teknik pengajaran kemahiran membaca

23
TEKNIK PENGAJARAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA KEMAHIRAN MEMBACA

Upload: nanie-yonmadlin

Post on 10-Nov-2015

313 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

TRANSCRIPT

  • TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

  • PENGENALANTerdapat beberapa teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Teknik tersebut terdiri daripada:Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)Read, Review, Recite (3R); Know, What, Learned, How (KWLH) dan lain-lainLingkaran SoalanTataceritaBimbingan MenjangkaTeater Pembaca

  • SURVEY, QUESTION, READ, REVIEW, RECITE (SQ3R)Survey Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Fokus hanya diberi terhadap tajuk utama, tajuk kecil, gambar , simbol, ilustrasi dan pemenggalan teks.

  • B) QuestionMurid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang isu dalam teks.

    C) ReadMurid-murid dikehendaki membaca secara mendalam dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama, murid-murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang telah disenaraikan.

  • D) ReciteSetelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Senarai maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan perlu dilakukan. Jawapan yang diberikan mestilah merujuk kepada teks yang diberikan.

    E) ReviewMurid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis. Hal ini adalah untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan pada peringkat recite.

  • KWLH merujuk kepada K=know, W=want, L=learn, H=how.Melalui teknik KWLH, murid-murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca.Pengetahuan sedia ada sangat penting untuk meniningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan, dan maklumat teksyang dibaca.

    TEKNIK KWLH

  • KWLH boleh dihuraikan seperti berikut:

  • LINGKARAN SOALANLingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

  • PENDEKATAN AGuru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya. Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju.Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

    .

  • PENDEKATAN B Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s. Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping memastikan mereka memahami konsep bunyi huruf. Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut sebutan guru. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul. Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu.ka, saya.

  • PENDEKATAN C

    Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza.

    Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

    PELAJARAN 1 ATAU 2 Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u . Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli. Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k. Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku. Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku.Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

  • PELAJARAN 3Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s. Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan. Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su. Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu. Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba. Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

    PELAJARAN 4Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya. Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya. Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca. Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid. Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba. PEMBINAAN JATI DIRI INSAN

  • KESIMPULANPELAJARAN 5Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d.Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu. Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya. Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia budi uda. PELAJARAN 6Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya. Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada. PELAJARAN 7 Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n. Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u. Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

  • PELAJARAN 8 Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling). Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak. Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok. Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda. Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

  • PENGUKUHAN BAHASA,KESENIAN DAN KESUSASTERAANPENDEKATAN DMelalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut. Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain. Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, Ini apa? kepada murid-murid

  • 10 PERINGKAT TATACERITA :

  • PERINGKAT 3 Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa tersebut membolehkan murid-murid berkongsi idea dan mendapat perkataan serta makna baharu.

    PERINGKAT 4 Murid diminta melukis gambar yang mempunyai kaitan dengan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting. Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk mengemukakan pendapat masing-masing dengan lebih terperinci.

  • PERINGKAT 5Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu. PERINGKAT 6 Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid. Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid akan bertambah baik. PERINGKAT 7 Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid secara perlahan dan berhati-hati. Ini membolehkan murid mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan membaca cerita itu sama ada secara individu atau kumpulan berdasarkan arahan guru. Guru memberi bimbingan apabila perlu.

  • PERINGKAT 8

    Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan. Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing murid memngemukakan jawapan.

    Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baharu. PERINGKAT 10Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk murid.PERINGKAT 9

  • TEKNIK BIMBINGAN MENJANGKA Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca. LANGKAH 1 Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

  • **