kemahiran-kaunseling-individu

17
KEMAHIRAN KAUNSELING INDIVIDU Kemahiran Membina Hubungan Memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang. Memberi tanggapan pertama yang positif. Bina suasana sekekliling dan tingkahlaku yang menyakinkan dan menunjukkan kemesraan. - Membina Suasana Alam Sekeliling - Jarak / Ruang untuk berkomunikasi - Penampilan diri - Ekspresi muka / wajah - Tahap tenaga 1. Hubungan yang baik diperlihatkan :- Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. Kln meluahkan masalah tanpa keraguan Kln mempercayai klr ( Terima tanpa syarat ) 2. Hubungan baik perlu untuk meneruskan proses kaunseling mengikut langkah-langkah yang diaturkan. 3. Hubungan baik dapat dicapai apabila perasaan empati klr dapat dirasai oleh kln. 4. Empati : klr merasai dunia peribadi kln seolah- olah dunianya. Klr memahami perasaan, fikiran dan harapan kln. 5. Klr memberi perhatian, mendengar dan berusaha memahami perasaan kln.

Upload: lim-phaiknee

Post on 16-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

KEMAHIRAN KAUNSELING INDIVIDU

Kemahiran Membina Hubungan

Memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang. Memberi tanggapan pertama yang positif. Bina suasana sekekliling dan tingkahlaku yang

menyakinkan dan menunjukkan kemesraan.

- Membina Suasana Alam Sekeliling- Jarak / Ruang untuk berkomunikasi

- Penampilan diri- Ekspresi muka / wajah

- Tahap tenaga

1. Hubungan yang baik diperlihatkan :-

Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. Kln meluahkan masalah tanpa keraguan Kln mempercayai klr ( Terima tanpa syarat )

2. Hubungan baik perlu untuk meneruskan proses kaunseling mengikut langkah-langkah yang diaturkan.

3. Hubungan baik dapat dicapai apabila perasaan empati klr dapat dirasai oleh kln.

4. Empati : klr merasai dunia peribadi kln seolah-olah dunianya. Klr memahami perasaan, fikiran dan harapan kln.

5. Klr memberi perhatian, mendengar dan berusaha memahami perasaan kln.

Page 2: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

6. Contoh menerima kedatangan kln :

‘ Saya berasa gembira dapat berjumpa dengan anda. Saya berharap anda sudi bercakap dengan saya dan menyatakan tujuan anda ingin berjumpa dengan saya. Kita akan sama-sama mencari jalan penyelesaian demi untuk kebaikan anda. Silakan.’

7. Contoh klr menunjukkan perasaan empati .

Klien : Di rumah saya dimarahi, di sekolah juga saya sentiasa dimarahi oleh guru, kadang-kadang saya menjadi ejekan kepada kawan-kawan.....boringlah.Klr : Nampaknya anda berasa kecewa dengan apa yang berlaku di sekeliling anda.

Kemahiran Memberi Perhatian

1. Merujuk kepada komunikasi bukan lisan.

2. Jenis komunikasi antara 2 individu ( Mehrabian 1971 )

Verbal ( Kata ) – 7 % Vokal ( Nada suara ) – 38 % Bukan Verbal - 55 %

3. Komunikasi bukan lisan menggambarkan situasi yang lebih tepat .

4. Boleh dibahagi kepada beberapa komponen seperti :-

Page 3: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

Gaya badan- Klien : bersikap terbuka dan mesra akan duduk

condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.

- Klr : menunjukkan beliau menerima dan sedia untuk membantu.

Gerak isyarat ( Pergerakan tangan dan kaki Ekman ( 1972 ) : terdapat 76 gerak isyarat yang biasa digunakan.

- Pergerakan tangan dan kaki yang terlalu kerap menggangu klien.

- Kaki yang digoyangkan dan tidak henti-henti : klien rasa cemas.

- Berpeluk tubuh : rasa kurang selamat, kurang bersedia untuk berbincang, defensif dan tertutup.

- Tangan dalam kocek : menyembunyikan sesuatu- Kedua-dua tangan memegang kuat pada kerusi : rasa

takut / risau.- Tergaru-garu : ragu-ragu , tidak pasti, cemas, risau.- Menggigit jari : tertekan, ragu, risau.- * Ekman ( 1972 ) : terdapat 76 gerak isyarat yang

biasa digunakan.

● Senyuman : tanda persahabatan, penerimaan dan keinginan untuk kerjasama.

- Klien senyum : menutup rasa takut, malu, sedih dll

● Nada suara : Membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat.

- Rendah : perasaan sedih- Cepat : risau

Page 4: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

● Kontak mata :

Klr : Menunjukkan sedang mendengar dan memberi perhatian kepada klien. Kln : Elakkan kontak mata – menyembunyikan sesuatu yang tidak ingin di sebut.

Kemahiran Membalas ( Responding )Layanan Lisan

1. Matlamat layanan lisan : menarik klien melibatkan diri dalam sesi kaunseling.

Kemahiran Mendengar

1. Pemahaman yang tepat diperolehi dengan pendengaran yang baik

2. Perkara yang perlu didengar : isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkahlaku tanpa lisan dan mendengar perasaan yang dinyatakan.

3. Melibatkan seluruh deria klr. Telinga ( mendengar ), mata ( melihat ), hidung ( bau ) dan sentuhan.

4. Mesej dari semua aspek memberikan interpretasi bermakna kepada klr.

Page 5: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

5. Meningkatkan kemahiran mendengar :

- Memahami tujuan klien berada di situ.- Memerhati dan mendengar faktor seperti WH

Questions. Fokus bukan sahaja pada perkataan ttp. nada dan cara diperkatakan.

- Elakkan daripada membuat andaian terlalu awal.- Elakkan daripada membuat penilaian kepada kln terlalu

awal.- Sanggup berhadapan dengan gangguan luar.

6. Mendengar Isi

- Cuba memahami tema perbincangan dan merupakan langkah pertama dalam proses mendengar. Apa yang sedang diperkatakan oleh kln.

- Perlukan konsentrasi. Kln sendiri kadang-kadang keliru.

7. Mendengar Perasaan.

- Emosi yang dialami dalam satu-satu situasi yang dapat digambarkan dengan perkataan dan tingkahlaku.

- Tingkahlaku yang menggambarkan perasaan ialah marah, sedih, gembira dll.

Page 6: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

8. Refleksi : Satu usaha untuk memahami klien dari sudut pandangan kln itu sendiri.

- Refleksi Isi : Pernyataan semula oleh klr mengenai idea yang disampaikan oleh kln. Cth :

Kln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi, sekarang saya berhati-hati sambil mencari strategi yang paling baik untuk saya.Klr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi yang paling baik.

- Refleksi Perasaan : Pernyataan semula klr tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Cth :

Kln : Kadang-kadang saya sendiri tidak faham,apa yang saya buat, semua tak kena; yang dicari hanya salah sahaja. Apakah saya tidak pernah betul ?

Klr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami ini. ?

- Refleksi Pengalaman : Dibuat setelah klr memerhatikan gerak geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman atau perasaan diperkatakan oleh klien.

- Kln.: Saya sebenarnya sangat sayang kepada anak isteri saya. Inilah yang saya tak faham, mengapa mereka sanggup meninggalkan saya ? ( Sambil tunduk dan kelihatan murung ).

- Klr : Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh keluarga yang anda sayangi.

Page 7: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

Penstrukturan

1. Matlamat : menyediakan nada dan struktur sesi kaunseling yang bakal dilaksanakan.

- Peranan klr : Mendengar, memahami dan membantu kln.

- Peranan kln : Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk perundingan.

- Jangka masa : 30 – 45 minit- Etika : Peraturan dan perkara KERAHSIAAN.

2. Cth : Selama 30 minit ini anda bolehlah ceritakan apa sahaja yang ingin anda kongsikan dengan saya. Saya sedia mendengar dan memahami serta cuba membantu, dan apa yang anda ceritakan akan saya rahsiakan.

Dorongan Minima

1. Tujuan :- Memberangsangkan kln untuk terus bercerita.- Menunjukkan klr mendengar- Menunjukka klr faham dan mengikuti apa yang

sedang diperkatakan oleh kln.

2. Cth : Mmm...Hmmm...Ya...menunjukkan wajah yang tenang dan memberikan senyuman ( jika perlu ).

3. Cth : Kln : Saya nak bincang tentang pelajaran saya. Klr : Ya ! pelajaran awak ( sambil mengganguk )

Kln : Sejak akhir-akhir ini pelajaran saya merosot. Klr : Hmm...Hmm

Page 8: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

Parafrasa

1. Respons klr setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku kln. Pemahaman klr ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek.

2. Peranan Parafrasa : - Menunjukkan klr mendengar dan memahami apa

yang dikatakan oleh kln.- Pernyataan semula kenyataan dan mesej yang

dibawa oleh kln untuk mendapatkan kepastian daripadanya.

- Sesuai diguna pada peringkat awal hubungan klg.- Digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang

dikatakan oleh kln.

3. Matlamat :

o Menunjukkan kepada kln bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh klr.

o Memastikan klr mendapat mesej yang betul dari kln o Beri peluang kepada kln mendengar kembali apa

yang dirasa dan dikatakan.

4. Panduan membuat parafrasa :

o Lebih ringkas daripada kenyataan kln yang asal.o Tepat seperti apa yang difahami oleh klro Memudahkan klr meneroka perkara yang ingin

dibincangkan.

Page 9: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

5. Cth : Klr : Apa yang Ali nak bincang dengan saya ? Kln : Saya tidak mahu bincang apa-apa, tapi Cikgu Ailin suruh saya datang.

Klr : Cikgu Ailin suruh Ali datang. Kln : Ya ! Masa dia mengajar tadi dia terus suruh

saya datang jumpa cikgu, saya tak tahu sebab apa.

Klr : Ali tak tahu sebabnya.

Menyoal

1. Matlamat menyoal :

- Mendapatkan maklumat dengan tepat- Mendapatkan maklumat lanjut- Mendapatkan kepastian

Soalan Tertutup

1. Menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat yang khusus.

2. Matlamat :

- Mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta- Mendapatkan maklumat yang khusus

Page 10: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

- Memberhentikan kln daripada terlalu banyak bercakap.

- Memberi arah tertentu di dalam perbincangan.

3. Cth : Klr : Adakah anda datang ke sekolah semalam ? Kln : Ya ! Klr : Berapakah umur anda pada masa itu ? Kln : 15 tahun

Soalan Terbuka

1. Menggalakkan perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar.

2. Tiada jawapan khusus.3. Matlamat :

- Menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dibincangkan.

- Memberi ruang kepada kln meluahkan perasaannya mengikut arah dipilihnya sendiri.

- Membolehkan kln memberikan maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif.

- Membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri.- Memberi peluang kepada kln untuk memberi

maklumat tentang perkara yang dirasakan sangat penting pada pandangan dirinya.

4. Sesuai digunakan setelah dibuat penstrukturan. Kln rasa selesa dan diterima oleh klr.

5. Perbandingan :

Bil Soalan Tertutup Soalan Terbuka1 Mendapatkan jawapan Membolehkan jawapan

Page 11: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

khusus yang berbagai.2 Boleh dijawab dengan

satu atau dua perkataanMemerlukan jawapan yang panjang

3 Mendapatkan data Mendapatkan pandangan, sebab. Penerangan dll

4 Kemungkinan menakutkan

Kurang menakutkan dan kurang merisaukan

5 Menyekat respon kln Membolehkan kln memberi jawapan yang tidak dijangka oleh klr.

Kesenyapan

1. Memberikan ruang kepada kln berfikir, mengemaskan idea dan membuat refleksi.

2. Kesenyapan tidak lebih dari satu minit.

3. Klr gunakan Kemahiran empati.

4. Tunjukkan klr memahami perasaan kln untuk mendorongnya mendedahkan perasaan secara mendalam.

5. Klr perlu memerhatikan komunikasi bukan lisan kln untuk menentukan samada kln sedang berfikir, malu, takut dll.

6. Seolah-olah memberitahu kln bahawa klr sedang mendengar dan memberi ruang kepada kln untuk berfikir dan membuat refleksi.

7. Contoh :

Page 12: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

- Mungkin anda masih mencari idea bagaimana anda patut bermula. Bagaimana pun saya akan dengar dengan hati terbuka bila anda telah siap untuk bermula.

- Anda merasa sukar untuk terus bercakap kerana anda kurang yakin atau tidak percayakan saya.

- Mungkin sukar bagi anda mendedahkan perbuatan anda. Adakah anda kurang yakin bahawa saya tidak akan memahami perasaan anda ?

Merumus

1. Merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh kln.

2. Usaha klr yang menonjolkan perkara-perkara penting / tema-tema utama yang mengandungi isi dan perasaan kln.

3. Memudahkan usaha untuk memfokus permasalahan kln. Klr dapat beri pertolongan dengan mudah.

Rumusan Kecil

1. Dibuat beberapa kali dalam satu sesi.

Page 13: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

2. Tujuan :

- Bantu kln dan klr ingat kembali apa yang sedang dibincangkan.

- Menyemak persepsi kln dan klr agar berada ditahap yang sama.

- Membantu memberi fokus kepada beberapa isu atau tema yang masih belum disatukan.

- Memastikan pemahaman klr tidak menyeleweng.- Memberangsangkan kln agar terus meneroka ke arah

perkara yang dirumuskan oleh klr.

3. Penggunaan Rumusan :

a. Awal sesi untuk mengingat kembali apa yang telah dibincangkan pada masa lalu.

- Membantu kln memilih tajuk perbincangan dan menunjukkan klr masih ingat apa yang berlaku.

- Menimbulkan rasa diterima dan dihormati oleh kln.

b. Setelah 15 minit pertama sesi, klr mungkin telah memahami secara umum masalah utama kln. Klr ingin memberi fokus kepada tersebut dan membuat satu rumusan kecil. - Membantu klien mendengar apa yang telah diperkatakannya dan membolehkan dia berfikir tentang perkara utama yang ingin diatasinya dahulu.

c. Apabila dirasakan fakta-fakta yang telah difahami dan perlu dipastikan ketepatannya.

- Rumusan ini memberikan rasa puas hati kepada kln.

Page 14: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

Rumusan Besar

1. Dibuat sekali dalam satu sesi ( sebelum menamatkan sesi )

2. Membantu kln mengingat kembali dan memastikan klr telah memahami perkara yang dirunding dengan tepat.

3. Membantu kln mendapatkan struktur yang jelas untuk bertindak seterusnya.

4. Perkara yang disentuh :- Isi perbincangan- Perasaan yang terlibat- Perubahan yang terjadi- Pemilihan yang dibuat- Langkah yang dipersetujui

Membuat penjelasan ( Clarification )

1. Digunakan untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul di pihak klr.

2. Membolehkan klr memahami sesuatu isu yang dibincangkan dengan lebih jelas lagi.

Konfrantasi

1. Hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik dan kukuh di antara klien dan klr.

2. Diguna bila terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh kln tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.

Page 15: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU

3. Diguna bila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain.

4. Tingkahlaku bertentangan dengan apa yang dikatakan. ( cerita dengan bahasa tubuh badan kln. )

5. Pengalaman klr dengan kln bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya.

6. Menyatakan tingkah laku kln yang didapati tidak sesuai, sebagai maklumat tambahan tentang diri kln.

7. Matlamat :

- Memberikan kln satu pandangan lain dalam usaha meneliti dirinya.

- Membantu kln melihat dirinya dengan lebih tepat dengan mengurangkan blind sport.

Menginterpretasi

1. Matlamat :

- Membantu kln mentafsir peristiwa dalam hidupnya.- Membantu kln melihat perkara yang tidak dapat

dilihatnya dengan mudah.

2. Klr menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh kln mengikut fahaman klr dari perspektif yang baru.

3. Membantu proses pemahaman bagi perkara yang dibincangkan.

4. Boleh menimbulkan celik akal klien.

Page 16: KEMAHIRAN-KAUNSELING-INDIVIDU