contoh instrumen kemahiran membaca

13
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LEMBAGA PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU CONTOH INSTRUMEN KEMAHIRAN MEMBACA

Upload: myzone-mdagos

Post on 04-Jul-2015

552 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN

BAHASA MELAYU

CONTOH INSTRUMEN

KEMAHIRAN MEMBACA

Page 2: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 1

PERNYATAAN STANDARD

Membaca suku kata dan perkataan.

DESKRIPTOR Menyebut vokal dan konsonan.

INSTRUMEN Menamakan dan membunyikan huruf vokal serta menamakan huruf konsonan.

AKTIVITI Guru menyediakan kad-kad huruf. Murid menamakan dan membunyikan huruf vokal yang

ditunjukkan oleh guru. Murid menamakan huruf konsonan yang ditunjukkan oleh

guru.

ITEM CONTOH

a. Menamakan dan membunyikan huruf vokal.

b. Menamakan huruf konsonan.

a u i e o e

c g d s k t b

r q j z h v w

f n p m x l y

Page 3: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 1

PERNYATAAN STANDARD

Membaca suku kata dan perkataan..

DESKRIPTOR Menyebut suku kata terbuka dan tertutup dengan jelas.

INSTRUMEN Mengeja dan membunyikan suku kata.

AKTIVITI Guru menyediakan kad-kad suku kata. Murid mengeja dan membunyikan suku kata terbuka yang

ditunjukkan oleh guru. Murid mengeja dan membunyikansuku kata tertutup yang

ditunjukkan oleh guru.

ITEM CONTOH

a. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka.

b. Mengeja dan membunyikan suku kata tertutup.

c. Mengeja dan membunyikan tertutup.

dop

sus

tir zuh

fer kut

dak

wuk

yip

zek

fok

get

dap

lah

lit les

rib hen

da wu yi ze fo ge

do su ti zu fe ku

da la li le ri he

ding sung ting zung feng keng

ding wung

ying zeng fong geng

dong

lang ling leng ring heng

Page 4: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 1

PERNYATAAN STANDARD

Membaca suku kata dan perkataan.

DESKRIPTOR Membaca perkataan mudah

INSTRUMEN Mengeja dan membatang perkataan

AKTIVITI Guru menyediakan kad-kad perkataan. Murid mengeja dan membatang perkataan yang ditunjukkan

oleh guru.

ITEM CONTOH

a. i. Mengeja dan membatangkan perkataan.

ii. Mengeja dan membatangkan perkataan.

.

hati susu kari

baca lari cuci

bubu bumi kala

naga paru raja

Page 5: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 1

PERNYATAAN STANDARD

Membaca suku kata dan perkataan.

DESKRIPTOR Membaca perkataan mudah

INSTRUMEN Mengeja dan membatangkan perkataan.

AKTIVITI Guru menyediakan kad-kad perkataan. Murid mengeja dan membatang perkataan yang ditunjukkan

oleh guru.

ITEM CONTOH

b. i. Mengeja dan membatangkan perkataan.

ii. Mengeja dan membatangkan perkataan.

.

kendi kunci derma

sumbu camca sukan

botak catur jemur

baldi bendi garpu

Page 6: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 1

PERNYATAAN STANDARD

Membaca suku kata dan perkataan.

DESKRIPTOR Membaca perkataan mudah

INSTRUMEN Mengeja dan membatangkan perkataan.

AKTIVITI Guru menyediakan kad-kad perkataan. Murid mengeja dan membatang perkataan yang ditunjukkan

oleh guru.

ITEM CONTOH

c. i. Mengeja dan membatangkan perkataan.

ii. Mengeja dan membatangkan perkataan.

tangki sombong

tangsi

kambing

tulang warung

topeng bintang rangka

tangki gendang kompang

Page 7: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 2

PERNYATAAN STANDARD

Membaca ayat.

DESKRIPTOR Membaca ayat mudah.

INSTRUMENKad ayat:Membaca kuat perkataan dan ayat.

AKTIVITI Guru menyediakan kad- kad perkataan. Murid mengeja dan membaca ayat yang ditunjukkan.

ITEM CONTOH

a. Mengeja dan membaca ayat.

Kakak membasuh baju.

1

2

3

4

5

Suzi murid Tahun Enam

Murid-murid ke sekolah.

Mereka sangat rajin.

Bapa menanam sayur.

Page 8: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 2

PERNYATAAN STANDARD

Membaca ayat.

DESKRIPTOR Membaca ayat mudah.

INSTRUMENKad ayat: Ayat dasar.

AKTIVITI Murid membaca ayat dasar yang terdiri daripada FN+FN; FN+FK; FN+FS;FN+FA.

ITEM CONTOH

Nenek Aminah menyapu sampah.

1

2

3

4

5

Ibu saya seorang guru.

Abang Amir tinggal di asrama.

Bubur jagung sangat manis.

Page 9: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 2

PERNYATAAN STANDARD

Membaca ayat.

DESKRIPTOR Membaca ayat mudah.

INSTRUMEN Petikan rencana

AKTIVITI Murid membaca ayat dalam petikan

ITEM CONTOH

Amir murid Tahun Enam. Dia suka membaca buku

cerita. Dia sudah membaca banyak buku. Dia

mendapat banyak ilmu.Dia menyimpan bukunya

di dalam almari. Dia membaca pada masa lapang.

Page 10: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN Membaca

BAND 3

PERNYATAAN STANDARD

Membaca dan menyatakan bahan yang dibaca.

DESKRIPTOR Membaca bahan bacaan.

INSTRUMEN Respons terhad- menjawab soalan bertumpu.

AKTIVITI Guru menyediakan petikan mudah. Murid membaca dan menceritakan bahan yang dibaca Murid menjawab soalan bertumpu.

ITEM CONTOH

a. Membaca dan me njawab soalan pemahaman secara lisan.

1. Di manakah Aimi terjumpa kucing itu?2. Bagaimanakah keadaan kucing itu?3. Apakah tindakan Aimi terhadap kucing tersebut?

Pada suatu hari, Aimi bermain di taman permainan. Dia ternampak seekor kucing dalam keadaan kelaparan di tepi longkang. Aimi kasihan pada kucing tersebut, lalu membawa pulang.

Aimi membersih dan memberikan kucing itu makan ikan. Dia memanggil kucing tersebut dengan panggilan Comel. Comel sungguh manja.

Page 11: Contoh Instrumen Kemahiran Membaca

4. Apakah makanan yang diberikan?5. Apakah nama kucing itu?