penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

25
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SEMPORNA Oleh MIMIJUANA BINTI AHMAD Guru Pendidikan Islam (GPI) SK Pekan Semporna 1.0 PENDAHULUAN Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah- sekolah pada zaman dahulu. Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi 1

Upload: cik-baco

Post on 20-Jun-2015

3.944 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN

MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN

SEMPORNA

Oleh

MIMIJUANA BINTI AHMAD

Guru Pendidikan Islam (GPI)

SK Pekan Semporna

1.0 PENDAHULUAN

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu

medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka.

Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu

seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar

yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran

wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu.

Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad

lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama

Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-

huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi

juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan

perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan yang

terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan

Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga

Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan

1

Page 2: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala

tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini

menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan

rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu semasa penguasaan British.

Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan

menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya murid dapat menguasai

setiap kemahiran dalam matapelajaran ini. Semua murid tahun lima iaitu kumpulan

sasaran telah didedahkan dengan tulisan jawi iaitu semasa mereka berada di tahun

satu hingga tahun empat. Mata pelajaran jawi merupakan satu aspek yang

ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas jawi membolehkan

murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan

mengikut bentuk huruf, membentuk huruf jawi serta membaca sukukata dan

perkataan mudah. Melalui tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat

diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan jawi merupakan pendekatan yang

paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan

masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan’. Tulisan jawi

harus dipertahankan dan dituntut kerana ia merupakan warisan bangsa yang perlu

dikuasai dan mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman

Namun kebelakangan ini, apa yang agak merisaukan kita bahawa apa yang

kita lihat penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin

berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang

dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga

menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi

dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi.

Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab tidak ingin melihat tulisan jawi ini

hanya tinggal nama menyebabkan tulisan jawi telah diberi nafas baru oleh kerajaan

bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula

memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah-sekolah rendah bertujuan bagi

memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Dalam program j-QAF ini

murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan

kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang

terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini.

2

Page 3: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur dan ditelan zaman, maka

suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh semua guru

bagi pendidikan Islam bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan

tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi

medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu,

saya akan memjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauhmana penguasaan

murid-murid dalam jawi, serta memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam

tulisan jawi.

Oleh itu, saya sebagai guru yang diamanahkan untuk mengajar pendidikan

Islam rasa terpanggil untuk menjalankan kajian kes di sekolah khususnya kepada

murid tahun dua. Ini kerana apa yang saya lihat terdapat pelbagai masalah yang

dihadapi oleh murid-murid dalam mendalami pengetahuan tentang jawi. Apabila saya

menjalankan proses pengajaran jawi, saya dapati masih ramai lagi murid-murid yang

belum menguasai huruf-huruf hijaiyah, padahal huruf-huruf hijaiyah adalah satu topic

yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid untuk memudahkan mereka

dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Saya perhatikan murid

saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang

lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari seminggu, selepas

itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid,

mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka

kurang berinteraksi di dalam kelas.

Manakala, dari segi pembacaan jawi, ada segeilintir murid lansung tidak

boleh membaca dan ada juga yang oleh membaca walaupun merangkak-rangkak,

apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan

betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung.

Oleh itu, Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 2

kumpulan sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2015. Kajian ini

juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan serta faktor yang

mempengaruhi penguasaan murid-murid Tahun 2 yang melibatkan seramai 80 orang

murid-murid. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan

jawi di kalangan murid SK Pekan Semporna dan secara tidak langsungnya dapat

meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga

3

Page 4: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi

salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini.

3.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Sepertimana, Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan

Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang

ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan

penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga ( ڬ)

diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf Kaf ( ك) dan Jim ( ڄ) serta Cha ( چ)

berasaskan bunyi huruf Ta ( ) dan Jim (ت ,Syed Muhammad Naquib al-Attas) (ج

1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama

dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi

adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi

bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.

Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan

Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke

semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid

yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar

dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada

waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah

agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi

hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka

diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

Menurut pendapat Mohammad Amin Dan, 2009 beiau menyatakan bahawa

kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung

jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang

menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah

sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah dalam

4

Page 5: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam

minat murid menulis jawi.

Manakala, menurut Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian Shazana

Muhamed Sa’ad (2009) menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan

jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan

keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang

sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping

memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil

kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi.

Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi

melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk

yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemerosotan penguasaan jawi, al-

Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja amat ketara sekali. Masalah

ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap program j-QAF yang

telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik berminat untuk

mengkaji penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dan

faktor yang mempengaruhinya.

Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan

bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan

dalam kajian ini iaitu di SK Pekan Semporna dalam mengalami masalah menguasai

kemahiran membaca dan menulis jawi. Murid-murid Tahun 2 menunjukkan mereka

berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung

huruf-huruf tunggal jawi sewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa

Inggeris.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid saya ini ada yang

hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada juga yang boleh

menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi

dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi

kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya

terima daripada para pelajar diantaranya ialah “ustazah, huruf alif boleh

disambungkan tak dengan huruf dal? “ “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan

dengan huruf ya?”.

5

Page 6: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

Selain itu, Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam

kalangan murid setelah memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang

murid tidak dapat menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan

menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada

yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua

huruf-huruf sama ada huruf yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini

disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal

apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim

(2009) juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahamikaedah

bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan

mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Walaupun murid

dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai bagaimana

menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Kajian ini dilaksanakn bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid

tahun 2 dalam kemahiran membaca dan menulis jawi serta faktor yang

mempengaruhi penguasaan jawi di kalangan murid-murid.

4.2 Objektif Khusus

i. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid.

Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan

tahap pencapaian murid.

ii. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi.

iii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid terhadap

pembelajaran jawi.

6

Page 7: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di

kalangan pelajar Sk Pekan Semporna. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan

penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang

berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara

kemahiran dan penguasaan murid di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan

sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina

akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. Antara

persoalan dalan kajian tersebut seperti berikut :

i. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan latar

belakang murid mempengaruhi penguasaan mereka di dalam jawi.

ii. Sejauh manakah penguasaan kemahiran Jawi dalam di kalangan murid

tahun 3

iii. Apakah faktor lain yang mempengaruhi penguasaan kemahiran jawi di

kalangan murid tahun 3.

6.0 HIPOTESIS KAJIAN

Menurut pada pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk

menerima ilmu adalah perkara asas yang sangat penting dalam memastikan pelajar

tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum

juga disajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan

kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan

ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal

menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain

daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan

kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang

dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza.

Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud

hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan

7

Page 8: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat dan pelbagai faktor lagi. Ini

adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan

pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar.

Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

selain itu, Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan

mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan

diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan

berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah

berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya

peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang

disenangi oleh murid.

Selain itu, Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering

berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan

pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa

daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru

semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula

yang sesuai terutamanya bagi guru-guru GPI untuk menarik minat pelajar terhadap

tulisan jawi.

7. 0 METODOLOGI KAJIAN.

Di dalam metolodogi kajian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan

dalam kajian ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan

sasaran, instrumen kajian dan prosedur kajian seperti di bawah :

7.1 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna Seramai 80 orang

murid tahun 2 dipilih daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 47 murid

perempuan dan 33 murid lelaki.

8

Page 9: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

7.2 Prosuder Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan penguasaan dan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang di antara guru dan murid dalam aspek

pembacaan dan penulisan Jawi. Pengkaji memperuntukkan 3 minggu untuk

melaksanakan kajian tindakan ini.

Pada minggu pertama, temubual awal dilakukan bertujuan untuk

mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dan minat murid terhadap

pembacaan dan penulisan Jawi. Dalam temubual, responden adalah dikalangan

kumpulan sasaran iaitu murid dan guru matapelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya

minggu kedua, pengkaji mengedarkan boring soal selidik untuk mengetahui minat

dan motivasi murid dalam tulisan jawi dan boring kaji selidik kepada ibu bapa murid.

Hasil daripada soal selidik tersebut berupaya untuk membantu pengkaji menilai

tahap penguasaan penulisan jawi. Minggu ketiga, ujian kemahiran pembacaan dan

tulisan jawi dibuat untuk menilai tahap pencapaian dalam pembacaan dan penulisan

jawi bagi setiap 80 orang responden.

7.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan

dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang

telah ditetapkan. Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti

permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan

menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran,

pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25).

Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan penggunaan

pemerhatian dan temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik

Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi

setiap responden.

9

Page 10: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

7.3 Instrumen Kajian

7.3.1 Soal Selidik

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi

sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di

mana ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran jawi. Selain itu

borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana

sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran Jawi.

Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal

selidik adalah selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan

sikap murid-murid terhadap pelajaran Jawi. Pengkaji telah mengedarkan sebanyak

80 unit borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada murid Tahun 2

Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, dan 80 unit borang soal selidik kepada ibu

bapa responden. Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji

memberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang

soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Responden diberi masa 30

minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pengkaji telah mentadbir sendiri

setiap responden yang dipilih untuk memberi pemahaman tentang soalan yang

diberikan.

Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah menggunakan

Skala Likert. Sila rujuk Lampiran 1. Dalam skala Likert, responden dikehendaki

menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari

satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada ‘sangat setuju’ kepada

‘sangat tidak setuju.

7.3.2 Temubual

Selain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah

untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah

kaedah bila mana responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi

maklumat. Maklumat penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada

responden. Temubual digunakan bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta,

kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai

10

Page 11: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

sesuatu objektif penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru mengenai kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru

matapelajaran Pendidikan Islam dan murid untuk mengetahui sejauhmana

penguasaan murid terhadapa pembacaan dan penulisan jawi di dalam kelas.

7.3.3 Ujian

Pada peringkat awal praujian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kelemahan

murid dan sejahumana penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan

jawi. Soalan ujian dibuat menilai tahap kelemahan dan pencapaian murid di dalam

penulisan jawi

8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan penguasaan pelajar tahun 2 dalam ujian yang telah di

laksanakan kemahiran Jawi masih berada pada tahap lemah. Purata 41.82 peratus

murid gagal menyambung huruf-huruf Jawi mudah yang diberikan (Jadual 1). Ini

bermakna penguasaan pelajar dalam penyambungan huruf-huruf Jawi masih kurang

mantap. Kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi ini sepatutnya dikuasai pada

peringkat tahun 1 lagi.

Jadual 1 Peratus pelajar yang boleh menyambung huruf-huruf Jawi

Bil Item Betul (%)

1. ي س و ف )55 (68.75 ا *

2. ة ع ف ن )35 (43.75 م

3. ل ب م ص ا )48 (60.00 د

4. ه ي س ر )35 (35.00 ب

5. ن ك س ي )39 (48.75 م

JUMLAH 400

11

Page 12: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajar.

Manakala, hasil dapatan yang didapati melalui soal selidik yang telah

dijalankan kepada semua reseponden yang berkaitan dengan motivasi, minat dan

sikap atau tanggapan responden terhadap pembelajaran jawi berkaitan kemahiran

membaca dan menulis dalam jawi seperti dalam jadual 2 di bawah :

Jadual 2 Peratus soal selidik tentang faktor penguasaan murid

terhadap pembelajaran jawi

Bil Item Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju

1. Minat 6.25% (50) 12.5% (100) 50.00% (400) 31.25(250)

2. Sikap 10.00% (80) 10.00% (80) 56.25 %(450) 23.75%(190)

3. Motivasi 12.5% (100) 15% (120) 60.00 %(480) 12.5%(100)

Jumah Keseuruhan 800

Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kaji selidik yang telah di jalankan

menunjukkan bahawa faktor minat yang menyebabkan penguasaan terhadap

kemahiran jawi yang sangat lemah di mana terdapat 50% yang menyatakan kurang

setuju dan 31.25% yang tidak setuju berbanding 6.25% mengatakan sangat setuju

dan 12.5% yang bersetuju dengan persoalan yang menunjukkan minat kepada

pembelajaran jawi. Oleh itu, guru-guru perlu mamainkan peranan penting untuk

menarik minat pelajar kepada pembelajaran jawi dengan menggunakan pelbagai

straegik dan kaedah yang berkesan.

Manakala hasil dapatan yang melihat persoalan tentang sikap murid terhadap

jawi pada masa kini. Jika kita lihat hasil dapatan murid dalam jadual 2 atas

menunjukkan hasil yang agak mengecewakan dan merungsikan kita sebagai murid

kerana kebanykan murid-murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap

pembelajaran jawi di mana hasil menunjukkan sebanyak 56.25 %(450) yang setuju

12

Page 13: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

dengan perosalan yang diutarakan dan sebanyak 23.75%(190) berbanding

sikap pelajar yang positif mereka terhadap jawi di mana hanya 10.00% (80) yang

sangat bersetuju dan 10.00% (80) bersetuju.

Begitu juga, faktor motivasi yang mempengaruhi penguasaan mereka di

dalam pembacaan dan penulisan jawi. Di mana hanya 12.5% (100) yang menjawab

sangat setuju dan 15% (120) yang setuju. Berbanding dengan jurang yang agak

jauh yang mana sebanyak 60.00 %(480) yang tidak setuju dan 12.5%(100) setuju

dengan pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan motivasi mereka untuk

mendalami jawi.

Seterusnya hasi dapatan kaji selidik berkaitan latarbelakang pelajar dari segi

ekonomi dan sosial pelajar. Di mana pengkaji telah mengedarkan boring kaji selidik

untuk dijawab oleh ibu bapa atau penjaga responden berikut adalah hasil dapatan

daripada soal selidik tersebut :

Jadual 3 Peratus soal selidik tentang latar belakang murid-murid dari

segi sosial dan ekonomi

Bil Item bilangan peratus

1. Kakitangan Awam 10 13%

2. Swasta 5 6.3%

3. Bekerja sendiri 8 10.%

4. Nelayan 22 28 %

5. Buruh kasar 15 19 %

6. Pemandu bas 10 13%

7. Tidak bekerja 10 13%

Jumah Keseuruhan 80 orang 100%

Hasil dapatan di atas menunjukkan latar belakang ibu bapa atau penjaga

responden yang menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan ibu bapa atau

responden terdiri daripada taraf kelas pertengahan dan bawahan kerana di dapati

hanya 10 orang 13% yang terdiri daripada kakitangan awam dan 5 orang 6.3%

merupakan pekerja swasta selebihnya bekerja sendiri, buruh kasr, nelayan,

13

Page 14: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

pemandu bas dan tidak bekerja. Jika dilihat kebanyakan ibu bapa atau penjaga

responden bekerja sebagai nelayan sebanyak 22 orang 28%. Seperti mana kita

sedia maklum bahawa pendapatan nelayan adalah tidak menentu ini menujukkan

secara tidak lansung ia akan melibatkan faktor ekonomi yang menjejaskan untuk

memberi pendidikan yang amat baik untuk anak-anak mereka seperti memberi kelas

tuisyen kepada anak-anak mereka.

9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN.

Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan

untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan

membaca al-Quran dengan lancar.

Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil

murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum

keberkesanan kajian tersebut untuk membantu guru-guru untuk melihat sejauhmana

penguasaan jawi di kalangan murid tahun 2 dan secara tidak lansung kita

mengetahui faktor yang menyebakan kelemahan penguasaan jawi dikalangan murid-

murid di sekolah ini. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi bukanlah

perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa

pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji

kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid

supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang pendidik, erti

putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik

mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat

Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam

menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran

dan pembelajaran agar semua muriddapat memahami bahan Pendidikan Islam yang

diajar oleh guru. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan

pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan

Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami

pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk

14

Page 15: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana

pada peringkat myang lebih tinggi, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran

tersebut semasa berada di sekolah rendah.

Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih

besar merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar. Aspek-aspek

kemahiran Jawi yang diuji juga perlu diperluaskan meliputi aspek kemahiran

menukar ayat Rumi kepada Jawi. J-Qaf yang dilaksanakan pada tahun 2003 adalah

satu langkah yang baik untuk memperbaiki penguasaan jawi di kalangan murid.

Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain adalah suatu

usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani murid.

Selain itu, satu kajian juga perlu dilaksanakan untuk melihat sejauhmana

keberkesanan program j-QAF dalam aspek penguasaan jawi dan al-Quran dalam

kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini kerana cadangan kajian seperti ini mampu

untuk menmbah baik dan memperkasakan program j-QAF yang sedia ada supaya

apabila murid berada pada peringkat sekolah menengah, masalah penguasaan jawi

bukan lagi satu yang menjadi halangan dalam mempelajari mata pelajaran

Pendidikan Islam.

15

Page 16: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

RUJUKAN

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi:

Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas

dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.

Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar

Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw-

Hill.

Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah

Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan

Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah

pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

16

Page 17: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK MENULIS JAWI

Nama Pelajar:___________________________

Jantina: ___________

1 2 3 4

Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju

A. MINAT

Saya :

1. Suka matapelajaran Pendidikan Islam.

2. Minat menulis jawi.

3. Minat tulisan jawi.

4. Mahir menulis jawi.

5. Suka baca bahan dalam tulisan jawi.

6. Melibatkan diri dalam sebarang pertandingan berkaitaan penulisan jawi.

7. Suka apabila guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.

8. Berminat untuk menulis jawi kerana ia unik dan mencabar.

9. Sering belajar untuk menulis jawi.

10. Mempunyai keazaman untuk pandai menulis jawi.

17

Page 18: Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

B. SIKAP

1. Penulisan Jawi adalah tidak penting pada zaman sekarang.

2. Sewaktu guru mengajar Jawi, saya selalu bersikap endah tidak endah.

3. Didalam peperiksaan terdapat dwibahasa, oleh itu saya akan menjawab dalam

tulisan Rumi.

4. Tiada siapa berhak memaksa saya belajar Jawi.

5. Tulisan Jawi adalah susah dan merumitkan.

6. Tidak perlu lagi belajar Jawi kerana semula bahan ilmiah dalam bahasa Rumi.

7. Jawi hanya digunakan pada zaman dahulu sahaja.

8. Sebagai seorang beragama Islam saya patut menguasai tulisan jawi.

9. Rasa senang hati apabila guru tidak menyoal untuk menulis Jawi.

10. Tiada beza sama ada tahu atau tidak menulis Jawi.

C. MOTIVASI

1. Guru selalu menggunakan penulisan Jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam.

2. Mempunyai bahan bacaan Jawi di rumah.

3. Mempunyai alat/media/perisian berkaitan tulisan Jawi.

4. Perasaan bersalah/malu apabila tidak mahir menulis Jawi.

5. Ibubapa selalu mendorong supaya mempelajari Jawi dengan sebaik mungkin.

6. Terdapat pertandingan Jawi yang diadakan setiap bulan di sekolah dan ini

memberi semangat kepada saya untuk memenangi pertandingan tersebut.

7. Guru memberi galakan untuk menulis Jawi

8. Ibubapa menjadi role-model.

9. Rakan-rakan pandai menulis Jawi.Oleh itu, saya juga belajar menulisnya.

10. Guru mengajar pembelajaran Jawi dengan menggunakan alat bantu mengajar.

18