bab6- kepelbagaian agama

34
KEPELBAGAIAN AGAMA: MENCARI TITIK PERTEMUAN

Upload: nooreyta

Post on 10-Jul-2016

270 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB6- Kepelbagaian Agama

KEPELBAGAIAN AGAMA: MENCARI TITIK PERTEMUAN

Page 2: BAB6- Kepelbagaian Agama

Islam

Xian, China – abad ke-8

Delhi, India – abad ke 17Empayar Monggol

Page 3: BAB6- Kepelbagaian Agama

Kg Cina, Kuala Terengganu

Buddha

Kuil Sukhavati, Penang

Hari Wesak – Kuil Maha Vihara, Brickfields.

Page 4: BAB6- Kepelbagaian Agama

Hindu

Thaipusam – Batu Caves

Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur

Page 5: BAB6- Kepelbagaian Agama

Kristian

Gudwara Tatt Khalsa Diwan, KL (kuil terbesar Sikh di Asia Tengara

Sikh

Page 6: BAB6- Kepelbagaian Agama

Jainisme

Hyderabad, India

Page 7: BAB6- Kepelbagaian Agama

Shinto

Page 8: BAB6- Kepelbagaian Agama

Bahai

New Delhi, India

Chicago, US

Simbol

Page 9: BAB6- Kepelbagaian Agama

Zoroastrianisme

Iran

Page 10: BAB6- Kepelbagaian Agama
Page 11: BAB6- Kepelbagaian Agama

Peranan Agama1. Sumber nilai moral

◦ berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik

◦ pedoman pengikut dalam mengatur kehidupan lebih bermakna

2. Penyatuan◦ membangunkan ikatan sosial ◦ upacara keagamaan mengukuhkan integrasi sosial

3. Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan

◦ Program Pembangunan mendapat sambutan jika disahkan oleh ahli agama

Page 12: BAB6- Kepelbagaian Agama

4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan• Peranan ulama dalam hubungannya dengan

gerakan nasionalis sebelum dan selepas kemerdekaan. Begitu juga yang berlaku di Negara Filipina, Indonesia dan Burma

5. Perpaduan Nasional• Islam mempunyai sejarah dalam menangani

pluraliti seperti Piagam Madinah

6. Kewujudan Tamadun• Jatuh bangun sebuah kerajaan berkait rapat

dengan sesuatu agama

Peranan Agama (samb..)

Page 13: BAB6- Kepelbagaian Agama

6. Fungsi Pemerintahan• Ketua Negara menjadi ketua agama.

Contoh: Kerajaan Mesir dan Firaun.

7. Mengembangkan Kesenian• Agama mempunyai hubungan rapat

dengan kesenian.• Seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni

pahat

Peranan Agama (samb..)

Hiasan Arabesque di Al Hamra, Sepanyol

Page 14: BAB6- Kepelbagaian Agama

PENGOLONGAN AGAMA2 Pendapat Yang Membezakan Pengolongan Agama

1 golongan –Menganggap agama sebagai satu unsur kebudayaan sesuatu mesyarakat.

Golongan kedua – agama terbahagi kepada 2 iaitu :a) Agama ciptaan manusia b) Agama ciptaan tuhan.

* Terjadi pencangahan dlm kalangan ilmuan terhadap agama, terutama agama wahyu adalah kerana perspeksi mereka tentang agama yang disamakan dengan institusi laian seperti institusi sosial, ekonomi dan politik.

Page 15: BAB6- Kepelbagaian Agama

Agama samawiAgama ciptaan tuhan atau agama samawi ialah agama

yang bersumberkan wahyu tuhan.

Agama diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan kecintaan manusia yang semula jadi kepada tuhan – Fitrah.

Agama/ wahyu diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan tuhan yang berjiwa suci dan luhur –Rasul-rasul Allah SWT

Agama dengan pengertian ini tidak boleh dianggap sebagai unsur kebudayaan manusia kerana agama ini bukan hasil pemikiran dan pengalaman manusia.

Page 16: BAB6- Kepelbagaian Agama

Sambungan Agama Samawi

Agama yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah SWT dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh Rasul-rasul Allah –Dlm Bentuk Wahyu.

Terdiri daripada agama Islam, Kristian dan Yahudi.

Ketiga-tiga agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka percaya bahawa tuhan itu pencipta alam, percaya rasul-rasul dan kitab-kitab Allah.

Perbezaan antara penganut agama dalam perkara berkaitan dengan:1.Konsep ketuhanan2. Rasul terakhir3. Kitab Allah yang tulen 4. Persoalan kitab Allah yang paling sempurna.

Page 17: BAB6- Kepelbagaian Agama

Agama Ciptaan ManusiaAgama duniawi yang datang daripada diri manusia Agama duniawi dikenali sebagai agama alam @

agama budaya.Kerana agama itu lahir dari dlm kebudayaan , dibentuk

oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat.

Agama ini terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang ditetapkan oleh kumpulan yang berpengaruh supaya mereka mematuhinya.

Agama ini tidak bersandarkan wahyu, ajaran-ajaran rasul, sebaliknya berbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah umum.

Page 18: BAB6- Kepelbagaian Agama

Samb…Agama ini lahir daripada usaha-usaha manusia

mencari tuhan berdasarkan akal fikiran.Agama ini tumbuh melalui hasil pemikiran dan

pengalaman mereka dan diwarisi daripada generasi kepada satu generasi berikutnya.

Sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham pengasasnya.

Terdapat agama dalam kelompok ini yang merupakan gabungan sesetengah unsur agama ciptaan tuhan dengan tambahan dan pindaan daripada fikiran ahli agamanya.

Agama ini berubah mengikut perubahan penganutnya.

Page 19: BAB6- Kepelbagaian Agama

Samb…Sebahagian agama dalam kategori ini percaya kepada

penjelmaan tuhan atau tuhan-tuhan dalam tubuh manusia. Terdapat juga tuhan yang menghendaki korban jamuan

dan upacara pemujaan.Terdapat juga penyembahan cakerawala sepeti matahari

dan bulan, adanya simbol seperti berhala, gamabaran panji-panji.

Terdapat juga ajaran @ upacara penyeksaan diri dan pengharaman daripada nikmat hidup tertentu.

Tujuannya adalah untuk mencapai kesucian diri dan restu tuhan.

Agama ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat primitif, mundur dan terpencil.

Page 20: BAB6- Kepelbagaian Agama

Konflik agama Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya erti

kasih sayang, pengampunan dan perdamaian. Namun banyak konflik agama yang berlaku seperti:

1. Bosnia-Herzegovina dgn Serbia- April 1992 2.Hindu – Islam di India- Disember 1992 3. Islam-Kristian di Ambo, Maluk & Almahera di Indonesia Konflik berlaku kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran

agama. Terdapat juga agama digunakan sebagai mengasbahkan sesuatu

tindakan demi kepetingan politik dan ekonomi untuk mengatasi pihak lawan.

Disamping itu juga konflik juga berlaku kerana tidak menghormati ajaran agama dan upacara agama orang lain.

Page 21: BAB6- Kepelbagaian Agama

Mencari Titik pertemuanKefahaman dan tingkah laku beragama boleh

memisah @ membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama atau dengan penganut-penganut agama lain.

Kemampuan agama dalam membina ikatan dan hubungan nerentas individu dan kumpulan agama yang berlainan adalah potensi yang perlu diteliti dan perhalusi.

Menggunaka ruang sosial sedia ada amat diperlukan bagi memungkinkan peluang membawa penganut pelbagai agama bergerak ke arah persefahaman.

Page 22: BAB6- Kepelbagaian Agama

Samb…Mencari Titik pertemuanShamsul (2011) melihat agama dari sudut tafsiran

autoriti akan memisah dan mengasingkan penganut pelbagai agama terutama sekali apabila agama itu telah diideologi dan dipolitikkan.

Contohnya di Malaysia apabila berlaku perkahwinan campur, salah seorang pasangan meninggalkan agama asal dan menganut agama pilihan atas Dasar cinta.

Sekiranya berlaku konflik dalam hubungan perkahwinan, perbezaan agama antara keluarga pasangan terbabit akan menimbulkan ketengangan, bukan setakat keluarga itu tetapi kepada komuniti yang lebih besar lagi.

Page 23: BAB6- Kepelbagaian Agama

Samb…Mencari Titik pertemuanPerkara ini dapat dielak sekiranya

perhubungan tersebut diurus dengan cara yang penuh hikmah.

Di sebalik konflik yang berlaku yang berkaitan dengan agama, agama mempunyai nilai kesejagatan yang berpotensi membina keharmonian bermasyarakat, kestabilan dan kemajuan.

Interaksi antara mereka mampu membina ikatan sosial yang kuat dengan perbezaan agama anutan . Contohya ketika berlaku malapetaka banjir dan yang terbaru kehilangan MH370.

Page 24: BAB6- Kepelbagaian Agama

Samb…Mencari Titik pertemuan

Pada pemerhatian masyarakat di Malaysia mendapati perayaan agama dan kebudayaan seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina, Deepavali, Keamatan, hari Krismas dan lain-lain lagi perayaan dikongsi dan raikan bersama.

Tambahan lagi pada bulan Ramadhan dinanti-nantikan oleh penganut agama lain- kerana bermacam-macam juadah kuih muih di jual.

Nilai kesejagatan yang dikongsi bersama telah membawa rakyat Malaysia untuk memilih tindakan atas perkiraan sosial yang rasional dan dihajati bersama iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.

Page 25: BAB6- Kepelbagaian Agama

AGAMA – AGAMADI MALAYSIA

Page 26: BAB6- Kepelbagaian Agama

AGAMA ISLAM

Dianuti sebanyak 60% penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam beerti berserah

diri dan mengikut perintah Allah serta mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber ajaran Islam ialah al-quran dan al-sunnah sbagai sumber kedua.

Sumber ketiga ialah ijtihad, qiyas, syura yang diinstitusikan sebagai respon ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian.

Islam adalah suatu peraturan hidup dan agama praktikal dengan kehidupan dunia dan akhirat.

Islam adalah agama sejagat dalam kelasnya tersendiri dari segi kosmologi, epistemologi, metafizik dan weltanschauung.

Page 27: BAB6- Kepelbagaian Agama

SAMBUNGAN

Ciri2 Islam : Dari segi ekonomi –memberi kebebasan umatnya

berusaha mencari kekayaan dengan cara mulia dan bersih serta halal.

Dalam bidang politik, Islam menekankan musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan kelas, keturunan, bangsa, agama dan warna kulit.

Dari segi sosial,Islam memperjuangkan dasar kehormatan diri manusia.Islam menggalakan mempertahankan kebersihan jiwa. Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar dalam Islam.

Dari segi ilmu pengetahuan, Islam menggalakkan perkembangan ilmu dan menganjurkan kajian serta penyelidikan terhadap rahsia2 alam.

Page 28: BAB6- Kepelbagaian Agama

PERAYAAN AGAMA ISLAM Dua perayaan besar umat Islam iaitu : Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1

Syawal kalendar hijrah setelah menunaikan puasa sebulan pada bulan Ramadhan. Solat hari raya secara berjamaah di masjid dan membayar zakat untuk membantu fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban yang jatuh pada 10 Zulhijjah dimana sebahagian besar umat Islam menunaikan haji di Mekah. Disunatkan berkorban untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dan juga menunaikan solat sunat Hari Raya Korban.

Perayaan –perayaan lain juga disambut seperti Maulidul Rasul, Asyura, Israk Mikraj Maal Hijrah dll.

Page 29: BAB6- Kepelbagaian Agama

AGAMA BUDDHA Agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganut terdiri daripada etnik cina yang

berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala komuniti Thai mengamalkan Buddha

Theravada yang tinggal di utara Semenanjung Malaysia. Asal-usul agama Buddha merupakan suatu reaksi

terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang golongan Kshatriya terdiri daripada anak2 raja dan perajurit.

Diasaakan oleh Siddhartha Gautama yang memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan.

Mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan kerana berpendapat manusia bergantung kepada diri sendiri bukannya Tuhan.

SAMBUNGAN

Page 30: BAB6- Kepelbagaian Agama

SAMBUNGAN

Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah menghormati kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan.

Prinsip diseru oleh Buddha adalahpembasimian kasta. Di Malaysia, bukan semua etnik Cina menganut

agama Buddha kerana sebahagiannya mengamalkan ajaran Taoisme, Konfusianisme, Kristian dan Islam.

Terdapat juga yang mengamalkan dua @lebih ajaran Konfusianisme, Buddha dan Taoisme dlm masa yang sama.

Upacara keagamaan : Objek utama yang sangat signifikan ialah “Tiga

Permata”(Tripple Gem) iaitu Buddha, dharma ( ajaran Buddha) dan sangha ( komuniti Buddha yang berpegang dengan ajarannya)

Page 31: BAB6- Kepelbagaian Agama

SAMBUNGAN

Upacara penyembahan dilakukan di tokong, wat atau rumah dimulakan dengan menyembah patung Buddha dan diikuti dengan bacaan mentera bertujuan untuk memohon perlindungan.

Wesak merupakan perayaan penting yang disambut. Biasanya perayaan ini jatuh pada bulan Mei setiap tahun bagi memperingati kelahiran, kemunculan dan pencapaian Gautama Buddha ke nirvana ( syurga ).

Penganut Buddha akan berhimpun di tokong bagi menjalankan upacara meditasi.

Page 32: BAB6- Kepelbagaian Agama

AGAMA HINDU Dianuti oleh sebahagian besar komuniti India dan

merupakan identifikasi bagi etnik India walaupun terdapat dikalangan mereka yang menganut agama lain.

Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu.

Wujud sejak awal ke 8 SM yang dikenali dengan nama agama Brahma yang diambil perkataan Brahman iaitu gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan dan tidak diketahui siapakah pengasasnya.

Berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India.

Umumnya kitab suci yang terbesar adalah Veda, Undang-undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishths dan Ramayana.

Page 33: BAB6- Kepelbagaian Agama

KITAB VEDA Terbesar dan dianggap sebagai ensiklopedia agama

hindu. Veda mengandungi cerita pelbagai aspek kehidupan

bangsa Arya di India pada masa lampau. Bermula permukiman, pengembaraan, agama, politik,

peradaban, kebudayaan, kehidupan, pergaulan, tempat tinggal, makanan, minuman, pekerjaan, mata pencarian hinggalah doa2 ketuhanan.

Terdiri daripada 4 jenis iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sams Veda dan Athar Veda.

Setiap veda mengandungi 4 bahagian iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads.

Penganut Hindu mempercayai banyak tuhan. Roh-roh dianggap mempunyai kekuatan yang

tersembunyi di sebalik bentuk yang kelihatan dan mendekatinya melalui perbuatan ibadat.

Page 34: BAB6- Kepelbagaian Agama

Kesimpulan Di Malaysia mempunyai 4 agama yang besar dunia iaitu

Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah lagi dengan agama-agama yang lain turut mencorakkan warna kehidupan beragama.

Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh perlembagaan memberi ruang yang secukupnya untuk semua agama menikmati pengamalan agama masing-masing.

Kepelbagaian anutan, fahaman dan amalan agama di Malaysia merupakan model yang sukar dibandingkan dengan negara luar.

Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.