kemahiran hidupn pendidikan khas

10
KAJIAN ANALISIS TUGASAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS (PERKEBUNAN) Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Pengenalan Pada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu saya telah memilih seorang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran untuk melaksanakan RPI dalam kemahiran menyiram pokok bunga yang turut diajar dalam mata pelajaran kamahiran hidup. Kemahiran ini melibatkan beberapa langkah yang boleh disesuaikan dengan pelbagai kaedah berdasarkan modifikasi murid mengikut keupayaan dan kemudahan yang pihak sekolah sediakan kepada murid-murid di kelas pendidikan khas. Berdasarkan pemerhatian ketika sesi pengalaman berasaskan sekolah, mata pelajaran kamahiran hidup tidak di aplikasikan sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas yang boleh meningkatkan kemahiran psikomotor halus dan kasar mereka. Aktiviti dalam perkebunan melibatkan banyak kemahiran seperti kemahiran membaja, kemahiran menggembur tanah, kemahiran menjaga tanaman dan sebagainya termasuk kemahiran menyiram pokok yang merupakan kemahiran yang dipilih bagi tugasan ini. Maklumat Responden Nama: Muhd Nor Hakimi bin Rosli Umur: 12 Tahun Alamat: Kampung Nail,Kuala Besut Terengganu MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 5

Upload: rayyan-darwisy

Post on 06-Aug-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

KAJIAN ANALISIS TUGASAN KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS (PERKEBUNAN)

Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman

Pengenalan

Pada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang lalu saya telah memilih

seorang murid berkeperluan khas masalah pembelajaran untuk melaksanakan RPI

dalam kemahiran menyiram pokok bunga yang turut diajar dalam mata pelajaran

kamahiran hidup. Kemahiran ini melibatkan beberapa langkah yang boleh disesuaikan

dengan pelbagai kaedah berdasarkan modifikasi murid mengikut keupayaan dan

kemudahan yang pihak sekolah sediakan kepada murid-murid di kelas pendidikan

khas. Berdasarkan pemerhatian ketika sesi pengalaman berasaskan sekolah, mata

pelajaran kamahiran hidup tidak di aplikasikan sedangkan banyak perkara yang boleh

dilakukan oleh murid-murid pendidikan khas yang boleh meningkatkan kemahiran

psikomotor halus dan kasar mereka.

Aktiviti dalam perkebunan melibatkan banyak kemahiran seperti kemahiran

membaja, kemahiran menggembur tanah, kemahiran menjaga tanaman dan

sebagainya termasuk kemahiran menyiram pokok yang merupakan kemahiran yang

dipilih bagi tugasan ini.

Maklumat Responden

Nama: Muhd Nor Hakimi bin Rosli

Umur: 12 Tahun

Alamat: Kampung Nail,Kuala Besut Terengganu

Hobi: Bermain Bola

Cita-cita: Pemain Bola Sepak

Sekolah: SK Kuala Besut

Aliran: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (tahap kognitif rendah)

Bilangan adik-beradik: 3 Orang

Pencapaian Akademik:Tiada

Keistimewaan/Kebolehan: Penyerang dalam perlawanan bola sepakMOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 5

Page 2: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

LANGKAH-LANGKAH KEMAHIRAN MENYIRAM POKOK HIASAN / TANAMAN

BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN

1 Pakaian- murid mestilah bersedia

dengan pakaian yang sesuai untuk

berkebun bagi memudahkan murid

bergerak. Pakaian yang sesuai juga

dapat mengelakkan pakaian sekolah

murid daripada kotor. Murid

pendidikan juga adakalanya aktif

ketika berada diluar maka pakaian

seperti pakaian sukan dan memakai

topi berkebun (bagi perkebunan di

kawasan terbuka) adalah sesuai.

Pakaian sekolah tidak

sesuai digunakan.

Tetapi untuk

kemahiran ringan

seperti menyiram

pokok, pakaian

sekolah dibenarkan,

tetapi guru mesti

mengingatkan murid

agar berhati-hati dan

menjaga kebersihan.

2 Membawa alatan- Alatan yang di

bawa kadangkala ringan dan berat.

Murid hendaklah dipastikan

membawa barang yang bersesuaian

dengan kemampuan mereka. Jika

alatan terlalu banyak, bantuan dari

murid lain untuk menolong

hendaklah dibuat oleh guru bagi

memupuk nilai tolong-menolong di

kalangan mereka.

alatan menyiram

biasanya

menggunakan paip air

tetapi untuk mendidik

murid agar

mengamalkan

penjimatan air, bekas

menyiram air

digunakan kerana

ianya lebih ekonomik

selain mengelakkan

pembaziran.

3 Letak bekas (alatan) menyiram-

alatan yang dibawa hendaklah

diletak di tempat yang berdekatan

dengan tempat untuk melakukan

aktiviti berkebun tersebut. Untuk

aktiviti menyiram pokok bunga ini,

murid perlu mengisi air ke dalam

bekas siraman.

Bekas menyiram

diletakkan berdekatan

pili. Guru

memerhatikan agar

murid berhati-hati.

BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 6

Page 3: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

4 Mengisi air ke dalam bekas-

Bekas menyiram diisikan dengan air.

Pengamatan murid semasa mengisi

air membantu murid menganggarkan

setakup mana air yang sesuai diisi.

Guru akan memerhati agar murid

tidak bermain dengan air atau

membazir. Paip ditutup apabila air

penuh. Bekas air diangkat ke tempat

pasu yang hendak disiram.

Murid boleh

mengaplikasikan

amalan menjimatkan

air.

5 Membuang sampah dari pasu-

Sebelum murid menyiram pokok.

Murid mestilah memastikan

sebarang bendasing yang boleh

menghalang air dari menghalang

pengaliran air kepada akar tumbuhan

yang hendak di siram.

Daun kering biasanya

terdapat dalam pasu.

Permukaan tanah

yang keras juga perlu

digemburkan sebelum

murid

6 Menggembur tanah-

Murid menggembur tanah untuk

memudahkan pengaliran air masuk

dan keluar.

Tanah yang keras

digemburkan dengan

serampang tiga mata.

7 Menyiram –

Setelah selesai murid boleh mula

menyiram guru hendaklah

memastikan bahawa murid tidak

menyiram terlalu banyak agar tidak

berlaku perbaziran. Air yang ada

digunakan untuk menyiram pokok

yang lain.

Memastikan murid

menyiram pokok-

pokok yang lain

secara sekata dan

semua pokok disiram

bukan satu pokok

sahaja.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 7

Page 4: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

BIL LANGKAH-LANGKAH GAMBAR CATATAN

8 Menyiram semua pokok-

Murid menyiram pokok yang lain.

Apabila air habis, langkah 4 hingga 7

diulang untuk memastikan semua

pokok disiram mengikut waktu yang

sesuai.

Bantuan murid lain

mungkin diperlukan

oleh murid dengan

menolong mengisikan

air.

9 Alatan menyiram disimpan-

Setelah selesai menyiram, murid

mestilah memastikan alatan

disimpan. Pastikan sekali lagi pili

paip ditutup.

Alatan disimpan

ditempat yang

dikhaskan agar alatan

tidak hilang atau

sukar untuk dicari.

Biasanya rak

digunakan untuk

menyimpan alatan.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 8

Page 5: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

KEBERKESANAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Pengenalan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu instrumen yang sangat

penting dalam merancang aktiviti pengajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran. Ia adalah satu garis panduan atau alat pengurusan yang dibina bagi

memastikan pelajar-pelajar berkeperluan khas menerima pendidikan khas dan

perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Smith &

Luckasson, 1995). RPI ini berasal dari Amerika Syarikat yang terhasil daripada satu

perundangan, iaitu ‘Public Law 94-142’ yang telah diluluskan oleh Kongres Amerika

Syarikat pada tahun 1975 (Mohd. Siraj, 1995) dan telah terbukti memberi banyak

manafaat di samping memberi perlindungan kepada pihak-pihak tertentu khususnya

pelajar-pelajar khas yang memerlukan perkhidmatan pendidikan yang bercorak individu

(Mohd. Siraj, 1995). Namun begitu tidak seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai

peruntukan perundangan bagi mewajibkan pelaksanaan RPI iaitu ‘Public Law 94-142’,

negara kita masih lagi tiada perundangan yang khusus mengenai keperluan

pelaksanaan RPI ini (Abdul Rahim, 2000). Sejak bermulanya pelaksanaan RPI di

negara kita sehingga kini tidak terdapat banyak maklumat yang diperolehi mengenai

tahap keberkesanan dan juga masalah-masalah yang dihadapinya.

Keberkesanan RPI Yang Dilaksanakan

Daripada pelaksanaan kemahiran menyiram pokok bunga salah satu dari aktiviti

perkebunan saya dapati murid berjaya mengikut arahan berdasarkan penerangan yang

telah dijelaskan sebelum berjaya melaksanakan sendiri setiap langkah yang betul

dalam menyiram pokok. Responden dalam RPI ini ialah murid bermasalah

pembelajaran yang lembam (slow learner). Perubahan dari segi pemahamannya

meningkat apabila modifikasi digunakan. Ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang

tinggi kepada murid (Hakimi) berbanding penerangan yang kompleks yang menyukar

Hakimi untuk memahaminya.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 9

Page 6: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

Penglibatan Ibubapa

Melalui data-data yang diperolehi adalah sangat jelas bahawa proses

pembinaan RPI yang dirancang belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.

Faktor utama ialah tahap penglibatan ibu bapa, pelajar, pentadbir sekolah dan juga

kumpulan sokongan semasa proses membina RPI adalah amat tidak memuaskan. Di

samping itu, proses pengumpulan maklumat pelajar juga masih belum mantap dan

perlu diperbaiki. RPI juga masih lagi lemah apabila kekurangan penglibatan ibu bapa

adalah kerana sesi pertemuan ibu bapa dengan pihak sekolah diadakan pada waktu

bekerja, kurang pendedahan kepada ibu bapa mengenai hak-hak mereka selain

daripada sikap tidak ambil tahu ibu bapa itu sendiri. Situasi ini harus diperbaiki di mana

pihak guru dan sekolah terutamanya haruslah bersikap proaktif bagi membina

rangkaian perhubungan yang lebih efektif dengan ibu bapa di samping memberi

kesedaran kepada ibu bapa tentang hak mereka dan juga tujuan dan kepentingan

pembinaan RPI terhadap proses pendidikan anak mereka. Ibu bapa seharusnya

menjadi anggota yang paling penting di dalam mesyuarat RPI dengan membuat

keputusan berkenaan bentuk pengajaran dan juga sebagai jurubela bagi anak mereka

(Welch & Sheridan, 1995) dan bukannya sebagai pemerhati sahaja.

Penglibatan Murid

Penglibatan pelajar di dalam proses pembinaan RPI amat penting kerana pelajar

yang terlibat secara aktif di dalam pembinaan RPInya akan lebih berpengetahuan

mengenai ketidakupayaan dirinya, haknya sebagai pelajar dari segi perundangan

(Mason et. al, 2004), berkomunikasi dengan lebih baik mengenai kekuatan, keperluan,

matlamat dan kemajuan mereka (Battle et. al di dalam Torgesen et. al, 2004). Selain

itu, hal ini memberi peluang kepada pelajar bagi melakukan pembelaan kendiri

(Snyder, 2002). Sehubungan dengan itu, seharusnya pelajar khas ini diberi peluang

untuk memainkan peranan yang lebih aktif di dalam proses pembinaan RPI dan segala

pandangan dan kehendak mereka haruslah diberi perhatian yang sewajarnya. Peluang

penyertaan ini amat penting kerana pelajar khas juga mempunyai hak dalam

menentukan arah tuju pendidikan mereka.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 10

Page 7: Kemahiran Hidupn Pendidikan Khas

Penilaian RPI

Penilaian RPI yang sistematik dan berterusan adalah amat penting bagi

memastikan perancangan dan strategi pengajaran yang bersesuaian dapat

dilaksanakan terhadap pelajar. Antara beberapa sebab mengapa penilaian yang

sistematik dan teratur tidak dapat dijalankan adalah kerana guru-guru kurang

kemahiran untuk melakukan penilaian yang mantap dan juga sikap ambil mudah guru

yang menggunakan instrumen penilaian yang kurang bersesuaian seperti

menggunakan instrumen yang sama bagi sekumpulan pelajar daripada pelbagai

peringkat pencapaian dan bukan berasaskan RPI masing-masing.

PENUTUP

Pada keseluruhannya didapati pelaksanaan RPI yang telah dijalankan adalah

Berjaya tetapi masih belum benar-benar mantap ekoran dari beberapa kekurangan

seperti aspek-aspek latihan guru, penglibatan ibu bapa, penglibatan pelajar dan sistem

pemantauan yang berkesan haruslah dipertingkatkan lagi supaya program RPI ini tidak

dilaksanakan umpama melepaskan batuk di tangga sahaja. Bagi memastikan

keberkesanan RPI ini, semua pihak yang terlibat harus sedar tangungjawab mereka di

samping memberi komitmen yang tinggi kerana RPI tidak akan berjaya tanpa

penglibatan semua pihak.

MOHD SABRI BIN A RAHMAN Page 11