kemahiran membaca- bm

20
ISI KANDUNGAN 1. 0 Soalan 1.1 Kemahiran membaca 2 1.2 Rancangan pengajaran kemahiran membaca 4 1.2.1 Kekuatan 8 1.2.2 Kelemahan 8 1.3 Bacaan mekanis 9 1.3.1 Aktiviti bacaan mekanis 10 2. 0 Soalan 2.1 Sinopsis Cerpen 13 2.2P engenalan tentang cerpen 13 2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa 15 2.4 Rumusan 16 3.0 Lampiran 17 4.0 Bibliografi 20

Upload: tina-suteen

Post on 09-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 1/20

ISI KANDUNGAN

1.0 Soalan

1.1 Kemahiran membaca 2

1.2 Rancangan pengajaran kemahiran membaca 4

1.2.1 Kekuatan 8

1.2.2 Kelemahan 8

1.3 Bacaan mekanis 9

1.3.1 Aktiviti bacaan mekanis 10

2.0 Soalan

2.1 Sinopsis Cerpen 13

2.2 Pengenalan tentang cerpen 13

2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa 15

2.4 Rumusan 16

3.0 Lampiran 17

4.0 Bibliografi 20

Page 2: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 2/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

1.0 Soalan 1 (a)

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya

dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.

Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang

terakam dalam bahan tulis.

Rancangkan satu sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan teknik-

teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan teknik 

pilihan anda.

1.1 Kemahiran Membaca

Menurut Kamus Dewan, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan

kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca

  pula didefinisikan sebagai aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk,

memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan,

mendeklamasi, menuturkan, berkata, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik,

meneliti, melihat dan memerhati. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka

 bolehlah didefinisikan bahawa kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan

murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-

lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh

 penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua

aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan

 bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan

 pertuturan itu kepada pemikiran. Kemahiran membaca diajar pada semua peringkat

 pembelajaran iaitu bermula dari tahun satu hingga ke tahun enam. Tahap pembacaan

tahun satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara

yang dibaca. Manakala bagi murid tahun enam ialah penekanan kepada proses membaca,

memahami dan mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan yang diberi.5

8

2

Page 3: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 3/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Antara teknik membaca yang boleh digunakan oleh guru sewaktu sesi

 pengajaran dan pembelajaran ialah teknik SQ3R, teknik KWLH dan teknik DR-TA.

Teknik SQ3R merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang

mempersoal maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca. SQ3R adalah

singkatan bagi  survey (tinjau) iaitu langkah membaca untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Question (soal

atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan

mengenai teks tersebut.  Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan

atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-

soalan yang telah disenaraikannya.  Recite (imbas kembali) ialah pelajar cuba mengingat

kembali apa yang telah dibaca.  Review (baca semula) ialah pelajar membaca bahagian-

 bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada

soalan yang dibuatnya.

Manakala teknik KWLH pula ialah teknik yang digunakan apabila pelajar 

mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. KWLH adalah singkatan

 bagi K (know) iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca, W (want) iaitu apa yang

hendak diketahui (sebelum membaca),  L (learned) iaitu apa yang telah diketahui selepas

membaca. Murid akan mencatat isi penting, menjawab soalan yg dibina berdasarkan teks

yang dibaca. H (how) pula ialah bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan.

Teknik DR-TA pula telah diperkenalkan oleh Russel Stauffer pada tahun

1969/1975. Beliau menyatakan bahawa teknik ini membolehkan pelajar membina satu set

tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan, lalu memproses idea dan menguji

  jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Pelajar boleh meramal

dan mengesahkan isi maklumat yang dibaca. Pendekatan yang digunakan ialah dengan

cara guru membimbing murid. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kelas. Manakala

terdapat dua fasa dalam perlaksanaan teknik membaca ini. Fasa yang pertama ialah fasa

kitaran proses membaca-berfikir iaitu menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan

3

Page 4: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 4/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

tersebut. Fasa yang kedua ialah hasilan atau produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian

 pendapat dan pemikiran murid melalui bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.

1.2 Rancangan Pengajaran Kemahiran Membaca

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Keluarga harmoni hidup diberkati

Tahun : 5 Ibnu Qaldun

Tarikh : 10 Mac 2010

Masa : 8.40 pagi-9.40 pagi

Bil. Murid : 34 orang

Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :

i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.

ii. Mengkelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan dengan betul.

iii. Memberi maklumat tentang kepentingan hidup berkeluarga dengan jelas dan

tersusun.

Fokus Utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan

daripada teks.

Aras : 1 (i) Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada

 pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau

tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur 

ayat yang betul dan laras bahasa yang betul.

Aras : 1 (i) Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang

dibincangkan.

Aras : 1 (ii)Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan

tersusun.

4

Page 5: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 5/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Teknik yang digunakan : Teknik SQ3R 

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis.

Tatabahasa : Imbuhan akhiran

Ilmu : Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam

  Nilai Murni : bertanggungjawab, kerjasama, yakin dan bersyukur.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : menghubung kait, membuat inferen dan menjana idea.

Kemahiran Belajar : mendengar aktif, mengumpul, memproses, mencatat dan

melaporkan maklumat.

Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal.

Pengetahuan Sedia Ada : murid pernah berkelah bersama-sama keluarga di pantai.

Bahan Bantu Belajar : komputer, slaid power point,buku teks, kertas dan alat tulis.

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan

5

Page 6: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 6/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Masa Pembelajaran

Set

Induksi

(5minit)

Soalan mengenai

gambar keluarga berkelah di tepi pantai.

(lampiran 1)

1. Guru menunjukkan murid

slaid Power Point yangmemaparkan gambar keluarga

 berkelah di tepi pantai.

2. Guru bersoal jawab dengan

murid tentang gambar tersebut.

3. Guru mengaitkan jawapanmurid dengan tajuk pelajaran.

KB : 

-Menghubungkait

BCB : -Mendengar aktif 

BBM :

-Slaid power  point gambar 

keluarga berkelah

ditepi pantai

Langkah1

(10min)

-Membaca petikan  1. Guru memaparkan slaid.

2. Murid di minta meneliti

 petikan yang tertera di skrinmasing-masing.

3. Murid diminta membaca petikan dengan gaya dan intonasi

yang betul secara kumpulan dan

individu.

5. Guru dan murid membuatrumusan tentang petikantersebut.

KB : -Menjana idea

BCB : -Mendengar aktif 

KP :

-Verbal-linguistik 

-Interpersonal

Nilai : 

-Kesyukuran

BBM :

-Komputer 

-Slaid power 

 point

Teknik 

-Survey-Read

Langkah2

(15minit)

Perbincangan dansoal-jawab 1.Guru bersoal-jawab denganmurid tentang isi kandungan

 petikan yang telah dibaca.

2. Guru menyoal murid tentang

imbuhan akhiran yang terdapat

di dalam teks.

KB : -Menjana idea

KP :

-Verbal-linguistik 

Nilai : 

6

Page 7: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 7/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

3. Murid diminta untuk membinaayat daripada perkata imbuhan

akhiran.

4.Beberapa orang murid dimintauntuk membacakan ayat mereka.

-Yakin

BBM :

-Komputer 

-Slaid powerpoint

Teknik :

-Question

Langkah

3

(15minit)

Pengumpulan

maklumat

Aktiviti Kumpulan:

Bincang dan tuliskepentingan hidup

 berkeluarga.

1. Guru meminta murid klik 

 pada pautan yang telahdisediakan mengikut kumpulan

masing-masing.

2. Setiap kumpulan diminta

melantik seorang ketua dan

seorang pencatat.

3. Murid diminta untuk 

membincangkan soalan yang

telah disediakan berdasarkan petikan yang telah dibaca

 bersama ahli kumpulan masing-

masing.

KB :

-Membuat inferen

BCB :

-Mengumpul,memproses dan

mencatat

maklumat

KP :

-Verbal-linguistik 

-Intrapersonal

Nilai :

-kerjasama

BBB :

-Kertas

-Alat tulis

Teknik 

-Read

-Recite

Langkah

4

(10minit)

Pembentangan

maklumat

1.Guru meminta wakil setiap

kumpulan untuk berdiri

dihadapan kelas.

2.Setiap kumpulan diminta untuk 

membentangkan hasil kerjamereka

3. Guru berbincang bersama

murid tentang jawapan yangtelah diberikan.

KP :

-Verbal-linguistik 

-Intrapersonal

Nilai :

-Yakin

Teknik 

-Review

Penutup Penutup kognitif 1. Guru meminta murid untuk  Teknik 

7

Page 8: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 8/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

(5minit) -Membuatrumusan isi

 pelajaran

Penutup sosial

-Memberi pujiandan motivasi

membuat rumusan tentang tajuk 

 pelajaran pada hari ini.

2. Guru memberi dorongan

kepada murid supaya berusaha

membaiki teknik pembacaanmereka supaya menjadi lebih

 baik.

-Review

1.2.1 Kekuatan

Secara keseluruhannya, saya akan menggunakan lagi teknik SQ3R ini di

dalam sesi pengajaran pada masa akan datang. Ini kerana, teknik ini memang sesuai

untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Teknik ini juga dapat membantu pelajar 

menggunakan kemahiran berfikir mereka dengan lebih efisyen bagi memahami teks

yang dibaca. Bukan itu sahaja, penggunaan teknik ini dapat menguji pemahaman

 pelajar berdasarkan teks yang dibaca seperti yang dilakukan di dalam langkah tiga.

Ia juga dapat membantu pelajar untuk menambah pemahaman mereka supaya dapat

menjawab soalan yang diajukan dengan lebih baik. Teknik ini juga dapat membantu

 pelajar untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari supaya maklumat yang

diterima dapat diingati.

1.2.2 Kelemahan

Teknik SQ3R hanya boleh digunakan sekiranya pelajar yang diajar 

sememangnya pelajar yang pintar. Ini kerana teknik ini memerlukan pelajar untuk 

mendalami serta memahami teks yang dibaca supaya mereka dapat membuat

ramalan terhadap teks yang dibaca. Saya tidak akan menggunakan teknik ini kepada

 pelajar yang berada di dalam tahap satu. Ia hanya sesuai digunakan untuk pelajar 

yang berada di tahap dua. Ini kerana, teknik yang digunakan sedikit kompleks dan

sukar difahami oleh pelajar yang berada dalam tahap satu. Bukan itu sahaja, pelajar 

8

Page 9: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 9/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

 juga perlu mempunyai ingatan yang baik supaya dapat melakukan aktiviti imbas

kembali (recite). Jika teknik SQ3R ini diaplikasikan kepada pelajar yang lemah,

mereka mungkin tidak akan dapat memahami apa yang diajar dan seterusnya boleh

menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai.

Soalan 1 (b)

Sediakan satu aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme

untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah

membaca.

1.3 Bacaan Mekanis

Menurut Raminah Haji Sabran,1993 beliau menyatakan bahawa bahasa

merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa

seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak,

  perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,

menambah ilmu, memahami orang lain dan sebagainya. Disebabkan itu, guru yang

mengajar matapelajaran Bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu, khususnya

kemahiran membaca.

Membaca bersuara atau juga dikenali sebagai membaca mekanis, membaca oral,

membaca ulat dan membaca nyaring merupakan salah satu daripada empat jenis bacaan.

Membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas

untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang

 pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan

sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang

 betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai

kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.

9

Page 10: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 10/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang

 jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas

maknanya bagi para pendengar.

Aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan

kepada pelajar yang lemah membaca bagi membina kebolehan membaca mereka. Teori

ini dipelopori oleh Bloomfeild, Edaward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologi

  bagi aliran Behaviourisme ini ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Mereka

menekankan kepada aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik. Ini bermakna,

sesuatu perkara perlu dilakukan secara lazim untuk membentuk kebiasaan dan perubahan

yang berkekalan. Golongan ini juga berpendapat bahawa bahasa boleh dikuasai melalui

  proses pengulangan. Ini bermakna, sekiranya pengajaran bahasa khasnya membaca

dibuat, ia seharusnya menekankan kepada pengulangan dan latihan yang banyak. Teori

ini juga mementingkan kepada persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan

guru, rakan-rakan serta suasana di dalam bilik darjah.

1.3.1 Aktiviti Bacaan Mekanis

Antara aktiviti bacaan mekanis yang boleh dilaksanakan kepada pelajar lemah

 berdasarkan Teori Behaviourisme ialah dengan memberikan pelajar satu petikan. Petikan

yang diberi perlulah ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar 

yang lemah. (lampiran 2)

Kemudian, pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan tersebut

secara perlahan atau disebut sebagai bacaan mental. Guru akan membantu pelajar 

sewaktu proses ini dilakukan. Sewaktu proses ini berjalan, guru perlulah sentiasa

memberikan galakan dan kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus membaca

 petikan yang diberi.

10

Page 11: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 11/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Seterusnya, guru akan menyoal pelajar tentang petikan yang diberi. Soalan yang

diberikan oleh guru perlulah mudah dan senang difahami. Guru juga perlu menerangkan

tentang perkataan yang agak sukar difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami

 petikan yang diberi. Guru boleh menyoal pelajar untuk mengetahui perkataan mana yang

mereka tidak fahami.

Setelah itu, guru perlu membaca teks tersebut sebagai contoh kepada pelajar 

tentang bagaimana cara yang betul untuk membaca petikan yang diberi. Pelajar juga

 perlu menyemak bacaan guru dengan tekun. Kemudian, pelajar akan mengikut bacaan

guru secara kelas, kumpulan dan individu. Langkah ini sesuai dilakukan kerana ia

merupakan proses mengulang seperti yang terdapat di dalam teori behaviourisme. Proses

mengulang ini penting kerana ia akan membantu pelajar yang lemah untuk menguasai

kemahiran membaca.

Apa yang perlu dilakukan oleh guru seterusnya ialah dengan mengadakan sesi

soal jawab dengan pelajar. Guru boleh menyoal pelajar secara lisan atau bertulis untuk 

mengetahui sejauh mana mereka memahami teks yang diberi. Dalam proses ini, guru

  boleh memberikan respon yang positif kepada pelajar sekiranya mereka memberikan

 jawapan yang tepat.

Seterusnya, guru akan meminta pelajar untuk menyebut perkataan yang mereka

tidak fahami. Perkataan-perkataan yang disebut oleh pelajar akan ditulis oleh guru di

 papan tulis. Pelajar kemudiannya akan diminta untuk menyebut perkatan tersebut secara

kuat berulang kali. Ini akan dapat membantu murid untuk lebih memahami dan

seterusnya menguasai perkataan yang tidak mereka fahami dengan lebih baik. Proses ini

sesuai dilakukan kerana di dalam teori behaviourisme, pengulangan akan dapat

membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.

Aktiviti yang boleh dilakukan seterusnya ialah dengan memilih beberapa orang

 pelajar untuk membacakan perkataan-perkataan tersebut secara individu. Guru harus

11

Page 12: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 12/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

memberikan pujian kepada pelajar sekiranya mereka menyebut perkataan tersebut dengan

 betul. Tetapi sekiranya ada pelajar yang gagal menyebut perkataan tersebut dengan betul,

maka mereka akan dihukum. Proses ini terdapat di dalam Teori Pelaziman Klasik 

Kemudian, setiap pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan

tersebut secara bergilir-gilir dengan rakan sekelas. Guru akan meminta pelajar untuk 

membaca petikan tersebut ayat demi ayat. Setiap pelajar yang dapat menyebut ayat

tersebut dengan betul akan diberikan pujian, manakala pelajar yang gagal menyebut

dengan betul akan diberikan hukuman. Sekali lagi Teori Pelaziman Klasik digunakan di

dalam proses ini.

Akhir sekali dengan menggunakan perkataan-perkataan sukar, pelajar dimintauntuk membina ayat yang mudah sebagai pengukuhan. Ini kerana berdasarkan Teori

Behaviourisme, pengukuhan amat penting dilaksanakan di dalam sesi pengajaran. Ia

dilakukan supaya pelajaran yang telah diajar akan mudah diingati oleh pelajar.

Jika ada pelajar yang gagal membina ayat dengan betul, guru perlulah segera

membetulkan kesalahan tersebut. Ini kerana, menurut Teori Behaviourisme, pengajaran

 bacaan dan tatabahasa adalah berdasarkan kepada kaedah induktif atau juga disebut

sebagai kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.

2.0 soalan

12

Page 13: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 13/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi

unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses

penerapan kemahiran bahasa.

Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam

pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang.

2.1 Sinopsis Cerpen

Tajuk: Berani kerana benar, takut kerana salah.

Cerpen ini mengisahkan tentang kejadian kecurian yang sering berlaku di

Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat. Saiful selaku pengawas di sekolah itu cuba mencari

 pelajar yang melakukan kecurian tersebut. Setelah disiasat, ternyata Karim yang telah

melakukan perbuatan mencuri itu. Karim merupakan pelajar baru di Sekolah Kebangsaan

Tanjung Papat. Dia juga merupakan seorang murid yang mempunyai masalah disiplin.

Ramai pengawas yang takut untuk melaporkan perbuatan Karim kepada guru disiplin.

 Namun Saiful tidak takut kerana papatah ada mengatakan bahawa berani kerana benar,

takut kerana salah. Setelah Saiful membuat laporan kepada Cikgu Zamri, Karim didapati

 bersalah kerana mencuri dan diminta untuk memulangkan wang yang dicurinya. Dia juga

diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi di masa akan datang.

(lampiran 3)

2.2 Pengenalan tentang Cerpen

Cerpen atau cerita pendek adalah cerita benar atau rekaan yang berbentuk 

 pendek. Di baca dalam masa yang singkat dan tidak mempunyai stuktur yang terlalu

kompleks. Terdapat tujuh unsur utama di dalam cerpen iaitu  tema, plot, watak , latar,

sudut pandangan, gaya dan suasana cerita.

13

Page 14: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 14/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Dari sudut bahasa, cerpen mempunyai gaya bahasa yang ringkas, padat dan

mudah. Ia lebih menumpukan kepada gaya bahasa yang menarik. Pembaca akan lebih

memahami isi kandungan cerpen itu. Bukan itu sahaja, pembaca boleh menghabiskan

membaca cerpen dalam waktu yang singkat kerana penggunaan bahasanya yang mudah.

Tema dan persoalan, plot dan watak yang diutarakan dalam cerpen tidaklah sesukar genre

novel. Cerpen lebih memberi tumpuan kepada tema utama sesebuah cerita. Plotnya juga

lebih mudah dari segi penyusunannya. Walaupun cerita sesebuah cerpen itu pendek,

 pengarang akan tetap memberikan tumpuan kepada kesan, nilai dan pengajaran sesebuah

cerita itu.

Dalam memperkenalkan cerpen kepada pelajar, mereka boleh didedahkan

kepada genre ini melalui pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Guru boleh memberi pendedahan kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sumber yang

 boleh digunakan iala seperti media elektronik atau pun media cetak. Melalui pendedahan

ini, ia akan dapat memberikan gambaran kepada pelajar bagaimanakah bentuk genre

cerpen yang sebenarnya.

Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa

 berdasarkan genre cerpen, pelbagai teknik boleh digunakan. Antaranya ialah teknik 

lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main

 peranan. Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik teater pembaca sebagai teknik 

yang sesuai digunakan di dalam pengajaran genre cerpen di sekolah.

Teater pembaca ialah teknik yang melibatkan beberapa orang murid

membacakan skrip cerita di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan, nada dan

intonasi yang betul bagi menggambarkan cerita yang dipersembahkan. Teknik teater 

 pembaca ini juga mementingkan gerak badan yang sesuai dengan isi sesuatu cerita yang

hendak dipersembahkan. Melalui teater pembaca ini, guru boleh membantu murid untuk 

membayangkan bahawa cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka supaya

 penonton dapat memahami dan menghayati cerita mereka.

14

Page 15: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 15/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa

Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan genre cerpen ini,

  pelajar akan ditunjukkan dengan slaid gambar. Pelajar diminta untuk menilai dan

seterusnya memberikan pendapat mereka tentang gambar tersebut. Setelah itu, guru akanmemberikan penerangan sebenar tentang gambar tersebut dan apa yang mereka akan

lakukan seterusnya.

Guru mengedarkan skrip kepada pelajar. Pelajar diminta untuk membaca skrip

tersebut. Guru memilih pelajar untuk memegang watak dalam cerita tersebut. Pelajar 

yang dipilih diminta untuk menghayati watak mereka. Mereka mesti menggunakan

mimik muka dan intonasi yang betul berdasarkan situasi untuk membuat penonton yang

terdiri daripada rakan-rakan mereka memahami dan menghayati jalan cerita itu dengan

 baik. Tugas pelajar-pelajar yang lain adalah untuk mencatat maklumat penting yang

terdapat di dalam skrip tersebut.

Selain daripada teknik teater pembaca, guru juga boleh menyelitakan kemahiran

tulisan berdasarkan bahan yang telah diberi. Pelajar boleh diminta untuk membina ayat

 berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam bahan tersebut. Beberapa orang pelajar 

diminta untuk membaca membacakan ayat yang mereka bina.

Aktiviti kumpulan juga boleh dilaksanakan dengan membahagikan pelajar kepada

 beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan. Ahli setiap kumpulan diminta

untuk berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Kemudian, wakil setiap

kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas untuk membacakan hasil perbincangan

mereka. Guru akan memberikan komen.

Akhir sekali, guru mengedarkan latihan tambahan kepada pelajar. Guru

menerangkan tentang latihan tersebut. Guru meminta pelajar untuk menyiapkannya di

rumah. Guru dan murid sama-sama membuat kesimpulan tentang topik pembelajaran

 pada hari tersebut.

2.4 Rumusan

15

Page 16: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 16/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan bahan sastera

seperti cerpen dapat membantu menerapkan kemahiran bahasa kepada pelajar. Ini kerana

 bahan sastera ini banyak mengandungi unsur bahasa dan nilai murni yang boleh dijadikan

contoh ikutan oleh pelajar. Bahan sastera ini juga mampu menimbulkan keseronokan

dikalangan pelajar jika ia diajar dengan menggunakan kaedah yang betul. Secara tidak 

langsung, ia akan meningkatkan kemahiran bahasa pelajar ke peringkat yang lebih tinggi

lagi.

Terdapat banyak teknik yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat

 pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu menggunakan bahan sastera. Guru juga harus

 bijak merancang aktiviti yang sesuai dengan tema cerpen yang hendak diajar. Ini kerana,

 pemilihan teknik yang salah boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan sastera ini juga mampu mengasah bakat terpendam yang terdapat di

dalam diri pelajar.

Jadi, terpulanglah kepada guru untuk memilih dan menggunakan teknik yang

sesuai dalam pengajarannya bagi memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahan

sastera ini.

Lampiran

16

Page 17: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 17/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Lampiran 1

 

Lampiran 2

Tajuk : Aku sehelai baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku

dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang

terlekat di badanku menunjukkan RM 350.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama

Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda

melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat

 badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika,

telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis

seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku

hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku

terbakar.

17

Page 18: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 18/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi

sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi

 penghuni setia almari usang.

Lampiran 3

Cerpen : Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sebaik sahaja masuk ke kelas selepas waktu rehat, pelajar Tahun 5 Berlian Sekolah

Kebangsaan Tanjung Papat menjadi kecoh kerana beberapa orang pelajar kehilangan

wang.

“Siapa pula hilang wang kali ini?” Tanya Saiful ketika menghampiri kelompok 

 pelajar di bahagian belakang kelas.

“Munirah pula yang kena hari ini,” kata Mei Ling. Suaranya kedengaran penuh

kesal. Kejadian kecurian pada waktu rehat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Itulah, kenapa bawa yang banyak ke sekolah?” kata Saiful ketika menghampiri

meja Munirah. Kelihatan air mata bergenang dikelopak mata Munirah

“Saya membawa wang untuk membayar yuran kepada guru kelas kita selepas rehat

nanti. Tapi apabila saya masuk ke kelas, meja dan beg saya berselerak. Apabila saya

 periksa, wang RM50.00 saya sudah hilang.” Jawab Munirah sambil teresak-esak. Mei

Ling menepuk-nepuk bahu rakannya itu sambil menenangkannya.

Saiful memanggil Ramesh dan Mei Ling ke mejanya untuk berbincang. Di dalam

kelas itu, hanya mereka sahaja yang menjadi pengawas sekolah.

“Kamu berdua syak ada sesiapa yang mencuri?” soal Saiful.

“Tadi saya bertugas di blok kelas kita. Saya ada nampak pelajar baru dari kelas

sebelah, kelas tergesa-gesa dari kelas kita.” Kata Ramesh.

“Maksud kamu Karim, pelajar baru itu? Minggu lepas saya ada dengar pengawas

lain bercakap bahawa Karim disyaki mencuri wang dikelas Tahun Lima Zamrud” kata

Mei Ling.

“Habis tu, dah buat laporan kepada guru disiplin?”tanya Saiful.

18

Page 19: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 19/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

“Siapa berani buat laporan. Karim terkenal sebagai samseng dan ramai pula

 pengikutnya,”jawab Ramesh.

“Itu sikap yang salah. Sebagai pengawas sekolah, kita perlu menjalankan tugas

dengan penuh amanah. Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah,” kata

Saiful penuh semangat.

Kemudian, Saiful pergi berjumpa dengan guru disiplin dan menceritakan kejadian

yang berlaku. Cikgu Zamri memuji cara Saiful bertindak. Tidak lama selepas itu, Karim

dipanggil oleh guru disiplin untuk disiasat beberapa kes kecurian pada waktu rehat.

Akhirnya Karim mengaku dan telah memulangkan wang yang telah dicurinya. Dia diberi

amaran keras supaya tidak mengulanginya lagi.

Bibliografi

19

Page 20: kemahiran membaca- bm

8/7/2019 kemahiran membaca- bm

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-membaca-bm 20/20

SUTINA MUHAMMAD HANIP

1. Mohd. Nasah bin Sukor, Zainal Ariffin bin Yusof, Khadijah binti Yusof. ( 2006 ).

 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Fadzri bin Aris, Sharif Sharry, Zakaria binYap ( 2010 ). Kupasan dan Kajian

2010 Komsas. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Bayrei Asrin, Jered Yutui, Kamillah Mohamed, Norhayati Mohamad, Siti Salbiah

Shafie. ( 2008). Kemahiran Membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah dan Impaknya kepada Persediaan Guru di dalam

 Bilik Darjah: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan

Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.

4. http://mahirkb.tripod.com

5. http://www.slideshare.net

20