pendidikan khas (masalah pembelajaran) -...

36
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DRAF TAHUN LIMA PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Upload: vodang

Post on 11-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

DRAF

TAHUN LIMA

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Page 2: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

DRAF

TAHUN LIMA

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Page 3: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN LIMA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

Page 6: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

Page 7: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6

PENTAKSIRAN 7

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 9

DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN PENTAKSIRAN 11

Page 8: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan

kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan

seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat

holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang

dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk

secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:

i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran

ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti

iii susunan aktiviti; dan

iv bahan bantu mengajar

...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan

(1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam

kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan

berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka

menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani

kehidupan dengan lebih bermakna.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan

matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan

murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan

kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi

warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari

dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan

berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan

sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi

yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

Page 9: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

2

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama

yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain

bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk

pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang

perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh

lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid

sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

Page 10: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat,

dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan

bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6

aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing

pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran

memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial,

pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya

mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata

pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran

inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu

menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke

aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka

sendiri.

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 11: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

4

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme,

Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial,

Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan

Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan

ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan

Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum,

kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau

tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan

mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti

dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam

KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21.

Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum

supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti,

dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian

Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan dengan

pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat.

Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan

inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen

ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti

yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing

dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka

mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti

yang positif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan

dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan

sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan

keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan;

dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan

teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian

komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan

simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar

dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus

atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi

Page 12: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

5

penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam

menggunakan TMK iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,

ke arah melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia,

bertakwa dan beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam memberi

pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta

nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan

ketatanegaraan. Mata pelajaran ini disusun di bawah lima tajuk utama

iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Jawi, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak

Islamiah dan Sirah Nabawiyah.

Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Modul Pengajaran Pendidikan Islam:

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada mata pelajaran di aliran

perdana dan bertujuan untuk membantu guru menjalankan pengajaran

dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul

yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif

dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pendidikan Islam:

Modul Pembelajaran Pendidikan Islam disediakan untuk kegunaan

murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji dan

mengukuhkan kefahaman murid untuk mencapai atau menguasai

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Kaedah Hafazan

Kaedah Amali

Pelbagai Unsur Terapi

Pembelajaran Masteri

Kaedah Simulasi

Kaedah Perbincangan

Pembelajaran Kolaborasi

Page 13: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

6

Pendekatan Permainan

Belajar Melalui Bermain

Pembelajaran Interaktif

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Pengalamian

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana

yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang

rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan

pendidikan khas.

(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 2013).

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan

tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

2000)

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan

penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan

murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan

ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan.

Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang

keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang

untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan

kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan

dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan

individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan

dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

Page 14: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

7

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan

pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa

yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh

guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan,

pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan

atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk

menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha

menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti

berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang

jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan

potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri

berikut:

Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang

penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan

nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan

PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan

standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan

(growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran

Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang

sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai

apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan

menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam

pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu

dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak

sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi

membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami,

menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang

Page 15: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

8

berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP.

Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai

dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Tafsiran Umum

MAKSUD TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN UMUM

Tahu 1

Murid tahu perkara asas, atau boleh

melakukan kemahiran asas atau

memberi respons terhadap perkara

yang asas.

Tahu dan

Faham 2

Murid menunjukkan kefahaman

untuk menukar bentuk komunikasi

atau menterjemah serta menjelaskan

apa yang telah dipelajari.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat

3

Murid menggunakan pengetahuan

untuk melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu situasi.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

4

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran dengan beradab, iaitu

mengikut prosedur atau secara

Beradab sistemati.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Terpuji

5

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran pada situasi baharu,

dengan mengikut prosedur atau

secara sistematik, serta tekal, dan

bersikap positif.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Mithali

6

Murid berupaya menggunakan

pengetahuan dan kemahiran sedia

ada untuk digunakan pada situasi

baharu secara sistematik, bersikap

positif, kreatif dan inovatif, serta

boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Page 16: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

9

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran

Pendidikan Islam

Tafsiran mata pelajaran

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran

Sekolah

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah

perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan

bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan

menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi

yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan

standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada

setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik

dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan

disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan

untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang

dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam

satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan

adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan

hasil akhir yang diperoleh.

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1

Mengetahui asas membaca Al- Quran, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasulullah SAW dan mengenal huruf jawi.

2

Memahami asas membaca Al-Quran, memahami asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasulullah SAW dan mengecam huruf jawi

3

Mempamerkan kebolehan asas membaca Al-Quran, melakukan asas ibadah, adab, memahami asas akidah, sirah Rasulullah SAW serta boleh membaca dan menulis jawi

4

Mempamerkan kemahiran membaca Al-Quran, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, melaksanakan ibadah, adab tertentu serta mampu membaca dan menulis jawi

5

Mengaplikasi kemahiran membaca Al-Quran, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik

6

Mahir membaca Al-Quran, menghayati akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian serta mahir membaca dan menulis jawi

Page 17: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DRAF

10

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau

subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting

untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid

tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang

penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan,

kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu

atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik

Page 18: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

TILAWAH AL-QURAN

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

1.1 Mengenal dan

membaca kalimah bertanda sukun ( )

1.1.1 Mengenal tanda sukun ( ) 1.1.2 Menyebut kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ) 1.1.3 Membaca yang mengandungi bertanda sukun ( )

1

Mengenal tanda sukun ( )

2

Membunyikan huruf bertanda sukun ( ) dalam kalimah.

3

Menyebut kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan talaqqi musyafahah.

4

Menyebut dan membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan betul.

5

Membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan betul dan bertajwid.

6

Membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan sempurna dan fasih.

Page 19: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

2.1 Membaca Surah

Al-Ma’un

2.1.1 Mengenal dan menyebut

kalimah tertentu dari Surah Al-

Maun.

2.1.2 Membaca ayat satu Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.3 Membaca ayat dua Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.4 Membaca ayat tiga Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.5 Membaca ayat empat Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.6 Membaca ayat lima Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.7 Membaca ayat enam Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.8 Membaca ayat tujuh Surah Al-

Ma’un dengan betul

2.1.9 Membaca Surah Al-Ma’un

dengan betul

1

Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Maun.

2

Menyebut kalimah demi kalimah mengikut turutan ayat yang betul.

3

Membaca Surah Al-Maun secara talaqi musyafahah.

4

Membaca Surah Al-Maun dengan betul.

5

Membaca Surah Al-Maun secara tartil.

6

Membaca surah Al-Maun secara tartil dan boleh menjadi

pembimbing .

Page 20: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

2.2 Menghafaz Surah Al-Ma’un

2.2.1 Mengenal dan menyebut kalimah tertentu 2.2.2 Menghafaz ayat satu Surah

Al-Ma’un dengan betul

2.2.3 Menghafaz ayat dua Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.4 Menghafaz ayat tiga Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.5 Menghafaz ayat empat Surah

Al- Ma’un dengan betul

2.2.6 Menghafaz ayat lima Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.7 Menghafaz ayat enam Surah

Al- Ma’un dengan betul

2.2.8 Menghafaz ayat tujuh Surah Al-Ma’un dengan betul

2.2.9 Menghafaz Surah Al-Ma’un dengan betul

1

Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Maun.

2

Menghafaz ayat satu hingga empat daripada Surah Al Maun secara talaqqi musyafahah.

3

Menghafaz ayat 5 hingga 7 daripada Surah Al Maun secara talaqqi musyafahah.

4

Menghafaz keseluruhan Surah Al Maun dengan betul.

5

Menghafaz Surah Al Maun dengan lancar dan bertajwid.

6

Menghafaz Surah Al Maun dengan lancar dan bertajwid serta boleh membimbing rakan.

Page 21: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

2.3 Membaca Surah Al-Quraisy

2.3.1 Membaca ayat satu

Surah Al-Quraisy dengan betul

2.3.2 Membaca ayat dua Surah Al-Quraisy dengan betul

2.3.3 Membaca ayat tiga Surah Al-Quraisy dengan

betul

2.3.4 Membaca ayat empat Surah Al-Quraisy

dengan betul

2.3.5 Membaca Surah Al Quraisy dengan betul

1

Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Quraisy.

2

Menyebut kalimah demi kalimah daripada Surah Al-Quraisy mengikut turutan ayat yang betul.

3

Membaca Surah Al-Quraisy secara talaqi musyafahah.

4

Membaca Surah Al-Quraisy dengan betul.

5

Membaca Surah Al-Quraisy secara tartil.

6

Membaca surah Al-Quraisy secara tartil dan boleh menjadi pembimbing .

Page 22: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

2.4 Menghafaz

Surah Al-

Quraisy

2.4.1 Mengenal dan

menyebut kalimah

tertentu daripada surah

Al- Quraisy

2.4.2 Menghafaz ayat

pertama Surah Al-

Quraisy dengan betul

2.4.3 Menghafaz ayat kedua

Surah Al- Quraisy

2.4.4 Menghafaz ayat ketiga

Surah Al- Quraisy

2.4.5 Menghafaz ayat

keempat Surah Al-

Quraisy

2.4.6 Menghafaz

keseluruhan Surah Al-

Quraisy dengan lancar

1

Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al- Quraisy.

2

Menghafaz ayat satu hingga dua daripada Surah Al- Quraisy secara talaqqi musyafahah.

3

Menghafaz ayat 3 hingga 4 daripada Surah Al- Quraisy secara talaqqi musyafahah.

4

Menghafaz keseluruhan Surah Al- Quraisy dengan betul.

5

Menghafaz Surah Al- Quraisy dengan lancar dan bertajwid.

6

Menghafaz Surah Al- Quraisy dengan lancar dan bertajwid serta boleh menjadi pembimbing.

Page 23: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

JAWI

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

3.1 Membaca suku

kata tertutup

3.1.1 Mengenal suku kata

tertutup

3.1.2 Mengeja dan membatang suku kata tertutup

3.1.3 Membaca suku kata

tertutup dengan betul

1

Membunyikan satu suku kata tertutup.

2

Mengeja dan membunyikan satu suku kata tertutup yang bermakna.

3

Mengeja dan membatang satu suku kata tertutup dengan bimbingan guru.

4

Membaca satu suku kata tertutup dengan betul.

5

Membaca perkataan mudah daripada suku kata tertutup dengan betul dan lancar.

6

Membaca perkataan mudah daripada suku kata tertutup dengan lancar dan boleh membimbing rakan.

Page 24: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

3.2 Menulis suku

kata tertutup

3.2.1 Mengetahui cara

menyambung huruf suku kata tertutup

3.2.2 Mengeja dan membatang suku kata

3.2.3 Menulis suku kata

tertutup dengan betul

1

Menyambung titik-titik huruf suku kata tertutup

2

Memadankan suku kata tertutup yang membentuk perkataan.

3

Menulis perkataan daripada suku kata tertutup dengan bimbingan.

4

Menulis perkataan daripada suku kata tertutup dengan betul.

5

Menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul dan sempurna.

6

Menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul dan sempurna serta boleh membimbing rakan.

Page 25: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

3.3 Membaca

perkataan suku kata terbuka dan tertutup

3.3.1 Mengeja dan

membatang perkataan suku kata terbuka dan tertutup

3.3.2 Membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul

1

Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.

2

Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan bimbingan guru.

3

Mengeja dan membatangkan suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan dengan bimbingan guru.

4

Membaca suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan.

5

Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

6

Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar dan boleh membimbing rakan.

Page 26: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

3.4 Menulis

perkataan suku kata terbuka dan tertutup

3.4.1 Mengeja dan

membatangkan perkataan suku kata terbuka dan tertutup

3.4.2 Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul

1

Menyambung huruf suku kata terbuka dan tertutup

2

Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan.

3

Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.

4

Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

5

Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan sempurna.

6

Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan sempurna serta boleh membimbing rakan.

Page 27: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

AKIDAH

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

4.1 Mengetahui

konsep beriman kepada hari Kiamat

4.1.1 Menyatakan

pengertian hari kiamat

4.1.2 Menyatakan hukum beriman kepada hari kiamat

4.1.3 Menyatakan tanda-

tanda hari kiamat. 4.1.4 Menjelaskan kelebihan

beriman kepada hari kiamat.

1

Menyatakan pengertian hari kiamat.

2

Menyatakan hukum beriman kepada hari kiamat.

3

Menyebut tanda-tanda hari kiamat.

4

Menyatakan kelebihan beriman kepada hari kiamat

5

Menerangkan kelebihan beriman kepada hari kiamat dengan betul.

6

Menghuraikan tanda-tanda hari kiamat dan kelebihan beriman kepada hari kiamat .

Page 28: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

IBADAH

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

5.1 Memahami azan

5.1.1 Menyatakan pengertian azan 5.1.2 Menyebut lafaz azan 5.1.3 Melafazkan azan 5.1.4 Menyebut lafaz jawab azan 5.1.5 Melafazkan jawab azan 5.1.6 Menyatakan perkara- perkara sunat semasa azan

1

Menyatakan pengertian azan.

2

Menyebut lafaz azan dengan bimbingan guru.

3

Melafazkan jawab azan dengan bimbingan guru.

4

Melafazkan azan, jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan dengan betul.

5

Melafazkan azan,jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan secara amali dalam kehidupan seharian.

6

Melafazkan azan,jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan secara amali dan boleh membimbing rakan.

Page 29: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

5.2 Memahami iqamat

5.2.1 Menyatakan

pengertian iqamat

5.2.2 Menyebut lafaz iqamat 5.2.3 Melafazkan iqamat 5.2.4 Menyatakan perkara-

perkara sunat semasa iqamat.

1

Menyatakan pengertian iqamat.

2

Menyebut lafaz iqamat dengan bimbingan guru.

3

Melafazkan jawab iqamat dengan bimbingan guru.

4

Melafazkan iqamat dan jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat dengan betul.

5

Melafazkan iqamat,jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat secara amali dalam kehidupan seharian.

6

Melafazkan iqamat,jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat secara amali dan boleh membimbing rakan.

Page 30: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

5.3 Mengetahui

syarat-syarat wajib solat, syarat-syarat sah solat dan perkara membatalkan solat

5.3.1 Menyatakan syarat-

syarat wajib solat

5.3.2 Menyatakan syarat-syarat sah solat

5.3.3 Menyatakan perkara-

perkara yang membatalkan solat

Sentiasa mempamerkan adab yag baik di dalam masjid

1

Menyebut syarat wajib solat

2

Menyatakan syarat sah solat

3

Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan bimbingan guru.

4

Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan betul

5

Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan lancar.

6

Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan lancar dan boleh membimbing rakan.

Page 31: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

5.4 Mengaplikasi

amali solat

5.4.1 Melakukan perlakuan

solat dengan betul

5.4.2 Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan betul

1

Mengetahui perlakuan solat.

2

Menunjukkan perlakuan solat.

3

Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan betul.

4

Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib

5

Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib dan istiqamah.

6

Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib dan istiqamah serta boleh membimbing rakan.

Page 32: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

6.1 Memahami dan

mengamalkan adab tidur

6.1.1 Menyatakan adab

sebelum tidur

6.1.2 Menyatakan adab bangun tidur

6.1.3 Menyatakan kebaikan

mengamalkan adab tidur

6.1.4 Menjelaskan akibat

tidak mengamalkan adab tidur

6.1.5 Membaca doa

sebelum tidur 6.1.6 Membaca doa bangun

tidur

1

Menyebut adab sebelum dan bangun tidur.

2

Menyatakan adab sebelum tidur dan adab bangun tidur.

3

Menyatakan adab sebelum dan bangun tidur serta kebaikan mengamalkannya.

4

Membaca doa sebelum tidur dan bangun tidur serta menyatakan akibat tidak mengamalkan adab tidur .

5

Membaca doa sebelum tidur dan bangun tidur serta menyatakan akibat tidak mengamalkan adab tidur dalam kehidupan seharian.

6

Mengamalkan adab-adab tidur dengan betul dan istiqamah serta boleh membimbing rakan.

Page 33: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

6.2 Memahami adab

semasa di sekolah

6.2.1 Menyenaraikan adab-

adab semasa di sekolah seperti menghormati warga sekolah, menjaga harta benda sekolah dan mematuhi peraturan sekolah

6.2.2 Menyatakan kebaikan beradab semasa di sekolah

6.2.3 Menyatakan akibat

mengabaikan adab di sekolah

1

Menyebut adab-adab yang baik semasa di sekolah.

2

Menyatakan adab-adab semasa di sekolah.

3

Menyatakan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah dengan bimbingan guru.

4

Menyatakan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah dengan betul.

5

Menyatakan adab-adab, kebaikannya serta akibat mengabaikannya semasa di sekolah dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

6

Mengamalkan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah secara istiqomah dalam kehidupan seharian.

Page 34: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

SIRAH AN-NABAWIYYAH

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

7.1 Memahami pekerjaan Nabi Muhammad SAW sebelum dilantik menjadi rasul

7.1.1 Menyatakan pekerjaan

Nabi Muhammad SAW mengikut umur

7.1.2 Menyatakan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan

7.1.3 Menyatakan iktibar

daripada pekerjaan Nabi Muhammad SAW

1

Menyebut pekerjaan Nabi Muhammad SAW.

2

Menyatakan pekerjaan Nabi Muhammad SAW mengikut umur.

3

Menyatakan pekerjaan Nabi Muhammad SAW mengikut umur dan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya.

4

Menyatakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dengan betul.

5

Menceritakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dengan betul.

6

Menceritakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Page 35: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

STANDARD KANDUNGAN

Murid dibimbing…

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya….

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN Murid boleh…

7.2 Memahami kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW

7.2.1 Mengetahui kisah

perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah

7.2.2 Menyatakan nama anak-anak Nabi Muhammad SAW

7.2.3 Menyatakan nama

isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah

7.2.4 Menyatakan iktibar

daripada perkahwinan Nabi Muhammad SAW

1

Menyebut nama isteri dan anak Nabi Muhammad SAW.

2

Menyatakan kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah dan nama anak-anak baginda.

3

Menyatakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda dengan bimbingan guru.

4

Menyatakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda dengan betul.

5

Menceritakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda .

6

Mencontohi iktibar daripada perkahwinan baginda dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Page 36: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - Utamaskpkbp.edu.my/.../DSKP_Tahun_5_KKBP/DSKPPendidikanIslamTahun5LD.pdf · Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9

KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917

http//www.moe. gov.my/bpk