azmi kemahiran membaca

Click here to load reader

Post on 03-Feb-2016

77 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan kemahiran membaca pendidikan khas

TRANSCRIPT

Pengenalan Kemahiran Membaca

Keupayaan seseorang murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi adalah agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid Tahun 1, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap berkenaan belum menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) murid Tahun 4 yang belum menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. Perangkaan ini menyumbang kepada salah satu punca keciciran sebanyak 32,000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat persekolahan (Khairuddin Mohamad, 2011). Tegasnya di sini ialah murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk memastikan negara kita berupaya bersaing pada peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan. Frank Smith (1971) dalam Khairuddin Mohamad (2011) mentakrifkan membaca sebagai satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan- perkembangan yang diterima.

Bagi Frank Smith, membaca ialah satu psikolinguistik. Setiap individu perlu menguasai kemahiran membaca supaya dapat menjadi insan yang berilmu dan seterusnya akan dihormati oleh masyarakat. Sekiranya individu itu tidak tahu membaca, dia tidak akan dapat memahami bahan ilmiah yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepadanya. Menurut Deller (1993), membaca ialah kemahiran yang sangat bernilai kepada semua murid sama ada seseorang yang normal atau istimewa. Hanya dengan adanya asas yang kukuh, seseorang itu dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memuaskan. Di Malaysia, Atan Long (1978) mentakrifkan membaca sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Manakala menulis pula merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna (Khairuddin Mohamad, 2011). Menulis juga merupakan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011).

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), membaca bererti memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya, mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda secara lisan dengan kuat, dan memahamkan sesuatu makna. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2008). Pengajaran Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan penguasaan kemahiran membaca. Hal ini demikian kerana bahan yang digunakan dalam pengajaran bahasa perlu dibaca dan difahami oleh pelajar. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kesimpulannya, kemahiran membaca dan menulis perlu dikuasai oleh setiap individu. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga mampu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Manakala kemahiran menulis pula penting untuk dikuasai supaya individu itu dapat menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada orang lain atau pembaca.

Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV

Arahan: Eja dan Baca Suku Kata KV + KV Di BawahSUKU KATA KV + KVSKOR/CATATAN

BAJUBIJIBOLA

BUKUDADADADU

DURIKAKIKUDA

KAYUMATAMEJA

TOPIKOPICERI

SUDUGULAGULI

SUSUSAWITOPI

LORILARILAWA

SARISAPUDARA

PARAPERIPURA

Rajah 1: Set Ujian Kemahiran Membaca Suku Kata KV KV

Kajian Kemahiran Membaca Ke atas 2 orang Murid Pendidikan Khas

Ujian Dagnostik

Pada peringkat awal iaitu sebelum sesuatu kajian dimulakan saya telah mengadakan ujian diagnostik. Ujian ini saya telah berikan kepada murid-murid yang telah saya kenalpasti. 1 item yang mengandungi 5 soalan telah dikemukakan kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman mereka untuk mengeja dan membaca perkataan yang mempunyai sukukata terbuka KV KV.Soalan adalah berkisar kepada benda-benda yang biasa mereka lihat contonya kuda, guli, cili dan sebagainya. Murid dikehendaki mengeja dan membaca sukukata yang betul bagi setiap gambar. Pilihan jawapan tidak diberikan. Ini ialah untuk mengukur sejauh mana murid dapat membaca dengan betul. Kemudian keputusan ini dianalisis secara terperinci bagi mengenalpasti kelemahan dan permasalahan murid. Dapatan daripada ujian yang dijalankan saya dapat mengesan bahawa 2 orang murid yang saya kenalpasti ini tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Saya telah membuat keputusan untuk menjadikan 2 orang murid ini sebagai responden dalam kajian saya.

Melalui data-data tersebut, saya dapat mengenalpasti masalah murid sehingga berjaya menentukan fokus kajian saya. Data-data tersebut juga akan menjadi panduan kepada saya dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan saya.

Pelaksanaan Ujian Kemahiran Membaca

Kajian ini melibatkan dua orang murid pendidikan khas SMK Bandar Mas. Kedua-dua peserta kajian adalah terdiri daripada murid lelaki dan dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian membaca. Pengumpulan data dibuat menggunakan instrumen pemerhatian semasa sesi pemgajaran dan pembelajaran dijalankan.

Proses pengumpulan data dimulakan dengan menggunakan instrumen pemerhatian di mana pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ke atas murid-murid pendidikan khas SMK Bandar Mas untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui sesi pemerhatian tersebut dua orang murid lelaki telah dipilih sebagai responden kajian yang dinamakan sebagai Responden 1 dan Responden 2 di dalam kajian ini. Responden 1 merupakan seorang murid yang aktif di dalam kelas namun tidak mahu melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Responden 1 merupakan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Peserta kajian ini cepat bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Responden 1 ini juga gemar memberi jawapan apabila guru membuka soalan walaupun jawapan yang diberikan adalah tidak tepat dan salah.

Responden 2 pula merupakan seorang murid yang rajin dan tidak mendatangkan sebarang masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun, masalah tidak mahir membaca yang dihadapi menyebabkan Responden 2 kurang memberi tumpuan dan kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung, proses pembelajaran yang diterima Responden 2 tidak aktif dan Responden 2 kelihatan tidak berminat dalam kemahiran membaca.

Untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca kedua-dua responden kajian ini satu ujian kemahiran membaca telah dijalankan ke atas mereka menggunakan set kemahiran ujian membaca suku kata kvkv yang telah dibina oleh pengkaji. Set ujian ini dibina khas untuk menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja dan membaca murid-murid pendidikan khas serta kemahiran mereka membantangkan suku kata kvkv. Sebanyak 30 perkataan yang mengandungi suku kata kvkv telah disediakan dan kedua-dua responden di minta untuk mengeja dan membaca suku kata tersebut. Dapatan daripada ujian kemahiran membaca kedua-dua responden dicatat dan direkodkan. Berikut adalah dapatan ujian kemahiran kedua-dua responden kajian.

Responden 1Jadual 1 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 1

SUKU KATA KV + KVSKOR/CATATAN

BAJUBIJIBOLA2

BUKUDADADADU2

DURIKAKIKUDA1

KAYUMATAMEJA2

TOPIKOPICERI1

SUDUGULAGULI0

SUSUSAWITEPI0

LORILARILAWA2

SARISAPUDARA0

PARAPERIPURA0

JUMLAH SKOR10

Responden 2Jadual 2 : Skor Markah Ujian Kemahiran Membaca Responden 2

SUKU KATA KV + KVSKOR/CATATAN

BAJUBIJIBOLA3

BUKUDADADADU2

DURIKAKIKUDA1

KAYUMATAMEJA2

TOPIKOPICERI0

SUDUGULAGULI0

SUSUSAWITEPI0

LORILARILAWA2

SARISAPUDARA1

PARAPERIPURA0

JUMLAH SKOR11

Jadual 1 menunjukkan data ujian bagi Responden 1. Daripada Jadual 1 didapati bahawa Responden 1 hanya Berjaya membaca 10 daripada 30 suku kata kvkv yang dikemukan. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca Responden 1 adalah agak lemah. Berdasarkan ujian membaca yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa Responden 1 tidak dapat membaca banyak perkataan kv+kv dengan betul. Selain itu, pengkaji memerhatikan bahawa, responden 1 tidak berminat untuk belajar malah lebih kerap bermain dan tidur walaupun guru sedang mengajar. Rajah 2 berikut memaparkan pemerhatian terhadap Responden 1.

Rajah 2: Reaksi Responden 1 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Jadual 2 pula menunjukkan data skor ujian membaca Responden 2. Daripada Jadual 2 didapati bahawa Responden 2 pula hanya dapat membaca 11 perkataan yang mempunyai suku kata KV KV. Sebagaimana Responden 1, Responden 2 juga tidak menunjukkan minat dan tidak memberi tumpuan semasa ujian dijalankan. Ini mungkin kerana murid ini lemah untuk membaca perkataan-perkataan yang diberikan dan keadaan ini kurang memberikan motvasi kepadanya untuk mengikuti ujian tersebut. K