umpama perhubungan sebagai Âjalan tengahÊ memandangkan bahasa tersebut disesuaikan antara bahasa asal-usul mereka dengan bahasa masyarakat setempat. Daripada kelainan itulah bahasa tersebut dikenali sebagai kreol. Malah, bahasa kreol telah memberi sumbangan yang berguna sebagai bahasa penuturan dan telah memainkan peranan yang berfungsi untuk mengeratkan perhubungan masyarakat penuturnya. Kemungkinan penggunaan bahasa kreol ini akan berkembang ataupun terus lenyap dan pupus adalah sepenuhnya bergantung kepada kesetiaan penutur-penutur bahasa tersebut.

BAHASA KOLOKIAL

Menurut Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. Bahasa kolokial biasa juga disebut sebagai bahasa sehari-hari, bahasa percakapan dan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007), mengatakan bahawa bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa kolokial juga mengandungi kata-kata yang kurang enak didengar sehari-hari di daerah tertentu (Mansoer Pateda, 1994).

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) pula, menyatakan bahawa bahasa kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa sumber. Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa kolokial merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks yang tidak rasmi. Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak

Page 16: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 155

digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Menurut Teo Kok Seong (2006), mengatakan bahawa slanga ialah pertuturan terhad subkumpulan dan subbudaya tertentu dalam sesebuah masyarakat. Dengan pengertian ini, slanga ialah bahasa, khususnya perkataan biasa yang diberikan pengertian baharu dan digunakan serta hanya difahami oleh sesuatu kumpulan, misalnya golongan pemuzik atau peminat rock di sesuatu tempat atau kawasan.

Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataan kolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualan sehari-hari ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut. Kolokialisme bukanlah bermaksud bahasa yang tidak betul atau bahasa buruk. Ia merupakan perkataan yang digunakan dalam perbualan tidak formal oleh semua orang sama ada berpelajaran atau tidak berpelajaran. Dalam penulisan, ia digunakan untuk memberi kesan atau tanggapan perbualan secara langsung dan mesra. Untuk mendapatkan kesan ini, penutur kerap kali menggunakan singkatan seperti „tak, nak, ku, mu, kau, tv‰ atau perkataan-perkataan yang digugurkan imbuhannya.

Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul namun dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya, bahasa kolokial dipengaruhi oleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1997).

6.5.1 Ciri-Ciri Bahasa Kolokial

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial mempunyai pelbagai ciri. Antara ciri-cirinya ialah seperti berikut:

(a) Cara PenyampaianMenurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Ia meliputi perhubungan secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

(b) Mewujudkan Kemesraan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemesraan akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat apabila penutur tertentu menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam pertuturan, dapat didengar penutur yang menggambarkan nama atau gelaran tersendiri dalam perbualan. Mereka biasanya akan dapat

Page 17: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA156

melahirkan kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. Sebagai contohnya:

Hai Mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum teh. Marilah rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas ni.

Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ÂkanÊ sebagai bukan dan ÂdahÊ sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan. Sebagai contohnya :

Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi

(c) Penggunaan Dialek Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) dalam Lado (1980: 283), dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Oleh itu, dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek dalam perhubungan mereka. Keadaan ini wujud apabila penutur dan pendengar datang dari satu tempat yang sama. Biasanya, perbezaan dialek ini berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status ekonomi dan sosial yang berlainan.

(d) Penggunaan Tatabahasa Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan. Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga banyak meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.

(e) Percampuran Kod Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan, terutamanya golongan yang agak terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dapat dikesan dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan. Kebiasaan ini dapat dikesan terutamanya antara orang Melayu dengan Melayu atau berlainan keturunan. Golongan ini dilihat lebih mudah menggunakan percampuran kod ini dalam perbualan mereka.

Page 18: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 157

6.6

(f) Bahan yang Diperkatakan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang tentang perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan rasmi. Biasanya, tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan apabila mereka bertemu. Keadaan ini wujud lantaran sering berjumpa di samping untuk mewujudkan kemesraan antara mereka.

(g) Cara Penggunaannya Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial digunakan oleh penutur dalam keadaan pergaulan harian. Dalam perhubungan ini mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan. Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam perbualan mereka. Dalam perbualan juga, aspek kemesraan dan pemahaman maksud yang lebih diutamakan berbanding susunan dan aturan tatabahasa yang betul.

Dalam memilih perkataan, kebanyakan mereka menggunakan perkataan yang pendek-pendek serta dapat menimbulkan kesedapan dan kefahaman serta menggambarkan kemesraan antara mereka dan anggota masyarakat yang terlibat. Keadaan ini berlaku lantaran kefahaman mereka akan lebih mendalam jika menggunakan bahasa yang sedemikian. Dalam penggunaan ayat pula, mereka lebih menggunakan ayat-ayat yang tidak mempunyai imbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat tulisan. Keadaan ini dapat memudahkan mereka berhubung di samping dapat memudahkan mereka untuk menyatakan maksud dengan lebih cepat dan pantas. Sekiranya menggunakan ayat yang lengkap akan menjadikan situasi yang tidak mesra serta tidak menghidupkan suasana. Oleh itu, dalam penggunaan bahasa kolokial ini, semua penutur yang terlibat tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa yang betul. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera.

PERBEZAAN ANTARA BAHASA BAKU DENGAN BAHASA BASAHAN

Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2 hingga Jadual 6.4 berikut:

Page 19: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA158

(i) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Jadual 6.2: Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Mengapa Kenapa

Bagaimana Macam mana

Sedang Tengah

(ii) Bentuk kependekan

Jadual 6.3: Bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Hendak Nak

Tidak Tak

Sudah Dah

(iii) Perubahan bunyi

Jadual 6.4: Perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Ambil ambik

Kecil kecik

Pula pulak

Sebagai kesimpulannya, bahasa kolokial merupakan bahasa yang dipakai atau digunakan sehari-hari dalam pertuturan. Bahasa kolokial juga dikenali sebagai bahasa basahan. Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti berkenaan dengan bahasa kolokial iaitu dari segi cara penyampaian, kewujudan kemesraan antara penutur, penggunaan dialek, penggunaan tatabahasa, percampuran kod dan bahan yang diperkatakan. Dalam bahasa kolokial juga tidak mementingkan struktur ayat dan sistem tatabahasa yang betul. Apa yang menjadi keutamaan adalah penutur dapat memberikan makna yang dapat difahami oleh orang lain.

Page 20: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 159

6.7 BAHASA BAKU

Apakah yang dikatakan dengan bahasa baku? Menurut Sulaiman Masri dalam bukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah mendefinisikan bahasa baku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Manakala definisi bahasa baku yang lain ialah bahasa yang menjadi dasar dan ukuran dalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan (Awang Sariyan, 1993). Dalam Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan bahasa baku ialah jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Daripada definisi-definisi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bahasa baku merupakan bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan sebagai alat sebaran am.

Penggunaan bahasa baku bertujuan untuk meningkatkan taraf bahasa Malaysia sesuai dengan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita, dan supaya bahasa kita setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia. Sebenarnya, beberapa aspek bahasa Malaysia moden telah mula dibakukan pada tahun 1930-an dengan kemunculan surat khabar dan majalah dalam Bahasa Malaysia. Usaha ini diikuti dengan kemunculan radio. Walau bagaimanapun, aspek-aspek bahasa baku yang menonjol dalam karangan, berita, rencana, dan cerpen pada ketika itu hanyalah pemilihan perkataan, pembinaan ayat dan tanda baca.

Aspek-aspek sebutan, ejaan, dan laras bahasa belum dapat diselaraskan. Namun, ini tidak bererti aspek penulisan sudah baku sepenuhnya. Kesalahan dan ketidakselarasan masih terdapat dalam surat khabar dan majalah pada waktu itu, malah hinggalah sekarang.

6.7.1 Ejaan Baku

Menurut Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), ejaan baku bermaksud ejaan yang betul. Terdapat peraturan dan pandangan yang dikemukakan dan mesti dipatuhi untuk mengeja perkataan dengan betul iaitu:

Keselarasan huruf vokal Kekecualian keselarasan huruf vokal Perkataan pinjaman, khususnya daripada Bahasa Inggeris Awalan dan kata sendi ÊdiÊ dan ÊkeÊ Partikel Kata ganti singkat

Page 21: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA160

Dalam topik ini hanya membincangkan mengenai keselarasan huruf vokal sahaja. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa keselarasan huruf vokal melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, keselarasan huruf vokal ini hanyalah dikenakan pada dua suku kata yang terakhir.

Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Berikut diberikan beberapa contoh:

(i) a _ _ _ a basah, balak (ii) a _ _ _ i dalih, balik (iii) a _ _ _ u basuh, batuk (iv) e pepet _ _ _ a cemas, kelam (v) e pepet _ _ _ i lebih, betik (vi) e pepet _ _ _ u telur, tempuh (vii) e taling _ _ _ a elak, dewan (viii) e taling _ _ _ e taling leceh, gelek, selekeh

Daripada 18 pola tersebut, terdapat 8 pola yang selalu mengelirukan pengguna bahasa Malaysia. Pola tersebut merupakan perubahan daripada sistem ejaan lama (rumi). Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.5 hingga Jadual 6.12 berikut:

(i) Pola a _ _ _ i Jadual 6.5: Pola a _ _ _ i

Salah Baku Adek Balek Lateh Maseh Patek Tarek

Adik Balik Latih Masih Patik Tarik

(ii) Pola a _ _ _ u

Jadual 6.6: Pola a _ _ _ u

Salah Baku

Aros Ator Masok Payong Sambong Sayor

Arus Atur Masuk Payung Sambung Sayur

Page 22: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 161

(iii) Pola e (pepet) _ _ _ i

Jadual 6.7: Pola e (pepet) _ _ _ i

Salah Baku

Beneh Cerdek Herdek Pedeh Pereksa Petek

Benih Cerdik Herdik Pedih Periksa Petik

(iv) Pola e (pepet) _ _ _ u

Jadual 6.8: Pola e (pepet) _ _ _ u

Salah Baku

Cemoh Gemok Ketok Penoh Semboh Serbok

Cemuh Gemuk Ketuk Penuh Sembuh Serbuk

(v) Pola i _ _ _ i

Jadual 6.9: Pola i _ _ _ i

Salah Baku

Bilek Bisek Milek Pileh Pingger Seliseh

Bilik Bisik Milik Pilih Pinggir Selisih

Page 23: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA162

(vi) Pola i _ _ _ u

Jadual 6.10: Pola i _ _ _ u

Salah Baku

Bingong Hidop Hirop Periok Sibok Simpol

Bingung Hidup Hirup Periuk Sibuk Simpul

(vii) Pola u _ _ _ i

Jadual 6.11: Pola u _ _ _ i

Salah Baku

Bueh Buter Kueh Mudek Puteh Puleh

Buih Butir Kuih Mudik Putih Pulih

(viii) Pola u _ _ _ u

Jadual 6.12: Pola u _ _ _ u

Salah Baku

Bunoh Burok Burong Dudok Gulong Busok

Bunuh Buruk Burung Duduk Gulung Busuk

6.7.2 Sebutan Baku

Sebutan dalam bahasa Malaysia hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertian bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Malaysia (Sulaiman Masri, 1992). Sebutan baku ini bertujuan untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Malaysia terutamanya apabila digunakan dalam urusan rasmi. Urusan rasmi yang dimaksudkan di sini ialah apa sahaja bentuk

Page 24: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 163

penyampaian atau pengumuman berita sama ada melalui radio mahupun televisyen; proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di sekolah, maktab ataupun di universiti, penyampaian syarahan, pidato, ceramah, dan kertas kerja. Ini bermakna, sebutan baku tidak perlu digunakan dalam perbualan biasa.

Setiap perkataan sama ada bahasa Malaysia jati atau perkataan serapan hendaklah disebut berdasarkan ejaan. Berikut merupakan beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan sebutan baku dengan betul:

(a) Huruf Vokal Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/.

Semua huruf vokal ini perlulah dilafazkan dengan bunyi [a], [e], [ ], [i], [o], dan [u] pada semua kedudukan, sama ada di awal perkataan, di tengah perkataan atau di akhir perkataan.

(b) Huruf Diftong Dalam bahasa Malaysia, terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Huruf-huruf diftong ini seperti juga huruf-huruf vokal perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], dan [au].

Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi (ai) pada semua kedudukan. Contohnya:

Ejaan Sebutan aidilfitri [ai + dil + fit + ri] hairan [hai + ran] pantai [pan + tai]

Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi (au) pada semua kedudukan. Contohnya:

Ejaan Sebutan audit [au + dit] aurat [au + rat] autonomi [au + to + no + mi] harimau [ha + ri + mau]

Page 25: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA164

Huruf diftong oi termasuklah perkataan. Contohnya:

Ejaan Sebutan sepoi [s + poi] kaloi [ka + loi] konvoi [kon + voi]

(c) Huruf Konsonan Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Malaysia. Huruf konsonan g daripada perkataan pinjaman dilafazkan dengan bunyi (g), bukan (j). Contohnya:

Ejaan Sebutan agenda [a + gen + da] agensi [a + gen + si] geografi [geo + gra + fi] strategi [stra + te + gi] teknologi [tek + no + lo + gi] tragedi [tra + ge + di]

Bunyi (g) bagi huruf g ini sama dengan bunyi dalam perkataan Melayu jati yang dilafazkan dengan bunyi (g). Contohnya:

Ejaan Sebutan gigi [gi + gi] gelagat [ge + la + gat] pagi [pa + gi] Huruf r dilafazkan dengan bunyi (r) pada semua kedudukan. Contohnya:

Ejaan Sebutan kotor [ko + tor] meter [me + t r] pasar [pa + sar] pelantar [p + lan + tar] resam [r + sam]

(d) Huruf Gugus Konsonan

Sebutan bagi gugus konsonan didasarkan kepada pedoman umum seperti yang berikut:

Page 26: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 165

6.8

Gugus konsonan di awal perkataan dilafazkan sepenuhnya. Contohnya:

Ejaan Sebutan drama [dra + ma] klasik [kla + sik] profesor [pro + fe + sor] psikologi [psi + ko + lo + gi] strategi [stra + te + gi]

Gugus konsonan di akhir perkataan yang dilafazkan sepenuhnya. Contohnya:

Ejaan Sebutan ambulans [am + bu + lans] forseps [for + seps]

insurans [in + su + rans] sains [sains]

Gugus konsonan yang dilafazkan sebagai fonem tunggal. Contohnya:

Ejaan Sebutan kloroform [klo + ro + fom] konsert [kon + s t]standard [stan + dad]

Sebutan gugus konsonan di tengah kata dipertahankan walaupun dari segi transkripsi dipisahkan menurut pola suku kata. Contohnya:

Ejaan Sebutan preskriptif [pres + krip + tif] geografi [geo + gra + fi] kilogram [kilo + gram] rekrut [rek + rut] transkripsi [trans + krip + si]

PENGGUNAAN ISTILAH

Secara umum, istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Dengan perkataan lain, istilah ialah satu perkataan, atau perkataan-perkataan yang dikawal dan untuk tujuan khusus oleh pakar-pakar dalam bidang ilmu tertentu

Page 27: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA166

(Sulaiman Masri, 1992). Ini bermaksud, perkataan yang dinamakan istilah ini hanya terbatas penggunaannya dalam satu bidang yang berkenaan sahaja. Suatu istilah yang bersifat umum, iaitu istilah yang digunakan oleh beberapa bidang ilmu dikenali sebagai istilah umum. Istilah umum ini lama-kelamaan boleh menjadi perkataan hari-hari.

Dari segi bahasa baku, istilah yang betul bererti suatu perkataan atau gabungan perkataan khusus digunakan bagi melambangkan konsep dalam bidang ilmu tertentu. Terdapat istilah yang menggambarkan suatu konsep dan terbatas penggunaannya dalam satu bidang ilmu sahaja. Selain itu, terdapat juga istilah-istilah yang melambangkan lebih daripada satu konsep dan digunakan oleh beberapa bidang ilmu. Misalnya, pengagihan (istilah ekonomi), taburan (istilah geografi), dan pembahagian (istilah umum).

Dengan penjelasan di atas, kita dapat memahami istilah sebagai perkataan atau gabungan perkataan yang terkawal dan hanya digunakan oleh golongan profesional apabila mereka bercakap tentang bidang ilmu yang mereka ceburi atau kuasai. Seorang doktor perubatan tentu akan kelihatan lebih pakar dan mahir apabila berbual-bual dengan teman sejawatannya dalam ilmu perubatan. Seorang ahli linguistik akan kelihatan lebih pakar dan lancar apabila berbual-bual dengan teman sebidang.

Dalam bidang komunikasi begini, muncullah beberapa istilah, iaitu perkataan terkawal dan khusus atau jarang didengar, yang digunakan oleh golongan pakar perubatan dan pakar bahasa. Sebaliknya, jika seorang doktor perubatan dengan seorang ahli linguistik berbincang tentang penyakit darah tinggi, maka tentulah ahli linguistik itu menghadapi masalah memahami beberapa istilah perubatan.

Pada kebiasaannya, istilah digubal atau dicipta oleh pakar ilmu tertentu secara perseorangan. Dialah kemudiannya memperkenalkan istilah itu supaya digunakan oleh orang yang mempelajari bidang baharu itu, atau apabila bidang tersebut diumumkan kepada orang ramai. Misalnya, minyak diesel, merupakan kandungan minyak yang dikaji oleh Randolph Diesel. Seterusnya, jika suatu ilmu dipindahkan daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain, biasanya istilah tersebut perlu disahkan oleh beberapa orang pakar atau ahli dalam bidang ilmu berkenaan. Dalam ilmu peristilahan moden, sesuatu istilah hendaklah disepakati oleh pakar-pakar bidang, peristilahan, bahasa dan wakil pengguna menerusi jawatankuasa istilah bidang berkenaan.

Di Malaysia, istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal, disepakati, disahkan, diselaraskan dan kemudiannya diterbitkan untuk disebarkan. Proses penyebaran istilah-istilah yang telah dipersetujui oleh semua pihak akan disebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama pakar-pakar pelbagai bidang ilmu, ahli bahasa, ahli peristilahan dan wakil pengguna.

Page 28: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 167

Semua istilah ini diterbitkan oleh DBP boleh dianggap betul kerana kira-kira 600 ribu istilah untuk 450 bidang ilmu yang ada setakat ini telah disepakati oleh beberapa kumpulan pakar yang berwibawa daripada beberapa agensi kerajaan, swasta dan golongan profesional lain.

Oleh itu, penggunaan istilah-istilah yang diterbitkan oleh DBP atau badan lain yang menggubal istilah berdasarkan pedoman tertentu adalah sangat digalakkan. Jika beberapa istilah yang terpaksa diubah kerana menyalahi konsep atau ciri sebenar, maka DBP dan badan yang bekerjasama dengannya akan membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun, istilah yang terpaksa diubah ini tidak banyak jumlahnya. Jadual 6.13 berikut menyenaraikan beberapa contoh penggunaan istilah:

Jadual 6.13: Contoh Penggunaan Istilah

SALAH BETUL

Negara yang membangun

Negara yang maju

Keluaran yang baru

Aktiviti terjemahan

Padang penembakan

Hutan simpanan

Tanah simpanan Melayu

Tempat pertanyaan

Tempat meletak kereta

Ali restoran

Negara membangun

Negara maju

Keluaran baru

Aktiviti penterjemahan

Padang tembak

Hutan simpan

Tanah simpan Melayu

Tempat (ber) tanya

Tempat letak kereta

Restoran Ali

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan bahasa baku di kalangan masyarakat di negara ini perlu dipandang serius kerana terdapat banyak perkataan-perkataan yang dieja dan disebut tidak berdasarkan kepada penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh, jika di dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat. Oleh itu, diharap dengan pembakuan sebutan maka lengkaplah usaha untuk membakukan bahasa Malaysia agar menjadi bahasa moden yang mampu mengungkapkan konsep canggih dalam pelbagai bidang ilmu. Usaha ini diharapkan dapat memudahkan komunikasi antara individu, kelompok individu, ataupun masyarakat secara keseluruhan dengan lebih berkesan.

Page 29: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA168

6.9 BAHASA RASMI

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Namun, bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula tidak semestinya bahasa rasmi.

Menurut Kamus Dewan, bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan akan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara Malaysia yang memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.

Bahasa rasmi tidak perlu menjadi Bahasa Kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih berdasarkan bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dan rakyat jelata. Contohnya, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Contoh yang lain ialah negara Filipina yang mencapai kemerdekaan telah menobatkan bahasa Tagalog sebagai bahasa kebangsaan manakala untuk bahasa rasmi mereka telah memilih bahasa Inggeris. Negara India pula telah menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasa kebangsaan dan untuk bahasa rasmi mereka juga memilih bahasa Inggeris. Negara Indonesia telah mengambil bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa rasmi negara itu. Singapura pula telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bahasa dan bangsa. Empat bahasa rasmi tersebut ialah bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi prasarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat

Page 30: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 169

kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991 (wikipedia.org).

6.9.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sememangnya jelas sekali digunakan sebagai bahasa rasmi pemerintahan kerajaan bermula dari kerajaan awal di Nusantara. Kepulauan Melayu memang terkenal dengan pelbagai bahasa tempatan yang berlainan dari sebuah pulau ke sebuah pulau. Namun daripada dokumen perutusan Raja Melayu dahulu, ternyata bahasa Melayu digunakan sebagai perutusan. Sebagai contohnya, utusan Sultan Alaudin Acheh kepada Harry Middleton dan Surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei kepada Kapitan Inggeris di Jambi. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu itu juga menjadi bahasa rasmi perutusan kerajaan Melayu pada zaman tersebut.

Kini, bahasa Melayu sememangnya mempunyai fungsi penting dalam membentuk perpaduan. Maksud perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerana beberapa sebab iaitu bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi bahasa Inggeris, maka layaklah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga mudah difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah di peringkat universiti.

Page 31: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA170

Penggunaan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, bahasa Melayu mempunyai fungsi yang penting sebagai bahasa rasmi negara.

6.9.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Melayu. Antaranya ialah seperti berikut:

(a) Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Contohnya, dalam Fasal 6 menyentuh bahawa bahasa Melayu digunakan untuk maksud rasmi dalam apa sahaja urusan kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan urusan pihak-pihak berkuasa.

(b) Pendidikan Di peringkat persekolahan, sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Malah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan sebagai pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi termasuk urusan pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar.

(c) Peranan pelbagai pihak Pelbagai pihak memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebagai contohnya, Datuk Dr. Rais Yatim merupakan salah seorang tokoh yang memperjuangkan Bahasa Melayu malah beliau telah mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam majlis rasmi, dan rancangan-rancangan di televisyen semasa beliau masih menjadi menteri penerangan. Selain itu, contoh lain yang dapat dilihat sebagai usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam Sukan Komanwel VXI di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sukan tersebut bagi memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu kepada dunia, bukan saja untuk saranan komunikasi kesukanan tetapi juga untuk menonjolkan peranannya dalam pembinaan identiti bangsa dan negara. Hal ini jelas menunjukkan peranan bahasa rasmi yang luas terhadap pelbagai bidang di negara kita.

Kesimpulannya, bahasa rasmi memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Bahasa rasmi bukan sahaja berfungsi sebagi bahasa perhubungan malah melambangkan identiti sesebuah negara. Contohnya,

Page 32: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 171

6.10

bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa ini melambangkan identiti negara Malaysia yang mempunyai penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa rasmi bukan sahaja memudahkan urusan terutama dalam berkomunikasi malah melicinkan urusan pentadbiran kerana dapat mewujudkan keseragaman bahasa yang digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Namun, hal ini bukan bermakna bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar kedua di negara ini masih boleh digunakan untuk tujuan urusan rasmi iaitu semasa prosiding dalam mahkamah. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rasmi negara haruslah sentiasa diutamakan dalam apa jua urusan rasmi yang dijalankan.

BAHASA KEBANGSAAN

„Bahasa Jiwa Bangsa‰ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu (pada satu ketika dikenali sebagai bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksi pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada.

6.10.1 Dasar Bahasa Kebangsaan

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah Akta Pendidikan seperti berikut:

„⁄ dan untuk merancangkan perkembangan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama.‰

Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman;

Page 33: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA172

„Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun, kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.‰

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan peluasan penggunaannya.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan Bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.

6.10.2 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Secara khusus, fungsi utama bahasa kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga, pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan, dan dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang tidak begitu berbeza. Usaha untuk memupuk rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955, yang kemudiannya dikenali dengan nama Penyata Razak (1956).

Tidak dinafikan bahawa fungsi bahasa Melayu adalah berterusan. Menurut Chew Hock Thye (1975), bahasa Melayu mula-mula berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan, dan kemudian sebagai asas untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan yang telah mencapai kemerdekaan itu.

Page 34: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 173

6.10.3 Akta Bahasa Kebangsaan

Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahasa Melayu yang kemudiannya disebut bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah seperti berikut:

„Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.‰

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Sepuluh tahun selepas merdeka, Akta Bahasa Kebangsaan 1976 diluluskan di Semenanjung Malaysia. Akta tersebut kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1976.

Akta ini dengan jelas memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan dengan dunia luar dan sebagainya.

Di peringkat sekolah, pada mulanya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar hanya pada peringkat sekolah rendah. Sejak tahun 1958, bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar di kelas-kelas menengah aliran Melayu yang kemudiannya menjadi sekolah menengah kebangsaan. Pada tahun 1983, universiti-universiti tempatan pertama kali menerima pelajar Tahun 1 yang telah mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa pengantar bahasa Melayu.

6.10.4 Akta Pendidikan

Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya Akta Pendididkan, dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada peringkat rendah mahupun menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat universiti. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain.

Bahasa Kebangsaan mempunyai kerangka yang amat kukuh. Menerusi pernyataan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, bahasa Melayu mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Bahasa

Page 35: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA174

Melayu mampu menjadi bahasa antarabangsa jika usaha untuk memperluaskan penggunaannya dilipatgandakan.

Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, kesepaduan rakyat mestilah sentiasa digembleng. Tegasnya, penggunaan satu bahasa (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.

Jelaslah bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik serta menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan memerlukan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai dasar bahasa rasmi. Di samping itu, bahasa juga dapat dijadikan alat terpenting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. Ini dapat mewujudkan negara yang aman dan damai disebabkan semua kaum bersatu disebabkan penggunaan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Kerjasama daripada semua kaum dalam memilih atau persetujuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik untuk negara supaya terus maju tanpa sebarang gangguan.

Bukan sahaja bahasa Melayu digunakan di Malaysia, malahan perlu mengembangkannya ke seluruh dunia dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Justeru, kerajaan juga telah menjalankan pelbagai cara untuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dan dalam masa yang singkat, bahasa Melayu telah nampak memancarkan cahayanya ke seluruh negara.

Isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa.

Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ditentukan oleh faktor perpindahan.

Dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.

(a) Berdasarkan kepentingan bentuk-bentuk bahasa, jelaskan peranan bahasa Melayu dalam konteks negara dalam membentuk perpaduan di kalangan rakyat.

SEMAK KENDIRI 6.1

Page 36: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 175

Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut.

Bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama.

Antara faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.

Bahsa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu.

Dialek ialah abentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat.

Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa.

Terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/.

Terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/.

Istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan.

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi utama Bahasa Kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.

Page 37: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA176

Baba Chibaacano

Ekamorfis Isoglos

Jargon Kolokial

Kreol Pelat

Pidgin Slanga

Sranan Targot

Tekrur Variasi

Asmah Haji Omar. (1991). Aspek bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1993). Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa inklusif. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/inklusif.doc

Chambers, J.K. (1990). Dialektologi (Annuar Ayub, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Extreme Hawai Fun Pidgin Team. (2008). Full on pidgin. Diakses Julai 30 daripada www.extreme-hawaii.com/pidgin/

Ismail Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemunculan bentuk bahasa kreol yang terpesong dalam masyarakat Melayu dan implikasinya terhadap pembaikan bahasa. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://members.tripod.com

Lyons, J. (1994). Bahasa dan linguistik: Suatu pengenalan (Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 38: Kepelbagaian bentuk bahasa

TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 177

Mansoer Pateda. (1994). Sosiolinguistik. Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung. Melayu kreol (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Noresah Baharom. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. Diakses Julai 25, 2008 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Pidgin.com. (2008). Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin.com

Pidgin-magazine. (2008) Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin-magazine.net/

Teo Kok Seong. (1997). Pidgin. Pelita Bahasa, 40-43.

Trudgill, P. (1984). Sosiolinguistik: Satu pengenalan (Nik Safiah Karim, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.