pdf kemahiran kaunseling

Upload: an-nisa

Post on 02-Jun-2018

617 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    1/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Kemahiran Asas Kaunseling(Untuk ParaKaunselor)

    Oleh.Mansor Abu Talib

    Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian KeluargaFakulti Ekologi Manusia

    Setelah memahami prinsip, falsafah, etika dan proses kaunseling parapembimbing perlu memberi peringatan kepada perkara berikut bagimenjamin hubungan kaunseling dengan klien dapat diwujudkan denganberkesan.

    a. Hormat - pembimbing perlu menghormati diri klien, situasi dankedudukannya sekarang dan sebarang kemajuan walau pun kecil yangditunjukkan oleh klien. Kejayaan pembimbing bukan diukur denganberapa cepat klien berubah. Perubahan mengambil masa.

    b. Menerima tanpa syarat- pembimbing menerima diri klien dan siapadirinya yang sebenar dengan sebaik mungkin. Pembimbing juga tidakmenilai atau menghakimi klien walau bagaiman sukar sekali pun(kerana pembimbing juga manusia biasa).

    c. Dengar dan dengar - dengar sepenuh perhatian dan dengan fikiranyang terbuka. Dengar kata kunci utama klien untuk penerokaanselanjutnya. Dengar apa yang dikatakan dan juga apa yang tidakdisebutkan.

    d. Sokongan - sokong diri klien dalam setiap langkah yang diambilwalau pun ianya hanya satu usaha yang kecil. Berikan dorongan!

    e. Tahu had keupayaan anda- jika timbul sebarang keraguan dalam

    kerja kaunseling anda, pembimbing disaran mencari jalan keluardengan berbincang secara terbuka, mendapatkan rujukan lain atausistem sokongan yang sedia ada dalam komuniti. Pembimbing tidakberkerja berseorangan, gunakan sumber profesional yang ada dengansentiasa menjunjung kepentingan kesejahteraan klien dan usahamenjauhkan dirinya dari sebarang kemudaratan.

    Kemahiran Pra Sesi

    Beberapa perkara penting yang melibatkan persediaan sebelum sesikaunseling hendaklah diberikan perhatian oleh pembimbing. Ia melibatkan

    dimana kaunseling diadakan? Kaunseling boleh dilakukan dimana-mananamun biarlah tempat yang tertutup, selesa dan tanpa gangguan yang dapatmewujudkan suasana teraputik bagi aktiviti kaunseling

    Pembimbing disarankan mendapatkan serba sedikit maklumatmengenai kliennya agar dapat memberikan gambaran ringkas tentang diriklien. Kad rekod latarbelakang klien serta laporan sesi kaunseling atau rekodkes klien perlu disediakan. Penggunaan soal selidik atau semak masalah

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    2/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    dapat membantu klien mengenalpasti isunya sebelum bersemuka denganpembimbing atau pengamal kaunseling. Sebelum sesi, pembimbing bolehmenyediakan borang laporan dan sebagainya serta merujuk keperluanorganisasi tempat kerja jika sebarang prosedur perlu dipatuhi

    Walaubagaimanapun, dua klien dengan isu yang sama tidaksemestinya membolehkan pembimbing menggunakan stail dan pendekatanyang sama. Pembimbing sedar dan faham akan keunikan diri klien danmenjunjung tinggi harga diri mereka.

    Kemahiran Mendengar

    Kemahiran yang memerlukan peranan aktif pembimbing keranamengandungi kemahiran mewujudkan hubungan mesra (rapport).Kemahiran yang melibatkan proses 'pendengaran dengan telinga ketiga'kerana pembimbing mendengar apa yang dikatakan , yang tidak dikatakan

    dan 'mendengar' bahasa badan (non verbal) klien. Kemahiran yangmelibatkan hanya 'mendengar' dan meminimakan penggunaan soalan agarklien tidak merasai dirinya 'ditemuduga' di peringkat awal sesi kaunselinglagi.

    a) Kemahiran Melayan

    Kemahiran melayan bermakna pembimbing 'sentiasabersama klien' dengan mengorientasikan diri secara fizikal danpsikologi kepada diri klien. Pembimbing memberikan sepenuhperhatian tanpa berbelah bahagi.

    Melayan merupakan satu kemahiran yang penting dalam

    usaha mewujudkan hubungan yang baik atau rapport denganklien. Rapport ini wujud sejak pandangan dan layanan awallagi. Oleh itu layanan awal kepada klien akan membantu danmemberikan nada kepada hubungan yang selanjutnya. Nadayang formal akan mewujudkan hubungan yang formal jugakerana klien akan membalas hubungan yang sama seperti yangditunjukkan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling. Oleh

    yang demikian layanan pertama haruslah dapat mewujudkanrasa diterima dan selamat serta membawa mesej bahawapembimbing atau pengamal kaunseling berkeupayaan dan

    boleh dipercayai. Gilliland & James (1997) menyatakankemahiran melayan adalah kombinasi kemahiran dan sikap danlatihan yang sistematik akan dapat memperingatkannya.

    Kemahiran melayan melibatkan proses memberi perhatiankepada tingkah laku lisan dan bukan lisan yang dikemukakanoleh klien untuk memberi mesej kepada klien tentang minatpembimbing untuk mendengar isu yang diutarakan oleh klien.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    3/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Brammer, Abrego & Shostrum (1993) mencadangkan agartingkah laku non verbal pembimbing atau pengamal kaunselinghendaklah sepadan dengan tingkah laku non verbal kliennya.Antara tingkah laku berkenaan ialah;

    Ekspresi Wajah (Muka)

    Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi,fikiran,penilaian dan keadaam individu. Dalam sesi kaunselingekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yangdisampaikan. Oleh itu adalah penting bagi pembimbing ataupengamal kaunseling mempamerkan ekspresi muka atau wajahyang dapat menyakinkan klien.Wajah yang senyum dan ceria

    menunjukkan tanda persahabatan dan kesediaan pembimbingatau pengamal kaunseling.

    Pembimbing atau pengamal kaunseling harus peka

    kepada; mesej yang dilahirkan melalui wajah klienmesej yang dikahirkan melalui wajahnya sendiri.

    Wajah atau memek muka adalah hasil kombinasidaripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, mukadan hidung dan warna yang lahir daripda muka semasaberinteraksi. Misalnya muka jadi merah ketika marah atau malu.

    Ekspresi wajah yang tidak sama dengan kata-katamenimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Misalnya muluttersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak

    akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik.

    Pandangan mata juga memberikan makna sama adapembimbing atau pengamal kaunseling jujur menerima danbersedia untuk membantu. Kontak mata , senyuman dan mimikmuka memberikan satu ekspressi penting dalam usahamewujudkan hubungan sama ada untuk memulakan hubungandam sesi kaunseling. Kontak mata bukan beerti pembimbingatau pengamal kaunseling mesti memandang tepat pada biji

    mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien.Ini juga tidak bermakna pembimbing atau pengamal kaunseling

    memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerakterhadap klien.

    Disamping itu ada beberapa perkara yang pembimbingatau pengamal kaunseling tidak boleh lakukan semasa sesi

    sedang berjalan diantaranya ialah:o

    Elakkan dari kerap mejamkan mata semasa berundingo

    Elakkan melihat terlalu tajam ke mata klien

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    4/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    o Elakkan melarikan pandangan mata ke arah lain ketikasesi kaunseling dijalankan atau ketika perundingandibuat.

    o Elakkan memandang kosong

    o Elakkan selalu sangat melihat jam, atau menarik hujungtudung.

    o Tahap Tenaga

    Tahap tenaga pembimbing atau pengamal kaunselingjuga turut memberikan 'mood' kepada sesi kaunseling.Pembimbing atau pengamal kaunseling yang menunjukkan

    tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendahjuga dalam sesi kaunseling. Klien akan membuat penilaianpertamanya sejak mulai dia berhadapan dengan anda.

    Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkahlaku pembimbing atau pengamal kaunseling semasa menerimaklien. Maksudnya tahap tenaga ini ditunjukkan melalui gayaduduk atau berjalan, nada suara dan juga memek muka.Malahan sekiranya anda berjabat tangan dengan klien, diadapat merasakan sama ada anda mempunyai tenaga positifatau sebaliknya.

    Gaya berjalan atau duduk yang kelihatan letih, dengannada suara yang lemah serta air muka yang lesu akanmenimbulkan curiga klien kepada pembimbing atau pengamal

    kaunseling. Keyakinan klien akan menurun dan kepercayaankepada kebolehan pembimbing atau pengamal kaunseling akanberjaya membantunya juga akan berkurangan. Tahap tenagamerupakan pancaran rasa kesediaan pembimbing ataupengamal kaunseling dalam melayan atau menerima klien.

    Egan (1994) telah mempopularkan akronim SOLERsebagai panduan tingkah laku nonverbal pembimbing semasamelayan klien. Ini sangat penting terutama pada awal sesi bagi

    memberikan rasa selamat dan selesa kepada klien. Walaubagaimana pun panduan ini boleh disesuaikan mengikut budayadan latar belakang klien.

    S- (squarely) mengadap klien secara tepat Pembimbing bolehmemandang klien secara tepat atau dengan sudut kecil darikedudukannya. Tingkahlaku ini mencerminkan penglibatan aktifpembimbing dengan mesej "Saya bersama dengan anda

    sekarang ini".

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    5/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    O - (open posture) postur tubuh yang terbuka dengan tidakmenyilang kaki atau memeluk tubuh. Ianya mencerminkanbahasa badan yang tidak mengancam atau defensif ataymenyampah.

    L- (lean forward) badan yang condong ke hadapan atau kearah klien mencerminkan minat pembimbing terhadap apa yangsedang dan bakal diperkatakan oleh klien.

    E - (eye contact) kekalkan kontak mata. Ianya bukannyamenjeling atau memandang dua biji mata klien tanpa henti ataumengubah posisi. Seandainya letih dengan pergerakan dua bijimata klien, pembimbing boleh melihat tepat di antara duakening klien.

    R - (relax) sentiasa relaks tanpa rasa kekuk. Klien yang masihtidak selesa di awal sesi akan rasa terganggu jika pembimbing

    sendiri kelihatan gelisah dan tidak tentu arah.

    Panduan

    1. Layan klien dengan penuh mesra dan hormat seolah-olahmelayan tetamu dengan menunjukkan kerelaan dan rasa besarhati. Persepsi klien pada tiga minit pertama adalah penting danpembimbing ingin mewujudkan suasana terapeutik yang bakalmenjamin keberkesanan kaunseling

    2. Pandang klien secara tepat dengan kedudukan postur badan

    yang terbuka tanpa memeluk tubuh atau menyilang kaki.

    Wujudkan kontak mata dengan memandang ke arah klien ketikabercakap.3. Duduk dengan jarak yang selesa sambil condong ke arah klien

    bagi menggambarkan kesediaan dan minat pembimbing untuk'menerima' apa yang bakal dikongsi klien

    4. Duduk dengan relax tanpa melakukan pergerakkan yang tidakperlu seperti asyik memegang jam tangan, mengulung hujungtudung, mengurut misai atau menggoncang kaki.

    5. Apabila menyatakan mesej atau bertanyakkan soalan, gunakangerak geri semulajadi tanpa merasa kekok atau keterlaluan.

    b) Kemahiran Parafrasa

    Kemahiran parafrasa adalah unik dalam kaunseling. Iabermakna pembimbing bertindakbalas dengan mahir terhadapmaklumat asas yang dikongsi oleh klien untuk menyemak kefahamanpembimbing tentang isu utama yang dinyatakan.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    6/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Parafrasa juga penting kerana ianya digunakan bagimenyatakan kembali kefahaman pembimbing kepada klien. Parafrasamembantu mempertingkatkan lagi hubungan bermakna antara andadan klien.

    Kemahiran mendengar memerlukan pembimbing 'mendengar' :-

    a) Isi atau faktab) Perasaanc) Non verbal- ekspresi muka dan alunan suara.

    Pembimbing kemudiannya membentuk kefahaman sendiritentang apa yang sedang dinyatakan klien. Melalui parafrasakefahaman ini dikongsi bagi tujuan semakan. Bagi klien pula iamemberi gambaran bahawa pembimbing 'mendengar danmemahami dirinya'. Parasfrasa yang tepat akan menyebabkan klienmengangguk kepalanya atau lebih berminat untuk bercerita lagi walau

    pun tanpa dijemput oleh pembimbing atau pengamal kaunseling.

    Panduan

    1. Dengar dengan teliti maklumat yang dinyatakan oleh klien2. Nyatakan semula (restate)isi utama sebagai rumusan tepat dan

    padat mengenai maklaumat yang baru dikongsi tadi. Parafrasalebih ringkas dari apa yang klien sendiri nyatakan.

    3. Pembimbing tidak menambah atau menukar makna mesejklienPerhatikan tanda penerimaan atau persetujuan terhadap

    parafrasa yang telah dibuat. Klien selalunya akan menganggukatau meneruskan kenyataannya. Pembimbing juga bolehmeminta maklum balas dari klien bagi mengesahkan ataumenidakkan ketepatan parafrasa yang boleh membantukefahaman klien seterusnya dan membolehkan klien menerokaisunya lebih mendalam lagi.

    Contoh :

    Klien : "Saya rasa pada semester ini saya akan dapatmemperbaiki CGPA saya. Rakan-rakan saya amatmembantu saya dengan tugasan yang bertimbun.

    Pensyarah juga telah memberi masa yang mencukupiuntuk saya menyiapkan kerja. Saya sungguh gembiradengan pencapaian semua ujian pertama saya"

    Pembimbing: "Nampaknya, anda amat berpuashati dengantugasan dan ujian pertama anda"

    Klien: "Memang, saya pasti dapat Dean Listsemester ini."

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    7/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Memberi galakan

    Kaunseling masih asing bagi kebanyakan klien dan kerap kalitelah disalah tafsirkan samada melalui pengalaman lepas atauinteraksi kehidupan seharian. Pembimbing atau pengamal kaunseling

    perlu peka dan memberi sokongan serta penghargaan kepada klienyang mulai berkongsi permasalahannya. Ini dilakukan denganmemberikan galakan. Kemahiran memberi galakan boleh diberikansamada secara verbal atau non verbal. Penggalakkan bermaksudmendorong klien untuk terus bercakap dan berkongsi. Ini meliputipenggunaan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala,menggunakan tangan seolah-olah menyuruh klien meneruskanbualannya, menggunakan perkataan seperti uh-hum atau Ya..yaatau mengulang satu dua perkataan klien.

    Meminta Penjelasan

    Meminta penjelasan adalah kemahiran bagi memberi peluangyang lebih untuk klien membincangkan topik yang releven dengansesi. Ia membolehkan pembimbing mengumpul lebih banyakmaklumat dan membantu klien meneroka dan menjelaskan lagi isuyang sedang dihadapinya. Ia membantu klien merasa lebih selesa danselamat.

    Pembimbing juga boleh meminta penjelasan bagi klienmenjelaskan perkara atau idea yang dirasainya kabur. Pembimbingboleh berterus terang dengan menyatakan kekaburannya danseterusnya meminta penjelasan lanjut dari klien agar dapat memberi

    fokus kepada perbincangan.

    Panduan

    1. Minta penjelasan hanya yang relevan dengan topik yang sedangdibincangkan. Gunakan soalan terbuka agar klien tidakmenjawab dengan 'ya' atau 'tidak' sahaja.

    2. Elakkan meminta terlalu banyak penjelasan pada satu masayang sama. Elakkan soalan yang terlalu mengarah (leading).Elakkan menyoal atau meminta penjelasan seolah-olah kliensedang dibicarakan di mahkamah (Cross examination)

    3. Seandainya anda kabur atau keliru, akui kekaburan tersebut.Cuba nyatakan semula apa yang anda rasa anda telah dengarmelalui parafrasa ataupun minta penjelasan lanjut.

    Contoh :

    Pembimbing: "Apa yang menyebabkan anda rasa dia tidakmemaafkan kesalahan anda itu?"

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    8/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Pembimbing: "Bagaimana anda rasa apabila girlfriend anda tidaktelefon selama seminggu?"

    Pembimbing: "Saya kehilangan sejenak, saya tidak jelasbagaimana perasaan saudara mengenaiperletakkan jawatan boss saudara itu, bolehsaudara mengulangi dengan ringkas?"

    Menyemak Persepsi

    Ia dipraktikan untuk menyemak tepatan pengamatanpembimbing mengenai apa yang disampaikan oleh klien atau apa yangditunjukkan melalui non verbal klien semasa sesi. Pembimbing hanyamembuat semakan persepsi jika pembimbing terasa wujud tanggapanatau persepsi yang boleh membantutkan kefahaman terhadap klien.Persepsi hanya benar kepada pembimbing lantas ianya perlu disemakdengan klien agar ianya dapat menjadi sama atau serupa.

    Panduan

    1. Parafrasa apa yang anda rasa telah dengar2. Nyatakan apa persepsi anda dan minta pengesahan klien

    mengenai ketepatannya3. Benarkan klien membetulkan persepsi anda itu jika ianya tepat.

    Jika tepat berikan penghargaan kepada klien atas semakantersebut.

    4. Elakkan menyatakan persepsi anda berbentuk penilaian atau

    penghakiman terhadap diri klien. Klien tidak mahu dirinya

    dinilai.

    Contoh

    Pembimbing : (Klien asyik mengubah cara duduk danmelihat jam)"Nampaknya anda tidak selesa dengan saya,apakah ini betul?"

    Pembimbing: "Saya merasa keliru sedikit. Anda menyatakananda amat merindui kampung, sedangkanbeberapa minit tadi anda menyatakan anda tidak

    sanggup bertentang mata jika bertemu dengan ibumasa cuti semester ini. Saya dapat merasakan satuperasaan yang bertentangan terhadapnya. Adakahini seperti yang saudari rasakan?"

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    9/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Kemahiran Memimpin

    Kemahiran memimpin bertujuan menggalakkan klien bertindakbalas kepada komunikasi terbuka. Dengan kemahiran ini, klien diajakuntuk meneroka soalan yang dikemukakan oleh pembimbing danmencari penentuan diri mereka.

    Memimpin penting bagi memulakan sesuatu sesi, menggalakkanklien untuk meneroka dan menerangkan perasaan tertentu, memberipeluang bagi klien mencari kebebasan untuk meneroka perasaandanhala tuju yang hendak dicapai, berpeluang berinteraksi danbertindakbalas secara bebas terhadap apa yang sedang berlaku danmenggalakkan klien bertanggungjawab menentukkan arah sesi.

    Kemahiran memimpin adalah tidak sama dengan kemahiranmenyoal kerana ianya tidak mengandungi perkataan atau diakhiridengan tanda soalan. Memimpin saolah-olah memberitahu klien

    bukannya menyoal.

    Kemahiran memimpin boleh dilakukan dengan dua cara;

    (i) Memimpin Secara Langsung

    Kemahiran ini bertujuan memberi fokus kepada sesuatutopik relevan yang sedang diperbincangkan dan menggalakkanklien bercerita atau menjelaskan sesuatu lebih terperinci dan

    jelas.

    Panduan

    1. Pembimbing menentukkan matlamat memimpin. Apamaklumat yang diinginan dan apa yang relevannya.

    2. Berikan kebebasan klien merespon terhadap pimpinanpembimbing.

    3. Gunakan soalan terbuka

    Contoh

    Pembimbing :"Sila ceritakan lagi mengenai peristiwa anda

    dipukul semalam"

    Pembimbing :"Apa yang puan maksudkan dengan batin yangterseksa? Sudah dua kali saya dengar puanmenyatakannya. Jelaskan apa maksud puan."

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    10/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    (ii) Memimpin Secara Tidak Langsung

    Kemahiran ini sering digunakan di awal sesi setelahpembimbing membuat pengstrukturan dan 'break the ice'. Iamenunjukkan pembimbing telah memberi tanggungjawabkepada klien untuk memulakan sesi dan menentukkan arah tujusesi selanjutnya.

    Kesenyapan juga dikategorikan dalam kemahiran inisecara tidak langsung membolehkan klien berfikir dan menerokasecara mendalam atau kemungkinan membiarkan klien mencariakalnya sendiri.

    Panduan

    1. Tentukan matlamat kemana sesi ingin dibawa2. Pastikan pimpinan yang dilakukan berbentuk umum

    dan tidak mengkhusus3.

    Berikan masa untuk klien berfikir sejenak danmencari arah atau jawapannya.

    Contoh

    Pembimbing : "Mari kita mulakan sesi dengan saudaramenyatakan apa yang membawa saudara kesini hari ini ?"

    Kemahiran Memfokus

    Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yangbaru sahaja dinyatakan oleh klien. Ia membantu klien untukmenumpukan perhatian kepada suatu isu denagn lebih tepat dan jelas

    justeru dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian.kemahiran ini membantu pembimbing atau pengamal kaunselingmengarah trafik perbincangan mengikut apa yang diinginkan (bagimencapai matlamat oleh klien).

    Memfokus juga menunjukkan pembimbing menyatakanminatnya terhadap isu sedang diperbincangkan. Kemahiran memfokusmembolehkan pembimbing menggalakkan melihat kepada 'pokok' dan

    bukannya 'ranting' yang melengkapkan pokok berkenaan.

    Ia juga sering digunakan apabila klien kerap kali berpindah ataubertukar tajuk yang kemudiannya agak menganggu pencapaianmatlamat sesi. Kebanyakan klien melihat keluar dari dirinya sepertiberbincang tentang orang lain atau situasi yang diluar kawalannya.Dengan menggunakan kemahiran memfokus, pembimbing atau

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    11/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    pengamal kaunseling boleh menarik balik perhatain dan fokus klienkepada dirinya serta isu yang sedang diperbincangkan.

    Kemahiran memfokus boleh dilakukan samada memfokuskepada klien atau memfokus kepada tema utama isunya.

    Contoh

    Pembimbing: "Saudari telah menceritakan tentang keluarga,rakan dan kerjaya. Boleh saudari beri tumpuankepada perkara yang benar-benar menekan jiwasaudari sekarang ini." (Fokus kepada klien)

    Pembimbing: "Boleh kita berhenti sebentar. Tadi saudaramenyatakan bahawa ibu bapa selalu memihakkepada abang long saudara dan sentiasa mencari

    salah saudara. Saya ingin saudara mendalamiperasaan saudara mengenai apa yang baru sekejapsaudara perkatakan . (Fokus kepada klien)

    Pembimbing : Banyak perkara sedih telah anda kongsi bersamasaya, bagaimana semua perkara ini mematangkandiri anda...jelaskan kepada saya. (Fokus isu

    klien).

    Kemahiran Menyoal

    Klien berminat memulakan sesi kaunseling kerana inginkanbantuan atau bimbingan terhadap isu yang mungkin mereka telahtidak berjaya hadapi secara bersendirian. Mereka mahu meluahkan isihati atau pun pandangan tetapi merasakan sukar untukmemulakannya. Dalam hal ini, pembimbing atau pengamal kaunselingperlu sedar bahawa klien boleh dirangsang untuk terus berkongsidengan cara menyoal. Walau bagaimana pun, menyoal perludilakukan secara teratur.

    Kemahiran menyoal sangat semulajadi di kalanganpembimbing atau pengamal kaunseling terutama pembimbing atau

    pengamal kaunseling baru yang masih belum banyak pengalaman.Menyoal dalam kaunseling jika tidak digunakan dengan betul dantepat pada masanya akan menyebabkan sesi kaunseling sepertiperbualan biasa. Menyoal tidak dapat dielakkan dalam kaunselingdan ia perlu dilakukan dengan waspada agar klien tidak merasaidirinya 'dibedah siasat' atau 'interogate' oleh polis. Ia kerapdigunakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan juga apabilamenyemak persepsi pembimbing.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    12/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Terdapat dua jenis soalan yang digunakan dalam kaunselingiaitu soalan terbuka dan tertutup. Penggunaan soalan terbuka adalahdigalakkan daripada soalan tertutup.

    a. Soalan Tertutup

    Soalan tertutup menghadkan jawapan kepada satu ataudua jawapan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumatkhusus. Klien akan terdorong menjawab dengan ringkas,pendek atau spesifik kepada soalan yang diajukan. Soalantertutup tidak memberi kebebasan untuk klien menjawabkerana strukturnya telah ditentukan oleh pembimbing ataupengamal kaunseling. Malahan, soalan tertutup juga bolehdijawab hanya menggunakan tingkahlaku non verbal sepertimengangguk kepala atau tersenyum

    Soalan tertutup yang bertubi-tubi membawa rasaterancam kepada klien kerana ia akan menimbulkan rasaketegangan adlam diri untuk menjawab soalan demi soalan.Soalan tertutup yang terlalu kerap akan membuatkan klienmengambil sikap menunggu soalan sahaja dan sesi ini jugaakan menjadi direktif (pergantungan klien terhadap pembimbingatau pengamal kaunseling).

    Pembimbing atau pengamal kaunseling digalakkanmenggunakan soalan tertutup apabila pengesahan terhadapsesuatu fakta diperlukan. Antara contoh soalan tertutup ialah ;

    Adakah.... Bulan berapa ? Di mana ?

    Panduan

    1. Pastikan anda benar-benar inginkan maklumat yang lebihlanjut daripada klien.

    2. Soal bila perlu dan perkara yang relevan sahaja.3. Jangan terlalu kerap menggunakan soalan tertutup

    kerana klien akan berasa terancam kerana seperti disoalsiasat.

    Contoh

    Pembimbing: "Sudah berapa alama anda kehilanganpekerjaan?"

    Klien : "Lebih kurang 2 tahun"

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    13/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Pembimbing: "Apa yang anda lakukan selama 2 tahunitu?"

    Klien : "Tiada apacuma duduk di rumah dan

    buat apa yang patut."

    b. Soalan Terbuka

    Soalan terbuka sangat digalakkan dalam kaunselingkerana ia dapat memberikan peluang kepada klienmenceritakan pengalamannya mengikut perspektif dirinyasendiri tanpa panduan dari pembimbing atau pengamalkaunseling. Soalan jenis ini menjemput perbincangan,penjelasan dan huraian yang panjang lebar dan ia tidakmemerlukan jawapan yang khusus.

    Lazimnya soalan terbuka menggalakkan penerokaan danpengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan.Diantara perkataan yang boleh digunakan untuk membezakansoalan jenis terbuka ataupun tertutup adalah seperti berikut :

    Boleh terangkan.Bagaimanakah perkara itu berlaku.Sejauhmanakah kejadian tersebut telah

    menggangu hidup anda?Pada pandangan anda.

    Menurut Ivey (1994),menyoal dilakukan untuk :

    1. Memulakan sesi kaunseling

    Setelah klien kelihatan bersedia untuk memulakansesi, pembimbing atau pengamal kaunseling bolehmenggunakan mehiarn meyoal untuk mendapatkanmaklumat mengenai apa yang ingin dibincangkan atautujuannya datang berjumpa anda.

    Contoh

    Pembimbing : Apa yang ingin anda kongsikan padahari ini?

    Pembimbing : Bagaimana keadaan rakan sebilikanda sejak sesi kita minggu lepas ?

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    14/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    2. Soalan terbuka mengkayakan perkongsianmaklumat

    Pembimbing atau pengamal kaunseling yang mahirakan mengolah soalan agar jadi lebih terbuka denganbertanyakan soalan lebih mendalam untuk mendapatkanlebih banyak maklumat. Soalan yang ditanyakan adalahberkisar kepada pernyataan yang baru sekejap dokongsioleh klien.

    Contoh

    Pembimbing : "Ceritakan kepada saya bagaimanahubungan anda dengan isteri andasejak kebelakangan ini?"

    Pembimbing : "Perubahan yang bagaimana saudaramaksudkan?"

    Pembimbing : Dari apa yang telah anda beritahu

    mengenai pensyarah anda, keadaanbagaimana yang ingin anda harapkandarinya ?

    3. Soalan bagi maklumat spesifik dan konkrit

    Ramai klien berkongsi sesuatu yang agak samaratau terlalu umum dan kadangkala tidak menjuruskepada maklumat yang spesifik tanpa mengetahuikepentingannya berbuat demikian. Pembimbing ataupengamal kaunseling boleh membantu klienmengemukakan arah dengan soalan terbukanya.

    Contoh :

    Pembimbing : Berikan saya satu contoh tentangkenyataan bahawa rakan yang tidakhiraukan anda

    Pembimbing : Kakak anda sering buat anda marah,berikan saya contoh peristiwa terakhirdia berbuat demikian.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    15/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    4. Soalan bagi tujuan penilaian masalah klien

    Bagi memahami diri dan dunia klien, pembimbingatau pengamal kaunseling adalah ibarat seorangpemberita yang membuat sesuatu laporan terperinci.Untuk itu penggunaan apa, Siapa, Bila,

    Bagaimana dan kenapa (paling tidak digalakkan)

    digunakan dalam menyoal.

    Siapakah klien ini ? Latarbelakangnya ?Apa isunya ? Apa berlaku dalamhidupnya ?Bila isu ini mulai menghantuinya ?Bila dia mulai ingin perubahan?Di mana masalah ini terjadi ?Persekitaran macamana ?Bagaimana klien bertindak balas

    terhadap masalahnya ?Apa yang menyebabkan masalah initimbul ?

    5. Soalan menentukan respon klien

    Oleh kerana menyoal bertujuan mendapatkan lebihbanyak maklumat serta mengkhusus, penggunaan soalanyang sesuai akan menghasilkan respon yang selarasdengan soalannya.

    Apa - bertujuan mendapatkan fakta ataumaklumatBagaimana - mendapatkan proses atau

    sekuen sesuatu peristiwa ataurespon perasaan klien

    Kenapa - membawa kepadaperbincangan mengenai sebab

    Pengstrukturan

    Pengstrukturan adalah kontrak yang dilakukan secara verbaldengan klien mengenai perjalanan dan proses sesi yang dijalankan. Ia

    bermatlamat menyediakan nada dan struktur sesi perundingan yangbakal dilaksanakan agar jelas terutamanya kepada klien. MenurutPatterson & Welfel (2000), pensgstrukturan menjealskan semuapernyataan pembimbing atau pengamal kaunseling yangmembolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan tentangproses dan hasil aktiviti kaunseling. Jelasnya, pengstrukturanmembantu menjadikan sesi lebih bermakna dan mempunyai arah.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    16/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Diantara perkara yang perlu disentuh semasa melakukanpengstrukturan ialah;

    Jangkamasa- Jangkamasa yang diperuntukkan lazimnya ialahdiantara 30- 45 minit. Klien perlu tahu berapa lama masa yangdiperuntukkan untuk membincangkan perkara yangdibincangkan.

    Peranan Pembimbing atau pengamal kaunseling-Mendengar, memahami dan membantu perkara/isu yang dibawaoleh klien untuk dirundingkan.

    Peranan Klien- Menceritakan dengan bebas dan memilih tajukperundingan (tajuk adalah pilihan klien kecuali klien yangdirujuk enggan memilih tajuk perundingan).

    Kerahsiaan- Peraturan dan perkara rahsia akan tetapdirahsiakan oleh pembimbing atau pengamal kaunseling.

    Merujuk Pakar- Jika perkara yang diceritakan membahayakandiri klien dan diluar bidang kuasa pembimbing atau pengamalkaunseling maka kes itu perlu dirujuk.

    Ringkas- Pengstrukturan yang dibuat haruslah ringkas danmudah agar ia tidak menjadi isu pula kepada klien apabilamereka mendengarnya. Ia memberikan peraturan yang jelasdan mudah kepada klien dan pembimbing atau pengamalkaunseling.

    Panduan

    1. Wujudkan hubungan yang baik dengan klien terlebih

    dahulu dan wujudkan kepercayaan di antara klien danpembimbing atau pengamal kaunseling.2. Pastikan klien sudah bersedia untuk berkongsi dan memulakan

    sesi.

    Contoh

    Pembimbing : "Nampaknya kalau saudara dah sedia bolehlahkita mulakan sekarang. Jadi kedatangansaudara ke sini hari ini tentu ada perkaraatau sesuatu yang ingin diceritakan ataudi kongsi bersama saya. Jadi saudara adalebih kurang 45 minit untuk menceritakansegala apa yang ingin diceritakan ataudikongsi kan bersama saya. Saya sedia

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    17/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    mendengar dan memahami serta cubamembantu dan segala apa yang diceritakanakan dirahsiakan kecuali jika perkara tersebutakan membahayakan sesuatu pihak atau dirisaudara maka saya terpaksa memberitahukepada pihak yang bertanggungjawab. Jadi ,

    jika saudara sudah bersedia saudara bolehlahmulakan"

    Refleksi

    Refleksi adalah salah satu kemahiran unik dalam kaunseling. Iaseakan parafrasa tetapi mempunyai kesan yang lebih mendalamkepada klien. Refleksi merupakan pengulangan kembali pokok atau isikata-kata klien secara tepat, padat dan ringkas. Ianya merupakancara untuk menyatakan kepada klien bahawa pembimbing telah

    memasuki ruang rujuk klien dan benar-benar merasai apa yang dirasaioleh klien (parafrasa bertujuan menyatakan kepada klien bahawapembimbing mendengar dan memahami - belum lagi merasainya).

    Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran di manapembimbing atau pengamal kaunseling cuba berusaha memahamiklien dari sudut pandangan klien sendiri. Ia merupakan satukemahiran untuk menggambarkan pembimbing atau pengamalkaunseling memahami dan menghayati apa yang dikatakan oleh kliendengan memberikan respons secara refleksi (counselor in a clientshoes).

    Kemahiran refleksi ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagianiaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.

    a. Refleksi IsiRefleksi isi bermakna refleksi pembimbing yang memfokuskan

    kepada isi percakapan klien dan menyatakan semula denganperkataan pembimbing sendiri. Pernyataan pembimbing terhadap isipercakapan yang didengar hendaklah ringkas, padat dan tepat

    Tujuannya agar klien rasa didengar, difahami dan secara tidaklangsung dapat membantu pembimbing dalam menyemak persepsi

    pembimbing terhadap klien.

    Panduan

    1. Dengar isi percakapan yang dikongsi bersama klien2. Refleksi isi percakapan klien jangan terlalu panjang dan

    jangan menggunakan perkataan yang berulang-ulang3. Buat refleksi ketika perlu sahaja

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    18/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Contoh :

    Klien : "Hidup dikolej ni susah, serba tak kena sayadibuatnya. Kita tak campur kata kita sombong, kerasumbang, kita campur pun segala yang dibuatsemua diperhati dan semua salah.susah.susah."

    Pembimbing: "Saudara merasakan yang duduk dikolej sekarangsusah, semua yang dibuat tak kena, nak campursalah tak campurpun salah"

    Klien: "Iyalah.... Baru-baru nie saya ada beli handphone barukerana yang lama dah rosak , jadi ramailah kawan sayayang menumpang saya punya handphone tu. Tak kurang

    juga ada yang memuji tapi tak tahulah memuji adasebaliknya. ...Apa yang saya tak puashati sangat tu adaorang cakap-cakap belakang yang saya ni kononya nakberlagak......Iyalah, saya student tapi mampu membelihandphone yang sebegitu mahal, yang lebih dashyat tuada yang mengata saya ni dibela sugar dadyYaAllah.sakitnya hati!"

    Pembimbing: "Saudara dituduh berlagak dan berkelakuan burukbila menunjukkan handphone baru saudara kepadakawan- kawan."

    b. Refleksi Perasaan

    Refleksi perasaan bermaksud cerminan pembimbing terhadapperasaan yang dialami dan yang diluahkan oleh klien. Apabilapembimbing mendengar keluhan dan luahan perasaan sama ada yangdilahirkan secara lisan atau bukan lisan maka ia boleh difokuskanmelalui refleksi perasaan. Maknanya pembimbing membuatpernyataan semula tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan olehklien. Tujuannya ialah memberikan fokus kepada klien mengenaiperasaan yang dialami dan memberikannya peluang kepada klienmengeluarkan perasaannya dengan cara baik serta memberikan

    kelegaan kepada klien.

    Panduan

    1. Dengar dan refleksi isi percakapan klien sekiranya perlu2. Cuba perhati dan teliti sekiranya perlu melakukan refleksi

    perasaan terhadap perasaan yang dialami dandikongsi oleh klien.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    19/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Contoh :

    Klien : "Cuba puan fikir, macamana saya tak sedih, dahlaselalu tinggalkan saya keseorangan, lepas tu diahasut kawan- kawan yang lain supaya janganberkawan dengan saya. Saya pun ada tahapkesabarannya, bila dah sampai ke tahapnya nantimeletup juga saya ni!."

    Pembimbing: "Nampaknya saudari begitu tertekan dan marahdengan sikap kawan-kawan saudari tu."

    c. Refleksi Pengalaman

    Melakukan refleksi bukan sahaja kepada perkara yang di dengardaripada mulut klien malah apa yang dilihat juga perlu diperhatikan

    agar dapat direfleksikan. Oleh itu apa yang diperhatikan melaui apayang dilihat contohnya cara duduk, nada suara, gerak geri,pernafasan, wajah, air muka dan selurh separa bahasa yangditunjukkan juga perlu direfleksikan oleh pembimbing. Itulah yangdimaksudkan refleksi pengalaman.

    Panduan

    1. Lakukan refleksi pengalaman sekirnya perlu sahaja danperlu dilakukan berhati-hati kerana ia dianggap menyemakpersepsi ataupun pandangan klein sendiri.

    Contoh :

    Klien: "Saya sebenarnya masih sayang dan menganggapnyasebagai kawan baik saya, tapi saya tak faham kenapa diasanggup ceritakan perkara buruk tentang diri saya padaorang lain.(sambil tunduk dan kelihatan sedih)"

    Pembimbing: "Saudari terlalu sedih sekali kerana kawan baiksaudari sendiri sanggup berbuat demikian."

    Kemahiran memberitahu

    Kemahiran memeberitahu adalah serupa dengan memberipenerangan. Walaupun berunsur bimbingan, ianya berperananpenting dalam kaunseling terutama kepada sesetengah klien ataudalam sesetengah kes tertentu. Kemahiran memberitahu memerlukanpenguasaan maklumat yang meluas dan terkini oleh pembimbing.Antara kemahiran memberitahu adalah dengan cara memberi nasihat.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    20/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Walau bagaimana pun, kaunseling amat tidak menggalakkanpenggunaan nasihat kecuali dalam kes tertentu seperti jika membawakemudaratan jika nasihat tidak diberikan. Pembimbing juga bolehmemberi nasihat dalam situasi krisis atau keadaan ynag nyata akanmerugikan klien seandainya klien tidak diberitahu mengenainya.Nasihat juga dikhuatiri akan mengujudkan pergantungan oleh klienkepada pembimbingya lantas tidak tidak berupaya menggalakkanperkembangan peribadi klien

    Kemahiran Konfrantasi

    Konfrantasi adalah kontradiksi antara kata-kata klien dengantindakan klien. Ia mengujudkan percanggahan kepada pembimbingdan memerlukan penerokaan mendalam serta pendedahan oleh kliententang situasi sebenarnya. Menurut Patterson & Welfel (2000),kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang palingkontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik

    atau serangan terhadap percanggahan yang nyata.

    Kemahiran konfrantasi jarang digunakan dalam sesi terutamakepada pembimbing yang belum mahir. Konfrantasi adalah bersifatmencabar dan berkemungkinan menyebabkan klien merasa tergugatdan tidak selesa dengan pertanyaan pembimbing. Konfrantasimendatangkan risiko tetapi jika digunakan dengan baik akanmembawa celik akal atau perubahan mendalam kepada klien.Konfrantasi hanya digalakkan digunakan setelah hubungan baik antarapembimbing-klien terbina dan bukan diawal sesi

    Di dalam menjalankan sesi kaunseling pembimbing tidaksemestinya bersetuju dengan pendapat atau tingkahlaku yangdiperkatakan oleh klien. Ini kerana pembimbing akan mengambillangkah membuat konfrantasi dalam usaha membetulkan pandanganklien. Ini bermaknanya konfrantasi ialah satu langkah membetulkanpandangan klien jika dirasakannya ada percanggahan. Konfrantasihanya boleh dilakukan sekiranya perlu dan jika telah wujud hubunganyang baik dan kukuh diantara klien dan pembimbing atau pengamalkaunseling. Konfrantasi digunakan apabila terdapat percanggahanantara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yangdilakukannya.

    Ia dilakukan di dalam beberapa situasi : -

    1. Apabila didapati tingkahlaku yang ditunjukan oleh klientidak sama seperti apa yang diperkatakan.

    2. Apabila perasaan yang diluahkan oleh klien tidak samadengan fakta yang disampaikan oleh klien

    3. Apabila fakta mula yang disampaikan oleh klien tidak samadengan fakta akhir yang disampaikan oleh klien.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    21/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Panduan

    1. Pastikan ia benar-benar terdapat percanggahan dan perludilakukan konfrantasi. Maknanya, lakukan konfrantasi bilabenar-benar perlu dilakukan.

    2. Wujudkan hubungan yang baik dan kukuh terlebih dahulusebelum melakukan konfrantasi untuk menggelakkan klienmerasa terancam dan timbul ketidakselesaan pada klien.

    Contoh

    (i) Konfrantasi apabila 'tingkahlaku tidak sama dengan apa yang

    diperkatakan '

    Pembimbing : "Saya agak keliru sedikit disini, saudaraikata saudari sedih dengan keadaan malang

    yang menimpa saudari tapi nampaknyasaudari masih sempat tersenyum-senyumketika menceritakan perkara tersebut. Apasebenarnya yang saudari rasakan ketikaini?"

    (ii) Konfrantasi apabila 'perasaan yang diluahkan oleh klien tidaksama dengan apa yang diperkatakan'

    Pembimbing : "Setelah beberapa lama saya mendengarcerita daripada puan, saya kehilangan

    sejenak.Mulanya puan kata puan geram,benci dan menyampah dengan sikap suamipuan malah semua perkara yang diceritakansemuanya cerita yang kurang baiksemuanya. Tapi dalam masa yang samapuan masih lagi sanggup berhadapandengannya setiap hari. Bagaimana agaknyatu puan?Boleh puan tolong jelaskan dengan lebihlanjut?

    (iii) Konfrantasi apabila 'fakta awal yang diperkatakan

    tidak sama dengan fakta akhir yang disampaikanoleh klien.'

    Pembimbing : "Daripada apa yang saudari ceritakan di awaldari tadi, apa yang saya faham saudari

    jarang bertemu dengan tunang saudaritetapi sekarang apa yang saya dengarseperti saudari selalu keluar dan hubungan

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    22/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    tersebut agak rapat.Agaknya apa yangsaudari cuba sampaikan? Saya agak kelirusedikit disitu?"

    Kemahiran Merumus

    Salah satu kemahiran yang wajib dilakukan ketika sesidijalankan mahupun ketika sebelum menamatkan sesi. Kemahiranmerumus amat penting bagi mengulang semula apa yangdikatakan, dirasa dan dilakukan oleh klien. Dengan membuatrumusan dapatlah dijelaskan lagi kepada klien mengenai segala apayang telah diperbincangkan semasa sesi dijalankan.

    Merumus juga memudahkan usaha untuk memfokuspermasalahan yang dialami oleh klien. Ini memudahkan pembimbingmemberikan pertolongan tanpa mencari-cari apakah masalah yang

    ingin diselesaikan oleh klien. Merumus ialah menggabungkankemahiran parafrasa dengan refleksi dan penggalak. Merumusmerupakan gabungan kenyataan-kenyataan penting atau pokokperbincangan klien dan menjelaskan semula kepadanya. Iamembantu memberi arah pergerakan sesi, memberi dan menyatakanfokus semasa agar kedua belah pihak jelas hala tuju sesi. Merumus

    juga berperanan sebagai penyambung antara beberapa fasa yang ujuddalam sesi atau kesinambungan diantara beberapa sesi samada sesilepas dengan sekarang atau yang akan datang. Oleh itu, pernyataanbagi kemahiran ini adalah lebih panjang.

    Terdapat dua rumusan yang boleh dilakukan semasa sesikaunseling dijalankan iaitu rumusan besar dan rumusan kecil.

    (i) Rumusan Kecil

    Rumusan kecil dengan rumusan besar tidak banyakbezanya namun fungsinya berbeza. Rumusan kecil dilakukansupaya dapat memfokuskan permasalahan yang dialami agartidak lari daripada landasan yang sebenar. Rumusan kecil bolehdibuat beberapa kali sepanjang sesi dijalankan dan ia bertujuanmenyemak persepsi klien dan membawa fokus kepadaperbincangan yang sedang dijalankan. Selain itu juga

    membantu klien dan pembimbing mengingatkan kembali apayang telah diperbaincangkan.

    Rumusan dibuat juga untuk memastikan pemahamanpembimbing tidak menyeleweng dan secara tidak langsungmemberansangkan klien agar terus meneroka ke arah perkarayang dirumuskan oleh pembimbing.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    23/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Rumusan boleh dibuat diawal perundingan untukmengingat kembali apa yang telah dibincangkan pada masalalu.

    Panduan

    1. Nada, emosi dan isi yang diluahkan oleh klienharus diperhatikan kerana rumusan bukan setakatisi sahaja tetapi makna yang ingin disampaikanoleh klien.

    2. Susun idea atau perasaan yang penting denganbaik agar memudahkan klein memahaminya.

    3. Gunakan bahasa yang mudah dan elakkanmenambahkan idea baru.

    Contoh :

    Pembimbing : "Selama 15 minit yang lalu saudari adamenceritakan kepada saya mengenaiketidakpuasan hati saudari terhadapboyfriend saudari. Saudari rasa tercabardengan sikapnya dan sekaligusmembosankan diri saudari. Dalam masayang sama juga adakalanya saudari inginsahaja memutuskan hubungan tersebutkerana itu sahaja jalan yang paling mudahuntuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Tapi saudari tidak mahu perkara tersebutberlaku kerana tidak sampai hati denganboyfriend saudari".

    (ii) Rumusan Besar

    Membuat rumusan besar adalah menjadi tanggungjawabpembimbing setiap kali sesi dijalankan. Ia dilakukan setiap kalisebelum menamatkan sesi. Maksudnya, sebelum menamatkansesuatu sesi pembimbing dikehendaki merumuskan segala apayang telah dirundingkan atau diperbincangkan serta apa yangtelah dipersetujui.

    Ia bertujuan untuk membantu klien mengingat kembalidan memastikan ketepatan perkara yang telah difahami olehpembimbing. Rumusan besar dibuat sekali dalam satu sesi dandiantara perkara yang disentuh ialah isi perbincangan, perasaanyang terlibat, perubahan yang terjadi, pemilihan yang dibuatdan langkah yang telah dipersetujui. Rumusan besar juga akandiulangi kembali pada awal sesi yang akan datang.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    24/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Contoh :

    Pembimbing: " Pada sesi kali ini kita telahmembincangkan dengan panjang lebarmasalah yang benar-benar menggangusaudari iaitu masalah tidak puashati dengansikap boyfriend saudari. Saudari rasatercabar dan bosan dengan sikap boyfriendsaudari yang sering mementingkan dirisendiri dan suka mengawal segalapergerakkan saudari. Saudari merasakansebegini semenjak boyfriend saudari jarangmengambil kisah tentang diri saudari akibatkesibukkannya dan saudari merasakan sukaruntuk menerima alasan darinya. Keadaan inimenyebabkan saudari rasa tertekan dan

    bosan dengan sikapnya. Adakalanya saudariterfikir untuk memutuskan sahajaperhubungan dengannya tetapi saudari tidaksampai hati dan masih sayangkannya dankalau boleh saudari mahu boyfriend saudariseperti dahulu, seperti baru mula-mulabercinta dahulu. Saudari cuba mencari jalanuntuk menyelesaikan masalah tersebutdengan membuat perbincangan bersemukadengannya namun dia cuba mencari alasandengan mengatakan yang beliau tidak

    sempat sebab terlalu sibuk. Jadi ini adalahdiantara apa yang kita perbincangkan padakali ini. Nampaknya saudari belum lagi dapatmencari jalan penyelesaian kepadapermasalahan tersebut tetapi oleh keranamasa tidak mencukupi apa kata kitasambung sesi ini pada sesi akan datang. Jadipada sesi akan datang kita akanmenyambung perbincangan mengenaipermasalahan tersebut dan bersama-samamencari jalan penyelesaiannya."

    Kemahiran Penamatan

    Kemahiran ini juga wajib dilakukan agar klien tahu bahawa sesisudah boleh ditamatkan ataupun tidak. Jadi menjadi tanggungjawabpembimbing agar ia dilaksanakan.

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    25/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    Proses penamatan wujud dalam sesi kaunseling dan juga dalamproses hubungan kaunseling. Maksudnya disini, di dalam kaunselingpenamatan dibuat pada dua keadaan iaitu menamatkan sesi yangdijalankan dan penamatan hubungan kaunseling antara pembimbingdan klien yang mungkin mengambil masa beberapa sesi.

    a. Penamatan Sesi

    Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu sepertiyang telah dijanjikan semasa pengstrukturan dilakukan. Selainfaktor masa pembimbing boleh menamatkan sesi sekiranya diamerasakan klien telah mendapat daripada sesi itu atau kliensendiri mengambil keputusan untuk memberhentikannya.

    Panduan

    1. Sebelum melakukan penamatan pastikan penamatan

    yang dilakukan tidak tergesa-gesa dan sekiranya iniberlaku akan memberikan kesan kepada klien dimanaklien akan merasa tidak diterima dan dihalau olehpembimbing.

    2. Rumusan harus dilakukan terlebih dahulu. Maknanyarumuskan segala apa yang telah diperbincangkan dan jikasesuai pembimbing juga boleh meminta klien membuatrumusan berkenaan.

    3. Ingatkan klien tentang apa-apa persetujuan yang telahdicapai bersama. Klien mesti diingatkan apakah tindakanyang mesti klien buat (jika ada) sebelum sesi akan

    datang bermula - minta persetujuan klien terhadap apayang disarankan oleh pembimbing.

    4. Beri ruang kepada klien untuk memilih sama ada dia

    merasakan perlu untuk datang kembali bagi sesi yanglain. Maksudnya beri peluang klien membuat keputusansama ada ingin meneruskan sesi akan datang atupuntidak.

    Contoh :

    Pembimbing: "Kita ada lebih kurang lima minit sahaja lagi,

    jadi elok rasanya saya rumuskan segala apayang telah bincangkan pada sesi kali ini.Mulanya saudari datang adalah untukmembincangkan masalah saudari dengankawan saudari yang tidak dapat memaafkankesalahan yang saudari telah lakukan.Kawan saudari juga cuba menjauhkan diridaripada saudari. Jadi dalam perbincangankali ini saudari telah bersetuju untuk

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    26/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    bersemuka dengan kawan saudari itu danmenerangkan perkara yang sebenar yangberlaku. Ini adalah beberapa langkah yangtelah saudari ambil dalam masa beberapaminggu ini. Jadi sekiranya saudarimemerlukan perbincangan lagi dengan sayasetelah beberapa minggu ini, saya mengalu-alukan kedatangan saudari.

    b. Penamatan Hubungan Kaunseling

    Hubungan kaunseling boleh ditamatkan jika matlamatkaunseling telah tercapai atau atas permintaan klien. Prosespenamatan harus diberitahu kerana pembimbing tidak bolehmengikat klien untuk terus bergantung kepadanya atausebaliknya.

    Panduan

    1. Pada penilaian pembimbing klien telah dapat berfungsidengan normal maka sesuailah dibuat penamatan

    2. Sekiranya didapati masalah klien telah dapatdiuruskan maka elok dibuat penamatan

    3. Namun jika klien sendiri ingin menamatkan sesimaka pembimbing harus menamatkan sesi.

    Contoh

    Pembimbing : "Nampaknya kita telah berjumpa sebanyak 3sesi dan saya lihat saudari sudah bertambahceria dan gembira sekarang berbandingpertama kali saudari bertemu dengan saya.Jadi saya beranggapan yang saudari sudahdapat menangani masalah yang dihadapidan saudari juga ada menyatakan yangsaudari sudah berbaik semula dengan kawanbaik saudari itu. Jadi saya rasa bolehlah kitatamatkan perhubungan kaunseling ini dandiharap saudari akan terus ceria dan

    gembira dalam kehidupan saudari yang akandatang."

    Followup

    Follow upmerupakan bahagian yang penting dalam penamatantap ianya kadangkala tidak digunakan dengan baiknya olehpembimbing (Okun, 1982). Follow upbermaksud menghubungi klien

  • 8/10/2019 PDF Kemahiran Kaunseling

    27/27

    Kemahiran Asas Kaunseling FEM3107/PEM3501/PERTAMA 2010

    untuk mengetahui kemajuan dirinya dan bagaimana ianyabertindakbalas dengan isu yang telah dibincangkan dalam sesikaunseling disamping melihat keselarasan kepada matlamatkaunseling yang telah bersama. Follow up boleh dilakukan dalam

    jangkamasa pendek atau panjang dan dillakukan dengan pelbagaicara. Cormier & Cormier (1979) telah mencadangkan langkah-langkah berikut dalam melakukan follow up ;

    a. Jemput klien datang ke sesi follow up bagi melihatbagaimana klien berdaya tindak dalam menghadapipermasalahannya. Dalam sesi follow upini, klien bolehmenunjukkan adaptasi kemahiran barunya melalui mainperanan bagaimana ia berfungsi dalam isu yang sedangdihadapinya.

    b. Pos inventori yang diisi sendiri oleh klien denganmenyatakan situasi dirinya sekarang dalam menangani

    masalah yang dihadapinya.

    [email protected]

    updated 15 Ogos 2010

    FEM3107/PEM3501Semester Pertama 2010/2011

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]