kemahiran membaca tahun 3

6
Kemahiran : Membaca dan Menulis (Tahun 3) Standard Kandungan:1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. Band : 1 Deskriptor : Bercerita dan menceritakan tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. Aktiviti : 1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengalaman semasa lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. 2. Guru menceritakan tentang pengalaman beliau ketika melawat negeri Melaka. 3 . Guru mengedarkan beberapa sampul surat yang mengandungi beberapa keping gambar tempat-tempat yang telah dilawati di Melaka. 4. Murid-murid dikehendaki menceritakan pengalaman mereka atau apa yang mereka dapat pelajari berdasarkan gambar yang diberi dengan tepat secara spontan. 5. Guru akan menilai sebutan dan intonasi murid melalui pemerhatian. 6. Guru akan membetulkan sebarang kesalahan lisan murid secara terus-menerus.

Upload: farhan-paan

Post on 24-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penilaian

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Membaca Tahun 3

Kemahiran : Membaca dan Menulis (Tahun 3)

Standard Kandungan:1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan

tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Band : 1

Deskriptor : Bercerita dan menceritakan tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan

intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Aktiviti :

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengalaman semasa lawatan sambil

belajar ke negeri Melaka.

2. Guru menceritakan tentang pengalaman beliau ketika melawat negeri Melaka.

3 . Guru mengedarkan beberapa sampul surat yang mengandungi beberapa keping gambar

tempat-tempat yang telah dilawati di Melaka.

4. Murid-murid dikehendaki menceritakan pengalaman mereka atau apa yang mereka dapat

pelajari berdasarkan gambar yang diberi dengan tepat secara spontan.

5. Guru akan menilai sebutan dan intonasi murid melalui pemerhatian.

6. Guru akan membetulkan sebarang kesalahan lisan murid secara terus-menerus.

Page 2: Kemahiran Membaca Tahun 3

KEMAHIRAN MEMBACA TAHUN 3

Tahun 3

Kemahiran Membaca

Kelompok Dua

Band 2. Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur,

dibaca dan ditulis.

Pernyataan 1. Membaca dan memahami ayat dalam perenggan dengan

sebutan yang betul.

Aktiviti Pentaksiran 1. Guru mengedarkan teks "Haiwan peliharaan saya"

kepada murid.

2. Setiap murid diminta untuk membaca teks tersebut

dengan jelas dan betul.

3. Guru akan mendengar dan menilai bacaan murid.

4. Tumpuan penilaian diberikan terhadap aspek sebutan

perkataan, kelancaran dan intonasi bacaan.

5. Kefahaman murid terhadap teks yang dibaca dinilai

dengan menjawab soalan berkaitan teks dengan betul.

Bahan Bantu Teks

Lembaran kerja

Page 3: Kemahiran Membaca Tahun 3

INSTRUMEN PENILAIAN

TEKS

Baca teks berikut dengan kuat, betul dan jelas.

Nama saya Mimi. Saya mempunyai seekor kucing peliharaan. Nama kucing saya ialah

Comel. Comel merupakan kucing daripada baka Parsi. Comel ialah seekor kucing jantan.

Comel berusia dua tahun. Bulu Comel berwarna putih dan kuning. Bulu Comel juga sangat

lebat dan lembut. Mata Comel berwarna coklat.

Comel merupakan kucing yang aktif. Comel amat peka dengan persekitarannya. Comel

sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Comel tidak pernah duduk diam

pada waktu siang.

Saya memandikan Comel sekali dalam seminggu. Saya menggunakan syampu khas ketika

memandikannya. Makanan yang paling Comel sukai ialah ikan.Comel suka minum susu.

Kadang-kadang, saya membawa Comel bersiar-siar di halaman rumah. Comel sangat suka

bermain bola di halaman rumah.

Pada bulan lepas, saya menyertai pertandingan kucing cantik di sebuah pasar raya. Saya

berasa sangat gembira kerana saya berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan

tersebut. Bulu Comel yang putih, panjang dan bersih dapat menarik perhatian juri dan orang

ramai yang melihatnya. Apatah lagi apabila melihat aksinya yang aktif dan manja.

Page 4: Kemahiran Membaca Tahun 3

JADUAL SENARAI SEMAK KEMAHIRAN MEMBACA

TAHAP PENGUASAAN

ASPEK 1 2 3 4 5

INTONASI

KELANCARAN

SEBUTAN

GAYA BACAAN

Tahap Penguasaan:

1. Sangat lemah

2. Lemah

3. Baik

4. Sangat baik

5. Cemerlang

CATATAN :

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

Page 5: Kemahiran Membaca Tahun 3

SOALAN PEMAHAMAN (LEMBARAN KERJA)

Jawab soalan berikut berdasarkan teks yang diberi.

1. Apakah nama kucing Mimi?

.............................................................................................................................

2. Berapakah usia kucing Mimi?

.............................................................................................................................

3. Apakah makanan yang paling disukai kucing Mimi?

.............................................................................................................................

4. Apakah permainan yang disukai oleh kucing Mimi?

.............................................................................................................................

5. Senaraikan tiga ciri-ciri kucing Mimi,

a)..........................................................................................................................

b)..........................................................................................................................

c)..........................................................................................................................

instrumen di bwh

Page 6: Kemahiran Membaca Tahun 3

JADUAL SENARAI SEMAKSOALAN PEMAHAMAN

SOALAN BETUL SALAH

1

2

3

4

5

a)

b)

c)

CATATAN :

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI