kemahiran guru pendidikan khas bermasalah

24
KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU AN PENDENGARAN DIKALANGAN MURID-MURID KHAS BERMASALAH PENDENGARAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN INTERGRASI DI NEGERI PERAK NOREHA BINTI MOHD YUSOF KOD PENYELIDIKAN UPSI: 03-17-35-07 FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

Upload: ngophuc

Post on 13-Jan-2017

273 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PENDENGARAN

TERHADAP PENGGUNAAN ALAT BANTU AN PENDENGARAN

DIKALANGAN MURID-MURID KHAS BERMASALAH

PENDENGARAN DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

DAN INTERGRASI DI NEGERI PERAK

NOREHA BINTI MOHD YUSOF

KOD PENYELIDIKAN UPSI: 03-17-35-07

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

ABSTRAK

Kepentingan alat bantuan pendengaran kepada pelajar-pelajar bermasalah pendengaran tidak

pernah di pertikaikan oleh mana-mana pihak. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam

penggunaan alat bantu dengar dikalangan pelajar-pelajar khas bermasalah pendengaran

memberi kesan yang mendalam dalam proses pembeiajaran pelajar-pelajar bemiasalah

pendengaran. Keberkesanan penggunaan alat bantuan pendengaran di kalangan pelajar-pelajar

bermasalah pendengaran masih kurang diberi perhatian. Alat bantuan pendengaran yang

digunakan di sekolah tidak di manafaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar bemiasalah

pendengaran Kajian ini melibatkan 60 orang yang guru yang mengajar di kelas bermasalah

pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas dan Integrasi negeri Perak. Rekabentuk kajian ini

adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan temu bual. Skor tersebut dikira

dalam bentuk peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru pendidikan khas

bermasalah pendengaran mempunyai kemahiran yang mencukupi dan sanggup untuk

mengendalikan penyelenggaran secara asas alat bantuan pendengaran pelajar-pelajar

bermasalah pendengaran. Walau bagaimanapun, pihak sekolah ataupun pihak kementerian

perlu mengujudkan secara formal program pemereksaan alat bantuan pendengaran yang

sistematik dan berkala disekolah.

Page 3: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

iv

THE SKILL OF SPECIAL EDUCATION TEACHERS OF THE HEARING

IMPAIRED IN THE USAGE OF HEARING AID AMONG HEARING

IMPAIRED STUDENTS IN SPECIAL EDUCATION SCHOOL

AND INTERGRATION PROGRAM IN

THE STATE OF PERAK

ABSTRACT

The importance of hearing aid to hearing impaired students was never d i spu ted by any

quarters. The knowledge and skills of special education teachers of the hearings i m p a i r e d in

the usage of hearing aid among hearing impaired students have a significant i m p a c t in the

learning process of the hearing impaired students. The effectiveness in the usage of hearing

aid among hearing impaired students has not been given a proper emphasis. T h e used of

hearing aids in schools, is not benefited to its fullest extent by the hearing impaired students.

This study involves 60 teachers who presently teach hearing impaired students in special

education schools and integrated programs in the state of Perak. The research d e s i g n is based

on survey through the used of questionnaires and interview. The score obtained is c o m p u t e d

based on percentage and statistical mean. The findings indicate that the special educat ion

teachers of the hearing impaired have the necessary skills and are willing to handle t h e basic

maintenance of hearing aids of hearing impaired students. However, school a u t h o r i t i e s or the

Ministry of Education should formalized systematic and periodic checks p r o g r a m on the

hearing aid in schools.

Page 4: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

KANDUNGAN

muka surat

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v

SENARAIJADUAL vii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang kajian 1

1.3 Pernyataan masalah 4

1.4 Tujuan kajian 5

1.5 Objektifkajian 5

1.6 Kepentingan kajian 6

1.7 Kerangka konsepsual kajian 7

1.8 Batasan kajian 8

1.9 Defmisi Istilah Operasional 8

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Hak mendapatkan pendidikan yang saksama 11

2.3 Pengalaman persekolahan kanak-kanak bermasalah pendengaran 12

2.4 Alat bantuan pendengaran 13

2.5 Tangungjawab masyarakat 14

2.6 Pengukuran tahap kepekakan 16

Page 5: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

vi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk kajian 20

3.3 Sampel kajian 21

3.4 Instrumen kajian 22.

3.5 Prosedur penganalisaan data 23

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

4.2 Latarbelakang dan pengelaman guru

4.3 Komponen alat bantuan pendengaran

4.4 Menguji kefungsian alat bantuan pendengaran

4.5 Faktor mempengaruhi fungsi alat bantuan pendengaran

4.6 Rumusan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 36

5.2 Kesimpulan 36

5.2.1 Mengenalpasti tahap penguasaan alat bantuan pendengaran 38

dikalangan guru

5.2.2 Mengenalpasti penjagaan alat bantuan pendengaran 39

5.2.3 Faktor yang boleh meningkatkan penggunaan alat bantuan 40

pendengaran

5.3 Cadangan 40

5.4 Penutup 44

26

26

3 0

3 1

3 3

3 4

RUJUKAN

LAMPIRAN

Soal selidik

4 5

Page 6: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

VII

SENARAI JADUAL

Jadual mulca surat

2.1 Tahap pendengaran dan ciri-ciri umum 18

3.1 Sampel kajian 21

3.2 Pengkelasan soalan alat bantuan pendengaran 22

3.3 Skor Skala Likert berdasarkan skala lima (5) peringkatan 24

4.1 Pecahan guru mengikut jantina 27

4.2 Pecahan guru mengikut umur 27

4.3 Pecahan guru mengikut kaum 28

4.4 Pengelaman guru 26

4.5 Kelayakan guru 27

4.6 Skor kumpulan bahagian B : komponen alat bantuan pendengaran 30

4.7 Skor kumpulan bahagian C : menguji kefungsian alat bantuan 31

pendengaran

4.8 Skor kumpulan bahagian D : factor mempengaruhi fungsi alat bantuan 33

pendengaran

4.9 Skor min taburan kekerapan 35

Page 7: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

1.1 Kerangka konseptual kaj ian 7

Page 8: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, kepentingan

kajian, tujuan, objektif, persoalan kajian, batasan dan kesimpulan. Latar belakang

kajian memperjelaskan perkara yang mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian

ini. Tiga persoalan kajian dibina berdasarkan pernyataan masalah.

1.2 Latarbelakang kajian

Masalah pendengaran merupakan salah satu aliran dalam bidang pendidikan khas.

Kecacatan ini menjadi penyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik dan

sahsiah pelajar. Ketidakupayaan mendengar menyebabkan mereka sering ketinggalan

terutamanya dalam bidang akademik dan sosial berbanding dengan rakan-rakan

normal.

Page 9: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

2

Bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran, penguasaan pertuturan atau

bahasa tidak akan berlaku secara automatik seperti pelajar-pelajar normal yang

mempunyai pendengaran yang lengkap. Mereka perlu belajar mendengar dan bertutur

melalui usaha-usaha ibu bapa, guru, ahli sokongan profesional seperti terapis

pertuturan dan audiologis, melalui aktiviti-aktiviti yang terancang mengikut keperluan

dan tahap individu itu.

Melalui perkembangan teknologi alat bantuan pendengaran dan penggunaan

pelbagai pendekatan rawatan pertuturan adalah yang lebih berkesan Pelajar-pelajar ini

dapat dilatih dan seterusnya meningkatkan perkembangan pertuturan dan komunikasi

mereka.

Mereka yang berjaya menguasai pertuturan mempunyai banyak kelebihan

berbanding dengan yang hanya berisyarat. Mereka dapat berinteraksi dengan lebih

bermakna dengan masyarakat yang mendengar, lebih berdikari dan mempunyai

pemilihan yang lebih luas dalam aspek-aspek pendidikan, sosial dan kerjaya.

Kepentingan alat bantuan pendengaran kepada pelajar-pelajar bermasalah

pendengaran tidak pernah di pertikaikan oleh mana-mana pihak. Pengetahuan dan

kemahiran guru dalam penggunaan alat bantu dengar dikalangan pelajar-pelajar khas

bermasalah pendengaran memberi kesan yang mendalam dalam pembelajaran pelajar-

pelajar bermasalah pendengaran.

Alat bantu dengar ialah kumpulan alat litar elekronik kecil yang direka bentuk

untuk menerima bunyi dan menyalurkan bunyi keluar yang lebih kuat. Ianya direka

Page 10: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

3

untuk memperbaiki pengalaman auditori individu yang mengalami masalah

pendengaran.

Bagi pelajar-pelajar, pengalaman ini adalah penting kerana kebolehan

menangkap bunyi yang jelas terhadap persekitaran mereka, mereka akan berpeluang

untuk memperkembangkan kebolehan berkomunikasi.

Menurut Maltby dan Knight (2000) semua alat bantu pendengaran mempunyai enam

(6) komponen asas, iaitu

1. Mikrofon (Microphone) - memerangkap bunyi daripada persekitaran

dan menukarkannya kepada signal elektrik.

2. Amplifier- menambahkan kekuatan signal elektrik

3. Sumber tenaga (Power Supply) - Sumber tenaga datangnya daripada

bateri yang memberi tenaga untuk menambahkan output bunyi.

4. Kawalan bunyi (Volume Control) - melaraskan aras amplifikasi

5. Alat penerima (Receiver) - menukar signal elektrik kepada bunyi.

6. Acuan Telinga (Earmould) - menyambung alat penerima kepada alat

bantu pendengaran.

Alat bantu dengar tidak dapat mengembalikan atau menjadikan pendengaran

kepada tahap normal, namun ianya dapat memberikan pengalaman bunyi yang

sebaiknya berbanding dengan ketiadaan langsung menerima sebarang bunyi. Alat ini

memberi peluang kepada pemakainya untuk menggunakan sisa-sisa pendengaran yang

ada pada mereka.

Page 11: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

4

1.3 Pernyataan masalah

Penggunaan alat bantuan pendengaran sangat penting bagi pelajar-pelajar bermasalah

pendengaran untuk membantu mereka mendengar dan mempelajari pertuturan.

Keberkesanan penggunaan alat bantuan pendengaran di kalangan pelajar-pelajar

bermasalah pendengaran masih kurang diberi perhatian.

Most (2002) menyatakan, penyelidik mendapati kadar gangguan kefungsian alat

bantuan pendegaran adalah diantara 25% hingga 69% apabila alat bantuan

pendengaran di pereksa pada waktu yang berbeza di hari sekolah. Kegagalan

kefunsian alat bantu pendengaran adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan

tentang alat bantuan pendengaran dan penyelenggaraan yang salah terhadapnya.

Reichman dan Healey (1989) dalam kajian mereka mendapati kurang daripada

50% sekolah melaksanakan pemereksaan alat bantuan pendengaran pelajar-pelajar

secara konsisten dan sistematik.

Alat bantuan pendengaran yang digunakan di sekolah tidak di manafaatkan

sepenuhnya oleh pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Sebilangan besar guru-guru

khas bermasalah pendengaran tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran

secukupnya mengenai alat bantuan pendengaran dan penjagaan asas bagi alat tersebut.

Keberkesanan penggunaan alat bantuan pendengaran bergantung kepada kemahiran

guru dalam mengenalpasti fungsi-fungsi dan komponen-komponen dalam penjagaan

alat bantuan pendengaran

Page 12: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

5

Akibatnya penggunaan alat bantuan pendengaran tidak dapat di raanafaat

sepenuhnya oleh pelajar bermasalah pendengaran. Jika keadaan ini berterusan

matlamat untuk membantu pelajar bermasalah pendengaran yang masih mempunyai

saki pendengaran untuk menguasai kemahiran berkomunikasi akan menemui

kegagalan.

1.4 Tujuan kajian

Kajian yang di jalankan ini adalah untuk mengkaji kemahiran guru terhadap

penggunaan alat bantuan pendengaran. Alat bantuan pendengaran ini mempengaruhi

pencapaian dan penguasaan subjek yang akan di ajar di sekolah.

1.5 Obj ektif kaj ian

1.5.1 Mengenalpasti tahap penguasaan alat bantuan pendengaran di kalangan

guru yang mengajar program bermasalah pendengaran.

1.5.2 Mengenalpasti penjagaan asas yang perlu diketahui oleh guru terhadap

penggunaan alat bantuan pendengaran.

1.5.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan penggunaan alat

bantuan pendengaran diprogram bermasalah pendengaran.

Page 13: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

6

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap kemahiran guru bermasalah

pendengaran terhadap penggunaan alat bantuan pendengaran di program bermasalah

pendengaran di negeri Perak. Dapatan kajian ini boleh membantu mempertingkatkan

penggunaan alat bantuan pendengaran di kalangan pelajar bermasalah pendengaran.

Di samping itu dapatan kajian dapat melengkapkan kemahiran asas guru terhadap

fungsi dan penjagaan asas serta penggunaan alat bantuan pendengaran murid

bermasalah pendengaran.

Page 14: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

Page 15: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

8

1.8 Batasan kajian

Kajian hanya dapat dijalankan di Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran

dan Program Integrasi Bermasalah Pendengaran Negeri Perak. Sampel terdiri daripada

60 orang guru yang mengajar di kelas bermasalah pendengaran dan guru Pusat

Khidmat Negeri Perak.

Kajian ini berdasarkan kepada satu jenis alat bantu dengar yang pilih iaitu jenis

Behind The Ear (BTE). Ini adalah disebabkan pemakaian BTE merupakan salah satu

jenis alat bantu pendengaran yang digunapakai oleh hampir keseluruhan sekolah di

Malaysia.

1.9 Definisi Istilah Operasional

Di dalam kajian ini pengkaji menggunakan beberapa istilah yang akan didefinisikan

mengikut kontek kajian.

1.9.1 Keberkesanan

Keberkesanan adalah keadaan atau hal yang berkesan atau dalam kata lain adalah

bekas menimbulkan atau mendatangkan akibat mahu pun perubahan (Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

Page 16: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

9

1.9.2 Kaedah

Menurut Dewan Bahasadan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia (1992)

kaedah adalah cara atau peraturan membuat sesuatu hukum atau prinsip. Pada

dasarnya ia melibatkan kaedah mengajar ataupun cara mengajar.

1.9.3 Pemulihan

Pemulihan adalah hal atau perbuatan untuk memulihkan sesuatu (Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Istilah "pemulihan" boleh

dihuraikan sebagai suatu proses bagi memulih atau memperbaiki seseorang yang cacat

secara fizikal, emosi dan vokasional supaya ia boleh menggunakan kebolehan yang

ada ke maksimum dalam segala aspek kehidupan.

1.9.4 Alat bantuan pendengaran (.Hearing aid)

Alat bantu pendengaran {hearing aid) ialah alatan sistem pembesar suara bersaiz kecil

yang mempunyai komponen-komponen mikrofon, amplifier, penerima (receiver) dan

sumber kuasa. Ia dibuat untuk membuat bunyi yang diterima menjadi lebih kuat dan

memungkinkan didengar oleh individu yang menghadapi masalah pendengaran.

1.9.5 Pertuturan

Pertuturan adalah kaedah yang memerlukan orang bermasalah pendengaran

menuturkan bahasa lisan seperti manusia normal. Pertuturan membabitkan sistem

fonetik, morfologi, dan sintaksis. Pertuturan melibatkan alat artikulasi orang pekak

sama seperti manusia normal. Penguasaannya membolehkan orang bermasalah

Page 17: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

10

pendengaran dan orang normal sama-sama mengalami apa-apa yang ada di sekeliling

mereka. Kaedah pertuturan membolehkan orang bermasalah pendengaran berinteraksi

dan menyatakan fikiran, pendapat dan sebagainya seperti orang normal.

1.9.6 Sekolah khas

Sekolah khas yang terdapat di Malaysia dimaksudkan sebagai sekolah yang dikhaskan

untuk penempatan kanak-kanak khas dalam kategori kanak bermasalah pendengaran

dan bermasalah penglihatan. Hanya satu kategori kanak-kanak sahaja ditempatkan di

sekolah khas yang ditadbirkan oleh satu pentadbiran seperti mana sekolah kanak-

kanak normal yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga terdapat perbezaan

seperti penggunaan bahasa isyarat untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran dan

penggunaan braille untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Page 18: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

11

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menyatakan pelajar bermasalah pendengaran (berkeperluan khas) berhak

mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan saksama serta beberapa petiyelidikan /

kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan alat bantuan pendengaran kanak-kanak

bermasalah pendengaran.

2.2 Hak mendapatkan pendidikan yang saksama

Kanak-kanak bermasalah pendengaran berhak untuk mendapat peluang pembelajaran

yang sama seperti kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun pengalaman

persekolahan kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah berbeza daripada kanak-

kanak normal

Page 19: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

12

Pembelajaran pelajar-pelajar bermasalah pendengaran menurut pandangan

Knight dan Swanwick (1999) adalah berbeza daripada pelajar-pelajar normal. Begitu

juga cara berfikir mereka adalah berbeza dengan pelajar normal. Ini tidak bermakna

kecerdikkan pelajar-pelajar masalah pendengaran maupun daya kefahaman mereka

mengenai sesuatu subjek itu tidak setara atau sebaik pelajar normal cuma cara mereka

memahami dan melihat kehidupan ini berlainan dengan pelajar normal.

Pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah lebih komplek

berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu

menguasai bahasa isyarat untuk pembelajaran mereka dalam alam persekolahan.

Disamping itu saki baki pendengaran yang ada perlu dimajukan supaya mereka dapat

menguasai bahasa pertuturan

2.3 Pengalaman persekolahan kanak-kanak bermasalah pendengaran

Semua ibu bapa mengharapkan pengalaman persekolahan anak-anak adalah suatu

yang positif dan menyeronokkan. Pengalaman persekolahan memainkan peranan yang

signifikan dalam kehidupan semua kanak-kanak yang mana akan mempengaruhi dan

memberi kesan terhadap perkembangan mereka apabila dewasa dan juga dalam alam

perkerjaan.

Persekolahan memerlukan kekuatan dalaman bagi semua kanak-kanak dalam

proses pembelajaran dan juga perubahan sosial bermula seawal 4 tahun. Menurut

Knight dan Swanwick (1999) sokongan pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah

Page 20: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

13

pendengaaran bukanlah untuk memelihara mereka daripada cabaran-cabaran tersebut

tetapi untuk membolehkan mereka mengambil bahagian sepenuhnya dan

meningkatkan potensi dalam lapangan ini.

2.4 Alat bantuan pendengaran

Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi

harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh

kanak-kanak ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan

pertuturan mereka akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat

bantuan pendengaran boleh membantu sisa pendengaran yang dimiliki kanak-kanak

bermasalah pendengaran mendengar bunyi-bunyi persekitaran yang tidak dapat

didengar sebelumnya.

Menurut Sweetow (1999) statistik telah menunujukkan bahawa walaupun

terdapat kemajuan teknologi kita masih lagi tidak dapat meningkatkan kepuasan

dikalangan penggunaan alat bantu dengar. Tiada terdapat pembuktian untuk

menyatakan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan ibu

bapa yang berpendapatan rendah adalah lebih mahir dalam penjagaan alat bantu

dengar ataupun dapat memberi lebih manafaat atau kepuasaaan pada pemakaiannya.

Jika objektif utama adalah untuk membantu seseorang untuk mendengar lebih

baik, faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan dalam penggunaan alat bantu

Page 21: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

14

mendengar perlu dikaji. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat

bantuan pendengaran adalah seperti berikut:

2.3.1 Teknologi produk alat bantuan pendengaran

Teknologi produk masakini telah memberikan bunyi yang lebih baik

dan lebih jelas daripada sebelumnya.

2.3.2 Pemilihan dan prosedur pemasangan.

Pemilihan dan pemasangan memerlukan alat yang bersesuaian pada

pemakainya.

2.3.3 Sikap persekitaran

Sikap profesional adalah konsisten memandangkan mereka boleh

membantu apabila bantuan diperlukan.

2.3.4 Sikap pemakai

Sikap pemakai termasuk motivasi, sikap kesabaran dan kendiri

pemakai. Walaupun stigma pemakai alat bantu dengar wujud pemakai

tersebut harus terus memakai alat bantu dengar.

2.5 Tanggungjawab masyarakat

Apabila seseorang pelajar diberi alat bantu dengar untuk dipakai adalah menjadi

tanggungjawab masyarakat khasnya guru, audiologis, ibu bapa dan amnya masyarakat

Page 22: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

15

sekeliling untuk membantu mereka mendapatkan kemahiran dalam mendengar.

Mengajar pelajar untuk memahami maksud bahasa pertuturan adalah kunci kepada

penggunaan jangka masa panjang alat bantu dengar. Oleh yang demikian pelajar patut

diajar perkara-perkara berikut.

� Cara mendengar

� Menunjukkan minat untuk mendengar orang yang sedang bercakap

menggunakan eye contact dan body language.

� Menghayati mood penutur.

� Menggunakan kemahiran andaian.

� Merumuskan ayat-ayat penutur.

� Menumpu perhatian kepada penutur dan tidak menghiraukan

gangguan-gangguan persekitaran.

� Jangan putus asa untuk mendengar.

� Kaji kesilapan dalam strategi mendengar.

Sebagai guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, kita hendaklah sentiasa

peka dengan kepentingan dan keperluan pelajar yang mengalami masalah

pendengaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Dengan ini, guru haruslah menyedari bahawa pelajar bermasalah pendengaran

selalunya memerlukan pemakaian alat bantu dengar bagi membantu mereka untuk

mendengar sebarang bunyi di persekitaran mereka. Pemakaian alat bantu dengar yang

bersesuaian dapat meningkatkan kemahiran bagi mendengar dan dapat berkomunikasi

mengikut tahap pendengaran dan kemampuan mereka.

Page 23: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

16

2.6 Pengukuran Tahap Kepekakan

Cartwright Ward (1995) menyatakan kepekakan ialah kecacatan pendengaran yang

teruk sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai masalah dalam memproses

maklumat linguistik. Untuk itu tahap kepekakan perlu diukur, Chua Tee Tee (1992)

mengukur tahap kehilangan pendengaran ini kepada beberapa tahap:

Normal

Mereka yang boleh mendengar bunyi pertuturan di antara 10 hingga 27 dB.

Kanak-kanak pada tahap ini boleh mendengar semua jenis bunyi dan tidak

mengalami kerosakan deria pendengaran.

Ringan (Slight)

Mereka yang berada pada tahap 27 - 40 dB iaitu mereka yang sukar

mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh.

Sederhana (Mild)

Mempunyai tahap pendengaran pada tahap 41 - 55 dB yang hanya boleh

mendengar jarak bunyi dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter. Kanak-kanak

jenis ini memerlukan alat bantuan pendengaran untuk membantunya

mendengar bunyi perlahan.

Page 24: KEMAHIRAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

17

Sederhana teruk (Moderate /Marked)

Mereka yang berada pada tahap 71 - 90 dB hanya boleh mendengar bunyi

pada jarak 0 hingga 0.35 meter serta dapat membezakan sesetengah bunyi

sahaja. Fenomena ini menyebabkan mereka menghadapi masalah pertuturan.

Teruk (Severe)

Mereka yang berada pada tahap 71 - 90 dB hanya boleh mendengar bunyi

pada jarak 0 hingga 0.35 meter serta dapat membezakan sesetengah bunyi

sahaja. Fenomena ini menyebabkan mereka menghadapi masalah pertuturan.

Sangat Teruk (Profound/Extreme)

Tahap pendengaran yang tidak bergantung sepenuhnya kepada auditori atau

deria pendengran. Tahap 90 dB ke atas menyebabkan mereka sukar untuk

mendengar bunyi yang perlahan. Mereka memerlukan alat bantuan

pendengaran dan menjalani terapi pertuturan untuk menguasai bahasa.

Hubungan darjah kehilangan pendengaran dengan keupayaan kefahaman

bahasa pertuturan ditunjukkan dalam jadual. Tahap keupayaan pendengaran boleh

diklasifikasikan mengikut darjah kehilangan pendengaran Halahan dan Kauffman

(2000).