kemahiran asas kaunseling ( untuk parakaunselor )

77
Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor)

Upload: salali

Post on 23-Feb-2016

250 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor ) . Peringatan pembimbing. a. Hormat b. Menerima tanpa syarat c. Dengar dan dengar d. Sokongan e. Tahu had keupayaan anda. FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010 . 1. KEMAHIRAN PRA SESI . Di mana kaunseling diadakan ? - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor)

Page 2: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Peringatan pembimbing

a. Hormat b. Menerima tanpa syarat c. Dengar dan dengar d. Sokongane. Tahu had keupayaan anda

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 3: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )
Page 4: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING

KEMAHIRAN PRA

SESI

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN MEMIMPIN

KEMAHIRAN MENFOKUS

KEMAHIRAN MENYOAL

PENGSTRUKTURAN

REFLEKSI

KEMAHIRAN MEMBERITAHU

KEMAHIRAN KONFRANTASI

KEMAHIRAN MERUMUS

KEMAHIRAN PENAMATAN

FOLLOW UP

MEMBERI GALAKAN

MEMINTA PENJELASAN

MENYEMAK PERSEPSI

Page 5: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

1. KEMAHIRAN PRA SESI Di mana kaunseling diadakan?

- tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan (wujud suasana teraputik)

Mengumpul maklumat klien Menyediakan kad rekod latar belakang klien serta laporan

sesi kaunseling atau rekod kes klien Penggunaan soal selidik atau semak masalah menyediakan borang laporan, serta merujuk keperluan

organisasi tempat kerja sedar dan faham akan keunikan diri klien

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 6: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

2. KEMAHIRAN MENDENGAR mendengar dengan aktif adalah penting dalam

komunikasi kemahiran mewujudkan hubungan mesra (rapport) proses 'pendengaran dengan telinga ketiga' kerana

pembimbing mendengar apa yang dikatakan , yang tidak dikatakan dan 'mendengar' bahasa badan (non verbal) klien

melibatkan hanya 'mendengar' dan meminimakan penggunaan soalan

Page 7: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

a) Kemahiran Melayan

pembimbing 'sentiasa bersama klien' dengan mengorientasikan diri secara fizikal dan psikologi kepada diri klien. Pembimbing memberikan sepenuh perhatian tanpa berbelah bahagi.

kemahiran mewujudkan hubungan yang baik atau rapport dengan klien

layanan pertama haruslah dapat mewujudkan rasa diterima dan selamat serta membawa mesej bahawa pembimbing atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan boleh dipercayai.

Page 8: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb…. melibatkan proses memberi perhatian kepada tingkah

laku lisan dan bukan lisan memberi mesej kepada klien tentang minat

pembimbing untuk mendengar isu yang diutarakan oleh klien

Gilliland & James (1997): kemahiran melayan adalah kombinasi kemahiran dan

sikap dan latihan yang sistematik akan dapat memperingatkannya

Page 9: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Menurut Brammer, Abrego & Shostrum (1993) , tingkahlaku non verbal pembimbing atau pengamal kaunseling hendaklah sepadan dengan tingkah laku non verbalkliennya . Antaranya ialah: Ekspresi Wajah (Muka) Tahap Tenaga

Page 10: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Ekspresi Wajah (Muka)

penglahiran rasa hati, emosi, fikiran,penilaian dan keadaam individu

dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan

Wajah yang senyum dan ceria menunjukkan tanda persahabatan dan kesediaan pembimbing atau pengamal kaunseling.

Pembimbing atau pengamal kaunseling harus peka kepada; - mesej yang dilahirkan melalui wajah klien - mesej yang dikahirkan melalui wajahnya sendiri.

Page 11: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Wajah atau memek muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan warna yang lahir daripda muka semasa berinteraksi.- muka jadi merah ketika marah atau malu

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan rasa kurang senang kepada klien- mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek

Pandangan mata memberikan makna sama ada pembimbing atau pengamal kaunseling jujur menerima dan bersedia untuk membantu

Kontak mata , senyuman dan mimik muka untuk memulakan hubungan dam sesi kaunseling

Samb……

Page 12: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Perkara tidak boleh lakukan semasa sesi sedang berjalan:

Elakkan dari kerap mejamkan mata semasa berunding

Elakkan melihat terlalu tajam ke mata klien Elakkan melarikan pandangan mata ke arah lain

ketika sesi kaunseling dijalankan atau ketika perundingan dibuat.

Elakkan memandang kosong Elakkan selalu sangat melihat jam, atau menarik

hujung tudung.

Page 13: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Tahap Tenaga

memberikan 'mood' kepada sesi kaunseling merupakan pancaran rasa kesediaan pembimbing atau

pengamal kaunseling dalam melayan atau menerima klien. tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang

rendah dan klien akan membuat penilaian pertamanya terhadap pembimbing atau pengamal kaunseling

dapat diukur dengan memerhatikan tingkah laku pembimbing atau pengamal kaunseling semasa menerima klien - gaya duduk atau berjalan, - nada suara - memek muka

Page 14: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

SOLER (Egan, 1994)

S (squarely)

•mengadap klien secara tepat•memandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil dari

kedudukannya•mencerminkan penglibatan aktif pembimbing dengan mesej

"Saya bersama dengan anda sekarang ini"

O (open gesture)

•tidak menyilang kaki atau memeluk tubuh•mencerminkan bahasa badan yang tidak mengancam

atau defensif atay menyampah

L (lean forward)

•badan yang condong ke hadapan atau ke arah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yang sedang dan bakal diperkatakan oleh klien

E (eye contact)

•kekalkan kontak mata.•Boleh melihat tepat di antara dua kening klien

seandainya letih dengan pergerakan dua biji mata klien

R (relax) •sentiasa relaks tanpa rasa kekuk.

Page 15: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan 1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat seolah-olah melayan tetamu

dengan menunjukkan kerelaan dan rasa besar hati. Persepsi klien pada tiga minit pertama adalah penting dan pembimbing ingin mewujudkan suasana terapeutik yang bakal menjamin keberkesanan kaunseling

2. Pandang klien secara tepat dengan kedudukan postur badan yang terbuka tanpa memeluk tubuh atau menyilang kaki. Wujudkan kontak mata dengan memandang ke arah klien ketika bercakap.

3. Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong ke arah klien bagi menggambarkan kesediaan dan minat pembimbing untuk 'menerima' apa yang bakal dikongsi klien

4. Duduk dengan relax tanpa melakukan pergerakkan yang tidak perlu seperti asyik memegang jam tangan, mengulung hujung tudung, mengurut misai atau menggoncang kaki.

5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan soalan, gunakan gerak geri semulajadi tanpa merasa kekok atau keterlaluan.

Page 16: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

b) Kemahiran Parafrasa pembimbing bertindakbalas dengan mahir terhadap

maklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahaman pembimbing tentang isu utama yang dinyatakan

penting untuk menyatakan kembali kefahaman pembimbing kepada klien

Kemahiran mendengar memerlukan pembimbing 'mendengar' :-

a) Isi atau fakta b) Perasaan c) Non verbal - ekspresi muka dan alunan suara.

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 17: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb….Pembimbing:- membentuk kefahaman sendiri tentang apa yang

sedang dinyatakan klien Klien:- memberi gambaran bahawa pembimbing

'mendengar dan memahami dirinya'.

* Parasfrasa yang tepat akan menyebabkan klien mengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk bercerita lagi

Page 18: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan 1. Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien 2. Nyatakan semula (restate) isi utama sebagai rumusan tepat dan

padat mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasa lebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan.

3. Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesej klien Perhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap parafrasa yang telah dibuat. Klien selalunya akan mengangguk atau meneruskan kenyataannya. Pembimbing juga boleh meminta maklum balas dari klien bagi mengesahkan atau menidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantu kefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien meneroka isunya lebih mendalam lagi.

Page 19: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh : Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan

dapat memperbaiki CGPA saya. Rakan- rakan saya amat membantu saya dengan tugasan yang bertimbun. Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupi untuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembira dengan pencapaian semua ujian pertama saya"

Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengan tugasan dan ujian pertama anda"

Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean List semester ini."

Page 20: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

3. Memberi galakan Pembimbing atau pengamal kaunseling perlu peka

dan memberi sokongan serta penghargaan kepada klien yang mulai berkongsi permasalahannya

galakan boleh diberikan samada secara verbal atau non verbal.

Penggalakkan bermaksud mendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi - penggunaan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala, menggunakan perkataan seperti “uh-hum” atau „Ya..ya”

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 21: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

4. MEMINTA PENJELASAN kemahiran bagi memberi peluang yang lebih untuk

klien membincangkan topik yang releven dengan sesiPembimbing: mengumpul lebih banyak maklumat membantu klien meneroka dan menjelaskan lagi isu

yang sedang dihadapinya membantu klien merasa lebih selesa dan selamat. meminta penjelasan bagi klien menjelaskan perkara

atau idea yang dirasainya kabur

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 22: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan1. Minta penjelasan hanya yang relevan dengan topik yang

sedang dibincangkan. Gunakan soalan terbuka agar klien tidak menjawab dengan 'ya' atau 'tidak' sahaja.

2. Elakkan meminta terlalu banyak penjelasan pada satu masa yang sama. Elakkan soalan yang terlalu mengarah (leading). Elakkan menyoal atau meminta penjelasan seolah-olah klien sedang dibicarakan di mahkamah (Cross examination)

3. Seandainya anda kabur atau keliru, akui kekaburan tersebut. Cuba nyatakan semula apa yang anda rasa anda telah dengar melalui parafrasa ataupun minta penjelasan lanjut.

Page 23: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh : Pembimbing: "Apa yang menyebabkan anda rasa

dia tidak memaafkan kesalahan anda itu?"

Pembimbing: "Bagaimana anda rasa apabila girlfriend anda tidak telefon selama seminggu?"

Pembimbing: "Saya kehilangan sejenak, saya tidak jelas bagaimana perasaan saudara mengenai perletakkan jawatan boss saudara itu, boleh saudara mengulangi dengan ringkas?"

Page 24: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

5. MENYEMAK PERSEPSI menyemak tepatan pengamatan pembimbing

mengenai apa yang disampaikan oleh klien atau apa yang ditunjukkan melalui non verbal klien semasa sesi

hanya membuat semakan persepsi jika pembimbing terasa wujud tanggapan atau persepsi yang boleh membantutkan kefahaman terhadap klien

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 25: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan

1. Parafrasa apa yang anda rasa telah dengar 2. Nyatakan apa persepsi anda dan minta pengesahan

klien mengenai ketepatannya 3. Benarkan klien membetulkan persepsi anda itu jika

ianya tepat. Jika tepat berikan penghargaan kepada klien atas semakan tersebut.

4. Elakkan menyatakan persepsi anda berbentuk penilaian atau penghakiman terhadap diri klien. Klien tidak mahu dirinya dinilai.

Page 26: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh Pembimbing : (Klien asyik mengubah cara duduk

dan melihat jam) "Nampaknya anda tidak selesa dengan saya, apakah ini betul?"

Pembimbing: "Saya merasa keliru sedikit. Anda menyatakan anda amat merindui kampung, sedangkan beberapa minit tadi anda menyatakan anda tidak sanggup bertentang mata jika bertemu dengan ibu masa cuti semester ini. Saya dapat merasakan satu perasaan yang bertentangan terhadapnya. Adakah ini seperti yang saudari rasakan?"

Page 27: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

6. KEMAHIRAN MEMIMPIN bertujuan menggalakkan klien bertindak balas kepada

komunikasi terbuka. klien diajak untuk meneroka soalan yang dikemukakan

oleh pembimbing dan mencari penentuan diri mereka. penting bagi memulakan sesuatu sesi, menggalakkan

klien untuk meneroka dan menerangkan perasaan tertentu, memberi peluang bagi klien mencari kebebasan untuk meneroka perasaan dan hala tuju yang hendak dicapai, berpeluang berinteraksi dan bertindakbalas secara bebas terhadap apa yang sedang berlaku dan menggalakkan klien bertanggungjawab menentukkan arah sesi

Page 28: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb……..Dua cara: (i) Memimpin Secara Langsung memberi fokus kepada sesuatu topik relevan yang sedang

diperbincangkan dan menggalakkan klien bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan jelas.

Panduan 1. Pembimbing menentukkan matlamat memimpin. Apa

maklumat yang diinginan dan apa yang relevannya. 2. Berikan kebebasan klien merespon terhadap pimpinan

pembimbing. 3. Gunakan soalan terbuka

Page 29: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh

Pembimbing : "Sila ceritakan lagi mengenai peristiwa anda dipukul semalam"

Pembimbing : "Apa yang puan maksudkan dengan batin yang terseksa? Sudah dua kali saya dengar puan menyatakannya. Jelaskan apa maksud puan."

Page 30: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

(ii) Memimpin Secara Tidak Langsung sering digunakan di awal sesi setelah

pembimbing membuat pengstrukturan dan 'break the ice‘ (pembimbing telah memberi tanggungjawab kepada klien untuk memulakan sesi dan menentukkan arah tuju sesi selanjutnya)

Kesenyapan juga dikategorikan dalam kemahiran ini secara tidak langsung membolehkan klien berfikir dan meneroka secara mendalam atau kemungkinan membiarkan klien mencari akalnya sendiri.

Page 31: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan:1. Tentukan matlamat kemana sesi ingin dibawa 2. Pastikan pimpinan yang dilakukan berbentuk umum

dan tidak mengkhusus 3. Berikan masa untuk klien berfikir sejenak dan

mencari arah atau jawapannya.

Contoh Pembimbing : "Mari kita mulakan sesi dengan

saudara menyatakan apa yang membawa saudara ke sini hari ini ?"

Page 32: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

7. KEMAHIRAN MEMFOKUS Memfokus: bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu

yang baru sahaja dinyatakan oleh klien membantu klien untuk menumpukan perhatian

kepada suatu isu denagn lebih tepat dan jelas (mengelak dari sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian )

membantu pembimbing atau pengamal kaunseling mengarah trafik perbincangan mengikut apa yang diinginkan (bagi mencapai matlamat oleh klien)

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 33: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb….. menunjukkan pembimbing menyatakan minatnya

terhadap isu sedang diperbincangkan membolehkan pembimbing menggalakkan melihat

kepada 'pokok' dan bukannya 'ranting' yang melengkapkan pokok berkenaa

sering digunakan apabila klien kerap kali berpindah atau bertukar tajuk

dilakukan samada memfokus kepada klien atau memfokus kepada tema utama isunya

Page 34: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh

Pembimbing: "Saudari telah menceritakan tentang keluarga, rakan dan kerjaya. Boleh saudari beri tumpuan kepada perkara yang benar- benar menekan jiwa saudari sekarang ini." (Fokus kepada klien)

Pembimbing: "Boleh kita berhenti sebentar. Tadi saudara menyatakan bahawa ibu bapa selalu memihak kepada abang long saudara dan sentiasa mencari salah saudara. Saya ingin saudara mendalami perasaan saudara mengenai apa yang baru sekejap saudara perkatakan “. (Fokus kepada klien)

Pembimbing : “Banyak perkara sedih telah anda kongsi bersama saya, bagaimana semua perkara ini mematangkan diri anda...jelaskan kepada saya”. (Fokus isu klien).

Page 35: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

8. KEMAHIRAN MENYOAL Menyoal tidak dapat dielakkan dalam kaunseling dan

ia perlu dilakukan dengan waspada agar klien tidak merasai dirinya 'dibedah siasat' atau 'interogate' oleh polis.

kerap digunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dengan lebih tepat dan juga apabila menyemak persepsi pembimbing.

Dua bentuk soalan:a) Soalan tertutupb) Soalan terbuka

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 36: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

a) Soalan tertutup menghadkan jawapan kepada satu atau dua jawapan

sahaja memberikan maklumat khusus Klien akan terdorong menjawab dengan ringkas,

pendek atau spesifik kepada soalan yang diajukan tidak memberi kebebasan kerana strukturnya telah

ditentukan boleh dijawab hanya menggunakan tingkahlaku non

verbal seperti mengangguk kepala atau tersenyum Soalan tertutup yang bertubi-tubi membawa rasa

terancam kepada klien (ketegangan adlam diri)

Page 37: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb….. terlalu kerap akan membuatkan klien mengambil

sikap menunggu soalan sahaja sesi akan menjadi direktif (pergantungan klien

terhadap pembimbing atau pengamal kaunseling) digalakkan menggunakan soalan tertutup apabila

pengesahan terhadap sesuatu fakta diperlukan. Contohnya,

“Adakah....” “ Bulan berapa ?” “ Di mana ?”

Page 38: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan

1. Pastikan anda benar-benar inginkan maklumat yang lebih lanjut daripada klien.

2. Soal bila perlu dan perkara yang relevan sahaja. 3. Jangan terlalu kerap menggunakan soalan tertutup

kerana klien akan berasa terancam kerana seperti disoal siasat.

Page 39: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh Pembimbing: "Sudah berapa alama anda

kehilangan pekerjaan?" Klien : “Lebih kurang 2 tahun“Pembimbing: "Apa yang anda lakukan selama 2

tahun itu?" Klien : "Tiada apa……cuma duduk di rumah

dan buat apa yang patut."

Page 40: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

b) Soalan Terbuka sangat digalakkan dalam kaunseling (dapat memberikan

peluang kepada klien menceritakan pengalamannya mengikut perspektif dirinya sendiri tanpa panduan)

menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar dan ia tidak memerlukan jawapan yang khusus.

menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.

Membezakan soalan jenis terbuka ataupun tertutup:“Boleh terangkan…………….” “Bagaimanakah perkara itu berlaku……….” “Pada pandangan anda……….”

Page 41: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Menurut Ivey (1994), menyoal dilakukan untuk:

i. Memulakan sesi kaunseling- boleh menggunakan mehiarn meyoal untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang ingin dibincangkan atau tujuannya datang berjumpa anda setelah klien bersedia

Contoh Pembimbing : “ Apa yang ingin anda kongsikan pada

hari ini?” Pembimbing : “Bagaimana keadaan rakan sebilik anda

sejak sesi kita minggu lepas ?”

Page 42: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

ii) Soalan terbuka mengkayakan perkongsian maklumat - Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahir akan mengolah soalan agar jadi lebih terbuka dengan bertanyakan soalan lebih mendalam untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Contoh Pembimbing : "Ceritakan kepada saya bagaimana hubungan

anda dengan isteri anda sejak kebelakangan ini?" Pembimbing : "Perubahan yang bagaimana saudara

maksudkan?" Pembimbing : “Dari apa yang telah anda beritahu mengenai

pensyarah anda, keadaan bagaimana yang ingin anda harapkan darinya ?”

Page 43: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

iii) Soalan bagi maklumat spesifik dan konkrit - Ramai klien berkongsi sesuatu yang agak samar atau terlalu umum dan kadangkala tidak menjurus kepada maklumat yang spesifik tanpa mengetahui kepentingannya berbuat demikian.

Contoh : Pembimbing : “Berikan saya satu contoh tentang

kenyataan bahawa rakan yang tidak hiraukan anda” Pembimbing : “Kakak anda sering buat anda marah,

berikan saya contoh peristiwa terakhir dia berbuat demikian‟.

Page 44: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

iv) Soalan bagi tujuan penilaian masalah klien - Bagi memahami diri dan dunia klien, pembimbing atau pengamal kaunseling adalah ibarat seorang pemberita yang membuat sesuatu laporan terperinci. - “apa”, “Siapa”, “Bila”, “Bagaimana” dan “kenapa” (paling tidak digalakkan) digunakan dalam menyoal.

Siapakah klien ini ? Latarbelakangnya ? Apa isunya ? Apa berlaku dalam hidupnya ? Bila dia mulai ingin perubahan? Di mana masalah ini terjadi ? Apa yang menyebabkan masalah ini timbul ?

Page 45: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

v) Soalan menentukan respon klien - penggunaan soalan yang sesuai akan menghasilkan respon yang selaras dengan soalannya

“Apa” - bertujuan mendapatkan fakta atau maklumat “Bagaimana” - mendapatkan proses atau sekuen sesuatu peristiwa atau respon perasaan klien “Kenapa” - membawa kepada perbincangan mengenai sebab

Page 46: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

9. PENGSTRUKTURAN kontrak yang dilakukan secara verbal dengan klien

mengenai perjalanan dan proses sesi yang dijalankan Matlamat: menyediakan nada dan struktur sesi

perundingan yang bakal dilaksanakan agar jelas terutamanya kepada klien

Menurut Patterson & Welfel (2000), penstrukturan menjelaskan semua pernyataan

pembimbing atau pengamal kaunseling yang membolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan tentang proses dan hasil aktiviti kaunseling.

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 47: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Perkara disentuh:i. Jangkamasa

- diantara 30- 45 minit ii. Peranan Pembimbing atau pengamal kaunseling

- Mendengar, memahami dan membantu perkara/isu yang dibawa

iii. Peranan Klien - Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk

perundingan iv. Kerahsiaan v. Merujuk Pakar vi. Ringkas

Page 48: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan

1. Wujudkan hubungan yang baik dengan klien terlebih dahulu dan wujudkan kepercayaan di antara klien dan pembimbing atau pengamal kaunseling.

2. Pastikan klien sudah bersedia untuk berkongsi dan memulakan sesi.

Page 49: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh Pembimbing : "Nampaknya kalau saudara dah sedia

bolehlah kita mulakan sekarang. Jadi kedatangan saudara ke sini hari ini tentu ada perkara atau sesuatu yang ingin diceritakan atau di kongsi bersama saya. Jadi saudara ada lebih kurang 45 minit untuk menceritakan segala apa yang ingin diceritakan atau dikongsi kan bersama saya. Saya sedia mendengar dan memahami serta cuba membantu dan segala apa yang diceritakan akan dirahsiakan kecuali jika perkara tersebut akan membahayakan sesuatu pihak atau diri saudara maka saya terpaksa memberitahu kepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi , jika saudara sudah bersedia saudara bolehlah mulakan……"

Page 50: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

10. REFLEKSI merupakan pengulangan kembali pokok atau isi kata-

kata klien secara tepat, padat dan ringkas cara untuk menyatakan kepada klien bahawa

pembimbing telah memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasai oleh klien (prafasa - belum lagi merasainya )

merupakan satu kemahiran untuk menggambarkan pembimbing atau pengamal kaunseling memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh klien dengan memberikan respons secara refleksi (counselor in a client shoes).

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 51: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

ISI

PERASAAN PENGALAMAN

KEMAHIRAN REFLEKSI

Page 52: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

a) Refleksi Isi pernyataan semula idea klien Memahami idea klien Perkataan ringkas, padat & tepat Tujuan: klien rasa didengar, difahami dan semakan persepsi

pembimbing terhadap klien.

Panduan 1. Dengar isi percakapan yang dikongsi bersama klien 2. Refleksi isi percakapan klien jangan terlalu panjang dan

jangan menggunakan perkataan yang berulang-ulang 3. Buat refleksi ketika perlu sahaja

Page 53: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh

Klien : "Hidup dikolej ni susah, serba tak kena saya dibuatnya. Kita tak campur kata kita sombong, kera sumbang, kita campur pun segala yang dibuat semua diperhati dan semua salah. susah…….susah…………."

Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk dikolej sekarang susah, semua yang dibuat tak kena, nak campur salah tak campur pun salah………"

Klien: "Iyalah.... Baru-baru nie saya ada beli handphone baru kerana yang lama dah rosak , jadi ramailah kawan saya yang menumpang saya punya handphone tu. Tak kurang juga ada yang memuji tapi tak tahulah memuji ada sebaliknya. ...Apa yang saya tak puashati sangat tu ada orang cakap-cakap belakang yang saya ni kononya nak berlagak......Iyalah, saya student tapi mampu membeli handphone yang sebegitu mahal, yang lebih dashyat tu ada yang mengata saya ni dibela sugar dady…Ya Allah….sakitnya hati!"

Pembimbing: "Saudara dituduh berlagak dan berkelakuan buruk bila menunjukkan handphone baru saudara kepada kawan- kawan."

Page 54: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

b) Refleksi Perasaan cerminan pembimbing terhadap perasaan yang dialami

dan yang diluahkan oleh klien membuat pernyataan semula tentang perasaan dan sikap

klien Fokus kpd sikap & perasaan klien Mengalurkan perasaan klien agar ia rasa lega

Panduan 1. Dengar dan refleksi isi percakapan klien sekiranya perlu 2. Cuba perhati dan teliti sekiranya perlu melakukan refleksi

perasaan terhadap perasaan yang dialami dan dikongsi oleh klien.

Page 55: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh Klien : "Cuba puan fikir, macamana saya

tak sedih, dahla selalu tinggalkan saya keseorangan, lepas tu dia

hasut kawan- kawan yang lain supaya jangan berkawan dengan saya. Saya pun ada tahap kesabarannya, bila dah sampai ke tahapnya nanti meletup juga saya ni!…."

Pembimbing: "Nampaknya saudari begitu tertekan dan marah dengan sikap kawan-kawan saudari tu…."

Page 56: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

c) Refleksi Pengalaman

Kaunselor memerhatikan gerak-geri, tubuh badan, cara

duduk, nada suara, pernafasan, raut muka, mata dan keseluruhan bahasa lisan

dan tanpa lisan yg ditunjukkan oleh klien

Page 57: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan 1. Lakukan refleksi pengalaman sekirnya perlu sahaja

dan perlu dilakukan berhati-hati kerana ia dianggap menyemak persepsi ataupun pandangan klein sendiri.

Contoh : Klien: "Saya sebenarnya masih sayang dan

menganggapnya sebagai kawan baik saya, tapi saya tak faham kenapa dia sanggup ceritakan perkara buruk tentang diri saya pada orang lain…….(sambil tunduk dan kelihatan sedih)"

Pembimbing: "Saudari terlalu sedih sekali kerana kawan baik saudari sendiri sanggup berbuat demikian."

Page 58: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

11. KEMAHIRAN MEMBERITAHU serupa dengan memberi penerangan memerlukan penguasaan maklumat yang meluas dan

terkini oleh pembimbing cara memberi nasihat amat tidak menggalakkan penggunaan nasihat

kecuali :- kes membawa kemudaratan jika nasihat tidak diberikan - situasi krisis atau keadaan yang nyata akan merugikan klien seandainya klien tidak diberitahu mengenainya

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 59: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

12. KEMAHIRAN KONFRANTASI kontradiksi antara kata-kata klien dengan tindakan klien mengujudkan percanggahan kepada pembimbing dan

memerlukan penerokaan mendalam serta pendedahan oleh klien tentang situasi sebenarnya.

Menurut Patterson & Welfel (2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang

yang paling kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan yang nyata

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 60: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb….. jarang digunakan oleh pembimbing yang belum

mahir bersifat mencabar dan berkemungkinan

menyebabkan klien merasa tergugat dan tidak selesa mendatangkan risiko tetapi jika digunakan dengan

baik akan membawa celik akal atau perubahan mendalam

Dilaksanakan apabila hubungan baik klien-kaunselor kukuh

satu langkah membetulkan pandangan klien jika dirasakannya ada percanggahan.

Page 61: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Situasi

1. Apabila didapati tingkahlaku yang ditunjukan oleh klien tidak sama seperti apa yang diperkatakan.

2. Apabila perasaan yang diluahkan oleh klien tidak sama dengan fakta yang disampaikan oleh klien

3. Apabila fakta mula yang disampaikan oleh klien tidak sama dengan fakta akhir yang disampaikan oleh klien.

Panduan 1. Pastikan ia benar-benar terdapat percanggahan dan perlu

dilakukan konfrantasi. Maknanya, lakukan konfrantasi bila benar-benar perlu dilakukan.

2. Wujudkan hubungan yang baik dan kukuh terlebih dahulu sebelum melakukan konfrantasi untuk menggelakkan klien merasa terancam dan timbul ketidakselesaan pada klien.

Page 62: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh (i) Konfrantasi apabila 'tingkahlaku tidak sama dengan

apa yang diperkatakan ' Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit disini,

saudarai kata saudari sedih dengan keadaan malang yang menimpa saudari tapi nampaknya saudari masih sempat tersenyum-senyum ketika menceritakan perkara tersebut. Apa sebenarnya yang saudari rasakan ketika ini?"

Page 63: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

(ii) Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan oleh klien tidak sama dengan apa yang diperkatakan'

Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya mendengar cerita daripada puan, saya kehilangan sejenak….Mulanya puan kata puan geram, benci dan menyampah dengan sikap suami puan malah semua perkara yang diceritakan semuanya cerita yang kurang baik semuanya. Tapi dalam masa yang sama puan masih lagi sanggup berhadapan dengannya setiap hari. Bagaimana agaknya tu puan? Boleh puan tolong jelaskan dengan lebih lanjut?”

Page 64: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

(iii) Konfrantasi apabila 'fakta awal yang diperkatakan tidak sama dengan fakta akhir yang disampaikan oleh klien.'

Pembimbing : "Daripada apa yang saudari ceritakan di awal dari tadi, apa yang saya faham saudari jarang bertemu dengan tunang saudari tetapi sekarang apa yang saya dengar seperti saudari selalu keluar dan hubungan tersebut agak rapat.Agaknya apa yang saudari cuba sampaikan? Saya agak keliru sedikit disitu?"

Page 65: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

13. KEMAHIRAN MERUMUS Usaha kaunselor utk menonjol, mengulangi, menjelaskan

semula terma utama (isi & emosi) klien. memudahkan usaha untuk memfokus permasalahan memudahkan pembimbing memberikan pertolongan tanpa

mencari-cari apakah masalah yang ingin diselesaikan menggabungkan kemahiran parafrasa dengan refleksi dan

penggalak membantu memberi arah pergerakan sesi, memberi dan

menyatakan fokus semasa agar kedua belah pihak jelas hala tuju sesi

penyambung antara beberapa fasa yang ujud dalam sesi atau kesinambungan diantara beberapa sesi samada sesi lepas dengan sekarang atau yang akan datang

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 66: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

2 jenis rumusan:(i) Rumusan Kecil memfokuskan permasalahan yang dialami agar

tidak lari daripada landasan yang sebenar. dibuat beberapa kali sepanjang sesi dijalankan menyemak persepsi membawa fokus mengingatkan kembali menentukan fahaman Merangsang meneroka

Page 67: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan 1. Nada, emosi dan isi yang diluahkan oleh klien harus

diperhatikan kerana rumusan bukan setakat isi sahaja tetapi makna yang ingin disampaikan oleh klien.

2. Susun idea atau perasaan yang penting dengan baik agar memudahkan klein memahaminya.

3. Gunakan bahasa yang mudah dan elakkan menambahkan idea baru.

Page 68: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh : Pembimbing : "Selama 15 minit yang lalu saudari ada

menceritakan kepada saya mengenai ketidakpuasan hati saudari terhadap boyfriend saudari. Saudari rasa tercabar dengan sikapnya dan sekaligus membosankan diri saudari. Dalam masa yang sama juga adakalanya saudari ingin sahaja memutuskan hubungan tersebut kerana itu sahaja jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi saudari tidak mahu perkara tersebut berlaku kerana tidak sampai hati dengan boyfriend saudari".

Page 69: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

(ii) Rumusan Besar setiap kali sebelum menamatkan sesi mengingat kembali dibuat sekali dalam satu sesi isi perbincangan perasaan yang terlibat, perubahan yang terjadi, pemilihan yang dibuat langkah yang telah dipersetujui. diulangi kembali pada awal sesi yang akan datang

Page 70: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh : Pembimbing: " Pada sesi kali ini kita telah membincangkan dengan panjang

lebar masalah yang benar-benar menggangu saudari iaitu masalah tidak puashati dengan sikap boyfriend saudari. Saudari rasa tercabar dan bosan dengan sikap boyfriend saudari yang sering mementingkan diri sendiri dan suka mengawal segala pergerakkan saudari. Saudari merasakan sebegini semenjak boyfriend saudari jarang mengambil kisah tentang diri saudari akibat kesibukkannya dan saudari merasakan sukar untuk menerima alasan darinya. Keadaan ini menyebabkan saudari rasa tertekan dan bosan dengan sikapnya. Adakalanya saudari terfikir untuk memutuskan sahaja perhubungan dengannya tetapi saudari tidak sampai hati dan masih sayangkannya dan kalau boleh saudari mahu boyfriend saudari seperti dahulu, seperti baru mula-mula bercinta dahulu. Saudari cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat perbincangan bersemuka dengannya namun dia cuba mencari alasan dengan mengatakan yang beliau tidak sempat sebab terlalu sibuk. Jadi ini adalah diantara apa yang kita perbincangkan pada kali ini. Nampaknya saudari belum lagi dapat mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut tetapi oleh kerana masa tidak mencukupi apa kata kita sambung sesi ini pada sesi akan datang. Jadi pada sesi akan datang kita akan menyambung perbincangan mengenai permasalahan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya."

Page 71: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

14. KEMAHIRAN PENAMATAN wujud dalam:

- sesi kaunseling - proses hubungan kaunseling.

a. Penamatan Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu merasakan klien telah mendapat daripada sesi itu klien sendiri mengambil keputusan untuk

memberhentikannya

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 72: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Panduan 1. Sebelum melakukan penamatan pastikan penamatan yang

dilakukan tidak tergesa-gesa dan sekiranya ini berlaku akan memberikan kesan kepada klien dimana klien akan merasa tidak diterima dan dihalau oleh pembimbing.

2. Rumusan harus dilakukan terlebih dahulu. Maknanya rumuskan segala apa yang telah diperbincangkan dan jika sesuai pembimbing juga boleh meminta klien membuat rumusan berkenaan.

3. Ingatkan klien tentang apa-apa persetujuan yang telah dicapai bersama. Klien mesti diingatkan apakah tindakan yang mesti klien buat (jika ada) sebelum sesi akan datang bermula - minta persetujuan klien terhadap apa yang disarankan oleh pembimbing.

4. Beri ruang kepada klien untuk memilih sama ada dia merasakan perlu untuk datang kembali bagi sesi yang lain. Maksudnya beri peluang klien membuat keputusan sama ada ingin meneruskan sesi akan datang atupun tidak.

Page 73: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh : Pembimbing: "Kita ada lebih kurang lima minit sahaja lagi, jadi

elok rasanya saya rumuskan segala apa yang telah bincangkan pada sesi kali ini. Mulanya saudari datang adalah untuk membincangkan masalah saudari dengan kawan saudari yang tidak dapat memaafkan kesalahan yang saudari telah lakukan. Kawan saudari juga cuba menjauhkan diri daripada saudari. Jadi dalam perbincangan kali ini saudari telah bersetuju untuk bersemuka dengan kawan saudari itu dan menerangkan perkara yang sebenar yang berlaku. Ini adalah beberapa langkah yang telah saudari ambil dalam masa beberapa minggu ini. Jadi sekiranya saudari memerlukan perbincangan lagi dengan saya setelah beberapa minggu ini, saya mengalu-alukan kedatangan saudari”.

Page 74: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

b. Penamatan Hubungan Kaunseling ditamatkan jika matlamat kaunseling telah tercapai Proses penamatan harus diberitahu

Panduan 1. Pada penilaian pembimbing klien telah dapat berfungsi

dengan normal maka sesuailah dibuat penamatan 2. Sekiranya didapati masalah klien telah dapat

diuruskan maka elok dibuat penamatan 3. Namun jika klien sendiri ingin menamatkan sesi maka

pembimbing harus menamatkan sesi.

Page 75: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Contoh Pembimbing : "Nampaknya kita telah berjumpa sebanyak

3 sesi dan saya lihat saudari sudah bertambah ceria dan gembira sekarang berbanding pertama kali saudari bertemu dengan saya. Jadi saya beranggapan yang saudari sudah dapat menangani masalah yang dihadapi dan saudari juga ada menyatakan yang saudari sudah berbaik semula dengan kawan baik saudari itu. Jadi saya rasa bolehlah kita tamatkan perhubungan kaunseling ini dan diharap saudari akan terus ceria dan gembira dalam kehidupan saudari yang akan datang."

Page 76: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

15. FOLLOWUP Okun, 1982 ,

- Follow up merupakan bahagian yang penting dalam penamatan tap ianya kadangkala tidak digunakan dengan baiknya oleh pembimbing

menghubungi klien untuk:- mengetahui kemajuan dirinya - bagaimana ianya bertindakbalas dengan isu yang telah dibincangkan - melihat keselarasan kepada matlamat kaunseling yang telah bersama.

FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

Page 77: Kemahiran Asas Kaunseling ( Untuk ParaKaunselor )

Samb…….. langkah-langkah: (Cormier & Cormier,1979) a. Jemput klien datang ke sesi follow up bagi melihat

bagaimana klien berdaya tindak dalam menghadapi permasalahannya. Dalam sesi follow up ini, klien boleh menunjukkan adaptasi kemahiran barunya melalui main peranan bagaimana ia berfungsi dalam isu yang sedang dihadapinya.

b. Pos inventori yang diisi sendiri oleh klien dengan menyatakan situasi dirinya sekarang dalam menangani masalah yang dihadapinya.